You are on page 1of 1

Ruj Tuan :

Ruj. Kami : SKBJ.700-8/39( )


Tarikh : 29 JULAI 2019
Kepada :

Pn. Azlida binti Abdullah


Kaunselor SMK Dato’ Mohd Taha
SMK Dato’ Mohd Taha,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Melalui:

Pengetua
SMK Dato’ Mohd Taha,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH KEBANGSAAN


BUKIT JALOR TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Unit Kecemerlangan Tahun 6 dengan Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Bukit Jalor akan mengadakan program motivasi bagi semua murid Tahun 5 dan 6
mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2019


Hari : Khamis
Tempat : Dewan SK Bukit Jalor

Masa Sasaran Tajuk


10.30 – 12.30 Pelajar Tahun 5 dan 6 Mencari Resipi Kejayaan
tengahari
2.30 – 4.30 Ibu Bapa dan waris Peranan dan tanggungjawab ibu bapa
petang ke arah kecemerlangan anak-anak.

3. Sukacita dimaklumkan, Pihak SK Bukit Jalor berbesar hati ingin menjemput pihak tuan
menyampaikan ceramah bagi memberi pengisian kepada para pelajar dan ibubapa terbabit.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang Menjalankan Amanah,

………………………………

sk Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling


Fail Unit Kecemerlangan UPSR

You might also like