You are on page 1of 4

Perlembagaan Malaysia (Tulisan Jawi: ‫)ڤرلمباڬأن مليسيا‬, dikenali juga sebagai Perlembagaan

Persekutuan 1948 mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia


merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957.

Isi kandungan

 1Sejarah
o 1.1Pindaan
 2Susun atur
o 2.1Jadual
 3Perkara
o 3.1Perkara 8
o 3.2Perkara 10
o 3.3Perkara 11
o 3.4Perkara 48
o 3.5Perkara 107
o 3.6Perkara 152
o 3.7Perkara 153
o 3.8Perkara 159
o 3.9Perkara 160
 4Pindaan perlembagaan
 5Lihat juga
 6Rujukan
 7Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18
Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi
daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri
Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi
British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Pindaan[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Pindaan Perlembagaan Persekutuan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini
memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar
perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun
selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah
dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar
650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

Susun atur[sunting | sunting sumber]


Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian
mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.
 Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
 Bahagian 2 - Kebebasan asasi
 Bahagian 3 - Kewarganegaraan
 Bahagian 4 - Persekutuan
 Bahagian 5 - Negeri-negeri
 Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
 Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
 Bahagian 8 - Pilihanraya
 Bahagian 9 - Kehakiman
 Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
 Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
 Bahagian 12 - Am dan pelbagai
 Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
 Bahagian 13 - Peruntukan sementara
 Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
 Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja

Perkara[sunting | sunting sumber]


Perkara 8[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Perkara 8 Perlembagaan Malaysia
Perkara 8 menyatakan mengenai hak terhadap layanan secara sama rata di sisi undang-undang.

Perkara 10[sunting | sunting sumber]


Perkara 10 menyatakan mengenai hak warganegara Malaysia dalam bercakap, berhimpun dan
berpersatuan.

Perkara 11[sunting | sunting sumber]


Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan.
Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana Bahagian Persekutuan

Perkara 48[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 48 Perlembagaan Malaysia
Perkara 48 menyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen. Yang paling
popular adalah pada klausa 1(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu
mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam
Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama
tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan
dia tidak mendapat pengampunan bebas;

Perkara 107[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 107 Perlembagaan Malaysia
Perkara 107 menyatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Ketua Audit Negara hendaklah
mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah
menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri,
atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang
menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada
Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu
dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

Perkara 152[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan
merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan
pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-
tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan
termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding
mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di
dalam bahasa Melayu.
Tulisan bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin.
Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang menurut Seksyen 9 Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967.[1]

Perkara 153[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 153 Perlembagaan Malaysia
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong,
bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.
Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan
kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan
awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak
sosial.

Perkara 159[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 159 Perlembagaan Malaysia
Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia
dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli
parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

Perkara 160[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perkara 160 Perlembagaan Malaysia
Perkara 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan.
Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi
seorang Melayu pada klausa 2.

Pindaan perlembagaan[sunting | sunting sumber]


Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara
iaitu:

 Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis
Raja-Raja;
 Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen serta persetujuan Yang di-Pertua
Negeri Sabah dan Sarawak;
 Melalui sokongan majoriti mudah satu perdua ahli Parlimen;
 Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda untuk kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat
beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

 Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.


 Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
 Soal berkaitan kerakyatan.
Berikut merupakan senarai Perkara-Perkara Perlembagaan Persekutuan yang disenaraikan
mengikut empat cara pindaan:
[tunjuk]
Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja-Raja

[tunjuk]
Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah & Sarawak

[tunjuk]
Sokongan majoriti mudah ½ ahli Parlimen

[tunjuk]
Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen

Rujukan[sunting | sunting sumber]


 Ahmad, Zainon & Phang, Llew-Ann (Oct. 1, 2005). The all-powerful executive. The Sun.

You might also like