You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

1.1 PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan
kerja kursus kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Isu Sekolah Vernakular”. Kerja
kursus yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada markah subjek CTU553.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr Mohd Faizal bin P. Rameli, selaku Pensyarah Subjek CTU553 Hubungan
Etnik kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan. Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa beliau kerana memberikan
bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus kami serta membantu kami ketika
susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada kami sepanjang kerja kursus ini disiapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan bahagian masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
kerja kursus amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

You might also like