You are on page 1of 1

PULAU PINANG: Seramai 27 pegawai dan 134 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta

kakitangan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia hadir dalam perjumpaan dan
amanat Panglima 2 Div pada 7 Jun 2018.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar hubungan silaturahim di kalangan warga 2


Div dapat dieratkan lagi dan dikekalkan walaupun berlainan agama serta turut
mengucapkan Selamat Hari Raya.

Beliau turut berpesan kepada seluruh warga 2 Div agar mengambil peluang dan
kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman berjumpa serta meraikan sambutan
perayaan Aidilfitri dengan ibu bapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim yang terjalin.

Selain itu turut mengingatkan agar staf setiap cawangan dan sel dapat mengetahui
simpanan data dan maklumat agar tiada kepincangan berikutan anggota yang bercuti
serta menekankan agar isu keselamatan cawangan dan sel serta kem tidak dipandang
ringan dan terus diberi perhatian.

Gambar: Pbt Mohd Nor Izham Salahudin

You might also like