You are on page 1of 4

mSMK DATO’ KLANA PUTRA, 71750 LENGGENG, N.

SEMBILAN
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL
KALI KE-3 TAHUN 2019

TARIKH : 19.6.2019
HARI : RABU
MASA : 1.10 tgh hari
TEMPAT : BILIK PEPERIKSAAN

Kehadiran :

1. E.Mohd Jamil Aris Bin Haron


2. En.Sabapathy Rajoo (KP)
3. En.Sidek B.Othman
4. Pn.Masnani Bt Mahmud
5. Pn.Rozdiyah Bt Mat Saad
6. En.Selvaraj Arumugam
7. Pn.Low Nyet Lien
8. Pn.Nor Sharfifah Bt Mohd Jaafar

AGENDA
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat


menghadiri mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau menasihatkan guru-guru menggunakan bilik-bilik khas jika tidak ada
kelas untuk menjalankan PdPc seperti Bilik Info dan Bilik Mesyuarat 2
1.3 Pengerusi meminta agar guru-guru memberi perhatian pada pelajar-pelajar
lemah sebab apabila mereka naik ke Tingkatan 5, maka sukar bagi
menyediakan mereka untuk mengahadapi peperiksaan awam
1.4 Unsur-unsur KBAT perlu ditekankan kerana perkara ini sering diuji dalam
peperiksaan
1.5 Borang Transit dan boring-borang pelaporan PBS boleh dapatkan dari laman
KPM.
1.6 Program TUAH anjuran PPD akan berlangsung pada 20 Jun 2019 di Senawang.
Pelajar yang sederhana dan lemah dipilih untuk tujuan ini. Memandangkan
pelajar lemah ada diantaranya yang selalu ponteng sekolah maka pelajar
cemerlang akan menggantikan tempat mereka.
1.7 Kewangaan panitia digunakan untuk membeli buku kerja dan buku rujukan.
Guru-guru boleh dapatkan buku-buku ini dari peperiksaan.
1.8 Pencerapan akan dijalankan mulai Bulan Julai

Tindakan : KP dan Guru Subjek

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Disahkan oleh : Pn.Low Nyet Lien


2.2 Disokong oleh : En.Sidek

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Kehadiran pelajar ke kelas tambahan SPM Pendidikan Moral masih sama
memandangkan mereka tidak hadir sejak pagi hari dan tidak hanya ponteng
kelas tambahan.
3.2 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan/ujian perlu dijadikan sebagai asas
untuk membantu mereka cemerlang dalam peperiksaan akan dating.
3.3 Peruntukan panitia akan digunakan untuk untuk membayar pengangkutan
dan perbelanjaan makanan untuk pelajar yang hadir Program TUAH di SMK
Senawang.
Tindakan: Makluman

4.0 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun

4.1 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah seperti berikut:

Tingkatan Peratus Gps


1 61.54 3.87
2 38.30 5.19
3 97.14 2.66
4 53.85 6.12
5 78.57 5.0

4.2 Pencapaian pelajar dalam Tingkatan 2 kurang memuaskan kerana peratus


lulus hanya 38.30% sahaja. Ini adalah kerana seramai 31 pelajar daripada 50
pelajar keseluruhan berada di kelas belakang iaitu 2 emerlang dan 2 Dedikasi.
Seara purata pelajar-pelajar ini berada dalam lingkungan markah Gred E
sahaja
4.3 Guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 2 perlu memastikan bahawa
pelajar memahami isi pelajaran dan perlu dipermudahkan memandangkan
mereka lemah dalam Bahasa Melayu.
4.4 Soalan peperiksaan yang digubal patut selaras dengan kebolehan pelajar dan
hanya meliputi perkara yang telah diajar dalam kelas sahaja.
4.5 Peratus lulus pelajar dalam Tingkatan 3 adalah tinggi iaitu sebanyak 97.14%.
Diharapkan apabila mereka naik ke Tingkatan 4 tahun depan, dapat
membantu memperbaiki GPS SPM tahun 2021.
4.6 Bagi Tingakatn 5 pula, 4 pelajar daripada 32 pelajar tidak hadir untuk
peperiksaan. Pelajar ini terdiri daripada 5 Seni. Pelajar ini sangat lemah dalam
Bahasa Melayu menyebabkan mereka tidak dapat memahami soalan dan
menjawabnya.
4.7 Ada di antara pelajar ini yang bekerja sampigan. Ini menyebabkan mereka
letih dan tidur dalam kelas. Mereka juga tidak membuat latihan yang
diberikan.
4.8 Analiasa peperiksaan adalah seperti yang dilampirkan.

Tindakan: Guru subjek

5.0 PBS/PBD/ Kerja Kursus

5.1 PBD perlu diisi dalam system off-line untuk medapatkan laporan pencapaian
pelajar dan ditandtangani oleh Penegtua
5.2 Rekod-rekod berkaitan dengan PBD perlu disimpan oleh guru supaya dapat
diserahkan kepada individu / pegawai yang membuat pemantauan dan
sebagainya
5.3 PLBD perlu dijalankan oleh guru dan rekod hendaklah disimpan dengan bukti
5.4 Kerja kursus Pendidikan Moral Tingkatan 5 telah Berjaya disiapkan dan
penilaian telahpun dibuat.
5.5 Markah peperiksaan pelajar juga perlu disimpam dalam RPH guru untuk
dijadiakan rujukan semasa PdPc
5.6 Sekolah sepatutnya mengadakan 2 kali program 3 penjuru dalam setahun
untuk meyerahkan markah PBD kepada ibubapa

Tindakan : KP dan Guru Subjek

6.0 Program Tiga Penjuru

6.1 Perjumpaan tiga penjuru akan diadakan oleh sekolah, maka guru-guru
pastikan telah memeriksa dan memasukan markah dalam SAPS.
6.2 Kelewatan guru-guru mengisi markah dalam SAPS akan mengganggu
percetakan slip keputusan pelajar

7.0 Kewangan Panitia

7.1 PCG panitia digunakan untuk membeli buku latihan dan BBM
7.2 Guru-guru boleh mendapatkan buku dan BBM daripada Ketua Panitia. Bahan-
bahan tersebut disimpan dalam bilik peperiksaan.

Tindakan : KP dan Guru Subjek

8.0 PLC Panitia Pendidikan Moral

8.1 PLC panitia akan dijalankan untuk membincangkan DSKP Tingkatan 4


8.2 PLC juga boleh digunakan untuk membincangkan masalah yang wujud dalam PdPc.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00v petang

Disediakan oleh:

(En.Sabapathy Rajoo)
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SMK Dato’ Klana Putra Lenggeng
N.Sembilan D.K

You might also like