You are on page 1of 6

KERTAS KONSEP

BULAN KECERGASAN
PERINGKAT NEGERI 2013

JALAN RIA 10,000 LANGKAH 1MURID 1SUKAN


PENDAHULUAN
Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selaras dengan dasar PIPP dasar ini
melengkapkan lagi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal
insan yang holistic dan produktif untuk pembangunan Negara. Justeru dengan
dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan di kalangan masyarakat hendaklah dimulakan diperingkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk
Kecemerlangan.

MATLAMAT
Penyertaan dan penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu semua pihak untuk
menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Memupuk gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti bersukan warga Jabatan
Pelajaran dan murid sekolah agar menjadi amalan kehidupan seharian.

KONSEP
Program Bulan Kecergasan diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Bagi memeriahkan
dan menyemarakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan untuk semua,
acara ini akan diadakan dicadangkan agar dapat dijalankan pada 6 Julai 2013
bersamaan dengan pelancaran serentak diperingkat kebangsaan termasuklah
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran daerah dan semua sekolah rendah dan
menengah diseluruh Negara.

Pelancaran bulan kecergasan diharapkan dapat melibatkan penyertaan seramai


mungkin setiap lapisan warga pendidikan di Sabah.

AKTIVITI
JALAN RIA 10,000 LANGKAH 1MURID 1SUKAN

KUMPULAN SASARAN SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


1. Murid / Pelajar ( Termasuk murid/pelajar berkeperluan khas dan sekolah
swasta )
2. Pentadbir Sekolah / Guru
3. Anggota Khidmat Sokongan
4. Ikon Sukan
5. VVIP/VIP yang dijemput
6. Ibubapa murid/pelajar digalakan menyertai senamrobik.
KUMPULAN SASARAN KARNIVAL SUKAN PERINGKAT JABATAN PELAJARAN
NEGERI DAN PPD

PERINGKAT NEGERI
 SemuaWarga JPN yang berkhidmat di Jabatan termasuk semua anggota
Khidmat sokongan
 PPD Jemputan

PERINGKAT DAERAH
 Warga PPD termasuk semua anggota khidmat sokongan
 Guru-guru daerah masing-masing
 Anggota Khidmat Sokongan disekolah

TARIKH PELANCARAN

PERINGKAT NEGERI
Tarikh : 06 Julai 2013
Masa : 07.00 pagi
Tempat : Padang Hoki, Kompleks Sukan Likas
Tetamu Khas : Ybhg. En. Jame AlipKMN, ASDK, BSK
Pengarah Pelajaran Sabah

PERINGKAT DAERAH
Tarikh : 06 Julai 2013
Masa : 07.00 pagi
Tempat : Ditentukan oleh PPD
Tetamu Khas : Ditentukan oleh PPD

PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 06 Julai 2013
Masa : 07.00 pagi
Tempat : Sekolah Masing-masing
Tetamu Khas : Pengetua / Guru Besar / PIBG / Pemimpin Masyarakat /
Ikon Sekolah
PERINGKAT PPD

MASA PERKARA

06.30 pagi – 07.00 pagi Pendaftaran Peserta

7.10 pagi Ketibaan Dif-Dif Jemputan

7.15 pagi Ketibaan VVIP

Nyanyian Lagu Kebangsaan


Nyanyian Lagu Negeri
7.20 pagi Ucapan VVIP

7.30 pagi Bacaan perutusan YAB. Menteri


Pelajaran oleh
PPD
8.00 pagi Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Jalan Ria 10,000 Langkah 1Murid
1Sukan

9.30 pagi Bersurai

PERINGKAT SEKOLAH

MASA PERKARA

06.30 pagi – 07.00 pagi Pendaftaran Peserta

7.10 pagi Ketibaan Dif-Dif Jemputan

7.15 pagi Ketibaan VVIP

Nyanyian Lagu Kebangsaan

Nyanyian Lagu Negeri

7.20 pagi Ucapan VVIP

7.30 pagi Bacaan perutusan YAB. Menteri


Pelajaran oleh

Pengetua / Guru Besar


8.00 pagi Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Jalan Ria 10,000 Langkah 1Murid


1Sukan

9.30 pagi Bersurai

AHLI JAWATANKUASA KERJA PELANCARAN


BULAN KECERGASAAN PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Timbalan Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

Naib Pengerusi : Ketua Unit, Unit Pembangunan Kemanusiaan Daerah

Setiausaha : Penyelia Sukan

Bendahari : Penolong Akauntan

Ahli Jawatankuasa : Ditentukan oleh PPD

AHLI JAWATANKUASA KERJA PELANCARAN


BULAN KECERGASAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar

Timbalan Pengerusi : GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi : GPK Ko-Kurikulum

Setiausaha : Setiausaha Sukan

Bendahari : Ketua Pembantu Tadbir

Ahli Jawatankuasa : Ditentukan oleh pihak sekolah

You might also like