You are on page 1of 2

Kelahiran – Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara

jpn.gov.my/soalan-lazim/kelahiran

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan


Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?
Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon
Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa


bersama-sama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri seterusnya mengisi
Borang JPN.LM12. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan


kelahiran kanak-kanak tersebut?
Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

Bapa kanak-kanak atau;


Ibu kanak-kanak atau;
Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran, usianya telah melebihi 60


hari dan telah dilahirkan di dalam Semenanjung Malaysia
Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak
tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar
Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran di dalam
Semenanjung Malaysia.

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah


taraf/anak luar nikah) (untuk orang yang bukan beragama Islam)
Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan
dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang
mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Seseorang yang mengaku
sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran
bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.


Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui
Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai
(1) setahun. 1/2
(1) setahun.

Pertanyaan Lanjut
Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA
JPN) di https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:


Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my): pro

SOALAN LAZIM
Kad Pengenalan
Kelahiran
Perkahwinan dan Perceraian
Anak Angkat
Kematian
Warganegara
Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (Pengurusan Aduan)

2/2

You might also like