You are on page 1of 1

Manusia Peking (kini kadangkala dikenali sebagai Manusia Beijing), juga dikenali

sebagai Sinanthropus pekinensis (masa ini Homo erectus pekinensis), merupakan suatu
contoh Homo erectus. Rangka ini mulai pertama sekali dijumpai pada 1923-27 semasa penggalian
di Zhoukoudian (Choukoutien) berhampiran Beijing (Peking), China. Jumpaan ini bertarikh sekitar
250,000-400,000 tahun ketika pada zaman Pleistocene.

Menara Berkembar PETRONAS (Tulisan Jawi: ‫ ;منارا بركمبر ڤيترونس‬Bahasa Inggeris: PETRONAS
Twin Towers) di Kuala Lumpur, Malaysiaialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi
bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu,
kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan
bangunan tertinggi pada abad ke-20. Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11
tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun
1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan
ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat
Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir
disiapkan pada tahun 1996).[3] Menara berkembar ini merupakan mercu tanda dan ikon Kuala
Lumpur, bersama-sama Menara Kuala Lumpur yang terletak berdekatan.

Parlimen Malaysia (Tulisan Jawi: ‫ )ڤرليمن مليسيا‬merupakan


badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem ParlimenWestminster. Parlimen
Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat
dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.
Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala
ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom,
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala
Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-14, dirasmikan di bangunan parlimen
pada 17 Julai, 2018. Yang di-Pertua Dewan Rakyat kini ialah Dato' Mohamad Ariff, yang dilantik
menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Yang Dipertua Dewan Negara pula ialah Dato' Sri S.
Vigneswaran yang dilantik menggantikan Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis
sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar
Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan
seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia,
seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad
Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

You might also like