You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GESA,
BELAWAI
TAHUN 2014M / 1435H
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GESA, BELAWAI

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat ,beribadah dan
menjalankan aktiviti kerohanian yang lain. Di SK Abang Gesa Belawai juga terdapat
sebuah surau, namun perlu diberi penambahbaikan.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memberi cadangan
kepada pihak sekolah menambahbaik seterusnya menaiktaraf surau yang sedia ada
kepada keadaan yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid
khususnya melibatkan mata pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di
sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas KAFA dan amali Kem Bestari Solat.

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN

1. Menaiktaraf surau
Lampiran 1

1) Surau sekolah

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN

a) Mengecat dinding

b) Memasang langsir dan tirai

c) Memasang karpet

d) Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu

TUJUAN PENAMBAHBAIKAN

a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat.

b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani amali solat yang
terdapat dalam silibus Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan Kem Bestari Solat.

c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di surau.
4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan Sedia Ada:

Bil. Perkara Jumlah

1. Panitia:

1. Pendidikan Islam RM 556.33

2. Bahasa Arab RM 362.70

JUMLAH KESELURUHAN RM 919.03

Perbelanjaan:

Bil. Perkara Jumlah

1. Surau :

1. Cat dan upah kerja RM 500.00

2. Langsir RM 1500.00

3. Karpet RM 3000.00

4. Kelengkapan lain (almari, rak, telekung, tirai) RM 3000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 8000.00


5. PENUTUP

Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah


ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan
kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan
kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan
dan pandangan daripada semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-
kerja penambahkan surau.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………………….

(MOHD.AZRAI BIN HARON) (HAJI NASYA@OSMAN BIN MAWAR)

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Besar,

SK Abang Gesa Belawai. SK Abang Gesa Belawai.

You might also like