You are on page 1of 18

SISTEM SOSIAL

Sistem Kepercayaan dan Agama


Agama Buddha
 Siddhartha Gautama (SG) Buddha ialah
pengasas doktrin ini dan Buddha
merupakan seorang putera raja dari
India yang juga dikenali Shakyamuni.
 Buddha bererti seorang manusia yang
telah mencapai satu tahap kesedaran
rohani yang sempurna.
 Semasa berada dlm istana, beliau melihat satu
kematian dan bertanya kepada dirinya
mengapa manusia sakit dan mati?
 Persoalan ini menyebabkan beliau keluar dari
istana pada usia 35 tahun, untuk melihat erti
kehidupan dan penderitaan manusia.
 Beliau memulakan pertapaan dan berpuasa di
bawah pohon pipal, dan pada hari ke-49
pertapaannya, beliau telah mencapai tahap
Buddha.
 Pada peringkat awal, ajaran Buddha bukanlah
satu agama sebaliknya lebih kepada ajaran-
ajaran bersifat psikologi & etika yg berkaitan
kehidupan.
 Setelah kematian SG, pengikut-pengikutnya
berkumpul dan bersetuju menjadikan ajaran
yang ditinggalkan sebagai satu agama yang
perlu dianuti dan diamalkan yang kemudiannya
dikenali sebagai agama Buddha.
 Ajaran Buddha berdasarkan kitaran/pusingan
kehidupan, iaitu
 Sila (moral yang tinggi)
 Renungan (samadhi)
 Kesedaran (prajna)
 Mencapai sambodhi
 Terlepas daripada pusingan kelahiran (nirvana)
 Hukum karma : setiap perlakuan meninggalkan kesan
buruk atau baik dan kesan ini mencorakkan
perwatakan makhluk semasa di dunia atau akan
datang.
 Agama Buddha menegaskan apa jua yang
akan dilahirkan semula merupakan hasil
daripada perlakuan yang dilakukan dan
bukannya jiwa (atma).
 Maka, setiap makhluk haruslah
menyelesaikan setiap perbuatannya sama
ada yang baik atau buruk, kerana selagi
tidak diselesaikan maka makhluk tersebut
tidak akan bebas daripada pusingan
kelahirannya.
 Ajaran Buddha terkandung dalam ajarannya
yang mulia, iaitu
 Dukka : merupakan kehidupan manusia yang
diselubungi kesakitan, penderitaan dan kesedihan.
 Samudaya : merupakan punca kesengsaraan, iaitu
nafsu yang inginkan kekayaan dan keseronokan.
 Nirodha : menghapuskan kesengsaraa, iaitu dengan
mengatasi nafsu.
 Marga : merupakan jalan atau cara yang boleh
mengatasi nafsu, iaitu melalui Jalan Mulia Berlapis
Lapan (pemikiran, pengetahuan, keinginan,
pertuturan, kelakuan, usaha & pertapaan yg baik)
Agama Buddha di Myanmar
 Agama Buddha telah meninggalkan
pengaruhnya yang besar dalam politik dan
institusi sangha di Myanmar dan Thailand.
 Raja Myanmar memerintah negaranya
berdasarkan konsep dharmaraja iaitu
memerintah dengan menggunakan jalan
yang betul.
 Sebagai satu sistem sosial pula, undang-
undang biara dan undang-undang sangha
digunakan untuk mengekalkan
ketenteraman bekerja bagi kepentingan
masyarakat.
 Institusi sangha juga memainkan peranan
penting dalam menjaga kepentingan, keamanan
dan memberikan pendidikan kepada rakyat.
 Hal ini juga dapat dilihat dengan kepentingan
biara, iaitu sebagai tempat kanak-kanak
mendapat pendidikan agama dan sekular agar
mereka menjadi penganut dan pengikut agama
Buddha yang cerdik dan bermoral.
 Institusi sangha merupakan pemegang tradisi
masyarakat Myanmar yg penting terutama
selepas tahun 1886 apabila Myanmar jatuh ke
tangan British kerana sangha bertindak
melindungi agama, adat istiadat dan kehidupan
masyarakatnya daripada ancaman British.
 Menjelang akhir abad ke-19, agama Buddha
di Myanmar dibahagikan kepada dua aliran,
iaitu
 Aliran Sulagan : aliran yang mementingkan
disiplin dan kesucian Buddha
 Aliran Mahagandi : lebih fleksibel dan liberal
aliran ini memasukkan elemen-elemen luaran
dalam ajaran agama Buddha.
Agama Buddha di Asia Selatan
(India)
 Ajaran ini dilihat sebagai satu bentuk penentangan
terhadap agama Hindu terutama dominasi kasta
Brahmin dan ajarannya melarang manusia
melakukan kekejaman sesama manusia.
 Ajarannya menekankan konsep ahimsa, iaitu
menolak penyeksaan dan pembunuhan sama ada
terhadap binatang ataupun makhluk bernyawa
walaupun sumber makanan.
 Pengaruh dan pencapaian agama Buddha di Asia
Selatan agak terhad kerana kecemerlangannya
hanya berlaku pada zaman awal masihi disebabkan
sokongan daripada pemerintah seperti Asoka.
 Agama Buddha di Asia Selatan dibahagikan
kepada dua Mazhab
 Mazhab Mahayan : amalan yang mengutamakan
pencapaian dan tindakan individu dalam
menentukan kehidupan
 Mazhab Hinayana : menekankan kehidupan
secara bermasyarakat dan pengikut ajaran ini
dikenali sebagai sebagai Buddha Theravada
Agama Buddha di Asia
Timur
 Perkembangan agama Buddha di Asia
Timur lebih didominasikan oleh agama
Buddha Mahayana yang memberikan
tumpuan kepada pencapaian serta
tindakan individu dalam menentukan
corak dan gaya hidup seseorang.
 Mazhab Mahayana boleh didapati di
negara-negara China, Jepun, Korea dan
Taiwan.
 Di negara China, agama Buddha sering
bertentang dan bersaing dengan penganut
Confucius. Golongan pelajar tidak memberikan
sambutan baik terhadap ajaran Buddha,
manakala golongan petani pula menerimanya
disebabkan mereka merupakan golongan yang
sering ditindas dan ditekan.
 Menjelang abad ke-19, agama Buddha di China
bertambah kukuh dan banyak kuil atau biara
dibina.
 Biara-biara ini berkembang pesat dan menjadi
tempat keagamaan dan pusat mempelajari seni
pertahanan diri.
 Wushu sering dijadikan subjek penting di biara.
 Di negara Jepun, perkembangan agama Buddha
banyak berkait rapat dengan perkembangan yang
berlaku di negara China dan dibawa masuk ke
Jepun sekitar abad ke-6.
 Persaingan agama Buddha di Jepun pula adalah
dengan agama Shinto.
 Namun, masalah diselesaikan dengan membuat
satu kelonggaran iaitu membawa masuk patung-
patung Shinto, manakala upacara kematian pula
dilakukan mengikut ritual agama Buddha.
 Di jepun, agama Buddha telah membuat
pembaharuan, iaitu prinsip persamaan hak dan
perpaduan sesama manusia. Agama Buddha di
Jepun telah membantu dan memberikan
sumbangan besar kepada kestabilan politik Jepun.
 Hal ini disebabkan ajaran Buddha menekankan
prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada
pemimpin negara. Secara tidak lgsung, agama
ini mengembalikan kuasa sebenar maharaja
Jepun melalui doktrin falsafah yg memberi
tumpuan kepentingan sistem kerajaan pusat.
 Dengan memberikan kuasa sepenuhnya
kepada maharaja, ini bererti kestabilan negara
dapat dibentuk serta segala perancangan dapat
dilaksanakan dengan jaya dan mudah.
 dengan faktor-faktor ini, agama Buddha telah
diberikan status yang tinggi di Jepun.
 Kedudukan agama Buddha sebagai satu
agama yang penting dijelaskan melalui dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu
mewujudkan sistem yang mewajibkan guru-
guru dan sami-sami Buddha diambil menjadi
penyelia serta penasihat kepada pegawai-
pegawai kerajaan.
 Sistem ini membantu kerajaan membentuk
disiplin dan kelakuan mereka serta pengaruh
agama Buddha ini begitu ketara semasa zaman
pemerintahan Tokugawa. Agama Buddha
dikawal dan dijadikan alat pemerintahan
Tokugawa untuk mengawal pegawai-pegawai,
pembesar-pembesar dan rakyatnya.
Sekian. Habis sudah. 

You might also like