You are on page 1of 28

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

HUBUNGAN ANTARA KADAR INFLASI DI


TAJUK MALAYSIA DENGAN KADAR INFLASI DI
THAILAND DARI TAHUN 2006 HINGGA 2012

NAMA CALON CHANG CHIA MIN

NOMBOR
961125-01-6464
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN SJ0803/1040

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL


ALAMAT SEKOLAH/ RAHMAN PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR
ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

MARKAH
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon Chang Chia Min


No. Kad Pengenalan Calon 961125-01-6464
Angka Giliran Calon SJ0803/1040
Nama Pusat PBS Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon
boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan
kerja kursus ...Ekonomi 4........... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan
dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran .Ekonomi........ di sekolah
(untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta)
atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran .................................. (untuk calon persendirian
individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus .....Ekonomi 4....... telah dihasilkan mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: SJ0803/1040 No. Kad Pengenalan: 961125-01-6464

Aktiviti dalam Penghasilan


Kerja Kursus Tandatangan Tandatangan
Tarikh Ulasan Guru
Guru calon
(diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Ekonomi
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Tahun 2013 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .....................................
Nama Guru: ................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
EKONOMI 4 (944/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: Chang Chia Min Angka Giliran: SJ0803/1040


No. Kad Pengenalan: 961125-01-6464
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Markah Markah Markah
Kriteria Penilaian
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
A. Penulisan
1. Sinopsis 2
2. Kandungan (butiran dan muka surat) -
3. Penghargaan -
4. Pengenalan 2
5. Objektif Kajian 2
6. Lokasi Kajian 2
7. Kaedah Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15
9. Rumusan dan Kesimpulan 3
10. Bibliografi/Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) 
B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab
1.Pembentangan 4
2.Kreativiti Persembahan 3
3.Keterampilan 2
4.Soal jawab 8
C. Impak Keseluruhan 5
Jumlah Markah 55

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............ Tandatangan Penyelaras: ..........................................


Nama:........................................................................
Nama:........................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ...............................................

Tarikh: ...................................... Tarikh: ......................................


No. Telefon (sekolah): ............................................ No. Telefon (sekolah): ............................................

No. Telefon (bimbit): ........................................... No. Telefon (bimbit): ...........................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian
e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Illahi di atas limpah kurniaNya, dapatlah


saya menyiapkan kerja kursus Ekonomi kertas 4 (944/4) penggal 3 tahun 2015 yang
bertajuk ''Hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012'' dalam masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam ke atas
rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Anuar bin abd Jais yang merupakan
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra kerana telah
memberikan keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan
teratur.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing saya,
Pn. Azlina Binti Abd Rahman kerana telah banyak meluangkan masa dan memberikan
tunjuk ajar serta panduan untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Semoga Allah
S.W.T melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Pelbagai masalah saya hadapi semasa menjalankan projek penyelidikan ini,


namun dengan dorongan ibu bapa saya iaitu En. Chang Swee Leong dan Pn. Chan Sow
Mei serta galakan rakan-rakan, saya dapat menjalankan kajian ini dengan sebaik-baiknya.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih dengan ikhlas kepada
semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam mengumpulkan maklumat untuk
menyempurnakan penyelidikan ini. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya
Allah S.W.T yang dapat membalasnya.
Tajuk: Hutang Kerajaan Persekutuan Dari Tahun 2011 Hingga Tahun 2016

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hutang yang ditanggung Kerajaan
Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2016. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2016 serta mengkaji kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2016. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian
seperti kaedah kajian melalui pengumpulan data sekunder dan kaedah analisis data.
Pengumpulan data sekunder digunakan bagi mengetahui isu berkaitan hutang Kerajaan
Persekutuan di Malaysia dan diakses melalui laman-laman sesawang bagi memperoleh
maklumat. Kaedah analisis digunakan bagi menganalisis data hutang Kerajaan
Persekutuan dan mengenal pasti kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan yang
berlaku di Malaysia pada tahun 2011 hingga tahun 2016. Dalam kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan mengalami peningkatan
sepanjang tahun 2011 hingga tahun 2016. Selain itu, pengkaji juga dapat menganalisis
bahawa kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan tahun 2011 hingga tahun 2016
telah berlaku peningkatan walaupun ada berlaku penurunan pada tahun-tahun tertentu
iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2013 . Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar
pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan pada tempoh tersebut juga dapat pengkaji
kenal pasti. Kesimpulan secara umum, hasil kajian ini telah menambah ilmu pengetahuan
pengkaji dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa yang akan
datang.
ISI KANDUNGAN

Bil Butiran

1.0 Latar Belakang Kajian

2.0 Pernyataan Masalah

3.0 Objektif Kajian

4.0 Kaedah Kajian

4.1 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder

4.2 Kaedah Analisis Data

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan

5.1 mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan persekutuan dari tahun

2011 hingga tahun 2016.

5.2 4.1 Menganalisis kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan


dari tahun 2011 hingga tahun 2016.

6.0 Cadangan

7.0 Rumusan Kajian

8.0 Senarai Rujukan

9.0 Lampiran
ATAR BELAKANG KAJIAN
Belanjawan negara merupakan satu penyataan anggaran hasil dan perbelanjaan bagi
tahun hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber
ekonomi negara untukmemenuhi keperluan rakyat. Secara umumnya, hasil kerajaan
terdiri daripada cukai langsung, cukai tak langsung dan hasil bukan cukai

Belanjawan negara dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu belanjawan kurangan,


belanjawan lebihan dan belanjawan seimbang. Pada setiap tahun, menteri kewangan akan
membentangkan belanjawan tahunan di parlimen beberapa hasil kutipan kerajaan dan
juga hasil perbelanjaan kerajaan untuk tempoh tahun tersebut.

Apabila berlaku belanjawan kurangan, jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi daripada


hasil yang diperoleh. Keadaan ini menyebabkan kerajaan menghadapi masalah hutang
kerajaan persekutuan. Hutang kerajaan persekutuan atau lebih dikenali sebagai hutang
negara yang dibincangkan di sini adalah pinjaman yang dilakukan oleh pihak kerajaan
sama ada dalam negeri atau pinjaman luar negeri bagi menampung segala kekurangan.

Hutang sesebuah negara berlaku apabila kerajaan membuat pinjaman bagi


menampung projek atau perjalanan sesuatu operasi. Kerajaan memerlukan sumber
kewangan yang besar dan berterusan bagi membiayai operasi dan pembangunan negara.
Wang dipinjam daripada negara lain atau institusi kewangan antarabangsa seperti Bank
Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada 24 Mei 2019, Lim Guan Eng selaku menteri kewangan Malaysia telah
memberitahu hutang negara telah mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017. Katanya,
dari jumlah itu RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan
dengan 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Namun, pihak kerajaan sedang dalam pertimbangan dalam meringankan lagi beban
hutang negara. Antaranya ialah melalui langkah penjualan beberapa aset kerajaan

1.0 PENYATAAN MASALAH


Kajian yang dijalankan adalah mengenai hutang yang ditanggung oleh Kerajaan
Persekutuan dari tahun 2011 sehingga tahun 2016.Kajian terperinci telah dijalankan bagi
menjawab isu berkaitan hutang Kerajaan Persekutuan iaitu adakah jumlah hutang yang
ditanggung oleh kerajaan menunjukan peningkatan atau penurunan bagi tahun tertentu?

Persoalan lain yang timbul dalam kajian pada kali ini adalah mengenai kadar
pertumbuhan hutang negara iaitu adakah kadar pertumbuhan negara sama ada semakin
susut atau melonjak naik. Isu berkaitan hutang negara ini boleh menjejaskan keadaan
semasa sesebuah negara dari pelbagai segi terutama dari segi ekonomi.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti yang berikut:


i) mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tahun
2011 hingga 2016

ii) mengkaji kadar pertumbuhan hutang Kerajaan persekutuan Malaysia dari


tahun 2011 hingga 2016

3.0 KAEDAH KAJIAN


4.1 Kaedah pengumpulan data sekunder

Pengkaji telah merujuk beberapa laman sesawang bagi membantu mendapatkan


maklumat berkaitan mengenai kajian isu berkaitan hutang Kerajaan Persekutuan di
Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2016. Laman sesawang yang diakses untuk
memperolehi maklumat termasuklah Bank Negara Malaysia dan Malaysiakini. Segala
maklumat yang diperoleh oleh pengkaji dilaman-laman sesawang akan dicetak dan
dikumpul bagi tujuan kajian hutang tersebut.

4.2 Kaedah analisis data

Pengkaji telah meringkaskan dan menghuraikan data mengenai hutang kerajaan


persekutuan di Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2016 dengan menggunakan jadual dan
graf. Rujukan bahan bacaan dari laman sesawang menjadi sumber utama untuk
mendapatkan data berkaitan dengan hutang Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari tahun
2011 hingga 2016. Kadar inflasi boleh didapati melalui IHP tahun semasa tolak dengan
IHP tahun sebelumnya bahagi dengan IHP tahun sebelumnya dan darab dengan seratus.

Rumus analisis kadar inflasi:

IHP tahun semasa – IHP tahun sebelumnya

IHP tahun sebelumnya × 100

4.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga
2012
Tahun Indeks Harga Pengguna (IHP) Kadar Inflasi
(%)
2005 100 3.0
2006 103.6 3.6
2007 105.7 2.0
2008 111.4 5.4
2009 112.1 0.6
2010 114.0 1.7
2011 117.68 3.2
2012 119.63 1.65

Jadual 1: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006
hingga 2012

Graf 1: Kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012


5
Jadual 1 dan Graf 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan Indeks Harga
Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.
Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa IHP pada tahun 2006 adalah
sebanyak 103.6 (tahun asas=2005=100). Kadar inflasi sebanyak 3.6%.

Pada tahun 2007, IHP di negara ini iaitu 105.7. Manakala, IHP tahun 2006 iaitu
103.6. Didapati bahawa kadar inflasi adalah sebanyak 2.0%.

Seterusnya, IHP pada 2008 iaitu 111.4 berbanding dengan IHP pada tahun
sebelumnya (105.7), kadar inflasinya sejumlah 5.4%. Tingkat inflasi tahunan Malaysia
ini mencecah ke posisi tertinggi dalam 26 tahun,

IHP telah meningkat sedikit dari 111.4 pada 2008 kepada 112.1 pada tahun 2009.
Penurunan kadar inflasi secara mendadak dari 5.4%(tahun 2008) kepada 0.6%
(tahun2009).

114 sebagai IHP pada 2010. Berbanding dengan IHP pada tahun sebelumnya,
peningkatan kadar inflasi secara sedikit berlaku sehingga kepada 1.7%.

Tambahan pula, IHP berkembang dari 114(tahun 2010) hingga 117.68(2011).


Oleh itu, kadar inflasi adalah sebanyak 3.2% pada tahun 2011.

Pada tahun 2012, kadar inflasi berlaku sejumlah 1.65%. IHP sebanyak 119.63
pada 2012 dan sejumlah 117.68 pada 2011.

Menurut jadual di atas, kadar inflasi turun naik dari tahun 2006 hingga 2012.
Kadar inflasi pada tahun 2006 ialah 3.6% dan ia merosot sehingga 2.0% pada tahun 2007.
Seterusnya, kadar inflasi meningkat sehingga 5.4% pada tahun 2008. Namun begitu, satu
penurunan kadar inflasi secara mendadak dapat dilihatkan dari tahun 2008 iaitu 5.4%
sehingga merosot kepada 0.6% pada 2009. Kadar inflasi seterusnya bertambah balik
kepada 1.7% pada 2010. Bukan itu sahaja, kadar inflasi terus meningkat kepada 3.2%
pada tahun 2011 tetapi merosot kepada 1.65% pada 2012.

Meskipun harga minyak meningkat, inflasi secara relatif sederhana pada tahun
2006. Jangkaan inflasi secara umumnya dapat dibendung sepanjang tahun walaupun
kadar inflasi melonjak pada bulan Mac 2006. Ini mencerminkan kebolehpercayaan dasar
monetari hasil daripada sejarah inflasi yang secara relatif rendah dalam tempoh yang
panjang di Malaysia. Tambahan pula, jaminan Kerajaan terhadap kenaikan harga runcit
petrol pada bulan Mac akan hanya berlaku sekali bagi tahun 2006 telah dapat membantu
mengurangkan kesan tekanan harga terhadap harga keseluruhan. Bagi tahun 2006, kadar
inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna, meningkat kepada
3.6%. Peningkatan kos pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada kenaikan
inflasi pada tahun 2006, manakala kategori utama lain juga mencatat kenaikan harga.

Antara komponen IHP, peningkatan harga dalam kategori makanan dan minuman
bukan beralkohol merupakan penyumbang utama, mencakupi 47.1% daripada kadar
inflasi keseluruhan pada 2007 (2.0%) berbanding dengan 29.7% pada tahun sebelumnya.
Harga makanan dalam negeri sebahagian besarnya dipengaruhi oleh harga komoditi
makanan dunia yang lebih tinggi, termasuk makanan asas isi rumah seperti beras, tepung
gandum dan minyak masak berasaskan minyak sawit. Harga makanan global yang lebih
tinggi disebabkan oleh faktor struktur dan kitaran. Ini termasuklah permintaan yang lebih
kukuh terhadap komoditi makanan daripada ekonomi pasaran sedang membangun seperti
India dan China, penggunaan tanaman makanan bagi pengeluaran bahan api alternatif
seperti biodiesel dan etanol, permintaan spekulatif, dan keadaan cuaca yang buruk di
negara pengeluar utama seperti Australia. Akibatnya, sumbangan harga makanan kepada
inflasi keseluruhan dalam kebanyakan negara lebih tinggi berbanding dengan tahun
sebelumnya. Harga makanan dalam negeri pada 2007 juga terjejas oleh pembelian secara
bermusim pada musim perayaan dan juga keadaan cuaca buruk yang sementara, yang
menjejaskan aktiviti perladangan dan menggendalakan bekalan.

Berdasarkan data kajian dalam 5.1, inflasi di Malaysia pada 2008 paling tinggi
berbanding tahun lain. Keadaan ini didorong terutamanya oleh faktor luaran, khususnya
disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Kenaikan harga

komoditi dan harga makanan dunia yang cepat memberikan tekanan yang kuat terhadap
paras harga dalam negeri, iaitu Indeks Harga Pengguna (IHP). Ketika inflasi IHP
meningkat secara beransur-ansur pada lima bulan pertama tahun 2008, pelaksanaan
penstrukturan semula subsidi bahan api oleh kerajaan pada bulan Jun menyebabkan harga
bahan api naik 40.4%, mengakibatkan peningkatan mendadak kadar infl asi yang
memuncak kepada 8.5% pada bulan Julai. Seterusnya, harga bahan api dan makanan
dalam negeri menurun apabila kerajaan membuat pelarasan menurun kepada harga bahan
api sejajar dengan perkembangan harga minyak dunia. Langkah ini telah menyebabkan
kadar inflasi menjadi sederhana kepada 4.4% menjelang bulan Disember. Secara
keseluruhan, kadar inflasi mencatat purata 5.4% pada tahun 2008.

Inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam
Indeks Harga Pengguna (IHP), secara puratanya ialah 0.6% pada tahun 2009 (2008:
5.4%). Kemerosotan ketara inflasi keseluruhan pada tahun tersebut didorong oleh faktor
berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah. Inflasi pada tahun 2009
dipengaruhi oleh faktor luar dan dalam negeri. Di luar negeri, kelemahan ekonomi pada
separuh kedua 2008 telah mengakibatkan tekanan disinflasi dalam ekonomi utama dan
ekonomi sedang pesat membangun. Ini jelas dilihatkan pada suku pertama 2009. Dua
faktor utama yang bertanggungjawab terhadap tekanan disinflasi ini ialah kejatuhan
ketara harga komoditi dunia, terutamanya harga minyak mentah dan ekonomi yang
semakin lembap apabila kemelesetan global bertambah buruk.

Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Malaysia turun naik dari tahun 2006
hingga 2012. Dalam tempoh tahun tersebut, kadar inflasi telah mencapai kemuncak pada
2008 iaitu sebanyak 5.4%. Di samping itu, nilai inflasi yang terendah adalah 0.6% pada
tahun 2009.

8
Malaysia Thailand
Tahun Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi
(IHP) (%) (IHP) (%)
2005 100 3.0 100 4.5

2006 103.6 3.6 104.64 4.6

2007 105.7 2.0 107.02 2.2

2008 111.4 5.4 112.80 5.5

2009 112.1 0.6 111.83 -0.9

2010 114.0 1.7 115.54 3.3

2011 117.68 3.2 119.94 3.8

2012 119.63 1.65 123.55 3.0

5.2 mengkaji hubungan antara kadar inflasi di Malaysia dengan kadar inflasi di
Thailand dari tahun 2006 hingga 2012

Jadual 2: Indeks Harga Pengguna(IHP) dan kadar inflasi di Malaysia serta Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012

Graf 2: Kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari tahun 2006 hingga 2012
9

Jadual 2 dan graf 2 telah menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dan Thailand dari
tahun 2006 hingga 2012.

Semua data ini menunjukkan tingkat inflasi di antara negara Malaysia dengan
Thailand mempunyai hubungan positif dari tahun 2006 hingga 2012. Hal ini dikatakan
demikian kerana kedua-dua negara ini telah mencapai peningkatan tingkat inflasi pada
tahun 2006, 2008, 2010 dan 2011. Selain itu, penurunan kadar inflasi di kedua-dua negara
tersebut dapat dilihatkan pada 2007, 2009 dan 2012.

Pada tahun 2006, kadar inflasi di Malaysia dan Thailand telah meningkat dari
3.0%(2005) kepada 3.6%(2006) di Malaysia serta dari 4.5%(2005) kepada 4.6%(2006) di
Thailand. Pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan pelbagai barang & perkhidmatan di
Malaysia mengalami kadar inflasi masing-masing iaitu 10.92%, 2.20%, 1.65% serta
2.27%. Komponen makanan dan minuman serta komponen bukan makanan dan minuman
di Thailand mempunyai tingkat inflasi yang sama sebanyak 4.60%.

Pada tahun 2007, kadar inflasi di Malaysia telah menyumbang sebanyak 2.0%
berbanding dengan 3.6% pada tahun sebelumnya. Selain itu, kadar inflasi di Thailand
menyumbang 2.2% pada 2007 berbanding dengan 4.6% pada 2006. Ini menunjukkan
penurunan kadar inflasi berlaku di kedua-dua negara. Minuman alkohol & tembakau
mencapai inflasi sebanyak 7.64%, namun bidang pengangkutan dan pendidikan hanya
mencapai sedikit kadar inflasi iaitu 2.36% serta 1.73% sendiri-sendiri di Malaysia. 4%
sebagai kadar inflasi bagi komponen makanan dan minuman dan 1.20% sebagai tingkat
inflasi bagi komponen bukan makanan dan minuman di Thailand pada tahun ini.

Hubungan positif berlaku secara berterusan pada kadar inflasi di antara kedua-dua
negara pada 2008. Dalam tahun ini, kadar inflasi di Malaysia telah menaik secara
mendadak dari 2.0%(2007) kepada 5.4%(2008). Manakala, kadar inflasi di Thailand juga
meningkat ketara dari 2.2%(2007) kepada 5.5%(2008). Keadaan ini di Malaysia didorong
terutamanya oleh faktor luaran, khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi
global yang lebih tinggi. Manakala, kadar inflasi tahunan 2008 yang ketara ini di
10

Thailand disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan makanan. Sehubungan dengan
itu, komponen makanan dan minuman di negara ini mengalami kadar inflasi sebanyak
11.60% dalam tahun tersebut.

Pada tahun 2009, suatu hubungan positif dapat dilihatkan pada kadar inflasi di antara
Malaysia dengan Thailand. Kadar inflasi di antara negara tersebut telah mencapai
penurunan tingkat inflasi yang ketara dari tahun 2008 ke tahun 2009. Tambahan pula,
deflasi telah berlaku di Thailand. Antaranya, kadar inflasi sebanyak 5.4%(2008) menurun
kepada 0.6%(2009) di Malaysia dan 5.5%(2008) merosot kepada -0.9%(2009) di
Thailand. Seterusnya, komponen bukan makanan dan minuman mengalami deflasi iaitu
-4.80% di Thailand dalam 2009. Tingkat inflasi yang semakin berkurangan di Malaysia
didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan permintaan yang lemah.
Penurunan tingkat inflasi ini di Thailand pula disebabkan semakin menjinaknya harga
minyak dunia.

Kadar inflasi di kedua-dua negara bertambah balik pada 2010. Di Malaysia, kadar
inflasi sebanyak 0.6%(2009) berkembang menjadi 1.7% pada 2010. Di Thailand pula,
perkembangan tingkat inflasi berlaku dari -0.9(2009) dan meningkat kepada 3.3%(2010).

Inflasi di antara kedua-dua negara mempunyai hubungan positif pada 2011 kerana
telah mengalami peningkatan kadar inflasi masing-masing dari 3.3%(2010) kepada
3.8%(2011) di Thailand manakala dari 1.7%(2010) kepada 3.2% (2011) di Malaysia.
Inflasi di Thailand pada 2011 diperkirakan mencapai 3.8% kerana faktor musim hujan
yang turun tiga bulan terakhir telah menggenangi sebagian besar wilayah di negara
tersebut dan menewaskan 380 orang. Banjir berkepanjangan telah memacu inflasi
terutama banjir yang terjadi di Bangkok dan sekitarnya di mana berdampak terhadap
industri dan produksi agrikultur. Ini memberikan kesan pada penawaran sayur-mayur dan
telur akibat kerosakan pada pertanian dan perkebunan. Oleh itu, komponen makanan dan
minuman telah mengalami inflasi sebanyak 7.96% walaupun komponen bukan makanan
dan minuman hanya mengalami inflasi sebanyak 1.32% di Thailand pada tahun ini. Di
Malaysia, sektor makanan dan minuman bukan alkohol, minuman alkohol & tembakau,
11

pengangkutan serta restoran dan hotel mengalami kadar inflasi yang tinggi seperti 4.4%
(sektor pengangkutan).

Seterusnya, tingkat inflasi di Malaysia dan Thailand pada 2011 walaupun


mengalami perkembangan tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2011 hingga
2012. Kadar inflasi tahunan merosot dari 3.2%(2011) kepada 1.65%(2012) di Malaysia
dan 3.8%(2011) kepada 3.0%(2012) di Thailand. Pada 2012, sektor makanan dan
minuman bukan alkohol menyumbang nilai inflasi sebanyak 2.67% serta lain-lain sektor
seperti restoran dan hotel mempunyai tingkat inflasi iaitu 2.92% di Malaysia. Sektor
makanan dan minuman di Thailand pula mempunyai kadar inflasi iaitu 4.85% serta
1.85% dalam sektor bukan makanan dan minuman.
12

5.0 CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan daripada pengkaji bagi mengatasi masalah inflasi


supaya pertumbuhan ekonomi berjalan dengan lancar di Malaysia.

Kerajaan perlu melakukan dasar kewangan dalam usaha mengawal inflasi. Dasar
kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh bank pusat untuk mengawal
penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat agar
tingkat ekonomi negara mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi. Semasa
inflasi,bank pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup iaitu mengurangkan
penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan
agregat untuk mengatasi masalah inflasi. Langkah ini membolehkan bank pusat
menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat. Ini
menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman merosot. Kuasa
beli masyarakat akan berkurangan dan permintaan agregat masyarakat turut berkurangan.
Maka, inflasi dapat diatasi. Selsin itu, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap
pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar
bank, bank perdagangan akan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai.
Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan
berkurangan. Perbelanjaan isi rumah turut berkurangan. Operasi pasaran terbuka juga
haruslah dijalankan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan atau bon kerajaan
kepada institusi kewangan dan orang ramai. Dengan itu, jumlah wang yang ada di
pasaran akan berkurangan. Pengurangan bekalan wang di pasaran boleh mengurangkan
kuasa beli masyarakat dan hal ini akan menurunkan permintaan agregat. Akhirnya, inflasi
tarikan permintaan dapat dikurangkan. Pujukan moral sebagai cara bank pusat untuk
mengawal inflasi. Langkah-langkah kewangan yang sedang berlangsung dan tindakan
yang sepatutnya diambil oleh bank perdagangan bagi mengurangkan jumlah kredit yang
boleh dikeluarkan patut diberitahukan oleh bank pusat. Misalnya, bank pusat memujuk
bank perdagangan supaya mengurangkan pinjaman, maka wang yang beredar di pasaran

13
menjadi terbatas kerana projek-projek pembangunan dan kegiatan ekonomi menjadi
perlahan. Akhirnya, tekanan terhadap kenaikan harga barang akan berkurangan dan
inflasi dapat dikawal.

Kedua, kerajaan harus menjalankan dasar fiskal. Dasar fiskal ialah langkah-langkah
kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi
tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat
guna tenaga penuh dan mengawal inflasi. Semasa masalah inflasi, kerajaan akan
malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan
mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Langkah kerajaan mengurangkan perbelanjaan
kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan agregat dan seterusnya mengurangkan
permintaan agregat. Kenaikkan cukai dapat mengurangkan pendapatan boleh guna
masyarakat seterusnya mengurangkan perbelanjaan agregat dan permintaan agregat.
Akhirnya, inflasi dapat ditangani.

Bagi mengurangkan isu inflasi, kawalan harga perlu diambil tindakan oleh pihak
kerajaan. Kawalan harga dilakukan terhadap barang-barang tertentu terutamanya barang-
barang keperluan seperti beras, gula, susu, minyak masak, petrol dan lain-lain barang
kawalan. Sebagai contohnya, kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum iaitu satu
tingkat harga yang paling tinggi yang boleh dikenakan terhadap sesuatu barangan
pengguna. Harga yang ditetapkan haruslah lebih rendah daripada harga keseimbangan di
pasaran. Maka, inflasi dapat dikurangkan.

Bukan itu sahaja, dasar pendapatan boleh dijadikan sebagai langkah kerajaan bagi
mengatasi inflasi. Hal ini dikatakan demikian kerana kenaikan pendapatan pengguna
akan menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos. Oleh itu, kawalan terhadap
pendapatan buruh atau upah sangat penting. Dasar upah maksimum perlu
dikuatkuasakan. Upah maksimum merupakan tingkat upah paling tinggi yang boleh
dibayar oleh majikan atau dituntut oleh kesatuan pekerja. Ini bermakna bahawa tingkat
upah tidak boleh melebihi tingkat upah maksimum tertentu. Dengan ini, kos pengeluaran
kurang daripada peningkatan daya pengeluaran buruh dan inflasi dapat dikawal.

14
Kesimpulan secara umum, kerajaan perlulah mengambil langkah bagi mengatasi
inflasi secara secepat mungkin agar negara mencapai wawasan 2020 pada masa depan.

15
6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang


mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Strategi-strategi yang diamalkan oleh
kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.
Ekonomi Malaysia menjadi semakin bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra
dengan negara-negara maju. Jika prestasi ini terus diamalkan, nescaya matlamat Malaysia
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai. Hasil
kajian ini mengenai kadar inflasi di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun iaitu dari tahun
2006 hingga 2012. Kadar inflasi di Malaysia turun naik dari tahun 2006 hingga 2012.
Dalam tempoh tahun tersebut, kadar inflasi telah mencapai kemuncak pada 2008 iaitu
sebanyak 5.4% dan nilai inflasinya yang terendah adalah 0.6% pada 2009. Hasil analisis
hubungan kadar inflasi di antara Malaysia dengan Thailand oleh pengkaji juga mendapati
bahawa tingkat inflasi di antara kedua-dua negara tersebut mempunyai hubungan positif
dari tahun 2006 hingga 2012. Hal ini disebabkan negara Malaysia dan Thailand telah
mencapai peningkatan tingkat inflasi masing-masing pada tahun 2006, 2008, 2010 dan
2011. Keadaan inflasi di Malaysia pada 2008 didorong terutamanya oleh faktor luaran,
khususnya disebabkan oleh harga makanan dan komoditi global yang lebih tinggi. Situasi
ini telah membawa tingkat inflasi sebanyak 5.4% pada tahun tersebut. Manakala, kadar
inflasi tahunan 2008 yang ketara (5.5%) di Thailand disebabkan oleh kenaikan harga
minyak dan makanan. Penurunan kadar inflasi di kedua-dua negara tersebut dapat
dilihatkan pada 2007, 2009 dan 2012. Tingkat inflasi yang semakin berkurangan (0.6%)
di Malaysia dalam 2009 didorong oleh faktor berkaitan penawaran dan keadaan
permintaan yang lemah. Pada tahun yang sama, penurunan tingkat inflasi (-0.9%) di
Thailand pula disebabkan semakin menjinaknya harga minyak dunia.
\

7.0 SENARAI RUJUKAN

1. Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2014. Teks
STPM PRA-U EKONOMI (EKONOMI MALAYSIA). Selangor: Pelangi Sdn. Bhd.

2. Department of Statistics Malaysia Official Portal. HUTANG KERAJAAN


PERSEKUTUAN. Dicapai pada Jun, 22, 2019, dari
https://www.statistics.gov.my/dosm/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia
%20Time%20Series%202013/04Hutang_Kerajaan_Persekutuan.pdf

3. KJ. APA ITU BELANJAWAN NEGARA?. Dicapai pada Jun, 22, 2019, dari
http://pemikirkaya.com/kewangan-peribadi/apa-itu-belanjawannegara

4. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2011-2016. Dicapai pada 27, Jun, 2019,
dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi
5. SINAR HARIAN. Memahami hutang negara, A.Kadir Jasin. Dicapai pada 22,
Jun, 2019, dari
https://www.sinarharian.com.my/article/39005/KOLUMNIS/Memahami-hutang-
negara

18
8.0 LAMPIRAN

You might also like