You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWANTANKUASA PPDA BIL 1/2019

Tarikh : 31 Disember 2018


Hari : Isnin
Tempat : bilik mesyuarat SKBTS
Masa : 1.30 petang

Kehadiran :
1. En. Ali Sabri Bin Angsor
2. Muhammad Hafiz Bin Yusof
3. Pn Nor Suzera Bt Zahari
4. Pn Zurifah Bt Abdul Rahman
5. En Wan Ruzlee B Wan Mohd Nor
6. Pn Noraini Bt Sulaiman
7. En Ahmad Izham B Abdul Ghani
8. Pn Norashikin Bt Aziz
9. Pn Mardhiyah

Tidak Hadir : -
Tiada
Urus Setia/ Setiausaha : Muhammad Hafiz Bin Yusof

1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini.
Tindakan: Makluman

1.2 En. Ali Sabri juga berharap program PPDa kali ini berjalan dengan lancar dan
mengikut perancangan. Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak
terlibat dengan kegiatan dadah.
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Bil. 3/2018 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
2.2 Dicadang oleh : Muhammad Hafiz Bin Yusof
Disokong oleh : Pn Nor Suzera Bt Zahari
Tindakan: Makluman

3. Aktiviti Tahunan PPDa 2019

3.1 Muhammad Hafiz Bin Yusof selaku penyelaras unit PPDa mengedarkan takwin
unit PPDa SKBTS dan menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini
ialah:
a. Minggu PPDa
b. Ceramah dan Pameran PPDa
c. Program 5 minit
Tindakan: Makluman

3.2 Beliau berharap semua program yang dirancang memberi manfaat kepada
semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru.

Tindakan: Makluman

4. Minggu Antidadah

4.1 Penyelaras PPDa juga memaklumkan bahawa Minggu Antidadah akan


diadakan pada bulan Oktober atau selepas UPSR tahun ini dan beberapa
pertandingan akan diadakan seperti tahun-tahun sebelum serta wajib disertai
oleh semua murid-murid.
Tindakan: Makluman

4.2 Jawatankuasa akan ditubuhkan dan mohon bantuan semua guru-guru kelas dan
guru mata pelajaran tertentu.
Tindakan: Makluman

5. Hal-hal lain

5.1 En. Ali Sabri meminta guru-guru untuk bekerjasama memperindahkan sudut
PPDa sekolah.
Tindakan: Makluman

5.2 En. Ali Sabri juga berharap semua guru bekerjasama untuk menjadikan sekolah
bebas Dadah dan program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………………
(Muhammad Hafiz Bin Yusof)
Setiausaha PPDa
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan

You might also like