Professional Documents
Culture Documents
Pernyataan Masalah
Pernyataan Masalah
Pengenalan
Kertas Projek ini akan membincangkan dua perkara penting yang berkaitan
dengan kepimpinan di sekolah iaitu pertamanya amalan pengetua/guru besar berkesan
dan pemindahan amalan tersebut kepada warga sekolah dan kedua penempatan
pengetua/guru besar di sekolah berprestasi rendah.
1
Apakah amalan kepimpinan terbaik yang memberi kesan kepada kecemerlangan sekolah
dan bagaimana untuk memindahkannya kepada warga sekolah dengan cepat?
Setiap sekolah, tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, akan menyediakan
pendidikan yang baik dan holistik kepada murid. Hal ini bermakna bahawa menjelang
tahun 2020, tidak akan ada lagi sekolah berprestasi rendah di negara ini, malah lebih
banyak sekolah akan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) atau Sekolah
Kluster Kecemerlangan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan (Sufean Hussin 2014).
Wawasan ini akan menjadi relaiti sekiranya semua pihak mengembelingkan tenaga ke
arah matlamat yang sama. Aspek yang penting bagi mencapai wawasan ini ialah amalan
kepimpinan di peringkat sekolah. Menurut Fred Hechinger (1989) mengungkapkan
kepentingan amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah
kejayaan
2
pelajar. Sebagai pemimpin pengajaran, mereka mampu melihat dan mengetahui apa yang
berlaku dalam bilik darjah dan tahu bagaimana untuk memacu kejayaan dengan melihat
kekuatan yang ada pada orang bawahannya, mengurangkan kelemahan mereka dan
membuat penambahbaikan terhadap kurikulum dan pengajaran di sekolah (Norashikin
Abu Bakar, Ramli Basri dan Nurnazahiah Abas 2013). Dengan memahami matlamat
sekolah, pengupayaan (empowerment) atau penurunan kuasa kepada kakitangan bawahan
dapat membantu penjanaan sekolah berkesan dalam masa yang singkat (Supian Bin
Hashim 2014). Proses berterusan yang dilakukan oleh pengetua/guru besar dalam
menyampaikan hasrat dan aspirasi pendidikan akan menyuburkan semangat kerjasama
dan budaya cintakan kecemerlangan di sekolah.
Pada masa yang sama, pengetua/guru besar perlu memastikan matlamat sekolah
dapat diterjemahkan kepada amalan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, mereka dapat
menyelaras kurikulum selaras dengan apa yang perlu diajar dalam bilik darjah dan
pencapaian pelajar di dalam peperiksaan. Melalui keputusan peperiksaan, pengetua/guru
besar dan guru dapat berbincang dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar serta
merancang program akademik yang bersesuaian bagi meningkatkan prestasi pelajar
(Norashikin Abu Bakar 2013). Oleh itu sebagai pengetua/ guru besar yang berkesan,
mereka perlu tahu cara yang paling sesuai dan berkesan untuk menyampaikan misi
sekolah kepada guru, pelajar, ibu bapa dan staf sokongan samada secara formal atau tidak
formal. Mereka harus memastikan misi tersebut benar-benar difahami dengan selalu
mengadakan perbincangan yang melibatkan pengajaran dan kurikulum sekolah
(Norashikin Abu Bakar 2013). Kefahaman yang sama dalam mencapai visi dan misi
sekolah akan membuahkan pemuafakatan dan dengan saling berganding bahu untuk
kecemerlangan sekolah.
3
pemimpin pengajaran menjadikan kualiti pengajaran sebagai keutamaan sekolah dan
berusaha merealisasikan visi dan matlamat sekolah (Norashikin Abu Bakar 2013).
4
Pengetua/guru besar perlu menggalakkan budaya inovasi dengan cara
menunjukkan sokongan kepada idea baharu, mengiktiraf aktiviti inovasi warga sekolah
serta memberikan penghargaan dan meraikan kejayaan sekiranya inovasi tersebut berjaya
(Rosnah Ishak 2012). Mereka mampu merangsang intelektual iaitu pengikut diberi tunjuk
ajar dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan pemimpin ini juga sentiasa menjaga
hubungan baik dengan semua pihak (Jamilah Man 2016). Mereka juga perlu bijaksana
mengenal pasti dan mengesan segala kebolehan gurunya sekaligus memanipulasikan
kepakaran, minat dan kecenderungan guru untuk bekerja bersama-sama dalam mencapai
matlmat sekolah (Supian Bin Hashim 2014). Oleh itu, pengetua/guru besar yang berkesan
perlu membina hubungan dan keakraban dengan setiap orang guru dan cepat bertindak
terhadapt sesuatu perkara supaya para guru rasa dihargai.
5
kepimpinannya mengikut keperluan keadaan dan guru-gurunya. Sekolah yang mendapat
kejayaan yang tinggi sememangnya diketuai pengetua yang sentiasa memberikan
kepimpinan yang mantap, mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya dan
berorientasikan kejayaan kerana pengetua memainkan peranan meningkatkan prestasi
sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Menurut Jamilah Man (2016) pemimpin perlu memberi perhatian kepada setiap
pengikut termasuk sentiasa memberi pertimbangan yang baik terhadap setiap orang
pengikutnya serta menilai pengikut berdasarkan keistimewaan mereka tersendiri, maka
perkara seperti ini akan menyebabkan pengikut rasa dihargai dan dengan sendirinya
wujud rasa tanggungjawab terhadap organisasi. Kepakaran yang dimiliki oleh seseorang
guru di sekolah perlulah dikongsi bersama-sama dengan guru lain. Para guru akan
mempunyai tanggapan bahawa pengetua/guru besar mereka berpandangan jauh dan
mengutamakan kompetensi dalam kalangan guru agar dapat membawa sekolah ke arah
kecemerlangan (Supian Bin Hashim 2014). Pemimpin organisasi pembelajaran sentiasa
memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangannya. Besar atau kecil
sumbangan tenaga atau idea mereka dihargai dengan cara yang sewajarnya (Rosnah Ishak
2012). Langkah positif yang dibawa oleh pengetua/guru besar ke sekolah pretasi rendah
akan mengubah langskap sekoah tersebut. Usaha ini mungkin mengambil sedikit masa,
namun amalan terbaik yang konsisten mampu menghasilkan hasrat pendidikan negara.
Dalam masa yang sama setiap pengetua/ guru besar perlu diberikan ilmu dan kemahiran
gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan era globalisasi ini.
6
dengan memberi ruang yang luas kepada kakitangannya untuk berfikir di luar kotak.
Keadaan ini berupaya menjana dan meningkatkan minat guru untuk sama-sama menjiwai
matlamat dan berkerja dalam satu pasukan yang berkesan (Ab Aziz Yusuf 2003).
Kesimpualan
Rujukan:
7
Hamidah Yusof & Kong Yuen Ching. 2014. Gaya Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan Keberkesanan Sekolah. Vol.3 (2014). 93‒106
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. 2016. Kepimpinan Transformasional Dan
Kualiti Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Januari 2016. Bil. 3.
Isu .
Fuziah Mat Yakop & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. A study of reationship between
leadership practices and learning organization practices in cluster secondary
schools.
Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Nurnazahiah Abas. 2013. Kepimpinan Pengajaran
Pengetua Dan Kepimpinan Guru.Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan
(Greduc 2013)
Retna, K.S. & Ng, P.T. 2006. The challenges of adopting the learning organization
philosophy in a Singapore school. International Journal of Educational
Management 20(2): 140-152.
Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. 2012. Amalan Kepimpinan Terbaik untuk
Sekolah “Organisasi Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia 37(2)(2012): 35-
41.
Shahril @ Cahril Marzuki & Muhammad Faizal A. Ghani. 2007. Pembentukan model
sekolah berkesan Malaysia: Satu kajian Delphi. Jurnal Pendidikan 27(1): 179-199.
Supian Bin Hashim. Khadijah Binti Daud. 2014. Amalan Kepimpinan Lestari Dan
Hubungannya Dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima
Tawaran Baru Di Daerah Segamat.
8
Shariffah Sebran Jamila Bt Syed Imam. Mohameed Sani Hj Ibrahim. Mohd Izham
Hamzah & Hairuddin Mohd Ali. 2013. Tret Personaliti Pengetua Dan Guru Besar
Novis Di Malaysia. Seminar kebangsaan Kali ke IV. 23-25 September 2013.
UIAM. Gombak: Kuala Lumpur