You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Perlaksanaan Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) 1971-1975 adalah berteraskan

perkembangan sosioekonomi di Malaysia. Menerusi dasar ekonomi kerajaan iaitu Dasar

Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul

Razak bin Hussein. Rancangan Malaysia ini telah dirangka oleh Majlis Perundangan Negara.

Dasar Ekonomi Baru merupakan sebuah dasar yang berkaitan dengan perpaduan negara di

samping pembetukan masyarakat di Malaysia. Dasar ini merupakan dasar kerajaan yang meliputi

jangka masa rancangan-rancangan pembangunan negara iaitu bermula dari Rancangan Malaysia

Kedua (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Perjalanan Dasar

Ekonomi Baru telah mengubah sikap masyarakat Malaysia yang terdiri dengan pelbagai

perbezaan antara kaum, agama dan hala tuju masing-masing.

Peristiwa 13 Mei 1969 sedikit sebanyak telah menggugat perpaduan negara yang terbina

selama ini sejak merdeka lagi. Bukan sahaja dalam bidang sosial, peristiwa hitam tersebut telah

mengubah pemikiran orang Melayu dan kaum Bumiputra yang lain. Seperti dikisahkan bahawa

peristiwa 13 Mei adalah bermula kesan dari peristiwa kematian seorang penunjuk perasaan

berbangsa Cina yang bernama Lim Soog Seng ketika itu juga bersama-sama dengan orang

Melayu yang ingin menggagalkan pilihan raya. Ketika menampal poster, mereka telah ditegur

oleh beberapa orang anggota polis sehingga berlakunya kejadian tembak-menembak dan

akhirnya Lim Soog Seng mati. Oleh kerana Lim Soog Seng ditembak polis Melayu maka adalah

menjadi perkara yang menyemarakan semarak jiwa. Kematian Lim Soog Seng dijadikan isu

besar oleh Gerakan dan DAP untuk menunjukkan sikap kekejaman orang Melayu terhadap orang

Cina. Selain itu juga, Lim Soog Seng telah dianggap sebagai pejuang orang Cina dan sebab ini

1|Page
digunakan sebagai medium untuk menyemai api kebencian terhadap orang Melayu. Mayat Lim

Soog Seng telah diarak di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor secara besar-besaran

sebelum dikebumikan di Kepong. Poster dan sepanduk yang mengandungi kata-kata kesat dan

menghina orang Melayu turut diarakkan bersama-sama dengan manyat Lim Soog Seng.

Tindakan anggota polis itu telah menimbulkan kemarahan orang Cina yang bersikap radikal.

Dasar pecah perintah oleh pemerintah British telah membuka jurang sosial ekonomi

masyarakat di Malaysia. Hal ini melihatkan kaum-kaum yang ada di Malaysia telah dibahagikan

mengikut ekonomi dan kawasan penempatan. Kaum Melayu kebanyakkannya bekerja sebagai

pelayan dan petani di kampung. Kaum Cina mengusahakan perlombongan bijih timah di

kawasan Bandar manakala kaum India pula tinggal di kawasan estet-estet atau ladang-ladang

Inggeris dan pekerjaan mereka sebagai buruh ladang sahaja. British melakukan sedemikian rupa

sebagai mengelakkan orang Melayu, Cina dan India bersatu di samping sebagai jalan kerajaan

British mencari keuntungan yang dimaksudkan di sini ialah orang British tidak mahu orang

Melayu meninggalkan pekerjaan sebagai petani kerana sumber pertanian merupakan sumber

makanan orang British. Jika ramai orang Melayu yang beralih bidang lain, maka orang British

sukar untuk mendapatkan sumber makanan tersebut.

Di Malaysia terdapat pelbagai hasil galian seperti bijih timah, bauksit dan hasil tanaman

getah. Perkembangan ekonomi yang sentiasa berubah-berubah menyaksikan negara berada

dalam keadaan yang kurang seimbang terutamanya sekitar tahun 1930-an sehingga 1980-an.

Kerajaan telah mengkaji bagi mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai bagi meningkatkan

ekonomi Malaysia.

2|Page
2.0 PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Melihat daripada struktur ekonomi Negara Malaysia sebelum dan selepas adalah perlu

bagi mengenal kemampuan dasar ekonomi baru bagi menghapuskan jurang sosial masyarakat

dan seterusnya membasmi kemiskinan yang melanda masyarakat ketika itu. Seperti yang kita

ketahui bahawa perubahan ekonomi akan memberi kesan ke atas corak fikiran rakyat dan juga

sistem pentadbiran negara.

Selain itu juga, sekolah-sekolah Cina dan Tamil sebelum merdeka telah dikekalkan serta

bagi sekolah Melayu telah digantikan dengan Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa

kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa penghantar terutamanya. Hak dan kebebasan

beragama, berbahasa ibunda dan mengamalkan adat resam kaum masing-masing tanpa sekatan

kerajaan dan telah pun termaktub dalam perlembangan itu sendiri. Oleh itu, sepatutnya tidak

timbulah isu perkauman yang membawa kepada rusuhan kaum dahulu. Namun rusuhan itu

sebenarnya mempunyai kesan yang baik jika dilihat secara positifnya. Peristiwa tersebut

membuka ruang untuk orang Melayu dan Bumiputra bersatu dengan kaum-kaum lain. Dasar

Ekonomi Baru juga tidak sepatutnya cuba dibangkang kerana dasar inilah, kaum-kaum dapat

mencorak kembali kehidupan mereka daripada terus hidup dalam kemiskinan dan perpecahan.

3|Page
3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru dibentuk kerana negara ketika itu mengalami peristiwa hitam 13 Mei

1969 yang menjurus kepada kemarahan, rasa pendam, benci sesama masyarakat yang berlainan

kaum. Dasar pecah dan perintah telah memencilkan hubungan antara kaum (sosial), politik dan

pengagihan kekayaan yang tidak sama rata (ekonomi). Contohnya bagi bahagian politik, dalam

pilihan raya sebelum peristiwa 13 Mei berlaku, telah membuktikan bahawa, daripada 13 kerusi

yang dipertandingi UMNO, satu sahaja yang terlepas ke tangan PAS, manakala MCA dan MIC

hanya memenangi dua daripada lima belas kerusi yang diperuntukannya kepadanya. Ini

membayangkan penolakan orang cina keatas parti MCA dan MIC yang bergabung dan

bekerjasama dalam parti pelbagai kaum. Hal ini diikuti dengan masalah ekonomi yang melanda

Malaysia. Dasar Ekonomi Baru telah dibentuk oleh Majlis Perundangan Negara yang bertujuan

dalam membasmi kemiskinan yang dialami oleh masyarakat Malaysia terutama golongan orang

Melayu yang ketika itu berada jauh ketinggalan dalam pendapatan mereka.

Masalah ekonomi yang dialami oleh orang Melayu begitu ketara sekali dan kerana masalah

ini telah memberi implikasi dalam hubungan antara Melayu dengan kaum-kaum lain. Hal lain

akibat taraf kemiskinan yang dialami oleh orang Melayu begitu ketara. Istilah kemiskinan

menurut Chamhuri Siwar diertikan sebagai garisan-garisan yang memisahkan golongan miskin

dengan golongan dengan golongan yang dianggap kaya.

4|Page
Disini jika dilihat kepada factor yang menyebabkan Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan

adalah disebabkan juga kemiskinan dan ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing

terutamanya kaum Melayu yang terikat dengan aktiviti ekonomi mereka. Seperti yang kita

ketahui bahawa orang Melayu ditempatkan di kawasan kampung dan menjalankan aktiviti

pertanian, orang Cina di kawasan Bandar menjalankan perlombongan manakala orang India

terikat dengan aktiviti mereka di ladang-ladang milik British. Pembahagian masyarakat secara

bidang pekerjaan ini membawa kepada kemiskinan dan kegagalan untuk kaum-kaum lain

bersatu. Selain itu juga, mereka kurang bersemuka secara rapat dan berbincang untuk bertukar-

tukar pendapat. Kesan daripada kemiskinan tersebut orang Melayu sukar bangkit untuk bersaing

dengan kaum-kaum lain. Tambahan pula bilangan orang ketika itu sangat banyak berbanding

lain-lain kaum.

Faktor yang seterusnya ialah kandungan-kandungan rancangan Malaysia sebelum ini

menunjukkan kelemahannya. Rancangan Malaya Pertama, Rancangan Malaya Kedua dan

Rancangan Malaysia Pertama telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi perlaksanaannya

kerana strategi-strategi tersebut menggunakan corak dan sistem penjajahan. Hal ini kerana ketika

itu perlaksanaan rancangan pra-Dasar Ekonomi Baru mementingkan pembangunan fizikal dan

ekonomi sahaja tanpa melihat dari segi sosialnya yang menyaksikan orang Melayu masih

mundur dan kurang bercampur dengan kaum-kaum yang lain.

Dalam soal persaingan untuk merebut pekerjaan, lebih diutamakan adalah kaum Cina

berbanding dengan orang melayu kerana anggapan bahawa orang Cina pandai dalam soal jual-

beli dan perniagaan yang boleh membawa keuntungan besar.

5|Page
4.0 PERANAN DASAR EKONOMI BARU

Dasar ekonomi baru yang dilaksanakan di Malaysia mempunyai maklumat utama iaitu

pencapaian dalam perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia. Menerusi perlaksanaan dasar ini

perpaduan akan diwujudkan melalui pembasmian kemiskinan dan menyusun semula struktur

masyarakatnya yang selama ini dipisahkan oleh perbezaan ekonomi dan sosialnya. Dokumen

yang diterbitkan oleh Jabatan Perpaduan Negara ini telah memperincikan dasar-dasar khusus

bagi memajukan wilayah-wilayah dan kehidupan di Bandar dan juga di luar Bandar. Melalui

strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat

yang sebenarnya saling berkaitan ini, jurang sosial dan ekonomi masyarakat di Malaysia ketika

tempoh 20 tahun perlaksanaannya telah dapat dirapatkan dan dikurangkan.

Mengapakah dasar ini sangat penting kepada masyarakat Malaysia? Perlaksanaan Dasar

ekonomi baru yang mengikut perkembangan ekonomi yang pesat adalah perlu supaya peluang-

peluang pekerjaan baru dapat diwujudkan dengan kadar yang mengcukupi serta dapat

meninggikan taraf hidup dapat dibentuk. Perkembangan ekonomi yang tidak seimbang akan

mengugat pencapaian dasar ini. Oleh itu, dasar ekonomi baru akan bergerak membantu

masyarakat sekiranya ekonomi sentiasa stabil.

Namun perkembangan ekonomi sahaja tidak mengcukupi untuk mencapai matlamat

dalam dasar ekonomi baru kerana ekonomi yang pesat juga membawa keburukannya. Mungkin

terdapatnya perbezaan dalam pembahagian pendapatan dan hak milik harta akibat perkembangan

ekonomi yang pesat tersebut. Oleh itu, pencapaian dasar ini juga bergantung kepada pekerja-

6|Page
pekerja dan sumber ekonomi apa yang mereka ingin majukan. Hal ini sudah tentunya berkait

rapat dengan perkembangan penduduk dan tenaga buruh dan keluaran sektor dan guna tenaga.

Dasar ekonomi baru berperanan dalam membawa perubahan kepada sektor-sektor ekonomi di

Malaysia bermula daripada sektor primer kepada tertier. Sektor-sektor tersebut ialah pertanian,

pembuatan, pembinaan, dan perkhidmatan.

5.0 PERKEMBANGAN PENDUDUK DAN TENAGA BURUH

Pada 1970, jumlah penduduk sangat tinggi jika dibandingkan pada tahun 1960 jika

dibandingkan dengan Negara-negara lain. Dalam tempoh perlaksanaan dasar ekonomi baru,

kadar penduduk yang tinggi telah dipengaruhi perkembangan sosio-ekonomi. Pusat-pusat

kesihatan yang dibina telah membantu mengurangkan kadar kematian penduduk bukan sahaja di

semenanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Kadar perkembangan penduduk pada

keseluruhan dan bilangan pekerja yang berada peringkat umur (15-64) akan berkurangan sedikit

namun kadar perkembangan penduduk di peringkat umur bekerja ini adalah sebanyak 3.2% iaitu

lebih tinggi daripada kadar perkembangan penduduk yang merupakan sebanyak 2.6%.

Dalam rancangan jangka panjang ini akan dijangkakan kemajuan ekonomi yang lebih pesat

akan menambah kadar penyertaan buruh yang selama ini menggangur. Selain itu juga, peranan

wanita lain iaitu kesan daripada pendidikan yang diterima oleh mereka dan kecendungan mereka

yang telah berkahwin untuk bekerja telah menambahkan lagi kadar penyertaan buruh. Namun

bagi golongan yang telah tua, kadar penyertaan mereka telah berkurangan dan kesan daripada

7|Page
tempoh pendidikan yang dipanjangkan telah mengurangkan kadar penyertaan golongan orang

muda.

6.0 PERKEMBANGAN KELUARAN SEKTOR DAN GUNA TENAGA

Daripada faktor-faktor ini akan menyebabkan kadar penyertaan buruh adalah dijangkakan

berkurang daripada 64% dalam tahun 61.6% pada tahun 1990. Dalam Sektor pertanian,

dijangkakan keluaran sektor ini meningkat sebanyak 5.4 setahun dan membuka kepada peluang

pekerjaan baru untuk hampir 500 000 orang. Nilai tambah dalam pengeluaran getah dijangka

akan meningkat sebanyak 3.1% setahun antara tahun 1970 sehinbgga 1990. Hal ini kerana,

dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru akan mewujudkan penanaman baru dan semula oleh

ladang-ladang dan pekebun-pekebun kecil. Minyak kelapa sawit juga merupakan eksport

keluaran pertanian yang penting. Jumlah kawasan tanaman dijangkakan bertambah sehingga

tahun 1990. Sebahagian besar daripada penanaman baru tersebut terdapat dalam rancangan

kemajuan tanah kerajaan di wilayah-wilayah Pahang Tenggara dan Johor Tenggara.

Dalam sektor pembuatan pula, kerajaan menganggap bahawa sektor ini dapat memainkan

peranan utama dalam usaha-usaha mengadakan peluang-peluang pekerjaan penduduk

terutamanya kaum Melayu dan Bumiputera lain. Antara perusahaan yang penting ialah keluaran-

keluaran getah, kayu, makanan dan ikan. Petrol dan gas, simen dan bahan pembinaan, logam dan

perusahaan perkapalan. Sektor-sektor ini dijangka akan membawa perubahan besar dalam

merapatkan jurang sosioekonomi antara kaum-kaum di Malaysia.

8|Page
Dalam sektor pembinaan, ia sebenarnya bergantung kepada sektor pembuatan dan juga

perlaksanaan rancangan-rancangan kerajaan untuk memajukan pusat-pusat pembangunan.

Terutamanya di kawasan yang kurang maju di setiap negeri. Pertambahan dalam pendapatan

negeri dan pembinaan rumah-rumah kediaman akan meningkat mengikut permintaan bagi

memiliki rumah yang bermutu. Faktor-faktor ini menyebabkan nilai tambah sektor pembinaan

meningkat sebanyak 6.5% setahun dalam tempoh rancangan jangka masa panjang, manakala

guna tenaga pula dijangka bertambah lebih daripada 5%. Perusahaan perkhidmatan sektor-sektor

awam dan swasta dijangka akan bertambah selaras dengan perkembangan ekonomi.

Perkhidmatan lain seperti pelajaran dan kesihatan merupakan usaha penting kerajaan dalam

memajukan sosioekonomi Malaysia.

7.0 STRATEGI DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru merupakan sebuah dasar bagi rancangan jangka panjang kerajaan

yang melibatkan dua strategi secara serampang dua mata yang utama iaitu yang pertama dalam

membasmi kemiskinan rakyat di malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,

Cina, dan India. Strategi kedua ialah ingin menyusun semula masyarakat dibawah satu bumbung

yang selama ini dipisahkan oleh pengenalan kaum yang dibuat sejak pemerintahan British di

tanah Melayu lagi iaitu melalui dasar pecah perintah.

Dasar pecah perintah ini menyaksikan masyarakat di tanah melayu dipisahkan mengikut

kaum dalam bidang sosial dan ekonomi. Kaum Melayu telah menduduki di kawasan luar bandar,

9|Page
Cina di dalam kawasan bandar dan india pula ditempatkan di kawasan ladang-ladang milik

British. Selain itu, sekolah-sekolah juga turut dibezakan melalui dasar British ini.

7.1 Pembasmian kemiskinan

Rasa ketidakpuasan hati oleh masyarakat berlaku kerana wujudnya perbezaan sumber

pendapatan di antara kawasan bandar dengan luar bandar terutama golongan orang melayu yang

terikat dengan aktiviti pertanian tradisional mereka. Beberapa usaha diperlukan dalam

membasmi kemiskinan yang dihadapi masyarakat menerusi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam dasar ini, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa strategi bagi menyelesaikan

usaha murni tersebut. Antaranya ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan

rakyat yang menganggur tanpa adanya pilih kasih kerajaan. Sebelum ini, kita dapati bahawa

peluang pekerjaan begitu terhad kerana kurangnya kawasan pertanian dan kawasan bandar telah

dimonopoli oleh kaum Cina dan India. Kelebihan yang ada ini telah menyebabkan kaum Melayu

mengalami kemiskinan yang tegar.

Masalah perpaduan akibat masalah kemiskinan sangat berkaitan dengan kaum. Hal ini

kerana status orang Melayu ketika itu terutamanya dalam bidang ekonomi begitu tinggi kadar

kemiskinannya. Bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 1970 menunjukkan bahawa

didapati 49.3% menerima pendapatan dibawah garis miskin. Kemiskinan tersebut dikuasai oleh

penduduk di kawasan luar bandar iaitu sebanyak 86% berbanding di kawasan bandar adalah

selebihnya.

10 | P a g e
Selain itu juga, Dasarr Ekonomi Baru juga menggunakan strategi mengadakan suasana

kerja yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Hal ini bermakna sesebuah pekerjaan itu

akan dijalankan secara bersama dan tidak adanya pengasingan berlaku. Perkongsian secara

bekerjasama ini menggalakkan masyarakat membina hubungan baik antara kaum. Tidak

terkecuali kepada sesuatu kaum sahaja, langkah ini dapat menyegerakan rakyat supaya dapat

melupakan faktor-faktor yaang membawa kepada peristiwa 13 mei 1969 bukannya melupakan

sejarahnya agar tiada lagi sentimen-sentimen yang mempunyai unsur perkauman diluahkan

kepada masyarakat di Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru juga menyatakan strategi bagi memastikan berlakunya pembentukan

sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum

Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% kegiatan

ekonomi negara. Melalui penubuhan dasar ini, status bagi industri semasa perlu dikaji terlebih

dahulu sebelum memulakan sebarang bentuk perdagangan mahupun perindustrian dalam negara.

Hal ini berkaitan dengan faktor-faktor yang boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi sama

ada terbantut ataupun berkembang. Pasaran-pasaran terbaru telah dibuka secara meluas bagi

menggalakkan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera yang lain.

7.2 Penyusunan semula masyarakat

Dalam Dasar Ekonomi Baru, strategi penyusunan semula masyarakat bertujuan bagi

mewujudkan penyertaan yang seimbang antara semua kaum dalam setiap aktiviti ekonomi yang

dijalankan oleh mereka. Kerajaan mahu mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam

11 | P a g e
struktur guna tenaga dan ingin menambah hak milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal

produktif negara termasuk pemilikan saham dalam sektor syarikat seiringan dengan pelabur

asing. Seperti yang kita ketahui bahawa kerajaan mahu orang Bumiputra memiliki sekurang

kurangnya 30% saham milik syarikat, 40% bagi bukan bumiputra dan 30% untuk orang asing.

Selain ini juga kerajaan mahu mewujudkan sebuah masyarakat yang terlibat terus dalam

sektor perdagagan dan sektor perindustrian di kalangan Bumiputra dalam semua lapangan dan

peringkat kegiatan ekonomi moden. Strategi-strategi yang digunakan dalam menyusun semula

masyarakat ialah meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui

proses memodenkan kawasan luar. Selain itu juga, strategi ini dilaksanakan dengan

mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang

dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan buruh mencerminkan komposisi kaum

yang seimbang adalah tercapai.

Di samping pertumbuhan ekonomi yang semakin berkembang pesat, kerajaan telah

menambah lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok

syarikat. Dasar Ekonomi Baru. Berapa agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat Mara,

Baml Pembangunan, Bank Bumiputra dan Amanah Saham Nasional telah ditubuhkan bagi

menaiktaraf hidup masyarakat di Malaysia. Selain itu juga, pembangunan wilayah juga

dibangunkan oleh kerajaan kerana ketika itu kemajuan negeri berada dalam keadaan yang

mundur. Oleh itu wujudlah wilayah-wilayah baru seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara

(DARA) Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEROJA), Lembaga Kemajuan

Kelantan Selatan (KESEDAR) di Malaysia. Negeri-negeri yang terlibat dalam pembangunan

wilayah ini ialah Kelantan, Johor, Pahang dan Terengganu.

12 | P a g e
8.0 PERJUANGAN DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi baru merupakan sebuah bentuk perjuangan ekonomi dan kaitannya dengan

Perkara 153 dalam Perlembagaan. Dalam Perkara 153 menyatakan permit, biasiswa, agama

Islam, bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja-raja Melayu. Berdasarkan perlembagaan inilah

Dasar Ekonomi Baru digubal. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang ditetapkan selama 20

tahun telah meyenaraikan sasaran-sasarannya terutama berkaitan dengan pencapaian ekonomi

dan sosial masyarakat Malaysia. Melihat perjuangan dasar ini, apakah sebenarnya yang

diperjuangkan oleh masyarakat Malaysia teutamanya kaum Melayu yang pada mulanya agak

mundur dalam bidang ekonomi? Setelah 20 tahun perlaksanaan dasar ekonomo baru di Malaysia,

terdapat pelbagai karenah yang terpaksa dihadapi kerajaan dan masyarakat itu sendiri.

Menyentuh soal perjuangannya, kaum Melayu semestinya merupakan “orang kuat” atau “tulang

belakang” bagi menegakkan dasar ini.

Dasar Ekonomi Baru merupakan sebuah dasar yang inginkan orang Melayu mendapat

peluang secara adil dan saksama, bersaing secara sihat dengan kaum-kaum lain dalam

pembangunan ekonomi. Namun dasar ini dikatakan lebih mengutamakan orang Melayu

berbanding kaum-kaum yang lain.

13 | P a g e
9.0 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU

Menerusi Dasar Ekonomi Baru ini didapati bahawa kadar kemiskinan telah berkurangan,

walaupun ia belum mencapai matlamat yang dicita-citakan sepenuhnya. Seperti yang terjadi

daripada dasar ini ialah tempoh bagi pelaksanaanya telah pun tamat iaitu merangkumi 20 tahun

pelaksanan sahaja. Di sini terdapat dua kategori pencapian Dasar Ekonomi Baru iaitu sama asa

berjaya ataupun tidak.

Melihat dari segi ekonominya sehingga kini sekalipun, dasar ini dianggap berjaya

mengubah kadar-kadar ekonomi orang Melayu iaitu wujudnya peningkatan peratus penglibatan

orang Melayu dal;am bidang pekerjaan, perindustrian dan perdagangan namun tidaklah sampai

kepada 30%. Selain itu juga, Dasar Ekonomi Baru juga telah merapatkan jurang sosial antara

kaum.

Didapati antara tahun-tahun 1975 dan 1980 bilangan keluarga yang termiskin telah

berkurangan berbanding dengan kadar dalam tahun 1970. Pada tahun tersebut berlaku

pengurangan jumlah keluarga yang miskin dari 918000 kepada 666100 buah keluarga pada tahun

1980. Penyusutan ini ialah sebanyak 251900 buah keluarga iaitu sebanyak 27.44% kadar

kemiskinanbagi semua kaum menurun dalam tempoh 1970-1987, namun pencapaian ini masih

meletakkan kaum Melayu terus berada ditahap yang tinggi kadar kemiskinannya berbanding

kaum-kaum yang lain, iaitu Cina dan India. Seperti yang berlaku semasa pelaksanaan dasar ini

berfingsi, kemiskinan ketika itu disebabkan oleh keaadan ekonomi yang terganggu.

Tidak dinafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru ini membantu orang Melayu keluar dari

lingkaran kemiskinan. Sebahagian besar orang Melayu dan Bumiputera lain tidak lagi hidup

ibarat melukut di tepi gantang atau berasa terpinggir di Negara sendiri. Dunia perniagaan kini

14 | P a g e
tidak lagi dikuasai oleh kaum Cina umumnya seperti suatu ketika dahulu kerana melalui dasar

kerajaan ini sepanjang tempoh 20 tahun pelaksanaannya, orang Melayu boleh menguasai bidang

perniagaan tersebut. Namun di sebalik penguasaan tersebut masih terdapatnya orang-orang

Melayu dan Bumiputera lain tercicir dalam bidang ini. Hal ini mungkin disebabkan persaingan

yang wujud di antara peniaga-peniaga lama dan baru. Tambahan pula, ketika itu penduduk di

Malaysia kian bertambah dan permintaan terhadap barangan keperluan bertambah.

Dalam bidang pendidikan pula, kesan Dasar Ekonomi Baru sangat jelas kerana ia telah

mengubah pendirian orang Melayu untuk belajar. Bilangan profesional begitu mengkagumkan

kerana sebelum dasar ini dilaksanakan, jumlah doktor, peguam, akauntan dan jurutera adalah

sangat sedikit iaitu sekitar 225 orang. Namun semasa dasar ini dilaksanakan, bilangan mereka

telah ditingkatkan sebanyak 11753 orang. Hal ini telah menunjukkan bahawa dasar ini sangat

berkesan membawa orang Melayu ke menara gading untuk melahirkan bijak pandai.

10.0 MASALAH/KRITIKAN DASAR EKONOMI BARU

Fenomena ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum masih terus wujud walaupun

selepas Negara ini mencapai kemerdekaan. Ketidakseimbangan sosioekonomi ini telah

menimbulkan perhubungan yang tidak seperti diinginkan kerajaan. Hal ini kerana, kemelesetan

ekonomi yang dihadapi negara telah berlaku ketika itu dalam sekitar tahun 1980-an. Oleh itu,

sebelum tamat tempoh pelaksanaanya, dasar ini sebenarnya telah dijangka tidak akan tercapai

sepenuhnya sehingga tahun 1990. Kesan kemelesetan ini bukan sahaja di Malaysia, namun juga

di luar negara.

15 | P a g e
Selain itu juga, masalah yang timbul semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ialah

pengaruh politik dalam menentukan pelaksanaan dasar. Kerajaan memainkan peranan penting

dalam menentukan hala tuju dasar. Strategi-strategi yang diusahakan bagi mencapai

pembangunan masyarakat Malaysia adalah terikat dengan kerajaan. Kerajaan akan menentukan

ketelusan dasar sama ada berjaya atau tidak membentuk sosioekonomi rakyat Malaysia. Hal ini,

menunjukkan bahawa sesuatu keputusan itu terletak kepada keberanian sesebuah politik negara.

Hal ini boleh menyebabkan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini menyuarakan pendapat

mereka. Yang menjadi isu utama yang akan dipersoalkan oleh masyarakat ialah pembahagian

atau cara penyusunan yang dilakukan oleh kerajaan untuk masyarakat yang pelbagai kaum ini.

11.0 KESIMPULAN

Pencapaian dan kemajuan yang dilihat hari ini merupakan kesan daripada kata sepakat

dari pelbagai pihak terutamanya oleh kerajaan. Perpaduan yang wujud antara kaum

sememangnya adalah berpunca daripada kepercayaan kaum-kaum di Malaysia yang pada masa

kini tidak lagi dipertikaikan. Jika adapun, ia hanya sentimen-sentimen palsu yang dibuat oleh

pihak atasan kita sendiri bagi menarik undi dan pengaruh mereka dalam negara. Peristiwa 13 mei

merupakan salah satu sebab terlaksananya Dasar Ekonomi Baru yang menantikan perubahan-

perubahan dalam kaum melayu yang telah membangkitkan orang melayu sehingga hari ini.

Adalah jelas bahawa melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah membuka ruang

untuk orang melayu menceburi pelbagai bidang bersama – sama dengan kaum lain di Malaysia

terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial. Walaupun tempoh bagi pelaksanaan dasar ini

telah tamat hampir 10 tahun yang lalu, ia dianggap gagal akan tetapi, kegagalan adalah yang

16 | P a g e
tidak sepenuhnya kerana berjaya sebagai medium perpaduan. Berbanding dasar-dasar lain yang

wujud selepas Dasar Ekonomi Baru seperti Dasar Pertanian Negara dan Dasar Penswastaan.

Dasar Ekonomi Baru merupakan tunjang utama pergerakkan dasar-dasar lain.

Menerusi Dasar Ekonomi Baru juga, Peristiwa Hitam seperti 13 mei 1969 semestinya

tidak akan berulang kerana masih kukuhnya peranan dasar ini kepada pembentukkan perpaduan

kaum dan dapat dilihat sehingga hari ini.banyak kawasan kediaman atau penempatan kini

diduduki oleh pelbagai kaum. Mereka juga mendapat hidup secara demokrasi tanpa mengadakan

bantahan yang melibatkan perbezaan kaum masing-masing. Secara literalnya Dasar Ekonomi

Baru masih berada dibawah pengaruh politik atau kerajaan Malaysia. Sebagaimana kuatnya

pemerintahan di Malaysia maka akan sukarlah dasar ini lari daripada pengaruhnya

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara antara kaum-kaum di

Malaysia melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusuan semuka masyarakat di dalam

konteks negara yang pada mula ekonomi yang kurang kukuh menjadi kukuh. Segala program

pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang dipekenalkan adalah dirancang dan

dilaksanakan untuk mencapai perapduan antara kaum. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha

yang gigih dan pemikiran rakyat dan kemampuan dari sektor swasta untuk menerajui ekonomi

Malaysia.

Selepas tempoh dasar ini dilaksanakan, terdapat desakan dikalangan orang melayu

supaya dasar itu diteruskan kerana mereka merasakan melalui dasar ini, ia sebagai pengikat

antara kaum seperti mana inti pati tersirat kontrak social yang telah dipersetujui oleh semua

kaum. Malah terdapat juga suara-suara lantang yang menginginkan supaya dasar ini diteruskan

dan mahu ditambahkan peratusan pegangan ekonomi itu ditetapkan kepada 50% selaras dengn

kedudukan penduduk peribumi yang semakin ramai. Namun yang penting di sini ialah perpaduan

17 | P a g e
itu perlu ada dan perkongsian pegangan ekonomi itu boleh menggugat sikap penduduk di

Malaysia. Biarpun dapat mengubah sosioekonomi masyarakat di Malaysia, kita seharusnya

berterima kasih kepada pemimpin terdahulu yang banyak berkorban untuk mengubah fikiran

orang melayu untuk berkembang. Kerajaan telah menubuhkan sebuah dasar lagi iaitu Dasar

Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar

Ekonomi Baru yang telah tamat tempohnya ketika itu.

18 | P a g e
RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Ismail. (2005). Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Aizzat, M., Intan, O., & Zainal Ariffin, A. (2006). Pengantar Pengurusan. Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra

Malaysia.

Hassan Ahmad. (2008). Menghayati Perpaduan Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim bin saad. (1982). Dilema Melayu. Selangor: Federal Publications.

Jamal Ali. (2003). Ekonomi Malaysia Satu Analisis Dasar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Jomo K.S. (1985). Dasar-dasar Ekonomi Mahathir. Kuala Lumpur: Institut Analisa Sosial.

Negara Kita. (192). Sejarah Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan. INTAN, hlm, 365

Nik Hasyim Mustapha dan Zulkifly Osman. (1989). Dasar Ekonomi Malaysia. Bangi: UKM.

Yusuf Ismail dan Khayati Ibrahim. (1993). Dasar-dasar kerajaan Malaysia, tinjauan

menyeluruh. Kuala Lumpur:

Yusof Kasim dan Md Zyadi Md. Tahir. (1992). Ekonomi Malaysia;beberapa isu utama. Bangi:

UKM.

19 | P a g e

You might also like