You are on page 1of 28

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, saya Amin Iqmal daripada kursus 1Diploma Teknologi Elektronik


(1DEB) ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan
Noor Hasleena binti Nordin selaku guru pembimbing mata pelajaran Pengajian
Malaysia (MPU 2162) di atas kesabaran, sokongan, ketabahan, nasihat, bimbingan
yang diberikan serta banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini. Tidak dilupakan juga kepada unit Pengajian
Malaysia yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang latihan Pelancaran Bulan
Kemerdekaan ini. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan.
Seterusnya, terima kasih kepada 1 Diploma Pengurusan Perniagaan (1DBF) yang
telah banyak bekerjasama membantu kami. Sesungguhnya segala pengorbanan
yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini.
Akhir kata, saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dilangsungkan serta ingin mengucapkan
terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam
melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.

Sekian , Terima Kasih .


KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN
70400 SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
No. Tel : 06 – 7624981 I No.Fax : 067642464

Laporan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2019 “Sayangi Malaysiaku ,


Malaysia Bersih”

PERKARA BUTIRAN / KETERANGAN

Nama program Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2019


“Sayangi Malaysiaku , Malaysia Bersih”

Anjuran 1Diploma Pengurusan Perniagaan ( 1 DBF)


1Diploma Elektronik (1 DEB)

Penyelaras program Saudara Muhammad Aliff Haiqal Bin Muizam

Pelaksanaan Tarikh : 7 OGOS 2019


Masa : 8:00 pagi
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Bestari Budiman Kolej Vokasional Ampangan

Rasional 1. Untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan


dan peralatan daripada Pihak Pengurusan Kolej Vokasional
Ampangan.

2. Mendapatkan kerjasama, sokongan dan sumbangan


daripada pihak yang terlibat .

3. Untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para


pensyarah dan pelajar .

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati


Matlamat semangat kemerdekaan dan semangat patriotik pemimpin
terdahulu dalam membina sebuah Negara Malaysia .

2. Memberi ilmu serta pengetahuan kepada warga Kolej


Vokasional Ampangan betapa pentingnya menjaga
keamanan Negara .

3. Memberi kesedaran kepada warga Kolej Vokasional


Ampangan tentang Sejarah Kemerdekaan .

Objektif Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar di dalam


kursus Pengajian Malaysia II agar wujudnya semangat kerjasama
dan berpasukan .

Sasaran Semua warga Kolej Vokasional Ampangan Seremban

Personalia / AJK AHLI JAWATANKUASA

Semua pelajar tahun 1Diploma Pengurusan Perniagaan ( 1DBF )


dan Tahun 1Diploma Elektronik ( 1DEB )

8.00 pagi : Kata – kata aluan Pengacara Majlis


Pendekatan / pengisian : Bacaan doa
: Tayangan video
: Nyanyian lagu ( Negaraku )
: Persembahan duet (Joget Malaysia)
: Ucapan pengarah
: Gimik pelancaran
: Nyanyian lagu gabungan kelas 1DEB dan 1DBF
(Setia)
: Nyanyian lagu bersama warga kolej
( Jalur Gemilang , Keranamu Malaysia)
9.30 pagi : Majlis bersurai
Huraian perjalanan Pada jam 7.50 pagi , para guru dan pelajar mengambil tempat
majlis sebelum ketibaan pihak pengurusan . Jam 8.00 pagi , Pengacara
Majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan kata-kata
aluan Pengacara Majlis . Majlis memohon diberkati dengan bacaan
doa yang dipimpin oleh saudara Muhammad Amir Haziq bin
Syahrul Nizam.Selain itu,majlis dimulai dengan tayangan Video
Sejarah Kemerdekaan Negara .

Majlis diteruskan dengan satu simbolik yang menunjukkan


berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu yang dimulai
dengan saudara Emir Naqiuddin bin Shahril Azmir sebagai
pegawai tentera British dengan diiringi saudara Abdul Emir Hazim
bin Abd Razak serta 4 orang askar dengan membawa bendera
Malaysia untuk dinaikkan dan bendera Union Jack diturunkan
diiringi muzik God Save The Queen sebagai tanda tamatnya
penjajahan British di Tanah Melayu serta Tunku Abdul Rahman
melaungkan laungan Merdeka sebanyak 7 kali serta para pelajar
dan pensyarah berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku .

Seterusnya,persembahan nyanyian duet lagu Joget Malaysia


daripada saudara Muhammad Azrul bin Mohd Aznam dan saudari
Nurul Asyikin binti Roslan.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
daripada Tuan Pengarah Puan Nor Ashikin binti Md Shazilli dan
sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali
Ke-62 bagi tahun 2019 dan seterusnya menyempurnakan gimik
Pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan penuh gilang gemilang.

Seterusnya,acara diteruskan dengan persembahan nyanyian


sekumpulan pelajar daripada 1DEB dan 1DBF iaitu lagu Setia.
Seterusnya,nyanyian lagu Jalur Gemilang dan lagu Keranamu
Malaysia bersama pelajar dan para pensyarah . Selepas itu , majlis
bersurai.

Impak pencapaian Impak aktiviti terhadap pelajar :


( kekuatan , kelemahan
, penambahbaikan ) Menguatkan ikatan silaturahim,semangat berpasukan dan
semangat pelajar 1DEB dan 1DBF.
Kekuatan :

1. Aktiviti berjalan dengan lancar dan para pelajar 1DBF dan


1DEB menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya .
2. Para pelajar bersemangat dan memberi kerjasama jitu
dalam Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan .

Kelemahan :

1. Masalah ketepatan masa segelintir pelajar semasa


“rehearsal”

Penambahbaikan :

1. Para pelajar harus menepati masa yang ditetapkan pada


setiap kali “rehearsal” diadakan .

Cadangan Pihak kolej harus memberi peluang lagi kepada para pelajar dalam
pengurusan dan pelaksanaan sesuatu majlis pada masa akan
datang .

Penutup Dengan pelaksanaan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini,


dapat memberi banyak peluang kepada para pelajar untuk
merancang,mengurus dan melaksanakan majlis dengan bimbingan
guru pada permulaan dan seterusnya dapat melaksanakan dengan
kebolehan sendiri pada masa akan datang .
LAMPIRAN
SEBELUM
PELAKSANAAN
MAJLIS
Tajuk : Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2019 “Sayangi Malaysiaku ,
Malaysia Bersih”

Latihan bagi Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan tahun 2019 telah bermula pada
awal bulan Jun sehingga awal bulan Ogos . Latihan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
telah dilakukan dengan baik atas kerjasama antara dua kelas yang terlibat iaitu
1Diploma Pengurusan Perniagaan dan 1Diploma Elektronik bersama guru
pembimbing Puan Noor Hasleena binti Nordin .

Latihan Kali Pertama

Melakukan latihan nyanyian di padang sekolah .

Latihan Kali Ke – 2

Perbincangan bersama guru pembimbing tentang penghasilan video Sejarah


Kemerdekaan Negara yang akan ditayangkan pada Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan .
Latihan Kali Ke – 3

Latihan nyanyian lagu Setia di dalam Bilik Sejarah

Raptai di Dewan Makan Asrama Kolej Vokasional Ampangan

Latihan Kali Ke- 4

AJK Siaraya sedang memeriksa peralatan yang akan digunakan semasa tayangan
video dan nyanyian bagi latihan Pelancaran Bulan Kemerdekaan .

Sesi pelantikan Pengacara Majlis untuk Pelancaran Bulan Kemerdekaan.


Perbincangan tentang Majlis Pelancaran Kemerdekaan yang akan berlangsung
pada tarikh yang ditetapkan .

Latihan nyanyian lagu Setia dan Joget Malaysia untuk Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan .

Membuat latihan untuk melaungkan laungan Merdeka


Perbincangan untuk membuat teks Pengacara Majlis yang menarik dan sesuai pada
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.

Latihan Kali Ke – 5

Latihan bacaan doa yang dibacakan oleh saudara Amir

Penyediaan lagu gimik dan lagu Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Latihan Kali Ke - 6

Latihan susunan askar untuk pembukaan Majlis Pelancaran Kemerdekaan yang


akan mengiringi kemasukan pengarah dan barisan pihak pengurusan .

Sesi latihan untuk membawa bendera Malaysia dan digantungkan pada tiang
bendera sebagai tanda Malaysia merdeka .
Raptai di Dewan Bestari Budiman Kolej Vokasional Ampangan

Latihan Kali Ke – 7

Latihan persembahan nyanyian lagu Setia wakil daripada pelajar 1DBF dan 1DEB

Jawatankuasa Siaraya memeriksa segala peralatan yang hendak digunakan pada


Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan supaya tidak ada sebarang kerosakan
Latihan Kali Ke – 8

Setiap ahli jawatankuasa yang telah diagihkan tugasan sedang menjalankan tugas
mereka untuk menghias Dewan Bestari Budiman bagi Pelancaran Bulan
Kemerdekaan yang akan berlangsung Malam terakhir sebelum Majlis Pelancaran
Bulan Kemerdekaan dilangsungkan .
Persiapan pentas bagi Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang akan dilangsungkan
LAMPIRAN
PELAKSANAAN
MAJLIS
Pengacara Majlis bagi Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Sesi bacaan doa yang telah dibacakan oleh saudara Amir Haziq

Persembahan yang hebat telah ditonjolkan di depan warga kolej pada Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
Askar Melayu bersama Guru Pembimbing Pengajian Malaysia

Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan Merdeka sebanyak 7 kali


Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Bendera Union Jack diturunkan dengan lagu God Save The Queen yang dimainkan
buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu ,
manakala bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu
kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum .
Merdekalah tanah air kita dari penjajahan British dan bermulalah era pemerintahan
berkerajaan sendiri dengan sistem demokrasi berparlimen . Merdeka ! Merdeka !
Merdeka ! Sayangi Malaysiaku .
Gambar kenang-kenangan bersama Pihak Pengurusan Kolej Vokasional Ampangan
dan guru pembimbing .
LAMPIRAN
BORANG PENILAIAN
PROGRAM PELANCARAN
BULAN KEMERDEKAAN
TAHUN 2019
“ SAYANGI MALAYSIAKU,
MALAYSIA BERSIH”
Soal selidik Borang penilaian Program

Berdasarkan borang penilaian program Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan bagi tahun 2019

1. Penilaian keseluruhan program


 Sangat baik : 66.7%
 Baik : 27.2%
 Sederhana : 9%

2. Tentatif program
 Sangat baik : 54.5%
 Baik : 42.4%
 Sederhana : 3%

3. Disiplin pelajar
 Sangat baik : 51.5%
 Baik : 39.4%
 Sederhana : 6%
 Memuaskan: 3%

4. Persembahan multimedia
 Sangat baik : 60.6%
 Baik : 39.4%

5. Persembahan pelajar
 Sangat baik : 57.6%
 Baik : 39.4%
 Sederhana : 3%
6. Persiapan dewan , pentas & backdrop
 Sangat baik : 63.6%
 Baik : 36.4%

7. PA sistem & siaraya


 Sangat baik : 45.5%
 Baik : 39.4%
 Sederhana : 15.2%

8. Kebersihan dewan
 Sangat baik : 45.5%
 Baik : 45.5%
 Sederhana : 9%

9. Gimik pelancaran
 Sangat baik : 78.8 %
 Baik : 15.5%
 Sederhana : 6%
KERTAS KERJA
MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEMERDEKAAN
BUKU PROGRAM
MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEMERDEKAAN
KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN
70400 SEREMBAN
No. Tel : 06 – 7624981 I No.Fax : 067642464

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


TAHUN 2019
“SAYANGI MALAYSIAKU , MALAYSIA BERSIH”

TEMPAT :
DEWAN BESTARI BUDIMAN KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

TARIKH :
7 OGOS 2019

NAMA :
AMIN IQMAL BIN ROSLAN

ANJURAN :
1 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

GURU PEMBIMBING :
PUAN NOOR HASLEENA BINTI NORDIN

DENGAN KERJASAMA :
UNIT PENGAJIAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Penghargaan 1
2 Laporan kemerdekaan 2-6
3 Lampiran sebelum majlis 7-15
4 Lampiran semasa majlis 16-22
5 Borang penilaian majlis 23-59
6 Kertas kerja 60-72
7 Buku program 73

You might also like