You are on page 1of 5

http://tuanmat.tripod.com/gayapimpinan.

html

TAJUK :Bincangkankan Gaya Kepimpinan Pengetua .

1.0 Definisi

Dalam kajian dan penulisan tentang sekolah efektif tidak terdapat satu jenis gaya
kepimpinan yang dikatakan lebih baik daripada yang lain . Walaubagaimanapun ,
begitu banyak saranan telah dibuat tentang kepimpinan cara demokrasi , yang
dikatakan lebih berkesan daripada kepemimpinan secara ‘laissez-faire’ , atau
kepemimpinan secara autokratik . Kajian juga menunjukkan bahawa gaya
kepimpinan yang bercorak kepada gaya orientasi tugasan ( task-oriented ) dan
orientasi manusia ( person-oriented ) daripada bercorakkan kepimpinan ‘ laissez –
faire atau autokratik . Ini bererti bahawa kedua-dua gaya kepimpinan , iaitu gaya
orientasi tugasan dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan
keadaan .

2.0 Konsep Kepimpinan


Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan
jawatannya yang berwibawa . Kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan
kompleks .
Dalam pada itu , terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti pemimpin
politik , pemimpin organisasi , pemimpin pelajar dan lain – lain lagi . Dalam
konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu
atau lebih daripada satu orang , bahawa pemimpin mempunyai pengaruh ,
berwibawa , dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang
dalam situasi yang tertentu . Dengan ini , maka adalah jelas bahawa pemimpin
ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan . Seseorang yang dilantik
sebagai pengetua , dijangka akan memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu ,
sebagai pemimpin pendidikan .

3.0 Gaya Kepimpinan


Gaya kepimpinan seseorang pengetua akan mempengaruhi pembelajaran dan
pengajaran di sekolah : Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan
oleh pemimpin iaitu gaya kepimpinan Demokratik , gaya kepimpinan Autokratik ,
dan gaya kepimpinan Laissez-faire .
Di bawah ini , dibincangkan tentang gaya kepimpinan demokratik oleh seorang
pengetua dalam mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di
kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap
guru-guru dan kakitangan..
Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu
inovasi memerlukan keadaan yang dapat menggerakkannya , supaya ia dapat
dilaksanakan . Salah satu penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan
demokrasi .
Mengikut gaya kepimpinan seperti ini , mereka yang akan terlibat dalam
perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu
, diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan . Misalnya , dalam
perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat dengan perubahan itu
ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada perubahan itu ialah pelajar .
Mengikut cara kepimpinan demokrasi , kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga
terlibat dalam perancangan , dan membuat keputusan tentang perlaksanaan
kurikulum itu . Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk
bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan
dapat memberi kepuasan kepada mereka . Hord (1986) telah mengatakan bahawa
sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan , perlulah dilakukan
dengan cara yang bijaksana , beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan
rakan sejawatannya atau stafnya . Oleh yang demikian , kepimpinan merupakan
tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program
atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau
bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan
yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata , tetapi juga
merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara
bersama-sama .
Apa yang jelas , pengetua sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan
peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan
dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang
menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja melalui
mereka iaitu guru , pelajar , dan staf sekolah . Dengan cara demikian , inovasi
dapat dilaksanakan , idea-idea baru dapat dikemukakan oleh pemimpin , matlamat
sekolah dan matlamat pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan ,
keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi . Pengetua
sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan
rakan sejawatan atau dengan staf .
Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di samping
bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang
pemimpin oleh sesuatu situasi . Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut
situasi , ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif . Dalam
situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan pengaruh yang tinggi
terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas . Gaya kepimpinan ini amat disukai
oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat
keputusan bersama-sama . Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif
menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan tenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi
profesion perguruan . Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan
mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta
`mood`pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi
kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada pentadbir
demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan
sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-
masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri
terhadap rakan setugas yang lain dan pengetua sendiri . Keberkesanan sekolah
lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam
peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah
sekolah itu . Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab
pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya
sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya . Tidak akan
wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perlu dikuasai melalui
proses pembelajaran . Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang
membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah
kepimpinan pengetuanya .
Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai , seseorang pengetua itu
mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketerampilan seperti menjadi
pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jurutera
pengurusan . Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan
yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk
menjamin keberkesanan yang maksimum . Kemahiran ini termasuklah aspek
perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan . Pengetua juga
sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai
jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek
perhubungan manusia , dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan
atau memotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam
membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan
peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau
tujuan sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan . Ini termasuklah aktiviti
seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi
di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga mempunyai
wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya . Kepimpinan seperti ini meletakkan
pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar .
Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya , dalam hal ini , pengetua
memainkan peranan sebagai “high priest” . Kepimpinan budaya ini sangat penting
bagi mencapai kecermelangan sekolah . Pengetua yang menjalankan peranan ini
dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari , mentafsir dan memperkukuhkan
nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai
sebuah sekolah yang unik . Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi
guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara
memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai .
Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan
prestij sekolah . Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik
perhatian setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap
pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra .
Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-ciri
humaniratin atau “modestly effective” . Fokus utama pengetua bercirikan demikain
adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila membuat
keputusan , pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan untuk
menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat keputusan bersama . Oleh yang
demikian staf akan merasa dihargai . Pengetua seperti ini menunjukkan
tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan yang melibatkan aspek iklim
.
Jika sesuatu keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan
berbincang dengan stafnya serta keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan
maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber
untuk membuat keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai
sumber dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya .
Matlamat jangka pendek digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan
staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga
menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan mengambil kira
kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik
darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor ,
konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang
bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor
khusus untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas
tentang faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan
pertimbangan professional . Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat
menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan
menggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan
perhubungan dan kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam
sekolah dan antara sekolah serta dengan komuniti .
Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu
berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana pembelajaran yang
kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan perhatian , misalnya
kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan
alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan
dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi
pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Semua yang
terlibat juga dapat menyumbangkan idea – idea yang dapat membantu dengan rasa
gembira serta berpuas hati apabila segala idea yang disumbangkan dibincang
bersama demi untuk kemajuan pendididikan di sekolah . Dengan perbincangan
seperti ini maka idea-idea yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi
kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar .

4.0 Kesimpulan
Daripada faktor-faktor yang telah dijelaskan maka boleh dikatakan bahawa gaya
kepimpinan demokratik adalah satu gaya kepimpinan yang terbaik di antara gaya-
gaya kepimpinan yang lain seperti autokratik dan laissez-faire . Ini adalah kerana
gaya kepimpinan demokratik adalah berpusatkan kerjasama serta pemilihan yang
lebih adil seperti mengadakan perbincangan dengan guru-guru , membuat
keputusan bersama , meminta pandangan atau nasihat daripada guru-guru lain dan
staf sokongan malah pelajar sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan atau
tindakan berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik yang lebih mementingkan
idea dan keputusan sendiri serta suka menonjolkan diri dan mengarah guru atau
staf sokongan sama ada dalam hal menjalankan tugas atau dari segi tingkah laku .
Begitu juga jika dibandingkan dengan gaya kepimpinan laisez-faire yang lebih
fasif dan tidak menggunakan kuasa dan tidak berusaha untuk kebaikan atau
kemajuan sekolah .

You might also like