You are on page 1of 3

Nama : Misnaliah Jaimis

No Matrik : YT2016-1225
Tajuk : Jelaskan Langkah-Langkah Untuk Menangani Masalah
Disiplin Di Sekolah

Kegagalan untuk Mematuhi peraturan sekolah merupakan salah satu masalah disiplin
murid yang dikenal pasti. Kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti ponteng,
vandalisme, melawan guru, buli, kekemasan diri dan sebagainya. Oleh yang demikian,
pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut. Terdapat
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini iaitu peranan
ibubapa, sekolah, media massa dan juga rakan sebaya.

Sebagai seorang ibu ataupun bapa kepada pelajar, peranan yang ditunjukkan
dan dimainkan sangat memberikan impak yang besar kepada masalah disiplin sekolah
ini. Selalunya disiplin seorang pelajar adalah bermula dari rumah. Antara faktor yang
menyumbang kepada masalah ini adalah berpunca daripada ibubapa yang berkerjaya
dimana mereka selalu sibuk dan tidak mempunyai masa bersama anak-anak dan
keluarga. Amat diharapkan institusi keluarga perlu memainkan peranan dalam
pembentukan disiplin murid di sekolah, kerana disinilah asas disiplin diperolehi
sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Kasih sayang yang
diperolehi menimbulkan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan juga
murid. Oleh yang demikian, Ibu bapa perlu pandai membahagikan masa diantara
tugas sebagai seorang pekerja dan juga tanggungjawab terhadap anak dan keluarga.

Selain daripada itu, peranan daripada pentadbiran sekolah juga turut


memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Pihak pentadbiran
perlu memperketatkan pelaksanaan peraturan sekolah dan memberikan hukuman
yang sewajarnya agar menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru perlu
diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan ini selain daripada
tanggungjawab guru disiplin. Walau bagaimanapun, cadangan ini perlulah mendapat
sokongan daripada pihak lain seperti PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru di setiap
sekolah di Negara ini. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesalah fahaman diantara
para ibubapa yang lain memandangkan isu disiplin ini, kini tidak lagi dipandang serius
oleh masyarakat kita amnya. Jika ada kesatuan daripada semua pihak, masalah ini
boleh dibedung dari terus menular dan merosakkan imej anak-anak bangsa kelak.

Pemilihan rakan sebaya di sekolah juga harus dititik beratkan. Selain keluarga,
kawan merupakan individu yang paling rapat dan terdekat bagi murid. Jika sekiranya
murid sering disisihkan oleh keluarga, kawan merekalah yang menjadi tempat untuk
meluahkan perasaan dan meminta buah fikiran, sehingga mereka sanggup berkorban
hanya untuk menolong kawan mereka. Inilah yang menyebabkan murid lebih
mempercayai kawan mereka sendiri daripada ibubapa ataupun guru. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan bahawa kawan boleh menjadi pengaruh yang begitu hebat sehingga
ianya boleh bertindak sebagai malaikat ataupun syaitan dalam hidup mereka. Oleh
kerana itu, peranan rakan sebaya dalam menangani isu permasalahan ini juga sedikit
sebanyak menyumbang kepada masalah disiplin murid di sekolah. Jika mencari kawan,
biarlah yang boleh membantu dalam segala hal dan dapat menjadi pembimbing
kepada kawan-kawan yang memerlukan. Ringkasnya rakan yang positif mampu
memastikan disiplin seseorang murid terjamin.

Selain daripada tiga perkara yang dinyatakan, media massa turut menyumbang
kepada masalah disiplin murid dewasa kini. Kecanggihan alat telekomunikasi era kini,
sedikit sebanyak telah menggubah diri individu. Ini kerana laman-laman sesawang di
alam maya banyak menyumbang kepada kebaikan dan tidak kurang juga keburukan.
Pengaruh sosial di alam maya tanpa sempadan sedikit sebanyak telah menyumbang
kepada pembentukan sahsiah murid itu sendiri. Dalam hal ini, ibubapa perlu peka
untuk memantau anak-anak agar tidak terikut ikut dengan budaya yang tidak
bermoral dan sentiasa memberikan didikan agama yang kuat agar ianya menjadi
pemangkin diri menjadi insan yang kebal dari sebarang masalah disiplin di sekitar
mereka.

Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin murid akan berterusan


sekiranya pihak yang terlibat enggan untuk beganding bahu untuk menangani maslah
ini. Jika dibiarkan secara berterusan, keadaan yang sedia ada boleh mengugat
perkembangan murid dan system pendidikan di negara ini. Keprihatianan diantara
semua lapisan masyarakat sangat diharapkan demi merealisasikan impian ini.
Kerjasama sepenuhnya kepada pihak berwajib khususnya pihak polis dalam
menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada dapat
membendung masalah ini daripada terus berlaku.

You might also like