You are on page 1of 1

Dokumen adalah maklumat yang diwujudkan, sama ada dalam bentuk kertas, atau imej yang

diimbas atau secara elektronik, yang masih boleh dipinda atau diubah. Dokumen yang telah
dimuktamadkan mungkin berakhir sebagai rekod jika dokumen tersebut merupakan bukti
transaksi urusan kerajaan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa rekod bermula daripada
dokumen. Namun, bukan semua dokumen akan berakhir sebagai rekod. Pemusnahan
dokumen tidak tertakluk kepada mana-mana perundangan.

Contoh[sunting | sunting sumber]


Secara tradisi, contoh dokumen adalah seperti surat, memorandum, borang undang-undang
dan manual arahan. Namun kini banyak lagi, bentuk maklumat yang turut dianggap sebagai
dokumen:

 Dokumen rekod: Akhbar dan majalah


 Buku: Buku teks, novel, buku resipi, ensiklopedia, komik
 Dokumen agama: Kitab Bible, al-
Quran, Iliad dan Odyssey, Veda, Ramayana, Mahabharata, Kod Hammurabi, Daode Jing
 Dokumen urusan: Cek, kontrak, preskripsi, resit, borang, setem
 Dokumen berfungsi: Fail PDF, PostScript, XML, e-mel
 Dokumen bukan-prototaip: Nota Post-it, jalur biskut nasib, peta, lukisan, karton susu, kotak
bijirin
 Dokumen digital bukan-klasik: Laman web, blog, wiki
 Contoh sempadan: Plak pada kapal angkasa lepas Pioneer 11, menggunakan maklumat
yang dianggap sejagat merupakan contoh ekstrem dokumen yang bertujuan
berkomunikasi dengan makhluk asing. Sebaliknya, isyarat projek SETI yang direkod dan
dicetak akan menjadi dokumen sekiranya didapati mengandungi komunikasi asing.

You might also like