You are on page 1of 1

Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan

struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah juga merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat yang berbilang kaum.
Pengurusan kepelbagaian budaya di sekolah amat penting kerana kebanyakan sekolah di
Malaysia kini mempunyai murid yang terdiri daripada kaum yang berlainan. Antaranya
termasuklah unsur-unsur budaya dapat diterapkan dalam diri murid dan secara tidak langsung
murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat di Malaysia. Nilai
menghormati dan menerima budaya orang lain turut akan wujud dalam diri murid. Dan akhirnya,
mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam
masyarakat pelbagai budaya.
Selain itu, Pengurusan pelbagai budaya ini dianggap penting kerana secara amnya, terdapat perbezaan
secara peribadi dalam proses pembelajaran seseorang pelajar. Proses pembelajaran ini merangkumi ciri-
ciri keluarga, kognisi dan proses-proses pembelajaran itu sendiri. Terdapat dua pendekatan yang
ditekankan untuk menakrif perbezaan individu iaitu pendekatan pelajar sebagai individu dan pendekatan
kurikulum. Pendekatan pelajar sebagai individu ini berkaitan latar belakang sosial atau sifat-sifat
psikologi pelajar tersebut manakala pendekatan kurikulum ini melibatkan perbezaan berdasarkan tugasan
dan aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Seterusnya, pengurusan pelbagai budaya ini amat penting kepada masyarakat untuk memahami dan
mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk. Guru memainkan peranan yang
penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera, iaitu guru memberikan
pendedahan yang sebaiknya kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya
masyarakat pelbagai kaum di sekolah.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang anda kemukakan.

You might also like