You are on page 1of 1

Adakah aktiviti PdP dijalankan dapat mencapai hasil pembelajaran berikut?

Pada pendapat kami sekumpulan, kami dapati proses PdP kami mencapai
objektif dan berjaya meningkatkan motivasi pelajar semasa proses pembelajaran
berdasarkan 5E. Dalam rangka pengajaran , kami telah sediakan terdapat beberapa
elemen yang dapat meningkatkan tahap keseronokan pelajar semasa PdP iaitu semasa
permulaan sesi dimana kami memulakan pembelajaran dengan penayangan video
berkenaan tarian sumazau.

Motivasi mula meningkat daripada penayang video apabila mereka memberikan


tanda-tanda menunjukkan minat terhadap topik pembelajaran. Video ditayangkan
dengan sari kata dan muzik menambahkan lagi minat mereka. Seterusnya peningkatan
motivasi berlaku ketika pencarian maklumat iaitu one stay the rest stray. Pelajar
menjadi aktif semasa pencarian maklumat kerana setiap kumpulan membentangkan
hasil mereka dengan pelbagai cara sama ada dengan cara demonstrasi atau
penerangan secara lisan setiap kumpulan menggunakan peta I-Think dan gallery walk.

Dari sudut elemen explain pula, kami memilih satu kumpulan untuk memberikan
demonstarsi tarian dan ramai pelajar memberikan respon yang positif. Dalam bahagian
elobrasi pula, kami menggunakan kaedah gamifikasi iaitu penggunaan kuiz kahoot!.
Bahagian ini merupakan kemuncak kepada peningkatan motivasi dimana setiap
kumpulan menghantar satu wakil untuk menjawab soalan, Keadaan agak riuh dan
menyeronokan kerana walaupun hanya satu wakil, ahli kumpulan lain juga memberikan
sokongan yang padu kepada wakil mereka. Hal ini menunjukan satu persaingan yang
sihat dan berilmu. Di pengakhiran eleman elobrasi, penyampaian hadiah diberikan
kepada pemenang untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar kerana memberikan
komitmen sepenuhnya.

Di akhir pembentangan, beberapa rakan-rakan menyatakan pendapat mereka


berkenaan aktiviti yang kami sediakan agak menyeronokkan terutamanya kuiz Kahoot!.
Oleh itu, kami setuju sekiranya aktiviti kami meningkatkan keseronokan dan motivasi
pelajar dalam pembelajaran. Sekian dan Terima kasih.

You might also like