You are on page 1of 3

KURSUS HUBUNGAN ETNIK (UW00102)

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB)

PANDUAN MENULIS ESEI

1. Esei yang dihasilkan merupakan kerja berkumpulan. Setiap kumpulan yang dibentuk
mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang dan tidak melebihi tujuh
orang ahli atau mengikut keperluan yang munasabah. Ahli kumpulan mestilah
daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan, etnik dan tempat asal
(daerah/negeri).
2. Setiap kumpulan boleh memilih satu tajuk esei daripada mana-mana tajuk yang
disenaraikan sama ada dari Bahagian A (Esei Kepustakaan) atau Bahagian B (Esei
Lapangan).
3. Esei yang dihasilkan mestilah bersifat ilmiah dan berdasarkan sumber/rujukan yang
telah disenaraikan dalam rangka kursus ataupun rujukan tambahan (ilmiah) yang
bersesuaian dengan tajuk esei.
4. Sumber rujukan mestilah dicatat (nota kaki dan bibliografi) sebagai
bukti/pengesahan sesuatu kenyataan atau fakta yang telah dikutip dan mesti dicatat
mengikut format yang ditetapkan.
5. Ciplakan atau plagiat terhadap karya orang lain adalah dilarang sama sekali. Jika
berlaku, esei itu akan digagalkan.
6. Tarikh penghantaran esei ialah pada atau sebelum minggu ke-10. Esei hendaklah
dihantar kepada pensyarah masing-masing. Esei yang lewat diterima akan dipotong
markah.
7. Esei hendaklah ditaip langkau dua baris (double spacing), saiz huruf font 12
(Times New Roman) dan bilangan mukasurat lebih kurang 15-20 halaman
tidak termasuk rajah, jadual, gambar, lampiran dan bibliografi.
8. Maklumat berikut mesti dicatat pada bahagian muka hadapan esei atau pada halaman
pertama: Tajuk esei, senarai nama ahli kumpulan, nombor seksyen, nombor
matrik, hari dan masa kuliah, nombor telefon dan nama pensyarah.

1
TAJUK-TAJUK ESEI HUBUNGAN ETNIK

A. Esei Kepustakaan

1. Bagaimanakah kesepaduan sosial boleh dijadikan alternatif dalam memahami hubungan


etnik di Malaysia?
2. Kesepaduan sosial dikatakan lebih memberikan tumpuan terhadap takrifan harian
berbanding takrifan autoriti. Bincangkan.
3. Zaman keagungan empayar Melaka merupakan lambang pertemuan masyarakat pelbagai
etnik. Bincangkan.
4. Jelaskan isu dan cabaran yang dihadapi kerajaan dalam pembangunan ekonomi yang
bermatlamatkan agihan sama rata antara kaum.
5. Sejauh manakah permuafakatan politik mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia?
6. Berdasarkan teori hubungan etnik, bincangkan teori yang paling sesuai diaplikasikan
dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
7. Bandingkan antara konsep rasisme dan etnosentrisme? Jelaskan kedua-dua konsep ini
dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
8. Tahap-tahap hubungan etnik bermula daripada segregasi sehingga kepada hubungan
berbentuk amalgamasi. Nilaikan kenyataan tersebut dalam konteks masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia.
9. Nilaikan peranan bahasa sebagai alat perpaduan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
10. Bagaimanakah media cetak dan media elektronik dapat dimanfaatkan dalam usaha
memupuk semangat perpaduan di Malaysia?
11. Sejauhmanakah sistem ekonomi negara pada masa kini dapat merapatkan jurang
ekonomi antara masyarakat berbilang etnik di Malaysia?
12. Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi. Bincangkan langkah-langkah ke arah menjayakan objektif model
tersebut.
13. Kefahaman terhadap Kedudukan istimewa Melayu/bumiputera (Perkara 153) dalam
perlembagaan sangat penting dalam usaha memupuk hubungan etnik di Malaysia.
Bincangkan.
14. Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak perlu dinilai
semula untuk meningkatkan integrasi nasional. Bincangkan.
15. Mengapakah konflik agama boleh berlaku di sesebuah negara? Bincangkan langkah-
langkah untuk mengelakkan konflik agama daripada berlaku dalam konteks Malaysia.
16. Huraikan maksud prejudis dan stereotaip. Kaitkan kedua-duanya dengan masalah
perhubungan kaum di Malaysia.
17. Secara idealnya, masyarakat majmuk bukanlah penghalang perpaduan kebangsaan dan
pembinaan negara-bangsa Malaysia. Bincangkan.
18. Huraikan kepentingan perpaduan dan integrasi sebagai prasyarat utama untuk kestabilan
politik dan kesejahteraan sosial di Malaysia.
19. Analisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses perpaduan kaum di Malaysia
sebelum tahun 1970.
20. Huraikan peranan Communities Liaison Committee (Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum) dalam memupuk kerjasama dan perpaduan antara pelbagai etnik sebelum
merdeka.
21. Pakatan murni dan tolak ansur antara kaum telah mempercepatkan proses kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu. Bincangkan.
22. Bincangkan kaitan antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di
Malaysia.
23. Hubungan etnik di Sabah dan Sarawak dikatakan lebih baik berbanding negeri-negeri lain
di Semenanjung Tanah Melayu. Bincangkan.

2
24. Galurkan faktor-faktor dan peristiwa penting yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa
13 Mel 1969.
25. Huraikan bagaimanakah proses globalisasi menjadi ancaman kepada pembentukan jati
diri bangsa Malaysia serta pembinaan perpaduan kebangsaan.

B. Esei Lapangan.

1. Berdasarkan temubual/kaji selidik, jelaskan sejauhmana kefahaman masyarakat pelbagai


etnik terhadap kedudukan istimewa Melayu/bumiputera (Perkara 153) dalam
perlembagaan Malaysia.
2. Temu bual lima buah keluarga pelbagai etnik yang menetap di kawasan anda. Kenal pasti
bagaimana usaha mereka mengukuhkan hubungan etnik yang harmonis sesama mereka.
3. Jalankan satu kajian mini terhadap satu kumpulan etnik yang anda pilih mengenai
persepsi mereka berkaitan dengan perkahwinan campur antara etnik. Bincangkan
mengenai dua perkara berikut:
i. Persepsi individu yang belum berkahwin.
ii. Persepsi individu yang telah berkahwin.
4. Kumpulkan gambar-gambar yang berkaitan dengan adat dan amalan kepercayaan etnik
penduduk majoriti di daerah anda. Buat catatan ringkas mengenai setiap gambar dan
ulas berkenaan adat dan amalan kepercayaan yang dikaji.
5. Buat satu kajian mengenal budaya sesuatu kumpulan-etnik di tempat tinggal anda dan
kaitkan hasil kajian tersebut dengan peranan budaya dalam usaha pemupukan hubungan
etnik. Kajian budaya ini merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
i. Pakaian tradisional.
ii. Adat perkahwinan.
iii. Organisasi kepimpinan/politik.
iv. Simbol-simbol budaya.
6. Dengan menjadikan 25 orang pelajar universiti sebagai sampel kajian, jalankan satu
kajian mini tentang cabaran-cabaran atau kebaikan yang mereka perolehi hasil daripada
pergaulan mereka dengan pelajar pelbagai etnik di universiti.
7. Toleransi etnik dapat diukur melalui aspek hubungan dalam masyarakat plural seperti di
Malaysia. Buat satu kajian mengenai kesanggupan individu terhadap beberapa perkara
berikut:
i. Berkawan dengan individu daripada kumpulan etnik lain.
ii. Tinggal sebilik dengan individu daripada kumpulan etnik lain.
iii. Tinggal serumah dengan individu daripada kumpulan etnik lain.
8. Temubual tiga orang pemimpin pelbagai etnik sama ada daripada kalangan
pemimpin pelajar, pemimpin pada peringkat kampung mahupun pemimpin politik.
Dapatkan maklum balas dan pendapat mereka tentang senario hubungan etnik di
Malaysia.
9. Sejak akhir-akhir ini, isu perkauman sering dibangkitkan oleh media massa. Jalankan
kajian tentang persepsi pelajar dan masyarakat terhadap isu berkenaan.
10. Pilih satu tema di bawah dan bentuk tajuk penyelidikan yang anda fikirkan sesuai untuk
tema tersebut. Tajuk yang dibentuk daripada tema tersebut adalah dalam kategori
penyelidikan lapangan.
i. Hubungan Antara Etnik
ii. Kahwin Campur
iii. Kefahaman Terhadap Dasar Kerajaan
iv. Adat dan Tradisi Etnik

You might also like