You are on page 1of 18

PENTAKSIRAN AMALI SOLAT, TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN

PANDUAN
PENTAKSIRAN AMALI SOLAT,
TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN (PATH)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH


PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 3

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum
2019
KANDUNGAN

Halaman

PENGENALAN 1

OBJEKTIF 1

PELAKSANAAN 1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2

Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran 2

Guru Kanan Mata Pelajaran 3

Ketua Panitia 3

Guru Mata Pelajaran 3

PERKARA YANG DINILAI 5

Amali Solat 5

Tilawah al-Quran 5

Hafazan al-Quran 5

PENTAKSIRAN PATH 6

PENUTUP 7

GLOSARI 8

Lampiran 1: Penjaminan Kualiti 9

Lampiran 2: Borang Pentaksiran Keseluruhan 11


PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PENGENALAN

Pentaksiran Amali Solat, Tilawah dan Hafazan al-Quran (PATH) merupakan salah
satu komponen yang wajib dilaksanakan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi
murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. PATH adalah sebahagian
daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan
ianya dilaksanakan secara berterusan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Pendidikan Islam. Skor keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga
Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan PT3
Pendidikan Islam. Buku Panduan PATH ini disusun untuk membantu guru sewaktu
menjalankan tugas mentaksir murid bagi tujuan pelaporan dalam PT3.

OBJEKTIF

PATH KSSM Pendidikan Islam bertujuan mentaksir kebolehan murid dalam


mempamerkan aspek berikut:

a) Melakukan amali solat yang tertentu dengan betul, beradab dan istiqamah.
b) Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar serta bertajwid secara
beradab dan istiqamah.
c) Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar serta bertajwid secara
beradab dan istiqamah.

PELAKSANAAN

a) PATH adalah sebahagian daripada PBD Pendidikan Islam dan dilaksanakan


secara berterusan dalam PdP Pendidikan Islam.
b) PATH hendaklah dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam bagi kelas berkenaan.
c) PATH adalah wajib bagi semua murid Tingkatan 3 yang mengambil mata
pelajaran Pendidikan Islam.
d) Tatacara pelaksanaan PATH ini hendaklah dimaklumkan secara jelas kepada
semua murid Tingkatan 3.
e) PATH boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan mengikut
kesesuaian dan keperluan tajuk, walau bagaimanapun tahap penguasaan
ditentukan mengikut individu.
f) Guru mata pelajaran perlu merekod perkembangan setiap murid dalam PATH dari
semasa ke semasa.

1
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

g) Penjaminan kualiti atau moderasi perlu dijalankan di peringkat sekolah oleh Guru
Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dengan dibantu oleh Ketua Panitia mengikut
prosedur yang ditetapkan (Lampiran 1).
h) Guru mata pelajaran perlu melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhan untuk
disemak oleh GKMP dan seterusnya disahkan oleh Pengetua (Lampiran 2)
i) Setiausaha Peperiksaan hendaklah memasukkan skor keseluruhan murid dalam
Aplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran

a) Menerima surat makluman pelaksanaan PATH


b) Memaklumkan pelaksanaan PATH dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
c) Melantik GKMP sebagai Ketua Pentaksir PATH dan Ketua Panitia Pendidikan
Islam sebagai Penolong Ketua Pentaksir peringkat sekolah untuk menjalankan
penjaminan kualiti atau moderasi.
d) Memastikan Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran Pendidikan
Islam Tingkatan 3 hadir ke taklimat PATH.
e) Memastikan Ketua Panitia Pendidikan Islam mengadakan mesyuarat
penyelarasan PATH peringkat sekolah.
f) Memastikan semua murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 3 mendapat taklimat daripada guru mata pelajaran Pendidikan Islam
mengenai pelaksanaan PATH.
g) Memastikan guru mata pelajaran Pendidikan Islam melaksanakan PATH kepada
semua murid yang terlibat.
h) Memastikan penjaminan kualiti atau moderasi dijalankan di peringkat sekolah oleh
GKMP dengan dibantu oleh Ketua Panitia mengikut prosedur yang ditetapkan.
i) Mengesahkan Borang Pentaksiran Keseluruhan bagi setiap kelas yang telah
melalui proses penjaminan kualiti atau moderasi.
j) Memastikan SU Peperiksaan memasukkan skor keseluruhan murid dalam
Aplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.
k) Menyediakan perancangan dan keperluan tertentu untuk kemudahan proses
pentaksiran ini.

2
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Guru Kanan Mata Pelajaran

a) Menerima surat pelantikan sebagai Ketua Pentaksir peringkat sekolah.


b) Memastikan Ketua Panitia Pendidikan Islam mengadakan mesyuarat
penyelarasan PATH peringkat sekolah.
c) Melaksanakan penjaminan kualiti atau moderasi peringkat sekolah mengikut
prosedur yang ditetapkan
d) Menyerahkan Borang Pentaksiran Keseluruhan yang telah lengkap melalui
penjaminan kualiti atau moderasi kepada Pengetua untuk disahkan.
e) Memastikan Borang Pentaksiran Keseluruhan bagi setiap kelas diserahkan
kepada Setiausaha Peperiksaan.

Ketua Panitia

a) Menerima surat pelantikan sebagai Penolong Ketua Pentaksir peringkat sekolah.


b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan PATH peringkat sekolah.
c) Memastikan semua guru mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3
menghadiri mesyuarat penyelarasan PATH peringkat sekolah.
d) Memastikan taklimat mengenai PATH disampaikan kepada murid Tingkatan 3
tahun semasa.
e) Memastikan guru mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3 melaksanakan
PATH dan merekodkan perkembangan murid dari semasa ke semasa.
f) Memastikan guru mata pelajaran melengkapkan Borang Pentaksiran
Keseluruhan untuk proses penjaminan kualiti atau moderasi.
g) Membantu GKMP melaksanakan penjaminan kualiti atau moderasi di peringkat
sekolah mengikut prosedur yang ditetapkan

Guru Mata Pelajaran

a) Memberi taklimat mengenai PATH kepada semua murid Tingkatan 3 tahun


semasa.
b) Melaksanakan pentaksiran semasa proses PdP dan merekod tahap penguasaan
setiap murid dari semasa ke semasa secara adil berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran murid.
c) Memberi peluang dan membimbing setiap murid untuk mencapai tahap
penguasaan terbaik.

3
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

d) Guru mata pelajaran masih perlu merekodkan tahap penguasaan murid dalam
Templat Pelaporan PBD yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
e) Melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhan dan diserahkan kepada GKMP
untuk penjaminan kualiti atau moderasi dan tindakan seterusnya.
f) Menerima salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan yang telah melalui
penjaminan kualiti atau moderasi dan telah disahkan oleh Pengetua.
g) Menyimpan salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan.

4
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PERKARA YANG DINILAI

AMALI SOLAT:

a) Solat Jenazah
b) Solat Sunat Hari Raya
c) Solat Sunat Tahiyatul Masjid
d) Solat Sunat Hajat

TILAWAH AL-QURAN:

a) Surah al-A’raf ayat 23


b) Surah al-Kahfi ayat 1-10
c) Surah al-A’raf ayat 179
d) Surah al-A’raf ayat 205-206
e) Surah al-Taubah ayat 100
f) Surah al-Nur ayat 30-31
g) Surah Ghafir ayat 67

HAFAZAN AL-QURAN:

a) Surah al-A’raf ayat 23


b) Surah al-Kahfi ayat 1-10

5
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PENTAKSIRAN PATH

Guru menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan jadual berikut:


a) Amali Solat (40 Markah)

Tahap Tafsiran Skor


Penguasaan
Mengingat perkara asas berkaitan solat jenazah, solat 1-6
1
sunat hari raya, tahiyatul masjid dan hajat.
Memahami tentang solat jenazah, solat sunat hari raya, 7-12
2
tahiyatul masjid dan hajat.
Melakukan amali solat jenazah, solat sunat hari raya, 13-18
3
tahiyatul masjid dan hajat dengan bimbingan
Melakukan amali solat jenazah, solat sunat hari raya, 19-25
4
tahiyatul masjid dan hajat dengan betul.
Melakukan amali solat jenazah, solat sunat hari raya, 26-32
5
tahiyatul masjid dan hajat dengan betul secara beradab
Melakukan amali solat jenazah, solat sunat hari raya,
6 tahiyatul masjid dan hajat dengan betul secara beradab 33-40
serta istiqamah

b) Tilawah al-Quran (30 Markah)

Tahap Tafsiran Skor


Penguasaan
1 Membaca ayat al-Quran pilihan dengan bimbingan. 1-5

2 Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul. 6-10


Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul dan lancar 11-15
3
serta bertajwid.
Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar 16-20
4
serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya.
Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar
5 serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya secara 21-25
beradab.
Membaca ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar
6 serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya secara 26-30
beradab dan istiqamah

6
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

c) Hafazan al-Quran (30 Markah)

Tahap Tafsiran Skor


Penguasaan
1 Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan bimbingan. 1-5

2 Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul. 6-10


Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul dan 11-15
3
lancar serta bertajwid.
Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar 16-20
4
serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya.
Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar
5 serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya secara 21-25
beradab.
Menghafaz ayat al-Quran pilihan dengan betul, lancar
6 serta bertajwid dan mengamalkan bacaannya secara 26-30
beradab dan istiqamah.

PENUTUP

Pelaksanaan PATH membolehkan murid ditaksir dengan lebih berkesan pada aspek
amali, tilawah dan hafazan al-Quran. Pelaksanaan pentaksiran yang dilaksanakan
seiring dengan pelaksanaan PdP akan memberi peluang kepada murid untuk
mencapai tahap penguasaan yang terbaik dan seterusnya dapat menguasai
keseluruhan objektif mata pelajaran KSSM Pendidikan Islam.

7
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

GLOSARI

Bil Perkara Tafsiran

1. Melakukan amali a. Dapat melakukan pergerakan solat seperti qiam,


dengan betul rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud
dengan cara yang betul.
b. Membaca bacaan dalam solat dengan betul.
2. Melakukan amali Dapat melakukan amali solat dengan cara yang beradab
secara beradab dan seperti berpakaian menutup aurat, bersih dan kemas,
istiqamah melakukan dengan tertib serta menghormati guru
secara berterusan.
3. Membaca dan Dapat membaca dan menghafaz al-Quran dengan betul
menghafaz dengan pada perkara berikut:
betul a. sebutan asas huruf hijaiyah
b. baris fathah, dhommah, kasrah, sukun dan shaddah
c. Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah
d. Mad Asli
4. Membaca dan Dapat membaca dan menghafaz al-Quran dengan
menghafaz dengan lancar
lancar
5. Membaca dan Dapat membaca dan menghafaz al-Quran mengikut
menghafaz dengan keseluruhan hukum tajwid.
bertajwid
6. Membaca dan Membaca dan menghafaz al-Quran dengan menjaga
menghafaz al-Quran adab membaca al-Quran seperti berada dalam keadaan
secara beradab dan berwuduk, duduk secara sopan, memulakan bacaan
istiqamah dengan isti’azah dan menghormati guru dan mashaf
secara berterusan.

8
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Lampiran 1

PENJAMINAN KUALITI

(Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah)

Moderasi

Moderasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Dalam
proses moderasi, guru berkongsi pengalaman, pengetahuan, pemahaman kurikulum
(Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi), strategi
pengajaran serta pentaksiran bagi melaksanakan pertimbangan profesional. Proses
ini melibatkan membuat keputusan yang konsisten di dalam mentaksir tahap
penguasaan murid. Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang sama atau
dalam Panitia yang sama. Moderasi penting bagi mengurangkan jurang pertimbangan
profesional antara seorang guru dengan guru yang lain. Moderasi juga adalah untuk
memastikan kesahan dan kesaksamaan dalam pertimbangan profesional dan
pentaksiran yang dilakukan.

Tujuan moderasi:
 Memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan boleh
dipercayai
 Meningkatkan komunikasi profesional dalam kalangan guru
 Mewujudkan pembelajaran profesional dalam kalangan guru
 Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Moderasi melibatkan perbincangan, penyelarasan dan persetujuan sesama rakan


sejawat dalam panitia atau mata pelajaran yang sama. Perkara yang dimoderasikan
termasuklah aspek:
 penentuan kaedah pentaksiran
 pemilihan instrumen pentaksiran
 kriteria pertimbangan profesional
 penentuan tahap penguasaan.

Ini dilakukan dengan mengambil kira keperluan dan ketetapan dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran tersebut.

9
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Terdapat beberapa model atau kaedah dalam moderasi. Guru boleh menggunakan
mana-mana kaedah, atau boleh menggabungkan beberapa kaedah berikut:

 Kalibrasi
Beberapa sampel hasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru. Guru
kemudian berbincang (moderasi) tentang pertimbangan yang telah dilakukan.
Tujuan kalibrasi ialah untuk mendapatkan persetujuan dan pemahaman yang
sama terhadap standard atau pertimbangan yang telah dilakukan.

 Persidangan
Hasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru. Beberapa sampel hasil kerja
murid yang mewakili pelbagai tahap penguasaan dipilih secara kolaboratif dan
dibincangkan (dilakukan moderasi). Tujuan kaedah ini ialah untuk mendapatkan
persetujuan dan pemahaman yang sama dalam pemberian tahap penguasaan
tersebut.

 Merujuk Pakar
Guru melakukan pentaksiran kepada murid masing-masing. Seterusnya hasil
pentaksiran tersebut diserahkan kepada pakar untuk mendapatkan maklum balas
sama ada guru telah menterjemah dan menggunakan standard seperti yang
dihasratkan.

10
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

BORANG PENTAKSIRAN KESELURUHAN


PENTAKSIRAN AMALI SOLAT, TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
Lampiran 2
TINGKATAN 3

Nombor Pusat: ..................................................


Nama Sekolah: ..................................................
Bilangan Murid: …………..
Tingkatan: ..................................................

Amali Tilawah Hafazan Skor


Bil. Nama Murid No. KP No. Angka Giliran Solat al-Quran al-Quran Keseluruhan
(40 m) (30 m) (30 m) (100 m)
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

11
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Amali Tilawah Hafazan Skor


Bil. Nama Murid No. KP No. Angka Giliran Solat al-Quran al-Quran Keseluruhan
(40 m) (30 m) (30 m) (100 m)
16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

Disediakan oleh Guru Mata Pelajaran Disemak oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Disahkan oleh Pengetua
Tandatangan: .................................. Tandatangan: ............................................ Tandatangan: ..................................
Nama: .............................................. Nama: ........................................................ Nama: ..............................................
Tarikh: ............................................. Tarikh: ........................................................ Tarikh: .............................................

12
PATH KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Percel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-88889917
http://bpk.moe.gov.my
2019

12

You might also like