You are on page 1of 8

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 3

Pada 25 Februari 2012, pelajar PISMP ambilan Januari 2011 iaitu kelas
PISMP TESL, Kajian Sosial dan Pendidikan Seni Visual telah menyertai program
Bina Insan Guru (BIG) fasa ketiga. Program Bina Insan Guru (BIG) ini bermatlamat
untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang
selaras dengan prinsip Rukun Negara, FalsafahPendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan
sepanjang program pendidikan keguruan berasaskankesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Selain itu, BIG
khidmat masyarakat ini juga dapat menekankan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan agen perubahan. Fasa ketiga bina insan guru ini ialah program
khidmat masyarakat. Program ini telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) bertujuan untuk membersihkan dan
mengindahkan lagi persekitaran kawasan kampus ini.

Objektif program Bina Insan Guru (BIG) fasa satu ini adalah untuk memberi
pengalaman kepada guru-guru pelatih tentang cabaran yang bakal dihadapi apabila
mereka mengajar di kawasan pedalaman dan cara hidup masyarakat di sana. Ianya
juga bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang
kehidupan berkhemah serta memberi peluang kepada guru-guru pelatih
mempraktikkan segala kemahiran. Objektif seterusnya ialah untuk meningkatkan
kemahiran kognitif guru-guru pelatih terutamanya dalam aspek pengurusan dan
penyelenggaraan program. Program ini juga dapat meningkatkan daya tahan fizikal,
mental, emosi, rohani dan sosial melalui program yang diaturkan selain dapat
memupuk semangat setiakawan, toleransi, kerjasama, dan tolong-menolong
antara guru-guru pelatih.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya
danrakan-rakan kelas berjaya juga menyelesaikan tugasan Program Bina Insan
Guru fasa ketiga ini iaitu tugasan Khidmat Masyarakat bagi sesi 2012 ini. Program
Bina Insan Guru inidijalankan di kalangan guru-guru pelatih dan tutor di setiap
kampus institut pendidikan kerana hal ini merupakan mata pelajaran wajib bagi
setiap guru pelatih bagi mendapatijazah pendidikan yang diiktiraf oleh pihak
kerajaan.Bagi program kali ini, kami hanya menjalankan aktiviti ini di sekitar IPBA.
Kami diberi tugasan untuk mengindahkan lagi kawasan halaman IPBA agar pelajar
di sana lebih selesa untuk meneruskan pembelajaran dan memberikan semangat
kepada mereka untuk dating ke kelas. Adat menjalankan sesuatu pekerjaan,sudah
tentu pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah saya dan rakan-rakanhadapi
dan rasai sepanjang program tersebut. Berbekalkan pengalaman ini, saya belajar
bahawa setiap tugasan dan amanah yang diberikan tidak harus dilengah-lengahkan
oleh seorang guru sewaktu di sekolah nanti. Oleh itu, demi mencapai cita-cita
menjadi seorang guru yang berjaya kelak, kita harus melaksanakan amanah
yangdiberi tepat pada tempoh masa yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.
Hal ini juga berkaitan dengan menepati waktu.

Program ini dimulakan pada pukul 7.30 pagi, para peserta dikehendaki
berkumpul di dataran IPG KBA. Kemudian ketua kelas mengambil kedatangan ahli
kelas masing-masing. Pada pukul 8 pagi, program dimulakan dengan aktiviti
senamrobik. Aktiviti ini untuk menyediakan fizikal pelajar untuk melaksanakan
program BIG ini. Selepas itu, kami dikehendaki untuk menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu-lagu patriotik disamping upacara menaikkan bendera. Muhd Solahuddeen
telah dijemput untuk membacakan doa bagi merahmati program kami pada hari
tersebut. Kemudian, pengarah IPBA memberikan ucapan perasmian dan taklimat
ringkas bersama En.Baharudin bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Kemudian, kami bersarapan untuk membekalkan tenaga bagi menjalankan


aktiviti pada hari tersebut. Menu pagi tersebut ialah nasi lemak dan teh ‘o’. Setelah
selesai bersarapan, kami memulakan tugas masing-masing. Pelbagai
tanggungjawab dan tugasan yang telah diagihkan oleh pengerusi program Bina
Insan Guru, Khidmat Masyarakat kali ini. Bagi kelas PISMP Tesl A, Tesl E dan
Kajian Sosial A, kami dikehendaki untuk membersihkan auditorium dan kolam-kolam
di IPBA. Untuk kelas PISMP Tesl B, Matematik dan Pendidikan Seni Visual mereka
dikehendaki untuk membersihkan dan menceriakan persekitaran surau IPBA.
Manakala kelas PISMP Tesl C, Tesl D dan Kajian Sosial B, mereka dikehendaki
untuk mengecat pembahagi jalan di IPBA. Saya dapat melihat setiap guru pelatih
menjalankan tugas yang telah diagihkan dengan sendirinya. Ini menunjukkan
bahawa saya dan rakan-rakan masih prihatin dalam menjalankan tanggungjawab
yang digalas. Daripada aspek ini, saya sebenarnya belajar betapa besarnya
tanggungjawab seorang pemimpin dan rasa tanggungjawab seorang ahli biasa
dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat
penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikanoleh pihak
pentadbir yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Selain
itu, bila bergelar seorang guru kelas kelak, sifat-sifat kepimpinan untuk memimpin
anak-anak didiknya di dalam kelas nanti amat penting demi mencapai hasrat
kerajaan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu,
saya berharap agar segala pengalaman untuk menjadi seorang pemimpin dan
guruyang patuh pada arahan dan tugasan dapat diaplikasi apabila saya bergelar
guru kelak. Kami kemudian berhenti untuk makan tengah hari dan berehat seketika.
Menu kami untuk makan tengah hari ialah nasi ayam dan air sirap.

Selepas makan tengahari dan persiapan diri, kami dikehendaki ke auditorium


untuk bengkel iaitu etiket sosial dan protokol. Terdapat enam slot untuk bengkel ini
iaitu slot etika berpakaian, pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran
mendengar secara efektif, pengendalian majlis rasmi dan tertib di meja makan.
Untuk slot etika berpakaian penceramah menerangkan mengenai etika berpakaian
untuk seorang guru. Secara amnya penampilan pegawai dan kakitangan awam
hendaklah kemas dan bersih serta mengambil kira batasan dan kesopanan
masyarakat. Bagi etika berpakaian guru lelaki, mereka dibenarkan untuk memakai
lounge suit atau bush-jacket atau baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang
yang sesuai warnanya. Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian
seluar pada paras pinggang dan lengan panjang hendaklah jangan dilipat
lengannya. Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, kakitangan
yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan
bersongkok atau baju Melayu, berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu yang
dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan. Kasut
hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya. Selipar,kasut sukan dan
kasut getah tidak boleh dipakai semasa waktu bekerja.

Manakala, etika berpakaian bagi guru perempuan pula ialah baju kurung atau
baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik
masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah
berlengan dan tidak sendat atau ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat atau ketat dan hendaklah dipadankan
dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung. Skirt yang bersesuaian,tidak
sendat atau ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut. Jeans, baju T sama
ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali. Tudung
kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak
dibenarkan.Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat. Semua
kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

Kemudian, bagi slot pengucapan awam, kami didedahkan degan cara-cara


untuk berucap dengan lebih baik dan efisyen. Antara tips-tips pengucapan awam
ialah persediaan mental iaitu sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap
dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap
dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang
begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda
walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk
menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara
automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai. Kemudian ialah,
penerimaan diri. Katakan bahawa khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan
merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Berucaplah
dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi
anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang
bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira,
unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif
akan juga turut dirasai oleh khalayak anda. Seterusnya ialah pandangan pertama
(first impression).Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan
anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda.
Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi
khalayak anda perlu diutamakan. Terakhir ialah menyatakan objektif yang jelas apa
isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian
penutup.

Seterusnya, bagi slot kesatunan berbahasa, kami digalakkan untuk


menggunakan bahasa yang bersopan satun dalam tutur kata sehari-harian tidak kira
dengan siap kami bertutur. Manakala, untuk kemahiran mendengar secara efektif
terdapat banyak maklumat berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan untuk
menjadi seorang guru yang berkaliber di masa hadapan. Akhir sekali, iaitu slot tertib
di meja makan penceramah menjelaskan cara untuk tertib makan di meja makan
dan cara-cara untuk makan beradab. Selepas selesai slot forum ini, sesi soal-jawab
telah diadakan. Kemudian En.Baharudin memberikan ucapan penutup dan majlis
bersurai. Pada pendapat saya, program BIG kali ini tidak begitu meriah dan
memberangsangkan walaupun terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi
sepanjang program ini.

Kesimpulannya, pelbagai pengalaman dan cabaran telah saya hadapi


sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung. Program ini telah memberi
banyak input di dalam diri saya. Disamping mematangkan diri dan memupuk nilai
untuk menjadi guru yang berkaliber, program ini juga membentuk kerjasama yang
mantap antara ahli kumpulan. Oleh itu, program ini sebenarnya memberi saya
peluang untuk membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri
untuk menjadi seorang guru pada masa akan datang.
APPENDIKS

You might also like