Professional Documents
Culture Documents
Betik PDF
Betik PDF
Malaysia’s Best ialah jenama yang melambangkan jaminan keselamatan makanan dan kualiti
yang diperakui oleh Kementerian Pertanian Malaysia bagi maksud meyakinkan pengguna di
dalam dan di luar negara terhadap hasil pertanian negara. Penggunaan jenama ini dapat
meningkatkan imej hasil pertanian negara bagi mewujudkan permintaan di pasaran
antarabangsa.
Jenama Malaysia’s Best dikeluarkan oleh FAMA setelah pengusaha hasil pertanian memenuhi
skim penggredan dan spesifikasi kualiti yang telah ditetapkan. Hasil pertanian untuk tujuan ini
mestilah diperoleh dari ladang yang menyertai Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) di
bawah kawal selia Jabatan Pertanian Malaysia supaya menepati kualiti yang dikehendaki.
Hasil yang berkualiti perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
pihak iaitu pengeluar dan pengguna. Antara kriteria yang dikehendaki termasuklah hasil yang
mempunyai kualiti seperti saiz, rupa dan warna, kesegaran, bebas daripada kerosakan dan
sebagainya, yang selamat untuk dimakan, iaitu tidak mengandungi sisa racun dan logam berat
yang melebihi aras yang dibenarkan, serta bebas daripada organisma yang berbahaya.
Betik merupakan satu pengeluaran hasil pertanian eksotik yang telah dan sedang mendapat
permintaan pengguna luar negara dan tempatan. Untuk mengekalkan permintaan tersebut,
adalah menjadi hasrat negara untuk menjenamakan buah tersebut sebagai Malaysia’s Best.
Kaedah pengendalian yang memuaskan amatlah perlu diamalkan oleh mereka yang terlibat.
KULTIVAR
Betik yang nama saintifiknya Carica papaya dipercayai berasal dari kawasan tropika benua
Amerika dikenali sebagai ‘pawpaw’ atau ‘melon zapote’. Buah ini mempunyai berbagai bentuk
dan isinya lembut. Tanaman jangka pendek sesuai ditanam di kawasan tropika di antara garis
lintang 32°U dan 32°S.
Gambar 2.
Penyauk dilapik plastik bagi mengelakkan
Kecederaan pada buah
1
Gambar 1. Buah matang dipetik menggunakan
penyauk bagi mengelakkan buah daripada
terjatuh atau terecedera
PENUAIAN
Penuaian boleh diberi perhatian sewajarnya kerana penuaian yang kurang cermat akan
menjejaskan kualiti buah. Buah perlu dipetik pada tahap kematangan yang sesuai dan bekas
yang digunakan untuk mengisi buah mestilah selamat digunakan.
Mengenal Kematangan
Betik boleh dipetik selepas 5 bulan berputik, bergantung pada varieti. Walau bagaimanapun,
penuaian berdasarkan kiraan hari sukar dilakukan kerana peringkat tumbesaran buah tidak sama
pada satu pokok. Indeks kematangan berasaskan wana kulit telah dibentuk.
2
Indeks 4 – Permukaan kulit yang berwarna kuning melebihi
permukaan yang berwarna hijau. Sesuai dipetik untuk eksport melalui
udara.
PENGASINGAN
Buah yang berkualiti dipilih dengan mengasingkan buah yang tidak mencapai tahap yang
diterima oleh pasaran seperti tidak matang, rosak, cacat, kotor dan sebagainya. Pengasingan
dilakukan di ladang atau di rumah pembungkusan.
Contoh-contoh keadaan buah yang mengalami kecacatan, kecederaan dan kerosakan yang
menjejaskan kualiti buah, jangka hayat simpanan, persembahan dan kualiti pasaran seperti
berikut:
3
Kesan getah yang kering dan tidak dibersihkan meliputi hampir
keseluruhan permukaan buah.
4
Kesan kecederaan yang dalam sehingga ke bahagian isi.
5
Tanda penyakit reput pangkal.
Buah hendaklah dibasuh dengan air untuk menghilangkan kekotoran seperti habuk, tanah, getah,
sisa racun perosak dan benda asing yang lain. Kemudian buah tersebut dirawat untuk
mencegah atau mengurangkan jangkitan penyakit dengan mencelup ke dalam dua peringkat air
panas pada peringkat pertama buah dicelup ke dalam air panas. Pada peringkat pertam buah
dicelup ke dalam air panas pada suhu 48°C selama 20 minit. Buah dicelup sekali lagike dalam
air panas pada suhu 52°C selama 5 minit dan seterusnya buah disejukkan dan dikeringkan pada
udara biasa.
6
Gambar 5. Buah dikeringkan di atas rak
yang beralas
PENGGREDAN
Buah yang sudah dirawat dan dibersihkan hendaklah digred mengikut skim penggredan yang
diluluskan oleh FAMA seperti dalam Jadual 1 dan jadual 2
Pengelasan saiz betik eksotika ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti dalam jadual
berikut:
7
Gred Spesifikasi Kelonggaran
(Maksimum)
Pengelasan saiz betik panjang ditentukan oleh berat dalam unit kilogram seperti dalam jadual
berikut:
Besar L >2.0
Sedang M 1.0-2.0
Kecil S <1.0
PEMBUNGKUSAN
Buah daripada gred yang sama dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat
memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan
pengangkutan.
Buah dibalut dengan kertas jenis bebas asid atau jaring polistirena dan disusun dalam satu
lapisan di dalam kotak. Kotak pembungkus perlu dilabel dengan keterangan tentang hasil seperti
jenis, nama dan alamat pembungkus, varieti, negara asal, gred, saiz buah (berat minimum dan
maksimum) dan bilangan buah mengikut peraturan-peraturan dalam Akta FAMA. Buah disusun
menegak dengan bahagian tangkai menghala ke bawah. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu
unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
8
Gambar 6. Buah dibalut dengan jejaring
‘polyethane’ dan disusun dalam kotak yang
berlapik dengan plastik gelembung udara
PENYIMPANAN
1. Buah tidak dapat diedarkan dengan segera kerana masalah teknikal dan logistik.
2. Menunggu kuantiti konsainan yang mencukupi.
3. Buah yang berlebihan daripada permintaan pada hari tersebut.
Buah betik pada tahap indeks 2-3 disimpan pada 10-15°C dengan kelembapan bandingan 85-
90%. Buah disimpan sehingga 14 hari pada suhu tersebut.
9
PEMERAMAN
Proses pemasakan buah masih belum diamalkan dengan meluas disebabkan permintaan
pengguna yang kurang menekankan keseragaman warna masak.
Proses pemasakan
i. Suhu yang baik untuk menghasilkan warna kulit yang menarik ialah di antara 20-25°C.
ii. Kelembapan bandingan semasa pemasakan perlu dikawal di antara 85-90% untuk
mendapatkan mutu dan warna buah yang baik.
Taknik aliran udara (flow through system) boleh diamalkan menggunakan gas etilena (Gred
teknikal pada kadar kepekatan 5 bpj) untuk jangka masa dedahan selama 24 jam. Gas
hendaklah dialirkan berterusan supaya dapat beredar dengan sempurna dan menyeluruh. Buah
betik yang diaruh dengan gas etilena boleh diedarkan selepas 12 jam dan sedia untuk dimakan
setelah 1-2 hari.
10