You are on page 1of 7

KERTAS KERJA KEM MEMBACA SKSS 2017

PENDAHULUAN
Program Kem Membaca SKSS telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini. Ia
selaras dengan Kem Membaca 1Malaysia dimana semua sekolah diarahkan untuk
mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini. Program Kem Membaca SKSS
akan dilaksanakan bermula dari 27-28 Oktober 2017.

Kem Membaca SKSS merupakan satu aktiviti tahunan sekolah yang bertujuan untuk
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti
yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

VISI DAN MISI


Membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran
sepanjang hayat. Disamping memberikan kemahiran pengurusan perpustakaakan,
kemahiran membaca, jejak maklumat dan membaikpulih buku kepada para peserta kem.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :
5.1 Mendedahkan kemahiran perpustakaan dan pusat sumber.
5.2 Menggerakkan program galakan membaca.
5.3 Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.4 Memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
5.5 Memdedahkan kemahiran membaikpulih buku.
5.6 Memperkukuh kemahiran diri pelajar untuk berhadapan dengan audien
JAWATANKUASA PELAKSANA

PENAUNG :PN HJH AZIAH BT SAMSUDIN


Puan Guru Besar SK Seri Saujana

PENASIHAT : EN ZAINUDDIN BIN WELANG


Guru Penolong Kanan Kurikulum
: PN RAFIDAH BINTI MUSA
Guru Penolong Kanan HEM
: EN HASRIN BIN AMAT TAMYES
Guru Penolong Kanan KOKO
: PN AMINAH BINTI NAWAS
Guru Penolong Kanan Petang

PENGERUSI : EN NAZARUDIN BIN MAULAN


Guru Perpustakaan Dan Media
SETIAUSAHA 1 : PN MASHARITA BINTI JAMALUDDIN
& BENDAHARI Guru Penyelaras Program NILAM (pagi)

SETIAUSAHA 2 : PN ROHANA BINTI YUSOF


Guru Penyelaras NILAM (petang)

AJK
AJK PENGELOLA AKTIVITI/PROGRAM (AJK PAP)

Ketua : Pn Ainnul Asyikkin Binti Bakri


AJK Kecil : Cik Najwa Binti Suhaimi
Pn Norhidayati Binti Abdul Ghani

Skop Tugas : Memastikan setiap aktiviti dan program yang telah dirancang dilaksanakan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Menyediakan semua instrument berkaitan.
Menyediakan dan melantik panel hakim yang berkelayakan.
Mengelolakan majlis/program dengan menyediakan juruacara dll.

AJK PENYEDIAAN PRASARANA DAN KELENGKAPAN (AJK PPK)

Ketua : En Mohd Azam Sani Bin Mohd Khairuddin


AJK Kecil : En Mohd Hasruddin Bin Mohd Halid

Skop Tugas : Menyediakan kemudahan pentas / venue yang bersesuaian mengikut


aktiviti.
Menyediakan sistem pembesar suara dan sistem pengcahayaan.
Mengemas dan kerja-kerja pembersihan.
AJK DOKUMENTASI DAN PROMOSI (AJK DP)

Ketua : En Rooban A/L Arumugam


AJK Kecil : Pn Noratiqah Binti Ayob

Skop Tugas : Menyediakan laporan bervisual semua aktiviti yang dijalankan.


Membuat tempahan sepanduk dan banting untuk tujuan promosi dan
siaraya.
Menyediakan pamphlet dan poster yang bersesuaian..

AJK HADIAH DAN PENGHARGAAN (AJK HP)

Ketua : Pn Siti Norsiah Binti Aman


AJK Kecil : Pn Napsiah Binti Omar

Skop Tugas : Menyediakan hadiah-hadiah untuk para pemenang pertandingan.


Menyediakan cenderamata kepada para pengadil dan tetamu.
Menyediakan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan kepada para peserta..

AJK TUGAS-TUGAS UMUM (AJK TTU)

Ketua : Pn Zurainie Binti Mas Agus Darwis


AJK Kecil : En Noriman Bin Mohamad

Skop Tugas : Membantu mana-mana AJK yang memerlukan kepakaran teknikal.


Membantu dalam aspek menyediakan bahan-bahan tercetak (Buku
pamphlet, iklan dan sepanduk).

STRATEGI PELAKSANAAN

Mesyuarat Jawatankuasa pada 22 September 2017 di Bilik Mesyuarat SKSS.


Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti/program
a) Menyediakan instrument pertandingan / program yang diatur
b) Membuat tempahan banting, sepanduk dan poster
c) Menyediakan gimik pelancaran
d) Membuat tempahan cenderamata dan sijil penyertaan/penghargaan.
e) Mengedarkan surat Kem Membaca kepada semua warga sekolah

Majlis pelancaran pada 27 Oktober 2017 jam 7.30 pagi. Dirasmikan oleh Puan guru besar,
dan taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SKSS,Pertandingan Bercerita,
Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Jejak Maklumat.
Kem Membaca diteruskan pada hari kedua iaitu 28 Oktober 2017 dengan Kursus
Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber,pertandingan melukis poster, pertandingan buku
skrap, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang, majlis penutupan Kem Membaca SKSS
dan akhir sekali menghantar laporan kepada GPK 1 dan GB.

AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH SASARAN KETUA


PERLAKSAN PENGELOLA/
AAN HAKIM/PENILAI
1 Majlis Pelancaran Rasmi 27 Oktober Semua guru, Pn Ainnul Asyikkin
Kem Membaca SKSS 2017 murid dan Binti Bakri
dengan Gimik Perasmian staf Cik Najwa Binti
Suhaimi
Pn Norhidayati Binti
Abdul Ghani
2 Kursus Kepimpinan 27-28 Oktober Pengawas En Nazaruddin Bin
Pengawas Pusat Sumber 2017 Pusat Maulan
Sumber Pn Rohana binti
SKSS abd Rahman
3 Pertandingan Bercerita 27 Oktober Tahap 2 Pn Nurul Husna
2017 Binti Zainall Abidin
dan AJK PAP
4 Pertandingan Jejak 27 Oktober Tahap 1 dan Cik Hema a/p
Maklumat 2017 2 Rengasamy dan
AJK TTU
5 Pertandingan Buku Skrap 28 Oktober Tahap 2 Pn Siti Hawa Binti
2017 Abd Samad dan
AJK PAP
6 Pertandingan Melukis Poster 28 Oktober Tahap 2 Pn Halida Binti
2017 Bakri
dan AJK TTU
7 Majlis Penutupan Rasmi dan 28 Oktober Semua guru, Pn Nur Fateha bt
Majlis Penyampaian Hadiah 2017 murid dan Paiman dan AJK
staf HP
HADIAH DAN PENGHARGAAN

Hadiah Petandingan

1. Pertandingan Bercerita
Hadiah yang disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga dan 10 hadiah saguhati. Sijil
Penghargaan diberi kepada semua yang mengambil bahagian. Nilai Hadiah adalah disekitar
RM 150.00. Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada semua yang mengambil bahagian.
Nilai cenderamata ialah RM 3.00 setiap satu
Anggaran Kos ialah RM 250.00

2. Pertandingan Mewarna
Hadiah yang disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga dan 10 hadiah saguhati. Sijil
Penghargaan diberi kepada semua yang mengambil bahagian. Nilai Hadiah adalah disekitar
RM 150.00. Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada semua yang mengambil bahagian.
Nilai cenderamata ialah RM 3.00 setiap satu
Anggaran Kos ialah RM 250.00

3. Pertandingan Jejak Maklumat


Hadiah yang disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga dan 10 hadiah saguhati bagi
Tahap 1 dan Tahap 2 . Sijil Penghargaan diberi kepada semua yang mengambil bahagian.
Nilai Hadiah adalah disekitar RM 300.00. Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada
semua yang mengambil bahagian. Nilai cenderamata ialah RM 3.00 setiap satu
Anggaran Kos ialah RM 400.00

4.Pertandingan Melukis Poster


Hadiah yang disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga dan 10 hadiah saguhati. Sijil
Penghargaan diberi kepada semua yang mengambil bahagian. Nilai Hadiah adalah disekitar
RM 150.00. Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada semua yang mengambil bahagian.
Nilai cenderamata ialah RM 3.00 setiap satu
Anggaran Kos ialah RM 250.00

5. Pertandingan Buku Skrap


Hadiah yang disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga dan 10 hadiah saguhati. Sijil
Penghargaan diberi kepada semua yang mengambil bahagian. Nilai Hadiah adalah disekitar
RM 150.00. Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada semua yang mengambil bahagian.
Nilai cenderamata ialah RM 3.00 setiap satu
Anggaran Kos ialah RM 250.00

6. Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber


Makan dan minum peserta Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber disediakan bagi
kedua-dua hari. Dengan anggaran RM 7.00 setiap orang bagi 103 murid, anggaran kos ialah
RM 1442.00
RINGKASAN PERBELANJAAN KESELURUHAN

PERKARA BILANGAN DIPERLUKAN X KOS


HARGA SEUNIT
1. Hadiah dan cenderamata Sebagaimana di atas RM 2842.00
2. Banner program 4x8 2 x RM12O RM 240
3. Pelbagai alat tulis Lumpsum RM 243

JUMLAH RM3325.00

JUMLAH ANGGARAN KOS KESELURUHAN HADIAH, CENDERAMATA SERTA KURSUS


KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER : RM 3325.00

SUMBER PERBIAYAAN

a) Sumber wang kerajaan

PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program ini akan dilakukan dengan melihat peningkatan dalam :

a) Bilangan penyertaan yang mengambil bahagian dalam semua program atau


aktiviti yang dijalankan.
b) Bilangan pelajar yang meminjam buku di perpustakaan.
c) Bilangan pengawas pusat sumber yang terlatih dan berkemahiran dalam
melaksanakan
tugas sebagai pengawas pusat sumber
d) Bilangan pelajar yang layak untuk mewakili sekolah dalam pertandingan -
pertandingan.
c) Perolehan markah oleh para pelajar dalam setiap program/aktiviti yang dijalankan.

JANGKAAN PERMASALAHAN

Kem Membaca SKSS 2017 ini dijangkankan akan menghadapi masalah dalam
mendapatkan sumber pembiayaan dan komitment para Jawatankuasa yang telah
diamanahkan. Masih ramai lagi guru yang berpendapat aktiviti ko akademik adalah aktiviti
yang tidak menyumbang kepada peningkatan prestasi akedemik keseluruhannya. Mereka
juga berpendapat kejayaan akademik adalah kejayaan mutlak yang akan menentukan
kecermelangan individu di masa akan datang. Selain dari itu,pertembungan dengan
pelnagai aktiviti dan program termasuk Temasya Sukan Sekolah telah mengurangkan
momentum program ini terhadapt warga SKSS.
RUMUSAN

Adalah menjadi harapan Kem Membaca SKSS 2017 kali ini akan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada semua pihak. Kempen ini diharapkan akan memberi impak yang
besar terhadap sikap setiap warga sekolah terhadap kepentingan aktiviti membaca dan
meningkatkan kepimpinan dalam diri setiap pengawas pusat sumber. Akhir sekali, diharpkan
agar setiap warga sekolah dapat meluaskan dimensi membaca kepada aspek yang lebih
luas termasuk membaca menerusi pelbagai sumber bacaan elektronik.

Disediakan oleh :

…………………………………..
(EN NAZARUDIN BIN MAULAN)
PENYELARAS
Tarikh : 1 Oktober 2017

Disemak dan disahkan oleh :

…………………………………..
(PN HJH AZIAH BINTI SAMSUDIN)
GURU BESAR SK SERI SAUJANA
Tarikh :

You might also like