You are on page 1of 18

MESYUARAT KURIKULUM KALI KE LIMA 2018

Tarikh 21 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)


Masa : 2.30 PETANG
Tempat : MAKMAL SAINS
Kehadiran :
1. Pn Hjh Rohana bt Hashim -Penolong Kanan Pentadbiran
2. Pn.Khadijah bt Ibrahim -Penolong Kanan HEM
3 . Pn Juliet a/p Arockiasamy -Penolong Kanan Kokurikulum
4. Pn Siti Hanom bt Maamor -Setiausaha
5. Pn Hasnidar bt Ismail
6. Cik Zahariah bt Abu Hasan
7. Pn Hamizuwani bt Abdul Syukur
8. Pn Mashirah bt Adnan
9. Pn.Monalisa bt Hasan
10. Cik Noraini bt Sabri
11. Encik Nasrul Fitri bin Yahya
12. Pn Norzuraila bt Ahmad Zakaria
13 Pn Norazieah bt Mat Jaafar
14. Pn Mazlina bt Mohd Amin
15 . Pn Mazlinawati bt Mohd.Borhan
16. Pn Azlina bt Mohd Izuddin
17. Encik Nizamuddin bin Ah.Adam
18. Encik Mohd.Fahrur Rozi bin Ismail

Tidak Hadir:
1.Encik Abdul Malik bin Ghazali ( Taklimat di PPD)
2. Encik Badrul Hisam bin Hamidi (Umrah)
Agenda Mesyuarat

Agenda 1- Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran


(Puan Hajjah Rohana bt Hashim)

1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat kurikulum
Kali ke lima
1.2 Bacaan Al-Fatihah untuk disedekahkan pada ibubapa.
1.3 Memohon maaf diatas beberapa kali penangguhan mesyuarat kerana masalah-
masalah yang tidak dapat dielakkan

Agenda 2 – Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Dibentangkan oleh : Puan Siti Hanom bt Maamor


Cadangan disahkan oleh : Puan Mazlina bt Mohamad Amin
Cadangan disokong oleh : Puan Monalisa bt Hassan

Agenda 3- Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit. Semua program yang dirancang telah pun
dilaksanakan.

Agenda 4 -Penyerahan sijil

4.1 Penyerahan sijil dan ucapan tahniah kepada 3 orang guru SK Karai yang lulus
dalam i-Think Offline Course On Thinking Processes.Guru-guru tersebut ialah
1. Puan Mashirah bt Adnan
2. Cik Zahariah bt Abu Hassan
3. Puan Norazieah bt Mat Jaafar
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM KALI PERTAMA 2019

Tarikh 26 Disember 2018 (Rabu)


Masa : 8.15 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Karai

Kehadiran :
1. Encik Abdul Malik bin Ghazali - Guru Besar
2. Pn Hjh Rohana bt Hashim -Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn.Khadijah bt Ibrahim -Penolong Kanan HEM
4 . Pn Juliet a/p Arockiasamy -Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Siti Hanom bt Maamor -Setiausaha
6. Pn Hasnidar bt Ismail
7. Cik Zahariah bt Abu Hasan
8. Pn Hamizuwani bt Abdul Syukur
9. Pn Mashirah bt Adnan
10. Pn.Monalisa bt Hasan
11. Cik Noraini bt Sabri
12. Encik Nasrul Fitri bin Yahya
13. Pn Norzuraila bt Ahmad Zakaria
14. Pn Mazlina bt Mohd Amin
15 Encik Badrul Hisam b. Hamidi
16. Encik Nizamuddin bin Ah.Adam
17. Encik Mohd.Fahrur Rozi bin Ismail
18 . Pn Mazlinawati bt Mohd.Borhan
19. Pn Azlina bt Mohd Izuddin
20. Pn Noor Azura bt Mohd.Isa

Tidak Hadir:
1. Puan Norazieah bt Mat Jaafar
Agenda Mesyuarat

Agenda 1- Ucapan Pengerusi


(Encik Abdul Malik bin Ghazali )

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan staff kerana dapat hadir dalam
mesyuarat Pengurusan dan Kurikulum Kali Pertama pada masa yang ditetapkan.
1.2 Bacaan Al Fatihah supaya perjalanan mesyuarat berjalan dengan baik dan dapat
memberi manfaat untuk dijalankan disepanjang tahun 2019
1.3 tahniah kepada guru-guru yang berusaha gigih menjalankan tugas dengan
Cemerlang pada tahun 2018.Pengerusi berharap, pada tahun 2019, akan wujud
kerjasama yang baik antara guru-guru dan pihak pentadbir dengan guru-
guru.Sekiranya ada masalah dapat diselesaikan dengan baik.
1.4 Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua guru dan Staff sebagai
penghargaan di atas perkhidmatan di sepanjang tahun 2018
1.5 Pengerusi membentangkan ucapan tuan PPD Kuala Kangsar di perhimpunan bulanan
dan bicara ilmu :
-Menetapkan KPI sekolah yang lebih mencabar di awal tahun lagi.
-Peningkatan peratus murid menguasai minima (MTM) dalam peperiksaan UPSR ialah
66.75 %. Seramai 37 orang calon UPSR pada tahun 2018 mendapat 6A.
-Gerak kerja kecemerlangan Akademik mestilah bermula dari murid-murid tahun 4,5
dan 6.
-Setiap guru mestilah menjaga nama baik komuniti
-Pengurusan fail mestilah sentiasa dikemaskinikan.
-Dialog Prestasi akan diadakan 4 kali setahun.
-Sekolah perlu mengadakan ‘contact Time’ setiap minggu.
1.6 Pengerusi membentangkan 12 inisiatif KPM tahun 2019.Antara kandungannya:
- Manual nilai dibaca di setiap perhimpunan
-Pendidikan Sivik diperkenal semula di sekolah
-Popularkan budaya ‘Hero Teachers’
-Manfaatkan ‘Telefon Pintar ‘ untuk pendidikan.
-Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh bersekolah pada tahun 2019
-Mewujudkan ‘Ruang Rehat Guru’ dan Speakers Corner’ di sekolah.
Agenda 2 - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dibentangkan oleh : Puan Siti Hanom bt Maamor


Cadangan disahkan oleh : Puan Hamizuwani bt Abdul Syukur
Cadangan disokong oleh : Encik Nizamuddin b Ahmad Adam

Agenda 3- Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit .

Agenda 4 - Dasar Kurikulum – Pekeliling Terkini

4.1 Berdasarkan pekeliling baru, mulai tahun 2019, tiada lagi peperiksaan untuk
murid-murid Tahun 1, 2 dan 3.
4.2 Tiada Ujian LINUS -Perlaksanaan Pentaksiran di sekolah-sekolah.

Tindakan : semua guru tahap 1

Agenda 5- Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Terkini

5.1 Semua guru hendaklah menggunakan sukatan pelajaran terkini dalam Pdpc.Ketua
Panitia perlulah berbincang bersama ahlinya tentang sukatan pelajaran yang
terkini dan hasil perbincangan diedarkan pada ahli panitia.

Tindakan : Ketua Panitia dan semua guru

Agenda 6- Persediaan Rekod Mengajar/ Fail Rekod Mengajar.

6.1 Pada tahun 2019, guru-guru akan menggunakan Fail Rekod Mengajar.
6.2 2 set Fail Rekod Mengajar telah diedarkan pada guru-guru.
6.3 Guru-guru diminta melengkapkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam
Fail Rekod Mengajar dan dihantar pada minggu ke dua bulan Januari. Fail Rekod
Mengajar perlu dihantar pada setiap hari Jumaat .
6.4 Rancangan Harian Pdpc ditulis seperti biasa walaupun sekolah menjalankan
program pada hari tersebut.

Tindakan : Semua guru


Agenda 7- PdPC

7.1 Tingkatkan kualiti Pdpc guru-guru.


7.2 Pencerapan minima 1 hari 1 kelas dan 5 buku latihan murid serta semakan fail
Rekod mengajar perlu dilaksanakan oleh kepimpinan sekolah.
7.3 Perlaksanaan PAK 21,KBAT, i-THINK dalam Pdpc di kalangan guru.

Tindakan : Guru Besar dan semua guru

Agenda 8- Bahan Bantu Mengajar

8.1 Pertingkatkan penggunaan ABM didalam kelas supaya proses PDP di dalam kelas
lebih memberangsangkan murid untuk minat belajar.

Agenda 9 - Pemulihan dan Pengayaan

9.1 Menggalakkan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran


seperti melaksanakan pengajaran terbeza dan pengajaran pemulihan mengikut
tahap keupayaan murid.
9.2 Melaksanakan program untuk mengatasi masalah 2M di kalangan murid.

Tindakan : Semua guru

Agenda 10 Penilaian dan Peperiksaan

10.1 Peperiksaan bagi murid tahap 1 akan dimansuhkan pada tahun 2019 dan
akan diganti dengan sistem Pentaksiran.
10.2 Setiausaha Peperiksaan pada tahun 2019 ialah Puan Monalisa dan seorang
Penolong Setiausaha akan dilantik.

Tindakan: Puan Monalisa

Agenda 11 Program Peningkatan Akademik

11.1 Program Peningkatan Akademik untuk kecemerlangan murid.


11.2 Memperkasakan peranan Panitia dan Pusat Sumber Sekolah dengan
menjadikan program NILAM sebagai kaedah menggalakan minat membaca
dikalangan murid.
Agenda 12 Analisis Peperiksaan UPSR dan tindakan susulan

12.1 Analisis UPSR ( rujuk pada lampiran )

Agenda 13 Pemantauan

13.1 Pemantauan dari pihak nazir terhadap perlaksanaan PBS di sekolah.Guru


Guru akan dipantau –PBD,PAJSK ,PSI dan PP.
13.2 Seorang setiausaha perlu dilantik dalam setiap kompenan PPSR

Agenda 14 ICT

14.1 Memperkasakan penggunaan ICT di makmal komputer.


14.2 Encik Nasrul akan mengedarkan jadual kemasukan ke makmal komputer
Kepada guru-guru.
14.3 Peringatan kepada guru-guru supaya mempertingkatkan penggunaan Frog VLE
14.4 Lap Top di makmal komputer perlu dikemaskinikan

Agenda 15 CEFR

15.1 Memperkasakan penggunaan CEFR .


15.2 LADAP CEFR perlu dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada
Semua guru.

Agenda 16 MBMBI

16.1 Memperkasakan program MBMMBI untuk mempertingkatkan penguasaan


dwibahasa di kalangan murid.
16.2 Sudut Pidato- Guru galakkan murid berani bercakap dengan pelbagai bahasa.
Pastikan Sudut Pidato beroperasi pada waktu rehat.

Tindakan : Puan Monalisa

Agenda 17 Takwim

17.1 Puan Hajjah Rohana membentangkan Takwim SK Karai 2019.


17.2 Guru-guru akan dibekalkan Takwim Sekolah secara’ Hard Copy’ dan ‘Soft
Copy’.Guru-guru boleh merujuk takwim sekolah di Google Drive sekolah.

Agenda 18 Jadual Waktu Individu dan Kelas

18.1 Puan Hajjah Rohana telah mengedarkan Jadual Waktu Individu dan Kelas
kepada guru-guru untuk semakan.

Agenda 19 Hal-hal lain

19.1 Pengurusan fail perlu sentiasa dikemaskini berdasarkan tahun semasa,rujuk


pada buku Standard Kualiti JPN Perak.
19.2 Guru Besar mengingatkan semua guru supaya tidak terlibat dengan gangguan
Seksual dan LGBT.
19.3 Puan Hajjah Rohana mengingatkan guru-guru supaya mencatat kursus yang
dihadiri dalam buku Minit Curai.
19.4 Cik Noraini – Seramai 15 orang murid tahun 1(2019) adalah dari murid Pra
SK Karai
19.5 Guru kelas mestilah merekodkan setiap perbelanjaan (terima dan keluar) duit
19.6 Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan hendaklah mengadakan mesyuarat
khas dan Bendahari perlulah menyediakan penyata yang lengkap.
19.7 Puan Azura- Untuk tuntutan perbelanjaan program yang akan dijalankan,
guru-guru diminta menyediakan kertas kerja ,dua minggu lebih awal.Jumlah
wang yang boleh dituntut ialah RM 200 sahaja.
19.8 Guru-guru perlu menyediakan nota minta sebelum pengeluaran duit untuk
pembelian barang.
19.9 Setiap panitia perlulah membuat stok bagi subjek masing-masing.
20.0 Puan Azura akan mengadakan LADAP untuk stok kepada guru-guru.
20.1 Puan Hamizuwani membentangkan Penyata Kewangan Kedai Buku (2018)
20.2 Puan Mazlina –Setiap borang atau maklumat yang hendak diberi pada
murid mestilah melalui guru kelas dahulu.
-Mengecat baru bagi semua kelas .
20.3 Encik Fahrur- Surau sekolah telah diperbaharui,beberapa kemudahan telah
disediakan di surau SK Karai.
20.3 Puan Hajjah Rohana – Guru-guru perlu memberitahu melalui
Info(WhatsApp) sekiranya tidak hadir ke sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

………………………
(SITI HANOM BT MAAMOR)
SETIAUSAHA KURIKULUM
SK KARAI
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM KALI KE DUA( 2019)

Tarikh 24 Januari 2019


Masa : 1.45 petang
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Gerakan SK Karai

Kehadiran :
1. Encik Abdul Malik bin Ghazali - Guru Besar
2. Pn Hjh Rohana bt Hashim -Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn.Khadijah bt Ibrahim -Penolong Kanan HEM
4. Pn Siti Hanom bt Maamor -Setiausaha
5. Pn.Norazieah bt Mat Jaafar
6. Pn Hasnidar bt Ismail
7. Cik Zahariah bt Abu Hasan
8. Pn Hamizuwani bt Abdul Syukur
9. Pn Mashirah bt Adnan
10. Pn.Monalisa bt Hasan
11. Cik Noraini bt Sabri
12. Encik Nasrul Fitri bin Yahya
13. Pn Norzuraila bt Ahmad Zakaria
14. Pn Mazlina bt Mohd Amin
15 Encik Badrul Hisam b. Hamidi
16. Encik Nizamuddin bin Ah.Adam
17. Encik Mohd.Fahrur Rozi bin Ismail

Tidak Hadir:
1. Puan Juliet a/p Arockiasamy (mesyuarat Ko-Kurikulum di PPD)
Agenda Mesyuarat

Agenda 1 – Ucapan Pengerusi


(Encik Abdul Malik bin Ghazali)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Mengucapkan terima kasih kepada guru –guru yang hadir.
1.3 Masa bagi mesyuarat akan diubah mengikut keadaan semasa

Agenda 2- Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.

Dibentangkan oleh : Puan Siti Hanom bt Maamor


Cadangan disahkan oleh : Puan Mazlina bt Mohd.Amin
Cadangan disokong oleh :Puan Norzuraila bt Ahmad Zakaria

Agenda 3- Perkara Berbangkit

3.1 Memperkasakan penggunaan ICT di makmal komputer


-Pusat Akses akan dipindahkan ke makmal komputer ( cadangan Tuan PPD)

Agenda 4-Dapatan Taklimat daripada pihak PPD

4.1 Pengurusan Fail Panitia-Bilangan fail dalam fail induk adalah ditetapkan
oleh pihak sekolah bergantung pada keperluan.Semua fail hendaklah di
sediakan dalam bentuk’ soft copy’ dan ‘hard copy’.
4.2 Semua fail panitia hendaklah dihantar ke bilik Guru Besar, selewat-lewatnya
hujung bulan Februari. Ketetapan bilangan fail ,akan diberitahu oleh Guru Besar.
4.3 Pemantapan Pengoperasian - Semua sekolah perlulah memperkasakan Jawatan Kuasa
Kurikulum (JKS) dengan menggunakan pendekatan’ Dialog Prestasi’.Dialog Prestasi
perlu dijalankan 4 kali dalam setahun.
4.4 Pelaporan PBD adalah sebanyak 2 kali setahun. Pelaporan PBD kepada ibu bapa hanya
dipaparkan di skrin komputer kecuali bila ada keperluan.
4.5 Guru-guru boleh mendapatkan buku panduan PBS dalam telegram.
4.6 Penyelaras PBD sekolah ialah Encik Badrul Hisam b Hamidi
4.7 Subjek elektif perlu diajar pada murid-murid tahun 6.
Agenda 5- Program Kecemerlangan UPSR

5.1 Peringkat Kelompok


1. Motivasi
2. Teknik Menjawab Soalan
3. Kursus Untuk Guru-Guru Subjek

5.2 Peringkat Sekolah


1. Kelas Tambahan (Isnin & Selasa) serta Sabtu.Jadual kelas tambahan akan
dibuat oleh ustaz Fahrur Rozi.Kelas tambahan akan bermula selepas Sukan
Tahunan (14.3)
2. Dialog Prestasi dengan ibu bapa murid-murid tahun 6 akan dilaksanakan pada
awal bulan Februari

Agenda 6- Pengisian Borang Keberhasilan PBPPP 2019

6.1 Puan Hajjah Rohana- Carta Aliran Kerja hendaklah dibuat dalam bulan Januari,
di google drive dalam folder baru mengikut format yang telah ditetapkan.

Agenda 7 – Hal-hal lain

7.1 Ustaz Fahrur- ‘Denda’ kepada murid-murid tahun 6 yang tidak menyiapkan
kerja sekolah .Kutipan dari ‘Denda’ dijadikan sebagai tabungan murid tersebut.
7.2 Cik Zahariah- Memohon pihak sekolah membeli kontena untuk menyimpan
alat-alat muzik.
7.3 Puan Monalisa – Pelancaran Program ‘HIP’ pada hari Isnin (Perhimpunan Pagi).
Perlaksanaan program tersebut adalah dalam Bahasa Inggeris.
7.4 Puan Mashirah memohon supaya pintu belakang di bilik guru dibaikpulihkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ………………………….
(SITI HANOM BT MAAMOR)
Setiausaha Kurikulum SK Karai
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM KALI KE TIGA ( 2019)

Tarikh : 30 SEPTEMBER 2019


Masa : 2.00 petang
Hari : Isnin
Tempat : Bilik Gerakan SK Karai

Kehadiran :
1. Encik Abd Malik bin Ghazali - Guru Besar
2. Pn Hjh Rohana bt Hashim -Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn.Khadijah bt Ibrahim -Penolong Kanan HEM
4. Pn Juliet a/p Arockiasamy -Penolong Kanan Ko-Kurikulum
5. Pn Siti Hanom bt Maamor -Setiausaha
6. Pn.Norazieah bt Mat Jaafar
7. Cik Zahariah bt Abu Hasan
8. Cik Norihan bt Kamal
9. Pn Mashirah bt Adnan
10. Pn.Monalisa bt Hasan
11. Cik Noraini bt Sabri
12. Encik Nasrul Fitri bin Yahya
13. Pn Norzuraila bt Ahmad Zakaria
14. Pn Mazlina bt Mohd Amin
15 Encik Badrul Hisam b. Hamidi
16. Encik Nizamuddin bin Ah.Adam
17. Pn Nur Syamsiah bt Ahmad Bashah

Tidak Hadir:
-
Agenda Mesyuarat

Agenda 1-Ucapan Pengerusi


(Encik Abd Malik bin Ghazali)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Mengucapkan terima kasih pada guru-guru yang hadir .
1.3 ‘Contact Time’ mesti diadakan setiap minggu pada hari Khamis -1.40-2.00 petang
tertakluk pada perubahan masa
1.4 Mesyuarat yang akan dijalankan dalam bentuk ‘Dialog Prestasi’-Perkara –
perkara yang berkaitan dengan HEM dan KOKO boleh dibincangkan dalam
mesyuarat tersebut

Agenda 2-Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dibentangkan oleh : Pn Siti Hanom bt Maamor


Cadangan disahkan oleh :Pn Monalisa bt Hasan
Cadangan disokong oleh : Pn Norzuraila bt Ahmad Zakaria

Agenda 3 –Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi Panitia hendaklah mengemaskini fail panitia masing-masing mengikut


yang telah ditetapkan dalam mesyuarat.Setiap fail panitia perlu ada 6 perkara :
-Carta Organisasi
-Minit Mesyuarat
-Takwim Panitia
-Laporan Aktiviti
-Program Peningkatan Akademik
-Anggaran Perbelanjaan
3.2 Ustaz Fahrur telah menyerahkan kutipan ‘Denda’ murid-murid tahun 6- RM140
Kepada Guru Besar untuk diserahkan kepada Pn Monalisa
3.3 Alat-alat muzik yang telah rosak hendaklah dihapuskira.Perlukan bantuan pekerja
sekolah untuk mengemas alat-alat muzik di stor muzik.
Agenda 4-Dapatan Taklimat daripada PPD

4.1 Maklumat PBD tahap 1, perlu dibincangkan dalam Dialog Prestasi peringkat
Sekolah
4.2 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PJKR) dalam matapelajaran Bahasa Melayu
perlu dijalankan 2x setahun
4.3 Guru yang mengajar PJPK mestilah guru yang sama
4.4 Pentaksiran matapelajaran Seni & Muzik mestilah dilaksanakan secara berasingan
.

Agenda 5 –Analisa PPT

5.1 Guru Besar membentangkan ‘Status Pencapaian Sekolah MTM PPT 2019-Tahun
5(D5) & Tahun 4(D4 )-Rujuk Telegram.

Agenda 6- Persediaan Peperiksaan Akhir Tahun

6.1 Peperiksaan Akhir Tahun akan dijalankan pada 18 Oktober (Jumaat),


21 – 24 Oktober (Isnin- Khamis).
6.2 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Kelas Tahun 4 & 5 disediakan oleh MGB.
6.3 Markah Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid Tahun 6 adalah berdasarkan markah
Percubaan UPSR.
6.4 Soalan-soalan bagi matapelajaran Elektif disediakan oleh guru matapelajaran
tersebut

Agenda 7- Semakan Program Peningkatan Akademik(Kelemahan / Kekuatan-Tindakan Susulan

7.1 Program untuk murid-murid Tahun 6,telah disediakan oleh Ustaz Fahrur
7.2 Perlu ada kertas kerja bagi setiap program yang akan dijalankan dan disediakan
awal sebelum pengeluaran wang dilakukan.
7.3 Antara kelemahan Program Peningkatan Akademik Tahun 6 ialah pelaksanaan
program hanya melibatkan murid-murid tahun 6 sahaja
7.4 Tindakan Susulan – Ketua Panitia perlulah berbincang dengan ahlinya sebelum
sesuatu program dijalankan .
Agenda 8- Pelaporan dari setiap panitia

8.1 Setiap ketua Panitia perlulah menyerahkan laporan panitia masing-masing


Kepada Guru Besar.
8.2 Pn Norzuraila-Program Panitia Matematik tidak dapat dijalankan kerana
bertembung dengan program panitia lain.
8.3 Guru Besar atau PK 1 menjadi pengerusi bagi setiap mesyuarat panitia

Agenda 9- Perancangan Program Hujung Tahun

( Rujuk lampiran).

Agenda 10- Hal-hal lain

10.1 Pengurusan PBD-Kelemahan -Penyimpanan eviden tidak tersusun


Cadangan : i.Menyediakan satu fail khas untuk menyimpan eviden
ii.Masukkan setiap eviden yang telah dibuat ke dalam google
drive.
10.2 En Badrul –PBD
10.2.1 -Pengisian 4 borang oleh ketua panitia setiap matapelajaran:
i.Pemantauan ii.Pementoran iii.Penyelarasan iv. Pengesanan
(rujuk dalam Google Drive )
10.2.2 –Templat PBD perlu diisi oleh guru-guru tahun 1,2 & 3.(rujuk google
drive)
10.2.3-Instrumen yang boleh dijadikan eviden pentaksiran murid :
i.Senarai Semak ii. Rekod Berterusan iii. Gambar Aktiviti
10.3 Senarai keperluan murid tahun 2020 akan diedarkan pada bulan
November
10.4 Hari Anugerah Kecemerlangan -Tahap 1
10.4.1 Guru matapelajaran akan memilih 5 orang murid terbaik sebagai
pengiktirafan kepada murid-murid tahun 1,2 & 3
10.4.2 Perasmi untuk Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2019 ialah
Datuk Alui bin Bahari (Mantan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi
Malaysia)
10.5 Jamuan perpisahan untuk Pn Azura yang akan bertukar ke Perlis ialah pada
11 Oktober 2019

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ………………..
(SITI HANOM BT MAAMOR)
Setiausaha Kurikulum SK Karai

You might also like