You are on page 1of 4

UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG


96509 BINTANGOR

PANDUAN RINGKAS PELAKSANAAN PRAKTIKUM

PROGRAM: PRAKTIKUM FASA 2 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JUN 2014

1. Pelantikan Guru Pembimbing

Guru Besar perlu mencalonkan :

Jumlah Pelajar Yang Jumlah Guru Pembimbing Jumlah Guru Pembimbing Mata
Ditempatkan di Sekolah Mata Pelajaran Major Pelajaran Elektif

2 orang Pelajar Seorang Guru Pembimbing Seorang Guru Pembimbing


3 orang Pelajar 2 Orang Guru Pembimbing 2 Orang Guru Pembimbing

Seorang Guru Pembimbing tidak boleh membimbing lebih daripada 2 orang pelajar.

Gunakan Borang LAM-PT05-08 untuk mengisi maklumat Guru Pembimbing yang dicalonkan
dan kembalikan kepada Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, 96509 Bintangor
(u.p. Unit Praktikum) dengan segera. Seterusnya maklumat Guru Pembimbing tersebut akan
dikirimkan kepada JPN untuk tujuan penyediaan Surat Lantikan Guru Pembimbing.

Kadar tuntutan elaun guru pembimbing mata pelajaran Major dan Elektif 2 untuk setiap Pelajar
ialah RM30 (PPPBS) dan RM40 (PPPS). Tuntutan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan
Elaun Guru Pembimbing dan Borang Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/Individu yang
disediakan oleh Unit Praktikum semasa taklimat di IPG nanti.

2. Kehadiran Pelajar (Guru Pelatih) Semasa Praktikum

Pelajar wajib hadir praktikum 100%.

Sepanjang tempoh praktikum pelajar tidak dibenarkan mengikuti sebarang kursus, bengkel,
mesyuarat dan guru pengiring diluar sekolah yang menyebabkan Pelajar meninggalkan
kehadiran di sekolah.

Praktikum adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan dan pelajar perlu
sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang ditetapkan.

Setiap ketidakhadiran (jika ada) mestilah disokong dengan dokumen yang sah seperti sijil cuti
sakit, surat pengesahan kematian keluarga terdekat, surat kuarantin dan sebagainya.

1
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR

3. Tugas Pelajar Semasa Praktikum

Sepanjang tempoh praktikum, Pelajar bertanggungjawab memberi tumpuan terhadap latihan


mengajar sepenuhnya disamping mengendalikan SATU (1) Sktiviti Kokurikulum (jika ia
dijalankan pada setiap minggu) atau DUA (2) aktiviti kokurikulum (jika ia dijalankan dua
minggu sekali) dan peranan-peranan lain yang diberikan oleh Guru Besar.

Sehubungan itu, Guru Besar hendaklah memastikan Pelajar tidak dibebankan dengan tugas-
tugas rutin guru sekolah sepanjang tempoh praktikum bagi memberi peluang kepada Pelajar
menumpukan perhatian menyelesaikan tugasan dan aktiviti-aktiviti khusus yang dinilai semasa
praktikum seperti menyediakan persediaan mengajar yang lengkap, merancang dan
melaksanakan PdP dengan pelbagai teknik dan strategi, menulis refleksi selepas setiap PdP,
menulis jurnal, menyediakan portfolio, merancang, mengurus dan melaporkan aktiviti
kokurikulum dan sebagainya, yang perlu dilaksanakan dan didokumentasikan secara terancang
dan sistematik bagi melatih diri menjadi guru yang berkesan dan beretika.

4. Agihan Waktu Mengajar untuk setiap orang Pelajar

Mata Pelajaran Major : 6 hingga 10 waktu seminggu


Mata Pelajaran Elektif 2 : 2 hingga 4 waktu seminggu
Jumlah Waktu Mengajar seminggu : 8 hingga 12 waktu seminggu

Hanya mata pelajaran yang dinyatakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia, Putrajaya dan
Unit Praktikum sahaja akan ditawarkan kepada pelajar sepanjang tempoh praktikum. Pihak
sekolah DILARANG sama sekali menawar mata pelajaran lain kepada pelajar selain mata
pelajaran yang telah dipilih mengikut struktur kursus di peringkat kementerian.

5. Agihan Penyeliaan untuk setiap orang Pelajar

Mata Pensyarah Guru Pensyarah Penyelia & Jumlah


Pelajaran Penyelia Pembimbing Guru Pembimbing

Major *Pra-Penyeliaan=1 Penyeliaan=4 Penyeliaan Bersama = 1 9 kali


kali kali kali
Penyeliaan =3
kali
Elektif 2 Penyeliaan =2 Penyeliaan=2 Penyeliaan Bersama = 1 5 kali
kali kali kali

*Sesi Pra-penyeliaan akan dilakukan oleh pensyarah penyelia mata pelajaran Major serentak
dengan penyeliaan pertama.

Penyeliaan perlu dilakukan secara tersebar mengikut Jadual Penyeliaan yang dikeluarkan oleh
Unit Praktikum.
Kedua-dua mata pelajaran Major dan Elektif 2 harus dibuat penyeliaan bersama yang dibuat
serentak oleh Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing.

2
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR

6. Wajaran Penilaian Mata Pelajaran Major dan Elektif 2

Mata Pelajaran Wajaran Jumlah

Major 70%
Elektif 2 30% 100%

7. Penggunaan Borang PR1

Penyeliaan Biasa Mata Pelajaran Major

Pada setiap kali penyeliaan untuk matapelajaran major, guna TIGA salinan Borang PR1–
Salinan asal diserahkan kepada pelajar, salinan kedua disimpan oleh Pensyarah Penyelia/Guru
Pembimbing dan salinan ketiga kepada Unit Praktikum.

Pada setiap kali penyeliaan untuk matapelajaran major, gunakan juga TIGA salinan Borang
Maklumbalas Penyeliaan Praktikum – Salinan asal diserahkan kepada pelajar, salinan kedua
disimpan oleh Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing dan salinan ketiga kepada Unit
Praktikum.

8. Penggunaan Borang PR1 Matapelajaran Elektif 2

Pada setiap kali penyeliaan untuk matapelajaran elektif 2, guna TIGA salinan Borang PR1–
Salinan asal diserahkan kepada pelajar, salinan kedua disimpan oleh Pensyarah Penyelia/Guru
Pembimbing dan salinan ketiga kepada Unit Praktikum.

Pada setiap kali penyeliaan untuk matapelajaran elektif 2, gunakan juga TIGA salinan Borang
Maklumbalas Penyeliaan Praktikum – Salinan asal diserahkan kepada pelajar, salinan kedua
disimpan oleh Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing dan salinan ketiga kepada Unit
Praktikum.

9. Penyeliaan Bersama melibatkan Mata Pelajaran Major dan Elektif 2

Guna DUA salinan Borang PR 2– Kedua-dua Pensyarah Penyelia dan Guru pembimbing akan
bersama-sama mengisi SATU salinan Borang PR 2 Bidang Teras. Satu salinan disimpan oleh
Pensyarah Penyelia dan satu salinan akan diserahkan kepada Unit Praktikum selepas tamat
praktikum. Markah keseluruhan tersebut adalah SULIT dan tidak boleh diberitahu kepada
pelajar atau mana-mana pihak.

Guna TIGA salinan Borang Maklumbalas Penyeliaan Praktikum – Salinan asal diserahkan
kepada pelajar, salinan kedua disimpan oleh Pensyarah Penyelia dan salinan ketiga dikepil
bersama Borang PR 2 dan diserahkan kepada Unit Praktikum.

3
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR

Sila tandatangan Borang Rekod Penyeliaan Praktikum yang terdapat dalam Portfolio Praktikum
Pelajar selepas setiap kali penyeliaan dilakukan sebagai rekod dan bukti penyeliaan telah
dilakukan.

10. Maklumat-maklumat lain

Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali oleh setiap orang


pelajar untuk mata pelajaran major pada minggu kedua dan ketiga praktikum.

11. Kes Praktikum

Jika sekiranya terdapat kes disiplin, kes pelajar berpotensi gagal atau kes-kes lain yang berlaku
semasa Praktikum, Pensyarah Penyelia, Guru Pembimbing atau Guru Besar perlu
memaklumkan Unit Praktikum dengan segera untuk tindakan lanjut. Hubungi Dr.Cindy Wong
Chyee Chen (Ketua Unit Praktikum) di talian 084-691910/019-8874969.

You might also like