You are on page 1of 2

Ahli Politik Malaysia Eksploitasikan Isu Perkauman, Kata NGO

Ahli-ahli politik di Malaysia mengeksploitasikan isu-isu perkauman dalam usaha

mereka mendapatkan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, menurut sebuah kumpulan

hak asasi manusia tempatan dalam laporan yang jarang dikeluarkan mengenai diskriminasi

kaum di negara pelbagai etnik ini. Pusat Komas menyalahkan kerajaan Perdana Menteri Najib

Razak berhubung masalah itu, dengan menyatakan ia telah "memungkiri" janji-janjinya untuk

menggalakkan perpaduan rakyat dan kepaduan sosial di negara ini.

Malah, isu perkauman telah menjadi lebih ketara dan semakin berleluasa digunakan

sebagai alat untuk pecah dan perintah," kata NGO itu dalam laporan yang dikeluarkan sempena

Hari Antarabangsa Bagi Menghapuskan Diskriminasi Kaum pada 21 Mac.Pusat Komas, yang

bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan perpaduan melalui penggunaan media

popular, berkata, insiden diskriminasi kaum di Malaysia telah mencatatkan peningkatan tahun

lepas berdasarkan laporan-laporan berita.Dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 semakin hampir,

ramai ahli politik dari semua parti memilih untuk menggunakan politik perkauman bagi

mendapatkan sokongan politik daripada rakyat,

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana

ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak

berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga

boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa

kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif

juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta

mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman

dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh

ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).


Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan

antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik

dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka,

dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan

suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua

elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum

sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan

antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni

dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya. Sifat perkauman jika dibiarkan

berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah

mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969,

sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita.

You might also like