You are on page 1of 27

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1-3

2.0 Hak dan Keistimewaan Orang Melayu 4-10

3.0 Perkara 153 dan 159 11-14

4.0 Isu Perlembagaan Perkara 153 15-19

5.0 Pindaan Perlembagaan 20-23

6.0 Kesimpulan 24-25

7.0 Rujukan 26
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam sesebuah Negara yang telah

diluluskan oleh parlimen atau badan perundangan yang tertinggi di dalam sesebuah Negara.

Perlembagaan merupakan undang-undang utama yang berkuasa menentukan organisasi,

kerajaan, pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah dan prinsip-prinsip untuk

melaksanakan kuasa-kuasa yang diberikan. Perlembagaan adalah undang-undang dasar yang

menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan

bagaimana sesebuah negara ditadbir. Ia juga menentukan pembahagian kuasa antara bidang

pemerintahan dan pelaksanaannya.

Tujuan perlembagaan diwujudkan ialah menentukan cara sesebuah negara diperintah,

menetapkan hak-hak individu, warganegara dan batasannya serta menjamin kebebasan. Perlu

juga diingat bahawa perlembagaan negara ini adalah terperinci kepada 183 perkara dimana ia

terbahagi kepada 15 bahagian, 183 perkara dan 12 jadual. Perkara 153 memberikan

tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong bagi menjaga kedudukan istimewa orang

Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulan yang dirujuk sebagai Bumiputera.

Perkara ini mengkhususkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan dan

keistimewaaan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam untuk orang

Melayu. Ia merupakan satu prinsip perlembagaan yang membenarkan Pelaksanaan dasar

keseimbangan antara kaum diwujudkan.

Harding (1969) yang menyentuh mengenai Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa

orang Melayu menjelaskan ia adalah sesuatu yang agak berlainan dalam sebuah

perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan tidak melindungi hak minoriti tetapi hak majoriti.

Bagaimanapun persoalan ini boleh berjalan dalam rangka perlembagaan Malaysia dan konsep

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

diskriminasi boleh disesuaikan dengan konsep kesamarataan yang merupakan konsep asas

dalam undang-undang perlembagaan.

Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan

perkenan Majlis Raja-Raja yang membabitkan perkara seperti kedaulatan Raja, kedudukan

istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama

persekutuan. Ternyata berdasarkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, proses pindaan

adalah rumit dan memerlukan dua pertiga undi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen, iaitu

melebihi 148 kerusi.

Hak Keistimewaan Orang Melayu membicarakan tentang kedudukan istimewa

orangMelayu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah

peruntukanini Yang diPertuan Agong bertanggung$awab memelihara kedudukan istimewa

orang Melayudan kaum bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah

kaum-kaum lain. Yang diPertuan Agong dikhendaki melaksanakan dasar"dasar bagi

melindungi kedudukan istimewaorang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari

segi lawatan dalam perhidmatan awam pemberian biasiswa dan bantuan kemudahan

pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan.

Pada awalnya peruntukan terhadap keutamaan kepada penduduk peribumi Melayu

tidak dimasukkan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara Raja-raja Melayu

dengan pihak British. Pada ketika itu, tiada siapa yang ingin mempersoalkan berkaitan hak

keistimewaanorang Melayu sebagai penduduk peribumi. Keadaan ini menemu perubahan

selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British dalam semua perkara

yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.

Tindakan ini telah menghakis kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit

demi sedikit tanpa disedari oleh mereka.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem

kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus

memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan

Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di

Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami. Oleh yang

demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia

telah pun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.0 HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Bagaimanapun bagi mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna

rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua dengan menafikan hak-

hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan Bumiputera juga

diberikan peluan yang sama rata kerana tidak semua di antara mereka hidup dalam keadaan

yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada di bawah garis kemiskinan.

Terdapat tiga perkara diberikan ‘kedudukan istimewa’ itu iaitu perjawatan dalam

Perkhidmatan awam melalui kuota khusus, biasiswa dan bantuan pelajaran dan permit

perniagaan kepada orang Melayu dan bumuputera.

Istilah orang Melayu di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berbeza

dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan takrifan

bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai

warganegara Persekutuan. Kefahaman yang betul mengenai istilah jati diri, watan, etnik,

bangsa dan kedudukan Perkara 153 mampu mengeluarkan pembahas daripada kepompong

sempit yang sekian lama gagal melihat keperluan untuk mengukuhkan perpaduan nasional

berteraskan keadilan sosial mengikut acuan watan.

Pada hakikatnya, Perkara 153 meletakkan kewajipan ke atas Yang di-Pertuan Agong,

bukan sahaja untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri,

bahkan kepentingan sah kaum lain sebagai warga negara Malaysia. Kepentingan Perkara 153

perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam Perjanjian Negeri 1948 telah

memberi komitmen kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, kemajuan ekonomi,

kebajikan sosial dan penyertaan dalam perkhidmatan kerajaan.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Rajah 1: Asas Perlembagaan Negara dan Hak Keistimewaan Melayu atau Bumiputera

Hak keistimewaan orang melayu sepatutnya tidak harus dipersoalkan dan

dipergaduhkan di parlimen dan sebagainya kerana ia adalah satu perkara yang telah

dipersetujui sejak lama dulu kerana ia juga kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini dapat

hidup dengan aman dan makmur dalam masyarakat berbilang kaum. Menurut pakar sejarah,

Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang

mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf

kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak

memahami Perlembagaan. Ini kerana mereka tidak peka terhadap apa yang terjadi pada masa

lepas yang mana telah membentuk dan menjadikan apa yang terjadi pada hari ini.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Dalam buku Modul Hubungan Etnik (2007) yang dijadikan teks wajib bagi pelajar

IPTA turut menjelaskan mengenai peruntukan agama Islam dan kedudukan istimewa orang

Melayu. Kaedah yang sama juga dibuat oleh Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz

dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2006) turut menyentuh mengenai peruntukan agama

Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Perbincangan mengenai perkara tersebut lebih

menjurus kepada rasionalnya agama Islam dijadikan agama persekutuan kerana Islam telah

bertapak lama di Tanah Melayu, banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang

Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain, semasa penjajah, kedudukan agama Islam

tidak diganggu dan menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-Raja Melayu, sesuai juga

dengan takrifan Melayu dalam perlembagaan dan merujuk kepada perjanjian antara Raja-

Raja Melayu dengan British iaitu Raja-Raja Melayu mesti menerima nasihat British dalam

pentadbiran negeri kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam

Takrif Melayu itu sangat luas dan jika diambil dalam pengertian sejarah dan

sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun

terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya

menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama iaitu keturunan Melayu (Syed Husin

Ali, 2008). Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu

ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur

dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam (a) Lahir

sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di

Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di

Persekutuan atau di Singapura atau (b) Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang

menjelaskan bahawa Melayu termasuklah seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu

bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri di mana ia bermastautin.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam peruntukan di atas.

Pertama, untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan tidaklah semestinya

seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya

ia menganut agama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu dan

mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun ia seorang Melayu jati dari keturunan

Melayu sekalipun, bagi maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika tidak beragama Islam

atau keluar dari agama Islam (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Kedua, untuk menjadi

seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai perhubungan

dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang warga Indonesia yang

menganut agama Islam, kebiasaannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat

Melayu, bukanlah seorang Melayu bagi maksud perlembagaan jika ia dilahirkan sebelum

Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau ia keturunan seseorang yang tersebut

(Perkara 160(2) (6) Perlembagaan Persekutuan).

Seperti kata Tun Mahathir Mohamad “Orang yang melupakan sejarah, adalah orang

yang akan mengulangi sejarah”. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun kerana mereka

yang mengungkit mengenai isu pertuanan dan hak istimewa melayu ini sebenarnya mereka

yang tidak memahami sejarah perbentukan Malaysia bahkan melupakan sejarah itu sendiri.

Kerajaan harus mengambil langkah drastik bagi menghalang berlaku perselisihan seperti

kejadian 13 Mei 1969 kerana ketidakpuasan hati. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan

bagi memastikan rakyat peka dan tidak melupakan akan sejarah bagaimana terbentuknya

Malaysia yang makmur dan maju ini.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah memperkenalkan

pelajaran sejarah di peringkat sekolah rendah lagi supaya anak-anak kecil terdedah dengan

sejarah bagaimana kemerdekaan tercapai serta Malaysia terbentuk. Sedikit sebanyak ia akan

memupuk minat anak-anak kecil ini supaya lebih menghargai kemerdekaan yang kita ada.

Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Malah penceritaan, bulan

menghayati kemerdekaan harus dilakukan dengan lebih kerap dan pesat supaya mereka

berkobar-kobar dan teruja dalam menanam semangat nasionalism serta patriotik di dalam

diri.

DEB menyasarkan 30 peratus pencapaian ekonomi orang Melayu tetapi mengikut

laporan ia tidak tercapai, begitu juga dengan Wawasan 2020 kenapa ia masih dilihat gagal

mengubah nasib orang Melayu “Jika dilihat dari kedudukan istimewa orang Melayu dalam

perkhidmatan awam majoriti orang Melayu dan ada kuota perjawatan dibuka kepada bukan

Melayu tetapi mereka tidak berminat. Manakala biasiswa sudah ada PTPTN (Pinjaman

Tabung Pendidikan Tinggi Negara) yang diberikan sama rata kepada semua bangsa.

Manakala biasiswa satu keistimewaaan tetapi sudah disub kepada syarikat berkaitan kerajaan

(GLC) seperti biasiswa Petronas.

Begitu juga dengan kewujudan Akta MARA dan Kementerian Pelajaran yang

dikhususkan kepada orang Melayu, namun demi untuk merapatkan lagi hubungan etnik dan

perpaduan di kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan kepada bukan Melayu

apabila kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM dan Matrikulasi dengan kuota

10%. Pada masa yang sama juga, kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah

ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa

mengira etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam

perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia (Shamsul

Amri Baharuddin (2007).

Tetapi biasiswa daripada kerajaan kita tidak pasti berapa banyak jumlahnya diberikan

kepada orang Melayu. Kalau dalam perniagaan permit AP kereta kepada usahawan Melayu

bumiputera, dan Proton yang diwujudkan sistem vendor tetapi sekarang Proton

bermasalah.“Ini menunjukkan walaupun sesuatu dasar dibuat kerajaan itu bagus tetapi

menghadapi kepincangan dalam pelaksanaannya kerana ada ketirian, salah guna kuasa dan

nepotisme,

Walau apaun anggapan sesetengah pihak tentang usaha pemimpin negara untuk

membuktikan bahawa peranan kerajaan tidak sia-sia apabila orang Melayu mampu

mengendalikan korporat yang berskala besar dan melibatkan jaringan peringkat antarabangsa

(Mohd. Fauzi Yaacob 1997:225). Di peringkat awal, idea Melayu baru itu seolah-olah

meninggalkan jiwa lama Melayu tetapi ia sebenarnya memperkuat jiwa Melayu yang

mempunyai kepekaan mendalam terhadap tradisi, budaya, agama, sejarah yang perlu

diungkapkan sesuai dengan keperluan zaman (Muhammad Muhd Taib, 1994). Situasi ini

dadapat menghilangkan apresiasi tradisi tentang kelemahan Melayu yang tidak mampu

terlibat dan menguruskan sektor ekonomi dengan baik.

Persepsi sebahagian masyarakat bukan Melayu yang menganggap kedudukan

istimewa orang Melayu ini adalah sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan

yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran. Itu sebabnya

generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih perlu dibangkitkan kerana bagi mereka

kewarganegaraan adalah sesuatu yang diberikan secara automatik.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Mereka berpendapat kompromi ini terikat kepada masa tertentu dan tidak lagi relevan

(Zainal Kling, 2008). Orang Melayu menganggap peruntukan sedemikian sebagai sesuatu

yang suci, manakala bagi sesetengah orang bukan Melayu mempersoalkan sama ada

peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat sehingga ke hari ini (Just Faaland, Jack

Parkinson & Rais Saniman, 2002)

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

3.0 PERKARA 153 DAN 159

Dalam perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-

Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan

Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam

Persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun, bagi menjalankan tanggungjawab, baginda

tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa-apa jawatan awam yang disandang oleh oleh

individu itu.

Hal sama juga bagi semua orang tidak mengira etnik yang menyandang jawatan

dalam perkhidmatan awam, mestilah diberi layanan yang adil baik dari segi kenaikan

pangkat, gaji dan kebajikan lain. Adalah rasional merizabkan untuk orang Melayu dan

Bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan Persekutuan

kerana pada zaman penjajah dan awal kemerdekaan, tidak ramai orang Melayu bekerja

dengan kerajaan sebagai pegawai.

Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada pesawah, penoreh dan nelayan berada

dalam kemiskinan, iaitu 64.8 peratus berbanding bukan Melayu iaitu 26 peratus pada 1970.

Keadaan ini juga menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan, terutama di

luar bandar. Kadar kemiskinan ialah 58.6 peratus berbanding bandar iaitu 24.6 peratus. Kesan

daripada peninggalan penjajah inilah, orang Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik

kegiatan ekonomi dan perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika

itu. Berdasarkan statistik 1970 di atas, maka Perkara 153 digunakan untuk mencapai tujuan

ini, antaranya memberi kemudahan lesen perniagaan dan premis perniagaan yang strategik.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak

seimbang dalam kalangan rakyat paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.

Dengan itu, Perkara 153 memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan

dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan agar bangsa itu

tidak terasa terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Penjajah Inggeris telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan

orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan Inggeris ketika itu sekadar untuk

menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Ini ditambah lagi

dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa perabot yang cukup, kekurangan

buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu sudah mula hilang kepercayaan terhadap

sekolah Melayu.

Jumlah pelajar ijazah pertama di universiti awam (UA) pada 1970, Bumiputera ialah

40.2 peratus atau 3,084 pelajar berbanding bukan Bumiputera iaitu 59.8 peratus atau 4,593

orang. Tahun sebelum 1970 jelas menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan dalam

kemasukan pelajar ke Universiti Malaya (UM). Orang Melayu juga tertinggal dalam fakulti

berteraskan sains berbanding bukan Melayu. Sebagai contoh, di fakulti kejuruteraan,

peratusan orang Melayu dalam sesi 1970/1971 ialah 0.16 peratus berbanding bukan Melayu

(Cina) iaitu 9.64 peratus. Ini menunjukkan jurang perbezaan antara etnik dan menjauhkan

lagi jurang golongan profesional dalam kalangan etnik.

Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana

terdapat jurang perbezaan golongan profesional antara etnik. Sebagai contoh, golongan

profesional Bumiputera, iaitu arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juru ukur dan peguam pada

1970 ialah 4.9 peratus atau 225 orang berbanding bukan Bumiputera iaitu 3,859 orang (84.3

peratus) dan masih ketinggalan pada kadar 38.8 peratus pada 2005.
NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kestabilan politik di Malaysia amat bergantung bagaimana diimbangi kedudukan

istimewa orang Melayu dan kepentingan yang sah bagi etnik lain. Jika keseimbangan ini

diganggu-gugat, kestabilan politik akan tergugat dan boleh ancam perpaduan kaum. Maka,

statistik pada 1970 mengenai orang Melayu dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan

pendidikan mewajarkan Perkara 153 digunakan bagi memperbaiki ketidakseimbangan

terbabit.

Sebagai contoh, Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah natijah daripada

Perkara 153 untuk meramaikan orang Melayu dalam pendidikan tinggi negara, seterusnya

memperbaiki jurang golongan profesional antara etnik. Ternyata kegusaran dalam pemikiran

rakyat Malaysia bahawa kedudukan Melayu akan tergugat dan terancam adalah kurang tepat

dan bersifat persepsi semata-mata kerana mustahil ia dimansuhkan dalam perlembagaan

melalui undi dua pertiga di Parlimen.

Diandaikan kerajaan memerintah mempunyai undi majoriti dua pertiga juga,

peruntukan hak istimewa orang Melayu tetap sukar untuk dipinda atau dihapuskan kerana

perlu mendapat perkenan MRR. Namun, dari segi pelaksanaan dan operasi, ia boleh berlaku

seperti sistem meritokrasi menggantikan keistimewaan kemasukan orang Melayu ke UA,

selain kuota 10 peratus untuk bukan Melayu di kolej matrikulasi dan Maktab Rendah Sains

MARA (MRSM).

Begitu juga tender terbuka berdasarkan merit yang juga menyalahi falsafah Perkara

153 di bawah peruntukan ekonomi. Jelas, hujah hak orang Melayu tidak tergugat adalah

benar apabila dikaitkan dengan pemindaan dan pemansuhan perkara berkaitannya dalam

perlembagaan. Hujah ia boleh tergugat juga benar jika melihat dari aspek pelaksanaan dan

pengoperasian.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Rasional yang dapat dilihat dari perkara ini adalah ia dapat melindungi orang melayu

secara keseluruhannya dimana adakalanya anak melayu yang dapat sambung pelajaran ke

peringkat yang lebih baik tetpai kerana sebab kemiskinan atau kemunduran menyebabkan

mereka terlepas peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat

perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. Dalam Perkara ini ungkapan

"anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang

diberikan kepadanya dalam Perkara 161A (berkenaan Kedudukan istemewa anak negeri

Negeri Sabah dan Sarawak). Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat

peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.0 ISU PERLEMBAGAAN PERKARA 153

Pada tahun 2010 menyaksikan percubaan untuk mencabar ke atas Perlembagaan

Perkara 153telah berlaku. Satu persidangan telah diadakan yang dinamakan sebagai Kongres

Ekonomi Cina. Seperti program lain, tiada apa perbezaan atau lebih menarik pada kongres

anjuran MCA itu berbanding seminar yang dianjurkan oleh pihak lain. Pada program tersebut

telah mendesak ekuiti Bumiputera sebanyak 30% dalam semua sector ekonomi dikurangkan

secara berperingkat.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu, Datuk Seri Dr

Rais Yatim menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA semasa itu Datuk Seri Dr

Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan

Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 153 memberi hak yang tertinggi kepada orang

Melayu dan juga kepada penduduk asal Sabah dan Sarawak dan semua pihak-pihak yang

dilindungi oleh semua undang-undang. Tuntutan ini sememangnya bertentangan dengan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang

mudah, malah ia juga tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan

dengan Majlis Raja-raja dan juga sesuai dengan apa yang diperincikan dalam Perkara 159

Perlembagaan Perekutuan Malaysia.

Jika perkara ini dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka secara jelas dan nyata kita

sebagai seorang rakyat Malaysia telah megkhianati Persekutuan Malaysia menerusi Perkara

153 dan juga kita tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-

Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan-kepentingan terseebut. Jika difikirkan

kembali pada perkara ini adalah tidak wajar menuntut untuk meminda Perlembagaan

Persekutuan sedangkan Bumiputera sendiri tiada hak untuk meminda perlembagaan tersebut.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang, pihak berwajib seharusnya

memainkan peranan yang penting. Pihak berwajib perlu sentiasa memberi peringatan kepada

rakyat agar tidak mencuba untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Negara. Pihak

berkuasa juga boleh mewujudkan satu undang-undang khas bagi melindungi Perlembagaan

Persekutuan agar tidak dikhianati oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh

diambil pada pihak yang cuba untuk meminda perlembagaan atas kepentingan diri mahupun

pemimpin yang memerintah.

Seterusnya, pada pagi 25 November 2007, bersamaan dengan hari Ahad, sebuah

pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau lebih

dikenali dengan nama Hindraf telah mengadakan sebuah perhimpunan haram yang dikenali

sebagai Perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur. Pemimipin-pemimpin Hindraf cuba

mengadakan kira-kira 100,000 penganut Hindu di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi

Britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan memohon permit perhimpunan dari balai

polis yang berdekatan. Hindraf cuba mematuhi peraturan sedia ada dan bekerjasama dengan

polis dengan cara memohon permit perhimpunan di Balai Polis Cheras dan Ibu Pejabat

Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Pemimpin Hindraf terdiri daripada peguam-peguam yang

handal di Malaysia. Mereka berjanji perhimpunan ini akan berjalan dengan aman.

Polis PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan

berikutan bimbang kejadian rusuhan akan berlaku dan boleh menjejaskan kenteterama

masyarakat majmuk Malaysia. Dari pengalaman di Malaysia dan peringkat antarabangsa,

jelas sekali perhimpunan 100,000 orang akan bertukar menjadi ganas. Jika tidak dibendung

ada di antara mereka mungkin akan membawa senjata seperti bom buatan sendiri, pisau dan

lain-lain.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tujuan perhimpunan ini diadakan kerana hendak menyerahkan memorandum 18

perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II

berhubung dengan nasib malang yang menimpa dan dialami oleh penganut Hindu di

Malaysia semenjak zaman penjajahan British lagi. Saman itu difailkan oleh Hindraf di Britail

pada 30 Ogos 2007 bagi menuntut 4 trillio paun (RM 27.7 trillion) daripada kerajaan Britain

sebagai pampasan kepada masyarakat India kerana membawa mereka masuk ke Malaysia

sebagai buruh murah. Setelah Malaysia dimerdekakan, masyarakat India ditinggalkan begitu

sahaja di Malaysia. Nasib dan masalah mereka diserahkan bulat-bulat kepada Malaysia yang

baru merdeka.

Pada 26 November 2007, pemimpin negara menyatakan Hindraf bermotif politik,

bukan untuk membela kaum India. Di Mahkamah seksyen Klang pula, ada juga pemimpin

negara tidak senang dengan perhimpunan Hindarf ini. Beliau mahu Hindraf berhati-hati dan

bersikap sederhana dalam beberapa isu terutama sekali Perkara 153 yang membabitkan Hak

Keistimewaan Orang Melayu. Terdapat juga pemimpin negara yang menyatakan tindakan liar

dan keterlaluan untuk penyokong Hindraf.

Sekali lagi pada November 2000, kita dikejutkan sekali lagi denga isu hak

keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perunding Ekonomi Negara

(MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan

di bawah dasar penyusunan semula masyarakat yang telah mencetuskan kontroversi dan

menegenai suatu perkara yang dianggap dengan amat sensitif di dalam negara ini. Para

pemimpin telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang

dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan

kaum. Selain itu, pemimpin negara kita ada mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan

bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak-

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk

bantuan-bantuan subsidi dan system kuota yang diperuntukan kepada orang Melayu. Hak

keistimewaan ini merupakan initipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak istimewa orang Melayu

dipertahankan sebagai entiti utama pembangunan negara dan di dalam usaha kerjaan untuk

menghapuskan jurang perbezaan di antara bumitputera dan bukan bmiputera.

Tun Seri Dr Mahathir Mohamad di dalam satu kenyataan menyatakan bahawa

kerajaan tidak akan berundur walaupu satu langkah dalam mempertahankan hak-hak

keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuklah

bantuan-bantuan subsidi dan sistem kuota yang diperuntukkan kepada orang Melayu. Hak

keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan orang Melayu

dipertahankan sebagaai intiti utamaa pembangunan negara dan di dalam usaha kerajaan untuk

menghapuskaan jurang perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Bagaimana pun pengekalan hak keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna

rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua dengan menafikan hak-

hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan Bumiputera juga

diberikan peluang yang sama rata kerana tidak semua diantara mereka hidup dalam keadaan

yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada di bawah garis kemiskinan.

Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan

mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa

kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan

Bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada

orang Melayu. Yang mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup di dalam serba kekurangan. Sebagai rakyat

negara ini golongan bukan Bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan

mereka memberikan sumbangan kearah pembangunan serta memakmurkan ekonomi negara.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

5.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Bagi menjawab persoalan bolehkan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu

mengikut perlembagaan 153 dan 159 (5) boleh dihapuskan atau tidak, perkara ini tidak

sepatutnya berlaku lagi bagi membahaskan perkara ini. Hak keistimewaan orang melayu

sepatutnya tidak harus dipersoalkan dan dipergaduhkan di parlimen dan sebagainya kerana ia

adalah satu perkara yang telah dipersetujui sejak lama dulu kerana ia juga kita sebagai rakyat

Malaysia pada hari ini dapat hidup dengan aman dan makmur dalam masyarakat berbilang

kaum. Menurut pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Rakyat

Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam

Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan

Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan. Ini kerana mereka tidak

peka terhadap apa yang terjadi pada masa lepas yang mana telah membentuk dan menjadikan

apa yang terjadi pada hari ini.

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan

Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa

orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata

pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Jika dirujuk Pelembagaan Persekutuan, Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa pindaan

perlembagaan perlu mendapat sokongan dua pertiga setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-

Raja (MRR), membabitkan perkara seperti kedaulatan Raja, kedudukan istimewa Melayu,

Bumiputera Sabah dan Sarawak, Bahasa Kebangsaan dan agama Persekutuan.Maka, jelas

pindaan perlembagaan adalah rumit terhadap Islam, Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak,

Bahasa Kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kewarganegaraan, ditambah lagi

dengan syarat lain, iaitu perlu perkenan MRR.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Justeru, tidak kira parti mana memerintah, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan

Harapan (PH) hatta DAP pun, sukar meminda Perlembagaan berkaitan perkata di atas selagi

tidak diperkenankan MRR. Jika ditelusuri sejarah, ketika proses penggubalan perlembagaan

dilakukan, beberapa cadangan diberi pertimbangan untuk disepakati atau apa yang

diistilahkan sebagai kontrak sosial. Dalam proses ini, semangat akomodatif yang tinggi

berlaku di antara Melayu dan bukan Melayu berkaitan kepentingan masing-masing atau

kontrak sosial. Contohnya, Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu,

manakala bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa Melayu.

Ketika itu, etnik Melayu menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan

kerakyatan bagi mereka yang lahir selepas merdeka dan kerakyatan lebih longgar bagi bukan

Melayu dilahirkan sebelum merdeka. Prinsip ini memberi hak kerakyatan kepada lebih

800,000 orang Cina. Bagi sebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana

seorang warganegara tidak boleh dibuang negeri, tidak memerlukan permit untuk bekerja,

kemudahan mendapat tanah kerajaan, bekerja dalam perkhidmatan awam dan anak mereka

layak mendapat tempat dan biasiswa di sekolah dan universiti. Yang lebih penting,

warganegara ada hak mengundi dalam pilihan raya dan semua hak yang sah di sisi undang-

undang. Hak kewarganegaraan pula adalah manfaat yang serta merta dinikmati bukan

Melayu, sedangkan hak istimewa orang Melayu perlu mengambil masa yang lama untuk

dinikmati manfaatnya.

Ini jelas apabila jumlah pengundi bukan Melayu meningkat daripada 15.6 peratus

pada 1955 kepada 43.7 peratus pada 1959. Jumlah pengundi Melayu pula berkurangan

daripada 84.2 peratus pada 1955 kepada 56.2 peratus pada 1959. Hasil persetujuan bersama

semua etnik, masyarakat Melayu diperuntukkan hak istimewa dalam Perkara 153

Perlembagaan Persekutuan, secara khususnya menyentuh tiga perkara iaitu perkhidmatan

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

awam, ekonomi dan pendidikan. Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut

“Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang

yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63 94), 70, 71 (1), 72 (4),

152 atau 153 kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan

pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran

melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk

menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang

asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-

orang Melayu.

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan

sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu,

RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi

salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum

tercetus di Kuala Lumpur.

Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap

apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita mudah terima

bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13" yang ingin

membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu.

Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk

May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen

Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs,

dilancarkan.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca

daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua

mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk

menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

6.0 KESIMPULAN

Kedudukan dan pelaksanaan keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan

Persekutuan tidak pernah sunyi daripada kritikan dan persoalan kerana etnik bukan Melayu

berasa bahawa unsur-unsur tradisi ini menjadikan sistem yang ada tidak demokratik.

Persoalan dan polemik tentang unsur-unsur tradisi sering kali timbul dan ditimbulkan.

Menurut Faridah Jalil (2007), pertentangan berhubung dengan peruntukan kedudukan

istimewa orang Melayu adalah merupakan perbincangan yang sering mengalami pasang

surut. Konsep persamaan yang dipelopori di bawah slogan Malaysian Malaysia ditujukan ke

arah pembasmian apa yang dikatakan diskriminasi dan layanan tidak adil hasil daripada

penggunaan Perkara 153, akan tetapi orang Melayu merasa tidak senang, tergugat dan telah

melihat slogan ini sebagai satu percubaan untuk mempersoal dan mengurangkan kedudukan

mereka yang akhirnya membawa kepada pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun

1965 (Mohd Salleh Abas, 1985).

Adalah jelas daripada maklumat yang dinyatakan oleh pelbagai penulis dan pemimpin

negara, peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja terkandung dalam

Perkara 153, tetapi juga meliputi Perkara 8(5)(f), Perkara 89 dan 90 dan Jadual Ketiga belas

mengenai persempadanan kawasan pilihan raya. Perkara 152, agama Islam dan Raja-raja

Melayu turut terangkum dalam peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesemua ini menunjukkan orang Melayu dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan

seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru perkara ini perlu

difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda sepertimana yang pernah

dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215 iaitu Islam dan orang Melayu merupakan

asas utama pembentukan negara Malaysia (Berita Harian 17 Oktober 2008).

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Penerapan matapelajaran Sejarah bermula dari peringkat sekolah adalah langkah bijak

bagi memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai sejarah Malaysia. Mmerusi

pendidikan ini, mereka dapat menghargai sejarah Negara dan akan sentiasa berkerjasama di

antara penduduk di Malaysia bagi mempertahankan keistimewaan orang Melayu. Oleh yang

demikian, keitimewaan orang Melayu perlu dipertahankan dan tidak perlu dihapuskan di

dalam perlembagaan bagi mengekalkan hak orang Melayu.

NO MATRIKS
GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

7.0 RUJUKAN

Faridah Jalil. 2007. Perlembagaan Persekutuan menangani cabaran semasa dan mendatang.

Dlm. Faridah Jalil (Peny.). Undang-undang Malaysia: 50 tahun merentasi zaman.

Bangi: Fakulti Undang-Undang UKM.

Fauzi Yaakob. 1997. Keusahawanan Melayu dalam dekad 1990-an. Perkembangan dan isu.

Kuala Lumpur:Utuan Publication

Harding, A. 1996. Law, government and the constitution in Malaysia. Kuala Lumpur:

Malayan Law Journal Sdn. Bhd

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman. 2002. Dasar ekonomi baru: Pertumbuhan

negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu. Petaling Jaya: SPEKTRA.

Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee 2006.

Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia.

Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhamad Haji Muhd Taib. 1994. Melayu baru. Kuala Lumpur: ITC Book Publisher

Shamsul Amri Baharuddin (Peny.). 2007. Modul hubungan etnik. Shah Alam: UPENA.

Syed Husin Ali. 2008. The Malays: Their problem and future. Kuala Lumpur: Others Press

Zainal Kling. 2008. Gerakan memperjuangkan Melayu. Dewan Masyarakat, Jun

NO MATRIKS

You might also like