You are on page 1of 24

Rancangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia.
Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British
di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan
Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan
Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada
Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966
hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan
untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Buku Kuning
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Buku Kuning atau Draf Rancangan Pembangunan (DRP) merujuk kepada rancangan
pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan rancangan
rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang menjadi
tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.
Buku Kuning tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan
perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan
projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk
perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia.

Rancangan Malaya Pertama


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama
yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini,
pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti
oleh Rancangan Malaya Kedua.
Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

1. Memajukan sektor luar bandar


2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.
Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953


2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah

Rancangan Malaya Kedua


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti
Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang
perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Matlamat RMK adalah:

1. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar


2. menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
3. menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
4. menambah peluang pekerjaan.
5. mengurangkan pergantungan kepada makanan import.

Strategi[1][sunting | sunting sumber]


Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:

1. merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.


2. membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
3. menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
4. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang
pekerjaan.
5. menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor
Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
6. menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Rancangan Malaysia Pertama


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang
pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi
selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat,
dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang
berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

1. memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan
perpaduan rakyat.
2. meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3. membangunkan ekonomi luar bandar.
4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5. mengurangkan pengangguran.
6. memajukan sektor perindustrian.

Isi kandungan

 1Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar


 2Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera
 3Peristiwa berdarah
 4Lihat juga
 5Nota kaki

Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar


bandar[sunting | sunting sumber]
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio
ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya
untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar,
telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di
Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya
meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan
pengangguran di luar bandar.
Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

 FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
 MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan
pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan
lebih luas lagi.

Pembangunan industri dan masyarakat pedagang


bumiputera[sunting | sunting sumber]
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural
Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan
dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya
MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih
mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan
lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung
Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah.

Peristiwa berdarah[sunting | sunting sumber]


RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan
wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan
keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari
RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu[1]
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana
masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Rancangan Malaysia Kedua


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua,
menggantikan getah dengan kelapa sawit.

Rancangan Malaysia Kedua (Tulisan Jawi: ‫ ;رانچڠن مليسيا كدوا‬RMK2) (1971 - 1975) merupakan
satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan
sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah
untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-
orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan
ekonomi orang-orang Melayu.[1]
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu
menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat
kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu
penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala
Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya
meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya
mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini
berakhir.

Isi kandungan

 1Latar belakang
 2Penstrukturan semula ekonomi
 3Perindustrian
 4Perlombongan
 5Pertanian
 6Kesihatan
 7Pendidikan
 8Pengangkutan
 9Warisan
 10Rujukan
o 10.1Nota kaki
o 10.2Petikan teks

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia,
penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970,
golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala
golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan
selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.[2]
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan
menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam
memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini.[2] Dasar-
dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-ratanya
menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau
pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.
Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-penyokong
pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada keesokan harinya
oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti utama di dalam
gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah
menjadi rusuhan yang berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah
kematian sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar
manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina) kehilangan
tempat tinggal.
Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen bersidang semula.[3]
Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama membasmi kemiskinan
di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah
"ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan ekonomi
bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun.[3] Malah sebuah Rangka Rancangan
Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supaya
tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua
polisi ini.[2]

Penstrukturan semula ekonomi[sunting | sunting sumber]


RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah
pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan
pelombongan.[2] Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan
ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama
pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu — dapat dikembangkan
berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif.[2]
Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan ini lebih rendah
berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat mencapai pengurangan kemiskinan
yang lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor swasta
dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat persendirian yang akan
menerima manfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi orang-orang Melayu.[1]
Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kata seorang
pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaan dan perdagangan
persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi, kepentingan-kepentingan
asing mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan moden termasuk sektor perkilangan,
perbankan, kewangan, getah dan timah. Orang-orang Melayu sebahagian besarnya terlibat di
dalam pekerjaan luar bandar seperti menanam padi, menangkap ikan, mengerjakan ladang-
ladang getah atau kelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya. Mereka langsung tidak
terlibat di dalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian dan hanya di perkhidmatan
awam sahaja — dimana 80% daripada pekerjaan di sektor ini dijamin untuk bumiputera —
mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.
Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiri daripada bukan
Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan di dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatan orang-orang Melayu di dalam
sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan di sektor awam. Pengangguran di kalangan
semua kaum juga amat berleluasa, kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan, dengan
70% daripada 275,000 penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15 hingga 25
tahun. Semua inilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEB
dan RMK2.[2]
Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam
RMK2:

 Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang
berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri perikanan dan
menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.
 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan memberi
bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.
Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan
penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah. Projek-projek pengairan juga
telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai Kemubu, Kelantan dan di Sungai
Kinabatangan, Sabah.

Perindustrian[sunting | sunting sumber]


Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan
penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Agensi-
agensi terbabit termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2
seperti Perbadanan Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).[2]
PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat kerjasama
dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintis yang akan dipegang
sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak.
Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100%
yang terlibat di dalam bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan,
sekuriti dan perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagi
membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan perundingan.[2]
Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2
yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih
pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri. Bagi mendapatkan lesen tersebut
setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang
boleh berubah-ubah. Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan
pengenalan akta baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang
minimum dari kerajaan.
Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk
mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya. Menurut
akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang
diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum itu dan syarikat-
syarikat yang beroperasi tanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut
dimestikan menghantar satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapai
sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu dan
selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih menjadi garis
panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat.[2]
Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi
mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Pantai timur sebenarnya
kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.
Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16% daripada keluaran dalam
negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2. Sektor ini
berkembang dengan perlahan pada tahun 1975 akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun
itu. Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi
sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan, keluaran-
keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan ketara sektor
pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan menubuhkan
kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut telah diumumkan di
negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Perusahaan yang terdapat di kawasan-
kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil.[2]

Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji kebanyakannya pekerja dari golongan berketurunan Cina.
Tetapi, mereka tidak memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam perusahaan moden.

Perlombongan[sunting | sunting sumber]


Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dengan
membekalkan sekitar 40% kepada negara-negara bukan komunis di seluruh dunia. Walau
bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan sektor perlombongan
kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga 13% sepanjang RMK2 kerana
berkurangnya simpanan bijih timah dan besi. Tetapi, bauksit dan tembaga terus menyumbang
kepada sektor ini di awal 1970-an. Penglibatan kaum Melayu di dalam perlombongan adalah
sangat berkurangan dan sekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal oleh orang-orang
asing.[4] Ini merupakan warisan zaman penjajahan British.
Banyak syarikat British, yang tiba pada kurun ke-19 untuk mengeksploit sumber dan hasil galian
asli Malaysia masih belum beredar. Penglibatan masyarakat Melayu di sektor ini diburukkan lagi
dengan kecenderungan pihak British pada kurun ke-19 membawa masuk buruh-buruh Cina yang
murah dan hampir kesemua pekerja di lombong hingga lewat 1970-an ialah orang-orang Cina.[5]
Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomi
Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru dibina.
Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari (14,000
m³/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell. Pada tahun 1974, hak eksklusif untuk
memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di Malaysia diberikan kepada syarikat milik
kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas
pemasaran dan pengagihan kesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal
syarikat-syarikat lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan
pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.[6]
Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan meningkat bermula
pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi negara.
Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di
dalam industri perlombongan. Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta
orang melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.[7]
Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai usaha
menambah pegangan mereka di dalam industri ini.[8] Kerajaan tampak berusaha keras
meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat
perlombongan yang pernah dimiliki orang-orang asing. Menjelang 1989, perbadanan milik
kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhan industri perlombongan.[9] Kerajaan juga dibantu
oleh faktor pengeluaran petroleum yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas
merupakan syarikat milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan Bumiputera. Namun,
amalan kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-syarikat milik kerajaan adalah
kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

Pertanian[sunting | sunting sumber]


RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu seperti Rancangan
Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain telah meningkat
mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunan luar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan
kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada
tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan
dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti kacang panjang, cili dsb.
dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain seperti baja, benih dan racun
perosak pula diberi subsidi.
Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun
sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka.[10][11][12] Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan
pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-
persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.[13]
Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang
pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi
kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah meluaskan saiz
program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA
sendiri telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah
150,000 ekar (610 km²) sewaktu RMK2.
Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan dengan
penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu bergantung kepada getah. Pada
waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir separuh
daripada keperluan getah sedunia. Walau bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an telah
menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam
terhadap ekonomi negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama
berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun begitu, RISDA
dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaan mengambil semula tanah
secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. Menjelang
penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km²) sahaja telah dibangunkan dengan separuh
daripadanya ialah ladang kelapa sawit.[14][15]
Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan, walau
bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di luar
bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah 40,000 orang meskipun
dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di dalam usaha tani hidup di bawah paras
kemiskinan. Akibat kelemahan program itu, orang yang mendapat faedah daripada rancangan ini
tidak selalunya datang daripada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan
pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkan daya
pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnya dirumitkan
oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas hal ehwal tanah kepada
kerajaan negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan berunding dengan setiap kerajaan
negeri satu-persatu. Keluarga bukan Melayu di kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah
ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan
sebagai tanah simpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima
masuk golongan bukan Melayu ke dalam program ini.[16]

Pengusaha-pengusaha sawah padi digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu, kerajaan
membantu dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.

Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang


padi seperti Kedah dan Perlis (seperti menggantikan kerbau dengan jentera membajak), bukan
semua pengusaha kecil menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat,
orang-orang Melayu hanya memiliki pegangan sekitar 0.3% berbanding 70.8% yang dimiliki oleh
kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporat yang menyaksikan
orang-orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkan kekurangan modal, kebanyakan
pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat di dalam kegiatan berdaya rendah apabila RMK2
tamat.[17]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]


RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui beberapa
program. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan
pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan
yang kekurangan zat makanan. Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan
kekurangan kakitangan perubatan.[18]
Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-
usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan. Kebanyakan berita kejayaan yang
dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia
Pertama (RMP) dari tahun 1966 - 1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru
kaedah perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan.[19] Yang
ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif
meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara
yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70 juta orang.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yang memihak kepada
rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha penting dijalankan sepanjang tempoh
ini.[20] Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa
perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke
pengajian tinggi, menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini
berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku
teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir
kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan
bahasa Melayu.[21]
Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya ialah menyelaras
projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan.
Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha
baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.[22]
RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang
vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha
memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan lebih
diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak membuka
ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan
vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun
1975. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran terutamanya di
kalangan belia.[23]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]


RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap oleh kerajaan
sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor perusahaan. Semua kereta
api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yang lebih efisyen, iaitu diesel dan kerajaan
meninggikan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api ini.
Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan
dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.[24]
Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan
membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan
teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura dipisahkan menjadi Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA).[25]
Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat
perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat logistik
kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat
Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V.
Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal
Utara Pelabuhan Klang di Selangor.[26]
Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau Pinang dan satu lagi
di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di
Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang.
Dua objektif utama projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan
terhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang
membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala Pelabuhan Kuantan mula
beroperasi pada tahun 1984.[27]

Warisan[sunting | sunting sumber]


Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada 49% kepada
43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.4%. Peningkatan ketara
bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta juga dicatatkan. Peratusan Bumiputera
yang diambil bekerja di dalam sektor pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%, sektor
perdagangan pula mencatatkan peningkatan 24% kepada 34%. Pegangan hak milik Bumiputera
pula berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu, rekod ini masih belum
dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi kemajuan itu berlaku
disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan.[28]
Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 12.5%
setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itu sangat tidak sekata. Pada
tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang
sebanya 3% berikutan kemelesetan ekonomi dunia pada masa itu.[29] Meskipun kerajaan
berusaha menangani pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu RMK2,
jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan 1975. Pada tahun
1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975 pula sebanyak 324,000 orang
direkodkan.[30]
RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di antara tahun
1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar jangkaan sebanyak 40%. Kadar
purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974 tetapi menurun kepada 7% pada tahun
1975.[31] Permasalahan baru seperti ini dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

Sektor perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil menggantikan
getah dengan kelapa sawit.
Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Di sebalik
kegagalan RISDA memenuhi sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysia terus berkembang.
Menjelang tahun 1998, kelapa sawit merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK
Malaysia, di belakang keluaran elektronik.
Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya berbanding dengan rancangan-rancangan sebelumnya
dalam menangani ketaksamarataan daripada segi ekonomi. Namun begitu, penekanan lebih
bagi meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu telah membimbangkan golongan bukan
Melayu. Apabila RMK3 pula dilancarkan, kerajaan telah mengurangkan penekanan ini
sebaliknya memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan memberi
manfaat kepada semua pihak.[2]
faktor kegagalan dasar ekonomi baru

 Rancangan Malaysia
 Dasar Ekonomi Baru

 Rancangan Malaysia Ketiga


 Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 Jump to navigationJump to search
 Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa
tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang
sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

 Tumpuan utama[sunting | sunting sumber]


 RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu
cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar.
Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah
dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar
baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat
sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.
 Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

 Kesan[sunting | sunting sumber]


 RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion
pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah
jatuh kepada 5.3%.
 Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah
bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar
jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Rancangan Malaysia Keempat


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia
dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosioekonomi rakyat adalah:

1. menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain
dalam Malaysia
2. mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan
dalam negeri
3. meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4. membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang
pertanian
5. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6. menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7. memastikan pembangunan industri
Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58% daripada
jumlah ini dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.

Isi kandungan

 1Tumpuan kepada sektor pertanian


 2Dasar-dasar mesra pelabur dan industri
 3Pemilikan saham
 4Lihat juga
 5Nota kaki

Tumpuan kepada sektor pertanian[sunting | sunting sumber]


Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya pengeluarannya. Dasar Pertanian
Negara (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984 bermatlamat memaksimumkan pendapatan
daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan
ekonomi negara keseluruhannya[1]. Rancangan-rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-
tanah baru, pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil, penanaman semula, pembangunan
pertanian secara bersepadu dan pembinaan kemudahan pengairan.
Antara projek-projek penting semasa RMK4 adalah:

 Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit, getah dan koko
oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta kerajaan-kerajaan negeri.
 Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg Parit Seraya dan
Kg Parit Selangor di Johor.
 Pembangunan kampung tradisional oleh FELCRA di Kg Kok, Kedah; Teratak Batu, Kelantan;
dan Ulu Berang, Terengganu.
 Tanaman kontan projek tembakau di Alor Ketitir, Terengganu, dan Kandis, Kelantan serta
projek tanaman sayur-sayuran di bawah skim Penanaman Berkelompok.
 Tanaman kelompok padi oleh Pertubuhan Peladang kendalian Lembaga Pertubuhan
Peladang di Tanjung Karang, Selangor, dan syarikat-syarikat kerjasama di Kelantan, Perak
dan Pulau Pinang.
 Perluasan program penyelidikan, pinjaman dan pemasaran.
Sementara itu, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah
mengendalikan rancangan pemulihan tanah di Sarawak.

Dasar-dasar mesra pelabur dan industri[sunting | sunting sumber]


Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam tempoh RMK4,
yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan kerajaan bersama-sama
memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui dasar ini, kepentingan atau pelaburan
kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga
memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor
awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini memberi impak
yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.
Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri Berat
Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat seperti Kedah
Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu. Menurut Perdana
Menteri ketika itu, dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua mata iaitu mewujudkan
projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan
industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa kepada penubuhan Proton yang
memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.

Pemilikan saham[sunting | sunting sumber]


RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan pemilikan saham dan harta antara bumiputera dan
bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan penubuhan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Skim
Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

Rancangan Malaysia Kelima


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima
tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20
tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk
meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat
dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan
untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang
sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat
bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Isi kandungan

 1Kawasan luar bandar


 2Pelancongan
 3Pembuatan
 4Pautan luar

Kawasan luar bandar[sunting | sunting sumber]


Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih
cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit
dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas
Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]


Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima.
Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan
Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini
dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk
meningkatkan produktiviti negara.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]


Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan
antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


 Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima

Rancangan Malaysia Kesembilan


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi
tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun
pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir
Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti
rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke
arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang
sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:

1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina
dan produktif
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Isi kandungan

 1Isu-isu penting dalam RMK9


o 1.1Pembangunan infrastruktur
 2Kajian separuh penggal
 3Nota kaki
 4Pautan luar

Isu-isu penting dalam RMK9[sunting | sunting sumber]


Pembangunan infrastruktur[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan infrastruktur
dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang
diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:

 RM3.5 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan


 RM2 bilion untuk pembangunan industri bioteknologi (termasuk infrastruktur)
 RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah kedua di Malaysia
 Peruntukan untuk jambatan kedua dan monorail di Pulau Pinang.
 Peruntukan untuk guru pelatih sebanyak rm1 bilion

Kajian separuh penggal[sunting | sunting sumber]


Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkan Perdana
Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:

Item 2007 2005

Kedatangan pelancong 21 juta 16.4 juta

Perolehan dari pelancong RM46.1 bilion RM31.9 bilion

Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari luar


RM457.5 juta -
negara
RM198.1
Jumlah jualan RM293.9 bilion
bilion

Nilai komoditi pertanian RM52.4 bilion RM37.5 bilion

Penetrasi Internet/100 isi rumah 19.3% 7%

Pembinaan/menaik taraf jalan 32,694 km -

Bekalan air bersih luar bandar 300 sekolah -

100% di Sarawak, 72% di


Bekalan elektrik sekolah luar bandar -
Sabah

Insiden kemiskinan tegar 0.7% 1.2%

Pendapatan per kapita RM23,066 RM18,840

Defisit negara (% dari KDNK) 3.2% 3.6%

Lain-lain:

1. Pembinaan 32,000 rumah kos rendah


2. 47 provisi di bawah Kod Tanah Kebangsaan untuk menambah baik pengurusan tanah
3. Pemprosesan pasport dalam masa 24 jam

Nota kaki
Rancangan Malaysia Kesepuluh
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun
pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.
Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model
Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

Isi kandungan
 1Lima teras
 2Intipati RMK10
 310 Premis utama
 45 teras strategik

Lima teras[sunting | sunting sumber]


RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi
dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama
3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Intipati RMK10[sunting | sunting sumber]


 RMK9 (2006-2010): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar
per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal
kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun 2010 berbanding 7 peratus kepada
KDNK 2009.

 Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun 2005.
Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.

 Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.

 RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850
(US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun.

 Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor


pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta
pelantar teknologi yang berkaitan.

 Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion
setahun.

 Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam
tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.

10 Premis utama[sunting | sunting sumber]


1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.
2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di
arena antarabangsa.
3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9. Menghargai khazanah alam sekitar.
10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

5 teras strategik[sunting | sunting sumber]


Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia
dengan metodologi NKRA.
Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

 Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus,


berbanding 21.8 peratus dalam RMK9, tumpuan diberikan kepada program pembangunan
kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka.

 Sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan
kompetensi penjawat awam.

 Tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti:

(i) Minyak dan gas


(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan
(iii) Perkhidmatan kewangan
(iv) Pemborongan dan peruncitan
(v) Pelancongan
(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
(vii) Perkhidmatan Pendidikan
(viii) Elektrik dan elektronik
(ix) Perkhidmatan perniagaan
(x) Penjagaan kesihatan swasta
(xi) Pertanian
(xii) Greater Kuala Lumpur

 Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang,
menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

 Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan


pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.

 Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling
kompetitif di dunia.

 Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation
Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta.

 Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya


RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport,
Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman
Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
 Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan
mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia
ada.

 Pembiayaan kerajaan kepada syarikat modal teroka awam akan berbentuk ekuiti dan bukan
pinjaman.

 Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal
bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.

 Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan
ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan
pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.

 Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko


terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi
wibawa yang gagal untuk kembali aktif.

 Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan
pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran
bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi
penduduk di luar bandar.

 Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh
RMK10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik
taraf.

 Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Baharu, dengan kos
anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik
berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.

 Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur,
akan diperluaskan ke seluruh negara.

 Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif
dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat.

 Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri
berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.

 Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja
kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan
pembiayaan.

 Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro
Bank.

 Sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat


Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal.

 Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui


penginstitusian.
Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.
Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan
serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.
Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih
tuntas.
Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang,
menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

 Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah
berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu
73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

 Subsidi dirasionalkan secara berperingkat, golongan berpendapatan rendah dan mereka


yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan.

 Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan
terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang
di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

 Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai
keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari
paip utama.

 Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani
kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.

 Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina
membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan
Nasional.

 Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60
peratus untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar.

 Prestasi pelajar dalam mata pelajaran kritikal, terutamanya bahasa Kebangsaan, bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik, akan juga dipertingkatkan dengan menambah bilangan guru
berkualiti.

 Syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan
Sarjana Muda.

 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dengan sijil SPM akan dipertimbangkan
untuk mengikuti pengajian di institut pendidikan guru bagi program bahasa Cina bagi
memenuhi keperluan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta
Sekolah Kebangsaan.

 Pertimbangan yang sama kepada calon lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi
Agama kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri yang telah
memiliki SPM untuk menjadi guru program pendidikan agama Islam dan J-Qaf.

 Bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) akan ditambah kepada 100 buah pada akhir
tahun 2012 terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah
berasrama penuh.
 Sekolah Amanah atau Trust Schools, akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian
awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi
autonomi.

 RM280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012.
Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah
jenis kebangssan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan
tambahan RM70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012.

 Kerajaan akan memberi bantuan berdasarkan bil elektrik dan air sebenar sehingga RM2,000
sebulan bagi setiap daripada hampir 1,900 sekolah bantuan modal.

 Penyertaan kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun di peringkat prasekolah akan
dipertingkatkan daripada 67 peratus pada tahun 2010 kepada 87 peratus pada tahun 2012.

 Insentif RM10,000 akan diberi kepada sektor swasta yang menubuhkan institusi prasekolah
swasta.

 Kerajaan sedang menimbang mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam


tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan tertakluk kepada kemampuan
kerajaan.

 Komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada sekurang-kurangnya 37


peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju.

 RM500 juta akan disediakan di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran untuk
latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.

 Tabung pembiayaan bersama kerajaan dan majikan akan ditubuhkan untuk membiayai
pekerja melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang berkaitan.

 Peruntukan kewangan kepada universiti bergantung kepada pencapaian KPI dan universiti
diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

 Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi universiti penyelidikan
atau research university, dan 60 peratus bagi universiti awam lain.

 MyBrain15, iaitu program pembiayaan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran, akan


digiatkan bagi meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015.

 Pakej penggajian akan dikaji semula untuk menarik minat pensyarah asing dan staf
akademik yang telah bersara.

 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai universiti penyelidikan selepas


Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

 Dasar penggajian pekerja asing akan diperkemas dengan kadar levi berbeza mengikut
nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja dalam syarikat dan berbeza mengikut tahap
kemahiran. Kadar yang lebih tinggi akan dikenakan bagi pekerja kurang mahir dan akan
akan ditingkatkan setiap tahun.

 Talent Corporation akan ditubuhan oleh kerajaan bagi menarik dan mengekal modal insan
berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.
 Talent Corporation akan menyediakan Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran dengan
kerjasama sektor awam dan swasta dan menjadi pusat sehenti bagi memudahkan urusan
dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk urusan imigresen bagi kemasukan
tenaga kerja mahir ke Malaysia.

 Perancangan strategik dan terurus bagi mewujudkan kawasan bandar mampat dan efisien
dan suasana kehidupan yang menarik dan nyaman.

 Pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500


kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3
juta penduduk.

 Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99
peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak.

 Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi


penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di
Sabah dan 76,000 di Sarawak.

 Pelaksanaan projek mega Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi di Greater Kuala Lumpur
meliputi kawasan dalam lingkungan 20 km dari pusat bandar dan melibatkan pembinaan
landasan lebih kurang 150 km yang membolehkan dua juta perjalanan penumpang sehari
berbanding dengan 480,000 perjalanan penumpang sistem pengangkutan bandar masa kini.

 Meningkatkan peratus penggunaan pengangkutan awam dengan ketara di Greater Kuala


Lumpur daripada 12 peratus pada tahun 2009 kepada 30 peratus pada tahun 2015.

 Sistem pengangkutan awam darat akan diperluaskan kepada bandar raya lain, iaitu sistem
Bas Rapid Transit akan diperkenalkan di Wilayah Iskandar, Johor, dan jumlah bas awam
akan ditambah sebanyak 200 buah di Pulau Pinang untuk menampung 26 laluan dengan
penambahan kapasiti sebanyak 75,000 penumpang sehari.

 Pembinaan lapan hospital, termasuk hospital-hospital pakar, 197 buah klinik dan juga
tambahan 50 klinik 1Malaysia akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama RMK10.

 78,000 buah rumah mampu milik akan dibina di bawah RMK10.

 Dana RM500 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah
mampu milik awam mahupun swasta berdasarkan perkongsian 50-50 kerajaan dengan
pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

 Keselamatan dan ketenteraman awam akan dipertingkatkan, rondaan polis akan ditambah
terutama di 50 "hot spots" yang telah dikenal pasti dan 496 CCTV sedang dipasang di
seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan pemantauan.

 Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong
penyertaan lebih besar daripada wanita.

 Sektor swasta diminta meningkatkan bilangan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi
seperti ketua pegawai eksekutif dan ahli-ahli Lembaga Pengarah.

 Putrajaya akan dijadikan lokasi tumpuan belia bagi menjalankan aktiviti dan program yang
bermanfaat dan bersesuaian.
 Golongan warga emas mendapat infrastruktur yang lebih mesra, akses kemudahan
kesihatan yang mampu dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi dan juga supaya
mereka dapat mengukuhkan kewangan serta peluang pekerjaan.

 Langkah diteruskan untuk menyediakan pelbagai peluang termasuk latihan kemahiran,


pekerjaan serta keusahawanan bagi orang kurang upaya.

 Feed in Tariff dan Dana Tenaga Boleh Diperbaharu akan diperkenalkan bagi menggalakkan
perkembangan aplikasi tenaga boleh diperbaharu.

 Garis panduan, piawaian dan undang-undang berkaitan akan diperkenal bagi memastikan
kecekapan penggunaan tenaga, termasuk penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.

 Putrajaya dan Cyberjaya akan dijadikan model perintis bagi bandar hijau contoh dan
bangunan baru kerajaan akan direka bina untuk mematuhi piawaian bangunan hijau.

 Peruntukan program dan projek pembangunan RMK10 akan dibuat untuk setiap dua tahun
bermula dengan 2011-2012 dan "rolling plan" pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos
2010.

 Peruntukan RM230 bilion untuk RMK10 bagi perbelanjaan pembangunan dengan 55 peratus
diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada
sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran.

Rancangan Malaysia Kesebelas


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMKe-11) merupakan rancangan pembangunan
lima tahun Malaysia ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Penyediaan RMKe-11
adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberi
tumpuan pada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal
dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMKe-11 dibentangkan di Dewan
Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015.

Teras[sunting | sunting sumber]


RMKe-11 mempunyai enam teras:

1. Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat yang Saksama


2. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
3. Meningkatkan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju
4. Kemampanan dan Daya Tahan Pembangunan Melalui Pertumbuhan Hijau
5. Memperkukuh Infrastruktur bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
6. Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi untuk Peningkatan Kemakmuran
rujukan

hhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesepuluh

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesebelas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kesembilan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kelima

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Keempat

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaya_Kedua

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Ketiga

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kedua

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Pertama

1. ^ Henderson, John William, Vreeland, Nena, Dana, Glenn B., Hurwitz, Geoffrey B., Just, Peter,
Moeller, Philip W. & Shinn, R.S. (1977). Area Handbook for Malaysia, ms. 147-149. American
University, Washington D.C., Foreign Area Studies
. Kuberan, Foo Kok Man dan Mohd. Azami Ahmad. Teks Efektif STPM Pengajian Am Kertas 1 Edisi
Baharu. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., 1971, p. 292.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaya_Pertama

https://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia

You might also like