You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Organisasi

V3 Builders Sdn Bhd ditubuhkan pada 20 Julai 2007 merupakan syarikat kontraktor binaan

yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 . Syarikat ini menyediakan

perkhidmatan pembinaan bangunan, pembekal bahan mentah dan perundingan pengurusan

projek. V3 Builders Sdn Bhd adalah syarikat kontraktor binaan bertaraf Bumiputera dan

merupakan kontraktor binaan kelas G7 (kontraktor CIDB Gred 7).

Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai kumpulan kakitangan seperti tenaga

mahir (kumpulan profesional) dan kumpulan sokongan, syarikat ini turut terlibat di dalam

menubuhkan sebuah kesatuan sekerja yang mewakili anggota kumpulan sokongan.

Kumpulan sokongan ini terdiri daripada 65 orang pekerja. Walau bagaimanapun, salah

seorang pekerja V3 Builders Sdn Bhd dari kumpulan sokongan iaitu, En Muhammad Ismail

telah mengadu dan mencadangkan supaya mewujudkan kesatuan sekerja disebabkan perkara-

perkara yang ingin dibincangkan. Oleh itu, En Mohammad Ismail telah mengajak kesemua

pekerja bahagian kumpulan sokongan untuk menyertai kesatuan sekerja. Akan tetapi,

penglibatan kakitangan yang berkhidmat di bahagian pengurusan, eksekutif dan keselamatan

adalah dilarang sama sekali untuk terlibat di dalam pembentukan kesatuan sekerja bagi

mewakili anggota kumpulan sokongan di syarikat ini.

Bagi menubuhkan kesatuan sekerja kumpulan sokongan ini, satu mesyuarat

penubuhan telah dilaksanakan oleh anggota kumpulan sokongan tersebut pada:

Tarikh : 22 Mei 2013 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat I, V3 Builders Sdn Bhd.

Notis mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja bagi kumpulan sokongan serta laporan minit

mesyuarat penubuhan kesatuan sekerja tersebut adalah seperti di Lampiran I dan Lampiran II.
2.0 PERBINCANGAN

2.1 Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Setelah selesai membuat mesyuarat penubuhan, sesebuah kesatuan sekerja itu perlulah

didaftarkan seperti mana yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Menurut Wu Min Aun (1985:10), “…setiap kesatuan sekerja diperlukan memohon

pendaftaran dalam jangka masa sebulan dari tarikh penubuhannya. Tempoh ini boleh
dilanjutkan atas budi bicara Pendaftar Kesatuan Sekerja, tetapi jumlah kesemua tempoh itu
mestilah tidak melebihi enam bulan”. Wu Min Aun (1985:10-11) turut menyatakan
bahawa “…sekiranya mana-mana kesatuan sekerja gagal memohon pendaftaran dalan masa
yang sepatutnya (atau jika pendaftaran ditolak; ditarik balik atau dibatalkan),

Permohonan bagi pendaftaran sesebuah kesatuan sekerja mestilah mengikut syarat


yang terkandung di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 iaitu;
(1) Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran sesuatu pertubuhan,
gabungan atau persatuan sebagai suatu kesatuan sekerja
hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk yang
ditetapkan, dan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-
kurangnya tujuh orang anggota kesatuan itu, yang mana di
antaranya boleh terdiri daripada pegawai-pegawainya.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah


disertakan bersamanya fee sebagaimana yang ditetapkan dan satu
salinan bercetak dalam bahasa kebangsaan kaedah-kaedah
kesatuan sekerja itu yang ditandatangani oleh anggota kesatuan
sekerja yang membuat permohonan itu dan suatu penyata butir-
butir berikut iaitu:
(a) nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat
permohonan;
(b) nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibu pejabatnya; dan

(c)titel, nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai


kesatuan sekerja itu, dan maklumat lain sedemikian mengenai
pegawai-pegawai sedemikian yang diperlukan supaya diberi
oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes.

(International Law Book Services, 2011: 15).


Oleh demikian, setelah mengadakan mesyuarat penubuhan pada 22 Mei 2013, Persatuan

Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS), V3 Builders Sdn Bhd telah membuat permohonan kepada

Ketua Pengarah atau Pendaftar Kesatuan Sekerja bagi mendapatkan pengesahan tentang kesatuan

yang telah mereka tubuhkan tersebut. Permohonan pendaftaran kesatuan sekerja

tersebut telah dibuat melalui Borang B (Lampiran III). Permohonan telah dibuat pada 28 Mei

2013 iaitu setelah segala dokumen seperti laporan minit mesyuarat penubuhan serta dokumen lain

yang diperlukan disediakan.

Selain itu, di bawah seksyen 14 Akta Kesatuan Sekerja 1959,“…Ketua Pengarah boleh

meminta untuk maklumat lanjut bagi maksud memuaskan hatinya bahawa sesuatu permohonan

itu mematuhi Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya atau bahawa kesatuan sekerja

itu berhak didaftarkan di bawah Akta ini”, (International Law Book, 2011: 17). Menurut Wu Min Aun

(1985: 13), “…sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa kesemua kehendak telah dipatuhi, ia akan

mengeluarkan satu sijil pendaftaran kepada kesatuan”. Perkara ini telah disebut di bawah seksyen

13 Akta Kesatuan Sekerja 1959, iaitu;

“…Ketua Pengarah, apabila mendaftarkan sesuatu kesatuan sekerja di bawah seksyen 12

hendaklah mengeluarkan kepada kesatuan sekerja itu suatu pengakuan pendaftaran dalam borang

yang ditetapkan dan pengakuan itu, melainkan jika dibuktikan bahawa ianya telah dibatalkan atau

ditarikbalik hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi semua maksud bahawa kesatuan sekerja

itu telah didaftarkan dengan sempurna di bawah Akta ini”,(International Law Book Services, 2011:

17).

Oleh demikian, setelah membuat permohonan pendaftaran kepada Ketua Pengarah dan

memberikan kerjasama kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan segala maklumat yang diperlukan,

maka, Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) V3 Builders Sdn Bhd diberikan perakuan

pendaftaran seperti yang terdapat pada Lampiran IV.


3.0 LANGKAH DAN PROSEDUR UNTUK MENGADAKAN PERUNDINGAN
4.0 MASALAH YANG DIHADAPI
5.0
Tarikh: 12 Mei 2013
Kepada:
Anggota Kakitangan Kumpulan Sokongan,
V3 Builders Sdn Bhd,
52100 Kepong,
WP Kuala Lumpur

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJA
Perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan
berikut:

Tarikh : 22 Mei 2013 (Sabtu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat I, V3 Builders Sdn Bhd.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

i. Melantik “Pengerusi Sementara” dan “Pencatat Minit” dalam


mesyuarat penubuhan.
ii. Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan
sekerja.
iii. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja
iv. Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan
v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja
vi. Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan
sekerja
vii. Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa.
viii. Mengemukakan isu-isu atau masalah pekerja yang berkaitan
ix. Penutup

Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian dan terima kasih.


MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN
SEKERJA PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN
SOKONGAN (PAKS) V3 BUILDERS SDN BHD

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat I, V3 Builders Sdn Bhd

Jumlah yang hadir : 15 orang ahli

Kehadiran:
1. En. Mohammad Ismail

2. En. Nurul Din

3. En. Wan Suhan

4. Cik Aireen Fadzillah binti Harun

5. Cik Ain Shahirah binti Salleh

6. Cik Rosmawati binti Mohammad

7. Cik Nurul Hanis binti Mohd

8. En. Elias Abdul Aziz

9. En. Khairul Azlan bin Mohd

10. En. Ismail bin Aziz

11. En. Shahmil bin Arifin

12. En. Azahari bin Ismail

13. En. Waheedul Rahman

14. En.Ali bin Umar

15. En. Azim Bin Razmi

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat


Tuan Pengerusi Majlis, En. Mohammad Ismail mengucapkan salam sejahtera dan mengajak
semua ahli yang hadir pada pagi ini membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat
mereka.

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir bagi
menubuhkan kesatuan sekerja yang akan mewakili ahli-ahli di dalam berurusan dengan
majikan.

Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis melantik salah seorang ahli dengan persetujuan ahli-ahli
yang lain iaitu Cik Aireen Fadzillah binti Harun sebagai pencatat minit sementara untuk
mencatat minit mesyuarat ini.

Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda mesyuarat pada pagi ini iaitu melibatkan
perbincangan mengenai tujuan penubuhan kesatuan, menetapkan skop keahlian, yuran
kesatuan, nama kesatuan dan alamat berdaftar, peraturan yang digunapakai di dalam
kesatuan, perlantikan Jawatankuasa kesatuan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Pengerusi berharap kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberi kerjasama dan
berbincang untuk memudahkan keputusan bagi menubuhkan kesatuan sekerja ini dapat
dilaksanakan dengan segera. Majlis diteruskan dengan perbincangan berkenaan agenda yang
telah ditetapkan.

2. Tujuan Penubuhan Kesatuan Sekerja

Pengerusi bertindak menerangkan secara umum berkenaan fungsi kesatuan sekerja dan
seterusnya membincangkan tujuan penubuhan kesatuan sekerja bersama-sama ahli yang
lain yang hadir.

Hasil daripada perbincangan dengan ahli, tujuan penubuhan kesatuan sekerja di


organisasi ini adalah seperti berikut:

(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja sebagai ahli Kesatuan dan memajukan


kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan
ilmu pengetahuan.

(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud


melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran
dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan,
sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan
pekerja-perkerja lain,di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di
antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang
perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat
atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.

(d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan
dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

(e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka
jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerj
(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian
perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk
faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.

Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan dan perbincangan berkaitan dengan
tujuan penubuhan kesatuan sekerja ini.

3. Menetapkan skop keahlian

Pengerusi meneruskan perbincangan berkaitan dengan skop keahlian di mana beliau


meminta pandangan daripada ahli-ahli yang hadir untuk mencadangkan dan menetapkan
skop keahlian yang boleh mendaftar dan terlibat di dalam kesatuan sekerja ini.

Hasil daripada cadangan dan perbincangan, keputusan bagi skop keahlian adalah seperti
berikut:

(a) Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Kakitangan Sokongan Satu dan
Kakitangan Sokongan Dua Dari Gred 1 Hingga Gred 40 yang digaji oleh Kolej
Kerjasama Perak.

4. Yuran Kesatuan

Pengerusi meminta ahli-ahli memberikan pendapat berkenaan dengan yuran yang perlu
dikenakan ke atas ahli-ahli yang ingin mendaftar masuk serta yuran bulanan bagi
kesatuan sekerja ini. Respon yang diberikan oleh ahli yang hadir sangat
memberangsangkan dengan pelbagai cadangan berkaitan telah diberikan.

Hasil perbincangan Pengerusi bersama ahli-ahli yang hadir, kata sepakat diperolehi
berkenaan dengan yuran kesatuan iaitu:

Yuran masuk/pendaftaran RM3.00

Yuran bulanan RM5.00

Kadar bayaran yang ditetapkan ini adalah tertakluk kepada persetujuan bersama ahli-ahli
yang hadir melalui undian yang dilakukan dan sebarang kenaikan atau pertukaran
jumlah bayaran yuran hendaklah diputuskan melalui undian sulit menerusi perkara 25.

5. Menetapkan nama dan alamat berdaftar Kesatuan Sekerja


Hasil perbincangan bersama-sama ahli, persetujuan diperolehi untuk menamakan
kesatuan sekerja yang mewakili mereka ialah “Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan
– (PAKS)”.

Selain itu, ahli sebulat suara telah bersetuju untuk menggunakan alamat berdaftar bagi
kesatuan iaitu Tingkat 1, V3 Builders Sdn Bhd, 52100 Kepong, WP Kuala Lumpur.

6. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Sekerja

Pengerus memohon semua ahli yang hadir untuk memberikan cadangan untuk memilih
ahli jawatankuasa kesatuan bermula daripada Pengerusi sehingga kepada AJK iaitu
seramai empat orang.

Hasil daripada cadangan dan persetujuan daripada semua ahli yang hadir, antara
individu yang dilantik bagi memimpin kesatuan sekerja ini adalah seperti berikut:

Pengerusi : En. Mohammad Ismail

Timbalan Pengerusi : En Nurul Din

Setiausaha : Cik Aireen Fadzillah binti Harun

Bendahari : Cik Ain Syahirah Binti Salleh

Ahli Jawatankuasa : 1. En. Khairul Azlan bin Mohd

2. En Ismail Bin Aziz

3. En. Shahmil Bin Arifin

4. En Azahari Bin Ismail


Setelah selesai pembentangan oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan-peraturan
yang berkaitan dengan kesatuan sekerja, seorang ahli telah mencadangkan bahawa
meluluskan segala peraturan yang telah dibentangkan oleh Pengerusi.

7. Isu-isu/ Masalah – Masalah Yang Dibincangkan

7.1 En. Mohammad Ismail (Pengerusi)

7.1.1 Memberi tugas kepada En Nurul Din (Timbalan Pengerusi) untuk


menguruskan urusan berkaitan dengan pendaftaran kesatuan sekerja kepada
Ketua Pengarah.

7.1.2 Semua AJK perlu memberi kerjasama dan pertolongan bagi memudahkan
urusan tersebut.

Majlis telah bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Pengerusi di dalam
perkara 7.1.1 dan 7.1.2.

Tindakan: Timbalan Pengerusi dan Setiausaha

8. Penutup

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang
hadir dan berharap agar penubuhan kesatuan sekerja ini dapat memberi manfaat kepada
semua ahli.

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 1.30 petang pada 22 Mei 2013.

Disediakan oleh

Cik Aireen Fadzillah


binti Harun Setiausaha

TARIKH: 27 MEI 2013


BORANG B

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

_________________________________________

PERAKUAN PENDAFTARAN
(Seksyen 13 dan Peraturan 7)

_______________________________

ADALAH DENGAN INI DIPERAKUI

bahawa

PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (PAKS)

V3 BUILDERS SDN BHD

telah didaftarkan pada hari ini sebagai suatu kesatuan sekerja di

bawah seksyen 12 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan bahawa

nombor pendaftarannya ialah SK 199.

Diberi di bawah tandatangan saya pada 07 haribulan JUN 2013

…….……………………………….

Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja


PERSATUAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN (PAKS)
V3 BUILDERS SDN BHD
52100 WP. Kuala Lumpur

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: Bil (1) dlm. PAKS
Tarikh: 21 JUN 2013
Ketua Pengarah,
V3 Builders Sdn Bhd,
52100 Kepong
WP Kuala Lumpur

Tuan,
PERKARA: PELAWAAN PERUNDINGAN KOLEKTIF
Merujuk perkara di atas.
2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Mohammad Ismail wakil dari Persatuan
Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS) selaku Pengerusi yang telah dilantik ingin
mempelawa Tuan untuk mengadakan satu perundingan kolektif bagi membincangkan dan
mempertimbangkan cadangan yang telah diutarakan oleh persatuan kami. Antara cadangan
yang ingin kami perbincangkan adalah seperti berikut:

a) Peruntukan latihan bagi memberi lebih pendedahan dan memperkembangkan


kemahiran dan kebolehan para pekerja.

b) Peruntukan upah bagi setiap pekerja yang terpaksa mengorbankan hari cuti rehat
dan melaksanakan kerja lebih masa.

c) Peruntukan hari kelepasan bagi setiap pekerja.

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Tuan dapat mempertimbangkan
permohonan kami untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Maklum balas dari
Tuan adalah diharapkan bagi memastikan perundingan ini dapat diteruskan demi
kepentingan organisasi dan para pekerja.

Sekian dan terima kasih.


Saya yang berkhidmat,

Muhhamd Ismail
……………………………….
(MUHAMMAD ISMAIL)
Pengerusi
Persatuan Anggota Kumpulan Sokongan (PAKS)
RUJUKAN

Wu Min Aun. (1985). Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia: Selangor:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

International Law Book Services. (2011). Undang-undang Malaysia: Akta Kesatuan Sekerja

1959 (Akta 262) & Peraturan-peraturan. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. (2011). Garis panduan tentang penubuhan dan
pendaftaran kesatuan sekerja. Retrieved 2019, January 28 from
http://jheks.mohr.gov.my/pda/images/stories/pdf/garispanduan/GARIS_PANDUAN
_TENTANG_PENUBUHAN_DAN_PENDAFTARAN_KESATUAN_SEKERJA.

You might also like