You are on page 1of 10

Kurikulum Di Malaysia

Pentadbiran yang berkualiti perlu dilaksanakan dari praskolah sistem pendidikan


dari peringkat prasekolah hingga tertiari . Ini adalah untuk untuk mencapai
kecemerlangan, kecekapan, persamaan, penglibatan yang menyeluruh, ketelusan dan
akauntibiliti dalam pengurusan pentadbiran prasekolah. Ia perlu dilaksanakan secara
telus, berakauntabiliti dan berhemat. Pernyataan visi dan misi prasekolah disedia dan
dipamerkan. Menyediakan senarai harta modal dan inventori peralatan. Senarai harta
modal dan inventori peralatan dikemas kini dan perlu direkodkan. Kesemua profil guru
dan murid perlu berada di tempat ynag mudah diakses dan sentiasa dikemas kini. Buku-
buku rekod yang mengandung senarai harta modal dan inventori peralatan perlu
disediakan. Perbelanjaaan ini memainkan faktor yang penting dalam bidang
perkembangan Awal kanak-Kanak.Sistem pengurusan kewangan merupakan satu
daripada pengurusan yang dipertanggungjawabkan kepada guru-guru Prasekolah untuk
diurus dengan cekap dan berakauntabiliti. Latihan-latihan pengurusan kewangan perlu
kerana prasekolah penggunaan berbagai material untuk PDP pengajaran. Selain daripada
itu pelbagai perbelanjaan lain seperti alatan mainan, alatan dapur, pejabat dan peralatan
taman permainan. Ia memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dan
pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan
menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di prasekolah. Oleh itu pengurusan kewangan
yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini. Kualiti tadbir urus
yang melibatkan penyeliaan dalaman dan luaran, pengauditan kewangan perlu diteliti dari
masa ke semasa. Penyata kewangan dalam perbelanjaan, perancangan tahunan, wajar
diteliti dan di audit.Perbelanjaan Pendidikan (EDU) Pendidikan dan latihan yang
terkandung dalam komponen utama dalam pembangunan sumber manusia perlu
diagihkan oleh kepada semua guru prasekolah kerajaan mahupun swasta.Ini secara tidak
langsung meningkatkan kualiti guru-guru presekolah. Ia secara tidak langsung juga
merupakan proses pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti
mereka. Denagn menyediakan takwim, bidang tugas dan perancangan kewangan
prasekolah kesemua masalah dapat di kurangkan.

1
Saya mencadangkan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan sekolah.
Dalam usaha mempertingkatkan kerjasama antara ibu bapa dan presekolah. Ini kerana,
menurut Morrison (1991 dalam Hanifah et al., 2014) ibu bapa adalah guru terawal kanak-
kanak dan mungkin juga ibu bapa merupakan guru yang terbaik. Perjumpaan dan
mesyuarat perlu dilaksanakan melebihi dua kali setahun dan kesemua maklumat
berkaitan perjumpaan didokumenkan. Di samping itu pandangan ibu bapa / penjaga
direkodkan dan diambil tindakan sebelum mesyuarat akan datang.Dengan ini ibu bapa di
dedahkan dengan pembelajaran abad ke-21 dan PDP terkini yang mengikut KSPK
Semakkan 2017 supaya mereka dapat membimbing lagi anak-anak mereka di rumah.
Selain daripada membimbing mereka juga boleh mendedahkan anak-anak dengan
keperluan abad ke -21 di rumah. Ini secara tidak langsung akan mengembangkan minda
kanak-kanak. Pada awal persekolahan, prasekolah merancang & melaksanakan program
orientasi bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang berikut kepada ibu bapa
mengenai Falsafah Prasekolah, Kurikulum prasekolah, pentaksiran prasekolah,
penglibatan ibu bapa dan polisi prasekolah.Ini boleh dilakukansewaktu program orientasi
kepada ibu bapa untuk menyampaikan maklumat-maklumat tersebut.

Pihak prasekolah mengalu-alukan ibu bapa berperanan sebagai rakan kongsi


dengan pihak sekolah dalam mendidik anak–anak mereka. Penglibatan ibu bapa secara
sukarela bukan sahaja akan menjimatkan kos pengurusan sesebuah prasekolah bahkan
akan meningkatkan keberkesanan dalam memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Seminar dan motivasi perlu diberikan supaya ibubapa daripada bidang yang berlainan
menyumbangkan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan tenaga mereka dalam bidang–
bidang tertentu. Menurut Scot (1983) menyatakan didikan ibu bapa membantu
membentuk konsep kendiri yang positif. Gaya didikan ibu bapa akan memberi kesan
adan pengaruh kepada perkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderungan serta sikap
anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.

( Rohani Abdullah, 2007).Oleh itu perkongsian, perhubungan, interaksi, kerjasama dan


sokongan sangat penting. Ibu bapa dapat membincangkan pekara yang berkaitan

2
perkembangan, tingkah laku dan apa sahaja masalah yang dihadapi. Perbincangan dan
perkongsian begini dapat menyelesaikan banyak masalah dan juga meningkatkan
kemahiran keibubapaan. Prasekolah menyediakan mekanisme untuk memastikan proses
komunikasi berlaku dengan ibu bapa dengan membuka website, kumpulan whatsup dan
facebook sekolah. Kesemua ini membolehkan hasil komunikasi direkodkan dan diambil
tindakan. Ibu bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah misalnya penyediaan
bahan sumber pendidikan dan pusat dan sudut pembelajaran dan pengiktirafan diberikan
kepada mereka yang terllibat. Ini secara tidak langsung akan memupuk komunikasi yang
positif.

Kurikulum standard prasekolah perlu ditingkatkan untuk usaha menangani


kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan
perkembangan ekonomi dunia hari ini. Walaupun ia bermatlamat membangunkan anak-
anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ia mesti merangkumi
Pembelajaran abad ke-21 . Ia adalah merupakan elemen yang penting dalam PPIM.
PPPM juga sebagai persediaan awal bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi
keperluan pembelajaran abad ke-21. Perancangan dan persediaan yang rapi berdasarkan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Pedagogi-pedagogi terkini perlu
diperkenalkan dan kajian-kajian perlu dibuat. Jadual waktu disediakan berdasarkan
kehendak KSPK. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disediakan berdasarkan
takwim persekolahan. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan setiap hari
berdasarkan RPT Refleksi disediakan bagi setiap pengajaran sebagai panduan untuk
merancang RPH yang seterusnya.RPT dan RPH didokumentasikan dengan lengkap untuk
pantauan.Dalam pelaksanakan pembelajaran dan pengajaran ia perlu menepati
Pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran yang dipelbagaikan dan sesuai dengan
keupayaan dan pengalaman murid. prinsip pengajaran asas yang di amalkan daripada
mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan secara individu, kumpulan dan kelas dilaksanakan dengan kreatif, menarik dan
menyeronokkan. Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan
pembelajaran juga Penerapan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris lebih kerap boleh

3
menggalakkan interaksi berlaku di kedua-dua bahasa di prasekolah SJKC dan SJKT.
Melaksanakan pentaksiran berterusan untuk mengukur tahap perkembanganm dengan
kaedah merekodkan pentaksiran. Pentaksiran dilaksanakan secara menyeluruh dan
merangkumi semua tunjang. Pentaksiran secara direkodkansecara berterusan dan
sistematik. Hasil pentaksiran dianalisis untuk memperbaiki pengajaran guru.

Penetapan kelayakan akademik minimum guru dan pembantu guru prasekolah di


negara ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya bermula tahun 2020.Pendidikan prasekolah
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] iaitu di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Sejajar dengan itu kerajaan telah meluluskan penetapan kelayakan akademik minimum,
iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi guru prasekolah di
Malaysia.Penetapan dasar ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan semua
prasekolah dan profesionalisme guru prasekolah di Malaysia. Kerajaan juga perlu
merancang keperluan latihan-latihan di kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak
untuk latihan, pelajaran dan perancangan pembangunan. Kualiti program Pembangunan
Laluan guru diperluaskan lagi untuk peranan kepimpinan, menjadi pakar pengajaran dan
pakar dalam bidang yang khusus berterusan (CPD) setanding dengan standard bertaraf
dunia mejelang 2020. Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting untuk melabur
dalam meningkatkan kelayakan atau kakitangan pendanaan latihan. Peruntukan
disediakan untuk latihan dan peralatan serta keperluan lain yang berkaitan untuk
menyokong hasrat negara untuk mencapai hasrat DEB, DPN dan Wawasan 2020.

4
Prasekolah perlu mempunyai polisi, prosedur ,peraturan tentang keselamatan dan
kesihatan murid. Pengenalan pengetahuan pelajar mengenai keselamatan prasekolah
adalah amat penting untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dan alam persekitaran
mereka. Menurut Prof. Dr. Bustam Kamri (2010) juga mempunyai pendapat bahawa
matlamat keselamatan perlu seimbang dengan matlamat menyediakan dorongan dan
cabaran perkembangan kanak-kanak dan mainan. Kehadiran murid direkodkan setiap
hari.Pemeriksaan fizikal dan kesihatan dilakukan semasa murid tiba di prasekolah setiap
hari Selain daripada itu hanya ibu bapa atau pihak yang dipertanggungjawab oleh ibu
bapa sahaja dibenarkan untuk mengambil murid pulang.Kesejahteraan fizikal, emosi,
mental, sosial dan seksual murid-murid perlu dilindungi dengan prasekolah memberi
kesedaran kepada murid tentang keselamatan diri dan murid-murid di pantau dari masa
ke semasa di kelas prasekolah. Selain daripada itu senarai nama murid dengan nombor
telefon ditampal pada dinding berhampiran pintu keluar kecemasan. Nombor telefon
kecemasan seperti hospital, bomba, polis perlu dipaparkan. Peti keselamatan disimpan di
tempat yang khas dan mudah dijumpai serta yang lengkap dengan ubat asas perlu
diperiksa. Keselamatan fizikal bangunan, keselamatan di dalam bangunan dan di luar
bangunan amat penting dan perlu dipantau untuk megelakkan kemalangan di sewaktu
sekolah. Prasekolah juga perlu menyediakan prosedur kecemasan kebakaran dimana
aktiviti ini perlu dilaksanakan 4 bulan sekali. Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di
kesemua pintu utama kelas. Laluan kecemasan pula perlu dilabel dan sedia digunakan
Alat pemadam api disediakan di tempat strategik, diselenggara dan berfungsi. Guru dan
pembantu Guru perlu tahu mengendalikan alat pemadam api. Kesemua latihan kebakaran
perlu direkodkan.

Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi


membentuk konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan-rakan dalam
Swadener, 1994). latihan kursus dalam bidang pemakanan, memenuhi keperluan
pemakanan kanak-kanak dan program pemakanan berkaitan latar budaya keluarga dalam
pengurusan makanan.Amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak- kanak
prasekolah sangat penting.Kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas
pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak . Satu Jadual perancangan

5
diperkenalkan untuk menyelaraskan perancangan perkhidmatan makanann dalam
merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrien yang baik. Di samping itu
prasekolah mengutamakan amalan kesihatan seperti kebersihan diri, ruang dan bahan
yang digunakan. Prasekolah yang tidak menyediakan makanan,perlu menyediakan polisi
dan prosedur tentang makanan yang dibawa dari luar.Prosedur makanan yang dibawa dari
luar dan memantau makanan yang dibawa dari luar. Polisi ini mengandungi tiga perkara
seperti peraturan kebersihan makanan, iramid makanan da peraturan bagi menghormati
nilai, adat resam dan kepercayaan yang berbeza antara murid.

Kesimpulannya, pendidikan memainkan peranan utama dalam usaha mencapai


pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara dalam mana-mana negara.. Dalam
ekonomi global hari ini, kejayaan negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan rakyatnya. Tidak hairanlah negara-negara yang mempunyai tahap pendidikan
tinggi cenderung menikmati kemakmuran ekonomi yang lebih besar. Pendidikan juga
menjadi asas kepada pembangunan negara dan perpaduan. Di dalam Pendidikan
Prasekolah untuk mencapai standard prasekolah kebangsaan kesemua strategi dan
langkah perlu dilaksanakan untuk men meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan pendidikan prasekolah. Ia juga akan
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan. Ini juga akan
memantapkan sistem pemantauan dan penilaian program pendidikan. Kesemua ini akan
menyelaraskan program, sumber tenaga, kewangan dan kepakaran penting bagi
memastikan kesan sinergi dan impak yang maksimum.Program-program dilaksanakan
bukan sahaja efektif dan cekap, malah dapat memberikan impak yang dikehendaki.

1736 PATAH PERKATAAN

6
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Nashih Ulwan (1996). Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.Jilid1-2.


Terjemahan
Saifullah Kamalie dan Hery Neor Ali. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Abdullah Nashih Ulwan (2005). Pendidikan Anak-anak dalam Islam (Jilid1). (terjemahan
Syed Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Abdul Rashid Ahmad (2003). Surah Luqman: Mendidik Anak Cemerlang. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rosyad Siddiq (2010). Ringkasan Ihya’ Ulumiddin. Selangor: Berlian Publications
Sdn. Bhd.

Ab Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2002). Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi
pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Universiti
Kebangsaan Malaysia, 16 Julai 2002.

Imam Al-Ghazali ( 2007). Bimbingan Mu’minin: pada mencari redha rabbil-‘alamin.


(terjemahan Syed Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd.

Jas Laile Suzana Jaafar (2008). Pengenalan Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah
Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.

7
Mastura Badzis (2010). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan
Binaan Kurikulum yang Integratif. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun pada
15 Mac 2010 daripada http://www.mindamadani.my

Morrison. G.S. (2011). Early Childhood Education Today. (12th Internation


Edition).Pearson Prentice Hall.

Novie Adilah Sondig (2010). Konsep Kesediaan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Terhadap Perkembangan Kognitif , Psikomotor dan Afektif Kanak-Kanak. Tesis
Sarjana Seni dan Muzik ( tidak diterbitkan) .Universiti Pendidikan

Rohani Abdullah (2001). Penilaian Perkembangan Kanak-kanak: Secara Portfolio.


Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rubin, K.H. & Watson, K. S.(1978). Free play behaviors in preschool and kindergarten
children. Society for research in Child Development ,49, 534- 536.

Shahabuddin Hashim dan Nazrul Hassan (2011). Al Quran sebagai sumber ilmu dan
implikasinya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Prosiding Seminar Pendidikan Awal
Kanak-kanak dan Pendidikan Khas. Universiti Sains Malaysia.

Sidek Baba. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading
Sdn. Bhd.

Wan Nurulhuda Wan Jusoh (2011).Metodologi Pendidikan Anak Menurut Surah Luqman.
Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai.(Tidak diterbitkan)

Zaharah Hussin. (2008). Pembinaan kandungan kurikulum pendidikan akhlak untuk


Latihan Perguruan Pendidikan Islam. Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi (Tidak diterbitkan).

8
(PDF) KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN.... Available from:
https://www.researchgate.net/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_A
WAL_KANAK-
KANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_
KINI

Bybee RW (2013) The Case for STEM Education: Challenges and Opportunities. NSTA

Press.

Hoachlander G, Yanofsky D (2011) Making STEM Real. Educational Leadership 68(6).

Katz LG (2010) STEM in the early years. Paper presented at the STEM in Early

Education andDevelopment Conference, Cedar Falls, IA. Available from:

http://ecrp.uiuc.edu/beyond/seed/katz.html.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2015. KPM, Kuala Lumpur.

Morrison G (1991) Early childhood education today. In: Hanifah Mahat, Shaharuddin

Ahmad, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Noraziah Ali (2014) Pendidikan

Pembangunan Lestari – Hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar. Geografia-

Malaysian Journal of Society and Space 10 (5), 71– 84.

National Research Council (NRC) (2010) Successful K-12 STEM-Identifying Effective

Approaches in Science, Technology, Engineering and Mathematics.

9
Sneideman JM (2013) Engaging Children in STEM Education EARLY! Feature Story.

Natural Start Alliance and NAAEE. Available from: http://naturalstart.org/feature-

stories/engaging-children-stemeducation-early.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali (2014) Faktor budaya dan

persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di

Kelantan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 10(5),107–122.

10

You might also like