You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI / 2012

HBEF3603

AMALAN PROFESIONAL

TUGASAN 1 / AKTIVITI 3

NAMA : NUR AIN SYAMILA BINTI SOBOI


NO. MATRIKULASI : 820718135312001
NO. KAD PENGENALAN : 820718 – 13 – 5312
NO. TELEFON : 017 – 807 2712
E-MAIL : nurainsyamilasoboi@yahoo.com.my
TUTOR : MISS ANGIE GARET

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN


SARAWAK

0
SENARAI KANDUNGAN

No. Kandungan Halaman


1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lalu 2–4
2.0 Isu / Fokus Kajian 4
3.0 Kumpulan Sasaran 5
4.0 Perlaksanaan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 5-8
5.0 Laporan Perlaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
5.1 Aktiviti Inovasi dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 8–9
5.2 Kelebihan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang 9

dijalankan
5.3 Kekurangan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang 9 - 10

dijalankan
6.0 Rumusan 10
Bibliografi 11 - 12
Lampiran 13 - 20

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lalu

Saya merupakan seorang guru akademik biasa dan mengajar kelas Perdana. Sepanjang 10
tahun bertugas saya telah berpeluang untuk menggantikan guru Pra Sekolah ketika guru
tersebut menghadiri kursus atau semasa ketiadaan mereka di sekolah. Namun begitu saya
mempunyai banyak pengalaman melihat prestasi setiap kanak-kanak daripasa Pra Sekolah
kerana saya mengajar kanak-kanak yang sama bagi mata pelajaran Matematik apabila
mereka masuk ke kelas Perdana Tahun 1 dan Tahun 2. Saya merupakan guru Matematik bagi
kelas Perdana Tahun 1 dan 2. Justeru tahap pencapaian di kalangan kanak-kanak Pra Sekolah

1
dapat saya lihat apabila mereka memasuki alam persekolahan formal di kelas Perdana iaitu di
Tahun 1.
Dengan pengalaman yang saya alami apabila mengajar mereka di dalam kelas Matematik
di Tahun 1 dan 2, saya mengambil peluang untuk membuat pemerhatian bagi
mengesanfaktor-faktor atau penyebab kepada kelemahan di kalangan kanak-kanak dalam
penguasaan konsep asas nombor. Saya turut mengambil peluang untuk menggantikan guru
Pra Sekolah mengetahui tahap perkembangan kognitif matematik di kalangan kanak-kanak
Pra Sekolah. Walaupun jangka masa saya menggantikan guru Pra Sekolah tidaklah terlalu
lama atau berminggu-minggu, namun saya masih berpeluang untuk mengesan kelemahan dan
kelebihan yang ada di kalangan kanak-kanak Pra Sekolah. Sepanjang pemerhatian saya
menggantikan guru Pra Sekolah, saya berasa tidak berpuas hati dengan pencapaian kanak-
kanak Pra Sekolah berumur 6 tahun yang agak pasif semasa pengajaran saya. Kanak-kanak
hanya menghafal kedudukan nombor 1 hingga 10 apabila dalam bentuk nyanyian sahaja.
Secara lisannya, kanak-kanak dapat menyebut nombor 1 hingga 10 dengan sangat baik dan
lancar. Malah sebutan mereka juga jelas dan mudah difahami.
Namun apabila saya melakukan aktiviti memadankan nombor dan mencari kuantiti sama
banyak, beberapa orang kanak-kanak belum dapat menilai nombor dengan gambar yang
diberikan. Apabila diarahkan untuk menunjukkan nombor-nombor tersebut saya mengesan 4
orang kanak-kanak tadi sukar untuk mengenalpasti nombor yang tepat dengan nombor yang
disebut oleh mereka. Saya membantu mereka untuk mengira objek yang terdapat pada kad
gambar dan mencari nombor yang sepadan. Namun mereka masih tidak memahami padanan
tersebut. Malah apabila diarahlan untuk memadankan objek sama banyak, kanak-kanak
terebut masih keliru. Pada pemikiran saya, kanak-kanak sepatutnya sudah kenal nombor-
nombor asas 1 hingga 10 dan mengetahui konsep asas nombor dengan baik. Perkembangan
kognitif kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun sudah mula menyebut dan mengikut tuturan
orang di sekeliling mereka. Sudah pasti dalam perbualan seharian konsep nombor seperti
bentuk, nilai nombor dan sebagainya akan turut digunakan oleh ibu bapa.
Empat orang kanak-kanak tersebut telah saya uji di dalam kelas bersama-sama rakan-
rakan mereka yang lain dengan menggunakan bahan-bahan maujud untuk menunjukkan nilai
sesuatu nombor asas. Apabila diarahkan untuk membandingkan nilai nombor dan menyusun
semula kedudukan nombor mengikut nilai nombor 1 hingga 10, kelima-lima kanak-kanak
tersebut keliru dengan nilai-nilai nombor tersebut.
2
“Sila bandingkan yang mana satu nombor yang besar nilainya, nombor 2 atau nombor 5?”
Kanak-kanak hanya mendiamkan diri dan selepas beberapa minit seorang kanak-kanak
menjawab, “nombor 2, cikgu”.

Apabila ditanya berulang kali soalan yang hampir sama, 4 orang kanak-kanak masih tidak
dapat memahami konsep nombor tersebut walaupun diterangkan dengan simbol dan bahan
maujud. Penggunaan bahan maujud yang paling mudah difahami turut tidak mampu
membantu pemahaman kanak-kanak tersebut. Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak tersebut?
Melihat masalah tersebut, terlintas di fikiran saya untuk membantu keempat-empat
kanak-kanak tersebut dengan memikirkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menarik serta bersesuaian. Saya telah menyenaraikan nama kanak-kanak tersebut dan
berbincang guru Pra Sekolah untuk mengetahui dengan lebih terperinci dengan latar
belakang kanak-kanak tersebut. Saya meminta kebenaran kepada guru Pra Sekolah untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami masalah untuk menguasai konsep nombor 1 hingga
10 dengan cara menyediakan bahan dan kaedah yang yang mampu menarik minat kanak-
kanak tersebut. Pelbagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang saya gunakan
untuk membantu meningkatkan penguasaan kanak-kanak tentang konsep nombor. Saya perlu
mengatasi masalah ini agar ianya tidak berlanjutan dan menimbulkan masalah dalam
pencapaian pembelajaran dalam diri kanak-kanak sendiri. Malah, ianya turut akan
menambahkan lebih banyak masalah memandangkan di kelas perdana semasa di tahun 1, isi
pelajaran semakin meningkatkan dari aspek kemahiran kognitif matematik.
Salah satu teknik yang saya gunakan ialah melalui permainan interaktif. Dengan berfokus
kepada 4 orang kanak-kanak tersebut, saya mengambil kanak-kanak secara individu dengan
menggunakan tab untuk bermain nombor dalam bentuk permainan interaktif. Dengan
program berfokus kepada setiap kanak-kanak, saya dapat membantu mereka memahami
konsep asas nombor secara perlahan-lahan. Saya perlu menggunakan pelbagai teknik dan
pendekatan untuk membantu 4 orang kanak-kanak tersebut agar mereka lebih mudah
memahami konsep asas nombor tersebut.
Hasil daripada permainan interaktif yang telah saya jalankan dalam PdP, saya telah
melihat peningkatan positif di kalangan 4 orang kanak-kanak tersebut. Keempat-empat kanak
tersebut sudah kenal nombor dan nilai yang betul. Mereka turut menunjukkan minat yang
3
mendalam dalam aktiviti matematik di sekolah apatah lagi apabila diberi peluang bermain
gajet-gajet untuk tujuan peningkatan penguasaan kemahiran-kemahiran kognitif matematik.

2.0 Isu / Fokus Kajian


Berdasarkan kepada refleksi di atas, kajian tindakan ini berfokuskan kepada mencari
kaedah dan teknik yang bersesuaian untuk diamalkan oleh kanak-kanak pra sekolah. Dalam
kehidupan seharian kanak-kanak, bermain adalah merupakan aktiviti yang paling
menyeronokkan dan sangat sinonim secara lahiriah dengan perkembangan pertumbuhan
kanak-kanak.
Kelemahan yang paling ketara ialah apabila kanak-kanak hanya menghafal nombor
dalam bentuk nyanyian tetapi apabila diarahkan untuk menulis nombor dalam kedudukan
menaik, mereka sukar untuk menulis di papan tulis. Kanak-kanak juga mengalami masalah
untuk menyusun nombor. Satu lagi masalah yang paling ketara apabila kanak-kanak tidak
dapat membezakan nilai nombor yang diberikan. Apabila disuruh membulatkan salah satu
kumpulan daripada dua kumpulan objek yang berlainan nilai berdasarkan nombor yang
diberikan, kanak-kanak tidak memahami nilai setiap nombor.
3.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 4 orang kanak-kanak Pra Sekolah berumur 6 tahun di Sekolah
Kebangsaan Opar, Bau. Seramai 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan.
Kelima-lima kanak-kanak tersebut berbangsa Bidayuh.

4.0 Perlaksanaan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Kaedah inovasi yang saya gunakan ialah penggunaan permainan interaktif berasaskan
nombor. Dewasa ini, penggunaan gajet seperti tab, telefon pintar dan komputer sentiasa
mendapat tempat di hati kanak-kanak. Pelbagai bentuk permainan interaktif di dalam setiap
gajet sangat menarik minat kanak-kanak. Hampir setiap keluarga kini mampu memiliki gajet-
gajet tersebut. Justeru, saya mengambil pendekatan ini untuk membantu meningkatkan
penguasaan kanak-kanak dalam konsep nombor melalui permainan interaktif di dalam
komputer. Permainan interaktif saya muatturun daripada “playstore” dan “appstore” .
Terdapat beberapa jenis permainan interaktif telah saya pilih dan gunakan sepanjang sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan. Antara permainan interaktif yang saya

4
gunakan melalui aplikasi Apple atau “appstore” ialah Preschool Memory Match and Learn,
Numbers, Laugh and Learn Let’s Count Animal dan Maths. Selain itu saya turut
memuatturun permainan interaktif melalui komputer dengan menggunakan aplikasi
“BluStacks”.

Gambar 4.0.1 : Aktiviti Permainan Interaktif digunakan dalam sesi PdP

Bagi mengaplikasi penggunaan inovasi dalam sesi PdP, saya telah melaSesi PdP saya
dijalankan selama 30 minit dengan memberi fokus kepada konsep nombor. Sesi PdP saya
dimulakan dengan aktiviti menyebut dan mengenal nombor 0 hingga 10 secara rawak. Guru
menunjukkan nombor dan beberapa orang murid akan menyebut nombor-nombor yang
ditunjukkan. Aktiviti yang kedua ialah murid-murid memadankan nombor dengan jumlah
gambar yang terdapat pada kad gambar yang disediakan. Pemilihan perisian permainan
interaktif saya adalah berdasarkan kepada tahap penguasaan murid-murid di dalam kelas
tersebut. Penekanan yang saya ingin berikan ialah murid-murid belajar sambil bermain agar
mereka tidak merasa bosan.

5
Gambar 4.0.2 : Aktiviti memadankan nombor dan menyusun mengikut turutan menaik dan
menurun

Aktiviti PdP saya diteruskan dengan aplikasi inovasi iaitu permainan interaktif.
Permainan interaktif yang saya gunakan dimuatturun daripada perisian “BluStacks” iaitu
Numbers. Walaupun aplikasi ini menggunakan Bahasa Inggeris, namun memandangkan
murid-murid sudah terdedah dengan permainan interaktif daripada gajet-gajet seperti tab dan
telefon pintar, maka masalah untuk memahami arahan permainan tidaklah membimbangkan
saya sepanjang sesi PdP dijalankan. Ramai di kalangan kanak-kanak mempunyai kemahiran
yang sangat baik dalam penguasaan permainan interaktif. Permainan interaktif ini membantu
murid-murid untuk menguasai konsep asas nombor. Dalam permainan interaktif ini, murid-
murid dikehendaki memadankan jumlah objek dalam gambar dengan gambar yang sama
nilainya. Contohnya, murid-murid dikehendaki klik pada gambar yang mempunyai nilai
sama dengan gambar yang dipaparkan. Aktiviti ini dapat membantu murid-murid
mengenalpasti nilai sesuatu objek dengan hanya melihat gambar dan jumlah yang
dipaparkan. Tanpa meletakkan nombor-nombor tertentu pada setiap paparan, murid-murid
juga diberi peluang untuk berfikir dengan pantas dengan penggunaan deria penglihatan
mengesan objek yang sama banyak.
Aktiviti kedua inovasi menggunakan permainan interaktif ialah memadankan nombor
dengan gambar atau objek yang dipaparkan. Beberapa orang murid dipanggil untuk
mengemudi tetikus dan menjawab soalan-soalan dan aktiviti di dalam komputer. Contohnya
8 biji buah strawberi dipaparkan, maka murid perlu mencari nombor 8 di petak yang
disediakan dan klik pada nombor tersebut. Apabila jawapan yang diklik adalah bertul, maka
akan ada kata-kata penghargaan diberikan kepada murid tersebut. Contohnya, “well done,
excellent, good job”. Kata-kata penghargaan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat
murid-murid untuk terus mengikuti aktiviti yang seterusnya.

6
Gambar 4.0.3 : Aktiviti aplikasi inovasi permainan interaktif dalam sesi PdP

Seterusnya, aktiviti permainan interaktif diteruskan dengan mengkehendaki murid-murid


memecahkan belon yang berterbangan mengikut nombor yang dipaparkan. Permainan ini sangat
menyeronokkan kerana murid-murid perlu cepat untuk memecahkan belon sebelum belon
tersebut hilang. Permainan interkatif ini turut banyak membantu 4 orang murid saya yang
mengalami masalah menguasai konsep asas nombor. Saya memberi peluang lebih banyak kepada
4 orang murid tersebut untuk menyertai aktiviti permainan interaktif bagi melihat peningkatan
penguasaan mereka dalam konsep asas nombor.

5.0 Laporan Perlaksanaan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran


5.1 Aktiviti – aktiviti yang dijalankan
Perlaksanaan penggunaan inovasi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
telah dibahagikan kepada 3 bahagian atau aktiviti. Dalam aktiviti yang pertama saya telah
memilih permainan interaktif yang menggunakan kemahiran memadankan objek yang
sama banyak dalam paparan interaktif. Pada mulanya, 6 kad gambar ditunjukkan secara
rawak. Murid-murid perlu mengingat kembali kedudukan gambar dan jumlah objek dan
klik pasangan yang sama banyak. Bagi aktiviti ini, murid-murid perlulah cepat, tajam
deria penglihatan dan pantas kerana murid-murid perlu memadankan gambar dengan
cepat dalam jangka masa yang ditetapkan. Sepanjang aktiviti permainan interaktif
pertama dijalankan, murid-murid sangat teruja dan seronok dengan aktiviti ini. Permainan
7
ini turut meningkatkan cara berfikir dan mengingatkan kembali maklumat yang telah
dipaparkan dalam jangka masa yang singkat. Bahkan aktiviti ini turut melatih murid-
murid agar lebih cepat membuat keputusan.
Aktiviti kedua permainan interaktif ialah murid-murid memadankan nombor dengan
gambar yang dipaparkan. Bagi aktiviti ini, saya banyak memberi peluang kepada murid-
murid yang lemah untuk membantu pemahaman serta penguasaan mereka tentang konsep
asas nombor.
Aktiviti ketiga permainan interaktif ialah memecahkan belon berterbangan mengikut
nombor yang dipaparkan. Pada peringkat ini, murid-murid sangat bijak dan pantas
berfikir di mana mereka dapat menggerakkan tetikus dengan lancar untuk memecahkan
belon yang berterbangan sambil mengira jumlah belon yang sepatutnya dipecahkan.
Kemahiran motor halus secara tidak langsung telah digunakan dalam aktiviti ini.

5.2 Kelebihan Aplikasi Inovasi dalam sesi PdP


Aplikasi permainan interaktif dalam sesi PdP sememangnya dapat dilihat dengan
ketara. Minat dan kecenderungan murid-murid pada zaman kini yang semakin berminat
dengan permainan interaktif banyak membantu murid-murid dalam sesi PdP. Saya dapat
melihat pencapaian yang agak meningkatkan selepas saya menggunakan permainan
interaktif di dalam sesi PdP saya. Bagi murid-murid yang sudah menguasai konsep asas
nombor, saya menyediakan jenis dan bentuk permainan interaktif yang lebih mencabar,
manakala 4 orang murid yang dikesan mengalami masalah penguasaan diberi permainan
interaktif yang bersesuaian dengan tahap penguasaan mereka. Hasil daripada penggunaan
inovasi ini telah membantu meningkatkan tahap penguasaan di kalangan murid-murid
saya. Selain itu, minat murid-murid turut meningkat malah murid-murid semakin
bersemangat untuk turun ke sekolah kerana ingin menyambung permainan interaktif yang
lebih pelbagai. Malah saya turut memberi peluang kepada murid- murid yang
berkelakuan baik serta menyiapkan tugasan dengan cepat, kemas dan betul untuk bermain
permainan interaktif yang telah disimpan di dalam komputer sekolah pada bila-bila masa.
Dengan cara ini, saya telah menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah dalam
masa yang sama mempelajari sesuatu ilmu melalui permainan interaktif.

8
5.3 Kekurangan Aplikasi Inovasi dalam sesi PdP
Namun begitu, terdapat juga kekurangannya dalam aplikasi permainan interaktif. Di
mana saya perlu memilih permainan interaktif yang sesuai dengan perisian di dalam
komputer. Selain daripada perisian, saya juga perlu memilih permainan interaktif yang
tidak perlu menggunakan bantuan pelayaran internet. Hal ini adalah kerana talian internet
di kawasan sekolah agak lemah dan sekiranya saya memilih permainan interaktif yang
perlukan talian internet maka ianya sedikit sebanyak mengganggu tumpuan murid-murid
semasa bermain sesuatu permainan interaktif. Justeru, kebanyakan permainan interaktif
telah saya muatturun terlebih dahulu dan disimpan di dalam gajet peribadi saya sendiri
iaitu tab, telefon pintar dan komputer. Apabila sesi PdP dijalankan maka semua gajet
peribadi tersebut saya gunakan untuk melancarkan sesi PdP. Komputer di sekolah hanya
menyimpan beberapa jenis permainan interaktif yang bersesuaian dengan perisiannya.

6.0 Rumusan
Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Inovasi
juga merupakan hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan hasil sesebuah produktiviti sesuatu organisasi.
Setiap idea yang diketengahkan adalah merangkumi bentuk-bentuk sistem dan prosedur,
kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Justeru penggunaan inovasi dalam
sesi PdP adalah perlu bagi membantu pemahaman murid-murid dalam sesuatu isi pengajaran
dan pembelajaran. Tahap penguasaan di kalangan murid yang berbeza memerlukan guru
untuk mencari teknik dan strategi yang bersesuaian dalam pelbagai bentuk untuk membantu
setiap murid. Malah penggunaan inovasi dapat meningkatkan minat di kalangan murid-murid
terhadap isi pengajaran dan pembelajaran yang biasa mereka pelajari sebelum ini.
Bersesuaian dengan dunia yang semakin moden maka penggunaan inovasi sudah pasti
diperlukan untuk melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

9
Bibliografi
Aminah Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata:Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4
tahun. Tanjung Malim: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anita Rui Olds. (2001). Child Care Design Guide. United States of America: The McGraw-
Hill Company

Angela Anthonysamy. Perkembangan Pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal Kanak-kanak :


Satu Pendekatan Konstruktivisme. Universiti Malaysia Sarawak

Atan Long. (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja

Al-Hassan bin Eron. (2011). Kajian Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
(Fizikal dan Kognitif) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia


(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Fauziahnah bt. Rosmin. Jurnal:Meningkatkan Kemahiran Membilang Nombor 1 hingga 10


Dalam Kalangan Murid Pra Sekolah Dengan Menggunakan Kaedah ”SOBATAKA”. SK Seri
Telok, Batu Pahat, Johor

Haliza, Joy dan Rafidah (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Subang Jaya.


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hasnah Toran and Ling Pik Kuong (2009). Pelaksanaan Aktiviti Seni Kreatif (ASK) Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah Malaysia. JILID 4.

Hj Zainal Hj Sirat (2003/2004). Menjana Akal Kanak-kanak Menerusi Main. JILID XIV.

Jauhara Hj Tak (1995). Penyelesaian Masalah Dan Pemikiran Kreatif Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ho Ho Tong et. al. (2014). Asas Penyelidikan Tindakan:Teori dan Amalan. Silverich Printing
Supplier. Kuching
10
Joan Bouza Koster. (2009). Growing Artist-Teaching The Arts To Young Children.
United States. Thomson Pelmor Learning.

Kasnani Ab Karim et. all. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah Bahagian 2.


Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kamii. C.K. (1985). Young Children Reinvent Aritmetic : Implication of Piaget’s Theory.
New York:Teachers College Press

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009). Dokumen Standard Prasekolah Bahagian


Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. : Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan . Pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Modul pengajaran dan
pembelajaran bertema. Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia:
Malaysia

Mariani Md Nor. (2009). Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah.


Bahan ini dimuat turun pada 25 Jun 2011, daripada
http://cikguani.blogspot.com/2009_03_27_archive.html

Megat Zaharah Megat Hashim(2006). Rekod Penilaian Kanak-Kanak( Prasekolah tadika).


Forgeos Books Sdn Bhd.Kuala Lumpur: Malaysia

Mok Soon Sang. (Januari, 2010). Penyelidikan dalam Pendidikan:Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia. Sdn. Bhd. Selangor

Nadira Anis Sharina, Nur Fathia, Nur Hazwai. (2009). Pandangan tokoh-tokoh pengasas
Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Timur.
(http://www.scribd.com/doc/14705430/tokohtokoh_timur_dalam_pendidikan_prasekolah )

Nor Nurulhayati Aris, Zalila Ismail, Lee Nien Zee. (2009). Model Pendidikan Montessori
(http://www.scribd.com/doc/24902467/Model-Montessori.)
Noriati A. Rashid et. al. (2012). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam

Nurul Amrah Mohd Razali dan Zaidatun Tasir. Jurnal Inovasi : Sistem Pembelajaran Konsep
Nombor Berasaskan Strategi Permainan

Presley Peter. (2012). Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL : Teknik Nyanyian dalam
Mengenal, Menulis dan Mengira Nombor Asas 1 hingga 10
Putri Zabariah Megat A Rahman. (2011). Modul OUM: HBPS1103:Pengenalan Pendidikan
Awal Kanak-kanak. Meteor Doc. Sdn Bhd. Selangor

Sabariah Siron & Kasnan Ab Karim. (Edisi Kedua:2012) Modul OUM: HBPS2103:Asuhan
Kanak-kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor

11
Zulkifli Yaakob & Zainab Zakaria. (April 2012;Edisi Ke2) HBPS1203: Pengurusan Organisasi
Pendidikan Awal Kanak-kanak:Modul OUM. Meteor Doc. Sdn Bhd. Selangor

12
13
Rekod Perkembangan Murid
Sebelum Penilaian dan Aplikasi Inovasi Permainan Interaktif

No. Responden Jant Kemahiran Dinilai


Kenal Nombor Padanan Padanan Padanan Susunan Susunan
Objek Sama Objek dengan Kumpulan Turutan Turutan
Banyak Nombor Objek Menaik Menurun
1. A L / X X X / X
2. B L X / X X / X
3. C P X X X / / X
4. D P / X X X / X

Rekod Perkembangan Murid


Selepas Penilaian dan Aplikasi Inovasi Permainan Interaktif

14
No. Responden Jant Kemahiran Dinilai
Kenal Nombor Padanan Padanan Padanan Susunan Susunan
Objek Sama Objek dengan Kumpulan Turutan Turutan
Banyak Nombor Objek Menaik Menurun
1. A L / / / / / X
2. B L / / / / / /
3. C P / / / / / /
4. D P / / / / / /

15

You might also like