You are on page 1of 10

SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM

KUIZ BAHASA MELAYU

NAMA: ............................................................... TAHUN 3: ...........................

BAHAGIAN A
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak

menggoreng sayur.
A. Engkau
B. Awak
C. Saya
D. Dia

2. Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di

sungai belakang rumah atuk.
A. Butir
B. Biji
C. Bentuk
D. Ketul

1
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Rahim sedang mencuci kereta _________ abangnya menyiram pokok

bunga.
A. Atau
B. Manakala
C. Tetapi
D. Walaupun

4. Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit ____________.

A. Tenat
B. Keras
C. Penat
D. Sesak

5. Farhan berjalan ____________ kerana kaki kirinya luka.

A. Terhuyung-hayang
B. Terkedek-kedek
C. Terincut-incut
D. Terpinga-pinga

Soalan 6 pilih kata lawan yang betul

6. Pak Jalal sedang mencabut pokok ubi kayu.

A. Menanam
B. Menarik
C. Mengeluarkan

2
Soalan 7 pilih kata seerti yang betul.

7. Kami bersantai di tepi Pantai Damai, Kuching selama dua hari.

Perkataan seerti bagi bersantai ialah
A. Berehat
B. Termenung
C. Duduk
D. Bekerja

Soalan 8 dan soalan 9

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong.

8. Kami bercadang untuk ___________ di Pulau Langkawi.

A. Makan hati
B. Makan angin
C. Ambil angin
D. Bawah angin

9. Diana ___________ hendak melanjutkan pelajaran ke Jepun.

A. Hati waja
B. Hati batu
C. Ada hati
D. Keras hati

3
Soalan 10 hingga soalan 14

Baca iklan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

LAWATAN KE HUTAN LIPUR GUA NIAH

Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau akan mengadakan lawatan

ke Hutan Lipur Gua Niah. Maklumat tentang aktiviti tersebut adalah seperti yang
berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2013

Hari : Sabtu
Masa bertolak : 8.00 pagi
Tempat berkumpul : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
Aktiviti : Membersihkan kawasan sekitar serta mengenal pasti
tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya.

Ahli-ahli yang berminat, sila daftarkan nama kepada Encik Mohd Hamizan bin
Harsidi berserta dengan bayaran tambang sebanyak RM 30.00 sebelum 7 Oktober
2013.

10. Siapakah yang menganjurkan lawatan ini?

A. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Nanga
Entalau
B. Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
C. Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
D. Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nanga
Entalau.

11. Bilakah lawatan itu akan diadakan?

A. 16 Oktober 2013
B. 15 Oktober 2013
C. 12 Oktober 2013
D. 7 Oktober 2013

12. Pukul berapakah rombongan itu akan bertolak?

A. 7.00 pagi
B. 8.00 pagi
C. 7.30 pagi
D. 8.15 pagi

4
13. Berapakah tambang bagi menyertai lawatan itu?
A. RM 25.00
B. RM 30.00
C. RM 20.00
D. RM15.00

14. Tarikh akhir pembayaran untuk menyertai lawatan itu ialah

A. 7 Oktober 2013
B. 12 Oktober 2013
C. 6 Oktober 2013
D. 13 Oktober 2013

Soalan 15 hingga soalan 18

Padankan ayat dengan kata perintah yang betul

15. ______________ bermain di tepi sungai itu Tolong

16. ______________ makan makanan yang

telah dimasak oleh ibu saya Usah

17. ______________ hantar buku-buku ini ke

bilik guru Jangan

18. ______________ diingatkan lagi peristiwa

Jemput
sedih yang menimpa kamu itu

Pilih ayat majmuk yang betul.

19. A. Danial menunggang basikal ke sekolah.

B. Basikal itu terbabas lalu melanggar pagar sekolah.
C. Basikal itu terbabas ke dalam parit.
D. Basikal terletak ditepi parit.

5
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20. I Harga baju ini rendah mutu.

II Mata Ali rendah bila waktu malam.
III Orang yang suka mencuri dipandang rendah oleh masyarakat.
IV Zaid diejek kerana rendah

A. I dan II
B. I,II dan III
C. III dan IV
D. IV Sahaja

[20 markah]

6
BAHAGIAN B

a. Susun perkataan supaya membentuk ayat yang lengkap.

1. Ibu ● menemani ● dan ● pertandingan ● ayah ● robotik ● menyertai ●

Amin●
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. keluarganya ● Nabila ● beriadah ● petang ● waktu ● pada ● dan ● di

taman ● rekreasi ●
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. makanan ● makan ● sihat ● berkhasiat ● hidup ● agar ● mesti ● Kita .

dan ● yang ● ceria ●
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. senaman ● melakukan ● badan ● supaya ● peluh ● mengeluarkan ●

rajin ● Kita ● mesti ●
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

5. Murid-murid ● anjuran ● menyertai ● koir ● Tahun Tiga Melur ●

pertandingan ● perpaduan ● sekolah ●
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[10 markah]

7
b. Bina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi.

1. Menanam
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________

2. Mengikuti
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________

3. Membuat
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________

4. Bermain

___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________

5. Anyaman
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________

[10 markah]

8
c. Lengkapkan cerita dengan perkataan yang sesuai.

buangan diurus aluminium menyokong balang

persekitaran terpelihara pencuci membuang berwarna

Kita mesti _______________ Kempen Kitar Semula. Terdapat tiga tong

kitar semula. Tong-tong ini disediakan untuk ______________ sisa yang boleh
dikitar semula. Tong-tong ini _______________ biru, coklat dan jingga.

Tong biru menerima sisa _____________ seperti akhbar, majalah, buku,

kad dan kotak. Tong coklat pula menerima sisa buangan daripada barang-
barang kaca seperti botol minuman, botol sos dan ______________ makanan.
Sisa buangan daripada _______________ seperti tin minuman dan makanan
perlu dimasukkan ke dalam tong jingga. Tong jingga juga menerima sisa
buangan daripada bahan plastik seperti beg plastik, botol minuman, botol
cecair _______________ dan bekas makanan.

Dengan adanya tong kitar semula ini, bahan buangan dapat

______________ dengan baik. Kawasan _______________ dan alam sekitar
menjadi bersih dan _________________.

[10 markah]

9
d. Nomborkan perenggan di bawah. Kemidian, tulis semula perenggan
mengikut susunan yang betul membentuk sebuah karangan.

• Masukkan kacang soya ke dalam pengisar bersama air.

Kisar sehingga hancur. Tapis kisaran kacang soya ke
dalam periuk menggunakan penapis halus.

• Masak air soya dengan api kecil bersama daun

pandan. Tambah gula secukup rasa. Masak air soya
sehingga mendidih. Setelah masak, sejukkan dan
sedia untuk diminum.

• Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau

sehingga kacang soya kembang. Buang kulit yang
tertanggal.

• Sediakan bahan-bahan seperti kacang soya, air

masak, daun pandan dan gula pasir.

____________________________________________________________________________

10

You might also like