You are on page 1of 6

FASAL 1

MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah bersepakat untuk menubuhkan perniagaan
dalam bentuk perkongsian. Perkongsian perniagaan ini akan didaftarkan atas nama syarikat
NADIA HH ENTERPRISE

2. Syarikat NADIA HH ENTERPRISE akan menjalankan perniagaan berbentuk :

2.1 KONTRAKTOR BINAAN

2.2 HARDWARE

2.3 MAKANAN DAN MINUMAN

FASAL 2

BENTUK MODAL PERKONGSIAN

1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA mengeluarkan modal bersama permulaan


berbentuk wang tunai sebanyak RM 35,000 (tiga puluh lima ribu ringgit). Modal tersebut akan
digunakan untuk perjalanan perniagaan syarikat.

3. Modal dalam nisbah (50:50) antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA

FASAL 3

KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA

1. Akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada
syarikat.

2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara

PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

3. Membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa kaedah sekali
pun.
FASAL 4

KEWAJIPAN PIHAK KEDUA

1. Akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan sebarang masalah kepada
syarikat.

2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara

PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

3. Membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa kaedah sekali
pun.

FASAL 5

JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini
ditandatangani oleh kedua pihak sehingga satu tempoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi
syarikat NADIA HH ENTERPRISE masih beroperasi.

FASAL 6

PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA mengikut
nisbah [( 50:50 ) ( Lima puluh peratus nisbah lima puluh peratus )].

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 15 DISEMBER setiap tahun. Pengagihan


keuntungan yang akan dikira setelah ditolak 50% untuk kewangan dalam akaun semasa syarikat.
Baki 50%, sahaja akan dibahagikan seperti yang dimaksudkan dalam perenggan 1.

3. Tarikh pengangihan keuntungan ini mungkin juga akan berubah mengikut keadaan semasa
berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA. Tidak terikat pada tarikh
yang disebut pada perenggan 2.
4. Nisbah baki dalam akaun juga mungkin akan berubah mengikut keadaan dan kewangan
semasa. Tetapi pembahagian keuntungan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA tidak
berubah seperti dalam perenggan 1.

FASAL 7

AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah mendaftarkan syarikat milik bersama atas nama

NADIA HH ENTERPRISE untuk memudahkan pengurusan kewangan.

2. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA juga telah membuka akaun di BANK ISLAM atas nama
NADIA HH ENTERPRISE Semua urusan yang berkaitan dengan syarikat akan dibuat
pembayaran melalui cek.

FASAL 8

KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap
bersifat turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi pihak
masing-masing sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam FASAL 5
(dalam perenggan 2)

FASAL 9

PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh kedua belah pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau
musyawarah untuk mufakat, kedua belah pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara
hukum dan kedua belah pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan
tetap di ( MAHKAMAH TINGGI NEGERI ).

You might also like