You are on page 1of 23

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HENG EE

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

2018

TEMA: CABARAN MASA HADAPAN

TAJUK: Kempen Menangani Gejala Perlumbaan Motosikal Haram Dalam


Kalangan Remaja

TEMPOH PERLAKSANAAN: JUN HINGGA JULAI 2018

NAMA GURU: EN. TANNIMALAI A/L MARIAPPAN

TINGKATAN: 5S2

KUMPULAN________

NAMA AHLI KUMPULAN:

1. BRYAN LEE CHIEN YUNG

2. LEE ZHENG HAO

3. LYE WEI YOU

4. LOH JUN KAI

5. TEOH POH AUN


PENGHARGAAN

Kami, Kumpulan____, pelajar Tingkatan 5S2, ingin memanjatkan kesyukuran kerana


telah berjaya menyiapkan folio ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada kedua-dua ibu
bapa kami yang telah banyak memberikan sokongan serta bantuan kewangan kepada kami.
Mereka juga telah banyak memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan kami
mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan mereka. Sekalung ucapan
penghargaan juga kami tujukan kepada pihak sekolah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Heng Ee terutama kepada Tuan Pengetua, Pn. Loh Soo Ping dan En Tannimalai, guru
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kami yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing kami melaksanakan kajian ini. Ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang banyak membantu dan memberikan
kerjasama kepada kumpulan kami ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat
folio ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menyiapkan folio ini.
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka
Surat
1 Penghargaan 1

2 Isi Kandungan 2

3 Minit Mesyuarat 3-5

4 Perancangan 6-11
a. Tema
b. Tajuk
c. Objektif (boleh merujuk kepada objektif yang diberikan
oleh cikgu)
d. Tempoh perlaksanaan
e. Sumber yang digunakan
f. Pihak yang terlibat
g. Senarai dan pembahagian tugas
h. Anggaran sumber kewangan dan pembelanjaan

5 Laporan Kajian 12-21


Sub topik / topik-topik kecil yang pelajar berbincang
bersama guru atau sesame ahli kumpulan.
a. Menerangkan flora dan fauna yang terdapat di
Malaysia.
b. Menjelaskan kepentingan flora dan fauna.
c. Menyenaraikan langkah-langkah mengekalkan flora
dan fauna

6 Komen dan cadangan 22

7 Refleksi (ambil daripada guru mata pelajaran Sivik)

8 Borang Penilaian (ambil daripada guru mata pelajaran


Sivik)
9 Rujukan
(Nama buku-buku, alamat website atau sumber-sumber
maklumat)
Minit Mesyuarat

Tempat: McDonald’s Jalan Masjid Negeri,

2506, Jalan Masjid Negeri,

Jelutong,

11600 George Town,

Pulau Pinang

Masa: 12 tengah hari hingga 1 petang

Tarikh: 13/6/2018

Ahli Kumpulan: 1. BRYAN LEE CHIEN YUNG

2. LEE ZHENG HAO

3. LYE WEI YOU

4. LOH JUN KAI

5. TEOH POH AUN


Membahagikan Tugas:

-Penghargaan dan isi kandungan dibuat oleh Teoh Poh Aun

-Minit mesyuarat disediakan oleh Lye Wei You

-Bahagian perancangan, komen dan cadangan telah disempurnakan oleh Bryan Lee Chien
Yung dan Lee Zheng Hao

-Loh Jun Kai telah menyiapkan bahagian laporan kajian


Tugas dilaksanakan:
Semua tugas telah dilaksanakan dengan sempurna dan teliti oleh semua ahli kumpulan.

Bajet Projek: RM_________


Tema: Cabaran Masa Depan

Tajuk: Kempen Menangani Gejala Perlumbaan Motosikal Haram Dalam Kalangan Remaja

Tempoh perlaksanaan: Jun hingga Julai 2018

Objektif Projek:

1. Mengingatkan remaja supaya memiliki lesen motosikal yang sah.

Contoh Lesen Memandu


Motosikal yang Sah

2. Menggalakkan remaja supaya mamatuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya ketika
menunggang motosikal.

Contoh peraturan dan undang-undang di jalan raya ketika menunggang motosikal:

a) Menunggang di lorong kecemasan.

Kalau anda menunggang di lorong kecemasan tanpa sebarang masalah kecemasan, anda telah
melakukan satu kesalahan di sisi undang-undang jalan raya.
Hukumannya agak berat, anda tidak akan di kompaun, sebaliknya anda akan di arah terus ke
mahkamah.
b) Menunggang motosikal tanpa cukai jalan.

Cukai jalan untuk motosikal

Menunggang tanpa cukai jalan untuk motosikal merupakan satu kesalahan yang serius.

Cukai jalan adalah salah satu sumber hasil negara, dan jika anda tidak membayar cukai jalan,
bersedialah untuk menhadapi hukuman yang berat.

Jika anda di dapati menunggang tanpa cukai jalan atau road tax, anda tidak akan di kompaun,
malah anda akan di minta ke mahkamah.

Hukumannya tertakluk kepada keputusan hakim mahkamah.


c) Menunggang motosikal melebihi had laju.

Menunggang motosikal melebihi had laju adalah kesalahan di bawah Seksyen 40 (1) A.P.J.

Jika anda di dapati memandu melebihi had laju oleh pihak Polis atau J.P.J.(Jabatan
Pengangkutan Jalan Raya), anda akan di minta hadir ke mahkamah.

Jika anda di dapati bersalah, lesen anda mungkin di gantung satu bulan.

Sabit kesalahan lesen boleh di gantung 3 bulan.

Menunggang melebihi had laju kebangsaan bagi segala jalan, dendanya ialah:

i) Melebihi 40 km/j – Denda RM300

ii) Melebihi 26 km/j – 39 km/j – Denda RM200

iii) 1 km/j – 25 km/j – Denda RM100

Kesemua kesalahan di atas jatuh di bawah Seksyen 69 (1A).

d) Menunggang bawah umur.

Sekiranya anda berumur 15 tahun ke bawah, anda tidak di benarkan menunggang motorsikal.

Kesalahan memandu bawah umur melanggar Seksyen 39 A.P.J.

Kes ini akan di hadap ke mahkamah.

Dendanya ialah RM1000 atau penjara 6 bulan penjara ataupun kedua-duanya sekali.
3. Mempamerkan kesan gejala lumba haram kepada remaja.

a. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah terjerumus dalam kegiatan jenayah,
seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan dadah, seks bebas, dan sebagainya.

b. Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan berlagak samseng.

c. Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti bersikap agresif semasa
berlumba, bertindak ganas jika dihalang, menunggang secara berbahaya, melanggar
peraturtan jalan raya dan sebagainya.

d. Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri - kecederaan parah,


kecacatan, dan menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan kematian.

e. Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar kerana kegagalan mereka mengatasi isu
lumba haram. Mereka dituduh tidak prihatin, tidak cekap, makan gaji buta, rasuah dan
sebagainya.

4. Mengelakkan remaja daripada menyertai perlumbaan secara haram.

a. Mengetatkan undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaannya. Gubal undang-


undang yang lebih ketat (hukuman lebih berat, denda tinggi, rampas motor pelumba dan
penonton) dan tingkatkan operasi membanteras lumba haram (sekatan jalan, risikan, rondaan,
kempen dan sebagainya).

b. Kempen kesedaran untuk cegah lumba haram (Kempen Antilumba Haram)

c. Pembinaan litar untuk perlumbaan untuk galakkan minat berlumba secara sah, selamat dan
bermanfaat.

5. Membantu masyarakat setempat mengatasi gejala sosial.


Tempoh Perlaksanaan : Jun hingga Julai 2018
Pihak yang terlibat : Ahli kumpulan, Cikgu Tannimalai A/L Mariappan

Senarai dan Pembahagian Tugas :

No. Nama Tugas


1. Bryan Lee Chien Yung dan Lee Zheng Menaip perancangan, komen dan
Hao cadangan
2. Lye Wei You Menyediakan minit mesyuarat
3. Teoh Poh Aun Menbuat penghargaan dan isi
kandungan
4. Loh Jun Kai Menyiapkan bahagian laporan kajian

Anggaran sumber kewangan dan perbelanjaan:

Perkhidmatan Fotostat – RM________


Laporan Kajian
Definisi dan Jenis-Jenis Gejala Perlumbaan Motosikal Haram

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan
raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di
kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik,
tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di
sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain
serta nyawa pelumba haram itu sendiri.
Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana
akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.
Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah
melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas
ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam
perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat
daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah
berlaku, selalunya melibatkan kematian.
Salah satu jenis perlumbaan haram ialah perlumbaan drag. Di dalam perlumbaan drag
yang sah, pelumba akan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam
lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan
kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
Pada masa yang sama, perlumbaan lebuhraya juga merupakan salah satu perlumbaan
haram. Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba. Kawasan lebuhraya
sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang
tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju
lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu
tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan
undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
Akhirnya, perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di
dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui
teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula.
Teknik drift amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu
memendekkan masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.
Faktor Penyebab Perlumbaan Motosikal Haram
Pengaruh rakan sebaya merupakan penyebab utama penglibatan para remaja dalam
kancah lumba haram. Walaupun lumba haram tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada
mereka tetapi berasa seronok apabila dapat menjadi pengikut kepada rakan-rakan mereka
yang terlibat dengan lumba haram. Pengalaman bersama-sama rakan telah mendorong remaja
yang tidak pernah berlumba untuk menyertai sama perlumbaan yang dianjurkan oleh
kumpulan mereka yang biasa diadakan pada malam minggu. Masalah ini lebih sukar untuk
diatasi kerana mengikut kajian, para remaja kini lebih mudah terikut-ikut dengan perangai
rakan-rakan mereka. Oleh kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulannya para
remaja tidak mampu menolak desakan rakan-rakan untuk berlumba dan akhirnya mereka
terjebak dalam kegiatan yang negatif itu.

Selain itu, sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru dan sanggup
menghadapi risiko kemalangan telah merumitkan lagi masalah ini. Para remaja juga kreatif
apabila mengubahsuai enjin dan komponen motosikal mereka untuk meningkatkan kelajuan
bagi menjuarai perlumbaan yang akan disertainya. Perbuatan ini sebenarnya telah menyalahi
undang-undang negara kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain. Semua perkara itu tidak menjadi perhitungan para remaja kerana sikap
bertanggungjawab sudah hilang daripada mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat
menilai lagi sama ada aktiviti lumba haram itu mendatangkan kebaikan atau keburukan
kerana tumpuan mereka sekarang hanya ingin berseronok sahaja.Oleh itu, sikap negatif para
remaja hari ini telah menyebabkan kegiatan lumba haram sangat sukar untuk ditangani oleh
pihak berkuasa seperti polis.

Di samping itu, pihak media massa turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti
lumba haram dalam kalangan anak muda di negara kita sekarang. Media massa memang telah
diakui mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam usaha membentuk sahsiah diri para
remaja melalui penyiaran pelbagai rancangan sama ada berbentuk motivasi, drama dan
tayangan filem. Impaknya golongan ini akan mudah terikut-ikut dengan contoh yang
disajikan kepada mereka semasa menonton televisyen. Sebagai contoh apabila TV3
menyiarkan filem KL menjerit dan Bohsia banyak aksi remaja menunggang motosikal secara
berbahaya di jalan raya telah ditujukkan dan akan ditiru oleh para remaja secara beramai-
ramai. Oleh itu, tidak hairanlah apabila kita sentiasa melihat pelbagai aksi merbahaya
dilakukan mereka semasa memandu di jalan raya.

Pada masa yang sama, kegiatan lumba haram disebabkan oleh kurang didikan agama
atau kurang perhatian daripada ibu bapa. ibu bapa merupakan orang penting dalam
membentuk keperibadian anak-anak. Seseorang anak kecil itu ibarat kain putih, ibu bapalah
yang akan mencorakkan keperibadian anak itu.Ibu bapa juga merupakan role model kepada
anak-anak. Kebanyakan ibu bapa zaman moden ini lebih mementingkan kekayaan dan
kerjaya. Mereka terlalu sibuk mencari rezeki sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama
anak-anak. mereka lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penjaga. Situasi
ini menyebabkan anak-anak lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama rakan sebaya.
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca terpenting yang
mendorong berlakunya gejala lumba haram. Rakan sebaya sering kali menjadi tempat luahan
perasaan kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian akan menyebabkan
mereka mudah mengikut kata rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa. Mereka juga sering
terikut-ikut perkembangan dalam dunia yang serba canggih ini. Secara tidak langsung,
mereka akan mudah terikut dan mula berjinak-jinak dalam aktiviti tidak bermoral seperti
lumba haram ini.

Kegiatan lumba haram juga boleh menyebabkan seseorang individu itu melakukan
jenayah yang lebih besar seperti penagihan dadah, jenayah ragut, rogol dan sebagainya.
Aktiviti ini pada mulanya disertai oleh seseorang hanya untuk menghabiskan masa terluang
dan kebosanan, tetapi lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan dan keseronokan.
Pergaulan bebas antara dua jantina juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes
pembuangan bayi di Malaysia. Ganjaran seperti wang taruhan pula menyebabkan lahirnya
penagih-penagih baru di negara ini.

Selanjutnya, ketiadaan trek perlumbaan percuma merupakan faktor yang mendorong


remaja 'terjebak dengan aktiviti perlumbaan haram ini. Trek perlumbaan percuma di negara
kita hanya terdapat di sesetengah tempat dan bilangannya sangat terhad kerana kos
pembinaan trek perlumbaan ini amat tinggi. Biasanya, trek perlumbaan terdapat di kawasan
yang jauh dari bandar, contohnya, trek perlumbaan di Litar Sepang, Batu Kawan, Seberang
Prai, dan Cheras. Penggunaannya hanya terhad kepada golongan remaja yang tinggal di
kawasan berhampiran sahaja. Golongan remaja yang tinggal di bandar tidak berpeluang untuk
berlumba di trek perlumbaan tersebut. Kesannya, remaja yang berminat dalam perlumbaan
motor terpaksa menggunakan jalan raya sebagai litar untuk berlumba walaupun mereka
mengetahui bahawa perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang. Jelaslah bahawa remaja
terdorong melakukan aktiviti perlumbaan haram ini kerana ketiadaan trek perlumbaan
percuma yang mencukupi.

Akhir sekali, faktor lain yang menyebabkan remaja melibatkan diri dalam perlumbaan
haram ini ialah mereka ingin mencari kepuasan dan keseronokan Melalui aktiviti ini, remaja
dapat berkumpul beramai-ramai dan meneruskan perlumbaan mereka. Mereka melakukan
aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa mereka seperti aksi Superman. Pada mereka,
aksi tersebut mampu memberi kepuasan apabila dipertontonkan serta mendapat tepukan
daripada rakan mereka yang lain. Bukan itu sahaja, ganjaran yang disediakan membuatkan
remaja lebih berşemangat menyertai perlumbaan haram tersebut. Contohnya, gadis-gadis dan
wang ringgit dijadikan habuan kepada pemenang perlumbaan haram teilsebut. Hal ini
menyebabkan remaja tersebut berasa seronok dan ingin selalu. menvertai perlumbaan itu.
Jadi jelaslah bahawa kepuasan diri remaja merupakan faktor keterlibatan mereka dalam
aktiviti ini.
Kesimpulannya, gejala lumba haram dalam kalangan remaja bukan isu baru kerana
sudah lama berlaku di negara kita. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini masalah
tersebut menjadi semakin serius berikutan sikap remaja yang tidak mempunyai semangat
untuk memajukan diri, masyarakat dan negara. Mereka lebih suka membuang masa dengan
aktiviti yang tidak berfaedah seperti lumba haram yang akhirnya akan menghancurkan masa
depan mereka. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berusaha menangani gejala
lumba haram dalam kalangan remaja pada hari ini sebelum nasi menjadi bubur.
Kesan-Kesan Akibat Perlumbaan Motosikal Haram
Hari ini isu mat rempit semakin hangat diperkatakan sama ada media massa atau
media cetak. Mat rempit ini bukan sekadar merempit sahaja tetapi mereka ini juga turut
terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti berjudi, mengambil minuman keras, memukul
dan sebagainya. Walaupun merempit ini mendatangkan banyak kesan buruk pada diri
seseorang individu itu dan juga orang disekelilingnya namun mat rempit tetap tidak sedar dan
tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa isu mat rempit ini akan ada penyelesaiannya.
Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini ialah, gejala merempit ini
ialah meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja. selain itu
masalah merempit ini juga akan menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan
perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain.
Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini
ialah anya terdiri daripada orang islam terutamanya kaum melayu yang kita tahu sejak kecil
lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.
Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan jalan raya.
Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal
yang melulu oleh penunggang yang merempit. Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam
kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika
memandu di jalanraya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca
daripada mat rempit ini. Peratus kemalangan tertinggi dalam setiap operasi pencegahan
kemalangan jalan raya terdiri daripada penunggang Selain tu, gejala rempit juga boleh
meningkat kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Kajian tahun 2005 mendapati
kematian penunggang motorsikal adalah tertinggi iaitu 57.9% berbanding dengan kematian
akibat kemalangan kereta, iaitu 20% dan pejalan kaki 9.7%. Sebahagian besar daripada
mangsa yang mati ialah remaja yang berlumba haran di jalan raya.
Masalah perlumbaan haram ini juga akan menyebabkan meningkatnya masalah
jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya. Merempit
seolah-olah menjadi satu pesta bagi budak budak muda iaitu golongan remaja untuk
melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini. Gejala merempit yang semakin berleluasa
ini juga memberikan kesan kepada pasukan keselamatan dan Negara. Contohnya, isu
merempit yang semakin menyebabkan imej pasukan tercemar. Masyarakat seolah-olah
memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak
langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Mat
rempit ini juga seolah-olah bermain dengan undang-undang dan mencabar undang-undang.
Seteustnya, gejala rempit juga melahirkan golongan remaja yang samseng dan ganas.
Golongan remaja yang terlibat dalam gejala rempit berani bertindak secara samseng kepada
masyarakat sekeliling Dengan bergerak secara kumpulan, golongan ini menjadi biadap,
berani dan samseng jalan raya Selain itu, golongan mat rempit juga bertindak ganas kepada
pihak polis dan masyarakat awam. Contohnya balai polis di Bukit Mertajam pernah diserang
oleh kumpulan mat rempit apabila aktiviti mereka dihalang. Di Perak puia, seorang ahli
perniagaan mati dipukul kerana terlanggar anggota mereka yang sedang merempit di jalan
raya. Situasi yang wujud ini tentu merugikan semua pihak.
Selanjutnya, gejala merempit juga boleh melalaikan golongan remaja. Aktiviti
merempit ini turut menyebabkan berlakunya keciciran hidup golongan remaja. Hal ini
demikian kerana 80% daripada mereka yang merempit terdiri daripada golongan yang
menganggur dan berpendidikan rendah. Kesannya golongan ini tiada hala tuju dan matlamat
hidup Golongan remaja yang merempit juga terdiri daripada para pelajar sekolah, kole
ataupun universiti. Kegiatan merempit yang berterusan menyebabkan golongan ini akan
hilang tumpuan kepada pelajaran, Mereka tidak lagi memikirkan tentang pelajaran dan situasi
ini akan berakhir dengan keciciran dan kegagalan dalam pelajaran.
Akhirnya, Mat rempit ini juga menjejaskan imej Negara terutamanya di mata
pelancong yang datang melancong ke Negara kita ini hari semakin meruncing ini akan
Masalah merempit ini juga akan menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan Negara
untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa menjalankan pelbagai kempen
penguatkuasaan undang-undang dan program-program khas bagi mengatasi masalah
merempit ini. Gejala merempit ini juga turut menggangu ketenteraman awam. Sebagai contoh
mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan awam akan
mengganggu ketenteramar penduduk di situ. Bunyi bising yang terlaku kuat dari enjin
motosikal mat rempit ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran bunyi.
Langkah-Langkah Mengatasi Perlumbaan Motosikal Haram
Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui
orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala
yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya
pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang
mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan
jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.

Antara langkah untuk mengatasi maslah lumba haram dalam kalangan remaja ialah
ibu bapa perlu memberikan perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak mereka. Dalam
mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak
mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapau umur remaja. Ibu bapa perlu
mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak-anak mereka
dengan sepenuh kasih hati untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka.
Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual bersama-sama anak-anak mereka untuk mendengar
lauhan serta rintihan hati mereka. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi pendidikan agama
kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan akhlak-akhlak
yang baik. Sebagai contohnya, mereka diberi hukuman apabila mereka melakukan kesalahan
dan ibu bapa harus memberitahu kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Dengan
adanya perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, anak-anak tidak akan terjebak dalam
lumba haram. Dalam mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi
tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapai umur remaja.
Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak
mereka dengan sepenuh hatinya untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak
mereka. Justeru, ibu bapa menjadi benteng pertama dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah yang melanda remaja kita ini. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala
merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada
anak-anak yang masih lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah.
Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang
tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen.

Selanjutnya, peranan kerajaan amat penting dalam menangani lumba haram ini. Pihak
polis perlu melakukan lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan yang berisiko
tinggi berlakunya perlumbaan motosikal secara haram. Tindakan pihak polis yang lebih
proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum melibatkan diri dalam kegiatan
negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal
lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan
sekatan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak
melakukan tindakan perlumbaan motosikal di situ. Tindakan pantas dan bijak pihka kerajaan
terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti yang tidak sihat
ini. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan
bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada
21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah
berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap
golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada
golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan
kegiatan yang tidak bermoral di bawah umur.

Malahan, cara lain untuk mengelakkan berlakunya gejala ini adalah dengan
mengadakan seminar, kursus atau bengkel agar memberi kemantapan berfikir tentang risiko
lumba haram. Pemantapan berkenaan gejala ini memerlukan pemantauan dan tugas
memantau ini dapat dilaksanakan melalui bengkel, seminar dan kursus yang sesuai.
Walaupun usaha yang besar telah dilakukan, tidak bermakna tiada kesunguhan di peringkat
kementerian. Pihak Polis Diraja Malaysia pula haruslah sentiasa memberikan khidmat nasihat
kepada masyarakat, khususnya golongan remaja mengenai gejala lumba haram dengan lebih
efisyen. Pelajar-pelajar sekolah boleh didedahkan berkenaan hal ini melalui seminar-seminar
yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak polis. Akibatnya, gejala lumba
haram dapat dilumpuhkan sedikit demi sedikit jika dipupuk dari akar umbinya. Oleh yang
demikian, masyarakat akan celik minda dan menyedari betapa bahayanya lumba haram
kepada mereka yang membawa padah dalam sekelip mata sahaja.

Seterusnya, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang negara. Gejala


lumba haram ini terletak di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang perlu
diperketatkan lagi. Jadi sewajarnya seseorang remaja yang melakukan aktiviti lumba haram
ini dikenakan hukuman yang setimpal dengan perlakuan mereka. Antara bentuk hukuman
yang boleh dikenakan adalah seperti denda dan hukuman penjara untuk menyedarkan mereka
yang acuh tak acuh terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Setiap
remaja yang menyertai perlumbaan haram haruslah digantung permit atau lesen memandu
demi menjaga keselamatan diri sekaligus mengekalkan imej bersih negara daripada sebarang
bentuk perlumbaan yang boleh mengundang kecelakaan kepada semua pihak. Pihak
penganjur lumba haram juga boleh dikenakan hukuman yang setimpal sekiranya disabitkan
kesalahan oleh pihak berwajib. Akta Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan
harus dipinda untuk diberi kuasa menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan
segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan.
Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak
berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun
merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di
sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan.
Mereka hendaklah dihukum membuat kerja- kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal
dirampas.
Di samping itu, cara lain yang boleh dilakukan adalah seperti menyediakan
kemudahan insfrastruktur yang lebih canggih untuk pihak polis. Melalui kenderaan yang
berkuasa tinggi seperti motosikal dan kereta, pihak polis dapat melakukan rondaan dengan
lebih kerap dan berkesan untuk membanteras gejala ini. Jika dilihat, selama ini pihak polis
hanya menggunakan kenderaan tajaan kilang-kilang yang kurang laju dan berkuasa rendah.
Oleh itu, kenderaan yang canggih ini akan mempercepatkan lagi pihak polis mengejar
pelumba-pelumba haram. Selain itu, profesion polis juga akan dijulang apabila dapat
menghapuskan gejala lumba haram yang tidak memberi faedah kepada masyarakat.
Penggunaan kamera elektronik juga menbantu pihak polis memerangkap pelumba haram
yang memandu melebihi had laju. Pengenalan Sistem Laporan Kecemasan Polis (PERS) dan
talian Rakan Cop boleh membantu menyelesaikan gejala ini. Melalui anjakan paradigma
yang dibuat sudah pasti gejala lumba haram dapat dipadamkan terus dari kamus kehidupan
masyarakat agar sentiasa hidup bebas dari kancah kemusnahan ini.

Golongan ini harus diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha


menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-
besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan
bermusim. Kebiasannya sekatan jalan raya hanya dilakukan ketika hujung minggu sahaja.
Namun, gejala rempit sekarang tidak hanya bertumpu kepada hari minggu sahaja, malahan
pada hari-hari lain juga. Gejala ini harus ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas dalam hal
keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa
gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu
kumpulan besar. Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan
agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu
dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke
pangkal jalan. yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa
untuk tidak bertolak ansur.

Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba
yang strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang
terlibat dengan perlumbaan haram. Pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala
Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya
ibu kota. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti
dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap
mereka. Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan
mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Ini kerana, kebanyakan mereka ini datang
daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan. Tindakan undang-
undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan
pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan. Pendekatan
lembut dan pendektan keras harus diambil bagi menangani isu mat rempit. Tiada istilah
kompromi dalam membendung gejala mat rempit ini. Sebagai anggota dalam masyarakat,
setiap dari kita harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu dan gejala
ini
Akhirnya, tindakan menaikkan had umur untuk memiliki lesen motosikal boleh
menghalang kejadian lumba motosikal ini dengan lebih berkesan. Had umur yang lebih tinggi
ini menyebabkan semua remaja yang menunggang motosikal tidak perlu diperiksa kerana
sudah pasti mereka tidak memiliki lesen motosikal. Keadaan ini menyebabkan pihak polis
mudah untuk memantau isu perlumbaan motosikal ini dengan lebih menyeluruh. Jelaslah,
kemelut yang melanda negara ini mampu diatasi dengan berkesan jika umur yang dibenarkan
untuk menunggang motosikal ini ditingkatkan.

Kesimpulannya, semua langkah di atas harus dijalankan secara bersistematik jika


mahu melihat kejayaan membasmi gejala luma haram ini. Tindakan tegas pihak berkuasa
terutama polis dalam penguatkuasaan undang-undang dilihat sebagai jalan yang paling
penting. Kegagalan menangani isu ini boleh menyebabkan remaja kita terjebak dalam
pelbagai masalah sosial yang lain terutamana penyalahgunaan dadah dan hubungan sosial
yang bebas. Tindakan kita hendaklah berterusan dan bersungguh-sungguh seperti peribahasa
“menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan” jika masalah ini hendak diatasi.
Komen dan Cadangan
Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor (Utusan Online, 2015)
berkata, hukuman sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh ditambah baik
dengan memperkenalkan elemen-elemen pencegahan seperti membatalkan lesen dan tidak
membenarkan mereka yang terlibat dengan kes lumba haram daripada memohon lesen yang
baru. Undang-undang yang sedia ada perlu ditambahbaik kerana lumba haram kini semakin
banyak kes yang melibatkan keselamatan pengguna awam yang lain. Ini disebabkan pelumba
haram dan mat-mat rempit semakin berani mencabar pihak berkuasa dan tidak menghiraukan
keselamatan orang lain.

Pihak kerajaan amat prihatin dalam menangani gejala ini. Kementerian Belia dan
Sukan misalnya telah melancarkan Program Sukan Malam di mana golongan remaja dapat
memanfaatkan masa malam mereka dengan kegiatan sukan lasak yang digemari seperti go-kart
dan perlumbaan motor di litar yang sah. Juga mengadakan kempen katakan ‘Tak Nak Kepada
Lumba Haram’. Kempen yang murni ini perlu disokong oleh semua pihak termasuklah para
remaja yang terlibat dengan gejala ’Mat Rempit’. Mereka perlu tampil ke depan bersama-sama
berjuang untuk menyedarkan rakan-rakan mereka yang suka merempit di jalan raya.

Kami berharap semua jawatan kuasa perlu berusaha bersama-sama untuk membanteras
kegiatan ini daripada berterusan. Ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih kepada anak-
anak dan mendidik mereka agar tidak mudah terjerumus dalam masalah ini. Pihak berkuasa
perlu melaksanakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah berulang agar mereka tahu akan
kesannya terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah malahan berbahaya ini. Tidak mudah
untuk menghalang daripada masalah ini terus berlaku namun, usaha yang berterusan pasti
membawa sinar harapan kepada semua orang. Selagi kita masih punya TEKAD untuk
melakukan sesuatu, maka belum TERLAMBAT untuk membanteras jenayah ini daripada
berlanjutan.
Rujukan
https://panbmsmktunmutahir.blogspot.com/2014/12/info-bersama-lumba-haram.html?m=1

https://tepoksireh.blogspot.com/2012/01/soalan.html?m=1

https://pmrbest.blogspot.com/2008/08/karangan-isu-lumba-haram.html?m=1

https://www.scribd.com/doc/67001904/Lumba-Haram-Atau-Mat-Rempit

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lumba_haram

http://tingkatanenam.blogspot.com/2015/07/lumba-haram-punca-punca-berlaku-definisi.html

You might also like