You are on page 1of 13

MPU3313

FAKULTI OF SCIENCE & TECHNOLOGY

SEMESTER MEI 2016

MPU3313

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

0
MPU3313

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN................................................................................................2

1.1 SEBAB-SEBAB TERJADINYA OBESITI......................................................2


1.2 KESAN-KESAN DARIPADA OBESITI.........................................................2
1.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI.........................................3
1.4 KESIMPULAN.................................................................................................3
2.0 AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN DAN
KESEJAHTERAAN KELUARGA..............................................................................4
3.0 STRATEGI UNTUK KEKAL SIHAT DARI ASPEK FIZIKAL DAN
INTELEKTUAL...........................................................................................................6
4.0 STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN PEKERJAAN DI
TEMPAT KERJA..........................................................................................................8
5.0 TABIAT GAYA HIDUP YANG BERKAITAN DENGAN PUNCA DIABETES....10
6.0 RUJUKAN...................................................................................................................12

1
MPU3313

1.0 PENGENALAN

Peningkatan peratusan obesiti kini menunjukkan betapa kurangnya tahap


kesedaran masyarakat kini terhadap kepentingan kesihatan berbanding dengan
menjalani kehidupan yang mewah. Oleh itu, kesedaran terhadap bahaya obesiti
amatlah penting kerana ia merupakan penyumbang utama kepada penyakit-
penyakit berbahaya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

1.1 SEBAB-SEBAB TERJADINYA OBESITI


Amalan gaya hidup yang tidak sihat akan mendorong kepada
ketidakseimbangan antara tenaga yang diperlukan dan tenaga yang telah diambil.
Ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan
tidak melakukan aktiviti senaman. Pengambilan tenaga yang berlebihan daripada
pengunaannya akan menyebabkan lebihan tenaga itu akan diserap oleh badan dan
disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak yang berterusan di dalam badan
akan menyebabkan berlakunya obesiti. Semakin meningkat usia kita, semakin
banyak peratusan lemak di dalam badan kita. Keadaan ini dikaitkan dengan kadar
metabolisme asas (Base Metabolic Rate) menurun apabila usia kita semakin
meningkat. Faktor keturunan juga boleh menyebabkan obesiti. Terdapat beberapa
penyakit yang boleh menyebabkan obesiti seperti Hypothyroidism, Syndrom
Alstrom, Prader-Willi, Bardet Beidl, dan Penyakit Cushing. Namun begitu faktor
ini hanya menyumbang sekitar 5% sahaja dari kes-kes obesiti secara
keseluruhannya. Oleh itu faktor ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk
obesiti.

1.2 KESAN-KESAN DARIPADA OBESITI


Dari segi psikologi, ia akan memberikan kesan kepada emosi dan interaksi
sosial. Di mana sahaja ada seseorang yang berbadan besar, pasti yang
mendiskriminasikan dan mengejek mereka. Ini akan menyebabkan rasa tertekan
dan malu untuk bergaul secara sosial dalam masyarakat. Dari segi kehidupan

2
MPU3313

seksual pula, terdapat kajian yang menyatakan bahawa oranga dewasa yang
mengalami obesiti adalah kurang aktif dari segi seksual. Bagi lelaki dewasa,
mereka akan menghadapi masalah eraksi manakala bagi wanita dewasa pula akan
terdedah kepada kandungan tidak terancang. Selain dari itu, obesiti juga
memberikan kesan dari segi kesihatan dan perubatan. Sekiranya berat badan
seseorang itu terus bertambah tanpa dikawal, risiko untuk individu tersebut
mendapat penyakit- penyakit berbahaya adalah tinggi. Antara penyakit-penyakit
yang dimaksudkan adalah seperti Kardiovaskular, Stroke, Diabetis,
Gastroesophageal Disease, Hernia, Kanser, Polycystic Ovarian, Masalah Emosi,
Pedih Ulu Hati, Sakit sendi lutut, Sakit Pinggang, dan Penurunan Jangka Hayat.

1.3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI


Amalkan pemakanan secara sihat untuk mengelakkan berlakunya
pengambilan tenaga yang berlebihan daripada jumlah yang diperlukan. Kita
digalakkan mengambil pelbagai jenis makanan tetapi ia mestilah di dalam kuantiti
yang disarankan dan berpandukan kepada piramid makanan. Pengambilan
makanan hendaklah secukupnya berdasarkan keperluan nutrien mengikut umur
dan jantina. Meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti fizikal juga mampu mengatasi
masalah obesiti. Lakukan aktiviti berintensiti sederhana selama 45-60 minit setiap
hari bagi mencegah kenaikan semula berat badan. Kita juga boleh meningkatkan
aktiviti-aktiviti fizikal dan melakukan dengan lebih kerap. Dengan melakukan
modifikasi ini, individu tersebut akan dapat mengekalkan berat badan ideal yang
mana berada dalam lingkungan BMI yang normal. Menghentikan tabiat merokok
dan minum minuman beralkohol juga boleh mengatasi masalah obesiti.

1.4 KESIMPULAN
Menjalankan kehidupan yang nomal dan sihat adalah satu anugerah yang
tidak terhingga bagi kita. Dengan mengetahui punca, kesan dan cara mengatasi
masalah obesiti ini, maka bolehlah kita berusaha untuk mengamalkan gaya hidup
yang sihat. Kehidupan yang sihat adalah penting untuk sesebuah keluarga,

3
MPU3313

masyarakat dan negara kita. Kemewahan tidak dapat menjamin kesihatan yang
baik melainkan kita berusaha untuk terus mengekalkannya dengan mengamalkan
gaya hidup yang sihat.

2.0 AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN DAN


KESEJAHTERAAN KELUARGA
Keluarga merupakan satu aset yang tidak ternilai harganya bagi setiap
individu. Untuk menjalani kehidupan yang sejahtera, kesihatan seluruh ahli
keluarga perlulah dititik beratkan. Terdapat beberapa langkah untuk mengekalkan
kesihatan dan kesejahteraan keluarga yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita
seharian.
Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup yang sihat. Riadah boleh
ditafsirkan sebagai menyihatkan badan sambil menenangkan fikiran. Aktiviti
riadah ini boleh dijadikan sebagai amalan mingguan keluarga. Antara aktiviti
riadah yang boleh dilakukan bersama keluarga adalah seperti bersenam,
berbasikal, berjoging di kawasan taman dan berkelah. Selain mendapat manfaat
dari segi kesihatan mental dan fizikal, kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara ahli keluarga. Semasa aktiviti ini dilakukan , ibubapa boleh
menasihati anak-anak tentang nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam
kehidupan seharian. Untuk lingkungan yang lebih besar, kita boleh merancang
aktiviti hari keluarga dimana jumlah ahli keluarga yang lebih besar akan
berkumpul untuk beriadah. Pelbagai aktiviti yang menyihatkan boleh diatur
seperti sukaneka, memasak, dan gotong royong. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan
memberikan kesan positif dari segi kesihatan mental dan fizikal setiap ahli
keluarga.
Ketika kita berada dirumah pada hujung minggu atau waktu cuti, terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dirancang untuk mengisi masa lapang kita
sekeluarga. Antaranya ialah kita mengemas bilik tidur bersama-sama. Bilik tidur
yang kemas dan bersih akan membuatkan tidur kita lebih nyenyak, selesa dan

4
MPU3313

berkualiti. Ajaklah anak-anak anda untuk sama-sama mengelap tingkap, menyapu


dan membuang debu. Anak-anak akan berasa seronok bila mereka dapat
melakukannya bersama ibu dan bapanya. Disamping itu ia dapat melatih mereka
untuk mementingkan kebersihan diri dan persekitarannya. Suami dan anak-anak
juga boleh tugas mambantu di dapur. Pastikan dapur bersih dan jauh dari sebarang
serangga terutamanya semut. Ini kerana semut akan mengundang lebih banyak
serangga dan binatang lain seperti cicak yang akan mengotorkan persekitaran
rumah kita. Lakukan aktiviti mencuci pingan bersama anak-anak selepas makan
dan ini akan dapat meringankan beban kerja seharian isteri. Pada sebelah petang
pula ajaklah anak-anak mencuci kenderaan sama ada kereta, motosikal ataupun
basikal kesayangan mereka sambil memberi kesempatan untuk mereka bermain
air. Mencuci kenderaan sendiri adalah lebih baik kerana ia dilakukan dengan
penuh kasih sayang. Badan juga akan menjadi sihat kerana aktiviti-aktiviti ini
dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika anda tinggal di rumah pangsa atau apartment, sukar untuk
merealisasikan aktiviti berkebun. Namun itu bukan alasan untuk tidak melakukan
aktiviti ini. Anda masih boleh berkebun dengan menggunakan pasu-pasu ataupun
menggunakan kaedah hidroponik. Sekiranya rumah anda mempunyai laman yang
luas, gunakanlah ia sebagai salah satu aktiviti anda. Gemburkan tanah dan
tanamlah pokok yang anda suka. Persekitaran rumah akan menjadi lebih sejuk dan
redup. Selain itu anda boleh menanam sayur-sayuran dan ini boleh mengurangkan
bajet anda untuk membeli sayur.
Jika sebelum ini anda sibuk dengan kerja dan aktiviti luar, sesekali
cubalah latih diri untuk menikmati masa lapang bersama keluarga. Aktiviti-
aktiviti yang dilakukan bersama keluarga bukan sahaja dapat mengeratkan lagi
hubungan malah memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada diri dan
keluarga anda. Terdapat banyak cara untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan
bersama keluarga Cuma cara kita menikmati kehidupan seharian mempengaruhi
pemikiran kita. Oleh itu lakukanlah apa-apa aktiviti fizikal dirumah untuk
menyihatkan tubuh badan kita.

5
MPU3313

3.0 STRATEGI UNTUK KEKAL SIHAT DARI ASPEK FIZIKAL DAN


INTELEKTUAL
Kesihatan merupakan konsep yang memerlukan keseimbangan diantara
aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial. Kesemua aspek ini mempunyai
hubungkait yang mempengaruhi kebolehan seseorang itu bertindakbalas dengan
cara yang sesuai dan sewajarnya. Kesihatan mental dan fizikal adalah satu aspek
yang tidak boleh dipisahkan. Kesihatan dari segi mental dan fizikal merupakan
sebahagian dari kehidupan dan ia saling bergantungan antara satu sama lain.
Apabila seseorang itu menghidapi penyakit fizikal, ia akan memberi kesan
kepada kesihatan mental individu itu. Individu tersebut mula ragu-ragu terhadap
masa depannya, merasa dirinya telah gagal dan kehilangan upaya untuk
mengawal diri. Seterusnya akan timbul perasaan bimbang, tertekan dan ini akan
menyebabkan terjadinya perkara yang tidak baik. Manakala apabila seseorang itu
mengalami penyakit mental, kesan keatas fizikalnya adalah seperti gangguan
sistem imun, tekanan darah dan paras gula yang tidak terkawal, risiko serangan
jantung dan peningkatan hormon stress.
Pelbagai strategi boleh diambil untuk mengekalkan keseimbangan
kesihatan fizikal dan intelektual kita. Kita hendaklah prihatin kepada keperluan
dan perasaan kita sendiri. Melakukan aktiviti yang digemari seperti bersukan
dapat memberikan rasa tenang dan damai kepada minda kita. Kerap melakukan
aktiviti luar dan bersenam bersama kawan-kawan anda boleh menghilangkan
stress.Selain itu ia dapat memastikan minda dan tubuh kita bersedia menghadapi
sebarang sebarang situasi. Sikap sentiasa menjaga tubuh yang sihat akan
menghasilkan minda yang sihat.
Bina kekuatan diri dengan membina hubungan baik dengan ahli keluarga,
rakan-rakan dan orang disekitar kita yang dapat membantu kita. Berkongsi
perasaan, masalah dan penyakit kita dapat membantu mereka lebih memahami.
Cuba untuk melihat lebih jauh dari keadaan semasa dimana keadaan akan menjadi
lebih baik dimasa hadapan. Sentiasa berpandangan positif akan membangkitkan

6
MPU3313

semangat kita untuk terus kekal sihat.Di samping itu kita haruslah bersedia untuk
membuat sebarang perubahan dalam hidup kita. Menerima keadaan seadaanya
boleh membantu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang boleh
diperbaiki. Kita mampu untuk mengubah beberapa perkara tentang kehidupan
untuk kekal sihat dari segi fizikal dan intelektual.
Kejayaan yang sedikit membolehkan kita terus maju dan membina
beberapa harapan yang realistik. Keupayaan menjana gaya hidup yang sihat akan
dapat menambahkan lagi keyakinan diri kita. Dengan keyakinan ini kita boleh
mengatasi maslah serta percaya naluri diri kita. Kita juga tidak mudah putus asa
kerana keyakinan diri yang tinggi dapat membakar semangat diri untuk terus
berusaha kekal sihat walaupun hakikatnya kita sedang sakit. Apabila minda kita
dilatih untuk tidak mudah berputus asa, maka secara automatik ia akan dapat
membantu kita mengekalkan kesihatan fizikal kita. Cari peluang untuk mengenali
diri kita sendiri. Selami tentang diri sendiri dan akui tentang kematangan diri
dalam menghadapi situasi sukar. Ia akan meningkatkan semangat untuk lebih
bersedia menghadapi musibah dan rasa bersyukur dengan kehidupan. Kekuatan
pegangan dan keyakinan yang baik akan membawa kepada usaha berterusan
untuk sembuh dari sebarang penyakit.
Kesihatan fizikal dan intelektual saling memerlukan antara satu sama lain.
Ini kerana jika salah satu daripada kesihatan ini terjejas, ia kan memberi kesan
kepada secara langsung kepada kesihatan yang satu lagi. Keseimbangan antara
keduanya mestilah dijaga dengan baik supaya ia dapat menghasilkan satu keadaan
yang stabil diantara kesihatan fizikal mahupun mental. Oleh itu kita jangan
mengambil mudah tentang hubungan antara keduanya.

7
MPU3313

4.0 STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN PEKERJAAN DI


TEMPAT KERJA
Pekerjaan merupakan tuntutan rutin dengan cabaran baru yang sentiasa
berubah mengikut keadaan semasa. Menurut Pryce-Jones (2010) kesejahteraan
tempat kerja merupakan satu set kawalan minda yang membolehkan seseorang
untuk memaksimumkan prestasi kerja dan mencapai potensi diri. Ini bergantung
pada tinggi atau rendah set kawalan minda apabila bekerja bersendirian atau
didalam organisasi dan juga kebijaksanaan menggunakan sumber yang ada
dengan sebaik-baiknya untuk mengatasi rintangan dan halangan semasa bekerja.
Setiap majikan seharusnya peka tentang keperluan dan kehendak pekerja-
pekerjanya untuk mewujudkan kesejahteraan di tempat kerja. Apabila pekerja
berkerja dalam keadaan yang selesa dan seronok, ia sekaligus meningkatkan
produktiviti sesebuah syarikat. Kesejahteraan ini tidak bermakna keseronokan dan
kegembiraan yang berterusan, tetapi yang paling penting kesejahteraan dapat
mewujudkan jati diri yang tinggi untuk pulih lebih cepat daripada pengalaman
yang negatif. Kesejahteraan juga mempengaruhi dan memberi tenaga dan
semangat positif kepada pekerja lain untuk meningkatkan prestasi diri untuk
bersaing di persekitaran tempat kerja.
Penawaran gaji yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab akan
menimbulkan keseronokan bekerja. Selain dari itu kenaikan gaji dan pangkat serta
penghargaan dalam bentuk bonus juga akan menaikan semangat seseorang
pekerja. Tempat kerja yang selesa dan selamat pula boleh memberikan jaminan
keselamatan mereka semasa bekerja. Apabila majikan berjaya melaksanakan
semua perkara ini, maka akan wujud suasana bekerja yang sihat dan menjamin
kesejahteraan ditempat kerja. Ia juga seperti pelaburan oleh pihak syarikat untuk
memperolehi keutungan yang berterusan di masa hadapan hasil daripada
peningkatan produktiviti pekerja-pekerja.
Bagi seseorang pekerja pula, mereka perlu memahami tuntutan dan
keperluan kerjanya. Mereka juga mestilah mempunyai keinginan dan bersedia
untuk mempelajari sesuatu yang baru yang berkaitan dengan bidang kerjanya.

8
MPU3313

Selain menyumbang kepada prestasi syarikat ia juga akan menaikan nilai pasaran
seseorang pekerja itu. Dengan meneroka minat dan bakat yang ada pada mereka,
pekerja akan menyedari kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Apabila
tahu dimana kelemahan mereka, usaha untuk mengatasi atau memperbaiki
kelemahan itu akan dilakukan olehnya. Pekerja yang memiliki kekuatan dan
kemahiran dalam bidangnya pula boleh membimbing pekerja-pekerja lain yang
kurang mahir. Suasana bekerja secara berkumpulan akan wujud dikalangan
pekerja dan mereka akan saling tolong menolong untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan.
Kebijaksanaan pekerja menggunakan segala sumber yang ada untuk
mengatasi rintangan dalam pekerjaan yang akhirnya akan memberi impak yang
positif kepada diri dan juga memberi semangat kepada rakan sekerja yang lain
dapat mewujudkan kesejahteraan di tempat kerja. Variable ini boleh diukur
melalui dimensi-dimensi seperti sumbangan kepada majikan, kepercayaan,
persekitaran kerja, penglibatan dalam kerja dan keyakinan dengan majikan.
Diluar waktu bekerja, pekerja boleh berkongsi hobi yang memberikan
keseronokan kepada mereka untuk menghilangkan stress serta merapatkan lagi
hubungan sesama mereka. Ini dapat mengekalkan keseimbangan pekerjaan dan
kehidupan yang sihat di samping dapat mencari peluang untuk perkembangan
kearah yang lebih profesional.
Kerjasama antara majikan dan pekerja penting dalam mengekalkan
keseimbangan kesejahteraan ditempat kerja. Keadaan ini tidak mungkin wujud
sekiranya hanya sebelah pihak yang berusaha melakukannya. Pekerja perlulah
memahami kehendak kerja dan melaksanakannya sebaik mungkin manakala
majikan perlu mengambil berat aspek-aspek yang melibatkan kebajikan
pekerjanya. Sekiranya kedua belah pihak melaksanakan tanggungjawab dengan
baik, maka kesejahteraan dan kesihatan di tempat kerja akan dapat ditingkatkan
dan dikekalkan.

9
MPU3313

5.0 TABIAT GAYA HIDUP YANG BERKAITAN DENGAN PUNCA


DIABETES
Diabetes merupakan sejenis penyakit kronik yang boleh
menjejaskan seluruh tubuh jika tidak dikawal dengan sempurna. Ini kerana paras
glukosa dalam darah mereka adalah tinggi. Penghasilan insulin yang kurang oleh
pankreas atau tubuh tidak menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan
adalah punca terjadinya penyakit ini. Makanan yang diambil oleh penghidap
diabetes akan dihadam sebagai glukosa dan tidak dapat diserap sebagai tenaga.
Glukosa ini akan kekal dalam darah dan menyebabkan paras glukosa dalam darah
tinggi. Oleh itu penghidap diabetes perlu mengekalkan paras gula dalam darah
melalui diet, aktiviti fizikal dan sesetengah individu memerlukan ubat dan
suntikan insulin.
Amalan pemakanan yang tidak sihat secara berterusan menyebabkan kadar
lemak bertambah didalam badan individu itu. Keadaan ini menyebabkan berat
badan yang berlebihan. Individu yang obes mempunyai risiko penyakit diabetes
yang tinggi. Diet yang tidak seimbang seperti pengambilan karbohidrat, gula,
lemak, dan garam yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Ditambah
pula dengan kurang pengambilan makanan seperti buah-buahan ,sayuran dan
makanan yang berserat tinggi. Pengambilan makanan yang tidak seimbang ini
akan menyebabkan terjadinya lebihan tenaga yang akan disimpan oleh badan
sebagai lemak. Pengambilan makanan segera yang mengandungi jumlah tenaga
yang tinggi juga adalah punca terjadinya diabetes. Kegagalan untuk mengawal
nafsu makan akan menyebabkan individu itu makan secara berlebihan. Kurangnya
pengetahuan dalam pengambilan diet seimbang dan sikap tidak ambil endah
tentang kesihatan merupakan gaya hidup yang tidak boleh diamalkan.
Penyakit ini juga boleh berpunca dari kurangnya melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal seperti bersenam dan beriadah. Mereka yang kurang aktif ini

10
MPU3313

adalah terdedah kepada masalah obes yang mana akan memacu kepada penyakit
diabetes dan penyakit-penyakit kronik lain. Individu ini lebih gemar menonton
televisyen sambil menikmati makanan ringan daripada keluar melakukan aktiviti-
aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Kesibukan bekerja sepanjang hari
menyebabkan mereka letih ketika sampai dirumah. Mereka lebih seronok
mengejar kemewahan daripada melakukan senaman yang dapat mngekalkan tahap
kesihatan mereka. Mereka berandaian bahawa mereka masih muda dan risiko
untuk mendapat penyakit seperti diabetes adalah amat jauh. Ketika dirumah
mereka jarang melakukan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Mereka lebih gemar
melakukan aktiviti-aktiviti secara sendirian. Anak-anak turut terpengaruh dengan
gaya hidup yang diamalkan oleh kedua ibubapanya. Mereka akan mengikuti apa
yang dilakukan oleh kedua orang tua mereka dan beranggapan itu adalah perkara
yang betul. Ini akan mempengaruhi gaya hidup mereka di masa akan datang.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras
juga merupakan punca terjadinya penyakit diabetes. Bagi individu yang tinggal di
kota, mereka lebih gemar pergi ke kelab-kelab malam atas alasan untuk
menghilangkan stress. Mereka lebih suka melepak bersama rakan-rakan di bar-bar
sambil meminum minuman keras dan merokok. Pengambilan alkohol yang
berlebihan akan menguraikan lebih banyak sel protien dalam badan. Setelah
protien terurai, ruang itu akan diisi oleh lemak yang mengakibatkan kita obes.
Merokok pula boleh mengundang berbagai penyakit yang berbahaya seperti
kanser, masalah paru-paru dan diabetes. Risiko seorang perokok untuk
menghidapi diabetes adalah sangat tinggi.
Mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang dapat mencegah dari
penyakit diabetes. Amalan-amalan seperti bersenam mestilah dijadikan sebagai
rutin seharian kita untuk terus kekal sihat dan cergas. Kesedaran terhadap bahaya
penyakit diabetes juga amat penting dan mencegah daripada berlaku adalah lebih
baik dari mengubatinya.

11
MPU3313

6.0 RUJUKAN

Mohan, V., Shantirani, C.S. and Deepa, R. 2003.Glucose intolerance


(Diabetes and IGT) in a selected South Indian population with special
reference to family history, obesity and lifestyle factors – The Chennai
urban popilation study (CUPS 14). J. Assoc. Physicians India. 51, 771-
777.

Chang, C.J., Lu, F.H., Yang, Y.C., Wu, T.J., Chen, M.S., Chuang, L.M.,
and Tai, T.Y., 2000. Epidemiologic study of type 2 diabetes in Taiwan.
Diabetes Research and Clinical Practise 2, S49-S59.

Korn, E.L., and Graubard, B.I., 1995. Example of differing weighted and
unweighted estimates from sample survey. The American Statistics. 49:
75-79.

Rugayah Hj Bakri, Osman Ali, Kew Siang Tong, Mariam Mohamad,


Nora’i Said and Maimunah A.Hamid. 1997. Diabetes: Diabetes Mellitus
Among Adults 30 Years and Above. (Vol. 9). Institute of Public Health,
Ministry of Health Malaysia.

12

You might also like