You are on page 1of 283

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBHE1103
Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBHE1103
PENGENALAN
PENDIDIKAN
KESIHATAN
Zarina Law Abdullah
Abdul Latif Ahmad
Dr Azali Rahmat
Norkhalid Salimin
Nur Akmal Ishak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Zarina Law Abdullah


Abdul Latif Ahmad
Dr Azali Rahmat
Norkhalid Salimin
Nur Akmal Ishak

Penyederhana: Prof Madya Dr Anuar Suun

Lt. Kol (B) Hamid Awang


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, September 2006


Edisi Kedua, December 2011

Hak cipta © Open University Malaysia (OUM), December 2011, HBHE1103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara
tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix – xiii

Topik 1 Falsafah, Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan 1


1.1 Falsafah aan Konsep Pendidikan Kesihatan 2
1.1.1 Definisi Kesihatan 2
1.1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap
Kesihatan Individu 4
1.1.3 Falsafah Pendidikan Kesihatan 6
1.1.4 Konsep Sihat dan Pendidikan Kesihatan 6
1.2 Aspek-aspek Pendidikan Kesihatan 7
1.2.1 Agensi-agensi Pendidikan Kesihatan 8
1.2.2 Faktor-faktor yang Mendominasikan
Pendidikan Kesihatan 11
1.2.3 Proses Pendidikan Kesihatan 12
1.2.4 Pendidikan Kesihatan dalam Masyarakat 13
1.2.5 Pendidikan Kesihatan di Sekolah 14
1.2.6 Pendidikan Kesihatan Sekolah yang
Komprehensif 15
1.3 Matlamat dan Tujuan Pendidikan Kesihatan 17
Rumusan 18
Kata Kunci 19
Ujian 1 19
Ujian 2 19
Rujukan 20

Topik 2 Kurikulum Pendidikan Kesihatan 21


2.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan
Kesihatan Prasekolah 22
2.1.1 Konsep Kesepaduan 23
2.1.2 Konsep Gabungjalin 23
2.1.3 Konsep Integrasi 24
2.2 Tunjang Pembelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR 26
2.3 Kurikulum Standard dalam Pendidikan KSSR 34
2.3.1 Fokus Pendidikan Kesihatan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah 34
2.3.2 Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan 36

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.3.3 Organisasi Standard Kurikulum 38


2.3.4 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Kesihatan 40
2.4 Transformasi Kurikulum Kebangsaan 42
2.5 Penilaian Pendidikan Kesihatan 45
2.5.1 Etika dan Jenis-jenis Penilaian 49
Rumusan 50
Kata Kunci 51
Ujian 1 51
Ujian 2 51
Rujukan 52

Topik 3 Asas Sains dalam Pendidikan Kesihatan 53


3.1 Kepentingan Asas Sains dalam Pendidikan Kesihatan 54
3.1.1 Aspek Biologi 54
3.1.2 Aspek Sosiologi 54
3.1.3 Aspek Psikologi 55
3.1.4 Aspek Fisiologi 57
3.2 Struktur dan Fungsi Anggota Badan 58
3.2.1 Sistem Integumentari 59
3.2.2 Sistem Rangka 61
3.2.3 Sistem Otot 65
3.2.4 Sistem Penghadaman 67
3.2.5 Sistem Saraf 76
3.2.6 Sistem Kardiovaskular 81
3.2.7 Sistem Pernafasan 83
3.2.8 Sistem Perkumuhan 84
3.2.9 Sistem Endokrin 85
3.2.10 Sistem Limfa 86
3.2.11 Sistem Pembiakan 87
3.3 Umur Kematangan 91
Rumusan 92
Kata Kunci 92
Ujian 1 92
Ujian 2 93
Rujukan 93

Topik 4 Kepentingan Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Sekolah 94


4.1 Peranan Pendidikan Kesihatan dalam Pertumbuhan
dan Perkembangan Kanak-kanak 95
4.2 Ciri- Ciri Perubahan dan Keperluan Individu 97
4.2.1 Perkembangan Fizikal 97
4.2.2 Perkembangan Mental (Kognitif) 98

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

4.2.3 Perkembangan Sosial 101


4.2.4 Perkembangan Emosi 103
4.2.5 Perkembangan Rohani 105
4.3 Masalah Kesihatan kepada Murid-murid 106
4.3.1 Peringkat Prasekolah 106
4.3.2 Peringkat Sekolah Rendah 109
4.3.3 Peringkat Awal Remaja 111
Rumusan 116
Kata Kunci 117
Ujian 1 117
Ujian 2 117
Rujukan 118

Topik 5 Kesihatan Diri dan Keluarga 119


5.1 Kesihatan Diri 119
5.1.1 Amalan Asas Kesihatan 120
5.1.2 Perawakan Diri 127
5.1.3 Pemeriksaan Fizikal 129
5.2 Kesihatan Keluarga 130
5.2.1 Aspek Fizikal 131
5.2.2 Aspek Sosial 132
5.2.3 Aspek Jantina 135
5.3 Penyakit Berjangkit 137
5.3.1 Penyakit Kulit 137
5.3.2 Penyakit Bawaan Air dan Makanan 138
5.3.3 Penyakit Jangkitan Seks 143
Rumusan 156
Kata Kunci 157
Ujian 1 157
Ujian 2 157
Rujukan 157

Topik 6 Gaya Hidup Sihat 159


6.1 Definisi Gaya Hidup Sihat 160
6.1.1 Komponen Gaya Hidup Sihat 160
6.1.2 Kepentingan Gaya Hidup yang Sihat 165
6.2 Amalan Pemakanan 166
6.2.1 Piramid Makanan 166
6.2.2 Kesan Malnutrisi dan Kelebihan Makanan 168
6.3 Penyalahgunaan Bahan 170
6.3.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan 170
Rumusan 176
Kata Kunci 177

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Ujian 1 177
Ujian 2 177
Rujukan 178

Topik 7 Senaman dan Rekreasi 179


7.1 Definisi Gaya Hidup Sihat 180
7.1.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi 181
7.1.2 Cara Bersenam 181
7.2 Rehat, Istirehat dan Senggang 188
7.2.1 Definisi dan Konsep 188
7.2.2 Jenis-jenis 189
7.2.3 Aktiviti 189
7.3 Konflik dan Stres 193
7.3.1 Penghargaan Diri 193
7.3.2 Jenis, Kesan dan Cara Mengatasi 193
7.3.3 Pengurusan Konflik dan Peningkatan
Penghargaan Diri 198
Rumusan 199
Kata Kunci 200
Ujian 1 200
Ujian 2 200
Rujukan 201

Topik 8 Kesihatan Persekitaran 202


8.1 Kesihatan Persekitaran dan Perubahan Cuaca 203
8.2 Apakah Dia Pencemaran? 203
8.2.1 Pencemaran Udara 204
8.2.2 Pencemaran Air 208
8.2.3 Pencemaran Kimia 210
8.2.4 Pencemaran Radiasi 213
8.2.5 Pencemaran Bunyi 213
8.3 Langkah-langkah Keselamatan dan Pencegahan 214
8.3.1 Hierarki Pencegahan Pencemaran 215
8.3.2 Panduan Keselamatan Persekitaran 215
8.3.3 Langkah-langkah Pengawalan dan Pencegahan
Pencemaran 216
Rumusan 221
Kata Kunci 222
Ujian 1 222
Ujian 2 222
Rujukan 223

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Komunikasi dalam Kesihatan 224


9.1 Definisi Komunikasi dalam Kesihatan 225
9.2 Kepentingan Komunikasi Terhadap Kesihatan Individu 225
9.2.1 Penggunaan Teori dan Model dalam
Komunikasi Kesihatan 226
9.2.2 Mengenal Pasti Kelompok Sasaran Komunikasi 229
9.2.3 Pembinaan Maklumat Komunikasi dalam
Kesihatan 230
9.3 Tatasusila Komunikasi 231
9.3.1 Ciri-ciri Komunikasi Kesihatan yang Berkesan 231
9.3.2 Matlamat Komunikasi Kesihatan 232
9.3.3 Saluran Komunikasi Kesihatan 232
9.3.4 Media dan Komunikasi Kesihatan 234
9.4 Program Komunikasi Kesihatan 235
9.4.1 Peringkat Proses Komunikasi Kesihatan 235
9.4.2 Cabaran, Kelainan dan Peluang dalam
Komunikasi Kesihatan 241
Rumusan 243
Kata Kunci 244
Ujian 1 244
Ujian 2 244
Rujukan 245

Topik 10 Profesional Pendidikan Kesihatan 246


10.1 Maksud Profesional Kesihatan 247
10.1.1 Sikap dan Penampilan 248
10.1.2 Budaya dan Kepercayaan 248
10.1.3 Kemahiran 249
10.2 Agensi / Organisasi Kesihatan 251
10.2.1 Agensi / Organisasi Kesihatan Luar Negara 251
10.2.2 Agensi / Organisasi Kesihatan dalam Negara 253
10.2.3 Agensi/Organisasi Kesihatan Peringkat Sekolah 258
10.3 Pendidik Kesihatan 260
10.3.1 Apakah Dia Pendidik Kesihatan? 260
10.3.2 Tugas Umum Pendidik Kesihatan 261
10.3.3 Tugas Khusus Pendidik Kesihatan 261
Rumusan 264
Kata Kunci 264
Ujian 1 265
Ujian 2 265
Rujukan 265

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


DESKRIPSI PANDUAN KURSUS
Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan adalah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini
bernilai 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda pengajaran dalam bidang
Pendidikan Kesihatan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
3
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20

Ulang kaji 15

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini anda seharusnya dapat:
1. Mentaksir falsafah, prinsip, matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan
secara kritis;
2. Menjelaskan kepentingan sains, struktur dan fungsi anggota badan dalam
Pendidikan Kesihatan;
3. Mengaplikasikan konsep kurikulum dalam Pendidikan Kesihatan; dan
4. Mengaplikasikan konsep kesihatan menyeluruh dalam kehidupan
seharian.

SINOPSIS KURSUS
Matapelajaran Pengenalan Pendidikan Kesihatan ini meliputi konsep asas
Pendidikan Kesihatan dan amalan kesihatan secara menyeluruh. Untuk itu teori-
teori asas sains, fungsi dan fisiologi badan, skop dan kepentingan perlu diberi
penekanan. Pendidikan Kesihatan ini merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara dan mengoptimumkan kesedaran sumbangan kesihatan terhadap
kesejahteraan masyarakat.

Topik 1 akan meninjau tentang falsafah, konsep dan definisi Pendidikan


Kesihatan. Definisi Kesihatan yang dibincang meliputi kesihatan fizikal, sosial,
mental, emosi, persekitaran dan rohani. Kesemua komponen-komponen ini perlu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

seimbang bagi membentuk kesihatan yang optimum dan menyeluruh kepada


individu, keluarga dan komuniti. Konsep asas kesihatan, tujuan sebenar
kesihatan dan proses pendidikan merupakan proses-proses yang penting dalam
pendidikan kesihatan.

Topik 2 akan melihat konsep-konsep yang cuba diketengahkan oleh kurikulum


Pendidikan Kesihatan di sekolah rendah. Konsep-konsep ini kemudiannya
diterjemahkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui tiga
tunjang pembelajaran kesihatan.

Topik 3 akan membincangkan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan


kesihatan. Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk
mengenal pasti serta memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ
tubuh badan manusia. Kecelaruan dan dan kegagalan sistem tubuh untuk
berfungsi akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada
manusia.

Topik 4 akan memberi penekanan kepada peranan pendidikan kesihatan dalam


pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tanggungjawab untuk menjaga
kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Pendidikan kesihatan
memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah melalui pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan serta menyampaikan maklumat kesihatan yang
berfaedah kepada diri seseorang pelajar, keluarga, komuniti dan masyarakat
sejagat. Pendidikan Kesihatan dalam kurikulum sekolah juga memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mempelajari keadaan diri sendiri dan
mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

Topik 5 akan memberi penekanan tentang betapa pentingnya kesihatan kepada


diri dan keluarga dalam kehidupan harian. Ia adalah adalah asas bagi
memperolehi kesejahteraan hidup.

Topik 6 akan memberi penekanan kepada gaya hidup sihat. Gaya hidup yang
sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita daripada aspek kesihatan
mental-emosi, sosial dan rohani. Kesan gaya hidup kita yang kurang baik boleh
mencetuskan risiko terhadap kesihatan.

Topik 7 akan menumpukan kepada keperluan senaman dan rekreasi dalam


kehidupan seharian. Definisi, konsep, jenis, aktiviti, serta kesan senaman dan
rekreasi terhadap individu, keluarga dan masyarakat juga dibincangkan dalam
topik ini.

Topik 8 membincangkan tentang definisi kesihatan persekitaran dan


pencemaran. Ia juga menghuraikan jenis-jenis, agen-agen dan kesan pencemaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

alam sekitar terhadap kesihatan manusia sejagat di samping menyenaraikan


beberapa langkah keselamatan dan pencegahan pencemaran alam sekitar.

Topik 9 lebih bertumpu kepada definisi dan kepentingan komunikasi terhadap


kesihatan individu. Di samping itu topik ini mengutarakan pelbagai saluran
komunikasi yang boleh digunakan bagi mendidik masyarakat umum tentang
kepentingan kesihatan.

Topik 10 menjelaskan maksud profesional kesihatan serta menghuraikan sikap,


penampilan, budaya, kepercayaan dan kemahiran profesional kesihatan.
Peranan, penggunaan dan perkhidmatan beberapa profesional kesihatan, agensi
serta organisasi kesihatan di sekolah, dalam dan luar negara terhadap kesihatan
individu, keluarga dan masyarakat juga disentuh dalam topik ini.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan
dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PAN DU AN KURSUS  xiii

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus keranai a adalah kursus
berstatus.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Rujukan disenaraikan diakhir setiap topik.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI


DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24 7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Falsafah,
1 Konsep dan
Definisi
Pendidikan
Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan falsafah dan konsep pendidikan kesihatan;
2. Menjelaskan definisi pendidikan kesihatan;
3. Menghuraikan konsep kesihatan menyeluruh dalam kehidupan
seharian; dan
4. Menyenaraikan matlamat dan tujuan pendidikan kesihatan.

 PENGENALAN
Perubahan terhadap konsep Pendidikan Kesihatan dan kemunculan pelbagai
strategi yang menggalakkan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak merupakan
perkembangan terpenting dalam pembelajaran di sekolah. Pendidikan Kesihatan
kini telah berubah daripada hanya menumpukan kepada pemindahan informasi
dan gaya hidup individu kepada perubahan tingkah laku yang memfokuskan
faktor sosial, ekonomi dan persekitaran yang lebih kondusif terhadap
pengamalan gaya hidup yang sihat. Konsep Pendidikan Kesihatan dewasa ini
membawa kepada pemahaman yang lebih luas dan menyeluruh. Ianya
membabitkan pembelajaran secara formal, informal dan pembelajaran kendiri di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

tempat dan persekitaran yang pelbagai. Pembelajaran tentang kesihatan adalah


proses yang boleh berlaku melalui pelbagai cara dan tempat sepanjang hayat
individu.

1.1 FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN


KESIHATAN
Bolehkah anda nyatakan falsafah kesihatan individu dan keseluruhan? Dalam topik
ini, kita akan mebincangkan definisi kesihatan, komponen-komponen kesihatan
keseluruhan dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi tahap dan perubahan
kesihatan individu.

1.1.1 Definisi Kesihatan


Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja
(WHO). Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual
dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap
persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai
individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain,
persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.

Kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berikut:

(a) Kesihatan Fizikal


Individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan
terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ
tubuhnya pula dapat berfungsi dengan baik. Individu yang mencapai tahap
kesihatan fizikal mempunyai tahap kecergasan yang optimum dan
berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik dan berkesan. Deria
tubuhnya pula mempunyai ketajaman untuk berfungsi dengan baik.

(b) Kesihatan Sosial


Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk kepada keupayaan individu
untuk memenuhi hubungan interpersonal. Ini bermakna beliau dapat
berinteraksi dengan individu lain, keluarga dan masyarakat dengan baik.
Di samping itu juga, individu yang mencapai tahap kesihatan sosial
berupaya untuk mengadaptasi situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam
kehidupan seharian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  3

(c) Kesihatan Mental


Kesihatan mental merujuk kepada tahap keupayaan intelektual seseorang.
Individu yang mencapai tahap kesihatan mental yang baik berupaya untuk
belajar dan berfikir secara rasional.

(d) Kesihatan Emosi


Kesihatan emosi melibatkan keupayaan individu untuk mengawal
emosinya. Individu yang mempunyai tahap kesihatan emosi yang baik
berupaya menangani dan menghadapi pelbagai tekanan hidup seharian
dengan tenang dan bersahaja.

(e) Kesihatan Persekitaran


Individu yang mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi
yang baik terhadap persekitaran luaran. Individu berupaya untuk
memainkan peranan yang baik dan berkesan demi melindungi serta
mempertingkatkan keadaan persekitaran.

(f) Kesihatan Rohani


Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian
seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang
mencapai tahap kesihatan rohani ini mempunyai kesedaran dan sentiasa
mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif.

Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja bebas daripada penyakit atau
cacat cedera malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial, mental, emosi,
persekitaran dan rohani. Inilah yang dikatakan konsep kesihatan
menyeluruh. Apabila individu telah mencapai tahap kesihatan menyeluruh
maka ia seterusnya akan mencapai kesejahteraan hidup. Rajah 1.1 dapat
menunjukkan kepada anda tentang komponen-komponen kesihatan
individu secara menyeluruh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 1.1: Konsep kesihatan menyeluruh

AKTIVITI 1.1

Senaraikan beberapa ciri yang perlu ada bagi seseorang individu


untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh.

1.1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap


Kesihatan Individu
Dalam usaha individu untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh dan
optimum, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaiannya. Faktor-
faktor tersebut adalah:

(a) Pengaruh Individu


Gaya hidup atau tabiat tingkah laku kesihatan, baka, kesihatan mental
merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap
kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat
kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan
mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  5

Individu yang mewarisi penyakit-penyakit keturunan seperti diabetes, lelah


dan sakit mental juga akan mengalami kemerosotan tahap kesihatan
sekiranya tidak mengawal tabiat dan tekanan perasaan yang mereka alami.

(b) Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya


Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan
interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu
yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan
positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik.
Mereka yang memperoleh sokongan sosial daripada keluarga, rakan sebaya
dan masyarakat akan membentuk imej kendiri yang positif di samping
memperoleh kepuasan dalam kerjaya mereka. Individu yang tidak
mempunyai gaya berkomunikasi yang baik serta sokongan sosial
mendapati diri mereka sukar untuk menangani cabaran dan tekanan hidup
seharian. Mereka akan sentiasa kelihatan murung, stress dan gagal
memperoleh tahap kesihatan mental, emosi dan sosial yang baik.

(c) Pengaruh Persekitaran


Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih,
selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu.
Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia.
Alam sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang
kepada bahaya toksik dan penularan wabak penyakit yang akan
menggugat tahap kesihatan.

(d) Pengaruh Penjagaan


Kesihatan rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala
menjadikan individu sentiasa dalam keadaan sihat. Perkembangan
teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga
membantu meningkatkan taraf kesihatan.

(e) Pengaruh Komuniti


Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan
sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan
perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, dan pusat-pusat
penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan
individu. Melalui pusat dan kemudahan kesihatan ini, program serta polisi
berkenaan kesihatan komuniti dapat dijalankan dengan berkesan dan
sistematik bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

AKTIVITI 1.2

Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan dan


terangkan dengan ringkas bagaimana faktor-faktor ini dapat
meningkatkan tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

1.1.3 Falsafah Pendidikan Kesihatan


Bolehkah anda nyatakan falsafah Pendidikan Kesihatan?

Falsafah Pendidikan Kesihatan adalah wadah yang akan dijadikan panduan untuk
melaksanakan pengajaran dan program Pendidikan Kesihatan. Ianya adalah asas
kepada perkembangan program dan tujuan pendidikan kesihatan yang sistematik.
Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya
pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk
menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan
untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu,
keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan
dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan
gaya hidup sihat sepanjang hayat. Oleh yang demikian individu perlu dididik
supaya memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
pendidikan kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai
budaya masyarakat. Mereka juga perlu dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

1.1.4 Konsep Sihat dan Pendidikan Kesihatan


Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi
di antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan seharian
di mana manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain (Kickbusch, 1997).
Apa yang mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung semata-mata
kepada individu mahu pun faktor-faktor biologikal, malah ianya bergantung
juga kepada persekitaran sosial dan budaya hidup individu tersebut. Dalam
konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat menjelaskan mengapa
dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit.

Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak
kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi Pendidikan
Kesihatan mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam
menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pendidikan Kesihatan dewasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  7

ini seharusnya mampu menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta


faktor-faktor ini. Rajah 1.2 di bawah dapat membantu menjelaskan kepada anda
bagaimana konsep sihat dan Pendidikan Kesihatan membantu individu untuk
mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Rajah 1.2: Konsep sihat dan pendidikan kesihatan

1.2 ASPEK-ASPEK PENDIDIKAN KESIHATAN


Sebelum kita membincangkan topik ini dengan lebih lanjut lagi, mari kita lihat
dahulu definisi pendidikan kesihatan:
(a) Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang
dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif
terhadap kesihatan (Green, 1980).
(b) Marx & Wooley (1998), mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai
pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal,
mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan
kemahiran berkenaan kesihatan dan ianya dirancang untuk membantu dan
memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan,
mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkait dengan
kesihatan.
(c) Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan
membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk
memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku
(Anspaugh & Enzell, 1995).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Program dan kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang serta berkesan


dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
potensi individu ke tahap optimum. Pendidikan Kesihatan membantu murid
meneroka dan menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang
optimum dan kesejahteraan hidup. Rajah 1.3 dapat membantu menjelaskan kepada
anda tentang apakah Pendidikan Kesihatan.

Rajah 1.3: Konsep pendidikan kesihatan

1.2.1 Agensi-agensi Pendidikan Kesihatan


Tahukah anda apakah agensi-agensi yang memberi Pendidikan Kesihatan
kepada masyarakat? Mereka ialah:

(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia


Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah agensi pertubuhan kesihatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang khusus berkenaan kesihatan. Ia
ditubuhkan pada 7 April 1948. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini
dianggotai oleh 192 buah negara dan akan bersidang di Perhimpunan
Kesihatan Sedunia bagi membincangkan dan meluluskan anggaran
perbelanjaan, program-program, serta polisi-polisi bagi meningkatkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  9

tahap kesihatan negara-negara di dunia ini. Objektif utama Pertubuhan


Kesihatan Sedunia adalah merangka perlembagaan berkenaan kesihatan
sedunia supaya seluruh warga dunia dapat mencapai tahap kesihatan yang
paling tinggi.

(b) Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Bahagian Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu daripada bahagian-
bahagian yang wujud di Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Bahagian ini mula beroperasi sebagai Unit Pendidikan Kesihatan di
ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1968. Pada masa itu
fungsi utama Unit Pendidikan Kesihatan adalah untuk menerbitkan bahan-
bahan pendidikan kesihatan seperti filem-filem kesihatan dan bahan-bahan
bercetak pendidikan kesihatan untuk digunakan oleh anggota kesihatan dalam
menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 1993, Unit Pendidikan Kesihatan dinaikkan taraf ke Bahagian


Pendidikan Kesihatan di bawah Sistem Saraan Baru. Kini skop
perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan telah
diperluaskan daripada peringkat kebangsaan sehingga peringkat negeri,
hospital-hospital negeri, beberapa hospital daerah dan beberapa daerah
kesihatan. Di setiap negeri terdapat satu Unit Pendidikan Kesihatan yang
diketuai oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh Pegawai
Pendidikan Kesihatan yang lain bersama anggota-anggota sokongan.

Di hospital-hospital negeri pula terdapat Unit Pendidikan Pesakit. Manakala di


beberapa hospital daerah dan pejabat kesihatan tertentu jawatan Pegawai
Pendidikan Kesihatan telah diwujudkan dan diisi. Fungsi utama Bahagian
Pendidikan Kesihatan sekarang sudah beralih daripada penerbitan kepada
pengurusan program-program pendidikan dan promosi kesihatan dan juga
program latihan, penyelidikan dan media massa. Bahagian Pendidikan
Kesihatan bertanggungjawab untuk memberi kepimpinan, menyelaras dan
memantau aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan di peringkat negeri
dan hospital. Bermula dari 16 Disember 2004, bahagian ini telah berpindah ke
Putrajaya.

(i) Visi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi
kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup
sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

(ii) Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan
kesihatan rakyat Malaysia melalui;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

• Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara


yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu;
• Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat
bertindak terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan
mereka; dan
• Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta.

(iii) Objektif Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan


Malaysia
Fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk
merancang, mengurus pelaksanaan, menyelaras dan menilai program
pendidikan dan promosi kesihatan di seluruh negara.

(iv) Perkhidmatan yang diberi


Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian
Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:
• Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program
pendidikan dan promosi kesihatan;
• Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat,
sambutan hari-hari kesihatan dan program-program khas;
• Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan Pendidikan
Kesihatan;
• Pengurusan program Pendidikan Kesihatan melalui media massa;
• Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan/promosi
kesihatan;
• Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan; dan
• Khidmat runding dalam bidang promosi kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  11

AKTIVITI 1.3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan petikan di atas, senaraikan elemen-elemen Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang selaras dan selari dengan falsafah,
konsep dan definisi Pendidikan Kesihatan.

1.2.2 Faktor-faktor yang Mendominasikan Pendidikan


Kesihatan
Faktor-faktor yang mendominasikan Pendidikan Kesihatan adalah:

(a) Asas Kognitif


Kognitif adalah asas kepada falsafah Pendidikan Kesihatan yang bakal
dibentuk. Ianya memfokuskan kepada isi kandungan serta fakta-fakta yang
wujud dalam Pendidikan Kesihatan. Asas kognitif dapat meningkatkan
pengetahuan murid tentang kesihatan. Ianya membenarkan seberapa
banyak ilmu pengetahuan dapat diperoleh oleh murid dengan cepat.

(b) Perubahan Tingkah Laku


Perubahan tingkah laku menekankan kepada modifikasi tingkah laku
melalui matlamat dan tujuan tingkah laku terhadap kesihatan. Perubahan
tingkah laku terhadap kesihatan dizahirkan melalui ikrar dan tekad untuk
mengubah tingkah laku daripada yang buruk kepada yang lebih baik.
Perubahan tingkah laku ini akan lebih berkesan bila ianya disusuli pula
dengan pemantauan kendiri individu terhadap tingkah laku positif
terhadap kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

(c) Model Membuat Keputusan


Model untuk membuat keputusan adalah pendekatan sistematik individu
terhadap pendidikan dan perubahan. Model ini menyediakan murid
dengan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
berkenaan kesihatan mereka. Model ini juga menyediakan murid dengan
kemahiran-kemahiran yang perlu bagi menangani tekanan dan cabaran
hidup mereka terutama sekali berkenaan hubungan dengan orang lain
seperti keluarga, rakan sebaya dan komuniti.

(d) Kebebasan
Faktor kebebasan menekankan konsep bebas, kendiri dan pembelajaran
sepanjang hayat. Konsep ini membantu murid untuk berfungsi bagi
memenuhi kepuasan kendiri terhadap amalan-amalan yang positif terhadap
kesihatan. Ianya membantu murid bertindak dan membuat keputusan yang
positif berkenaan kesihatan berdasarkan minat dan kehendak mereka sendiri
selagi mana tindakan dan keputusan tersebut tidak mendatangkan keburukan
kepada diri sendiri dan orang lain.

(e) Perubahan Sosial


Pendidikan Kesihatan berkait rapat dengan isu-isu sosial, budaya dan
status ekonomi yang mempengaruhi kesihatan murid. Perubahan sosial
merupakan kuasa penggerak dan pendesak murid untuk mengubah
tingkah laku mereka ke arah gaya hidup sihat. Ianya merupakan isu-isu
yang akan memperkembangkan lagi peranan Pendidikan Kesihatan.

SEMAK KENDIRI 1.1

Senaraikan dan terangkan dengan ringkas tentang apakah faktor-faktor


yang mendominasi Pendidikan Kesihatan.

1.2.3 Proses Pendidikan Kesihatan


Menurut Wee (1995), Pendidikan Kesihatan melalui tiga proses penting iaitu:

(a) Konsep Asas Kesihatan


Konsep dan asas kesihatan merujuk kepada Âapa itu kesihatanÊ?

(b) Tujuan sebenar Kesihatan


Matlamat kesihatan yang merujuk kepada pola-pola tingkah laku kesihatan
individu dan komuniti yang dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  13

(c) Proses Pendidikan


Ianya adalah proses pemindahan ilmu, informasi dan kemahiran kesihatan
melalui proses pendidikan.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang dihasratkan dalam Pendidikan Kesihatan,
ketiga-tiga proses ini perlu bergabung sebagai satu entiti yang seimbang.

1.2.4 Pendidikan Kesihatan dalam Masyarakat


Pendidikan Kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu
dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan
mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian (Wee, (1995)). Ianya
dijalankan melalui aktiviti-aktiviti agensi Kementerian Kesihatan, agensi-agensi
kesihatan sukarela, sekolah, organisasi remaja dan kumpulan masyarakat lain.

Pendidikan Kesihatan boleh disampaikan kepada masyarakat melalui:

(a) Kaunseling Individu


Kaunseling individu dijalankan melalui khidmat nasihat pakar-pakar
kesihatan seperti doktor, doktor gigi, jururawat dan pekerja sukarela. Ianya
bertujuan untuk membantu dan mendidik masyarakat berfikir tentang cara
mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka.

(b) Pengajaran Berkumpulan


Pengajaran berkumpulan dijalankan melalui kaedah perbincangan dan
mesyuarat bagi memahami sesuatu masalah kesihatan dan seterusnya
mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

(c) Penggunaan Media Massa


Mesej berkenaan kesihatan, masalah kesihatan dan kempen-kempen
kesihatan disalurkan kepada masyarakat melalui media massa seperti surat
khabar, jurnal, risalah, poster, radio, televisyen dan internet.

(d) Program Tindakan Komuniti


Program Tindakan Komuniti melibatkan ahli-ahli dalam komuniti supaya
bekerjasama bagi menyelesaikan masalah-masalah kesihatan. Ianya memberi
peluang kepada semua pihak yang terlibat mengumpul maklumat, membuat
keputusan serta bertekad untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.

(e) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal


Pendidikan Kesihatan tidak formal berlaku dalam kalangan ahli
masyarakat melalui interaksi dan pergaulan mereka seharian. Di rumah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan berlaku dalam kalangan ahli-ahli dalam keluarga


manakala di luar rumah pula Pendidikan Kesihatan berlaku antara rakan,
jiran tetangga, dan rakan sekerja tentang isu-isu semasa berkenaan
kesihatan.

Rajah 1.4 dapat membantu menjelaskan kepada anda bagaimana Pendidikan


Kesihatan dapat menyelesaikan masalah kesihatan dalam masyarakat.

Rajah 1.4: Fungsi pendidikan kesihatan dalam masyarakat

1.2.5 Pendidikan Kesihatan di Sekolah


Pendidikan Kesihatan di sekolah merangkumi tiga aspek berikut:

(a) Pengajaran Kesihatan yang Bersistematik


Pengajaran Kesihatan yang bersistematik ini dilaksanakan melalui kelas-
kelas Pendidikan Kesihatan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran
yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Ianya diajarkan kepada
murid melalui tiga tunjang pembelajaran iaitu Kesihatan Diri dan Keluarga,
Gaya Hidup Sihat, Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Topik-topik
atau unit-unit kesihatan yang berkaitan juga digabungkan dalam kelas-
kelas Pendidikan Jasmani di sekolah.

(b) Kaunseling Kesihatan Individu


Kaunseling kesihatan individu lazimnya dijalankan oleh para guru kepada
pelajar yang mengalami masalah kesihatan di sekolah. Khidmat pakar
seperti para doktor, jururawat, kaunselor dan individu yang berkelayakan
juga dijemput bagi mengendalikan sesi kaunseling ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  15

(c) Pengajaran dan Pembelajaran Kesihatan Tidak Formal


Pengajaran dan pembelajaran kesihatan tidak formal di sekolah dilaksanakan
melalui pengajaran pembelajaran pengalaman harian iaitu melalui
pemeriksaan kesihatan, program makanan tambahan, penjagaan haiwan
peliharaan, aktiviti-aktiviti fizikal, pertalian dan perhubungan manusia dan
perubahan persekitaran fizikal sekolah untuk keselesaan dan kesihatan.

Rajah 1.5 dapat membantu menjelaskan kepada anda tentang pendidikan


kesihatan di sekolah.

Rajah 1.5: Pendidikan kesihatan di sekolah


Sumber: Wee Eng Hoe. (1995).

1.2.6 Pendidikan Kesihatan Sekolah yang


Komprehensif
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan di luar kawalan kita.
Pendidikan Kesihatan yang komprehensif adalah perlu sebagai usaha untuk
mengkoordinasikan perbezaan-perbezaan perkhidmatan dan program yang
berkaitan dengan keperluan kesihatan murid. Pendidikan Kesihatan komprehensif
ini menggalakkan penyertaan aktif dan perancangan kolaboratif semua pihak yang
menyumbangkan tenaga dan masa bagi kepentingan tahap kesihatan murid-murid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

di sekolah. Ini termasuklah para guru, rakan sebaya, ibu bapa, para profesional dan
ahli komuniti.

Pendidikan Kesihatan sekolah yang komprehensif ini menggabungkan empat


elemen utama iaitu:

(a) Pengajaran dan Pembelajaran


Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang dijalankan menggunakan
pendekatan kesepaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu-
isu atau topik-topik tidak diajarkan secara berasingan. Proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah menggabungkan:
(i) Ketegasan;
(ii) Kemahiran berhujah;
(iii) Resolusi konflik; dan
(iv) Kemahiran untuk membuat keputusan.

Kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid-murid meningkatkan


lagi kawalan dan tahap kesihatan mereka.

(b) Perkhidmatan Sokongan


Perkhidmatan kesihatan sokongan yang wujud di sekolah merupakan
penggerak dan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan di sekolah. Antara perkhidmatan kesihatan sokongan
yang dapat membantu menggerak dan melengkapkan proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di sekolah adalah:
(i) Program imunisasi;
(ii) Penilaian kesihatan;
(iii) Penyaringan kesihatan;
(iv) Rujukan kesihatan;
(v) Perkhidmatan rawatan dan pemulihan;
(vi) Perlindungan kanak-kanak; dan
(vii) Kaunseling.

(c) Sokongan Sosial


Kanak-kanak bergantung kepada sokongan orang-orang di sekeliling
mereka bagi membolehkan mereka memilih gaya hidup yang sihat.
Keluarga, rakan, guru, kakitangan sekolah, tetangga dan komuniti
memainkan peranan yang penting dalam menyokong murid-murid semasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  17

mereka belajar membuat keputusan tentang gaya hidup mereka. Model


yang positif dan bersesuaian daripada sekolah, rumah dan komuniti juga
dapat menyokong proses pembelajaran kanak-kanak.

(d) Persekitaran yang Sihat


Persekitaran sosial dan fizikal sekolah yang sihat dapat meningkatkan
kesihatan keseluruhan murid. Persekitaran fizikal sekolah yang bersih,
kemas dan selamat ini termasuklah:
(i) Pencahayaan dan pengudaraan;
(ii) Peraturan dan prosedur keselamatan sekolah dan bilik darjah;
(iii) Polisi pemakanan; dan
(iv) Tandas dan sistem pembuangan sampah.

Manakala persekitaran sosial yang sihat pula termasuklah:


(i) Bebas dari sebarang bentuk diskriminasi;
(ii) Gangguan; dan
(iii) Ugutan.

Persekitaran sosial dan fizikal sekolah yang sihat ini juga dapat
menggalakkan peningkatan kendiri murid-murid.

1.3 MATLAMAT DAN TUJUAN PENDIDIKAN


KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan menurut Wee (1995) mempunyai tujuan berikut;
(a) Untuk mengubah tingkah laku kesihatan iaitu dari segi pengetahuan, sikap
dan amalan.
(b) Untuk menyumbang ke arah mewujudkan insan yang berpelajaran dengan
membekalkan pengalaman-pengalaman kesihatan yang bermakna, yang
boleh mengubah tingkah laku kesihatan.
(c) Untuk menolong orang ramai mencapai tahap kesihatan yang diingini
dengan tingkah laku dan usaha sendiri melalui pemupukan minat,
pembangunan tanggungjawab kendiri untuk pembangunan kesihatan yang
lebih baik sebagai ahli keluarga dan komuniti.
(d) Untuk memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab
kesihatan kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Di peringkat sekolah matlamat Pendidikan Kesihatan tan adalah membantu murid


meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Objektif Pendidikan Kesihatan sekolah adalah supaya murid boleh:


(a) Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
persekitaran;
(b) Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan;
(c) Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan
dan pengalaman;
(d) Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
(e) Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara
keseluruhan.

• Topik ini telah membincangkan tentang falsafah, konsep dan definisi


Pendidikan Kesihatan.

• Definisi kesihatan yang dibincang meliputi kesihatan fizikal, sosial, mental,


emosi, persekitaran dan rohani.

• Kesemua komponen-komponen ini perlu seimbang bagi membentuk


kesihatan yang optimum dan menyeluruh kepada individu, keluarga dan
komuniti.

• Konsep asas kesihatan, tujuan sebenar kesihatan dan proses pendidikan


merupakan proses-proses yang penting dalam Pendidikan Kesihatan.

• Pendidikan Kesihatan di sekolah merangkumi pengajaran kesihatan yang


bersistematik, kaunseling kesihatan individu, pengajaran dan pembelajaran
kesihatan yang tidak formal berkaitan dengan pengalaman seharian.

• Ia bertujuan untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,


memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN  19

Kesihatan Kesihatan persekitaran


Kesihatan emosi Kesihatan rohani
Kesihatan fizikal Pendidikan kesihatan
Kesihatan mental

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kesihatan menurut Pertubuhan


Kesihatan Sedunia (WHO).

2. Kesihatan yang optimum merangkumi 6 aspek kesihatan iaitu fizikal,


sosial, mental, emosi, persekitaran dan rohani. Jelaskan dengan ringkas
aspek-aspek tersebut.

3. Jelaskan dengan ringkas bagaimana pengaruh interpersonal, sosial dan


kerjaya dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu.

4. Jelaskan dengan ringkas bagaimana konsep sihat dan Pendidikan Kesihatan


membantu individu untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan.

2. Nyatakan dengan ringkas tujuan Pendidikan Kesihatan.

3. Pendidikan Kesihatan sekolah yang komprehensif ini menggabungkan


empat elemen utama. Nyatakan dengan ringkas keempat-empat elemen
tersebut.

4. Jelaskan dengan ringkas objektif Pendidikan Kesihatan di sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 FALSAFAH, KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

Anspaugh, D. J., & Enzell, G. (1995). Teaching todayÂs health (4th ed.).
Masschusetts: Allyn & Bacon.
Dubos, R. (1968). So human and animal. New York: Scribners.
Green, L. W. (1980). Health education planning: A diagnostic approach. Palo
Alto, Calif.: Mayfield Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan pelajaran pendidikan
kesihatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kickbusch, I. (1997). Promoting health through adult learning. CONFINTEA,
Hamburg.
Marx, E., & Wooley, S. F. (Eds.). (1998). Health is academic: A Guide to Coordinated
Health Programs (p. 4). New York, N.Y.: Teachers College Press.
Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (2nd ed.).
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kurikulum
2 Pendidikan
Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan konsep, matlamat dan objektif pendidikan prasekolah
dan sekolah rendah;
2. Menghuraikan kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan
Prasekolah, KBSR dan KSSR (Tahun Satu); dan
3. Membuat penilaian Pendidikan Kesihatan secara formal atau tak
formal.

 PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Kesihatan prasekolah dan sekolah rendah mendukung
cita-cita murni dan unggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengubalan kurikulum Pendidikan Kesihatan berhasrat membantu murid-murid
meningkatan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan
memberi panduan tentang skop dan kandungan mata pelajaran ini bagi
membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Proses perkembangan
kanak-kanak atau murid-murid adalah berterusan oleh itu persediaan dan
pengalaman awal mereka memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan
mantap serta relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi
keperluan individu dan negara.

Selain itu, kurikulum Pendidikan Kesihatan prasekolah dan sekolah rendah juga
perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan
kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Pendidikan Kesihatan
prasekolah dan awal persekolahan iaitu Tahun Satu menitikberatkan pendekatan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

„Belajar Melalui Bermain‰ yang tidak formal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu murid-murid belajar dan menghadapi dunia
sebenar dalam keadaan yang mengembirakan, selesa, selamat dan tiada tekanan.

2.1 KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF


PENDIDIKAN KESIHATAN PRASEKOLAH
Dalam subtopik ini, konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Prasekolah
sebelum kita membincangkan Pendidikan Kesihatan KBSR.

Konsep Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal ( PPK,KPM
2003)

Matlamat Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.( PPK, KPM 2003)

Objektif Pendidikan Prasekolah


Antara Objektif Pendidikan Prasekolah yang membolehkan murid:
 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif
yang menjadi warganegara yang patriotik.
 Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan
amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
 Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam
dan warisan budaya.

Dalam bahagian seterusnya, kita akan membincangkan pula beberapa konsep


penting dalam Pendidikan Kesihatan Prasekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  23

2.1.1 Konsep Kesepaduan


Dalam Pendidikan Kesihatan Prasekolah, guru harus menggunakan pelbagai
pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan,
keupayaan, bakat serta minat murid. Guru perlu menjalankan aktiviti yang
melibatkan murid secara aktif supaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan
menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan.

Untuk mencapai konsep ini, aktiviti Pendidikan Kesihatan tersebut perlu


dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistemetik bagi menjamin setiap
murid mendapat peluang yang sama. Oleh itu, mereka memperoleh pelbagai
pengalaman pembelajaran Pendidikan Kesihatan sebenar sama ada secara
individu, secara kelas ataupun secara kumpulan.

Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan Prasekolah, antara pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang diutamakan ialah pendekatan bersepadu.
Pengajaran bersepadu boleh menggabungjalinkan beberapa kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ataupun menggabungkan
aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani dan
intelek tidak terkecuali nilai-nilai amalan kesihatan, gaya hidup sihat dan
keselamatan persekitaran yang wujud dalam Pendidikan Kesihatan.

Justeru itu, strategi pengajaran yang berasaskan konsep kesepaduan boleh


digunakan dalam aktiviti harian. Guru perlu menggunakan dan mengaitkan
pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan kesihatan. Ilmu pengetahuan dipelajari mesti diamalkan. Contohnya:
Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan. Kanak-kanak melibatkan diri secara aktif.
Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung agar pembelajaran menjadi
lebih berkesan.

2.1.2 Konsep Gabungjalin


Kurikulum yang pelbagai gabungjalin dan seimbang daripada segi bahan
pembelajaran, jantina, budaya dan bangsa melatih dan memfokuskan kanak-kanak
berfikir secara terbuka dan mudah suai. Kanak-kanak perlu suasana terbuka dan
pelbagai konsep gabungjalin bagi membentukkan kemahiran berfikir secara kristis
dan mencipta sesuatu hasil yang kreatif dan istimewa.

Kurikulum berkonsepkan gabungjalin ini membolehkan kanak-kanak menimba


dan mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan
mereka adalah kurikulum yang seimbang, iaitu merangkumi pelbagai aktiviti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

yang sibuk seperti menyanyi ataupun menari dan tenang seperti mendengar
puisi atau muzik berbentuk klasik sambil berehat.

Secara amnya, konsep gabungjalin di peringkat awal seharusnya memberi tumpuan


yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi serta
sosialisasi nilai dan perhubungan positif. Suasana pengajaran dan pembelajaran di
pusat pendidikan awal kanak-kanak hendaklah sesuatu yang mengembirakan
kanak-kanak dan menggalakkan tingkah laku yang sentiasa berusaha meningkatkan
pengetahuan. Konsep ini juga boleh disamaertikan dengan konsep Âbermain sambil
belajarÊ. Konsep ini dapat memenuhi keperluan dan perkembangan mental,
sosioemosi dan fizikal kanak-kanak. Kemahiran, nilai dan sikap yang diperoleh
semasa di peringkat awal merupakan asas penting dalam pembentukan diri.
Semoga dengan pendekatan ini dapat melahirkan generasi yang berdikari, pintar
dan mempunyai perwatakan yang positif untuk perkembangan diri, masyarakat dan
pembangunan negara.

2.1.3 Konsep Integrasi


Dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Kesihatan, terdapat pelbagai
pendekatan dalam pengajaran dan pendidikan prasekolah serta KBSR.
Pendekatan berintegrasi yang ekletek mengambil kira pelbagai falsafah dan
pendekatan tersebut dan mengubahsuainya mengikut keperluan budaya dan
matlamat pengajaran Pendidikan Kesihatan.

Pendekatan berkonsepkan integrasi sebegini menbenarkan guru memilih konsep


pengajaran dan pembelajaran yang terbaik daripada setiap falsafah dan pendekatan
serta mencantumkannya bagi membentuk satu kurikulum yang berkesan dan
mengambil kira ciri-ciri keperluan perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini
bersifat dinamik iaitu sentiasa berubah dan meningkat dengan mengambil kira
dengan mana-mana falsafah atau strategi baru yang akan wujud kemudian.

Pendekatan berintegrasi ini akan sentiasa mencantumkan strategi yang paling


menarik, sesuai dan berkesan. Misalnya, pendekatan Pestalozzi menggalakkan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan melalui pengalaman terus dengan orang,
tempat ataupun benda seperti di hospital, melalui risalah-risalah dan poster-poster
yang mengiklankan penjagaan dan kebersihan diri dan keluarga. Montessori pula
menggalakkan memilih aktiviti berasaskan minat, amalan dan tahap
perkembangan mereka. Pendekatan berintegrasi yang berasaskan Piaget
menggalakkan kanak-kanak menyelami sesuatu proses penerokaan gaya hidup
sihat dan membincangkan pengalaman tersebut. Strategi ini dapat mencantumkan
dengan pendekatan yang membenarkan kanak-kanak menimba pengetahuan
melalui aktiviti „tunjuk dan ceritakan‰ (show and tell), membaca buku tentang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  25

amalan kesihatan dan mendengar cerita tentang kebersihan dan keselamatan


persekitaran yang mana dikenali sebagai 3K.

Dalam mencantum dan mengubahsuai strategi pendekatan integrasi, beberapa


prinsip perlu ditekan dan diberi perhatian iaitu:
(a) Mengambil kira latar belakang peribadi, perkembangan dan
kecenderungan pembelajaran kanak-kanak yang berbeza;
(b) Mengambil kira perbezaan individu dari segi masa yang sesuai untuk
mempelajari dan menerima ilmu Pendidikan Kesihatan;
(c) Menggunakan kesemua deria untuk pembelajaran Pendidikan Kesihatan
yang berkesan secara pratikal;
(d) Mengutamakan pembelajaran Pendidikan Kesihatan melalui pengalaman
yang menggunakan bahan atau alat bantu mengajar; dan
(e) Mengutamakan bermain sambil belajar pendidikan kesihatan dalam
keadaan riang dan mengembirakan.

AKTIVITI 2.1

1. Kurikulum Pendidikan Prasekolah merupakan satu perancangan


induk yang menyeluruh berkenaan dengan program awal kanak-
kanak, yang menyatakan falsafahnya di mana aktiviti-aktiviti
yang spesifik telah ditentukan. Bentuk satu kumpulan kecil.
Berikan komen anda.

2. Lihat Rajah 2.1. berdasarkan konsep-konsep kurikulum


Pendidikan Prasekolah yang telah dibincangkan sebelum ini,
terangkan sejauh mana anda faham tentang Model Self-Concept
Curriculum ini. Apakah kaitannya dengan kurikulum yang telah
dibincangkan? Bincang dalam kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 2.1: Self concept curriculum model


Sumber: Introduction to Early Childhood Education 4th ed. (2003)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  27

2.2 TUNJANG PEMBELAJARAN PENDIDIKAN


KESIHATAN KBSR
Sekarang, mari kita bincangkan Pendidikan Kesihatan KBSR pula dari aspek
konsep, matlamat dan objektifnya.

Konsep Pendidikan Kesihatan KBSR


Mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat Pendidikan Kesihatan KBSR


Bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,
memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup
sihat(PPK, KPM1998).

Objektif Pendidikan Kesihatan


 Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan
persekitaran.
 Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
yang berkaitan dengan kesihatan.
 Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan
pengetahuan dan pengalaman.
 Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
 Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat
secara keseluruhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 2.2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR

Kandungan sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KBSR disusun mengikut tiga


tunjang utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2:

(a) Kesihatan Diri dan Keluarga


(i) Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga
dan masyarakat secara proses berterusan.
(ii) Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan,
perkahwinan dan keibubapaan.
(b) Gaya Hidup Sihat
(i) Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian
yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
(ii) Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres,
kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
pencegahan penyakit.

(c) Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran


(i) Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan
persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
(ii) Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan
persekitaran dan pertolongan cemas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  29

Kesemua tunjang utama kurikulum ini boleh dimasukkan ke dalam rancangan


pengajaran tahunan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran

Tahap I / Tahun Tahap II / Tahun


Tunjang
Tajuk 1 2 3 4 5 6
Pembelajaran
Waktu Pengajaran
Kebersihan Diri 12 12 12 6 6 6
Kesihatan Diri
Perasaan 6 6 6 2 2 –
dan Keluarga
Kekeluargaan 10 10 10 3 3 3
Pemakanan 6 6 6 3 3 3
Gaya Hidup Pengurusan Konflik dan
– – – – – 2
Sihat Stres
Penyalahgunaan Bahan 3 3 3 2 2 2

Kebersihan Keselamatan 5 5 5 2 2 2
dan
Penyakit Berjangkit – – – 4 3 4
Keselamatan
Persekitaran Pertolongan Cemas – – – 2 3 2
JUMLAH 42 42 42 24 24 24

(Nota: Cadangan agihan masa di atas boleh dijadikan rujukan untuk merancang
rancangan tahunan mata pelajaran pendidikan kesihatan.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

AKTIVITI 2.2

1. Berpandukan kepada Jadual Michigan Model for Comprehensive


Health Education, buat perbandingan dengan Kurikulum
Pendidikan Kesihatan Prasekolah di Malaysia dari segi tajuk-
tajuk Pendidikan Kesihatan yang dikemukakan sertakan
pendapat anda.

Jadual 2.2: Contoh Michigan Model for Comprehensive Health Education

 Fire safety rules for home and school


 Recognition of poisons
 Safety rules: school, playground, bus, pedestrian, bicycle,
Safety and dangerous objects.
First-Aid
 Traffic signs and signals.
Education
 Seat belts
 Appropriate and in-appropriate touch
 Learning to say „no‰ to inappropriate touch; telling adults
 Varieties in food
Nutritional
 Food characteristics
Education
 Snacks
 Individual uniqueness
Family
 Identification of a family
Health
 Family roles
 Family members as health helpers
Consumer  Health helpers and theirs roles
Health
Community  Health helpers; roles and agencies
Health  Emergencies
Growth and  Five senses
Development  Match body parts with each sense
 Teeth
 Definition of drugs
Substance
 Medicines as drugs
Use and
 Choice not be to smoke
Abused
 Poisons
 How to say „no‰ to drugs

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  31

 Eye protection
 Eye function
Personal  Primary and permanent teeth
Health  Care to teeth
Practices  Tooth decay and tooth brushing
 Individual health pratices
 Sleep, rest and exercise
 Seat-belt
 How to make friends
 Likenesses and differences
Emotional
and  How to name and identify feelings
Mental  Ways to settle down
Health  Problem solving and decision making
 Adult help: when to seek it
 Identification of dangerous or destructive situations
 Prevention of spread of germs
Disease
 Medicine: appropriate uses
Prevention
and controls  Recognition of systems
 How and when to seek adult help
Sumber: Developmentally Appropriate Curriculum, 3rd edition, 2004

2. Berdasarkan Jadual 2.3, hasilkan satu Kurikulum Pendidikan


Kesihatan KBSR Tahun I dari segi penambahbaikan kepada
Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang wujud sekarang. Di
dalam rangkaan tersebut, anda dikehendaki memberi contoh
strategi bagi setiap tajuk yang diberi seperti di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jadual 2.3: Dari Model Michigan

 Accident prevention and seat-belt safety


 Safety signs and signals
Safety and  Safety hazards and prevention: bus, pedestrian, bicycle,
First-Aid poisons, water, fire
Education  Emergencies
 Personal safety: secrets, actions that promote safety,
avoiding dangerous situatuion.
 Definitions of sexual abuse
 Examples of the food groups
Nutritional
 Snacks from each group
Education
 Variety of foods needed for good health
 Food as source of energy and growth
 Recognition that offspring resemble parents
 Examples of families
Family Health  Family roles, responsibilities and abilities
 Differences in family eating habits
 Recognition of need for adult care
 Changes that affect families
Consumer  Health helpers
Health  Effects of tobacco advertisement
 When to tell an adult
Community  Personal medical procedures and instruments
Health  Immunisations
 Health checkups to prevent illness
 Living and non-living
 Living and growing
 Identification of growth needs
Growth and  New growth
Development  Personal skills and abilities
 Abilities of differently-abled people
 External body parts
 Organ and their functions
 Body parts working together

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  33

 Definition of drugs
Substance Use
 Identification of drugs
and
 Harmful effects of tobacco and alcohol
Abused
 How to say „no‰ to drugs
 Poisons and medicines
 Good health habits
Personal  Exercises
Health  Protection of self and others when ill
Pratices  Health checkups and illness prevention
 Seat-belt
 How to make friends
 Likenesses and differences
Emotional  How to name and identify feelings
and Mental  Ways to settle down
Health  Problem solving and decision making
 Adult to go to for help
 How to show courtesy
 Mixed feelings that accompany change
 Appearance and behavior associated with wellness and
illness
Disease  Factors changing health status and symptoms of illness
Prevention  Prevention of germ spread
and Controls  Head lice
 Immunizations
 Communicable diseases

Sumber: Developmentally Appropriate Curriculum, 3rd edition 2004

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

2.3 KURIKULUM STANDARD DALAM


PENDIDIKAN KSSR
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan adalah berdasarkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahun 1 dan Tahun 2 sekolah rendah
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).

Matlamat
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri,
keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran,
amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan
hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

Objektif
(a) Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri,
keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(b) Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit;
dan
(c) Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta
isu berkaitan dengan kesihatan.

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan membincangkan pendidikan KSSR


dengan lebih lanjut lagi.

2.3.1 Fokus Pendidikan Kesihatan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada pendidikan kesihatan
reproduktif dan sosial (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%) –
(Rajah 2.3). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun
diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  35

Rajah 2.3: Agihan pecahan kurikulum Pendidikan Kesihatan

Kandungan Pendidikan Kesihatan memberikan penekanan terhadap gaya hidup


sihat bersesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut
tiga modul utama iaitu:

(a) Modul Kesihatan Fizikal


Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan
kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri
dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.

(b) Modul Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial


Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta
mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi
kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.

(c) Kesihatan Persekitaran


Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran.
Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan
cemas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

2.3.2 Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial


dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan
Bahagian ini memberi penekanan istimewa terhadap Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan. Ia diajar melalui
kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Ia juga adalah satu
proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap,
nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama
insan.

Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks
semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke
arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.

Objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk membantu


murid:
(a) Membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan
sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat;
(b) Menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil
berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia
serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan
secara berterusan dan berkekalan; dan
(c) Memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan
bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa
kini serta masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  37

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial merangkumi (rujuk Jadual 2.4):

Jadual 2.4: Aspek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

Aspek Huraian
Kesihatan diri dan reproduktif Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akhil baligh
dan penjagaan kesihatan reproduktif.
Penyalahgunaan bahan Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
rokok, dadah, inhalan dan alkohol serta kemahiran
berkata ÊTIDAKÊ.
Kemahiran pengurusan mental Kemahiran pengurusan konflik dan stress dalam diri,
dan emosi keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
Kekeluargaan Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tangungjawab ahli dalam keluarga.
Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersornal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.
Pencegahan penyakit Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam serta
akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan
wanita.

Jadual 2.5 pula adalah cadangan pengagihan waktu bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan yang dipecahkan kepada tiga tajuk utama.

Jadual 2.5: Agihan Waktu Pendidikan Kesihatan

Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial 75% 26 waktu = 780 minit
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

2.3.3 Organisasi Standard Kurikulum


Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Tujuan utama Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal
dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk
ekuiti dan kualiti. Ekuati bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan
yang sama manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan
yang berkualiti. Justeru itu, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan
berkualiti yang sama kepada semua murid.

Jadual 2.6 menunjukan Pernyataan Standard berdasarkan Band bagi mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan Tahun 1.

Jadual 2.6: Huraian Band dan Pernyataan Standard

Band Pernyataan Standard


6 (Tahu, Faham, Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
Boleh Buat Dengan mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian,
Beradab Mithali) meningkatkan literasi kesihatan dan mengamakan gaya hidup
sihat.
5 (Tahu, Faham, Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang
Boleh Buat Dengan lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus
Beradab Terpuji) hidup secara positif dan sihat.
4 (Tahu, Faham, Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta
Boleh Buat Dengan pengurusan mental, emosi, dan sosial terhadap keluarga dan
Beradab) masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek
kesihatan dan keselamatan persekitaran.
3 (Tahu, Faham dan Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagan diri,
Boleh Buat) pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan
keselamatan diri.
2 (Tahu dan Faham) Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
persekitaran.
1 (Tahu) Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan persekitaran.

Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang


murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.
Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  39

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard


kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, dicapai oleh murid
dan mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk
lebih bertangungjawan ke atas pencapaian murid.

Band merupakan label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
Standard pula merupakan satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk
kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik
tentang individu.

AKTIVITI 2.3

Berpandukan Jadual 2.7, buat perbandingan Kurikulum Pendidikan


Kesihatan KSSR dengan Kurikulum Pendidikan Kesihatan KBSR dari
aspek tajuk-tajuk pembelajaran, agihan masa dan standard pencapaian.

Jadual 2.7: Taburan Tajuk dan Waktu Pendidikan Kesihatan Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah

Tahap Satu / Tahap Dua /


Tahun Tahun
Tunjang
Tajuk
Pembelajaran 1 2 3 4 5 6
Waktu Pengajaran
Kebersihan Diri 12 12 12 6 6 6
Kesihatan Diri
Perasaan 6 6 6 2 2 –
dan Keluarga
Kekeluargaan 10 10 10 3 3 3
Pemakanan 6 6 6 3 3 3
Gaya Hidup Pengurusan Konflik
– – – – – 2
Sihat dan Stress
Penyalahgunaan Bahan 3 3 3 2 2 2
Keselamatan 5 5 5 2 2 2
Kebersihan dan
Keselamatan Penyakit Berjangkit – – – 4 3 4
Persekitaran – – –
Pertolonan Cemas 2 3 2
Jumlah 42 42 42 24 24 24

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

2.3.4 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan


Kesihatan
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberikan tumpuan terhadap
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan
dan penghayatan nilai.

Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut


perlu diberikan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran :

(a) Pendekatan Bersepadu


Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk
menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan
nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini, perkembangan kemahiran
berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberikan
penekanan.

Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata


pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu
dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu
Pendidikan Kesihatan.

(b) Peningkatan Daya Pemikiran Murid


Daya pemikiran murid perlu dipertingkatkan untuk membolehkan murid
membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan
gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir
secara kreatif perlu dikendalikan oleh guru.

(c) Pelbagai Pendekatan


Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid
memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga
serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah Êhands-on learningÊ, pembelajaran
melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek,
pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivitisme,
pembelajaran masteri serta pembelajaran melalui pengalaman sangat
digalakkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  41

Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan adalah termasuklah


aktiviti kumpulan, gerak kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan
main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi
peluang dan ruang yang tidak terhad kepada murid untuk melahirkan
pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa
cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.

(d) Pemupukan Nilai Murni


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat
terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat
Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu dan diamalkan adalah
kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keperihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.

(e) Menyediakan Peluang


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu
memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang
lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan
hidup secara produktif dan sihat.

(f) Pengalaman Pembelajaran


Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan
pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira
pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri
dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu
dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasannya.

(g) Kecekapan Psikososial


Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial adalah perlu dan membantu
murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian,
memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku
pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat
membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendalikan perubahan
supaya mendapat manfaat yang maksimum.

(h) Penggunaan Teknologi Malkumat dan Komunikasi


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, e-mel,
CD-Rom serta sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta
pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran abad ke-21.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

AKTIVITI 2.4

Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Kesihatan, cuba kenal pasti pelaksanaan kurikulum yang
mengintegrasikan di antara kandungan dan kemahiran dari pelbagai
disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan.

2.4 TRANSFORMASI KURIKULUM


KEBANGSAAN
Dalam konteks Transformasi Kurikulum Kebangsaan, transformasi membawa
maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan
perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan
sekolah.

Kurikulum Kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang


holistik dan sentiasa releven untuk melahirkan modal insan seimbang yang
dapat menangani cabaran semasa dan masa depan (Rajah 2.4). Hasrat pendidikan
melalui transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan negara adalah satu
penambahbaikan yang dilakukan selaras untuk menghasilkan individu yang
seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada tuhan dan berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  43

Rajah 2.4: Perubahan kurikulum sekolah rendah di Malaysia

Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan


penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang
menyeronokkan. Penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah,
meningkatkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik
darjah.

Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan
nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme
dapat diperkukuhkan lagi. Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental dalam
kalangan pelajar melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih
efektif dapat diperkukuhkan. Transformasi pendidikan mempunyai matlamat
untuk membentuk seseorang pelajar menjadi modal insan yang seimbang dari
segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan
peluang bagi memenuhi keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan
yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi yang dilaksanakan telah


mengariskan enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan
diri bagi melahirkan insan holistik (Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Reka bentuk kurikulum transformasi

Tumpuan perbincangan dalam bab ini adalah berkaitan dengan tunjang fizikal
dan estetika di mana keperluan kepada insan seimbang seperti yang dihasratkan
melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan intelek. Kesihatan jasmani pelajar menjamin pembangunan
potensi pelajar dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan
pelajar harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur serta tahap
kematangan pelajar. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat
tunjang perkembangan fizikal dan estetika.

Kaedah pengoperasian bagi merealisasikan matlamat pendidikan seperti


yang dinyatakan di atas, kurikulum prasekolah, rendah dan menengah
diorganisasikan secara modular berasaskan standard. Kurikulum transformasi
digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  45

kompetensi tertentu di mana pelajar perlu kuasai pada suatu tempoh dan tahap
persekolahan.

Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji.
Standard kurikulum disediakan berasaskan matlamat pendidikan dan dibina ke
arah menggalakkan pembelajaran berasaskan sekolah. Dua standard yang perlu
dicapai oleh pelajar adalah standard kandungan dan standard pembelajaran.
Standard ini disediakan bagi setiap tahap. Standard Kandungan mengandungi
pernyataan spesifik tentang apa yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria untuk
memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard
kandungan.

AKTIVITI 2.5

Huraikan LIMA langkah yang boleh digunakan oleh guru dalam


melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah agar
perlaksanaannya dapat memenuhi kehendak dimensi Pendidikan
Kesihatan secara keseluruhan.

2.5 PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Penilaian ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid-murid secara menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Penilaian merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang


dijalankan secara berterusan. Penilaian ini dirancang dan dikendalikan oleh guru
di peringkat prasekolah dan pendidikan sekolah secara formal atau tidak formal.
Instrumen penilaian Pendidikan Kesihatan dibina dan ditadbir oleh guru.
Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Guru juga
membuat pemeriksaan fizikal secara berkala.

Hasil penilaian ini digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki kaedah
pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak. Catatan dan
laporan perlu dibuat di peringkat prasekolah atau KBSR bagi memberi
maklumbalas kepada murid, ibubapa dan guru lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 2.6 menunjukkan beberapa tujuan penilaian Pendidikan Kesihatan.

Rajah 2.6: Tujuan penilaian Pendidikan Kesihatan

Mengikut Rohani Abdullah (2004), beliau menjelaskan bahawa tujuan penilaian


dijalankan supaya guru dapat:

(a) Mengesan Perkembangan Murid secara Menyeluruh


Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat
dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak itu normal. Walau bagaimanapun guru seharusnya dapat mengenal
pasti kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek
tertentu. Guru boleh merujuk dan berkerjasama dengan pakar kesihatan
supaya bantuan dapat diberi pada peringkat awal lagi.

(b) Melihat Perubahan pada Perkembangan Setiap Murid


Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika guru
mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi
melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang
dicapai oleh setiap kanak-kanak.

(c) Membuat Perancangan Aktiviti


Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat
mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam membentuk aktiviti bimbingan
dan pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa
kumpulan kecil.

(d) Meneliti Keberkesanan Aktiviti, Rutin dan Strategi yang Digunakan


Respon kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi
gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat pengubahsuaian
daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  47

(e) Mempelajari Keperluan Setiap Murid


Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar
perkembangan mereka berbeza. Oleh itu, guru dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa. Potensi yang ada pada kanak-kanak itu juga dapat dipertingkatkan.

(f) Menyelesaikan Sesuatu Masalah


Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa
dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat mengatasi Âtiada kawanÊ contohnya
apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.

(g) Memberi Laporan yang Tepat kepada Ibubapa


Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasil
kerja kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi
perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-
kurangnya dua kali setahun.

(h) Memberi Laporan kepada Pakar


Kanak-kanak yang mempunyai masalah dari segi kesihatan seperti lambat
daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang
berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.

(i) Menghargai Hasil Kerja Murid


Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula
apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil
kerjanya dihargai. Secara langsung ini dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka kerana pencapaian diukur dan dibandingkan dengan pencapaian
yang lampau.

(j) Membuat Tindakan Susulan Serat Merta


Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi
ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan
atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan murid
berkenaan perlakuannya.

(k) Kaedah Penilaian


Penilaian ke atas perubahan tingkah laku kanak-kanak yang menghadiri
tadika dapat dilakukan secara pemerhatian dan juga pada hasil kerja mereka.

(l) Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul
maklumat. Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang
berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara


berkumpulan ataupun individu memberi maklumat penting berkenaan
perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara
sistematik supaya pengisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh
direkodkan dengan menggunakan:

(i) Rekod Anekdot


Rekod anekdot merupakan penulisan yang ringkas, tepat dan padat
mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan
berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa,
tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau menggunakan gambar.
Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan
diletakkan pada tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada
dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa
yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Guru dapat
mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu
murid itu.

(ii) Rekod Pensampelan Masa


Rekod pensampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke
atas tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal
pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa.
Pemerhatian dibahagikan kepada beberapa segmen masa dan kekerapan
berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan diambil
tindakan.

(iii) Senarai Semak


Walaubagaimana pun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru
dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil
pembelajaran seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (2003). Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil
pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrumen semakan semasa
membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran
hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Senarai semak ini dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak
boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini.
Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian
murid itu. Ada juga kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu
Âbelum menguasai, baik, cemerlangÊ bagi memberi gambaran yang lebih jelas
berkenaan pencapaian murid itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  49

2.5.1 Etika dan Jenis-jenis Penilaian


Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Oleh itu, semua
rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah
disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:
(a) Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang
tertentu sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan atau pun orang
yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996;
(b) Rekod murid tidak boleh dipamerkan;
(c) Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil
gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan; dan
(d) Pastikan segala rekod pemerhatian diberi kepada ibu bapa pada akhir
tahun.

Penilaian untuk Pendidikan Kesihatan terbahagi kepada tiga seperti berikut:

(a) Penilaian Formatif


(i) Digunakan bagi menilai program, seterusnya memperbaiki kurikulum,
pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
(ii) Membantu Pendidikan Kesihatan membentuk maklumat dan objektif
program dan pembelajaran kanak-kanak secara berterusan dan lebih
formal.
(iii) Bukti-bukti dikumpulkan secara sistematik bagi menilai keberkesanan
dan memperbaiki program, kurikulum, matlamat, objektif, kandungan
dan pengajaran serta pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan.
(iv) Dengan penilaian yang digunakan dalam Pendidikan Kesihatan,
kualiti pengalaman kanak-kanak dapat diperbaiki.

(b) Penilaian Formal/Sumatif


(i) Dijalankan pada akhir pelajaran Pendidikan Kesihatan, selesai sesuatu
unit pelajaran ataupun pada akhir tahun persekolahan.
(ii) Ujian yang standard perlu diadakan selalu.
(iii) Ujian ini dapat menentukan tahap pencapaian kanak-kanak sebaya
khususnya dalam Pendidikan Kesihatan.
(iv) Keberkesanan pengajaran, kurikulum, perkembangan dan pembelajaran
dan pembelajaran kanak-kanak dapat ditentukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

(c) Penilaian Tidak Formal Berterusan


(i) Pendidik yang baik secara automatik dan tidak formal akan menilai iaitu
dengan memikirkan atau menimbangkan aktiviti dan pengalaman yang
telah dijalankan semalam, minggu lepas ataupun sebulan lalu.
(ii) Maklum balas yang diberikan kepada kanak-kanak semasa mereka
membuat sesuatu kerja adalah penilaian tidak formal dan berterusan
dalam Pendidikan Kesihatan.
(iii) Kanak-kanak perlu mengetahui sejauh mana mereka telah berjaya
menguasai sesuatu kemahiran ataupun memperoleh pengetahuan.
(iv) Melalui maklum balas spontan, kanak-kanak mengetahui kemajuan
mereka dan dengan ini mereka dapat meneruskan aktiviti.
(v) Maklum balas bukan sahaja pujian, tetapi maklumat kerja dan kemajuan
kanakkanak. Misalnya, Â Awak boleh main tiga permainan hari ini?Ê
(vi) Maklum balas membantu menjelaskan tugas kanak-kanak. Misalnya,
„Berdiri dari sudut ini, kemudian buat balingan‰.
(vii) Maklum balas membolehkan kanak-kanak meneliti dan menilai kerja
sendiri. Misalnya, ÂKenapa anda perlu berkerjasama ketika bermain di
dalam satu kumpulan?
(viii) Maklum balas berdasarkan kemajuan dan kerja individu, membantu
kanak-kanak berasa dihargai dan dihormati.
(ix) Selain itu, program Pendidikan Kesihatan perlu ada penilaian tidak
formal dan berterusan. Ibubapa, guru-guru lain ataupun penyelia boleh
memberi komen berkenaan kejayaan program Pendidikan Kesihatan
Prasekolah.

• Walaupun sesuatu rancangan menyeluruh perlu diadakan untuk mengkaji


semula Kurikulum pendidikan kesihatan dalam KBSR secara rasional,
kemajuan hanya dapat dicapai jika sebahagian daripada program pengajaran
dan pembelajaran prasekolah dan awalan persekolahan itu dapat dikaji.

• Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi Pendidikan Kesihatan terdiri


daripada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, pemakanan dan
pertolongan cemas. Standard Kurikulum digubal dengan menetapkan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, dicapai oleh murid dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN  51

mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk


lebih bertanggungjawanb ke atas pencapaian murid.

• Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi


memenuhi keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang
berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

Band Standard Kandungan


Model self-concept curriculum Standard Pembelajaran
Nutritional education

Kes isu 1: Penderaan seksual telah menjadi masalah yang serius dan berleluasa.
Penderaan seksual berkemungkinan besar telah berlaku pada kanak-kanak
prasekolah selain daripada kanak-kanak yang lebih berumur. Sebagai seorang
guru apakah yang perlu disampaikan kepada kanak-kanak prasekolah tentang
keselamatan peribadi agar kanak-kanak dapat melaksanakan beberapa perkara
yang menghindari mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual.

Aplikasikan apa yang anda telah baca dalam topik ini dengan berpandukan nota
yang dibekalkan. Tuliskan satu rancangan mengajar dengan menggunakan
strategi-strategi yang dirancangkan untuk mana-mana tunjang kesihatan bagi
kumpulan prasekolah. Nyatakan alat bantu mengajar yang diperlukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada:


Delmar Learning.
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate
curriculum. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah.
Pahang: PTS Publication Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. KPM.
Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan.
Kuala Lumpur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Asas Sains
3 dalam
Pendidikan
Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kepentingan asas sains dalam Pendidikan Kesihatan;
2. Menghuraikan struktur anggota badan;
3. Menghuraikan fungsi sistem-sistem tubuh; dan
4. Membincangkan ciri-ciri umur kematangan.

 PENGENALAN
Asas sains adalah penting dalam Pendidikan Kesihatan kerana ianya dapat
membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah
berkaitan dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam Pendidikan
Kesihatan iaitu aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek
fisiologi. Aspek biologi membantu kita untuk mengenal pasti fungsi sistem tubuh
yang mempengaruhi tahap kesihatan individu manakala aspek sosiologi pula
membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek sosial yang mempengaruhi
peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat. Aspek psikologi
membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah kesihatan
dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi
sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

3.1 KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM


PENDIDIKAN KESIHATAN
Subtopik ini akan membincangkan kepentingan asas sains dalam pendidikan
kesihatan yang menyentuh aspek biologi, sosiologi, psikologi dan fisiologi
dengan lanjut.

3.1.1 Aspek Biologi


Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang
berfungsi sebagai suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah
kelompok ilmu pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup
berbeza daripada jirim organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus
berkembang. Dari aspek biologi, kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri
seperti:
(a) Bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan;
(b) Pergerakan;
(c) Pengawalan; dan
(d) Penghasilan semula.

Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan


keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung
untuk berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya,
manusia merupakan makhluk yang memerlukan sinar matahari, udara yang
bersih, pemakanan yang seimbang, keselamatan dan tahap kesihatan yang baik
untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera. Mereka
memerlukan tahap perkembangan fizikal, mental dan sosial yang baik. Tahap
kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan asas terhadap
pertumbuhan dan perkembangan manusia.

3.1.2 Aspek Sosiologi


Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi
keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek
ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk
kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk
menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku personal dan sosial
yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial
tersebut (Nixon & Jewett, 1980).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  55

Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi.


Melalui peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan
kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat.

Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang
berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam
masyarakat. Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus
kepada individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka
terhadap mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan
tahap kesihatan mereka.

Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji:


(a) Peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat;
(b) Kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial;
(c) Nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui pendidikan kesihatan;
(d) Perkaitan antara pendidikan kesihatan dengan pencapaian akademik;
(e) Sosialisasi melalui pendidikan kesihatan;
(f) Peningkatan mobiliti sosial melalui pendidikan kesihatan;
(g) Perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi
masyarakat; dan
(h) Perkembangan sosial melalui pendidikan kesihatan.

3.1.3 Aspek Psikologi


Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkah laku
manusia. Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat:
(a) Proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan;
(b) Pola pertumbuhan dan perkembangan manusia;
(c) Cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka
melalui sistem saraf;
(d) Cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah;
(e) Tindak balas motivasi dan emosi manusia;
(f) Perkembangan dan perbezaan individu;
(g) Cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan; dan
(h) Cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk
mengaplikasikan fakta-fakta dan prinsip-prinsip psikologi terhadap pendidikan,
pengamalan dan segala tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu
yang secara psikologinya sihat adalah individu yang (sila rujuk Jadual 3.1).

Jadual 3.1: Ciri-ciri Psikologi Sihat Seseorang Individu

Ciri-ciri Psikologi Penerangan


Merasa senang Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
terhadap dirinya yang tidak diselubungi oleh rasa takut, marah, cemburu,
bersalah dan risau. Mereka percaya terhadap kebolehan
kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai cabaran,
mengekalkan kehormatan kendiri dan menerima kekurangan
diri.
Merasa selesa dengan Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
orang lain yang berasa puas dengan tahap hubungannya dengan orang
lain. Mereka merupakan individu yang boleh memberi kasih
sayang, bertimbang rasa, menghormati perbezaan yang
wujud dan berasa bertangungjawab terhadap orang lain.
Berupaya menangani Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
kehendak dan cabaran yang cuba menyelesaikan sebarang masalah yang timbul,
hidup menerima tanggungjawab serta merancang masa depan.
Mereka bersikap realistik dan mampu membuat keputusan
sendiri. Mereka akan menggunakan keupayaan serta
kebolehan semula jadi untuk mengawal persekitaran mereka
dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran
tersebut.
Mengawal ketegangan Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang
dan kebimbangan mengenal pasti punca dan simptom ketegangan dan
kebimbangan dalam hidup mereka. Mereka secara sedar
mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah dan
tidak menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka
hadapi.
Mengawal kebencian Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
dan rasa bersalah yang mengakui dan berusaha untuk menentang
kecenderungan mereka terhadap perasaan benci, marah,
mementingkan diri dan rasa bersalah.
Mengekalkan Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
penampilan yang yang cuba untuk menempuh kehidupan seharian dengan
mengembirakan pendekatan yang menyeronokkan dan mengembirakan.
Mereka percaya bahawa hidup ini adalah satu anugerah.
Mereka melihat masa hadapan dengan pandangan yang
positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  57

Memperkayakan Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu


kehidupan orang lain yang mengakui bahawa terdapat orang lain yang lebih
memerlukan bantuan berbanding diri mereka. Mereka
bertindak untuk meringankan beban yang ditanggung oleh
orang lain dengan memberikan bantuan yang terdaya oleh
mereka.
Menghargai Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
kepelbagaian yang tidak takut akan perbezaan yang ada pada diri mereka
berbanding orang lain. Mereka tidak berasa terancam oleh
perbezaan bangsa, jantina, agama dan status.
Menghargai Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu
persekitaran semula yang menghormati keindahan alam semula jadi. Mereka
jadi menggunakan masa untuk menikmati persekitaran dan
punyai kesedaran terhadap pentingnya mengekalkan
keindahan persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang
kompleks. Antara proses-proses tersebut adalah:
(a) Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap
kesihatan dan kesejahteraan hidup;
(b) Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan psikologi;
(c) Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap
kesihatan psikologi akan datang; dan
(d) Bagaimana individu mempertahankan diri daripada pelbagai masalah.

3.1.4 Aspek Fisiologi


Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
manusia (Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi
membantu kita untuk mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh
memberi kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara
sistem-sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan
kecergasan tubuh kita adalah:
(a) Sistem pergerakan dan perlindungan badan;
(b) Sistem bekalan tenaga dan perkumuhan;
(c) Sistem kardiovaskular;
(d) Sistem deria, koordinasi dan keseimbangan; dan
(e) Sistem pembiakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti
kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap:
(a) Pekerjaan seharian;
(b) Pemakanan;
(c) Kedewasaan dan ketuaan;
(d) Penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok;
(e) Perbezaan jantina;
(f) Ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya;
dan
(g) Ketegangan dan kebimbangan.

SEMAK KENDIRI 3.1

Nyatakan apakah yang didefinisikan sebagai kehidupan dari aspek


Biologi.

3.2 STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA


BADAN
Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang
saling berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air
dan makanan disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan.
Kesemua fungsi ini dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi
dengan cekap dan sistematik. Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini
berfungsi akan menjejaskan fungsi tubuh dan kesihatan individu. Terdapat 11
sistem yang akan dibincangkan dalam subtopik ini, sila rujuk Rajah 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  59

Rajah 3.1: Sistem organ

3.2.1 Sistem Integumentari


Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus
membentuk system integumentari. Antara organ yang paling utama dan
bertindak melindungi tubuh dalam sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk,
sila rujuk Jadual 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jadual 3.2: Fungsi Kulit

Fungsi Kulit Penerangan


Mengawal suhu Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit
tubuh untuk mengawal suhu tubuh.
Perlindungan Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan,
kemasukan organisma mikro, dihidrasi dan radiasi sinaran
ultra kepada tubuh.
Penerimaan stimuli Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan
atau rangsangan daripada luar tubuh seperti, perubahan suhu dan cuaca,
tekanan, kesakitan dan sentuhan.
Perkumuhan Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik
dikumuh keluar dari tubuh oleh kelenjar peluh melalui kulit.
Sintesis Vitamin D Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk
mensintesis Vitamin D. Vitamin D adalah sebatian yang
membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tubuh.
Imuniti Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh
menghasilkan antibodi.

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan


serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem integumentari ini adalah, sila rujuk Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Fungsi Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Integumentari

Fungsi Penerangan
Terbakar Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah
kepada kepanasan yang terlampau, elektrik, radiasi, dedahan
kulit terhadap bahanbahan kimia yang merosakkan protein
dalam sel.
Jerawat Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh
kelenjar mengalami keradangan.
Systemic lupus Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit
erythematosus keradangan kulit yang berlaku kepada kaum wanita di tahun-
tahun awal peringkat pertumbuhan manusia. Ianya adalah
penyakit di mana tubuh menyerang tisu-tisunya sendiri.
Psoriasis Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah
penyakit kulit yang sering berlaku pada tengkorak, siku, lutut,
belakang tubuh dan punggung. Penyakit kulit ini tidak
berjangkit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  61

Ulcer decubitus Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat
daripada kekurangan bekalan darah yang berterusan ke tisu
disebabkan tubuh mengalami tekanan yang terlalu lama pada
sesuatu objek seperti katil dan balutan.
Kanser kulit Dedahan yang terlalu lama kepada sinar matahari boleh
menyebabkan kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa
langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:

(a) Melakukan Senaman


Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit bagi membantu
kulit mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui pengucupan otot.
Pengaliran darah yang meningkat ini menyediakan bekalan nutrien ke kulit
dan merembeskan bahan-bahan kumuh.

(b) Melindungi Kulit daripada Dedahan Sinar Matahari


Melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari akan membantu kulit
untuk mencegah mengalami kanser kulit. Bagi melindungi kulit daripada
dedahan sinar matahari, penggunaan krim pencegah sinar matahari (sun
block) adalah digalakkan. Topi dan kain boleh digunakan bagi melindungi
kulit daripada terlalu terdedah pada sinar matahari.

(c) Penjagaan Kesihatan Kulit


Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan kulit
boleh membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit.

3.2.2 Sistem Rangka


Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu
pergerakan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai
fungsinya yang khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Jadual 3.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jadual 3.4: Fungsi Rangka

Fungsi Rangka Penerangan


Sokongan Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi
untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat
lekatan otot rangka.
Perlindungan Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan
oleh rangka tubuh. Sebagai contoh otak dilindungi oleh
tulang kranial manakala paruparu dan jantung dilindungi
oleh tulang-tulang rusuk.
Pergerakan Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot
menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.
Penyimpanan mineral Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium,
fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain
dalam tubuh.
Penyimpanan sel Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang
darah dan penghasilan dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel
sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis. Sum-sum
tulang juga berfungsi untuk membina dan membentuk tulang.

Penyimpanan tenaga Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang


berwarna kuning adalah sumber penting kepada tenaga kimia
dalam tubuh.

Kecelaruan dan kegagalan sistem rangka akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Rajah 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  63

Rajah 3.2: Kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka

Mari kita lihat kesan-kesan tersebut satu persatu.

(a) Osteoporosis
Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan
estrogens dalam tubuh. Pada usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang
menghasilkan hormon estrogen. Hormon estrogen merupakan tisu yang
merangsang tisu tulang (osteoblasts) untuk menghasil dan membina tulang
baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan osteoblasts kurang aktif
serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang yang kurang
pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat
menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab
berlakunya osteoporosis ini adalah:

(i) Bentuk tubuh


Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling berisiko
kerana mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(ii) Berat tubuh


Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana
kurangnya tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama
penghasilan hormon estrogen dalam tubuh.

(iii) Tabiat merokok


Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah.

(iv) Kekurangan kalsium

(v) Kekurangan vitamin D

(vi) Kekurangan aktiviti senaman


Kurang melakukan senaman akan menyebabkan kehilangan jisim dan
kekuatan tulang.

(vii) Penyalahgunaan dadah


Menopause pramatang

(b) Rikets
Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak.
Kekurangan ini akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium
dan fosforus. Apabila ini berlaku tulang tidak lagi mampu menampung
berat badan dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok dan badan
menjadi bongkok.

(c) Penyakit PagetÊs


Penyakit Paget˜s merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu
disebabkan oleh ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama
sekali pada tulang-tulang kepala dan pelvis.

(d) Scoliosis
Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada
bahagian thoracic.

(e) Kyphosis
Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral.

(f) Lordosis
Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian
lumbar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  65

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini,
beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah:
(a) Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy);
(b) Pengambilan Kalsium Tambahan;
(c) Latihan Bebanan;
(d) Rawatan Fisioterapi; dan
(e) Berhenti daripada tabiat merokok.

3.2.3 Sistem Otot


Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita
memahami fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah, sila rujuk Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Prinsip-prinsip Tisu Otot

Prinsip-prinsip Penerangan
Mudah terangsang Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan
menerima rangsangan.
Penguncupan Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau
menguncup.
Keregangan Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang.
Elastik/Anjal Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk
asal selepas berlakunya pengucupan atau keregangan otot.

Melalui pengucupan, otot berfungsi untuk, sila rujuk Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Fungsi Otot ketika Pengucupan

Fungsi Penerangan
Pergerakan Pengucupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh
seperti berjalan, berlari, melompat dan pelbagai aktiviti
pergerakan yang lain.
Mengekalkan postur Pengucupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan
atau bentuk tubuh bentuk dan posisi tubuh.
Penghasilan haba Pengucupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba
dan seterusnya membantu tubuh untuk mengekalkan suhu
tubuh yang normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu
badan dijanakan melalui pengucupan otot.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem otot adalah, sila rujuk Jadual 3.7.

Jadual 3.7: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Otot

Kesan-kesan Penerangan
Fibrosis Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging (fibrous)
tisu perantara di lokasi di mana tisu atau ketulan daging
tersebut tidak sepatutnya berada.
Fibromyalgia Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan,
kekenyalan otot, tendon dan tisu-tisu lembut yang dialami
oleh individu.
Distropi otot Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia
(Muscular mengakibatkan otot secara progresif menjadi kecut dan
Dystrophies) musnah.
Myasthenia Gravis Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada
Myasthenia kecelaruan saraf neuromaskular yang menghalang fiber otot
daripada menguncup. Ianya disebabkan oleh antibodi yang
mengikat saraf penerima dan menghalang lekatan Ach.
Pengucupan Otot yang Pengucupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf
tidak normal tidak dapat mengawal pengucupan dan keregangan otot.
Lumpuh Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal
atau kehilangan fungsi untuk menguncup dan meregang
akibat daripada kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit
dan kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan
penghantaran oksigen dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan
isipadu darah yang merupakan bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi
dengan berkesan. Senaman dapat meningkatkan isipadu dan jumlah mitokondria
yang berfungsi sebagai sumber tenaga dalam otot rangka. Latihan bebanan pula
membantu individu untuk meningkatkan kekuatan dan saiz otot.

SEMAK KENDIRI 3.2

Terangkan apakah faktor penyebab berlakunya osteoporosis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  67

3.2.4 Sistem Penghadaman


Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya
merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia
yang wujud pada setiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot
menghasilkan pengucupan otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti
rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel dalam tubuh. Pemecahan molekul-
molekul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh dinamakan penghadaman.
Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh digabungkan dalam
satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organ-organ yang
terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

(a) Saluran Gastrointestinal


Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada:
(i) Mulut;
(ii) Faring;
(iii) Esofagus;
(iv) Perut;
(v) Usus kecil; dan
(vi) Usus besar.

(b) Struktur Aksessori


Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada:
(i) Gigi;
(ii) Lidah;
(iii) Kelenjar Savilari;
(iv) Hempedu;
(v) Pundi Hempedu; dan
(vi) Pankreas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada, sila


rujuk Jadual 3.8.

Jadual 3.8: Proses-proses dalam Sistem Penghadaman

Proses-proses Penerangan
Pengambilan makanan Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh
(makan).

Pergerakan makanan Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang


saluran Gastrointestinal.

Penghadaman Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui


mekanisma mekanikal dan mekanisma kimia.

Penyerapan Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam


daripada saluran Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular
dan sistem limfatik untuk diagihkan ke sel-sel lain dalam
tubuh.
Pencernaan Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak
dapat dihadamkan dikeluarkan atau dibuang keluar daripada
saluran Gastrointestinal.

Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu:

(a) Penghadaman Kimia


Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molekul karbohidrat, lipid
dan protein yang kompleks yang dimakan kepada molekul-molekul yang
lebih kecil.

(b) Penghadaman Mekanikal


Penghadaman mekanikal meliputi pelbagai pergerakan yang membantu
penghadaman kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum ianya dapat
ditelan. Otot-otot perut dan usus kecil mencairkan makanan supaya ianya
dapat bercampur dengan enzim-enzim sepenuhnya yang akan
menghadamkan makanan tersebut.

Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan


serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem penghadaman ini adalah:

(a) Karies Gigi


Karies gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid
yang menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  69

gigi tidak dapat mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi


yang terhakis akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada
pesakit.

(b) Ulser Peptik


Ulser yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan saluran
tersebut kepada jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia
menyebabkan individu mengalami kesakitan yang amat sangat pada perut.

(c) Appendicitis
Ia adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix.

(d) Tumor
Tumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran
Gastrointestinal. Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin
akan menambah risiko terjadinya ketumbuhan ini.

(e) Hepatitis
Hepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca
daripada virus, bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Jadual 3.9
menyatakan tiga jenis hepatitis.

Jadual 3.9: Jenis-jenis Hepatitis

Jenis-jenis Penerangan
Hepatitis A Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis A yang
disebarkan melalui makanan, pakaian, peralatan, makanan
dan permainan yang tercemar.
Hepatitis B Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis B yang
disebarkan melalui peralatan perubatan (picagari) yang telah
tercemar. Ia juga boleh disebarkan melalui rembesan cecair
badan (air mata, ludah). Hepatitis B boleh menyebabkan
jangkitan yang kronik pada hempedu.
Bukan A dan Bukan B Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenal pasti sama
ada dijangkiti oleh virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara
klinikalnya ia seakan-akan Hepatitis B dan lazimnya
disebarkan melalui pemindahan darah. Ia boleh
mengakibatkan kanser hempedu.

(f) Batu Karang


Lebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing akan
menyebabkan terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

saiz karang yang lebih besar akan menyebabkan ganguan dan kesakitan
kepada pesakit semasa hendak membuang air kecil.

(g) Anorexia Nervosa


Anorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit berkenaan imej
tubuh dan berat badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas hati dengan
imej dan berat badannya dan bertindak untuk mengeluarkan kembali
makanan yang telah dimakan.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita


menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem penghadaman
ini.

SEMAK KENDIRI 3.3

Nyatakan dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem


penghadaman.

Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar pemakanan adalah sangat
berguna bagi membantu kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang
seimbang dan sihat.

Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti
pergerakan yang kita lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan
melontar merupakan aktiviti tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga
yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas
desa, berenang dan berbasikal pula merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan
relatif tenaga yang rendah dalam jangka waktu yang lama. Kesemua keperluan
tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui tiga jenis sistem tenaga, sila rujuk
Rajah 3.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  71

Rajah 3.3: Tiga jenis sistem tenaga

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Sistem Tenaga Phosphagen – (ATP-PCr)


Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr
singkatan bagi Âphosphocreatine merupakan sebatian tenaga yang kaya
dengan ÂphosphateÊ. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya
dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang
dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh
malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi
mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.

Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim CK


(Creatine Kinase) yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan P (Phosphate)
daripada ÂcreatineÂ. Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan terhadap
P menjadi molekul ADP (Adenosine Diphosphate). Proses pemecahan tenaga
ini ditunjukkan dalam Rajah 3.4.

Rajah 3.4: Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCr

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Melalui sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan


sebatian ÂphosphateÊ (P). Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP
dengan mengurangkan PCr bagi menghasilkan tenaga daripada ATP.

Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini berlaku sangat pantas dan
dapat mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel tubuh.
Sistem tenaga ATP-PCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga
sebagai Anaerobik.

Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari
pecut, ATP dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr
dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggantikan kekurangan ATP.
Semasa otot mengalami keletihan, kandungan ATP dan PCr adalah rendah
dan tidak berupaya lagi untuk menghasilkan tenaga bagi pengucupan dan
relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap ATP bersama
dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu
untuk mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat
sahaja. Melepasi tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada
sumber tenaga yang lain iaitu sistem tenaga Asid Laktik dan sistem tenaga
Aerobik.

(b) Sistem Tenaga Asid Laktik


Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid
laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini
juga dikenali sebagai sistem Glikolitik kerana ianya melibatkan proses
Glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali
sebagai enzim glikolitik.

Glukos meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah


ini datangnya daripada pencernaan karbohidrat dan juga melalui
pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan daripada glukos melalui proses
yang dikenali sebagai Glikogenesis. Ianya disimpan di dalam hempedu
atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen
dipecahkan menjadi Glukos-1-Phosphate melalui proses yang dikenali
sebagai Glikogenolisis.

Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga, ianya
perlu ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai Glukos-6-
Phosphate Penukaran molekul glukos ini memerlukan satu molikul ATP.
Proses glikolisis akan bermula apabila Glukos-6-Phosphate dibentuk.

Proses glikolisis menghasilkan asid piruvik. Proses ini tidak memerlukan


kehadiran oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan reaksi 12 enzim bagi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  73

memecahkan glikogen kepada asid laktik. Hasil daripada pemecahan ini


juga adalah penghasilan 3 mol ATP. Secara ringkas proses glikolisis
ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP. Di sebalik
limitasi ini, tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga
asid laktik membenarkan otot menjana kuasanya walaupun bekalan
oksigen ke otot adalah terhad. Kedua-dua sistem tenaga ini
mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal senaman, latihan atau
aktiviti yang intensif.

Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga asid laktik ini adalah
pengumpulan asid laktik di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan fiber-
fiber otot ini menghalang pemecahan glikogen dan mengurangkan
keupayaan ikatan kalsium di otot dan seterusnya menghalang
penguncupan otot.

Rajah 3.5: Proses glikolisis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(c) Sistem Tenaga Aerobik


Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks
berbanding sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh
kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga
maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik
melibatkan tiga proses iaitu:
(i) Glikolisis;
(ii) Kitaran Krebs; and
(iii) Rantaian Pengangkutan Elektron.

Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.6.

(i) Glikolisis
Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan
peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP.
Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid
piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi ÂAcetyl Conenzyme
(Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini
menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.
(ii) Kitaran Krebs
Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang
kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2
molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan.
Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui
darah ke paru-paru untuk dikeluarkan daripada tubuh.

(iii) Rantaian Pengangkutan Elektron


Semasa proses glikolisis, hidrogen (H2) dilepaskan sebagai glukos dan
dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen
dilepaskan semasa proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan
daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum dengan
dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan FAD
(Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa
atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana
ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir
rantaian ini, H+ akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi
membentuk air (H2O) seterusnya menghalang keasidan. Elektron-
elektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri reaksi
rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga
untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  75

Rajah 3.6: Proses oksidasi karbohidrat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

AKTIVITI 3.1

Sekiranya anda sedang berjoging di taman rekreasi, apakah sistem


tenaga yang digunakan oleh tubuh anda bagi membekal tenaga?

3.2.5 Sistem Saraf


Sistem saraf terdiri daripada otak, tulang belakang dan saraf-saraf. Jadual 3.10
menyatakan fungsi utama sistem saraf.

Jadual 3.10: Fungsi Sistem Saraf

Fungsi Penerangan
Menerima maklumat Deria-deria seperti rasa, bau, melihat, sentuh, sakit dan
mendengar akan menghantar maklumat kepada sistem saraf.
Menyatukan dan Otak dan tulang belakang akan menyatukan serta memproses
memproses maklumat maklumat yang diterima. Melalui maklumat tersebut, otak
akan menghasilkan input supaya anggota badan yang lain
bertindakbalas.
Mengawalatur otot Otot-otot menguncup apabila dirangsang oleh sistem saraf.
dan kelenjar Ini menunjukkan sistem saraf amat penting dalam
pergerakkan manusia. Selain itu, ia juga mengawalatur otot
jantung, otot lembut dan kelenjar.
Mengawalatur aktiviti Segala aktiviti memori, tahap kesedaran dan berfikir dikawal
otak oleh otak.
Mengimbangi Sistem saraf memainkan peranan yang penting dalam
homeostasis mengimbangi homeostasis dalam badan. Otak dan saraf
tunjang akan menerima, memproses serta bertindakbalas
terhadap perubahan yang berlaku sama ada di dalam atau di
luar badan bagi mengimbangi keseimbangan badan.

Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh
(Tortora, 1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi:
(a) Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan
impuls saraf perlu hadir.
(b) Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya
kepada impuls saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada
stimuli luaran dan stimuli dalaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  77

(c) Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ
deria kepada otak.
(d) Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

Ciri-ciri Sensasi
Ciri-ciri Sensasi terdiri daripada:

(a) Projeksi
Proses di mana otak merujuk Sensasi kepada titik atau tempat stimulasinya.

(b) Adaptasi
Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli.

(c) Lepas
Imej Lepas imej adalah keadaan di mana Sensasi meneruskan fungsinya
walaupun selepas stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada
adaptasi.

(d) Modaliti
Modaliti merujuk kepada ciri-ciri khusus tiap Sensasi yang membezakannya
daripada jenis-jenis Sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls yang dijanakan
di dalam mata diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai penglihatan
manakala impuls yang dijanakan daripada telinga diterjemahkan oleh lobus
temporal sebagai pendengaran.

Jenis-jenis Deria
Deria dikategorikan kepada enam jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah, sila
rujuk Rajah 3.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

 
Rajah 3.7: Enam jenis deria

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu.

(a) Cutaneous
(i) Sensasi ÂcutaneousÊ terdiri daripada Sensasi ÂtactileÊ (sentuhan,
tekanan, getaran), Sensasi ÂthermoreceptiveÊ (haba) dan Sensasi
kesakitan. Sensasi ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di
akhiran saluran Gastrointestinal.
(ii) Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri
daripada dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan
di dalam kapsul epithelial atau di tisu-tisu perantara.

(b) Proprioceptive
(i) Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan
adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria
kinestetik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  79

(ii) Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot
sepatutnya menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi
sendi dan posisi kepala relatif kepada tanah sebagai maklum balas
terhadap pergerakan (keseimbangan).
(iii) Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon,
sendi-sendi siovial dan di dalam telinga.

(c) Olfactory
(i) Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior
dan di tengah Ânasal conchaeÊ tulang ethmoid serta di bahagian atas
Ânasal septumÊ.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
olfactory dan sel basal.
(iii) Sel penyokong adalah sel-sel Âcolumnar epithelial membren mukos
hidung. Sel olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya
mengandungi dendritdendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali
sebagai rerambut atau bulu olfactory. Bulu-bulu ini akan bertindak
terhadap bau di udara dan akan menstimulasi sel-sel olfactory. Sel-sel
basal adalah sel yang akan menghasilkan sel-sel penyokong.
(iv) Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan
melembapkan permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan.

(d) Gustatory
(i) Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa
lidah, lelangit mulut dan kerongkong.
(ii) Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel
gustatory dan sel basal.
(iii) Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di
dalam sel gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut
gustatory pada hujung bintil-bintil rasa. Sel gustatory ini berhubung
dengan stimuli rasa melalui liang rasa. Sel basal pula terletak di
hujung dan di bawah bintil-bintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan sel-sel
penyokong dan sel-sel gustatory.

(e) Visual
(i) Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata
dan peralatan ÂlacrimalÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(ii) Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaitu fibrous tunic (sclera dan
kornea), vascular tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous
tunic (retina).
(iii) Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan perlindungan
kepada bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan membiaskan
cahaya.
(iv) Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga
berfungsi mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat
atau jarak jauh. Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan
jumlah cahaya yang masuk ke dalam bebola mata.
(v) Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya
kepada impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II).

(f) Auditori dan keseimbangan


(i) Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi,
telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.
(ii) Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan
dalaman.
(iii) Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi
dan mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang.
(iv) Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di
kedua-dua belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk
menghantar gelombang bunyi daripada gegendang ke tingkap oval.
(v) Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik
(mascula), reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan
dan membren yang menghantar gelombang bunyi ke organ spiral.
Organ spiral akan menjana impuls saraf dan menghantar impuls
tersebut ke reranting koklea.

Kecelaruan dan kegagalan sistem saraf akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem saraf adalah, sila rujuk Jadual 3.11.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  81

Jadual 3.11: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Saraf

Kesan-kesan Penerangan
Encephalitis Pembengkakkan otak disebabkan virus atau bakteria.
Parkinson Menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan mengeletar.
Strok Disebabkan pendarahan di dalam otak atau pun pembekuan
darah pada salur darah di otak. Ia boleh menyebabkan
lumpuh atau maut.
Alzheimer Kerencatan otak disebabkan usia lanjut. Sel-sel otak akan
hilang dan menyebabkan pesakit tidak dapat mengingat serta
hilang ingatan.
Sawan Berpunca daripada lebihan cetusan elektrik pada otak dan ia
menyebabkan otot-otot mangsa menjadi kekejangan.

3.2.6 Sistem Kardiovaskular


Jantung, salur darah dan darah membentuk sistem kardiovaskular manusia.
Jadual 3.12 menyatakan beberapa fungsi sistem kardiovaskular yang perlu
diketahui.

Jadual 3.12: Fungsi Sistem Kardiovaskular

Fungsi-fungsi Penerangan
Mengepam darah Otot-otot jantung akan mengecut bagi menghantar darah
keseluruh anggota badan melalui salur darah.
Pengedaran darah Jantung akan memisahkan darah yang beroksigen dan tidak
beroksigen daripada peredaran sistemik dan palmunari.
Memastikan peredaran Injap di dalam jantung akan memastikan peredaran darah
darah sehala adalah sehala melalui jantung dan saluran darah.
Mengawalatur Jantung akan merubah kadar dan tekanan darah ke anggota
peredaran darah badan mengikut keperluan anggota serta aktiviti yang
dijalankan seperti berehat, bekerja dan bersenam.

Darah juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem


kardiovaskular berfungsi dengan baik. Jadual 3.13 menyatakan antara fungsi-
fungsi darah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jadual 3.13: Fungsi-fungsi Darah

Fungsi-fungsi Penerangan
Mengangkut gas, Darah akan menganggut oksigen ke seluruh bahagian badan
nutrien dan bahan dan kemudian membawa karbon dioksida ke peparu untuk
kumbahan dinyahkan. Manakala nutrien, ion dan akan dianggkut ke sel
dan bahan kumbahan pula akan dibawa oleh darah ke buah
pinggang untuk disingkirkan.
Mengangkut hormon Hormon dan enzim yang dirembeskan akan dibawa oleh
dan enzim darah dari organ penghasil ke bahagian badan yang
memerlukannya.
Mengawalatur pH dan Sifat penimbal dalam darah akan memastikan pH darah
osmosis adalah normal (7.35-7.45). Manakala komposisi osmotik
dalam darah juga penting dalam mengimbangi ion dan air
dalam badan.
Mengimbangi suhu Peredaran darah keseluruh bahagian badan akan
badan mengawalatur suhu dalam badan.
Melindungi badan Terdapat sel-sel darah yang bertindak sebagai sistem
daripada bendasing imunisasi yang melindungi badan daripada bendasing seperti
mikroorganisma.
Pembekuan darah Apabila berlaku pendarahan di mana salur darah pecah,
pembekuan darah akan berlaku bagi menghalang kehilangan
darah yang berterusan.

Kecelaruan dan kegagalan sistem kardiovaskular akan menjejaskan kesihatan


serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem kardiovaskular adalah, sila rujuk Jadual 3.14.

Jadual 3.14: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Kardiovaskular

Kesan-kesan Penerangan
Endocarditis Pembengkakkan pada bahagian otot jantung yang
menganggu fungsi injap jantung.
Cardiomyopathy Saiz jantung menjadi besar dan otot-otot jantung menjadi
lemah dan akhirnya membawa kepada kegagalan jantung
berfungsi.
Coronary thrombosis Pembentukan darah beku di dalam arteri jantung.
Myocardial infraction Kerosakan pada otot jantung disebabkan kekurangan
pengaliran darah ke jantung.
Cyanosis Kegagalan jantung berfungsi pada peringkat bayi lagi. Bayi
akan kelihatan kebiruan kerana kekurangan oksigen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  83

3.2.7 Sistem Pernafasan


Setiap organisma yang hidup memerlukan oksigen dan akan menghasilkan
karbon dioksida. Proses ini berlaku ketika organisma bernafas. Sistem pernafasan
berfungsi untuk:

(a) Pertukaran gas


Gas oksigen daripada udara akan memasuki sistem pernafasan. Manakala
sistem kardiovaskular akan mengepam darah yang beroksigen ke seluruh
bahagian badan dan membawa darah yang berkarbon dioksida ke peparu.
Sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular saling bekerjasama dalam
membawa darah beroksigen dan menyingkirkan darah berkarbon dioksida.

(b) Mengawalatur pH darah


Sistem pernafasan dapat mengawalatur pH dalam darah dengan mengawal
tahap darah berkarbon dioksida.

(c) Penghasilan suara


Pergerakan udara melalui kotak suara akan menghasilkan bunyi dan suara.

(d) Menghidu bau


Dapat merasai bau apabila udara memasuki hidung.

(e) Innate imunisasi


Sistem pernafasan menghalang mikro-organisma daripada memasuki
badan dan menyingkirkannya daripada lapisan pernafasan.

Kecelaruan dan kegagalan sistem pernafasan akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Jadual 3.15 menyatakan antara kesan
kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem pernafasan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Jadual 3.15: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Pernafasan

Kesan-kesan Penerangan
Bronchitis Pembengkakkan pada bahagian bronchi. Pembengkakkan ini
boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau pun merokok.
Kanser peparu Sel-sel peparu dijangkiti kanser dan ia mungkin akan
merebak ke bahagian angota badan yang lain kerana peparu
merupakan lokasi pertukaran darah.
Tuberculosis Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ia akan
membentuk gumpalan pada sel-sel peparu. Walaupun sistem
imun badan boleh menangganinya tetapi terdapat sesetengah
strain tuberculosis yang tahan rintang.
Pneumonia Berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus yang
menyebabkan pesakit mengalami deman, kesukaran bernafas,
sakit dada dan pembengkakkan pada peparu.
Selsema Disebabakan oleh jangkitan virus pada sistem pernafasan.

3.2.8 Sistem Perkumuhan


Sistem perkumuhan terdiri daripada dua buah pinggang, dua ureter, urethra dan
pundi kencing. Fungsi utama sistem perkumuhan adalah untuk menyingkirkan
bahan buangan dalam badan. Manakala fungsi-fungsinya yang lain termasuklah,
sila rujuk Jadual 3.16.

Jadual 3.16: Fungsi-fungsi Sistem Perkumuhan

Fungsi-fungsi Penerangan
Penyingkiran Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab
dalam menyingkirkan bahan buangan seperti toksik dan
hasil metabolisma badan.
Mengawalatur kepekatan Buah pinggang membantu mengawalatur kepekatan
solute dalam darah molekul dan ion seperti glukosa, Na+, Cl-, K+ dan Ca2+.
Mengawalatur pH dalam Penyingkiran lebihan H+ dalam bendalir badan akan
bendalir mengekalkan pH badan.
Mengawalatur sintesis sel Sejenis hormon (erythropoietin) akan dihasilkan oleh buah
darah merah pinggang bagi mensintesiskan sel darah merah di tulang
sum-sum.

Mengawalatur sintesis Buah pinggang memainkan peranan yang besar dalam


vitamin D mengawal paras Ca2+ dalam darah melalui mengawalatur
sistesis vitamin D.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  85

Kecelaruan dan kegagalan sistem perkumuhan akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem perkumuhan adalah:

(a) Kegagalan buah pinggang berfungsi


Kegagalan buah pinggang berfungsi akan menyebabkan pengumpulan
bahan buangan dalam darah dan menyebabkan maut.

(b) Glomerulonephritis
Ia berpunca daripada pembengkakkan lapisan membran penapis dalam
buah pinggang yang menyebabkan membran penapis tidak telap dan
membenarkan kemasukan plasma protein dan darah.

3.2.9 Sistem Endokrin


Badan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia untuk berhubung antara satu
sama lain melalui sistem endokrin. Jadual 3.17 menyatakan fungsi-fungsi sistem
endokrin.

Jadual 3.17: Fungsi-fungsi Sistem Endokrin

Fungsi-fungsi Penerangan
Pertumbuhan, Sistem endokrin mempengaruhi pertumbuhan kebanyakan
metabolisma dan tisu seperti tulang dan otot. Kadar metabolisma dalam badan
kematangan sel bagi mengimbangi suhu badan manusia serta fungsi otak juga
dibawah kawalan sistem endokrin. Selain itu, kematangan
tisu semasa proses pertumbuhan fizikal manusia juga
dipengaruhi oleh sistem ini.
Mengawalatur paras Paras glukosa dan ion dalam darah dikawal oleh sistem
glukosa dan kepekatan endokrin.
ion
Mengawalatur Keseimbangan bendalir dalam badan dikawalatur oleh sistem
bendalir endokrin melalui pengawalan kepekatan solute dalam darah.
Mengawalatur Sistem endokrin membantu mengawalatur tekanan darah dan
tekanan darah dan denyutan jantung serta menyediakan badan untuk beraksi.
denyutan jantung
Imunisasi Penghasilan dan kefungsian sistem imun dibantu oleh sistem
endokrin.
Pembiakan Pembentukan dan kefungsian sistem pembiakan wanita dan
lelaki turut dibantu oleh sistem endokrin.
Penguncupan uterine Sistem endokrin membantu penguncupan uterine semasa
dan penghasilan susu proses kelahiran bayi serta merangsang penghasilan susu ibu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Kecelaruan dan kegagalan sistem endokrin akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem endokrin adalah:

(a) Kencing manis (diabetis)


Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin bagi
mengawalatur serta mengimbangi paras glukosa dalam darah.

(b) Hyperthyroidism
Penyakit ini disebabkan oleh penghasilan hormon thyroid yang melebihi
daripada keperluan.

3.2.10 Sistem Limfa


Jadual 3.18 menjelaskan antara fungsi sistem limfa.

Jadual 3.18: Fungsi-fungsi Sistem Limfa

Fungsi-fungsi Penerangan
Keseimbangan Bendalir yang berlebihan di dalam badan akan dibawa ke
bendalir limfa untuk dikembalikan dalam darah.
Penyerapan lemak Sistem limfa menyerap lemak daripada usus pencernaan.
Perlindungan Sistem limfa melindungi badan daripada kemasukan
mikroorganisma.

Kecelaruan dan kegagalan sistem limfa akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan
kegagalan fungsi sistem limfa adalah, sila rujuk Jadual 3.19.

Jadual 3.19: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Limfa

Kesan-kesan Penerangan
Lymphadenitis Pembengkakkan pada nodus limfa.
Asma Penyakit ini berlaku apabila antigen bergabung dengan
antibodi dan kemudian menghasilkan bahan kimia yang
menyebabkan kesukaran bernafas.
Anaphylaxis Berpunca daripada alahan seperti ubatan, debu dan serangga.
Ia akan menyebabkan tekanan darah jatuh, kesukaran
bernafas dan kematian.
Systemic Lupus Penyakit ini disebabkan oleh kemusnahan sel oleh sistem
Erythematosus imun badannya sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  87

3.2.11 Sistem Pembiakan


Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada
generasi ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan
sebagai:

(a) Gonads
Menghasilkan gamet.

(b) Salur (ducts)


Mengangkut dan menyimpan gamet.

(c) Aksessori Kelenjar Jantina


Menghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti, rujuk


Rajah 3.8.

 
Rajah 3.8: Organ-organ pembiakan wanita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu.

(a) Ovari (gonads)


(i) Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid).
(ii) Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan
relaxin.
(iii) Menyimpan sel ovum.

(b) Tiub Uterine atau Fallopian


(i) Mengangkut ovum dari ovari ke uterus.

(c) Uterus
(i) Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan
perkembangan fetus semasa mengandung.

(d) Vagina
(i) Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling
bawah saluran peranakan dan tempat untuk penis semasa
persetubuhan.
(ii) Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya.

(e) Vulva
(i) Merupakan genital luaran wanita.
(ii) Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris,
vestibule, vaginal, urithral orifices, paraurethral dan kelenjar
vestibular.

(f) Kelenjar Mammary


(i) Terletak di otot pectoralis major.
(ii) Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.

(g) Haid
Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid.
Tujuan kitaran haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap
bulan bagai penerimaan kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait
dengan kematangan ovum (telur) pada setiap bulan. Kitaran haid
diregulasikan oleh hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan menstimulasikan
pelepasan hormon FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak bersama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  89

estrogen untuk menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi


menghasilkan susu. Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui
peningkatan tahap hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian
kitaran seksual ini menandakan wanita tersebut mengalami menopause.

(h) Ovum
Merupakan sel terbesar dalam tubuh manusia. Apabila ovum dibebaskan,
ia bergerak ke uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa
antara 3 hingga 5 hari. Ovum akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam
tempoh 12 hingga 24 jam setelah ovulasi. Ovum akan melarut dan diserap
oleh tubuh jika tidak disenyawakan. Selepas uvulasi, ovari akan
merembeskan hormon progresteron dan estrogen. Penghasilan
progresteron dan estrogen akan terhenti jika persenyawaan tidak berlaku
selepas 2 minggu.

Sistem pembiakan bagi lelaki pula terdiri daripada testikel dan zakar. Ia adalah
organ genital luaran lelaki. Rajah 3.9 menyatakan organ-organ pembiakan lelaki.

 
Rajah 3.9: Organ-organ pembiakan lelaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu.

(a) Zakar
(i) Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak.
(ii) Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang,
menjadi tegang dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu span
berisi dengan darah dan zakar menjadi tegang.

(b) Testikel
(i) Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil
skrotum.
(ii) mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma.
(iii) Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana kedua-
dua organ ini menghasilkan sel pembiakan.
(iv) Skrotum mengawal suhu testikel.

(c) Peranan Hormon Testosteron, androgen dan sel sperma


(i) Fungsi utama testikal ialah penghasilan hormon lelaki yang dipanggil
androgen. Androgen bertanggungjawab terhadap perkembangan
fizikal lelaki. Ia merangsang tingkahlaku seksual lelaki.
(ii) Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron.
Rangsangan daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan
testosteron, hormon seks lelaki yang menggalakkan penghasilan
sperma.
(iii) Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang
keluar daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke
vesikal seminal. Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang
tersambung dengan duktus ejakulasi.
(iv) Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan
prostat bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan
memasukkan sedikit gula ke dalam vas deferens untuk membekalkan
tenaga kepada sperma. Kelenjar prostat membekalkan air mani.
Keadaan duktus bertindak untuk melicinkan pergerakan sperma. Dua
kelenjar cowper sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang
membersihkan uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin
menjejaskan keselamatan sperma.
(v) Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang
uretra dalam zakar. Air kencing dan sperma dikeluarkan daripada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  91

tubuh melalui uretra. Apabila sperma dibebaskan, suatu injap


memberhentikan pengaliran air kencing.

3.3 UMUR KEMATANGAN


Setiap ketika setiap hari kita terlibat dalam proses yang dikenali sebagai ketuaan
atau peningkatan umur. Peningkatan umur ini merupakan tempoh perubahan
pertumbuhan dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan
mental, emosi, spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan
pola perubahan hidup yang wujud sepanjang hayat kita. Jadual 3.20 menjelaskan
beberapa kategori umur.

Jadual 3.20: Kategori Umur

Kategori Penerangan
Umur biologikal Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan
sistem atau organ tubuh seseorang individu. Ianya adalah
tahap fungsi fisiologikal individu berbanding individu lain
yang sebaya dengannya.
Umur psikologikal Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan
kesedaran individu terhadap kebolehannya. Pengalaman hidup
membantu individu untuk menghadapi dan menangani
cabaran hidup.
Umur sosial Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu
terhadap kehendak sosial. Individu dalam tahap umur tertentu
berkongsi minat, pendapat dan ideologi yang sama.
Umur kronologikal Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur
seseorang individu telah hidup sejak ia dilahirkan. Ianya sering
digunakan bagi menentukan kelayakan seseorang individu
untuk urusan-urusan rasmi dan formal seperti mengundi,
bersekolah dan pekerjaan.
Umur (functional) Umur (Functional) merujuk kepada cara mana individu
berfungsi berbanding dengan orang lain yang sebaya
dengannya.

Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaitu:

(a) Aspek Fisiologi


Aspek fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh
individu sebagai natijah daripada proses ketuaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

(b) Aspek Kognitif


Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan kecerdasan, daya
ingatan dan kefahaman individu.

• Topik ini telah menjelaskan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan
kesihatan.

• Pengetahuan dalam bidang sains akan membantu kita untuk mengenal pasti
serta memahami tentang struktur dan fungsi sistem serta organ tubuh badan
manusia.

• Kecelaruan dan kegagalan sistem tubuh untuk berfungsi akan menjejaskan


kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia.

Biologi Sensasi
Fisiologi Sistem rangka
Pembiakan Sosialisasi
Psikologi Sosiologi

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan psikologi.

2. Berikan dua contoh yang dimaksudkan dengan individu yang secara


psikologinya sihat.

3. Berikan dua fungsi sistem rangka.

4. Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta


menyebabkan kecacatan kepada manusia. Berikan dua kesan kecelaruan
dan kegagalan fungsi sistem otot.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN  93

1. Nyatakan dua daripada lima proses yang terlibat dalam sistem


penghadaman.

2. Beri dua daripada empat keadaan yang diperlukan bagi mewujudkan


sensasi.

3. Berikan dua fungsi sistem kardiovaskular.

4. Berikan dua kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem endokrin.

Donatelle, R. J., & Davis, L. G. (1994). Access to health (3rd ed.). Englewood
Cliffs, New York: Prentice-Hall Inc.
Nixon, J. E., & Jewett, A. E. (1980). An introduction to physical education (9th
ed.). Philadelphia: Saunders College Pub.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Modul pendidikan kesihatan keluarga.
(Modul 1– 5). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tortora, G. J. (1991). Introduction to human body (2nd ed.). New York: Harper
Collins Pub.
VanPutte, C., Regan, J., & Russo, A. (2010). SeeleyÊs essentials of anatomy and
physiology (7th ed.). New York: Mc Graw Hill.
Wilmore, J. H., & Costil, D. L. (1994). Physiology of sport and exercise.
Champaign. IL: Human Kinetics.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kepentingan
4 Pendidikan
Kesihatan
dalam
Kurikulum
Sekolah
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan peranan pendidikan kesihatan dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak;
2. Menerangkan ciri-ciri perubahan dan keperluan individu secara
fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani; dan
3. Menerangkan masalah kesihatan murid-murid prasekolah, sekolah
rendah dan awal remaja.

 PENGENALAN
Menjaga kesihatan bukan naluri semula jadi tetapi aspek ini perlu dipelajari dan
ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan
diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari
kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan
fizikal tetapi juga kesihatan mental, emosi dan sosial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  95
KURIKULUM SEKOLAH

Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-


kanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah.
Antara tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama.
Kanak-kanak perlu juga belajar berorientasi kepada alam sekeliling supaya
mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan selamat. Kanak-kanak di
seluruh negara kita perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat
pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan
rakyat yang sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan
geografi atau status sosioekonomi murid.

Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding
dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sesungguhnya kita tidak dapat
meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak besar kelak,
kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi
cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah
dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah
yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan,
sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.

4.1 PERANAN PENDIDIKAN KESIHATAN


DALAM PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan
perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantatif iaitu sifat
perubahan yang dapat diukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan
masa.

Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat


perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan
sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat dahulu.
Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat seseorang insan. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa seseorang insan ke peringkat
yang matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun diperingkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-
menerus dari awal sehingga akhir hayat seorang insan itu. Proses pertumbuhan
dan perkembangan bagi seseorang insan itu sudah sedia terancang dalam gen-
gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Pendidikan Kesihatan pula bukan setakat menyampaikan maklumat kesihatan


melalui ceramah, pameran, mengkaji poster dan risalah kesihatan atau
mengkhutbahkan nilai dan amalan moral tertentu kepada pelajar-pelajar.
Sebenarnya, Pendidikan Kesihatan di sekolah merupakan satu proses berterusan
yang membantu dan memudahkan pelajar-pelajarnya mengembangkan ilmu,
mempelajari amalan positif dan memupuk sikap yang bertanggungjawab
terhadap isu-isu kesihatan. Segala pengalaman pembelajaran dan kesan dari
pelajaran kesihatan diharapkan akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam
usaha memperolehi satu taraf kesihatan yang memanfaatkan diri mereka sendiri,
keluarga dan masyarakatnya. Pengetahuan Pendidikan Kesihatan dan kurikulum
memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak atas
kepentingan berikut:
(a) Tahap kesihatan kanak-kanak mempengaruhi pertumbuhannya;
(b) Tahap kesihatan yang baik dapat membantu pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak;
(c) Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan terjejas sekiranya
kanak-kanak itu berpenyakit;
(d) Kanak-kanak yang sihat akan menjadi dewasa dan seterusnya ibu bapa
yang sihat di masa hadapan;
(e) Pengambilan makanan yang seimbang memainkan peranan yang penting
untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat
dan sempurna; dan
(f) Keadaan persekitaran yang sihat dan bersih dapat membantu kanak-kanak
hidup dalam suasana yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan yang positif.

AKTIVITI 4.1

Apakah pendirian anda?


Setelah mengetahui faedah serta pentingnya Pendidikan Kesihatan,
adakah anda ingin memelihara kesihatan secara berterusan? Menjaga
kesihatan merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat. Anda
juga memainkan peranan yang penting. Adakah anda rela berusaha
untuk memelihara kesihatan diri anda dan orang-orang di sekeliling
anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  97
KURIKULUM SEKOLAH

4.2 CIRI- CIRI PERUBAHAN DAN KEPERLUAN


INDIVIDU
Subtopik ini akan membincangkan ciri-ciri perubahan dan keperluan individu
dengan lebih lanjut.

4.2.1 Perkembangan Fizikal


Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang
bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah
keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana
kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada
kesejahteraan fizikal. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat.

Perkembangan fizikal merupakan suatu proses yang berkaitan dengan


peningkatan dalam struktur saiz yang dilihat dari aspek pertambahan ketinggian,
berat dan jisim otot semasa kanak-kanak. Pertumbuhan adalah pesat semasa bayi
dan kadar ini berkurangan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Pertumbuhan fizikal terdapat empat segi iaitu ketinggian, berat badan, otot dan
perkadaran badan, sila rujuk Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Empat Segi Pertumbuhan Fizikal

Ciri-ciri Penerangan
Ketinggian  Tumbuh pesat sejak lahir hingga umur tiga tahun;
 Pertumbuhan bertambah dengan kadar tetap dari umur 3-9
tahun sebanyak 5-7 cm setahun;
 Sejak lahir sehingga 9 tahun kanak-kanak lelaki adalah lebih
tinggi daripada kanak-kanak perempuan; dan
 Antara 10-12 tahun, kanak-kanak perempuan mengalami
pertumbuhan yang pesat, dan lebih tinggi daripada kanak-
kanak lelaki.
Berat badan  Antara 5-8 tahun, pertambahan berat badan adalah 2.3kg
setahun;
 Perempuan mengalami pertumbuhan pesat pada umur 9
dan 10 tahun dan lebih berat daripada lelaki. Lelaki
biasanya mengalami pertumbuhan pesat selepas 12 tahun;
 Apa yang mustahak bukan berat badan sahaja tetapi
komponen-komponen yang membentuk berat badan itu
iaitu komposisi badan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

 Komposisi badan dibahagi kepada jisim tanpa lemak dan


jisim berlemak. Peratus lemak kanak-kanak perempuan
berubah dari 15% pada umur 6 tahun kepada kira-kira 24%
pada umur 12 tahun.
Otot  Otot-otot besar mengalami pertumbuhan yang pesat antara
6-8 tahun; dan
 Otot menjadi besar dahulu dan kemudian diikuti dengan
pertumbuhan kekuatan.
Perkadaran badan  Antara 8-12 tahun, pertumbuhan anggota tangan dan kaki
adalah lebih banyak daripada bahagian tubuh bagi lelaki
dan perempuan, walaupun dalam kes tertentu ada kanak-
kanak lelaki yang mempunyai kaki dan tangan yang lebih
panjang.
 Kanak-kanak perempuan mempunyai saiz pinggul dan
paha yang lebih besar pada umur 8-12 tahun.

4.2.2 Perkembangan Mental (Kognitif)


Dalam perkembangan mental atau kognitif, pertumbuhan otak mencapai lebih
kurang 75% pada umur tiga tahun dan hampir 90% pada usia enam tahun.
Manakala antara 8-12 tahun saiz otak mengalami pertumbuhan yang sedikit.
Begitu juga dengan keupayaan persepsinya.

Keupayaan kognitif individu, keupayaan untuk belajar dan berkembang secara


intelektual. Seseorang itu berupaya untuk berfikir, menyoal dan menganalisis
peristiwa untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Pengalaman formal
dan tidak formal meningkatkan kecergasan mental. Tahap kecergasan mental
seseorang bermula ketika bayi, membawa ke peringkat dewasa dan saling
berhubung antara kedua-duanya.

Rajah 4.1 menyatakan perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari segi


perbezaan peringkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  99
KURIKULUM SEKOLAH

Rajah 4.1: Perkembangan kognitif terhadap kanak-kanak dari perbezaan peringkat

Menurut seorang ahli psikologi yang terkenal dalam perkembangan kognitif iaitu
Jean Piaget (1896-1980) mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah berbeza dan berubah. Beliau telah membahagikan dua peringkat yang
berkaitan tentang perkembangan kognitif iaitu Peringkat praoperasi (2-6/7
tahun) dan Peringkat operasi konkrit (6/7-11/12 tahun).

(a) Peringkat praoperasi (2-6/7tahun)


(i) Kanak-kanak mempunyai keupayaan menggunakan tanda atau
simbol.
(ii) Kanak-kanak berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kanak-kanak
mula menyoal.
(iii) Berupaya menggunakan bahasa dan memahami konsep bertambah
dengan kadar yang menakjubkan.
(iv) Bersifat egosentrik - pemikiran mereka berasaskan persepsi, tidak
faham bahawa orang lain mempunyai pandangan yang berbeza
dengan mereka malah beranggapan orang lain melihat sesuatu sama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

seperti mereka. Melihat watak dalam buku cerita sebagai watak


sebenar yang mempunyai kualiti hidup.
(v) Bersifat ketidakbalikan (irreversibility) – tidak boleh meninjau
peristiwa yang telah berlaku.
(vi) Tidak berupaya untuk mengekalkan (inability to conserve) – tidak
memahami bahawa sifat-sifat tertentu sesuatu objek adalah sama
walaupun bentuknya telah berubah.

(b) Peringkat operasi konkrit (6/7-11/12 tahun)

(i) Berupaya membuat kesimpulan yang logikal.

(ii) Berupaya mengklasifikasikan mengikut kelas; sebagai contoh, mereka


boleh memahami bahawa jika dalam keluarga ada 3 lelaki dan 3
perempuan, maka bilangan ahli keluarga adalah lebih besar dari
mana-mana kumpulan secara berasingan.

Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dan menggunakan sebagai


ganti gambaran benda. Mereka juga berkebolehan membentuk konsep
mudah dan mahir bertutur dan gemar bercakap. Namun, keperluan
kanak-kanak untuk berfantasi, berimaginasi dan menempatkan diri
mereka dalam dunia khayalan semakin bertambah. Kanak–kanak
akan mendapat faedah yang besar daripada pembelajaran melalui
gerak kerja konkrit.

Ciri-ciri pada peringkat di lingkungan umur sekolah rendah, mereka


dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat
dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka
menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-
bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Mereka mempunyai
semangat ingin tahu dan keinginan untuk belajar.

Ciri-ciri keperluan individu peringkat ini ialah mereka dapat


menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan
dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran
melalui gerak kerja amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat
mempelajari antara satu sama lain.

Pada peringkat 11-12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan


secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Mereka dalam
peringkat ini terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Mereka
memahami sifat inklusif mengikut kelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  101
KURIKULUM SEKOLAH

Perubahan keperluan mental atau kognitif seseorang individu akan


terus berlaku. Individu dalam peringkat 12 hingga 15 tahun akan
boleh memahami idea-idea yang lebih mendalam. Mereka juga dapat
membayangkan apa yang akan berlaku di dalam suatu keadaan dan
berkebolehan memahami prinsip akhlak dan mempunyai kesedaran
tentang membina falsafah hidup mereka sendiri, etika, politik dan
agama serta perkara-perkara lain yang perlu diketahui.

4.2.3 Perkembangan Sosial


Perkembangan sosial ialah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan
persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyesuaikan
diri dalam institusi sosial melalui tingkah laku.

Perkembangan sosial mempunyai tiga kumpulan perbezaan tahun dan penting


dalam Pendidikan Kesihatan:

(a) Kumpulan 5-6 tahun


(i) Melibatkan diri dalam beberapa jenis „main‰;
• Bermain dengan kanak-kanak lain; dan
• Memerhati kanak-kanak lain tanpa bermain.
(ii) Kumpulan lain adalah spontan, kecil, tidak teratur dan berubah-ubah
(iii) Kerap bergaduh tetapi cepat lupa dan mudah bermaaf-maafan.
(iv) Suka mereka cipta, idea berasaskan kartun yang ditontoni.
(v) Peranan jantina dalam televisyen sebagai model dalam permainan
kanak-kanak.

(b) Kumpulan 6-9 tahun


(i) Ada kawan baik dan musuh terpilih;
(ii) Main dalam kumpulan kecil, ada peraturan dan bersungguh-sungguh
mengikuti peraturan; dan
(iii) Masalah atau pergaduhan sering timbul kerana peraturan permainan
yang berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

(c) Kumpulan 9-12 tahun


(i) Pengaruh rakan sebaya menjadi kuat dari segi pakaian, gaya bercakap
dan lain-lain.
(ii) Menunjukkan sifat positif; lebih peka kepada perasaan orang lain.

Mengikut Erik Erikson terdapat dua peringkat perkembangan sosial yang utama
adalah berikut:

(a) Peringkat 3 ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)


Kemahiran motor dan kemahiran bahasa berkembang dengan pesat (sila
rujuk Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Peringkat 3 – ikhtiar lawan bersalah (3-6 tahun)

(b) Peringkat 4 rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)


Rajah 4.3 menyatakan peringkat 4 iaitu rajin lawan merendah diri (6-12
tahun).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  103
KURIKULUM SEKOLAH

Rajah 4.3: Peringkat 4 – rajin lawan merendah diri (6-12 tahun)

4.2.4 Perkembangan Emosi


Emosi ialah suatu pengalaman yang penuh perasaan yang menyertai
penyelarasan dalam secara am dan keadaan mental dan fisiologi yang tergerak di
dalam diri individu dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang
nyata.

Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2004), semakin kanak-kanak itu membesar dan
didedahkan oleh banyak perkara, ini menimbulkan konflik yang akhirnya
mencetuskan kemarahan dan kerengusan dalam perkembangan emosi pada
tahap awal kanak-kanak, sila rujuk Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Perkembangan emosi kanak-kanak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Mari kita bincang perkembangan emosi tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Kanak-kanak dan konflik (marah)


Mereka bertindak balas dengan konflik bergantung pada sejauh mana
besarnya masalah atau konflik yang dihadapi. Semakin mereka membesar,
mereka mempunyai banyak cara bagi mengatasi konflik melalui
pengalaman. Ini dapat mematangkan mereka dalam memenangi konflik.

(b) Kanak-kanak agresif


Keagresifan kanak-kanak berubah kekerapannya merentasi perkembangan
awal kanak-kanak. Keagresifan dalam membaling barang-barang mainan
berkurangan sebaliknya mereka mula menunjukkan kedinginan mereka
dengan merajuk atau tidak mahu bercakap. Kanak-kanak lelaki atau
perempuan mempunyai perbezaan dalam menunjukkan keagresifan
mereka.

(c) Keagresifan berkait


Agresif ini menyebabkan seseorang yang iri hati dan berusaha merosakkan
hubungan orang lain seperti persahabatan tetapi tidak termasuk orang yang
dari kumpulannya.

(d) Membentuk hubungan dan perlakuan yang mesra empati


Simpati ialah merasa kasihan disebabkan oleh keadaan yang menyedihkan
dan melibatkan emosi di mana, membayangkan dirinya berada di tempat
lain dan merasai apa yang dirasai oleh orang lain. Ini menyebabkan kanak-
kanak itu beraksi atau bertindak dengan menolong, berkongsi masalah dan
sama-sama bertanggungjawab.

Hubungan emosi boleh memotivasikan kanak-kanak bagi mengubah


persepsi menolong secara praktis dan alasan yang munasabah semasa
prapersekolahan kepada alasan menyenangkan orang lain. Keluarga, rakan-
rakan dan persekitaran merupakan tempat kanak-kanak mendapat
perlindungan.

Kanak-kanak perlu dilatih supaya dapat mengawal emosi dan mempunyai


perasaan yang mulia. Mereka perlu digalakkan supaya bermain dengan
baik dan menyemaikan sifat-sifat murah dan baik hati serta bertolak-ansur.
Permainan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Mereka haruslah
diberikan permainan yang sesuai dan yang tidak membuatkan mereka
menjadi ganas atau kasar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  105
KURIKULUM SEKOLAH

Disamping itu, orang dewasa hendaklah mengelak daripada melakukan


perbuatan kurang sopan seperti bertengkar di hadapan kanak-kanak kerana
kanak-kanak mudah meniru tabiat orang dewasa.

4.2.5 Perkembangan Rohani


Rohani membawa maksud kepercayaan terhadap sesuatu kuasa penyatuan.
Perkembangan kerohanian ialah keupayaan kanak-kanak untuk membentuk dan
memupuk amalan murni masyarakat. Tujuan amalan tersebut dipupuk bagi
melahirkan individu yang percaya kepada Tuhan, mengamalkan tabiat dan
perlakuan yang betul, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kerohanian seseorang kanak-kanak


antaranya ialah (Pengajian Perkembangan Kanak-kanak, 2005):

(a) Persekitaran yang baik


(i) Kanak-kanak yang berada dalam persekitaran yang baik akan
terdorong untuk mengamalkan adab dan akhlak yang mulia.
(ii) Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu menjadi contoh kepada kanak-
kanak seperti mengucapkan kesyukuran dengan membaca doa
sebelum tidur, memberi salam dan mengucapkan terima kasih.

(b) Kemesraan
(i) Kanak-kanak yang dibimbing dengan penuh dan kasih sayang akan
mengamalkan nilai-nilai murni kepada rakan-rakannya dan orang
lain.
(ii) Kanak-kanak boleh dibimbing. Contohnya menyayangi pemimpin,
menjaga kebersihan, dan menyayangi alam sekitar seperti
menyayangi binatang pelihara dan tumbuh-tumbuhan.

(c) Tingkah laku yang sopan


(i) Ibu bapa, guru dan orang dewasa di sekeliling kanak-kanak patut
menjadi contoh membentuk tingkah laku yang sopan.
(ii) Contohnya mengamalkan adab dalam kehidupan seharian,
mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w menghormati ibu bapa, guru,
rakan sebaya, pemimpin dan anggota masyarakat, mematuhi
peraturan dan undang-undang, beratur ketika menunggu giliran,
meminta izin sebelum mengambil atau membuat sesuatu dan
bercakap benar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

(d) Tutur kata secara berhikmah di antara manusia


(i) Kanak-kanak yang dibimbing dengan tutur kata yang berhikmah
akan membesar sebagai remaja yang bersopan santun dan pandai
untuk berinteraksi dengan orang lain.
(ii) Orang dewasa boleh membantu kanak-kanak dengan menggunakan
bahasa yang sopan, mengucapkan terima kasih, meminta maaf jika
melakukan kesalahan.

AKTIVITI 4.2

Cara menggalakkan amalan murni:

1. Nyatakan pelbagai aktiviti yang boleh digunakan untuk


menggalakkan amalan murni dalam kalangan kanak-kanak serta
tujuannya.

2. Bincangkan urutan perubahan emosi dan fizikal yang dialami oleh


lelaki dan perempuan semasa akil baligh.

4.3 MASALAH KESIHATAN KEPADA MURID-


MURID
Kanak-kanak atau remaja mudah diserang oleh pelbagai jenis penyakit kerana
sistem ketahanannya masih belum kuat dan setiap penyakit mempunyai
simptom awal dan jelas untuk membolehkan kita mengesannya. Terdapat
beberapa penyakit tertentu yang sering menyerang kanak-kanak dan remaja
justerunya kita haruslah mengetahui tanda penyakit ini serta cara-cara
mengatasinya dengan betul.

4.3.1 Peringkat Prasekolah


Imunisasi bermaksud pemberian vaksin yang mengandungi kuman penyakit
tertentu dalam bentuk tidak berbahaya. Vaksin tersebut terlalu lemah,
menyebabkan tubuh menghasilkan bahan istimewa (antibodi) yang akan
melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu pada masa akan
datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  107
KURIKULUM SEKOLAH

Imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak prasekolah termasuklah triple


antigen, campak dan hepatitis. Kepentingan imunisasi bagi kanak-kanak adalah
untuk melindungi kanak-kanak prasekolah daripada penyakit tertentu,
mengelakkan wabak dan membasmikan penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi
selalunya dilakukan ketika seseorang itu masih bayi lagi.

Terdapat beberapa penyakit dan komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui
imunisasi, (sila rujuk Jadual 4.2).

Jadual 4.2: Penyakit dan Komplikasi

Penyakit Komplikasi
Tibi (tuberculosis) • Radang paru-paru (pneumonia)
• Radang selaput otak (meningtis)
• Jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang sendi serta
buah pinggang
Hepatitis B • Penyakit hati kronik
• Kanser hati
Difteria • Sukar nafas
• Masalah jantung
• Masalah saraf
Pertussis (batuk kokol) • Radang paru-paru (pneumonia)
• Sawan tarik
• Kematian
Tetanus • Kancing gigi
• Kejang otot
• Sukar bernafas
• Kematian
Polio • Lumpuh
• Radang otak
• Kematian
Penyakit HIB • Radang paru-paru (pneumonia)
(haemophilus influenza
• Radang selaput otak dan komplikasinya seperti pekak,
type b)
buta, sawan tarik dan terencat akal.
• Radang epiglotis (saluran pernafasan tersumbat) yang
boleh membawa kematian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Measles (campak) • Radang paru-paru


• Radang selaput otak
• Radang otak
• Pekak dan buta
• Cirit-birit
• Kematian
Mumps (beguk) • Radang paru-paru
• Radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa
kemandulan

(a) Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


(i) Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan
enterovirus) yang biasanya menjangkit kanak-kanak di bawah umur 5
tahun.
(ii) Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri
yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
(iii) Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit
serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
(iv) Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga
kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
(v) Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk
mencegah jangkitan.

(b) Tanda dan Gejala


Penyakit ini menyerupai selsema dengan ruam. Tanda-tanda jangkitan ini
ialah:
(i) Demam.
(ii) Sakit kerongkong.
(iii) Sakit kepala.
(iv) Hilang selera makan.
(v) Ulser di tekak dan mulut.
(vi) Ruam dengan lepuh (blister) di tapak tangan, kaki, mulut dan kawasan
lampin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  109
KURIKULUM SEKOLAH

(c) Langkah-langkah pencegahan


(i) Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan
makanan, selepas ke tandas.
(ii) Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
(iii) Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan,
tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
(iv) Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum
bermesra dengan kanak-kanak.
(v) Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air
liur kanak-kanak.
(vi) Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat umum yang sesak seperti
pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
(vii) Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan
virus.
(viii) Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan harus ditegah
daripada menghadiri tadika, tabika, sekolah, rumah pengasuh dan perlu
dibawa ke hospital dengan segera.

4.3.2 Peringkat Sekolah Rendah


Terdapat penyakit yang boleh berjangkit dan penyakit yang tidak berjangkit.
Penyakit berjangkit biasanya akan merebak kepada orang lain melalui cara
sentuhan, pernafasan, berkongsi pakaian dan peralatan. Penyakit tidak berjangkit
pula akan dihadapi oleh individu, mungkin disebabkan oleh kuman tertentu (sila
rujuk Jadual 4.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Jadual 4.3: Penyakit Tidak Berjangkit

Penyakit Komplikasi Rawatan


Sakit mata • Konjuntivitis – mata merah, • Cuci mata dengan
melekit, sakit dan gatal. larutan air suam
• Blefarisis – kelopak mata bercampur garam.
merah dan bersisik • Sapu ubat mata.
Batuk dan selsema • Hidung berair dan tersumbat, • Kawal suhu badan,
demam, sakit kepala, letih, minum
lemah, suhu badan mungkin banyak air.
meningkat, infeksi bahagian
• Makan ubat.
atas saluran penafasan,
berkahak, sakit tekak dan
batuk.
Kudis buta • Bintik berisi cecair, gatal dan • Berikan ubat.
sakit. • Bersihkan kulit, sapu
ubat.
Kutu rambut • Kulit kepala gatal, tanda • Sapu losyen membunuh
gigitan merah di kulit kepala, kutu.
telur halus melekat pada • Sikat dengan sikat halus
pangkal rambut. untuk membuang kutu
dan telurnya.
Campak • Ruam, demam dan batuk. • Kawal suhu badan,
minum banyak air, sapu
ubat gatal.
Cacar air • Ruam yang berisi cecair, • Kawal suhu badan, minum
gatal, demam. banyak air, elakkan
menggaru, mandikan
dengan air suam yang
bercampur dengan soda
bikarbonat untukn
mengurangkan gatal,
sapukan losyen kalamina.
Penyakit Kulit • Kulit gatal, merah, berubah • Jaga kebersihan kulit, sapu
struktur. losyen, pakai pakaian
longgar dan menerap
peluh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  111
KURIKULUM SEKOLAH

Penyakit Tidak Berjangkit


Jadual 4.4 menjelaskan penyakit tidak berjangkit disebabkan oleh kuman tertentu
atau faktor individu seperti tahap ketahanan tubuh dan bercorak pemakanan.

Jadual 4.4: Penyakit Tidak Berjangkit

Penyakit Komplikasi Rawatan


Demam • Suhu tinggi, kurang selera • Cuci mata dengan larutan air
makan, lemah. suam bercampur garam
• Sapu ubat mata
Sakit tekak • Kerongkong perit, merah • Minum banyak air,
dan bengkak dan sakit kumur dengan air garam
apabila menelan makanan, • Makan ubat
suhu badan naik.
Kemurunan • Badan lemah, kurang selera • Jaga kebersihan, berikan
Cacing makan, loya, perut buncit, ubat cacing
kurus.
Cirit-birit • Kerap buang air besar, • Minum banyak air
najisnya cair, kadang-kala • Makan ubat
muntah, pendehidratan,
cengkung, mulut dan
lidahnya kering, lemah,
muram, tidak aktif dan
tindakbalas yang perlahan.

4.3.3 Peringkat Awal Remaja


Setiap remaja harus memperoleh ilmu pengetahuan dan diberi pendidikan dalam
keadaan yang selesa dan sejahtera. Tahap kesihatan remaja juga harus berada
dalam keadaan yang baik untuk kecemerlangan prestasi remaja itu sendiri.
Amalan penjagaan kesihatan diri dan tabiat yang positif bagi golongan awal
remaja adalah penting untuk mencegah masalah penyakit yang tidak diingini.
Berikut adalah contoh beberapa masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh
golongan awal remaja:

(a) Konjunktivitis

(i) Apakah dia konjunktivitis?


Konjunktivitis (mata merah) adalah jangkitan mata yang sering
berlaku pada remaja. Ia merupakan radangan pada lapisan tisu yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

menyelaputi bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.


Lapisan tisu ini dipanggil konjunktivitis.

Konjunktivitis boleh disebabkan virus atau bakteria. Konjunktiviti


mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain. Penyebab-
penyebab lain konjunktivitis termasuklah pendedahan kepada bahan
kimia (terutamanya klorin dalam kolam renang), bahan iritasi
(irritants) seperti bahan kandungan syampu, kotoran, asap dan bahan-
bahan yang menyebabkan alahan (allergy). Apakah gejala-gejala
konjunktivitis?
 Bahagian putih mata menjadi merah.
 Bahagian dalam kelopak mata menjadi merah.
 Mata berair.
 Kelopak mata bengkak.
 Mata mengeluarkan cairan putih (mata merah yang disebabkan
oleh virus).
 Mata mengeluarkan lendir kuning, tahi mata di kelopak mata
melekat terutamanya selepas bangun tidur (mata merah yang
disebabkan oleh bakteria).
 Mata gatal.
 Mata terasa pedih dan sakit.

(ii) Bagaimanakah konjunktiviti dirawat?


Tiada ubat yang berkesan untuk konjunktivitis disebabkan oleh virus.
Selalunya konjunktivitis jenis ini dihadapi bersama dengan demam
selsema. Ia akan sembuh apabila demam selsema sembuh.
Kebiasaanya ia mengambil masa di antara 7 hingga 10 hari. Doktor
biasanya akan memberi ubat titis mata antibiotik untuk menghalang
jangkitan kuman lain.

Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria akan dirawat dengan


antibiotik dalam bentuk titis mata, ubat sapu ataupun pil. Penyakit ini
selalunya mengambil masa selama seminggu untuk sembuh. Anda
dinasihati untuk mengambil ubat sebagaimana yang di arahkan
walaupun semua gejala sudah hilang.

(iii) Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala-gejala


konjunktivitis?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  113
KURIKULUM SEKOLAH

 Elakkan kotoran atau bahan-bahan asing dari memasuki mata.


 Basuh kelopak mata dan buangkan lendir atau tahi mata dengan
menggunakan kapas atau tisu basah yang bersih.
 Tuam mata dengan jaram sejuk (cold compress).

(b) Penyakit defissiensi


Penyakit defissiensi boleh dielakkan melalui makanan seimbang. Dengan
kata lain, remaja dalam kalangan kerenah makan mereka perlu memberi
perhatian kepada aspek memilih dan menyimpan bahan-bahan makanan
yang berkhasiat tanpa menghilangkan kandungan nutriennya. Keadaan
penyediaan makanan yang betul serta penyediaan hidangan berdasarkan
keperluan nutrien harian adalah penting dan perlu dititikberatkan.
Kebiasaannya makanan mempunyai kandungan garam atau lemak
berlebihan yang boleh menimbulkan masalah kesihatan. Contohnya obesiti
/kegemukan yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan
sering menjadi masalah kesihatan bagi golongan awal remaja.

Jadual 4.5, 4.6 dan 4.7 menjelaskan beberapa contoh masalah kesihatan yang
berpunca dari pengambilan makanan secara berlebihan atau kekurangan.

Jadual 4.5: Kesan Kekurangan dan Kelebihan Nutrien

Nutrien Kesan Kekurangan Kesan Kelebihan


Protein  Tumbesaran terganggu  Protein berlebihan dalam
 Luka lambat sembuh bentuk asid amino diuraikan
menjadi nitrogen dan karbon
 Tubuh kurang daya tahan
terhadap penyakit
Karbohidrat  Kekurangan berat badan  Pertambahan berat badan
 Kulit menjadi kering, kasar  Kegemukan
dan mengecut
 Kebuluran
Lemak  Kesejukan kerana kekurangan  Berat badan
penebat di bawah kulit  Mengakibatkan obesiti
 Berat badan menurun  Koronori jantung
 Kulit menjadi kering

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Jadual 4.6: Kesan Kekurangan dan Kelebihan Vitamin Manusia

Vitamin Kesan Kekurangan Kesan Kelebihan


Vitamin A  Penyakit rabun malam  Hypervitaminosis A, kulit kering
 Kekurangan yang berlanjutan dan mudah mengelupas,
menyebabkan penyakit mata keguguran rambut, sakit tulang,
kerosakan pada hati
Vitamin D  Pertumbuhan tulang kanak-  Toksik, muntah-muntah, cirit-
kanak terjejas sehingga birit, keletihan, dahaga
menyebabkan penyakit riket
di kalangan kanak-kanak dan
Osteomalcia di kalangan
orang dewasa
Vitamin E  Jarang berlaku kerana mudah  Jarang berlaku dan tidak toksik
didapati daripada makanan
hasil tumbuhan, dan tubuh
berupaya menyimpannya
Vitamin K  Darah lambat beku apabila  Toksik
luka
 Mudah berlaku pendarahan
hidung
Vitamin B1  Penyakit beri-beri  Kerosakan pada hati
 Keletihan, lemah
 Kurang selera makan
 Loya dan muntah

Vitamin B2  Muka pucat  Dikumuhkan dalam air


 Kulit melepuh kencing
 Mulut dan bibir, bengkak dan
berair (pellagra)
 Penyakit saraf

Vitamin B3  Pellagra  Loya, cirt-birit, gatal-gatal kulit


 Dermatiitis
 Cirit-birit
 Kulit bersisik

Vitamin B6  Otot kejang di kalangan bayi  Kerosakan saraf yang tidak


 Anemia boleh dipulihkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  115
KURIKULUM SEKOLAH

Vitamin B12  Lidah dan mulut berkudis  Jarang-jarang berlaku kerana


 Terlalu letih dan lemah hati dapat menyimpannya
dengan cukup dan boleh
diserap semula untuk
digunakan
Vitamin C  Penyakit skurvi  Meningkatkan paras asid urik
 Mudah dijangkiti penyakit dalam air kencing dan
menyebabkan penyakit gout

Jadual 4.7: Kesan Kekurangan dan Kelebihan Garam Mineral dalam Badan Manusia

Garam Mineral Kesan Kekurangan Kesan Kelebihan


Kalsium  Pembentukan tulang dan gigi  Menyebabkan penyakit
terganggu batu karang
 Gigi tidak kukuh
 Penyakit riket dan osteomalcia
 Fungsi otot dan saraf
terganggu
Fosforus  Tulang dan gigi menjadi rapuh  Penyakit dalam buah
 Otot menjadi lemah pinggang
 Gangguan kepada sistem saraf
Natrium  Otot menjadi kejang  Dikumuhkan
 Letih
 Kurang selera makan
 Radang saraf
Magnesium  Fungsi otot terganggu  Toksik mengganggu
 Radang saraf fungsi buah pinggang
Sulfur  Pertumbuhan lambat  Koordinasi otot lemah,
 Kurang selera makan kehilangan cecair tubuh,
sakit perut, keletihan,
 Cirit-birit
menjejaskan fungsi buah
 Kulit melepuh pinggang
 Bengkak pada limpa dan hati
Ferum  Penyakit anemia  Pengambilan melebihi
 Letih dan pening 1,000mg sehari menjadi
toksik, muntah, cirit-birit,
kejang perut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Iodin  Pembesaran terganggu  Sakit kepala, sesak nafas


 Penyakit goiter dan kretinisme
 Daya pemikiran tidak
sempurna
Fluorin  Gigi menjadi mudah rosak  Toksik Fluorosis di kalangan
kanak-kanak
Zink  Pembesaran perlahan  Toksik
 Hilang selera makan  Muntah
 Cirit-birit  Letih
 Menggangu fungsi buah
pinggang
 Mengganggu penyerapan
ferum

AKTIVITI 4.3

Rancang satu lawatan ke pusat kesihatan yang paling hampir dengan


tempat tinggal anda. Dapatkan lampiran-lampiran tentang jenis-jenis
masalah kesihatan dan tulis laporan tentang rawatan tersebut. Tugasan
ini boleh dilakukan secara kumpulan bertiga.

• Pendidikan kesihatan memainkan peranan penting dalam kurikulum sekolah


melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyampaikan
maklumat kesihatan yang berfaedah kepada diri seseorang pelajar, keluarga,
komuniti dan masyarakat sejagat.

• Contohnya, apabila pelajar tahu kaedah jangkitan dan punca penyakit,


mereka akan mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.

• Secara tidak langsung pendidikan kesihatan membantu mengurangkan atau


menghapuskan sama sekali bahaya penyakit.

• Pendidikan kesihatan dalam kurikulum sekolah juga memberi peluang


kepada kanak-kanak untuk mengenali dan mempelajari keadaan diri sendiri
dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM  117
KURIKULUM SEKOLAH

Daya tahan Obesiti


Emosi Parasit
Fisiologi Pendehidratan
Karies gigi Prestasi
Ketidakstabilan emosi Vaksin
Malnutrisi

Masalah-masalah kesihatan kepada murid-murid sekolah boleh diatasi melalui


perbincangan, bimbingan dan membaca bahan-bahan bacaan yang sesuai serta
melayari internet. Berikan komen anda berdasarkan pros dan cons.

Huraikan cara-cara pembentukan perkembangan tingkah laku positif berasaskan


kepada aspek-aspek berikut:
• Melayan kanak-kanak mengikut umur, pertumbuhan dan perkembangan
• Memberi kebebasan melahirkan perasaan dan pendapat
• Memupuk rasa cinta Tuhan
• Mengetahui latar belakang kanak-kanak
• Mengawas dan mengawal kanak-kanak
• Menunjukkan contoh dan tingkah laku yang baik
• Memberi ganjaran dan galakan
• Menanamkan nilai murni
• Membina keyakinan diri dan rasa selamat
• Peneguhan
• Menyediakan persekitaran dan aktiviti yang sesuai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 4 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DALAM
KURIKULUM SEKOLAH

Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Fajar Bakti Sdn.


Bhd
Jamilah Ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan jasmani dan
kesihatan. Seri Kumtom Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Pendidikan kesihatan keluarga.
Radzi Shaari & Yusoff Ismail. (1990). Pendidikan jasmani dan kesihatan. JAM
Sdn. Bhd.
Tang Chee Yee. (1992). Psikologi perkembangan. Budiman Sdn. Bhd.
Thomas, T. O., & Sahari Jantan. (1991). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala
Lumpur. BP Sdn.Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kesihatan
5 Diri dan
Keluarga
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pentingnya kesihatan diri dan keluarga dalam
kehidupan harian;
2. Menerangkan pentingnya pemeliharaan kesihatan secara
berterusan;
3. Mengenal pasti amalan asas kesihatan, perawakan diri dan
pemeriksaan fizikal; dan
4. Mengenal pasti penyakit berjangkit, bawaan air dan makanan.

 PENGENALAN
Kesihatan yang baik merupakan idaman ramai orang. Setiap orang
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesihatan dirinya. Mencuaikan
kesihatan bukan sahaja mendatangkan kesan-kesan buruk pada diri sendiri tetapi
juga ke atas keluarga dan masyarakat. Oleh yang demikian, kita harus tahu
langkah-langkah asas memperoleh serta mengekalkan kesihatan yang baik.

5.1 KESIHATAN DIRI


Setiap golongan manusia dalam semua peringkat komuniti, kebangsaan atau
antarabangsa perlu menjaga dan mengawal kesihatan diri demi kesejahteraan
sejagat. Konsep ini penting kerana kerjasama setiap anggota masyarakat amatlah
perlu untuk membendung penyakit berjangkit pada peringkat yang paling awal
agar tidak merebak ke kawasan yang baru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5.1.1 Amalan Asas Kesihatan


Kebersihan diri adalah amat penting untuk menjaga kesihatan diri kita. Menjaga
kebersihan itu termasuk tubuh badan dan peralatan peribadi. Kita juga
seharusnya menjaga kebersihan muka, tangan, kaki, kulit, kuku, mulut, kasut,
tuala dan pakaian.

Bagi meningkatkan kesihatan diri, amalan penjagaaan kebersihan diri adalah


perlu. Berikut adalah amalan kebersihan untuk menjaga dan meningkatkan
kesihatan anda.

Amalan kebersihan
Rajah 5.1 menyatakan langkah-langkah berkaitan amalan kebersihan.

Rajah 5.1: Langkah-langkah amalan kebersihan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  121

Mari kita bincang langkah-langkah tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Menjaga kebersihan tangan


(i) Amalan ini perlu dalam situasi berikut:
• Sebelum dan selepas makan; dan
• Selepas menggunakan tandas, membersihkan tangan dengan
sabun adalah mencukupi untuk membersihkan kotoran dan
kuman yang disentuh.
(ii) Semasa mencuci tangan, bersihkan tapak tangan dan juga celah-celah
jari tangan dengan baik kerana kotoran dan kuman melekat pada
celah-celah jari.
(iii) Kuku jari yang panjang perlu dipotong supaya kotoran dan kuman
tidak terlekat di dalamnya dan bagi memastikan ia tidak
mencengkam pada isi.

(b) Menjaga kebersihan kaki


(i) Pakai alas kaki seperti kasut atau selipar.
(ii) Kaki perlu dibasuh dan dikeringkan.
(iii) Pakai stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit
kulit.

(c) Menjaga kebersihan gigi


(i) Berus gigi selepas makan, sebelum tidur dan selepas bangun supaya
sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi dan menjaga gigi
supaya tidak rosak.
(ii) Semasa memberus gigi, gunakan berus gigi yang sesuai; berus yang
lembut dan ubat gigi yang sesuai memastikan gigi dan gusi gigi tidak
dirosakkan.
(iii) Anda mesti memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa
makanan dapat dibersihkan dengan berkesan.
(iv) Dapatkan rawatan berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya
kerosakan gigi dapat dikesan lebih awal dan mengelakkan gigi
dicabut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) Menjaga kebersihan pakaian


Pakaian seperti baju, seluar, sarung kaki, kasut dan sebagainya perlu
dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan semula
bagi mengelakkan dari penyakit kulit dan lain-lain. Pakaian yang lembap
boleh mengakibatkan pembiakan kulat kulit badan.

(e) Menjaga kesihatan kulit


(i) Penjagaan kebersihan kulit meliputi pemeliharan kulit luar dan kulit
dalam.
(ii) Perkara yang penting ialah mewujudkan kesihatan yang baik kerana
ia merupakan prasyarat bagi kulit yang baik. Oleh itu, makanan kita
seharusnya seimbang untuk memastikan tiada masalah kesihatan.
(iii) Kulit yang sihat memerlukan senaman. Kulit mengandungi otot dan
otot perlu sentiasa digunakan untuk memeliharanya dalam keadaan
yang baik. Senaman memastikan kulit didedahkan kepada udara
bersih dan cahaya matahari serta perubahan suhu mengekalkan ton
otot. Kelenjar peluh dan kelenjar minyak menolong pelaziman kulit
apabila kita senaman.
(iv) Kebersihan kulit seharusnya dijaga dengan baik. Lubang-lubang
halus pada kulit sentiasa tersumbat, jadi kita perlu membasuh kulit
dengan air dan sabun yang sesuai. Penggunaan sabun patut diawasi
supaya minyak kulit tidak dihapuskan sama sekali.
(v) Kulit muka perlu dijaga dengan menghapuskan selaput minyak yang
memerangkap kuman dan debu; sabun atau cecair pembersih muka
yang khas boleh digunakan. Membersih muka sebelum tidur adalah
satu amalan yang baik. Muka dibasuh kemudian dibilas dengan air
suam dan diikuti dengan air sejuk.
(vi) Amalan mandi 1-3 kali sehari adalah baik dalam keadaan panas dan
berdebu. Mandi membantu membersihkan kulit dan memberi ton
yang sesuai kepada kulit. Secara fisiologi, mandi melazimkan sistem
„vascomotor‰ mengawal saluran-saluran darah untuk mengelakkan
kesesakan aliran darah. Selepas makan, kita boleh mandi selepas
berehat selama satu jam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  123

(f) Menjaga kesihatan rambut


(i) Rambut perlu dibasuh dengan syampu yang sesuai mengikut
keadaan rambut, sama ada kering atau berminyak.
(ii) Rambut seharusnya disikat setiap hari untuk memastikan minyak
rambut dialir sama rata dan memberi stimulasi kepada kulit kepala
dengan menggalakkan peredaran darah di kulit kepala. Menyikat
rambut juga membantu untuk membuang kotoran dan sel-sel yang
mati. Amalan memberus rambut sekurang-sekurang dua kali sehari
adalah baik.

Amalan Pemakanan
Makanan ialah bahan yang diambil oleh manusia dan benda-benda hidup untuk
mendapat tenaga, untuk perkembangan dan untuk terus hidup. Kualiti diet
menolong menentukan sama ada kita mempunyai tenaga yang cukup, rambut
dan kulit yang sihat dan sama ada gigi dan tulang kita adalah kuat.

Makanan yang kita makan setiap hari kebanyakannya memang berzat.


Masalahnya ialah sama ada kuantiti dan bahagian-bahagiannya adalah betul.
Contohnya, nilai kalori makanan, makanan seimbang, kelas-kelas makanan, cara
menyedia dan menghidang makanan.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada penduduk yang berbilang
kaum dan agama. Setiap kaum dan agama biasanya mempunyai amalan-amalan
tersendiri berkenaan dengan pemakanan.

Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi,
bagaimana? Ikuti 10 tips penting amalan mudah yang boleh menjadi amalan
anda setiap hari, sila rujuk Rajah 5.2. Mulakan dari sekarang!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah 5.2: Amalan mudah untuk hidup secara sihat

Mari kita bincang langkah-langkah tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Jangan tinggalkan sarapan pagi


Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga!
Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil
sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  125

(b) Tinggalkan kasut tinggi


Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau
diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki.
Apakan puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada
bahagian kaki lebih tinggi dalam kalangan wanita yang memakai kasut
tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh
memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya. Pakailah
kasut yang ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu
mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu
majlis-majlis tertentu sahaja.

(c) Makan Badam


Berdasarkan kajian di Universiti California, jika individu mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras
kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan
Êpolyunsaturated fatÊ. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih
kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam
setiap hari.

(d) Sebiji oren setiap hari


Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit
jantung ialah usia, tekanan darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian
yang di lakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan
menambahkan 50 gram vitamin C dalam diet harian, cukup untuk
membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat,
amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila
sekalipun.

(e) Ketawa
Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton
filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan
rakan yang suka berjenaka.

(f) Tambahkan potassium


Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh,
berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh
menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang.
Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan
potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh
mengambil tembikai dan kentang rebus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(g) Kuasa bunga


Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga
selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin, dari suami,
kekasih, sahabat karib, malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai
bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan
anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada
perasaan anda. Kesegarannya boleh berubah suasana di ruang yang anda
letakkan bunga itu.

(h) Katakan ÂcheeseÊ


Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum
bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya
membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar
gembira.

(i) Jangan biar perut kosong


Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut, kentang
goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam keadaan lapar
bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk mengelakkan
perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu, tetapi sedikit
sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak.

(j) Tidur berkualiti


Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya
tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah
terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur
anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum
melelapkan mata.

Cadangan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Kesihatan


dalam Kurikulum Prasekolah dan Awal Persekolahan.

Menjaga kesihatan diri:


• Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri.
• Tunjukkan cara membasuh tangan, menggosok gigi, memotong kuku
dan cara menggunakan alatan dengan betul.
• Tunjuk cara menggunakan tandas dengan betul.
• Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu tidur dan
berbual mengenainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  127

• Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.


• Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugas.
• Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan.
• Berlakon-main peranan cara mengawal tabiat baik semasa makan,
bermain dan sebelum tidur.
• Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah.
• Menjemput pegawai perubatan/ pegawai kesihatan memberi
penerangan.
• Bercerita melalui pengalaman sendiri.
• Berbual tentang penyakit melalui gambar. Menjaga kebersihan pakaian,
tempat dan peralatan.
• Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan pakaian.
• Aktiviti mencuci pakaian sendiri.
• Murid membersihkan sendiri secara individu atau kumpulan peralatan
yang telah digunakan.
• Menyediakan dan mengemas tempat makan.

5.1.2 Perawakan Diri


Perawakan diri adalah tanggapan kita terhadap tret mental-emosi, rohani dan
sosial yang wujud daripada pandangan dan pengalaman kita serta maklum balas
yang kita terima daripada orang lain. Antara komponen-komponen adalah imej
kendiri, postur, penghargaan diri, imej kendiri psikologi dan imej fizikal (sila
rujuk Rajah 5.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah 5.3: Hubungkaitan di antara komponen-komponen perawakan diri

Mari kita bincang komponen-komponen tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Postur
Postur merujuk kepada cara seseorang membawa dirinya. Postur adalah
cara kita menyokong badan kita – khususnya bahagian belakang, bahu dan
kepala. Apabila kita berjalan, duduk, berdiri dan melakukan pergerakan-
pergerakan yang lain. Postur yang baik adalah suatu petanda kesihatan
yang baik.

Postur kita menunjukkan sama ada kita seorang periang, bertenaga atau
sebaliknya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita untuk
memperoleh dan memelihara postur yang baik.

(b) Imej Kendiri Psikologi


Terdapat beberapa tret imej kendiri psikologi yang ketara dalam kalangan
kita iaitu pemalu, jujur, peramah dan agresif. Sesetengah orang mempunyai
satu daripada sifat-sifat ini atau kesemuanya sekali. Keempat- empat sifat
ini melibatkan kedua-dua jantina dalam perawakan diri masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  129

(c) Imej Fizikal


Imej kendiri fizikal ialah tanggapan kita terhadap ciri dan kebolehan fizikal
kita. Antara beberapa ciri fizikal berkaitan dengan imej kendiri fizikal ialah
tinggi, berat, bentuk badan, bentuk muka, warna mata dan ciri kejantinaan
sekunder. Kebanyakan ciri ini diwarisi daripada ibu bapa. Beberapa ciri lain
seperti berat badan yang berlebihan boleh wujud akibat daripada tabiat,
amalan kita sendiri. Contohnya memakan makanan yang banyak dan
kurang mengamal senaman boleh menyebabkan kegemukan maka imej
kendiri fizikal ini boleh mempengaruhi perawakan seseorang dari segi
postur semasa duduk, semasa berdiri atau ketika berjalan.

(d) Imej Kendiri


Tanggapan kita terhadap diri mungkin berbeza daripada tanggapan orang
lain terhadap kita. Misalnya, kita mungkin menganggap diri sebagai
seorang yang murah hati tetapi bagi orang lain, kita hanya menunjuk-
nunjuk sahaja. Tanggapan kita terhadap diri sendiri, tanggapan orang lain
terhadap kita dan diri kita yang sebenar akan membentuk imej kendiri kita.
Imej kendiri merangkumi imej fizikal, imej sosial dan imej mental-emosi.

Imej kendiri kita boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman


dan kepercayaan diri, faktor-faktor sosial dan media massa.

(e) Penghargaan Diri


Penghargaan diri boleh dianggap sebagai penghargaan terhadap
keupayaan dan potensi fizikal serta mental berdasarkan pembentukan imej
kendiri. Penghargaan diri bermula dengan keyakinan diri. Remaja yang
mempunyai keyakinan diri berbangga dengan keupayaan dan potensi
fizikal serta psikologinya. Bukan semua remaja mempunyai sifat-sifat ini.
Oleh itu, remaja yang mempunyai penghargaan diri mempunyai daya
tarikan yang menyumbang ke arah perawakan diri.

5.1.3 Pemeriksaan Fizikal


Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan atau
pun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah
kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan
keseluruhannya, mengenal pasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun
disedari atau pun bagi mengenal pasti dan mengesan masalah pada peringkat
awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan
fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal
dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat
tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah perubatan dan pergigian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Berikut adalah beberapa pemeriksaan fizikal yang biasa dilakukan oleh


seseorang doktor perubatan atau pergigian:
(a) Pemeriksaan telinga, hidung dan tekak;
(b) Pemeriksaan tekanan darah;
(c) Pemeriksaan gigi dan gusi;
(d) Pemerikssan jantung;
(e) Pemeriksaan kulit;
(f) Ujian darah;
(g) Ujian air kencing; dan
(h) Ujian mata.

5.2 KESIHATAN KELUARGA


Rajah 5.4 menyatakan tiga faktor utama di dalam memelihara kesihatan keluarga.

Rajah 5.4: Saling kaitan dinamik antara kesihatan fizikal, sosial dan jantina dalam
kesihatan keluarga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  131

Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang
bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah
keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana
kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada
kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada
yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat.

Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam,


mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stres dan yang
penting sekali menyayangi diri sendiri.

Kementerian Kesihatan memainkan peranan utama dalam mempromosi dan


mempertingkatkan kesihatan keluarga dari segi fizikal, mental dan sosial. Usaha-
usaha Kementerian Kesihatan ke arah pembangunan kesihatan keluarga diterajui
oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Bahagian ini menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosi
dan mempertingkatkan kesihatan semua ahli keluarga seperti ibu mengandung
dan ibu selepas bersalin, bayi, kanak-kanak, murid-murid sekolah, remaja, orang
dewasa dan warga tua.

Sesebuah keluarga boleh dan perlu melibatkan diri dalam usaha mempromosi
dan menyelenggara kesihatan mereka. Ahli-ahli keluarga harus mengamalkan
cara hidup sihat yang merangkumi pelbagai amalan yang positif. Semua
keluarga perlu mempunyai sikap yang positif dan menganggap kesihatan
sebagai satu aset dan sumber untuk kehidupan demi mencapai kesejahteraan,
produktiviti yang lebih tinggi dan peningkatan kualiti hidup.

5.2.1 Aspek Fizikal


Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan
perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil
baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia.

Baca nama dan bahagian organ pembiakan seperti yang telah dinyatakan di
dalam Jadual 5.1 dan rujuk Topik 3 untuk maklumat tentang sistem pembiakan
lelaki dan perempuan. Nyatakan pelbagai bahagian dan fungsi organ anatomi
sistem pembiakan lelaki dan perempuan dengan menggunakan maklumat yang
berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Jadual 5.1: Ciri-ciri Sistem Pembiakan Perempuan dan Lelaki

Sistem Pembiakan Perempuan Sistem Pembiakan Lelaki


 Vulva  Buah zakar
 Mons pubik  Zakar
 Labia majora  Ereksi (erection)
 Labia minora  Air mani
 Kelentit  Skrotum
 Salur Kencing  Sperma
 Faraj  Semen (air mani)
 Selaput dara  Testosteron
 Serviks  Androgen
 Rahim  Epididimis
 Endometrium  Vas deferens
 Tiub Fallopia  Vesikal Seminal
 Ovari  Duktus Ejakulasi
 Ovum  Kilang Prostat
 Progesteron  Kelenjar Cowper
 Estrogen  Uretra

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan fizikal dalam kalangan


remaja antaranya:
(a) Genetik ahli keluarga;
(b) Persekitaran kehidupan; dan
(c) Pemakanan yang berkhasiat.

5.2.2 Aspek Sosial


Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-
kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan
remaja, kesusilaan dan kesopanan.

Kesihatan keluarga dan aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan


seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  133

Sebagai seorang guru pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mahupun


ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak atau murid-murid kita untuk memupuk
amalan makan secara sihat bersama keluarga mereka. Ini adalah kerana makan
bersama keluarga mendatangkan banyak faedah. Waktu makan boleh digunakan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga tentang amalan
pengambilan makanan yang baik dan sihat.

Menurut pakar-pakar sekiranya ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersama di


meja makan dengan lebih kerap, anak-anak akan mendapat faedah dari segi
peningkatkan prestasi akademik dan harga diri. Penyelidikan juga mendapati
bahawa perbualan pada waktu makan dapat memperkayakan perbendaharaan
kata anak-anak. Ibu bapa boleh mengambil kesempatan semasa waktu makan
untuk berbual dengan anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa dan
menyusuli aktiviti harian anak-anak mereka.

(a) Seksualiti Manusia


Sikap seksualiti kanak-kanak dibentuk dari awal kanak-kanak, tetapi
dorongan seksual tidak muncul sehingga akil baligh. Semasa akil baligh,
banyak perubahan berlaku dalam budak lelaki dan perempuan. Terdapat
pertambahan yang pesat. Ciri seksual peringkat sekunder tubuh muncul
dan bentuk badan semakin dewasa.

Dorongan seksual dalam kalangan orang muda, terutamanya lelaki


menyebabkan ketidakstabilan sahsiah yang dipandang oleh orang tua
sebagai sahsiah yang lain dan bermasalah. Rasa hati orang muda tidak
tetap. Mereka impulsif. Mereka dapati sukar untuk menumpukan perhatian
terhadap apa-apa perkara bagi tempoh panjang. Kadangkala prestasi
pencapaian di sekolah merosot.

Remaja lelaki selalunya tidak suka berkumpulan, melibatkan diri dalam


aktiviti fizikal. Remaja perempuan lebih suka berkhayal dan tumpuannya
juga terganggu. Mereka mula mewujudkan personaliti tersendiri dan
kehidupan berdikari. Hal ini dilihat sebagai penarikan emosi daripada
keluarga dan kemerosotan komunikasi antara orang muda dengan ibu
bapanya.

(b) Kasih Sayang


Kasih sayang ialah perkongsian kasih sayang dan tindakan mengambil
berat. Kasih sayang perlu ditunjukkan melalui tindakan dan perlakuan.
Kasih sayang memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau kita tak dapat
memberi kasih sayang, tidak mungkin kita akan menerima kasih sayang.
Kasih sayang tidak bermakna persetujuan secara mutlak dalam semua hal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kasih sayang ialah faktor yang membina dan mengekalkan keluarga. Kita
boleh menyayangi ramai orang dalam pelbagai cara dan menunjukkan
kasih sayang kita dalam pelbagai peringkat kepada orang yang berlainan.
Kasih sayang bukan hanya perasaan tentang perhubungan. Kasih sayang
hanya bermakna apabila dilahirkan dalam perlakuan.

Ia boleh diluahkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada orang yang


kita sayang. Kasih sayang adalah komitmen. Kasih sayang memberi tenaga
dan bukan menghabiskan tenaga.

(c) Kehamilan Remaja


Pengetahuan kita tentang proses kehamilan dan kelahiran remaja
menyakinkan kita bahawa kehamilan dikalangan wanita remaja yang
berumur kurang daripada 15 tahun membawa risiko yang lebih tinggi
berbanding dengan kehamilan wanita yang berumur 20an. Empat masalah
yang biasa, telah banyak dikaji:
(i) Remaja lebih berkemungkinan menghadapi anemia semasa
kehamilan.
(ii) Remaja lebih berkemungkinan menghadapi toksemia, yang boleh
menyebabkan tekanan darah tinggi, sawan dan kematian.
(iii) Remaja lebih berkemungkinan menghadapi tempoh kelahiran yang
lebih panjang yang boleh memudaratkan ibu dan bayinya.

(d) Faktor Mempengaruhi Gejala Sosial


Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan remaja terjebak dalam
gejala sosial, antaranya:
(i) Pengaruh rakan;
(ii) Tekanan hidup dalam keluarga;
(iii) Budaya barat untuk mencari keseronokan; dan
(iv) Maklumat internet yang menghayalkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  135

5.2.3 Aspek Jantina


Aspek jantina adalah berkenaan dengan ekspektasi peranan, peranan lelaki,
peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai
kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri
setiap ahli keluarga.

(a) Ekspektasi Jantina


Nampaknya budaya tertentu yang mementingkan sikap tertentu dan
menyembunyikan sikap yang lain dalam kebanyakan masyarakat di mana
kanak-kanak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza sejak dilahirkan.
Pada umur 2 atau 2½ tahun kanak-kanak mengenal pasti diri sendiri
sebagai lelaki atau perempuan dan mereka secara terbuka mencari dan
menerima maklumat tentang sifat lelaki atau perempuan. Anak perempuan
akan menjadi seperti ibunya manakala anak lelaki disuruh jangan menjadi
„pondan‰ dan anak perempuan disuruh bersopan. Anak lelaki tidak
digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi
agresif.

(b) Peranan Jantina


Peranan jantina ialah set tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat
sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kejantinaan merujuk kepada
jantina biologi sebenar, sama ada lelaki atau perempuan. Setiap budaya
menentukan peranan seks yang sesuai. Apa yang diterima oleh sesuatu dari
segi tingkah laku kelelakian dan kewanitaan tidak semestinya diterima
dalam masyarakat lain.

Dari segi sejarah dalam budaya kita, konsep kelelakian dan kewanitaan
dibeza langsung. Kaum lelaki dianggap bersifat „kelakian‰ dan wanita
dianggap „kewanitaan‰. Banyak kajian telah dibuat terhadap perbezaan
jantina, semua kajian ini menunjukkan tidak terdapat banyak perbezaan
kecuali perbezaan jantina genetik.

(c) Faktor Mempengaruhi Kecelaruan Jantina


Banyak faktor yang boleh mempengaruhi remaja menjadi celaru dalam
jantina antaranya:
(i) Persekitaran keluarga yang menggalakkan;
(ii) Bilangan jantina dalam keluarga tidak seimbang;
(iii) Pendidikan agama tidak kuat;
(iv) Rakan pergaulan sama fikiran;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(v) Internet; dan


(vi) Majalah atau media massa.

AKTIVITI 5.1

Dalam kumpulan bertiga. Bincang dan tuliskan setuju (S) atau tidak
setuju (TS) selepas setiap penyataan yang diberikan seperti di bawah.
Kemudian kumpulkan data pengundian Kontinum untuk semua
kumpulan dalam kelas kuliah anda. Bentang dan bincang hasil
pengundian itu dalam kuliah.

Pengundian Kontinum/nilai:

1. Tempat setiap orang wanita ialah di rumah.

2. Anak perempuan yang pandai bersukan sepatutnya dibenarkan


dalam pasukan lelaki.

3. Kaum lelaki sepatutnya membuat keputusan kerana mereka


berfikir sebelum bertindak, manakala kaum wanita bertindak
berdasarkan emosi mereka.

4. Suami dan isteri perlu berkongsi membuat kerja rumah dan


menjaga anak.

5. Lelaki dan perempuan dicipta berlainan dan sepatutnya bertindak


dalam cara yang amat berlainan.

6. Tidak salah untuk lelaki menangis.

7. Alimoni sepatutnya dihapuskan.

8. Kaum wanita mempunyai sifat keibuan semula jadi.

9. Anak perempuan sepatutnya bebas mengajak anak lelaki keluar.

10. Kebanyakan wanita tidak mahu berdikari, tetapi mahukan lelaki


menjaga mereka.

11. Kaum wanita mempunyai kelebihan dalam, masyarakat kita


kerana mereka dilindungi, diberi masa kesenggangan, dan bebas
daripada tekanan untuk mencapai kejayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  137

5.3 PENYAKIT BERJANGKIT


Penyakit berjangkit amat mudah merebak dalam sesuatu komuniti masyarakat
malahan ia boleh merebak dengan cepat dari satu negara ke satu negara yang
lain. Oleh itu penyakit berjangkit perlu dikawal sepenuhnya mengikut cara ia
merebak dengan langkah-langkah kawalan yang sesuai.

Selalunya penyakit merebak melalui kuman atau virus yang terdapat pada air
liur, najis, darah, air kencing, cecair badan, pernafasan atau permukaan kulit.
Makanan dan air minuman juga boleh menjadi agen pembawa penyakit
berjangkit. Penyakit berjangkit boleh dikelaskan mengikut cara merebak atau
jangkitan dan mudah dikenali melalui tanda-tanda serta simptomnya.

5.3.1 Penyakit Kulit


Pemeriksaan kulit biasanya dilakukan untuk menentukan kesihatan kulit secara
langsung dan khusus. Ia juga berupaya mengenal pasti sebarang jangkitan
penyakit dermatitis dan infestasi parasit seperti kudis buta, puru dan sebagainya.

Masalah-masalah seperti pendedahan bahan kimia, radiasi dan beberapa


masalah fisiologi seperti salah pemakanan, psoriasis, akne dan lain-lain juga
boleh dikenal pasti.

Masalah-masalah kulit yang biasa dihadapi

(a) Jerawat
Jerawat adalah suatu bintik yang berisi nanah pada kulit, terutamanya di
muka. Jerawat terbentuk apabila sejenis bahan berminyak yang dinamakan
sebum dihasilkan dengan banyak oleh kelenjar-kelenjar dalam kulit.
Rembesan sebum yang berlebihan akan menyumbat liang-liang kulit. Bulu
yang tumbuh daripada liang tersebut mati. Sebum yang terperangkap di
dalam liang kulit menyebabkan tisu-tisu di bawah kulit menjadi merah dan
radang. Liang tersebut diisi dengan nanah yang terdiri daripada sel-sel
darah putih dan bakteria.

(b) Akne
Akne ialah bintik-bintik yang kemerah-merahan pada kulit yang
disebabkan oleh sejenis mikroorganisma yang dinamakan Acnevulgaris.
Akne didapati pada muka, belakang leher dan bahagian-bahagian badan
yang lain. Rembesan sebum yang berlebihan menyebabkan akne. Bakteria
yang membiak dalam sebum akan merangsang salur darah untuk
mengembang dan menghantar sel-sel untuk melawan serangan bakteria. Ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

menimbulkan keradangan. Jangkitan akne menjadi lebih serius jika tisu-tisu


dalam kulit cedera akibat daripada picitan akne.

(c) Menghadapi masalah-masalah kulit?


Kebersihan diri, terutamanya kebersihan kulit adalah penting. Muka dan
bahagian-bahagian kulit lain yang mempunyai jerawat atau akne haruslah
dibersihkan dengan sabun dan air serta dikeringkan dengan tuala yang
bersih untuk mengeluarkan sel-sel kulit yang mati.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-duanya


memelihara kesihatan kulit. Dapatkan tidur yang cukup dan lakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh melegakan perasaan tegang sebab perasaan
tegang juga menyebabkan pembentukan jerawat.

5.3.2 Penyakit Bawaan Air dan Makanan


Berikut dinyatakan penyakit bawaan air dan makanan.

(a) Penyakit bawaan air


Air merupakan keperluan asas bagi manusia. Namun air yang disediakan
untuk keperluan seharian, tidak memenuhi syarat kualiti saniti dan higiene
ditetapkan. Tanpa kawalan kualiti, kuantiti, dan aksesibiliti, dapat
membuka peluang munculnya berbagai penyakit bawaan air (water borne
diseases). Maka sumber-sumber air yang digunakan oleh pengguna telah
menjadi penyebar mikroba patogen (true water borne diseases). Contoh
penyakit yang ditimbulkan adalah diarea, kolera, typus, dan parathypus.
Air juga dapat menjadi sarang penyebar penyakit (water related vector
borne diseases). Contohnya penyakit dari serangan ini adalah demam
berdarah dan malaria.

Diarea
Umumnya disertai dengan gejala demam tinggi, sakit perut, muntah yang
teruk, kerap buang air besar disertai, ini mengakibatkan kelemahan tubuh
kerana kekurangan cairan (dehidrasi). Hal ini berpunca dari pengambilan
makanan ataupun minuman yang tercemari dengan bakteria atau virus.
Bakteria atau virus ini menyebabkan terjadinya iritasi. Selain daripada itu,
mengambil makanan yang mengandungi garam-garaman seperti sup, juga
akan membantu mempercepat proses pemulihan. Setelah tidak lagi
menunjukkan gejala diarea, penderita harus segera memulihkan kondisi
kecukupan nutrisi dalam tubuhnya, dengan makan makanan dalam jumlah
yang cukup dan gizi yang memadai. Saniti perlu ditingkatkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  139

Penyakit bawaan air ini memburukkan keadaan kesihatan dan produktiviti


seorang individu dan membawa kesan buruk yang bagi di sekitarnya dan
akhirnya berpeluang merebak penyakitnya kepada orang lain. Masalah
sanitasi memang pekerjaan yang berat.

(b) Penyakit bawaan makanan

(i) Foodborne Disease


Apakah itu penyakit bawaan makanan?
Penyakit bawaan makanan atau keracunan makanan terjangkit kalau
makan atau minum bahan tercemar.

(ii) Sebab dan gejala penyakit bawaan makanan


Ada pelbagai penyakit yang boleh timbul kerana makan makanan
tercemar.

Penyebab umumnya adalah:


 Kuman;
 Virus; dan
 Racun.

Gejalanya tak tentu. Ia bergantung dari penyebabnya iaitu cirit-birit,


muntah, mual, sakit perut dan demam. Gejala lainnya mungkin sakit
kepala, sakit kuning.

(c) Siapa yang terkena?


Sesiapapun boleh terkena penyakit bawaan makanan, tetapi ada golongan
yang lebih senang terkena:
(i) Anak kecil;
(ii) Orang dewasa;
(iii) Orang yang sistem ketahanannya rendah; dan
(iv) Wanita hamil.

(d) Pengubatannya
Jika gejalanya ringan maka cepat sembuh. Orang yang cirit-birit dan
muntah, selalunya mereka dinasihatkan minum air yang banyak.

(e) Cara-cara Mencegah Penyakit Bawaan Makanan


Langkah utama untuk menghindar penyakit bawaan makanan dan
keracunan makanan adalah dengan melindungi makanan dari tercemar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

oleh kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai


panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk
mengelakkan makanan dari tercemar.

(i) Pemilihan Bahan Mentah


Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan selamat. Bahan-bahan
mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan susu
amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah ini perlulah
dipilih dengan teliti dan elakkan daripada membeli bahan mentah
yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang
tidak bersih ataupun disimpan bercampur dengan bahan-bahan kimia
ataupun bahan-bahan bukan makanan.

Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada suhu
sejuk. Memandangkan musim panas ais akan mudah cair dan
menjejaskan suhu penyimpanan semasa di jualan.

Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun dan salad, ia
perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum ianya dimakan. Elakkan
menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayur-
sayuran ini walaupun cara ini dapat menjimatkan air.

(ii) Penyimpanan Bahan Mentah


Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan
daging perlu disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan dalam
suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan pertumbuhan
bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.

(iii) Memasak Makanan


Proses ini amat penting untuk mengelakkan kes keracunan makanan
daripada berlaku. Proses memasak bukan hanya bertujuan
menambahkan kelazatan dan lebih mudah dimakan tetapi juga
bertujuan membunuh bakteria. Pada umumnya, masak pada suhu
didih (100 °C) pada jangkamasa 5 – 10 minit adalah cukup untuk
membunuh bakteria.

Penggunaan haba basah seperti kukus dan rebus adalah lebih


berkesan berbanding dengan haba kering seperti oven untuk
membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan kimia dan
toksin adalah stabil dan tidak musnah melalui proses memasak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  141

(iv) Penyimpanan Makanan


Makanan yang telah dimasak dan disimpan lama pada suhu biasa
(suhu bilik) memberikan keadaan yang amat sesuai untuk
pertumbuhan bakteria. Keadaan ini menyebabkan makanan menjadi
rosak dan basi.

Bagi mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan di tempat


yang bersih dan bertutup; tidak disimpan bersama dengan bahan
mentah untuk mengelakkan pencemaran silang dan tidak terdedah
kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lalat dan lipas.

(v) Pemanasan Semula


Makanan yang disimpan kaedah ini adalah amat penting kerana
pemanasan semula makanan dapat membunuh bakteria yang
mungkin telah mencemari makanan yang disimpan. Walau
bagaimanapun, kaedah ini hanya akan berfaedah jika pemanasan
dilakukan hingga kepada suhu yang diperlukan dan rata kepada
semua bahagian makanan. Suhu yang disyorkan adalah sekurang-
kurangnya 70 °C selama 5 – 10 minit. Pemanasan yang berulang-ulang
kali adalah tidak digalakkan.

(vi) Menghidang Makanan


Makanan yang dihidangkan secara terbuka akan mudah dicemari.
Pencemaran boleh berlaku secara terus, melalui serangga seperti lalat
dan lipas. Bagi mengelakkan hidangan dicemari ianya perlulah
ditutup dengan sempurna dengan penutup yang bersih dan sesuai.
Menggunakan surat khabar dan bahan cetak adalah tidak dibenarkan
kerana ia boleh mengakibatkan makanan tercemar oleh dakwat yang
merbahaya jika dimakan.

(vii) Air Minuman


Air minuman perlu dimasak terlebih dahulu. Bagi kawasan yang
mengalami keputusan bekalan air paip, pastikan bekalan air daripada
tangki-tangki yang dihantar oleh pihak Jabatan Bekalan Air ke rumah-
rumah ditadah, dibiarkan seketika sehingga ampaian atau habuk-
habuk yang terdapat di dalam air termendap ke bawah sebelum
dimasak dan diminum. Dalam keadaan cuaca yang panas ini juga,
pastikan jumlah air yang diminum mencukupi iaitu sekurang-
kurangnya 6 – 8 gelas sehari kerana tubuh mudah mengalami
dehidrasi pada musim panas ini. Keadaan dehidrasi boleh
menyebabkan penurunan tahap ketahanan (imuniti) tubuh terhadap
sesuatu penyakit. Ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

anak kerana mereka adalah golongan yang paling mudah diserang


demam, batuk, selsema kerana ketahanan tubuh yang rendah.

(viii) Kebersihan Diri


Pastikan tangan anda bersih setiap kali hendak memegang makanan.
Ada yang menganggap cara ini sukar dipraktikkan semasa ketiadaan
air. Pada musim catuan air dilakukan, sudah pastinya air bersih sukar
diperolehi. Walau bagaimanapun, pengendali makanan tidak kira
surirumah atau peniaga gerai makanan perlu memastikan amalan
kebersihan dipatuhi. Pastikan bekalan air mencukupi sebelum
menyediakan makanan walaupun cara ini memerlukan lebih masa
dan tenaga.

Adalah amat penting tidak berkuku panjang dan kotor. Elakkan diri
daripada mengendali makanan jika terdapat penyakit kulit seperti
bisul, kudis atau luka yang bernanah di tangan. Penyakit kulit seperti
ini membawa bakteria yang boleh mencemarkan makanan.

Pengendali-pengendali makanan juga harus menjalani pemeriksaan


perubatan dan mengambil suntikan sebelum menjalankan perniagaan.

(ix) Menjaga Kebersihan


Dapur dan peralatan memasak adalah amat penting seperti kain
pengelap, papan cincang, pisau dan sebagainya dicuci bersih setiap
kali selepas digunakan. Ia perlu disimpan di tempat yang bersih dan
tidak digunakan untuk pelbagai tujuan lain.

Kesimpulannya, Penyakit bawaan makanan adalah penyakit yang biasa


menyerang orang ramai. Walau bagaimanapun, ia dapat dielakkan dan
dikawal sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing
untuk melindungi makanan yang dimakan dari pada tercemar oleh
bahan pencemaran yang boleh menyebabkan penyakit. Amalan
kebersihan perlu dipraktikkan setiap masa.

Keadaan cuaca panas dan ketiadaan bekalan air paip bukanlah suatu
alasan untuk tidak mematuhi amalan kebersihan jika sikap suka kepada
kebersihan telah sebati dalam diri setiap rakyat Malaysia. Oleh itu kita
sebagai rakyat yang peka perlu sama-sama memastikan diri dan
keluarga selamat dari gejalagejala penyakit ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  143

5.3.3 Penyakit Jangkitan Seks


Penyakit jangkitan seks atau penyakit kelamin merujuk kepada sebarang
penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks. Penyakit
kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria, ataupun kulat.
Penyakit kelamin adalah sekumpulan penyakit yang dijangkiti dari seorang
kepada seorang yang lain oleh bakteria, tetapi melalui manusia sendiri.

Terdapat banyak jenis penyakit jangkitan seks, tetapi yang biasa terdapat di
rantau ini ialah AIDS, Gonoria, Siplis dan Hepatitis B.

Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah:


 AIDS
 Chancroid
 Gonorrhoea
 Granuloma
 Hepatitis A
 Hepatitis B
 Herpes
 Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection)
 Jangkitan Yis (Kulat)
 Ketuat kelamin (Genital Warts - Condyloma Acuminata)
 Kutu ari-ari (Pubic Lice)
 Lymphogranuloma
 Molluscum
 Radang Pelvik
 Scabies
 Syphilis
 Trichomoniasis
 Vaginitis
 Bakteria Vaginosis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Walaupun pada masa sekarang, terdapat banyak rawatan yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit jangkitan seks, kebanyakan penyakit jangkitan seks
tidak dapat sembuh secara 100%. Gejala penyakit kelamin akan kembali berulang
dan pengidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan seberapa segera
dan seberapa kerap yang perlu. Sekiranya pengidap penyakit kelamin ini tidak
mendapatkan rawatan atau lewat mendapatkan rawatan kerana perasaan malu
atau jahil, ia akan membawa akibat yang sangat buruk.

Sesetengah penyakit kelamin seperti AIDs tidak boleh diubati langsung dan
hanya boleh diperlahankan tetapi dengan kos yang teramat mahal. Walaupun
menerima rawatan, pesakit AIDs terpaksa bergantung hidup dengan memakan
pelbagai jenis ubat-ubatan setiap hari, dan biasanya masih akan berakhir dengan
kematian disebabkan virus dalam tubuh mulai menjadi kebal dengan ubat yang
dimakan bertahun-tahun lamanya itu.

Penyakit kelamin lebih sering tersebar dalam kalangan remaja. Ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti:
(a) Kurang pengetahuan mengenai penyakit kelamin. Tidak tahu cara ianya
merebak.
(b) Salah faham terhadap penyakit kelamin. Contoh: penyakit kelamin tidak
menular dalam kalangan orang muda. (Ini adalah salah. Kebanyakan
penyakit kelamin merebak dalam kalangan remaja dan awal dewasa.)
(c) Tekanan pasangan untuk tidak menggunakan kondom.
(d) Kesukaran mendapatkan bekalan kondom. Ketiadaan kondom tidak
mampu menghalang berlakunya hubungan seks, malah menambah risiko
penyebaran penyakit kelamin dan risiko kehamilan.
(e) Fikiran cetek – „Ia tidak mungkin berlaku pada saya. / Saya hanya
melakukannya dengan pasangan yang rapat‰
(f) Tidak tahu kesan buruk jangka panjang. „Saya kenal orang yang mengidap
penyakit kelamin tetapi masih dapat hidup seperti biasa....‰

Kebanyakan penyakit kelamin boleh dilindungi dengan beberapa cara;


(a) Mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum
berkahwin);
(b) Mengamalkan hubungan yang sihat antara pasangan yang berkahwin;
(c) Menjauhi daripada melakukan hubungan rambang; dan
(d) Mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin
seperti menggunakan kondom dengan betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  145

Rajah 5.5 menyatakan penyakit-penyakit jangkitan seks yang utama.

Rajah 5.5: Penyakit-penyakit jangkitan seks yang utama

Mari kita bincang penyakit-penyakit tersebut dengan lanjut.

(a) AIDS
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired
Immuno Deficiency Syndrome.

(i) Apa itu HIV?


HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus.
Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang
berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan
kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV
adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya
tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya
melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV,
orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia
menghadapi AIDS.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri


daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh
kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

(ii) Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)


AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang
menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan
badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya
melawan penyakit.

(iii) Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?


HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
• Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat
adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
• Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
• Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau
penyusuan.
HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani
termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh
memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau
kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang
memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-
jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa
melakukan tugas.

(iv) Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?


HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air
mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun
melalui udara seperti virus selsema. HIV tidak boleh hidup di luar
badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, di dalam air atau
udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:


• Pendermaan darah;
• Berjabat tangan dan berpelukan;
• Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam;
• Berkongsi makanan dan perkakas dapur;
• Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau
berkongsi tempat tidur;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  147

• Bersin, batuk, air peluh atau air kencing;


• Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang; dan
• Menjaga seseorang yang positif-HIV.

(v) Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada saya telah


dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda telah dijangkiti
adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV.

(vi) Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?


Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang
tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang
menyerupai demam selsema tiga sehingga enam minggu selepas
jangkitan. Tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain;
orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa
tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan
orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang
berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan
virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya,
ramai yang tidak mengendahkannya dan menganggapnya sebagai
penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian
adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda
rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

(vii) Apakah seks selamat?


Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau
darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
• Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks
dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
• Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau
melancap di mana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau
ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil „seks selamat‰ kerana ianya meminimumkan


risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali.
Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah
seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh
mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko
jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV
menjangkiti sel-sel badan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(viii) Jangkitan HIV/AIDS adalah melalui:


• Melalui hubungan seksual seperti homoseksual (hubungan
seksual sejenis), bisexual, dan hetrosexual.
• Berkongsi jarum suntikan yang dicemari oleh virus HIV penagih
dadah berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering berkongsi
jarum suntikan.
• Melalui ibu kepada bayi yang dikandung & dilahirkan Ibu yang
mengandung dan dijangkiti Virus HIV akan menjangkitkan Virus
tersebut kepada anak dalam kandungan.
• Maklumat untuk remaja yang ingin hidup sihat dan bahagia
Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca
dari serangan virus yang dipanggil HIV atau Human
Immunodeficiency virus. HIV menyerang sistem daya tahan
badan seseorang sehingga ia menjadi lemah dan punah lantas ia
tidak berupaya melawan serangan penyakit, sekalipun penyakit-
penyakit yang biasanya ringan dan boleh disembuhkan. Seseorang
yang telah disahkan dijangkiti HIV dipanggil sebagai positif-HIV.
Ini tidak semestinya bermakna orang itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakit-


penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat
sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling
biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah,
jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.
Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan
terhadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin
menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV.

AIDs/HIV merebak melalui cara-cara berikut:


• Melalui perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang
telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badab
seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk
darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke
tubuh orang yang lain.
• Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya
melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan
organ-organ badan.
• Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa
kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  149

Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang


dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV
melalui ibu mereka. Risiko ini boleh dikurangkan dengan
pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT.

Tanda-tanda Penyakit HIV/AIDS:


• Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %).
• Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan).
• Jangkitan pneumonia.
• Jangkitan (pneumonia, brain, retinitis).
• Tibi ( paru-paru/extra pulmonari).
• Jangkitan fungus seperti candidiasis (dalam mulut), cryptococcus,
(pneumonia & meningitis).
• Toxoplasmosis ( brain ).
• Jangkitan Herpes dan kayap.
• Jangkitan protozoa.
• Barah kulit atau mulut.

Langkah-langkah Pencegahan:
• Jangan lakukan hubungan dengan mereka yang tidak dikenali.
• Jangan lakukan hubungan jenis dengan berbilang pasangan.
• Anda boleh gunakan kondom.
• Sampaikan maklumat kepada pasangan anda.

(b) GONORIA
Bakteria yang menyebabkan gonoria bernama „Gonococcus‰. Ia masuk ke
dalam tubuh semasa berhubung jenis - dari organ lelaki atau perempuan
orang yang telah terjangkit. Bakteria itu tinggal di dalam saluran kencing
dan mula membiak dan menyebabkan penyakit di situ. Lapisan dalam
saluran kencing adalah basah dan suam - tempat yang sesuai untuk
bakteria ini membiak.

Oleh kerana kuman-kuman berkehendakkan makanan untuk hidup mereka


makan tisu dan membiak dengan begitu banyak. Badan kita cuba melawan
penyakit ini dengan kekuatan sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih
mengelilingi kuman-kuman selepas mereka masuk ke dalam badan,
mengeluarkan enzime untuk memusnahkan kuman-kuman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Walau bagaimanapun, dalam kes Gonoria sel darah putih ditawan oleh
kuman. Tisu sekeliling akan terlibat dan sel-sel tisu itu akan mati. Sel
tersebut, bersama dengan sel darah putih, kuman yang mati dan cecair
badan menjadi „nanah‰. Nanah yang keluar adalah gejala awal bagi
Gonoria.

(i) Gejala
Dalam satu minggu selepas persetubuhan sedemikian pesakit lelaki
biasanya akan kencing bernanah. Membuang air kecil terasa pedih
dan kerap kencing. Keadaan ini sangat menderitakan sehingga
terpaksa meminta nasihat doktor.Ingat , seseorang pesakit mungkin
tidak mempunyai sebarang gejala dan masih mengidap gonoria.

Begitu juga pesakit perempuan akan mempunyai masalah yang sama.


Tetapi dalam 70% wanita yang terjangkit gejala ini tidak dapat
diketahui dan dikesan.

(ii) Komplikasi
Jika pesakit ini tidak dirawat awal ia akan membiak kepada organ-
organ pembiakan. Organ- organ ini akan merasa sakit.
Mereka menjadi rosak dan tidak dapat menjalankan tugas biasanya.
Akhirnya pesakit menjadi mandul – tidak dapat melahirkan anak.

Kuman gonococcus juga masuk ke dalam saluran-saluran darah dan


pergi ke lain-lain bahagian badan. Kuman kemudian akan menetap di
mana-mana organ, seperti hati atau jantung, merosakkannya. Kuman
ini juga masuk ke dalam sendi-sendi dan menyebabkan kelumpuhan
dan penyakit sendi.

Gonoria juga boleh membutakan anak yang baru lahir. Seseorang ibu
mengandung mengidap gonoria boleh menjangkitkan mata anaknya
semasa proses kelahiran. Jika rawatan awal tidak diberi mata anak itu
menjadi buta (sila rujuk Rajah 5.6).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  151

Rajah 5.6: Genoria menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi buta

(c) Siplis
Bakteria yang menyebabkan siplis diberi nama ÂspirochetesÊ. Spirochetes
dijangkitkan dari seseorang pesakit ke orang lain yang sihat melalui
persetubuhan – sama seperti gonoria. Ia juga boleh, tetapi jarang,
direbakkan melalui kulit-kulit yang luka. Mengikut pakar perubatan,
penyakit siflis itu sebenarnya berpunca daripada serangan bakteria
Treponema Pallidum (sila rujuk Rajah 5.7).

Rajah 5.7: Bakteria Treponema Pallidum

Penyakit ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:

(i) Peringkat pertama


Apabila kuman ini masuk ke dalam badan, mereka berlawan dengan
sel-sel darah putih. Satu biji kudis mula ternampak pada organ lelaki
atau perempuan, 10 hingga 90 hari selepas berhubung jenis. Kudis ini
disebut ÂchancreÊ biasanya mentah dan merah, ada keruping atau
tidak dan tidak sakit, (iaitu berbeza dari kudis-kudis lain yang sudah
tentu sakit).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Biasanya terdapat satu chancre. Walaupun begitu cecair di dalamnya


mengandungi beribu-ribu spirochetes. Kuman ini sangat mudah
berjangkit kepada orang lain. Peringkat pertama selesai apabila kudis
tersebut sembuh dengan sendirinya (tanpa rawatan!). Tetapi kuman
itu tidak hilang. Kuman itu tidak pergi ke mana-mana.

(ii) Peringkat kedua


Selepas 2-6 bulan penyakit ini memasuki peringkat kedua. Pesakit itu
akan mempunyai satu atau lebih gejala seperti Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Gejala penyakit siplis peringkat kedua

Pesakit ketika ini sangat merbahaya dan terdapat banyak ruam pada
seluruh badan tetapi tidak gatal, tompok-tompok putih dalam mulut,
bengkak di kaki, keguguran rambut yang teruk, keletihan, ulser,
hilang selera makan, suara parau. Tanda dan gejala ini boleh hilang
tanpa rawatan tetapi kita hendaklah berjauh dari berhubung jenis
dengan pesakit siplis.

Bagaimanapun gejala yang serius ini akan hilang. Tetapi kumannya


tidak hilang. Spirochetes itu masih sibuk membiak di dalam badan,
hidup di tisu yang sihat dan merosakkannya.

(iii) Peringkat ketiga


Selepas dua tahun tanpa rawatan, berjuta-juta spirochetes
meneruskan membinasakan banyak tisu dan organ termasuk jantung
dan otak. Kesudahannya menyebabkan lumpuh, buta atau gila. Di
peringkat ini pesakit itu jarang membawa jangkitan.

Kuman ini pun jarang terjangkit melalui perhubungan jenis. Walau


bagaimanapun, pada mana-mana peringkat juga spirochetes boleh
dijangkitkan dari ibu mengandung kepada janinnya. Kuman itu dapat
mencari jalannya melalui uri dan tali pusat janin. Bayi yang dilahirkan
itu akan mempunyai siplis semula jadi (congenital syphilis). Sifat-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  153

sifatnya tidak sempurna dan akan menjadi seorang manusia yang


derita.

(iv) Bagaimana mendapat rawatan?


Semua doktor boleh merawat kes-kes gonoria dan siplis, kerajaan atau
swasta. Doktor itu akan memeriksa pesakit itu dan jika ia pasti
penyakit itu ada rawatan akan diberi. Rawatan ini akan membunuh
kuman-kuman berkenaan. Adalah mustahak pemeriksaan kedua
dilakukan untuk menentukan ia (perempuan/lelaki) benar-benar
sembuh. Semasa rawatan pesakit itu dinasihatkan supaya jangan
bersetubuh.

(v) Sesiapa yang mempunyai gejala tersebut di bawah hendaklah


mendapatkan rawatan awal dari doktor
Sebarang kudis atau kencing bernanah hendaklah diperiksa oleh
doktor. Kemungkinan ianya bukan penyakit kelamin tetapi juga
memerlukan rawatan perubatan.
• Jangan sekali-kali merawat penyakit kelamin sendiri. Rawatan
yang salah melindungi gejalanya. Anda mungkin berfikir ianya
sembuh tetapi tidak.
• Jangan memakan antibiotik tanpa nasihat doktor kerana ia boleh
menyebabkan kematian kepada orang yang tidak ÂbersetujuÊ
kepadanya (allergic).

(vi) Penyakit kelamin boleh dicegah


• Dengan tidak bersetubuh dengan seseorang yang telah berjangkit.
• Dengan mengurangkan kemungkinan jangkitannya.
• Dengan menggunakan sarung getah (kondom) dan jika
digunakannya betul-betul ianya cara yang paling berkesan untuk
pencegahan.
• Menghadkan pendedahan dengan menghadkan pasangan
bersetubuhan.
• Kencing segera selepas bersetubuh.
• Membasuh organ dengan sabun dan air sebelum dan selepas
bersetubuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

(d) HEPATITIS B
Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh
sejenis kuman iaitu Virus Hepatitis B.

(i) Mengapa ia merbahaya?


Hepatitis B merbahaya kerana sesetengah pesakit terus membawa
virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah
pulih daripada jangkitannya. Orang-orang seperti ini dipanggil
pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap
penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakkan hati
dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang
kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.

Pembawa Hepatitis B juga mengancam kesihatan orang lain oleh


kerana mereka boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.
Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.

Oleh kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk menjadi pembawa Hepatitis B. Imunisasi ini adalah selamat
dan tidak memberikan kesan sampingan.

Tiga dos diperlukan untuk memastikan bahawa bayi menerima


perlindungan lengkap terhadap Hepatitis B, (sila rujuk Jadual 5.2).

Jadual 5.2: Tiga Dos Suntikan Hepatitis B mengikut Umur

Dos Umur
Dos pertama Pada hari kelahiran
Dos kedua Apabila umur satu bulan
Dos ketiga Apabila berumur lima bulan

(e) HERPES II
Herpes II ialah jangkitan virus sama seperti herpes I yang menyebabkan
kudis.

(i) Herpes II biasanya berlaku dibawah pinggang atau di bahagian


genital.

(ii) Bagaimana Herpes dijangkiti tidak diketahui hingga kini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  155

(iii) Bilangan kes Herpes sebenar tidak diketahui kerana ia tidak perlu
dilaporkan kepada jabatan kesihatan, tetapi meningkat dengan kadar
yang pesat.

 Simptom
Banyak kudis berbisa wujud dalam faraj, di genital luaran, di
peha, dekat dubur, atau pada zakar. Bisul ini pecah menjadi luka
terdedah dan menyakitkan. Luka terdedah ini mudah berjangkit.
Lama-kelamaan simptom ini hilang, tetapi virus kekal dalam kulit
dalam bentuk dorman. Herpes II boleh timbul semula apabila
rintangan badan rendah akibat tekanan, diet yang tidak seimbang,
keletihan dan sebagainya. Bagi setengah orang Herpes timbul
semula mengikut kekerapan tertentu seperti kitaran haid.

 Pencegahan
Jika kondom mencegah sentuhan daripada luka-luka herpes, ia
boleh membantu untuk mencegah jangkitan virus. Jika kes itu
aktif, persetubuhan harus dielakkan. Orang perlu berada dalam
keadaan fizikal yang sihat iaitu makan dengan cukup, banyak
berehat dan melakukan senaman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

AKTIVITI 5.2

Apakah yang anda tahu tentang HIV/AIDS?

Ujian ringkas tentang HIV/AIDS dan penyakit jangkitan seks.

1. HIV disebabkan oleh AIDS. SB

2. AIDS memusnahkan sistem imun tubuh badan. SB

3. Tiada rawatan bagi AIDS. SB

4. Orang yang punyai AIDS biasanya mati. SB

5. Penyakit jangkitan seks jangkit satu jantina saja SB

6. Seseorang boleh dijangkiti tanpa disedarinya. SB

7. Tiada cara untuk melindungi diri daripada AIDS. SB

8. Contoh jangkitan seks ialah gonoria. SB

9. Sukar untuk wanita menghadapi AIDS. SB

10. Orang sihat sukar dijangkiti HIV/AIDS. SB

• Semua keluarga haruslah bersungguh-sungguh mengamalkan semua amalan


yang dinyatakan dalam kesihatan diri dan keluarga supaya negara menjadi
sebuah negara yang terdiri daripada keluarga yang sihat dan sejahtera.

• Kita mahu melihat keluarga yang sihat dalam erti kata sebenarnya, iaitu sihat
dari segi fizikal mental sosial dan kerohanian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA  157

Bakteria Malnutrisi
Dermatis Penyakit berjangkit
Imej fizikal Penyakit kelamin
Imej kendiri Psoriasis
Infarksi Risiko
Kesihatan optimum Tanggapan
Kondom Tret imej kendiri prikologi

Huraikan kenyataan berikut „Sikap Positif Boleh Menolong Melawan Penyakit‰.

Huraikan kenyataan berikut „Kesihatan yang sempurna adalah kunci


kebahagian‰.

Jamilah Ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan jasmani dan
kesihatan. Seri Kumtom Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Pendidikan kesihatan keluarga. PPK.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian kurikulum pra-sekolah
kebangsaan. PPK:, Kuala Lumpur.
Radzi Shaari & Yusoff Ismail. (1990). Pendidikan jasmani dan kesihatan. JAM
Sdn. Bhd.
Sexually Transmitted Disease Resource. (n.d). Dicapai pada November 23, 2011,
daripada http://www.herpes-coldsores.com/std/syphilis.htm.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 5 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sexually Transmitted Disease Resource. (n.d). Dicapai pada November 23, 2011,
daripada http://www.herpes-coldsores.com/std/hepatitis.htm
Sexually Transmitted Disease Resource. (n.d). Dicapai pada November 23, 2011,
daripada http://www.herpes-coldsores.com/std/gonorrhea.htm
Thomas, T. O., & Sahari Jantan. (1991). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala
Lumpur: BP Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
6 Gaya Hidup
Sihat
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memilih kegiatan sukan dan rekreasi fizikal yang sesuai ke arah
gaya hidup yang sihat dan aktif sepanjang hayat;
2. Membincangkan gaya hidup individu dan masyarakat serta
implikasinya terhadap keperluan pemeliharaan kesihatan;
3. Menjelaskan amalan pemakanan berpandu kepada piramid
makanan, makanan seimbang, kesan malnutrisi dan lebihan
makanan; dan
4. Menerangkan bahawa gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan.

 PENGENALAN
Anda mungkin berpendapat bahawa membentuk gaya hidup yang sihat adalah
sesuatu yang abstrak dan hanya sesuai diamalkan oleh orang yang telah
memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang kepakaran yang tertentu
misalnya seseorang pendidik, pengarah syarikat dan sebagainya.

Sesungguhnya semua orang boleh membentuk gaya hidup yang sihat dengan
memegang kepada beberapa aspek iaitu mempunyai konsep kendiri yang positif,
bertanggungjawab terhadap sikap, keputusan dan tingkah laku sendiri serta
mempunyai pegangan yang teguh.

Gaya hidup yang sihat adalah penting bagi menjamin kesejahteraan kita
daripada aspek kesihatan mental-emosi, sosial dan rohani. Oleh itu, kita harus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

cuba membentuk gaya hidup yang sihat yang pratikal lagi sesuai dengan tahap
umur kita.

6.1 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT


Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan tabiat yang meningkatkan tahap
kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup
yang sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang agak rancak. Ia berkait
dengan nilai kesihatan yang positif dan kehidupan sebaliknya sentiasa dikaitkan
dengan nilai kesihatan yang negatif dan berpenyakit serta masalah kesihatan
yang lain (Wee Aeng Hoe, 2002).

Jika anda sentiasa melakukan sesuatu aktiviti dalam hidup atau sentiasa
mengamalkan cara tertentu dalam melakukan aktiviti itu, anda dikatakan
mempunyai gaya hidup tertentu. Gaya hidup individu boleh menjadi gaya hidup
masyarakat jika semua individu dalam masyarakat itu mengamalkan gaya hidup
yang sama. Gaya hidup individu dan gaya hidup masyarakat boleh
mempengaruhi kesihatan.

6.1.1 Komponen Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup sihat antara lain melibatkan enam komponen seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  161

Rajah 6.1 : Gaya hidup sihat

Mari kita bincang komponen-komponen tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Makanan seimbang


Makanan sangat penting untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang
seimbang dapat merangsangkan tumbesaran yang normal. Kanak-kanak
yang membesar dengan sihat akan dapat belajar dan berfikir dengan baik,
melakukan aktiviti dengan cergas tanpa sebarang masalah kesihatan.
Makanan yang seimbang adalah diperlukan untuk kita memelihara
kesihatan agar tubuh badan kita boleh berfungsi dengan baik.

(b) Kebersihan diri


Bagaimana tentang kebersihan pakaian, tubuh badan dan tempat kediaman
kamu, adakah ia sentiasa bersih? Adakah perkara-perkara ini mendapat
perhatian kamu? Sebenarnya perkara ini amat berkait dengan sikap dan
tingkah laku kamu sendiri. Kebiasaan menjaga kebersihan diri dan
persekitaran bukan sahaja amalan kesihatan yang baik tetapi juga
menggambarkan sahsiah dan imej kendiri serta gaya hidup kamu yang sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Menjaga kebersihan tubuh badan dan peralatan peribadi adalah penting,


kita seharusnya (sila rujuk Rajah 6.2):

Rajah 6.2: Aspek-aspek kebersihan diri

Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak pra


sekolah dan tahun satu persekolahan.

A. Menjaga kesihatan diri dengan menyatakan cara menjaga tubuh


badan, mengamalkan tabiat baik untuk kesihatan dan menyatakan
beberapa penyakit akibat daripada tidak menjaga kebersihan diri
dan persekitaran.
• Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri.
• Tunjukkan cara membasuh tangan, cara menggosok gigi,
memotong kuku dan cara menggunakan alatan yang betul.
• Tunjukkan cara menggunakan tandas dengan betul.
• Membuat carta aktiviti harian dari pagi sehingga waktu tidur
dan berbual mengenainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  163

• Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.


• Membersihkan diri selepas membuat sesuatu tugasan.
• Mengemas dan membersihkan tempat setelah digunakan.
• Berlakon- main peranan cara mengawal tabiat baik semasa
makan, bermain dan sebelum tidur.
• Memakai kasut semasa keluar kelas/rumah.
• Menjemput pengawai perubatan /pengawai kesihatan
memberi penerangan.
• Bercerita melalui pengalaman sendiri.
• Berbual tentang penyakit melalui gambar.

B. Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan dengan


menyatakan perlunya menggunakan pakaian yang bersih,
menyatakan cara membersihkan pakaian, tempat dan peralatan
yang digunakan dan menguruskan persediaan tempat sebelum
dan selepas menggunakan.
• Bersoal jawab tentang pentingnya menjaga kebersihan
pakaian.
• Aktiviti mencuci pakaian sendiri.
• Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan yang
digunakan.

(c) Tidak menyalahgunakan bahan


Gaya hidup sihat menuntut kita tidak menyalah gunakan bahan yang
melibatkan perkara seperti:
(i) Merokok;
(ii) Mengambil dadah;
(iii) Meminum alkohol; dan
(iv) Penyalahgunaan dadah.

Semua golongan masyarakat di negara ini perlu bersama-sama melibatkan


diri dalam menjalankan gaya hidup yang sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

(d) Rehat yang cukup


Dalam kehidupan harian kita tidak dapat mengelak daripada mengalami
ketegangan:

Tidak kira apa keadaannya, kita harus berehat dengan tujuan:


(i) Melupakan bebanan dan perasan bimbang atau cemas;
(ii) Rehat dan tidur perlu untuk tumbesaran kanak-kanak;
(iii) Merehatkan otak;
(iv) Memulihkan tenaga; dan
(v) Membolehkan mereka menjalankan aktiviti seterusnya.

(e) Senaman
Di peringkat remaja dan awal dewasa ada dikalangan kita mengamalkan
gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal dan penuh ketegangan.
Contohnya suka berehat dengan menonton televisyen. Gaya hidup
seumpama ini sesungguhnya tidak sihat lebih-lebih lagi bagi jangka masa
panjang. Ekoran daripada gaya hidup yang kurang aktif dari segi fizikal,
kita mungkin akan mengalami masalah kegemukan, hipertensi dan sakit
jantung. Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan
tahap kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman adalah seperti
berikut:
(i) Mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah
tinggi dan diabetis;
(ii) Menambah kekuatan jantung dan paru-paru;
(iii) Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis;
(iv) Membakar lemak untuk mengawal berat badan berlebihan;
(v) Meningkatkan kolesterol ÂbaikÊ di dalam darah;
(vi) Membantu untuk tidur yang baik; dan
(vii) Mengurangkan ketegangan dalam diri.

(f) Berat badan


Berat badan merupakan salah satu penanda aras bagi mengukur tahap
kesihatan seseorang individu. Hari ini, kebanyakan penyakit seperti
penyakit jantung, diabetis, obesiti, strok, tekanan, kanser dan mandul
berpunca daripada berat badan yang berlebihan. Manakala, kekurangan
berat badan pula menunjukkan individu tersebut malnutrisi. Oleh yang
demikian, setiap individu perlulah mencapai berat badan yang ideal bagi
memastikan tahap kesihatan yang optimum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  165

Indeks jisim badan (BMI) telah diperkenalkan bagi memudahkan kita


mengetahui jisim badan seseorang. Indeks jisim badan dapat dikira melalui
formula di bawah:

Indeks jisim badan = Berat


__________

(Tinggi)2

Berat tersebut mestilah diukur dalam kilogram (kg) dan untuk tinggi pula
dalam meter (m). Ukuran tinggi tersebut mestilah digandakan dua.

Indeks jisim badan ini akan diklasifikasikan mengikut Institut Kesihatan


Nasional seperti berikut:
(i) BMI <18.5 kg/m2 = kurang berat badan.
(ii) BMI 18.5 – 24.9 kg/m2 = berat badan ideal.
(iii) BMI ≥ 25 kg/m2 = lebihan berat badan.

Oleh yang demikian, penjagaan berat badan adalah penting bagi


mengelakkan berlakunya penyakit yang tidak diingini.

6.1.2 Kepentingan Gaya Hidup yang Sihat

Seseorang yang telah dapat membahagi masa dengan baik untuk berkerja,
berehat, tidur, bergaul dan sebahagiannya telah menemui jalan untuk
melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya.
(Waltes H. Cottingham)

Berdasarkan petikan di atas bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa kita


harus memilih,merancang, melaksanakan program atau penjadualan aktiviti dan
menggunakan masa untuk rehat, rekreasi serta kesenggangan dengan bijak dan
berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

AKTIVITI 6.1

Benarkah gaya hidup kamu boleh mempengaruhi kesihatan?


Bincangkan.

6.2 AMALAN PEMAKANAN


Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan
pencegahan jangkitan penyakit. Makanan yang dipilih dengan betul boleh
membekalkan nutrien makanan yang cukup bagi memenuhi keperluan badan.

Pemakanan ialah suatu proses membekal dan menerima makanan yang


diperlukan untuk kesihatan dan pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan
yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata,
pemakanan ialah apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang.

Amalan pemakanan kita dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya ialah


budaya, citarasa atau gaya hidup dan ekonomi. Faktor-faktor ini boleh memberi
kesan negatif kepada pengambilan nutrien.

6.2.1 Piramid Makanan

Rajah 6.3: Piramid makanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  167

Makanan Seimbang
Berikut adalah antara aspek-aspek makanan seimbang:
(a) Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrien yang
diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan
memelihara kesihatan (sila rujuk Rajah 6.3).
(b) Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan
boleh digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat.
(c) Makanan seimbang juga memerlukan kita mengimbangkan jumlah kalori
yang kita ambil melalui makanan harian kita.
(d) Keadaan imbangan tenaga positif akan wujud jika jumlah tenaga yang
diambil melalui makanan harian melebihi tenaga yang diperlukan oleh
tubuh badan.
(e) Imbangan tenaga seperti ini perlu untuk bayi, kanak-kanak dan remaja
dalam proses pembesaran.
(f) Ia juga boleh menimbulkan masalah penambahan berat badan dalam
kalangan orang dewasa jika diurus dengan baik.
(g) Sebaliknya imbangan tenaga negatif pula wujud bila jumlah tenaga diambil
adalah lebih rendah daripada keperluan tenaga tubuh badan.
(h) Kekurangan tenaga mengakibatkan penurunan berat badan.

Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak prasekolah


dan tahun satu persekolahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

A. Mengamalkan makanan dan pemakanan yang baik dan sembang


dengan menyatakan makanan yang baik dan berkhasiat, mengenal
pasti makanan yang rosak dan basi, menyatakan menu makanan
seimbang.
• Bercerita mengenai makanan yang digemari.
• Melukis dan mewarnakan gambar makanan.
• Menghasilkan buku skrap tentang makanan berkhasiat dan
bercerita mengenainya.
• Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan
digemari dan berbual mengenainya.
• Bercerita tentang jenis makanan yang tidak berkhasiat.
• Menunjukkan contoh makanan yang basi dan rosak.
• Mengenal pasti tarikh luput makanan pada tin, paket, karton dan
sebagainya.
• Berbual mengenai menu untuk sarapan, makan tengah hari,
minum petang dan makan malam.
• Aktiviti memasak makanan.
• Menyediakan sajian makanan yang seimbang.

6.2.2 Kesan Malnutrisi dan Kelebihan Makanan


Malnutrisi
Berikut adalah aspek-aspek malnutrisi:
(a) Adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
(b) Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat
makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak
sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.
(c) Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga
dengan kekurangan makanan atau kebuluran.
(d) Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang
dinamakan kwashiorkor.
(e) Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia,
metabolisme terjejas dan perut menjadi buncit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  169

Jadual 6.1 menjelaskan fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan
pengambilan berlebihan zat makanan tersebut.

Jadual 6.1: Zat Makanan, Kesan Kekurangan dan Kesan Pengambilan Berlebihan

Zat Makanan Fungsi Kesan Kesan Pengambilan


Mikro Kekurangan Berlebihan
Vitamin A  Pembentukan retina  Rabun malam  Muntah,
(retinol) untuk penglihatan  Masalah aneroksia, sakit
yang normal penglihatan kepala, rambut
 Menggalakkan terbantut gugur
pertumbuhan,
pembiakan dan
keimunan
lodin  Komponen horman  Goiter (kelenjar)  Hipertiroidisme,
tiroid iaitu horman tiroid di bahagian beguk, ulser
pertumbuhan leher mulut, muntah
membengkak

Zat besi  Komponen  Anemia  Lesu, sakit


hemoglobin dan  F u n g s i kognitif sendi, kitar haid
enzim untuk proses terjejas berhenti lebih
pengangkutan awal
oksigen
Kalsium  Komponen tulang  Riketsia (tulang  Fungsi saraf
dan gigi untuk tidak terbentuk terjejas, sakit
pembekuan darah, baik), ostoeporosis otot, penyakit
fungsi otot dan saraf  Darah lambat karang (kidney
beku stones)
 Kejang otot

Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, 2002

AKTIVITI 6.2

Dalam kumpulan bertiga, kumpulkan maklumat tentang salah satu


penyakit berikut iaitu diabetes, hipertensi, penyakit jantung koronari
dan ulser peptik. Bagi setiap penyakit dapatkan maklumat tentang
penyebab dan cara mengatasinya. Daripada maklumat yang kamu
peroleh buat satu poster untuk dipamerkan di papan kenyataan sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

6.3 PENYALAHGUNAAN BAHAN


Gaya hidup sihat yang negatif sering dan selalu dikaitkan dengan
penyalahgunaan bahan misalan penyalahgunaan dadah, rokok dan alkohol.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan atau NGO bagi mengatasi
masalah penyalahgunaan bahan di Malaysia. Setiap anggota masyarakat dan
negara juga harus memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah
penyalahgunaan bahan.

6.3.1 Bahan yang Membahayakan Kesihatan


(a) Dadah
Dadah ialah sejenis bahan kimia asli atau tiruan yang boleh mengubah
keadaan badan, perasaan dan kelakuan penggunanya. Dadah digunakan
bagi merawat dan mengawal kesakitan pesakit tetapi jika bahan ini
disalahgunakan ia akan mengakibatkan ketagihan, mengganggu kesihatan
dan memberi penderitaan. Sesungguhnya, pengambilan ubat-ubatan yang
melibatkan dadah perlu dilakukan menurut nasihat doktor. Jika
pengambilan berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk kepada diri
seseorang individu.

(i) Antara risiko yang dihadapi kesan daripada penyalahgunaan dadah:


• Gangguan fikiran;
• Ketagihan;
• Hilang selera makan;
• Maut;
• Kerosakan akhlak;
• Menunjukkan sifat-sifat yang negatif; dan
• Tidak bermoral.

(ii) Tanda-tanda ketagihan dadah:


• Mata dan hidung berair;
• Mata menonjol;
• Kesugulan;
• Resah;
• Kurus;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  171

• Huru-hara;
• Khayal;
• Mengantuk;
• Cepat marah; dan
• Fikiran terganggu.

(iii) Langkah-langkah pencegahan dan pengurusan bahan:


• Penguatkuasaan undang-undang (Akta Dadah Berbahaya Pindaan
1986).
• Pendidikan kesihatan tentang bahaya penyalahgunaan dadah
untuk memberi kesedaran kepda masyarakat.
• Ibu bapa mengawasi pergaulan dan tingkah laku anak-anak
mereka.
• Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan.
• Melalui peranan agensi pelaksana anti-dadah seperti Agensi
Dadah Kebangsaan (ADK) dan Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM).

(iv) Maklumat Penggayaan

Jadual 6.2 menunjukkan tujuh sebab mengapa orang mengambil dadah di


Malaysia.

Jadual 6.2: Tujuh Sebab Orang Mengambil Dadah

Sebab Peratus
Tekanan rakan sebaya 41.1
Keseronokkan 36.8
Percubaan 15.6
Mengatasi tekanan mental 4.6
Kesan rawatan awal 1.0
Tidak sengaja 0.4
Rangsangan seks 0.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

AKTIVITI 6.3

Anjurkan satu pertandingan melukis poster kempen daripada salah satu


tema iaitu anti-dadah, anti-alkohol ataupun anti-merokok dikalangan
peserta daripada murid prasekolah ataupun kelas tahun satu.

(b) Merokok
Secara amnya, ramai yang menganggap merokok adalah amalan yang
mudah. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur,
pangkat dan jantina. Walau apapun alasan seseorang itu merokok, yang
jelasnya ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai
kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Penyakit jantung boleh
disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk pemakanan, gaya hidup
(merokok) atau sejarah keluarga. Faktor ini tergolong kepada yang boleh
diubahsuai dan tidak boleh diubahsuai. Salah satu contoh faktor yang boleh
diubahsuai adalah merokok. Seseorang perokok dikatakan adalah tiga kali
lebih mudah diserang sakit jantung.

Rokok diperbuat daripada tembakau, iaitu daripada tumbuhan,


nikotianatabacum. Hasil tembakau berbeza mengikut cara
pemprosesannya. Untuk dijadikan rokok, berbagai-bagai bahan kimia lain
digunakan semasa memproses daun tembakau. Kajian juga menunjukkan
bahawa dalam sebatang rokok, terdapat tidak kurang daripada 3800 jenis
bahan racun yang disedut ke dalam tubuh semasa seseorang itu merokok.
Rajah 6.4 menyenaraikan beberapa contoh bahan racun dalam rokok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  173

Rajah 6.4: Contoh bahan-bahan racun dalam rokok

(i) Punca suka menghisap rokok:


• Sifat menentang;
• Ingin bergaya;
• Ingin tahu;
• Tekanan rakan sebaya;
• Berpendapat bahawa merokok memberi keyakinan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

• Kepercayaan bahawa menghisap rokok menjadikan diri seorang


dewasa;
• Keluarga berpecah, penghisap bertambah;
• Pengaruh keluarga yang menghisap rokok;
• Menghisap rokok untuk menunjukkan diri sebagai ahli kumpulan;
dan
• Pengaruh dari persekitaran.

(ii) Antara risiko yang dihadapi kesan daripada merokok:


• Penyakit jantung;
• Pengecilan saluran darah;
• Barah;
• Penyakit pernafasan;
• Penyakit sistem pencernaan;
• Bronkitis;
• Emfisima;
• Penyakit mulut; and
• Kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim.

(iii) Langkah-langkah Am untuk Berhenti Merokok


Empat cara yang disarankan oleh WHO dalam usaha berhenti
merokok boleh mengurangkan sedikit demi sedikit kebiasaan perilaku
merokok, adalah:
 Kurangkan bilangan rokok yang dihisap daripada yang lazimnya.
Lagi sedikit bilangan rokok dihisap, lagi dekat mencapai matlamat
berhenti merokok.
 Kurangkan atau elakkan menyedut asap ke paru-paru atau
pendekkan masa asap berada dalam paru-paru.
 Jangan hisap rokok sampai ke hujung atau melebihi daripada
setengah, ataupun dua pertiga batang rokok tersebut. Padamkan
apinya dan buang rokok itu.
 Elakkan daripada meletak rokok pada mulut apabila tidak
menghisapnya. Biarkan rokok ditangan atau diletakkan di tempat-
tempat rokok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  175

Jika perlu, cadangan berikut juga boleh membantu ke arah mula


berhenti merokok:
 Tukar jenama rokok kepada yang lain, mungkin kepada jenama
yang anda tidak gemari.
 Mulakan merokok pada waktu lewat sedikit daripada biasa,
misalnya jangan merokok sebelum sarapan, atau sebelum sampai
ke tempat kerja, ataupun sebelum minum sewaktu rehat dan
sebagainya.
 Berhenti merokok lebih awal daripada biasa, misalnya selepas
menonton berita televisyen, atau makan malam dan sebagainya.
 Berjalan- jalan atau bersiar-siar selepas makan. Tinggalkan rokok
di rumah atau di tempat lain.
 Elakkan daripada merokok di tempat-tempat tertentu di rumah
(seperti di bilik TV, bilik rehat, dapur ) atau tempat lain,
khususnya apabila bersama anak dan isteri.
 Elakkan daripada merokok semasa membuat kerja tertentu,
seperti menelefon, membaca akhbar, menonton TV ataupun
memandu.
 Pergi ke tempat-tempat ÂDilarang MerokokÊ yang disediakan di
mana sahaja. Gunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja
supaya anda tidak dapat merokok.
 Jadualkan kadar merokok kepada sejam sebatang, dan kemudian
jarakkan lagi masa ini.
 Gosok gigi serta-merta selepas makan supaya mengelakkan
tangan mencari-cari rokok.
 Simpan gula-gula, kacang atau makanan ringkas yang lain dan
bawa ke mana-mana sebagai ganti.

Sungguhpun bagi seseorang yang telah bersedia berhenti merokok, kini


terdapat berbagai-bagai pendekatan khas untuk menggalakkan perokok itu
berhenti. Umumnya ia dikenali sebagai Âterapi gantian nikotinÊ.

(c) Alkohol
Alkohol sebenarnya satu kumpulan bahan kimia organik yang
mengandungi kumpulan berfungsi OH. Alkohol adalah satu kumpulan
bahan kimia organik yang besar kerana ia banyak terdapat di dalam produk
pengguna tidak kira produk makanan ataupun produk kosmetik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Antara punca suka minum alkohol adalah:


(i) Tabiat;
(ii) Rasa yang sedap;
(iii) Keinginan untuk rasa mabuk;
(iv) Tradisi keluarga atau kebudayaan;
(v) Berlagak untuk menunjukkan ketampanan;
(vi) Terpengaruh oleh iklan atau tayangan gambar;
(vii) Meraikan peristiwa keagamaan, kebudayaan dan sosial;
(viii) Memberontak terhadap ibu bapa oleh orang muda;
(ix) Ingin membuat percubaan untuk memenuhi keinginan untuk tahu;
(x) Sebagai saluran untuk menyelesaikan masalah, menghapus rasa bosan; dan
(xi) Tekanan rakan sebaya atau untuk diterima oleh orang-orang tertentu.

• Kita seharusnya menyedari bahawa masalah kesihatan berpunca daripada


akibat gaya hidup seseorang.

• Dalam hal ini, kita hendaklah memainkan peranan penting dalam


mengekalkan taraf kesihatan diri sendiri dan juga orang lain.

• Kesan gaya hidup kita yang kurang baik boleh mencetuskan risiko terhadap
kesihatan.

• Kita masih boleh mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih baik bagi
mendapatkan taraf kesihatan yang sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT  177

Alkohol Nutrien
Diet Terapi
Kalori Terapi gantian nikotik
Kesihatan optimum

Manusia pada zaman moden menghadapi risiko kesihatan yang lebih tinggi
berbanding dengan manusia pada zaman lampau. Bahaskan dalam bentuk
penulisan.

Pilihan gaya hidup ditentukan oleh anda sendiri

Berpandu kepada gambar rajah diatas, bincang dan huraikan dalam kumpulan
kecil dan bentangkan take home test.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 6 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Childs, R. A. (1989). ERIC clearinghouse on tests measurement and evaluation.


Washington DC., American Institutes for Research Washington DC.
ED322060. (1988). Social studies grade 8. Blue prints for testing minimum
performance test item specifications.
Hale, G. et al. (1980). „Effects of item disclosure on toefl performance,‰ Research
Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.
Hecht, J. T. (1974). The development and structure of professional examinations
planned for national use.
Notar, Charles et al. (2004). The table of specifications: Insuring accountability in
teacher made tests. Journal of Instructional Psychology.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Senaman dan
7 Rekreasi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan faedah fisiologi yang diperolehi daripada senaman
dan kegiatan rekreasi;
2. Menghuraikan definisi kecergasan keseluruhan dan mengamalkan
aktiviti berkaitan senaman;
3. Mengenal pasti beberapa jenis rehat pasif dan rehat aktif;
4. Menerangkan bahawa rehat, istirehat dan senggang ialah faktor-
faktor penting pertumbuhan, pemulihan dan pemeliharaan tubuh
badan; dan
5. Membincangkan cara-cara mengatasi stres dan pengurusan konflik.

 PENGENALAN
Senaman adalah latihan satu jenis gerak badan. Tidak ada terlalu tua atau muda
untuk bersenam. Senaman ialah untuk semua dan senaman adalah asas
kesihatan. Kebanyakan orang bersenam dan rekreasi kerana mereka ingin
menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.
Terdapat dua jenis kegiatan rekreasi, iaitu rekreasi aktif dan pasif.

Kegiatan rekreasi aktif merangkumi kegiatan berjalan kaki, berjoging, mendaki


gunung, berkenu dan lain-lain. Kegiatan membaca dan bermain catur, bermain
congkak dan mendengar muzik pula merupakan kegiatan dalam kategori
senaman pasif. Setengah kegiatan boleh dilakukan secara individu atau
berkumpulan. Walau bagaimanapun, tentu lebih bermanfaat jika kegiatan itu
dilakukan secara berkumpulan lebih seronok dan tidak membosankan. Rekreasi
dan senaman merupakan pembaharuan kesejahteraan fizikal dan mental. Ia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

sangat penting dalam perkembangan manusia. Rekreasi dan senaman


menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan.

Kajian senaman melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 yang


dilakukan hanya 11.6% daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam iaitu
bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. (www.moh.gov.my)
Manakala mengikut laporan WHO, dianggarkan lebih kurang 2 juta manusia
mati setiap tahun disebabkan gaya hidup yang tidak aktif dan secara
globalnya, ia penyebab sebanyak 10%-16% kes kanser payudara, kanser kolon,
diabetes dan 22% kepada penyakit jantung. WHO juga melaporkan risiko
untuk mendapat penyakit kardiovaskular adalah 1.5 kali lebih tinggi dari
mereka yang menjalankan aktiviti fizikal mengikut yang dicadangkan iaitu
setiap kali sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu.
(http://www.who.int/dietphysicalactivity/en)

7.1 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT


Mengapa anda perlu bersenam?

Senaman adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tahap


kecergasan yang tinggi. Antara kelebihan senaman untuk kesihatan adalah
seperti berikut:
(a) Menguatkan kesihatan jasmani terutamanya jantung, paru-paru dan otot-
otot;
(b) Mengelakkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung koronari, kencing
manis dan tekanan darah tinggi;
(c) Membantu anda bertenang;
(d) Membantu anda mengurangkan lemak untuk mengawal berat badan;
(e) Membuat anda sihat dan lebih cergas;
(f) Membantu anda tidur dengan lebih nyenyak;
(g) Meningkatkan kolesterol ÂbaikÊ dalam badan;
(h) Menguatkan tulang dan sendi; dan
(i) Membina kekuatan dan daya tahan otot.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  181

Tips:
• Kesihatan jasmani bukanlah sesuatu yang anda dapat capai dengan serta
merta.
• Untuk sentiasa sihat, anda hendaklah menjadikan senaman sebagai
sebahagian daripada cara hidup anda.

7.1.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi


Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia,
seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot.

Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi
faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya.
Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan
meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:


(i) Daya tahan;
(ii) Kelenturan;
(iii) Koordinasi; dan
(iv) Kekuatan.

7.1.2 Cara Bersenam


Berikut adalah beberapa cara untuk bersenam:

(a) Bagaimana merancang dan cara untuk bersenam?

(i) Di rumah
Melaksanakan kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas
rumah, mencuci pinggan mangkuk, mencuci lantai, longkang
kawasan rumah, berkebun dan berjalan-jalan di kawasan perumahan.
Gunakan peluang untuk berjalan kaki semasa melakukan kerja-kerja
rumah contohnya berjalan kaki ke kedai untuk membeli barangan
dapur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(ii) Di tempat kerja


Menaiki tangga dan mengurangkan penggunaan lif, melakukan
senaman ringgan seperti regangan sebelum memulakan sesuatu
aktiviti atau dipertengahan mesyuarat dan menyertai aktiviti
kecergasan di tempat kerja anda. Banyakkan berjalan semasa berkerja
dan berurusan di tempat kerja daripada duduk sahaja di atas
kerusi.Senaman yang tidak tetap tidak akan memberikan sebarang
kesan yang positif, tetapi senaman dan rekreasi yang tetap sekurang
3-4 hari seminggu dibahagikan sama rata akan membina kesihatan
jasmani yang mantap.

(b) Berapa banyak anda perlu bersenam?


Untuk mendapat faedah dari senaman yang dilakukan anda perlu
bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu selama 20
minit hingga 30 minit setiap sesi. Penemuan terbaru menyatakan anda juga
boleh menikmati faeadah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan kerjakerja rumah
atau berjalan kaki selama 10 minit melakukan aktiviti-aktiviti ini anda
sudah memenuhi kehendak senaman.

(c) Nasihat perubatan


Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti
fizikal/senaman anda, terutamanya jika anda:
(i) Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas.
(ii) Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas.
(iii) Tidak jelas dengan status kesihatan anda.
(iv) Memiliki sejarah perubatan seperti sakit jantung, asma, dara tinggi
dan lain-lain.
(v) Sedang dalam rawatan.
(vi) Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak
melakukannya secara teratur.

Anda tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih
senaman mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik
dan selamat jika dilakukan dengan betul. Untuk panduan senaman yang ringkas
dan lebih berkesan bolehlah anda melakukan mengikut prinsip FITT, sila rujuk
Jadual 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  183

Jadual 7.1: Penerangan Prinsip FITT

Prinsip Penerangan
F – Frequency (kekerapan) 3-5 kali seminggu.
I – Intensity (tekanan bebanan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas
panjang dengan selesa.
T– Time (masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak
termasukb memanas dan menyjukkan badan).
T – Type (jenis) Aerobik, bersukan contoh: bola sepak, bola jaring,
badminton.

(d) Senaman yang baik mengandungi:

(i) 5 minit memanaskan badan


Ini menyediakan badan anda untuk senaman selanjutnya yang lebih
berat.

(ii) 15-60 minit senaman aerobik


Anda harus bersenam dengan bersungguh-sungguh sehingga anda
berpeluh, tanpa susah bernafas.

(iii) 5 minit menyejukkan badan


Ini dapat mencegah pening kepala atau pitam yang berlaku jika anda
berhenti bersenam dengan tiba-tiba.

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia


Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan
rakyat untuk:
• Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
• Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
• Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status
kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

(e) Maklumat penggayaan


Pusat sukan dan rekreasi telah menyediakan pelbagai perkhimatan sukan
dan rekreasi berserta kemudahan yang lengkap dan terkini. Aktiviti
rekreasi adalah berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(i) Sukan Air;


(ii) Aktiviti Lasak;
(iii) „Wall Climbing‰/memanjat tembok;
(iv) Sukan Massa;
(v) Aerobik; dan
(vi) Lari Ria.

Pusat sukan dan rekreasi juga memberi sokongan kepada aktiviti sukan dan
rekreasi anjuran daripada IPTA/IPTA tempatan. Selain daripada tumpuan
kepada para pelajar, pusat sukan dan rekreasi juga tidak melupakan aktiviti
untuk para kakitangan univesiti.

Antara kejohanan yang dianjurkan dan sertai kursus untuk para kakitangan
ialah:
• Sukan Antara Jabatan;
• Sukan Staf Antara Universiti Malaysia;
• Sintani (Sintok-Pattani);
• Sindai (Sintok-Skudai);
• Bola Sepak 4 penjuru;
• Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia;
• Liga Pos Sempadan;
• MAKSAK; dan
• Lain-lain Sukan Jemputan.

AKTIVITI 7.1

Sediakan jadual aktiviti senaman/rekreasi harian anda selama


seminggu. Buat penilaian terhadap jadual tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  185

Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak prasekolah


dan tahun satu persekolahan.

A. Mengembangkan motor halus, contohnya menguasai kemahiran


koordinasi mata tangan dan menguasai kemahiran motor kasar
contohnya koordinasi otot leher, kepala dan lain-lain, agar kemahiran
tersebut dapat membantu kanak-kanak dalam aktiviti senaman,
rekreasi dan mengisi masa senggang mereka.
• Bermain menggunakan pelbagai bahan untuk membuat kolaj
• Meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguji dan memicit
• Menyanyi dan membuat lakonan menggunakan jari
• Membuka dan menutup botol pelabgai saiz
• Mengikat tali
– Kasut; dan
– Bungkusan.
• Bermain mengguna cara jentik seperti karom
• Meniru pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah
mengikut rentak muzik dengan menanduk objek lembut.
• Menggunakan gunting dengan betul
• Membilang lampu di siling, melihat kapal terbang lalu
• Menguntai manik mengikut saiz besar kecil ke besar atau dari besar
ke kecil
• Menuang air ke dalam bekas pelbagai bentuk
• Mengena butang, zip
• Melukis garis lurus dan zig zag
• Bergerak mengikut arahan dan rentak muzik
• Permainan angkat sebelah kaki
• Ketingting dengan iringan muzik
• Murid berjalan secara berjengket
• Gerakan melompat seperti binatang ( arnab, katak, kanggaru)
• Loncatan dari gelung ke gelung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

• Berlari dari jarak yang ditetapkan secara kumpulan dan individu


• Menaiki dan menuruni tangga tanpa memegang railing
• Meniti secara individu dan kumpulan
• Membuat pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke
bawah mengikut rentak muzik
• Menanduk objek lembut mengikut rentak muzik
• Bermain guli
• Membaling bola dalam bakul
• Membaling gelung ke dalam skital
• Permainan bola monyet
• Bermain bola
• Bermain bola keranjang
• Bermain skiping berganti-ganti secara individu pasangan dan
kumpulan

B. Komponen perkembangan fizikal perlu disepadukan dengan


komponen lain iaitu komponen perkembangan sosioemosi melalui
aktiviti pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid-murid
mengfokuskan kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang
contohnya dapat memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri,
diikuti dengan pencapaian emosi yang positif dan membina kemahiran
sosial. Kebolehan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid-
murid.
• Memahami keperluan emosi
• Menghormati pandangan orang lain
• Membina keyakinan diri
• Memupuk semangat berdikari
• Memupuk sikap positif terhadap pembelajaran atau kehidupan
seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  187

Nilai-nilai yang dibincangkan di atas dapat mengembang kepada kestabilan


dalam menyelesaikan masalah konflik dan stress dalam kalangan kanak-
kanak sekolah.
• Bercerita tentang watak-watak yang mengalami emosi tertentu melalui:
– Situasi benar dalam kehidupan sehari; dan
– Cerita kanak-kanak.
• memperlihatkan mimik muka mengikut emosi seperti marah, gembira,
sedih, terkejut, takut, kasih, jijik dan malu.
• Melukis dan mewarna mimik-mimik muka berdasarkan emosi-emosi
tertentu.
• Membina pelbagai mimik muka yang beremosi menggunakan pelbagai
media.
• Menyatakan situasi yang dialami oleh murid serta menyatakan perasaan
mereka seperti semasa:
- Membantu ibu di dapur;
- Mengemaskan bilik tidur; dan
- Berkongsi alat minuman.
• Berbual mengenai perasaan atau emosi yang dialami sama ada negatif
atau positif.
• Membezakan gambar-gambar berkaitan dengan emosi.
• Bercerita mengenai keburukan akibat terlalu mengikut perasaan.
• Bercerita tentang cara mengurus emosi yang negatif supaya suasana
kehidupan menjadi lebih baik.
• Main peranan cara seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan.
• Bercerita tentang peristiwa yang pernah dialami yang menunjukan
sesuatu kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
• Bercerita tentang peristiwa yang menunjukkan kelebihan atau
keistimewaan sendiri
• Menggunakan carta emosi untuk menyatakan perasaan sendiri pada
orang lain mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

7.2 REHAT, ISTIREHAT DAN SENGGANG


Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan
sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.

Kita sering menganggap bahawa rehat yang cukup perlu untuk pembelajaran
yang berkesan. Dalam hal ini, terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah
masa untuk rehat yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya, apabila kita berbicara
tentang rehat, maka kita harus faham bahawa rehat memerlukan kualiti.
Maksudnya, kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu rehat pada
petang selama 3 jam dan waktu malam 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak
begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu rehat dengan berkesan.

7.2.1 Definisi dan Konsep


Jadual 7.2 menyatakan maksud rehat, istirehat dan kesenggangan.

Jadual 7.2: Maksud Rehat, Istirehat dan Kesenggangan

Istilah Penerangan
Rehat Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan
sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat
boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar
dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh
melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan
dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
Istirehat Istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti
ringan dan tidak aktif (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan). Mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak bolehlah
dianggap sebagai beristirehat. Masa beristirehat kita berasa amat
tenang dan semasa istirehat juga, kita dapat melegakan ketegangan dan
stress. Setiap hari badan dan otak kita memerlukan istirehat.
Kesenggangan Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti
yang digemari. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak
membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih
gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif
seperti melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok
bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga digunakan
untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat berkerja.
Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai
waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  189

7.2.2 Jenis-jenis
Rehat boleh dibahagi kepada dua jenis, rehat pasif dan rehat aktif (ila rujuk
Jadual 7.3).

Jadual 7.3: Jenis-jenis Rehat

Jenis-jenis Penerangan
Rehat pasif Bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada
regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental,
pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan
aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
Rehat aktif Satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan
otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-
jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan
senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

7.2.3 Aktiviti
Berikut dinyatakan dijelaskan antara aktiviti Rehat Pasif dan Rehat Aktif.

(a) Aktiviti Rehat Pasif

(i) Latihan Mental


Meditasi merupakan bentuk latihan mental yang paling popular.
Bertafakur atau meditasi bermakna memikirkan sesuatu dengan
mendalam. Semasa melakukan meditasi, kita duduk dengan cara pasif
dan menumpukan sepenuh perhatian pasa rangsangan yang
berbentuk objek di hadapan.

(ii) Pembayangan Gambaran


Penggunaan pembayangan gambaran sebagai suatu kaedah istirehat
induksi telah digunakan dengan meluas. Pemandangan alam yang
indah merupakan tema yang lazim dalam pembayangan gambaran.
Berangan-angan sesungguhnya diiktiraf sebagai suatu cara untuk kita
berehat sambil ÂlariÊ daripada kenyataan hidup harian. Pembayangan
gambaran yang dilakukan mengikut panduan dinamakan
pembayangan positif. Melalui teknik ini, kita perlu membayangkan
suatu kenangan yang manis atau suasana yang tenang. Kita juga boleh
membayangkan suatu pemandangan indah yang pernah kita lihat. Ini
boleh dianggap sebagai angan-angan yang positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

(iii) Istirehat Fizikal


Untuk memulakan istirehat fizikal, kita perlu memilih suatu tempat
yang tenang. Kemudian longgarkan pakaian kita. Pejamkan mata dan
biarkan badan kita berada dalam kedudukan yang selesa dan keadaan
rehat yang sepenuhnya. Tarik nafas dalam-dalam dan secara seragam.
Hembus nafas. Lakukan secara berterusan.

Kita boleh meredakan ketegangan pada keseluruhan otot badan, sama


ada secara menurun bermula daripada bahagian kepala atau secara
menaik bermula daripada bahagian kaki. Misalnya, kita boleh
bermula daripada kepala dan menurun ke mata, rahang, leher,
tengkuk, bahu, lengan, dada, abdomen, pinggang, paha dan bahagian
belakang.

Ketegangan pada bahagian badan tertentu boleh diredakan jika kita


mengendurkan otot setelah menerangkannya. Misalnya, untuk
meredakan ketegangan pada tangan kanan, gengamkan tangan kita
perlahan-lahan sehingga otot tangan dan lengan terasa getaran selama
lima hingga tujuh saat. Kita akan terasa getaran itu hingga ke bahu.
Getaran itu dirasai kerana berlakunya regangan otot setelah membuka
genggaman, tumpuan fikiran kita untuk merehatkan otot. Keadaan ini
dinamakan istirehat. Ulangi langkah ini untuk bahagian-bahagian
badan yang lain dengan mengerutkan muka, membengkokkan lengan
dan kaki pada sendi-sendi atau mengengsotkan di atas lantai tempat
kita duduk atau baring. Setelah melakukan aktiviti ini secara
sistematik pada seluruh badan, kita akan merasa lega dan segar.

(b) Aktiviti Rehat Aktif

(i) Latihan Regangan


Antara beberapa latihan regangan yang sesuai untuk rehat aktif
ditunjukkan di dalam Rajah 7.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  191

Rajah 7.1: Latihan regangan

(ii) Aktiviti Kesenggangan


• Memancing ikan – aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran
seseorang dan membentuk sikap tidak terburu- buru.
• Bermain bola sepak – sukan yang boleh mengeratkan hubungan
pemain.
• Berenang – sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
• Mendengar muzik yang merdu – boleh menenangkan pemikiran
seseorang.
• Bermain alat muzik – ini dapat menyenangkan seseorang.
• Menyanyi – ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan
perasaannya.
• Bermain catur – ini dapat melatih kecergasan pemikiran
seseorang.
• Menonton televisyen – ini dapat menyeronokkan seseorang.
• Membaca buku – ini dapat menenangkan pemikiran dan
menambah pengetahuan seseorang.
• Membaca suratkhabar – boleh mengetahui gejala sosial di dalam
dan luar negara.
• Membuat kek – dapat mengetahui cara membuat kek dan berasa
puas hati jika berjaya membuatnya.
• Menanam bunga – dapat meluangkan masa lapang dan
membentuk nilai menghargai alam sekitar.
• Bersiar-siar – dapat melegakan hati seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

• Berlari – menjaga kesihatan seseorang.


• Membuat yoga – sukan yang membentuk dan struktur badan yang
baik.
• Menari – meneroka keaktifan seseorang.
• Melukis – meneroka keaktifan seseorang.
• Berlumba basikal – melegakan perasaan seseorang dan
membentuk keseronokkan.
• Berbual-bual – melegakan perasaan seseorang.
• Bersenam – menyegarkan pemikiran dan menjaga kesihatan
seseorang.

(iii) Maklumat Penggayaan


Jadual 7.4 menyatakan perbezaan antara rekreasi dengan kesenggangan.

Jadual 7.4: Perbezaan Rekreasi dan Kesenggangan

Rekreasi Kesenggangan
Aktiviti terancang Aktiviti tidak terancang
Sentiasa dijalankan dalam kumpulan Boleh dijalankan dalam kumpulan atau
individu
Memerlukan tenaga yang banyak Memerlukan tenaga yang sederhana
Memerlukan latihan yang sistematik Tidak memerlukan latihan yang sistematik
Aktiviti dijalankan ditempat/persekitaran Aktiviti tidak semestinya dijalankan di
yang tertentu tempat/persekitaran yang tertentu
Aktiviti agak tercabar Kurang tercabar
Contoh: abseiling, perkhemahan Contoh: bersiar-siar, menyiram pokok

AKTIVITI 7.2

Dapatkan bahan di akhbar atau majalah yang berkaitan dengan rehat,


rekreasi dan kesenggangan. Jelaskan maklumat yang anda peroleh di
dalam tutorial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  193

7.3 KONFLIK DAN STRES


Konflik dan stress adalah dua faktor yang bertindak balas dan kerap
mengganggu perjalanan hidup remaja. Bentuk konflik dan stress adalah berbeza-
beza antara seseorang remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman contohnya emosi, sosial
ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain.

7.3.1 Penghargaan Diri


Konsep kendiri juga merangkumi unsur penghargaan diri. Penghargaan diri
merupakan penilaian yang positif terhadap keupayaan dan potensi fizikal serta
psikologi diri berdasarkan imej kendiri sebenar. Penghargaan diri bermula
dengan keyakinan diri. Seseorang yang mempunyai keyakinan diri akan
berbangga dengan keupayaan dan potensi fizikal serta psikologinya. Contohnya
kita akan berbangga kerana berkebolehan dalam sesuatu kita lakukan serta sifat
kita yang mempunyai daya kreatif, berketerampilan dan berinisiatif. Dengan itu,
kita lebih sanggup menghadapi cabaran tanpa sebarang masalah, konflik atau
stress. Bukan semua orang mempunyai sifat-sifat ini, kerana setiap orang
dikalangan kita tidak dapat menjauhkan diri dari masalah konflik dan stress
dalam menjalani kehidupan harian.

7.3.2 Jenis, Kesan dan Cara Mengatasi


Stress atau stres adalah sebahagian daripada kehidupan. Ianya bukanlah
penyakit. Stres adalah apa saja yang menimbulkan perasaan tegang, takut,
marah, atau kecewa. Akan tetapi, jika stres yang berlebihan dan berpanjangan
boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Rajah 7.2 menyatakan beberapa
faktor luaran yang boleh menyebabkan stres.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

Rajah 7.2: Faktor luaran penyebab stres

Mari kita bincang faktor-faktor tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Tempat belajar/kerja


Persekitaran tempat pembelajaran di sekolah memberi impak yang besar
kepada seseorang pelajar. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik
antara guru dan pelajar dan kemesraan hubungan sesama rakan akan
membantu mengurangkan stres. Waktu berkerja yang panjang mungkin
juga boleh menyebabkan seseorang itu merasa tertekan, penat dan
menghadapi stres.

(b) Kegagalan institusi keluarga


Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres dalam
kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak
dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada keluarga
bahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab yang diberi
menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

(c) Masalah sosial


Masalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan seperti
penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan stres dalam kalangan ahli
masyarakat di sekelilingnya. Banyak kes jenayah yang melibatkan remaja

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  195

telah menyebabkan timbul rasa takut dikalangan masyarakat setempat.


Rasa takut ini akan menyebabkan stres.

(d) Persekitaran yang tidak selesa


Persekitaran yang tidak selesa contohnya pencemaran bunyi daripada
kenderaan dan kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita. Keadaan
suhu yang tidak menentu contohnya terlalu panas atau sejuk akan
menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin sekaligus menyebabkan stres.

(e) Tiada hubungan baik sesama jiran tetangga


Situasi masyarakat/komuniti masa kini banyak mempengaruhi remaja.
Masalah tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh menyebabkan
stres. Dalam kehidupan masyarakat kerukunan sesama jiran haruslah
dijaga agar kehidupan lebih harmoni dan selesa.

Rajah 7.3 pula menyatakan beberapa faktor dalaman yang boleh menyebabkan
stres.

Rajah 7.3: Faktor dalaman penyebab stres

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

AKTIVITI 7.3

Berdasarkan Rajah 7.3, dengan menggunakan internet, layari aman


web yang berkaitan dengan topik tersebut. Dapatkan maklumat
tentang penyebab stress dan dalam kumpulan bertiga hurai serta
jelaskan faktor-faktor yang dimaksudkan dan yang menjadi
penyebab/punca stres.

Bagaimana cara mengatasi stres?

(a) Menghindari rokok.

(b) Lakukan senaman dan dapatkan tidur yang mencukupi.

(c) Gunakan masa dengan efektif, keutamaan kerja/tugas.

(d) Mengambil cuti/rehat sementara.

(e) Memberikan teguran yang positif.

(f) Berkongsi/meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga yang


boleh dipercayai.

(g) Berpegang teguh kepada ajaran agama.

(h) Rancang masa anda.

(i) Tetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai.

(j) Imbangkan antara kerja dan rekreasi.

(k) Dapatkan bantuan kaunseling/nasihat.

(l) Anda boleh juga mengamalkan teknik rekreasi seperti:


(i) Teknik pernafasan; dan
(ii) Aromaterapi.

Konflik timbul apabila seseorang itu terpaksa berhadapan dengan masalah sukar
hendak membuat pilihan diantara dua perkara yang bertentangan atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  197

bercanggah matlamatnya. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada


konflik, sila rujuk Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Konflik

Mari kita lihat punca-punca tersebut satu persatu.

(a) Penceraian ibu bapa


Penceraian ibu bapa menyebabkan anak sukar membuat pilihan sama ada
ingin tinggal dengan ibu ataupun bapa.

(b) Perbezaan pendapat atau pandangan


Perbezaan pendapat atau pandangan menyebabkan seseorang itu sukar
untuk memilih pendapat atau pandangan yang baik untuk membuat
keputusan dan menyelesai masalah.

(c) Perbezaan nilai dan budaya


Perbezaan nilai dan budaya menyebabkan seseorang itu sukar memilih
nilai yang baik untuk diamalkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

7.3.3 Pengurusan Konflik dan Peningkatan


Penghargaan Diri
Konflik perlu diuruskan dengan berkesan bagi mengelakkan diri daripada
terdedah kepada kesan yang negatif. Langkah-langkah yang dinyatakan di dalam
Rajah 7.5 boleh dilakukan untuk mengurus konflik.

Rajah 7.5: Langkah-langkah mengelakkan konflik

(a) Peningkatan penghargaan kendiri


Sesungguhnya konsep kendiri dapat diperkembangkan melalui
kegiatan fizikal, seperti senaman dan rekreasi yang teratur, amalan
kesihatan dalam pemakanan yang seimbang dan dalam kuantiti yang
betul, pergaulan sosial, pemikiran serta penaklukan, sila rujuk Rajah 7.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  199

Rajah 7.6: Peningkatan penghargaan kendiri

• Pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang kualiti. Kualiti
masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa.

• Justeru itu senaman dan rekreasi akan menjadi lebih berkesan dan penuh
bermakna. Rehat, rekreasi dan kesenggangan adalah saling berkaitan.

• Rehat, rekreasi dan kesenggangan juga penting kepada pertumbuhan,


pemulihan dan pemeliharaan fungsi sistem badan.

• Ketiga-tiga aktiviti tersebut menolong memulihkan kelesuan, meningkatkan


kewaspadaan dan meningkatkan kecekapan system tubuh badan.

• Kita perlu membuat perancangan dan penggunaan masa untuk berehat,


rekreasi dan kesenggangan dengan bijak dan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI

• Penjadualan aktiviti mesti mengambil kira faktor-faktor seperti kemampuan


diri, minat, kemudahan, alatan, masa, jenis, aktiviti dan makanan.

• Oleh sebab konflik dan stress boleh mendatangkan kesan yang negatif
kepada diri seseorang, adalah lebih baik jika dicegah daripada awal.

• Sebagai persediaan kita perlu memastikan mental dan fizikal sentiasa


bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.

• Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran


positif.

Imej kendiri Penghargaan diri


Keselesaan Pusat kecergasan
Konflik Rekreasi
Latihan aerobik Sejahtera
Nilai Senggang

Nyatakan jenis rehat, rekreasi dan kesenggangan yang anda gemari.


Bagaimanakah aktiviti itu dapat menolong memulihkan kelesuan yang anda
alami, meningkatkan kewaspadaan dan meningkat kecekapan sistem tubuh
badan anda?

Anda bersama rakan-rakan anda yang lain ingin menjadi ahli sebuah pusat
kecergasan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sediakan satu senarai
semak yang akan menolong anda dan rakan-rakan memilih pusat kecergasan
yang sesuai. Ini merupakan „open book test‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI  201

Idris, M., Shahrudin, A. A., & Zamry, A. (2002). Pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan. Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jamilah & Helen, T. (1991). Pendidikan jasmami dan kesihatan. Jilid 1. Petaling
Jaya: Seri Kuntum Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah
kebangsaan. PPK: Kuala Lumpur .
Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate
curriculum. Pearson. Columbus: Ohio.
Promo Kesihatan Mental. (n.d). Dicapai pada November 18, daripada
http://www.moh.gov.bn.
Senaman. (n.d). Dicapai pada November 18, daripada http://www.moh.gov.bn.
Shamsudin, M. S., & Shahrizad, Y. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan. Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kesihatan
8 Persekitaran
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi kesihatan persekitaran dan pencemaran;
2. Menghuraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar;
3. Menghuraikan agen-agen dan kesan pencemaran alam sekitar; dan
4. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan
pencemaran alam sekitar.

 PENGENALAN
Kesihatan, ikhtiar dan kesempurnaan hidup manusia bergantung sepenuhnya
kepada persekitaran dan intergriti bumi yang didiami. Penghakisan lapisan ozon,
perubahan cuaca, kehilangan biodiversiti, perubahan sistem hidrologikal dan
bekalan air bersih, penerokaan hutan serta kawasan tadahan hujan yang tidak
terkawal membawa kepada pencemaran kesihatan persekitaran. Kesihatan
persekitaran meliputi semua aspek kesihatan manusia, termasuklah kualiti hidup
yang mana ditentukan oleh faktor-faktor kimia, biologi, sosial dan psikososial
dalam persekitaran (WHO, 1993). Ianya juga merujuk kepada faktor-faktor teori
dan amalan penilaian, pembetulan, pengawalan dan pencegahan di dalam
persekitaran yang berpotensi untuk mendatangkan kesan buruk terhadap
kesihatan generasi manusia masa kini dan akan datang. Kesihatan persekitaran
adalah salah satu cabang kesihatan umum yang mengambil kira penilaian dan
pengawalan impak manusia terhadap persekitaran mereka (Moeller, 1992).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  203

8.1 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN


PERUBAHAN CUACA
Pemanasan global cuaca yang dirasai seluruh dunia masa kini adalah disebabkan
oleh aktiviti-aktiviti manusia yang melepaskan gas rumah hijau ke dalam
atmosphera. Akibat daripada perubahan cuaca ini akan memberi kesan yang
buruk kepada manusia dan kesihatan persekitaran seperti:
(a) Memburukkan lagi kekerapan dan intensiti bencana alam seperti banjir,
tanah runtuh, ribut dan taufan.
(b) Menyebabkan peningkatan aras laut di antara 9 hingga 80 cm, akibat
daripada pencairan bungkah ais dan glasiar.
(c) Meningkatkan jumlah pelarian persekitaran akibat daripada bencana alam.
(d) Meningkatkan lagi risiko wabak penyakit.

Perubahan cuaca juga akan menyebabkan dunia menjadi kering dan kontang.
Antara kesan-kesan yang bakal wujud akibat daripada pengontangan ini adalah:
(a) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(b) Pengurangan produktiviti tanah.
(c) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(d) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan
sungai, tasik dan saliran.
(e) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan
pernafasan, alahan, stress dan penyakit bawaan vektor.
(f) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(g) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia.

8.2 APAKAH DIA PENCEMARAN?


Keselamatan kesihatan persekitaran bergantung kepada sejauh mana kita boleh
dan dapat mengawal kadar pencemaran alam sekitar kita. Untuk itu kita perlu
terlebih dahulu mengenal pasti apakah dia pencemaran. Kita juga perlu
mengetahui apakah dia jenis-jenis pencemaran.

Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran daripada hasil atau


aktiviti manusia seperti industri dan proses pertanian. Terdapat beberapa jenis
pencemaran. Antaranya adalah, sila rujuk Rajah 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Rajah 8.1: Jenis-jenis pencemaran

Jenis-jenis pencemaran ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam


subtopik-subtopik berikut.

8.2.1 Pencemaran Udara


Udara sekeliling kita membekalkan oksigen yang menjadi keperluan kepada
tubuh untuk kita bernafas dan hidup. Aktiviti-aktiviti manusia yang tidak
terkawal dan terancang boleh mencemarkan udara dan mendatangkan
kemudaratan kepada kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan
organisma-organisma. Kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor,
industri perkilangan, insinirator, dan penggunaan racun kimia dalam bidang
pertanian melepaskan unsur-unsur serta partikel toksik ke udara. Pelepasan
ahan, unsur serta partikel ini ke udara mengancam persekitaran dan kehidupan
manusia.

Terdapat dua bentuk pencemaran udara yang utama iaitu:


 Pencemaran udara dalaman; dan
 Pencemaran udara luaran.

Pencemaran udara sama ada pencemaran udara dalaman ataupun pencemaran


udara luaran adalah merupakan ancaman terhadap kesihatan respiratori dan
kadiovaskular manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  205

(a) Pencemaran Udara Dalaman


Terdapat pelbagai sumber yang menyumbang ke arah pencemaran udara
dalaman. Asap rokok, wap daripada bahan binaan seperti cat dan pengilat
perabot adalah di antara sumber-sumber yang boleh menyebabkan
pencemaran udara dalaman. Pencemaran udara dalaman juga boleh berlaku
apabila fosil daripada bahan api yang digunakan untuk aktiviti memasak tidak
dapat disalurkan keluar daripada ruang dapur dengan sempurna. Asap
daripada dapur memasak menghasilkan sebatian karbon monoksida dan
karsinogen ke udara yang mengancam kesihatan manusia (Schirnding, 2000).

Pencemaran udara dalaman juga disebabkan oleh perlepasan partikel-partikel


biological seperti debunga, hama, serangga dan mikroorganisma-
mikroorganisma serta partikelpartikel bukan biological seperti karbon
monoksida, plumbum, asbestos dan bahan kimia sintetik yang lain. Habuk
atau debu daripada partikel-partikel ini mengandungi agen-agen keradangan
dan jangkitan yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit pernafasan dan
jantung. Individu atau mereka yang banyak menghabiskan masa di dalam
bangunan atau rumah (dalaman) merupakan golongan yang paling
berpotensi tinggi untuk menjadi mangsa pencemaran dalaman ini.

(b) Pencemaran Udara Luaran


Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat sektor industri,
ekonomi dan kenderaan bermotor, masyarakat bandar terutamanya
semakin terdedah kepada bahaya pencemaran udara seperti sulfur
dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida, plumbum, partikel, ozon
dan hidrokarbon. Pembakaran terbuka sisa buangan perbandaran seperti
plastik dan polyvinyl chloride (PVC) memburukkan lagi situasi
pencemaran udara luaran.

Penggunaan kaedah pembakaran terbuka hutan-hutan bagi kegiatan


ekonomi dan pertanian secara besar-besaran menyebabkan wujudnya
jerebu yang mengancam tahap kesihatan pernafasan manusia terutama
sekali kepada golongan kanak-kanak dan orangorang tua. Penerokaan
hutan dan tanah secara berleluasa dan tidak terkawal juga boleh
menyebabkan kewujudan ribut debu (negara-negara Asia Tengah) yang
juga mengancam kesihatan pernafasan.

Antara jenis-jenis pencemaran udara yang paling utama dan paling


membahayakan kesihatan manusia adalah, sila rujuk Jadual 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Jadual 8.1: Jenis-jenis Pencemaran Udara

Jenis-jenis
Penerangan
Pencemaran Udara
Sulfur Dioksida Sulfur dioksida terhasil daripada pembakaran arang batu yang
menjanakan elektrik dan jentera-jentera serta peralatan
perkilangan. Sulfur dioksida yang terhasil daripada pembakaran
ini jika terhidu oleh manusia akan menyebabkan gangguan saluran
pernafasan, penyakit paru-paru dan jantung dan meningkatkan
gejala penyakit respiratori seperti asma, emphysema, selsema dan
bonchitis. Sulfur dioksida juga boleh merosakkan pigmen tumbuh-
tumbuhan, mengaratkan logam, menjejaskan jarak penglihatan
serta menyumbang kepada kewujudan hujan asid.
Karbon Monoksida Karbon monoksida menjejaskan keupayaan darah unutuk
membawa dan menyerap oksigen. Ianya terhasil daripada
pembakaran jentera kenderaan bermotor seperti kereta,
motosikal, lori dan bas. Penghiduan karbon monoksida akan
menyebabkan manusia hilang daya refleks, mengantuk, pengsan
dan boleh membawa maut. Ianya juga boleh mengancam
pertumbuhan dan perkembangan janin ibu mengandung.
Pendedahan terhadap karbon monoksida dalam jangka masa
yang panjang juga mengundang kepada penyakit sistem
pernafasan dan pengaliran darah.
Nitrogen Dioksida Asap jentera kilang yang dijanakan oleh pembakaran arang batu
dan kenderaan bermotor juga melepaskan nitrogen dioksida ke
udara. Nitrogen dioksida jika disedut atau dihidu dalam jumlah
kepekatan yang tinggi boleh membawa maut. Pada kepekatan
yang kurang, ianya boleh meningkatkan potensi untuk
menghidap selsema, bronchitis dan pneumonia. Nitrogen
dioksida juga adalah penyumbang kepada wujudnya hujan asid.
Partikel Partikel merupakan zarah-zarah kecil yang dilepaskan ke udara.
Zarah-zarah kecil ini mengandungi bahan-bahan logam dan
agen-agen karsinogen. Pembakaran oleh jentera-jentera
perkilangan serta asap rokok adalah contoh agen yang
melepaskan partikel ke udara. Partikel-partikel ini jika terhidu
atau dihidu oleh manusia akan mendatangkan kemudaratan
kepada paru-paru dan sistem pernafasan manusia. Partikel-
partikel ini juga boleh menyebabkan hakisan kepada logam dan
juga kekaburan jarak penglihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  207

Plumbum Pelepasan plumbum ke udara dihasilkan oleh ekzos kenderaan


bermotor dan pembakaran plumbum daripada perkilangan.
Pencemaran plumbum di udara boleh menyebabkan gangguan
serta ancaman terhadap peredaran darah, sistem reproduktif
dan sistem saraf. Ia seterusnya boleh menjejaskan fungsi buah
pinggang dan darah. Ia juga boleh menjejaskan kandungan ibu
mengandung dan seterusnya menyebabkan kecacatan kepada
bayi yang baru lahir.
Hidrokarbon Hidrokarbon adalah sebatian kimia di udara yang mengandungi
campuran karbon dan oksigen. Apabila hidrokarbon ini
bercampur dengan sebatian-sebatian kimia lain di udara, ianya
akan membentuk sejenis gas beracun seperti formaldehyde,
keton dan peroxyacetylnitrate yang akan menyebabkan
keradangan terhadap system pernafasan manusia. Hidrokarbon
juga memainkan peranan yang penting ke arah penghasilan
jerebu.
Jerebu Jerubu terhasil apabila kandungan udara yang mengandungi
(photochemical oksigen, nitrogen dan hidrokarbon bertindak dengan kehadiran
smog) cahaya matahari. Kehadiran jerebu di udara menyebabkan
kesukaran untuk bernafas, pedih mata, pening dan rasa mual.
Pendedahan kepada jerebu dalam jangka masa yang panjang
mengundang bahaya kepada pesakit-pesakit yang mengidap
asma dan sistem pernafasan.
Ozon Tindak balas nitrogen dioksida dan hidrogen klorida dengan
sinaran cahaya matahari menghasilkan ozon. Pada atmosphera
yang rendah, ozon menyebabkan keradangan membren mukusa
sistem pernafasan yang akan menyebabkan manusia terbatuk-
batuk dan gangguan pernafasan. Ozon mengurangkan
keupayaan paruparu untuk berfungsi serta kekebalan tubuh
terhadap selsema dan pneumonia. Ozon juga boleh
menyebabkan hakisan kepada barang-barang berunsurkan
getah serta mengancam kesuburan tumbuhan seperti sayur-
sayuran.
Hujan Asid Apabila ruang udara dipenuhi dan dicemari dengan sebatian
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida, maka hujan yang turun
mencurah ke bumi adalah hujan berasid. Hujan asid akan
menyebabkan kandungan air di kawasan tadahan air seperti
kolam, tasik dan sungai berasid. Ianya akan menjejaskan kualiti
air serta sumber air minuman bersih kepada manusia. Ianya
juga menjejaskan hidupan dan organisma yang hidup dalam air.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

AKTIVITI 8.1

Nyatakan perbezaan antara pencemaran udara dalaman dengan


pencemaran udara luaran. Berikan contoh-contoh.

8.2.2 Pencemaran Air


Manusia memerlukan air untuk kegunaan peribadi seperti minuman, mandi,
membasuh pakaian dan berekreasi. Air juga adalah keperluan asas kepada fungsi
manusia, kesihatan, penghasilan makanan dan bagi pengekalan integriti
ekosistem. Terdapat pelbagai jenis pencemaran air, antaranya adalah (sila rujuk
Rajah 8.2.)

Rajah 8.2: Jenis-jenis pencemaran air

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu.

(a) Mikrobiologikal
Pencemaran mikrobiologikal berlaku apabila sumber air dicemari oleh
pathogen, parasit, bakteria dan virus. Unsur-unsur mikrobiologikal ini
mencemari air, apabila sumber air dicemari oleh bahan-bahan buangan dan
kumbahan manusia serta haiwan. Ketidakupayaan manusia untuk merawat
sisa-sisa buangan dan kumbahan ini daripada mengalir masuk ke dalam
sumber air adalah antara punca utama pencemaran mikrobiologikal.
Sumber air yang dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal akan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  209

menjejaskan kesihatan pengguna air tersebut. Ia boleh mengakibatkan


seseorang itu dijangkiti pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan
kegatalan kulit. Kesihatan manusia juga akan terjejas jika mereka memakan
haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam persekitaran sumber air yang
telah dicemari oleh unsur-unsur mikrobiologikal ini.

(b) Kimia
Pencemaran kimia berlaku apabila pelbagai sisa buangan kimia industri
perkilangan seperti logam, cecair pelarut dan bahan-bahan kimia toksik
dibuang atau dialirkan ke dalam sumber air seperti longkang, sungai,
kolam dan laut. Di samping itu penggunaan racun kimia bagi mengawal
serangga perosak dalam kegiatan pertanian juga mencemarkan air.
Kesemua bahan dan sisa toksik kimia ini akan menjejaskan kualiti air bersih
dan mengancam kesihatan manusia jika ianya diminum. Selain daripada
itu, bahan dan sisa toksik kimia yang larut dalam air ini juga akan meracuni
ikan dan hidupan air yang hidup di dalam persekitarannya. Hidupan atau
tumbuhan yang mengandungi racun ini adalah berbahaya kepada
kesihatan manusia dan haiwan yang memakannya.

(c) Pengurangan Kandungan Oksigen


Kebanyakkan bahan buangan boleh dipecahkan, diuraikan (biodegradasi)
dan digunakan sebagai makanan oleh mikrorganisma-mikrorganisma
seperti bakteria. Kandungan biodegradasi yang terlalu banyak dalam air
akan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen di dalam air. Ini ialah
kerana bakteria-bakteria yang hidup di dalam air akan menggunakan
oksigen yang larut di dalam air tersebut dan menyebabkan kekurangan
kandungan oksigen untuk kegunaan hidupan-hidupan lain di dalam air
seperti ikan. Oleh kerana kekurangan oksigen di dalam air maka ikan dan
hidupan lain dalam air akan mati dan pupus. Sementara itu, apabila
kandungan oksigen dalam air semakin pupus dan berkurangan, bakteria-
bakteria anaerobik (yang tidak menggunakan oksigen) akan mendominasi
kehidupan di dalam air dan menghasilkan toksik-toksik dan gas-gas yang
berbau busuk (metana) di dalam air.

(d) Nutrien
Fosfat dan nitrogen adalah elemen-elemen yang perlu bagi pertumbuhan
tumbuhtumbuhan. Namun kehadiran bahan-bahan fosfat dan nitrogen
yang terlalu banyak di dalam air akan menyebabkan percambahan lumut
dan rumpai di dalam air. Lumut dan rumpai akan menjadi bahan dan
sebatian biodegradasi apabila ianya mati dan seterusnya akan
menyebabkan kekurangan kandungan oksigen di dalam air (digunakan
oleh bakteria). Kehadiran terlalu banyak lumut dan rumpai di dalam air
akan menyebabkan air menjadi payau dan kurang enak untuk diminum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

(e) Penyingkiran Jirim


Sebahagian daripada bahan-bahan buangan yang tercemar akan larut di
dalam air manakala sebahagian lagi tidak larut. Bahan-bahan buangan
tidak larut ini akan menjadi jirim dan akan tenggelam di dasar air.
Kewujudan bahan-bahan ini dalam kuantiti yang banyak di dasar sungai
akan menjejaskan kualiti air terutama sekali kualiti kandungan oksigen.
Ianya juga menyumbang kepada penghasilan toksik dan sekiranya
dimakan oleh hidupan air terutama sekali ikan maka ianya boleh
menyebabkan keracunan makanan. Bahan-bahan buangan dalam kuantiti
yang banyak di dasar air (sungai dan tasik) akan menyebabkan dasar
sungai atau tasik menjadi cetek. Fenomena ini akan turut menjejaskan
pengaliran air dan menyebabkan bencana alam seperti banjir.

AKTIVITI 8.2

Penyakit bawaan air seperti, taun dan kegatalan kulit adalah berkait
rapat dengan pencemaran air. Bagaimanakah perkara itu berlaku?
Jelaskan.

8.2.3 Pencemaran Kimia


Penghasilan dan penggunaan racun kimia secara relatifnya merupakan suatu
ancaman baru kepada manusia dan persekitaran. Penyelidikan tentang kesan dan
implikasi racun kimia ini terhadap manusia dan persekitaran juga amat kurang
dijalankan. Pembangunan industri, organisasi dan program pertanian yang
intensif menyumbang kepada pertambahan kadar pencemaran kimia di seluruh
dunia. Di negara-negara membangun pula, penggunaan racun makhluk perosak
secara berleluasa juga menyebabkan pencemaran kimia. Terdapat pelbagai jenis
pencemaran kimia, antaranya ialah (sila rujuk Rajah 8.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  211

Rajah 8.3: Jenis-jenis pencemaran kimia

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Racun Makhluk Perosak


Racun makhluk perosak adalah racun kimia yang digunakan oleh para
petani untuk mengawal serangan makhluk perosak daripada
memusnahkan tanaman mereka. Namun demikian sekiranya
penggunaannya tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul dan
disebarkan ke persekitaran maka ianya akan mencemarkan udara, sungai,
sumber air bawah tanah, tanah, tumbuhan dan makanan. Racun kimia ini
mengancam kesihatan manusia melalui pernafasan, minuman, makanan
dan melalui penyerapan di kulit. Organoklorin yang hadir di dalam susu
ibu semasa penyusuan bayi akan mengancam kesihatan bayi. Racun kimia
juga menjejaskan proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Bahan kimia ini dikenali sebagai peganggu endokrina. Contoh peganggu
endokrina ini adalah PCBs dan DDT. Peganggu endokrina ini akan
merosakkan keupayaan tubuh untuk belajar, berfikir, berinteraksi dan
berkomunikasi. Kesan dedahan manusia terhadap racun makhluk perosak
ditunjukkan di Rajah 8.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Rajah 8.4: Kesan racun makhluk perosak terhadap manusia

(b) Raksa
Raksa adalah sejenis logam toksik yang berbentuk cecair atau gas dan
biasanya wujud di air, udara, tanah dan makanan dalam jumlah yang amat
kecil. Apabila air (sungai, tasik dan laut) dicemari oleh sebatian raksa
organik (methylmercury) maka ianya turut mencemari hidupan yang hidup
di dalamnya seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain. Hidupan yang
dicemari oleh kimia toksik ini akan memudaratkan kesihatan manusia
sekiranya ianya dimakan oleh manusia. Raksa juga adalah unsur
pencemaran neurotoksik yang sangat kuat. Raksa boleh menyebabkan
gangguan terhadap pertumbuhan otak manusia. Ia juga boleh
menyebabkan barah dan kerosakkan kepada perut dan paru-paru. Raksa
juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin bayi.

(c) Arsenik dan Florida


Arsenik dan florida adalah sebahagian daripada bahan kimia berbahaya
yang wujud di dalam sumber air bawah tanah. Arsenik boleh
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia walaupun
terdedah kepadanya pada kadar atau tahap yang rendah. Tanda-tanda awal
kesan arsenik adalah bintik-bintik hitam yang keras pada kulit, terutama
pada tapak tangan dan tapak kaki. Dalam jangka waktu yang lama arsenik
boleh memudaratkan hati, ginjal dan paru-paru. Arsenik juga boleh
menyebabkan barah kulit dan gangrene. Florida pula boleh menyebabkan
kecacatan kekal kepada tulang rangka manusia (tulang belakang dan
sendi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  213

8.2.4 Pencemaran Radiasi


Radiasi adalah salah satu pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan
yang teruk kepada kesihatan manusia. Dedahan terhadap ion-ion radiasi pada
tahap yang tinggi boleh menyebabkan barah, kecacatan dan masalah psikologi.
Kesan kebocoran loji tenaga nuklear di Chernobyl, Russia adalah contoh kesan
radiasi terhadap kesihatan manusia. Kajian menunjukkan kebocoran radiasi
tersebut menyebabkan barah tairoid (WHO, 1995). Kajian juga menunjukkan
bahawa kesan dedahan pencemaran radiasi menyebabkan kecacatan otak serta
kecelaruan tingkah laku. Pencemaran radiasi tidak hanya tertumpu kepada
radioaktif daripada tenaga nuklear sahaja. Gelombang elektromagnet daripada
radio dan ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebabkan pencemaran
radiasi. Kajian menunjukkan bahawa manusia akan mengalami masalah
kesihatan sekiranya terdedah kepada gelombang elektromagnet pada kadar
antara 1 MHz hingga 10 GHz (WHO, 1998).

8.2.5 Pencemaran Bunyi


Bunyi dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia boleh hadir dari rumah, tempat-
tempat awam, dari tempat kerja, kenderaan dan jentera perkilangan. Bunyi boleh
menjadi sesuatu yang menyamankan apabila ianya diperdengarkan secara
lembut dan berirama dan boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan jika ianya
melampaui tahap atau zon keselesaan.

Bunyi disukat bagi menentukan tahap yang boleh diterima dan tahap yang
memudaratkan. Tahap bunyi yang boleh diterima di tempat kerja adalah pada 8
jam 85dB (WHO, 2004). Pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesukaran
kepada seseorang untuk tidur dan seterusnya menyebabkan keletihan serta
penurunan pencapaian kerja. Bunyi yang kuat boleh mencacatkan pendengaran.
Pencemaran bunyi boleh mengganggu aktiviti mental seperti penumpuan,
ingatan dan keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah secara analitik.
Pencemaran bunyi juga dikaitkan dengan masalah stress dan penyakit darah
tinggi. Kajian menunjukkan bahawa individu akan berasa terganggu apabila
tahap bunyi mencapai 55dB dan pada tahap melebihi 80dB ianya akan
mengakibatkan tingkah laku aggresif. Kesan-kesan daripada masalah kesihatan
ini akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti penurunan produktiviti
dalam pekerjaan, kemalangan dan kehilangan harta benda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

AKTIVITI 8.3

Penggunaan racun makhluk perosak dapat membantu para petani


mengawal dan mencegah tanaman mereka daripada diserang oleh
serangga makhluk perosak dan meningkatkan produktiviti. Namun
demikian penggunaan racun yang tidak mengikut prosedur akan
mengancam kesihatan manusia. Bincangkan kesan pencemaran
daripada penggunaan racun makhluk perosak ini.

8.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN


PENCEGAHAN
Pencegahan pencemaran persekitaran merujuk kepada memberi perlindungan
terhadap persekitaran dan mencapai lebih banyak penggunaan semula sumber-
sumber dengan berkesan. Ianya bukan suatu perkara mudah yang boleh
dimasukkan ke dalam sesuatu amalan atau sistem. Langkah-langkah pencegahan
melibatkan:
(a) Mengenal pasti punca sisa-sisa buangan dan mencari jalan bagi
meminimakan penghasilannya.
(b) Menggunakan sumber dan tenaga secara berkesan.
(c) Melibatkan semua pihak dalam masyarakat termasuk penggubal dasar.
(d) Menguasai kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan keterbukaan minda
untuk mengenal pasti peluang atau ruang untuk peningkatan dan inovasi.

Pencegahan pencemaran persekitaran bermaksud pengurangan atau


penyingkiran sisasisa buangan dan pencemaran dari sumbernya (Phipps, 1995).
Aktiviti-aktiviti pencegahan pencemaran melibatkan:
(a) Mereka bentuk semula produk untuk mengurangkan sisa buangan atau
pencemaran semasa proses pembuatan, penggunaan atau pembuangan.
(b) Mengubah suai proses pembuatan bagi meminimakan penggunaan bahan-
bahan kimia bertoksik.
(c) Melaksanakan amalan pengurusan seharian untuk meminimakan
kebocoran dan pelepasan dari proses pembuatan.
(d) Mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  215

8.3.1 Hierarki Pencegahan Pencemaran

Rajah 8.5: Hierarki pencegahan pencemaran


Sumber: Phipps (1995)

Berdasarkan Rajah 8.5, Hierarki Pencegahan Pencemaran mencadangkan:


(a) Pencemaran seharusnya dicegah atau dikurangkan dari sumbernya di
mana-mana yang munasabah.
(b) Pencemaran yang tidak boleh dicegah seharusnya dikitar semula di dalam
persekitaran yang selamat.
(c) Pencemaran yang tidak boleh dikitar semula seharusnya dirawat di dalam
persekitaran yang selamat.
(d) Pembuangan atau pelepasan sisa-sisa buangan ke persekitaran seharusnya
dilakukan hanya sebagai langkah terakhir dan semestinya dikendalikan di
dalam persekitaran yang selamat.

8.3.2 Panduan Keselamatan Persekitaran


Kesihatan tidak hanya bergantung kepada penyediaan khidmat perubatan dan
kesihatan yang baik dan berkesan malah ianya juga bergantung kepada persekitaran
yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran terhadap alam sekitar akan
mengancam kesihatan manusia. Ianya juga akan menyebabkan kemusnahan dan
kerugian jika tidak dibendung. Sebagai warga dunia yang menghuni bumi, kita
perlu memastikan alam sekitar di sekeliling kita tidak tercemar dan selamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Panduan pencegahan berikut boleh diguna pakai bagi menjadikan alam sekitar yang
kita diami sentiasa bersih, selamat dan tidak tercemar (Phipps, 1995):

Panduan Pencegahan Pencemaran


• Mengurangkan penggunaan tenaga dan sumbernya melalui
konservasi dan kitar semula produk-produk dan bahan-bahan.
• Menerapkan etika konservasi dan kesedaran persekitaran di kalangan
individu dan masyarakat.
• Dengan mengutamakan barangan pengguna yang mesra alam, para
pengguna dapat menyampaikan mesej kepada para penjual dan
pembekal supaya menghasilkan produk-produk yang kurang
memberi impak terhadap alam sekitar.
• Sentiasa berusaha untuk mengurangkan impak persekitaran dalam
setiap bidang pekerjaan, sama ada dalam industri perkilangan,
aktiviti-aktiviti ekonomi dan pekhidmatan.
• Menyokong setiap langkah proaktif pihak berkuasa dan badan-badan
sukarela yang berkaitan dengan isu-isu persekitaran.
• Memastikan setiap peraturan dan langkah-langkah keselamatan
berkenaan pencegahan pencemaran dipatuhi.

AKTIVITI 8.4

Pencegahan persekitaran bermaksud pengurangan atau


penyingkiran buangan dan pencemaran dari sumbernya. Jelaskan
bagaimana hasrat ini dapat dicapai?

8.3.3 Langkah-langkah Pengawalan dan Pencegahan


Pencemaran
Bagi memastikan kesihatan dan persekitaran kita selamat untuk dihuni,
penglibatan serta komitmen semua pihak adalah sangat diperlukan. Penglibatan
semua pihak ini diperlukan bagi memastikan kemajuan teknologi serta
pembangunan tidak menjejaskan kesihatan persekitaran dan seterusnya
mengancam kehidupan semua makhluk di dunia ini. Penglibatan ini tidak hanya
terhad dalam kalangan individu dan komuniti tempatan sahaja malah ianya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  217

perlu melibatkan pihak-pihak di peringkat kebangsaan, negara-negara serantau


dan antarabangsa. Rajah 8.6 dapat menunjukkan kepada anda tentang
penglibatan pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan langkah-langkah
pengawalan dan pencegahan pencemaran.

Rajah 8.6: Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan pencemaran

Sekarang, mari kita bincang langkah-langkah tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Inisiatif Tempatan


Penglibatan, penyertaan dan tindakan daripada warga tempatan adalah
amat penting kerana kesihatan persekitaran secara langsung dipengaruhi
oleh masalah-masalah persekitaran. Kesihatan persekitaran bergantung
sepenuhnya kepada cara bagaimana komuniti, keluarga dan individu
menangani masalah seperti kekurangan sumber air minuman yang bersih
dan selamat, sanitasi, sisa-sisa buangan, asap, kepadatan penempatan dan
kepupusan sumber asli. Langkah-langkah pencegahan dan keselamatan
kesihatan persekitaran perlulah dilakukan secara khusus, konkrit dan
berkesan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh komuniti,
keluarga, individu serta pihak-pihak yang menyokong mereka adalah;

(i) Membina keupayaan komuniti (perbandaran) untuk menangani sumber-


sumber tempatan khususnya sumber air minuman dan tenaga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

(ii) Menyokong perkongsian pintar komuniti dengan badan-badan bukan


kerajaan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih dan
selamat. Antara contoh perkongsian tersebut adalah:
• Melindungi kawasan tadahan hujan dan sumber air;
• Mengumpul dan kitar semula sisa-sisa buangan tempatan; dan
• Projek bumi hijau.

(iii) Menggalakkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan untuk


pengekalan persekitaran masa hadapan dengan menggunakan saluran-
saluran yang formal dan tidak formal. Pendidikan kesihatan membantu
individu dan keluarga membentuk tingkah laku serta amalan yang betul
bagi mencegah dan mengurangkan pencemaran kesihatan dapat
meningkatkan pengetahuan dan keupayaan komuniti, keluarga dan
individu untuk melindungi diri mereka daripada kesan pencemaran dan
mencemarkan persekitaran.

(iv) Meningkatkan kesedaran dan perhatian komuniti, keluarga dan individu


bagi melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti serta projek-projek kesihatan
persekitaran.

(v) Menyokong dan membina keupayaan komuniti dan keluarga terhadap


tanggungjawab mereka untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang
baik, sempurna dan berkesan. Komuniti, keluarga dan individu
seharusnya mudah untuk mendapatkan maklumat serta isu-isu
berkenaan kesihatan persekitaran.

(vi) Menyokong dan menggalakkan komuniti, keluarga dan individu


melibatkan diri dalam aktiviti pengurusan persekitaran. Ini termasukkah
mengenal pasti dan memantau masalah persekitaran serta bagaimana
ianya berkait dengan kehidupan, serta mengambil tindakan untuk
menangani ancaman-ancaman tersebut. Ianya juga dapat membantu
komuniti, keluarga dan individu memperoleh pengetahuan tentang
persekitaran dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap peranan dan
tanggung jawab mereka terhadap persekitaran.

(b) Tindakan di Peringkat Kebangsaan


Pengawalan dan pencegahan pencemaran juga memerlukan sokongan dan
tindakan di peringkat kebangsaan terutama sekali daripada pihak kerajaan.
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan di peringkat
kebangsaan adalah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  219

(i) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran rakyat tentang betapa


pentingnya menjaga persekitaran bagi menjamin kesihatan dan
kesejahteraan rakyat.Pemahaman dan kesedaran tentang penjagaan
kesihatan persekitaran ini akan membawa kepada pembentukan polisi
berkenaan kesihatan persekitaran.

(ii) Membentuk undang-undang dan akta untuk mengenal pasti amaran


awal ancaman pencemaran dan kesihatan persekitaran bagi
meningkatkan keupayaan untuk melaksanakan dan mengekalkan
undang-undang serta akta tersebut.

(iii) Memperkukuhkan koordinasi serta kerjasama antara sektor-sektor


jabatan kerajaan tentang keperluan untuk mengutamakan penjagaan
alam sekitar sebagai elemen utama dalam mengendalikan projek-
projek pembangunan.

(iv) Penjagaan alam sekitar perlu diletakkan sebagai agenda utama di


dalam undang-undang dan polisi negara. Antara langkah-langkah
khusus termasuklah:
• Menyemak semula kaedah penilaian tahap kualiti alam sekitar
bagi memastikan pengesanan awal pencemaran dapat dilakukan.
• Meningkatkan pemantauan dan penilaian kesihatan persekitaran.
• Memperkembangkan kurikulum pendidikan kebangsaan dengan
mengintegrasikan penjagaan alam sekitar dengan pendidikan
kesihatan di sekolah, kolej dan di universiti.

(v) Membentuk kerjasama antara komuniti, sekolah, pencinta alam


sekitar, badan-badan bukan kerajaan, cendiakawan, pihak berkuasa
tempatan dan kerajaan melalui perkongsian maklumat dan aktiviti
berkenaan kesihatan persekitaran.

(vi) Memberi keutamaan polisi kepada isu-isu, masalah dan tindakan


berkenaan penjagaan alam sekitar dan kesihatan persekitaran.

(c) Kerjasama Serantau


Langkah untuk mencegah pencemaran tidak hanya terhenti di peringkat
negara sahaja malah ia memerlukan kerjasama di peringkat negara-negara
serantau. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan di peringkat
serantau adalah:

(i) Membentuk pendekatan koordinasi kerjasama serantau terhadap isu-


isu berkaitan dengan alam sekitar dan kesihatan persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Lazimnya, negara-negara yang berada dalam rantau yang sama


menghadapi masalah alam sekitar dan kesihatan persekitaran yang
sama. Negara-negara ini boleh memperoleh faedah yang besar
daripada perundingan, persetujuan dan kolaborasi antara negara-
negara tersebut. Mereka boleh bertukar-tukar pandangan, idea,
cadangan, strategi serta tindakan bagi menangani masalah alam
sekitar dan kesihatan persekitaran. Kerjasama serta tindakan serantau
adalah penting bagi menangani ancaman serta masalah kesihatan
persekitaran yang melanda kawasan-kawasan khusus melepasi
batasan dan sempadan negara.

(ii) Memberi tumpuan dan perhatian utama terhadap isu-isu serta


masalah kesihatan serantau yang sedang melanda dengan
memperkukuhkan kerjasama dan tindakan bersama menangani isu-
isu dan masalah tersebut.

(d) Sokongan Antarabangsa


Terdapat keperluan untuk mendapat sokongan antarabangsa bagi
mengetengahkan isu-isu serta masalah pencemaran dan kesihatan
persekitaran sebagai langkah konkrit menangani masalah pencemaran dan
kesihatan persekitaran. Sokongan di peringkat antarabangsa adalah
diperlukan untuk:

(i) Memastikan hak-hak warga dunia untuk mendapatkan kesejahteraan


hidup daripada diganggu dan diancam oleh pencemaran dan masalah
kesihatan persekitaran. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa
diperlukan bagi menjana keputusan bersama membentuk tindakan
dan polisi berkenaan alam sekitar dan kesihatan persekitaran.

(ii) Mengiktiraf sepenuhnya peranan melindungi alam sekitar daripada


pencemaran dan masalah kesihatan persekitaran. Usaha global
diperlukan untuk mengadaptasi konsep melindungi alam sekitar dan
memperkukuhkan program pengawalan dan pencegahan
pencemaran.

(iii) Membentuk undang-undang berkenaan persekitaran bagi


memastikan kesejahteraan hidup dan kesihatan warga dunia tidak
diganggu dan diancam oleh pencemaran.

(iv) Mengambil pendekatan awal menangani isu-isu serta masalah


pencemaran dan kesihatan persekitaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  221

(iv) Membentuk dan membina kesedaran tentang tanda-tanda dan


petunjuk kesihatan persekitaran. Tanda-tanda dan pertunjuk
kesihatan persekitaran ini boleh memainkan peranan untuk
membawa tumpuan awam terhadap isu-isu serta masalah kesihatan
persekitaran.

(vi) Mempromosi dan menggalakkan kualiti alam sekitar.

(vii) Meningkatkan kesedaran berkenaan penjagaan alam sekitar dan


kesihatan persekitaran melalui:

• Penyebaran maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar dan


kesihatan persekitaran kepada kerajaan dan pemerintah bagi
membantu mereka mengambil tindakan yang perlu di semua
peringkat untuk mengurangkan dan mencegah pencemaran.

• Menggalak dan menyokong penyelidikan, pemantauan serta


penilaian yang berkaitan pencemaran dan kesihatan persekitaran.

• Menyelaras usaha-usaha menangani isu-isu pencemaran dan


kesihatan persekitaran sedia ada.

• Topik ini telah menjelaskan tentang kesihatan persekitaran dan pencemaran.


Ia juga membincangkan tentang jenis-jenis pencemaran alam sekitar, agen-
agen dan kesan pencemaran alam sekitar terhadap manusia sejagat.

• Langkah-langkah keselamatan dan pencegahan pencemaran alam sekitar juga


dibincangkan.

• Penglibatan, kesedaran dan komitmen daripada individu, keluarga,


komuniti, pihak kerajaan, negara-negara serantau dan juga antarabangsa
adalah sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan
untuk generasi akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN

Kesihatan persekitaran Pencemaran kimia


Pencegahan pencemaran Pencemaran radiasi
Pencemaran air Pencemaran udara
Pencemaran bunyi

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan persekitaran?

2. Perubahan cuaca juga akan menyebabkan dunia menjadi kering dan


kontang. Senaraikan dua kesan yang bakal wujud akibat daripada
pengontangan ini.

3. Jelaskan maksud pencemaran?.

4. Apakah yang menyebabkan hujan menjadi berasid?

1. Jelaskan apakah yang patut dilakukan terhadap pencemaran yang tidak


boleh dikitar semula?

2. Beri dua panduan keselamatan persekitaran yang boleh diguna pakai bagi
menjadikan alam sekitar yang kita diami sentiasa bersih, selamat dan tidak
tercemar.

3. Menyokong perkongsian pintar komuniti dengan badan-badan bukan


kerajaan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih dan
selamat adalah salah satu daripada inisiatif tempatan yang boleh
membantu mengurangkan dan mencegah pencemaran. Berikan DUA (2)
contoh perkongsian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KESIHATAN PERSEKITARAN  223

Moeler, D. W. (1992). Environmental health. Boston: Harvard University Press.


Myers, G. J., & Davidson, P. W. (2000). Does methylmercury have a role in
causing developmental disabilities in children? Environmental Health
Perspectives, Vol.108, Suppl. 3.
Phipps, E. (1995). P2 concepts and principles. The National Pollution Prevention
Center for Higher Education. University of Michigan, Ann Arbor.
World Health Organization (1995). Health consequences of the chernobyl
accident: Results of the IPHECA Pilot Projects and Related National
Programmes.
World Health Organization. (1998). Electromagnetic fields and public health, fact
sheet N183.
World Health Organization. (2004). Fourth Ministerial Conference on
Environment and Health. Budapest: Hungary.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Komunikasi
9 dalam
Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi komunikasi dalam kesihatan;
2. Menghuraikan kepentingan komunikasi terhadap kesihatan
individu;
3. Menjelaskan tatasusila komunikasi dalam kesihatan; dan
4. Membincangkan program-program komunikasi kesihatan.

 PENGENALAN
Amnya, sebagai manusia, tak mungkin kita dapat menjalankan kehidupan
seharian tanpa sebarang komunikasi. Namun, komunikasi ini bukan sahaja
tertakluk kepada komunikasi antara dua individu atau lebih tentang hal-hal yang
melibatkan perkara-perkara seperti urusan kerja, peribadi dan sebagainya. Malah
wujud juga komunikasi dalam kesihatan. Topik 9 ini akan membincangkan
perihal komunikasi dalam kesihatan dengan mendalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  225

9.1 DEFINISI KOMUNIKASI DALAM


KESIHATAN
Komunikasi dalam kesihatan kini memainkan peranan yang penting dalam
kesihatan umum. Seperti pendidikan kesihatan, komunikasi dalam kesihatan
merupakan suatu pendekatan yang cuba untuk mengubah tingkah laku para
pendengar terhadap permasalahan kesihatan yang khusus di dalam jangka masa
yang tertentu (Elayne dan Vicki, 1995). Ia adalah seni dan teknik pemberitahuan,
mempengaruhi dan memotivasi individu, institusi dan masyarakat umum
tentang kepentingan isu-isu kesihatan berasaskan pertimbangan etika dan
saintifik.

Komunikasi dalam kesihatan meliputi kajian dan penggunaan strategi kesihatan


untuk memaklumkan serta mempengaruhi individu dan masyarakat terhadap
keputusan dan tindakan bagi mempertingkatkan kesihatan. Ianya juga adalah
usaha-usaha ke arah mempertingkatkan kesihatan individu dan kesihatan umum
(Jackson & Duffy, 1998).

9.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI TERHADAP


KESIHATAN INDIVIDU
Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan
tahap kesihatan individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah
penyakit serta mempromosikan kesihatan kepada individu dan masyarakat
melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan komunikasi terhadap
kesihatan individu adalah:
(a) Mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para
pesakit.
(b) Mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan
informasi kesihatan.
(c) Memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal
yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) Membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) Menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan
masyarakat.
(f) Menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

(g) Mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh


kemudahan-kemudahan kesihatan.
(h) Membentuk aplikasi telekesihatan.

Komunikasi kesihatan yang efektif dan berkesan akan membantu meningkatkan


kesedaran berkenaan kesihatan. Ia juga berpotensi untuk menyediakan motivasi
dan kemahiran yang diperlukan oleh individu untuk mengurangkan risiko-risiko
kesihatan. Melalui komunikasi kesihatan, individu dapat dibantu untuk
mengukuhkan lagi sikap dan tingkah laku terhadap gaya hidup yang sihat. Di
samping itu juga, komunikasi dalam kesihatan boleh dijadikan sebagai maklumat
sokongan bagi membantu individu untuk membuat pilihan berkenaan rancangan
penjagaan dan rawatan kesihatan yang sesuai dan betul.

Komunikasi dalam kesihatan boleh digunakan sebagai agen untuk


mempengaruhi komuniti berkenaan isu-isu kesihatan semasa. Ia juga boleh
digunakan untuk menggalakkan norma-norma dan nilai-nilai sosial dan
kesihatan yang baik. Komunikasi dalam kesihatan boleh dijadikan sebagai agen
untuk mengubah persekitaran fizikal dan sosioekonomi komuniti.

9.2.1 Penggunaan Teori dan Model dalam


Komunikasi Kesihatan
Penggunaan teori dan model adalah berguna kepada kita bagi membantu
pemahaman kita untuk membentuk dan membina strategi program-program
komunikasi dalam kesihatan. Teori membuka ruang kepada kita untuk mengkaji
permasalahan kesihatan, merancang dan menilai program intervensi kesihatan
berasaskan pemahaman tingkah laku. Teori juga membantu kita untuk
menjelaskan tentang tingkah laku kesihatan. Ini termasuklah tentang bagaimana
mengubah tingkah laku dan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
kesihatan. Teori juga membantu kita untuk mengenal pasti kaedah-kaedah yang
paling sesuai bagi mengubah tingkah laku. Antara model dan teori yang boleh
membantu kita untuk merancang dan merangka bentuk komunikasi dalam
kesihatan adalah, sila rujuk Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  227

Rajah 9.1: Model dan teori komunikasi dalam kesihatan

Mari kita bincang model dan teori tersebut satu persatu.

(a) Model Kepercayaan Terhadap Kesihatan


Model kepercayaan terhadap kesihatan adalah model yang berasaskan
kepercayaan individu terhadap penyakit, pencegahan dan rawatannya
(Rosenstock & Cullen, 1994). Model ini dibina berasaskan idea yang
menyatakan bahawa individu akan bertindak untuk melindungi dan
merawat penyakit yang dihadapinya jika ciri-ciri tertentu diaplikasikan.
Model ini juga menyarankan enam komponen utama yang mempengaruhi
keputusan manusia, iaitu manusia akan bersedia untuk bertindak sekiranya
mereka:
(i) Percaya bahawa mereka mudah dipengaruhi oleh keadaan;
(ii) Percaya bahawa keadaan tersebut mempunyai kesan yang serius;
(iii) Percaya bahawa tindakan akan mengurangkan kesan tersebut;
(iv) Percaya bahawa hasil tindakan akan membawa faedah;
(v) Terdedah kepada faktor-faktor tindakan tersebut; dan
(vi) Yakin terhadap kejayaan keupayaan mereka untuk bertindak.

Individu perlu percaya bahawa sesuatu penyakit boleh dan akan


mendatangkan kesan yang serius terhadap kesihatannya dan tindakan yang
bakal diambil oleh beliau akan membantu beliau mengurangkan dan
mencegah penyakit daripada menyerang. Sebagai contoh, seorang individu
yang terdedah kepada risiko penyakit berjangkit akan bertindak untuk
menghalang atau mencegah penyakit tersebut daripada menjangkitinya.
Beliau perlu percaya bahawa dengan mengambil tindakan yang sepatutnya
(mengambil suntikan vaksin) akan membantu beliau menghalang atau
mencegah penyakit tersebut daripada menjangkitinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Model ini membantu untuk menjelaskan kepada kita tentang kepentingan


peranan komunikasi dalam kesihatan. Berdasarkan kepada model ini,
strategi komunikasi yang berkesan dan berjaya tidak hanya menyediakan
maklumat tentang bahaya penyakit, malah perlu juga menyenaraikan
tindakan-tindakan pencegahan bagi membantu mencegah penyakit tersebut
daripada menyerang mangsa atau pesakit. Namun demikian terdapat
beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kepercayaan ini. Antara faktor-
faktor tersebut adalah tahap pendidikan individu, umur, jantina,
pengetahuan sedia ada dan status sosioekonomi.

(b) Teori Pembelajaran Sosial


Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa individu boleh belajar
melalui pemerhatiannya terhadap orang lain dan peka terhadap faedah
serta keuntungan yang bakal diperoleh akibat daripada tindakan yang
dipilih. Teori ini adalah berasaskan konsep pembelajaran melalui
pemerhatian. Ini bermakna individu boleh belajar melalui pemerhatiannya
terhadap orang lain. Proses-proses yang terlibat mengawal pembelajaran
melalui pemerhatian adalah:
(i) Kesediaan (memperoleh dan mengekalkan kesediaan);
(ii) Pembendungan (mengingat);
(iii) Penghasilan (mempersembahkan tingkah laku yang dilihat); dan
(iv) Motivasi (distimulasikan untuk mempersembahkan tingkah laku).

Teori ini menegaskan konsep bahawa individu perlu mengenal pasti


tingkah laku dan seterusnya tahu untuk melaksanakan tingkah laku
tersebut. Teori pembelajaran sosial menyarankan bahawa tingkah laku
individu dipengaruhi oleh faktor-faktor personal dan persekitaran.
Sebarang perubahan terhadap faktor-faktor ini akhirnya akan mencetuskan
perubahan terhadap orang lain. Teori pembelajaran sosial menyediakan
kerangka teoritikal bagi merangka pelbagai tahap program intervensi yang
memaparkan tindakan individu dan tindakan persekitaran.

(c) Teori Penyebaran


Teori penyebaran berpusat kepada proses yang mana informasi dan
maklumat diperbualkan dalam kalangan ahli-ahli dalam suatu sistem
sosial. Komponen utama di dalam teori ini adalah sumber sesuatu sistem
yang merangkumi kepakaran dalam mencipta idea dan inovasi dan sistem
pengguna yang merangkumi semua penerimaan idea dan inovasi tersebut.
Teori ini mengkhususkan kepada sifat-sifat tertentu yang membawa kepada
kejayaan atau kegagalan. Idea atau konsep yang hendak disebarkan dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  229

jayanya seharusnya mudah untuk difahami, fleksibel, berisiko rendah dan


mesra pengguna. Antara proses-proses penyebaran adalah:
(i) Perakuan permasalahan atau keperluan;
(ii) Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan;
(iii) Pembangunan (inovasi);
(iv) Produksi, pemasaran dan penghantaran;
(v) Penyebaran dan adaptasi; dan
(vi) Kesan.

Menurut Rosenstock & Cullen (1994), teori penyebaran menyarankan


tentang bagaimana idea-idea baru, produk dan amalan sosial disebarkan
dalam kalangan ahli masyarakat. Cabaran kepada penyebaran memerlukan
pendekatan-pendekatan yang sangat berbeza daripada pendekatan yang
hanya tertumpu kepada individu atau kumpulan-kumpulan kecil. Ianya
melibatkan penumpuan perhatian terhadap inovasi dan saluran
komunikasi serta sistem-sistem sosial. Teori ini amat berguna bagi
membantu kita dalam merancang program komunikasi dalam kesihatan
kerana ia mempersembahkan kerangka baru untuk berkomunikasi dengan
masyarakat.

AKTIVITI 9.1

Nyatakan apakah kepentingan komunikasi terhadap kesihatan


individu.

9.2.2 Mengenal Pasti Kelompok Sasaran Komunikasi


Langkah pertama dalam merancang dan membina program komunikasi
kesihatan adalah mengenal pasti kelompok dan kehendak sasaran komunikasi.
Mengenal pasti ciri-ciri khusus kelompok sasaran akan membantu kita memilih
dan membuat pertimbangan berkenaan maklumat dan saluran komunikasi.
Adalah menjadi sesuatu perkara yang amat berguna sekiranya kita dapat belajar
tentang bagaimana komuniti menerima maklumat-maklumat sama ada melalui
kaca televisyen, radio, surat khabar dan melalui media-media massa lain. Begitu
juga, kita perlu tahu dan belajar tentang dari sumber manakah maklumat-
maklumat yang paling dipercayai oleh komuniti dan apakah persepsi mereka
tentang isu-isu dan masalah kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Pengetahuan dan pemahaman kita tentang sikap, pendapat, tahap pendidikan


dan penglibatan komuniti juga merupakan aset yang amat berguna bagi
membantu kita untuk merancang, membina dan merangka strategi program
komunikasi dalam kesihatan. Selain daripada itu, kita juga perlu mengetahui dan
mengenal pasti kelompok atau kumpulan yang bakal menentang atau menjadi
penghalang kepada program komunikasi kesihatan yang kita rancang.
Pengetahuan dan maklumat ini amat berguna kepada kita bagi merangka strategi
menangani kerenah dan permasalahan yang bakal dihadapi semasa program
komunikasi dalam kesihatan dijalankan.

9.2.3 Pembinaan Maklumat Komunikasi dalam


Kesihatan
Maklumat dalam komunikasi kesihatan perlulah jelas, ringkas dan tetap. Proses
pembinaan dan mengemas kini maklumat adalah secara berterusan. Idea utama
dan objektif komunikasi kesihatan perlulah dinyatakan secara jelas dan
seharusnya stabil dan tetap sepanjang proses komunikasi berlangsung.

Pendidikan adalah sebahagian daripada proses pembinaan komunikasi


kesihatan. Komunikasi dalam kesihatan perlu dimulakan dengan membenarkan
pendengar (kelompok sasaran) memahami isu-isu atau fakta-fakta yang
diutarakan daripada sudut pandangan saintifik atau perubahan. Maklumat-
maklumat tersebut termasuklah fakta-fakta berkenaan agen-agen penyebaran
penyakit, bagaimana ianya menjangkiti manusia dan pilihan rawatan yang boleh
diperoleh. Kesemua maklumat ini perlu dikarang dan disusun untuk mudah
difahami oleh para pendengar.

Maklumat-maklumat dalam komunikasi kesihatan seharusnya berfungsi


untuk:
(a) Menyiarkan dan menyebarkan maklumat;
(b) Menggalakkan pendengar untuk membuat keputusan;
(c) Mempromosikan tingkah laku yang sihat;
(d) Menggalakkan pertukaran maklumat dan sokongan emosi rakan sebaya;
(e) Menggalakkan penjagaan kendiri; dan
(f) Menggalakkan kesedaran kepada permintaan perkhidmatan kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  231

9.3 TATASUSILA KOMUNIKASI


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini komunikasi kesihatan lebih menumpukan
kepada cara-cara bagaimana menyebarkan maklumat berkenaan amalan dan
panduan-panduan kesihatan kepada individu dan komuniti. Namun demikian,
tumpuan komunikasi kesihatan dewasa ini telah berubah daripada saluran atau
medium yang lebih menumpukan terhadap penggunaan dan penyampaian
maklumat kepada proses dialog dan perbincangan kesihatan. Hasilnya kini, lebih
banyak tumpuan dan perhatian telah diberikan kepada persekitaran sosial dan
politik di mana pengaruh-pengaruh persekitaran ini lebih mempengaruhi
perubahan tingkah laku.

9.3.1 Ciri-ciri Komunikasi Kesihatan yang Berkesan


Antara ciri-ciri komunikasi kesihatan yang berkesan adalah, sila rujuk Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Ciri-ciri Komunikasi Kesihatan yang Berkesan

Ciri-ciri Penerangan
Ketepatan Maklumat yang sahih tanpa kesilapan fakta, interpretasi atau
pertimbangan.
Ketersediaan Kandungan maklumat disampaikan atau ditempatkan di tempat
di mana pendengar mudah memperolehnya.
Keseimbangan Di mana-mana perlu, kandungan maklumat mempersembahkan
faedah dan potensi risiko tindakan serta mempamerkan isu-isu
yang berbeza dan tepat daripada pelbagai perspektif.
Konsisten Kandungan maklumat kekal konsisten dan setara dengan
maklumat-maklumat daripada sumber-sumber lain.
Kompetensi budaya Reka bentuk, implimentasi dan proses penilaiannya mengambil
kira isu-isu istimewa yang berkaitan dengan komuniti, bangsa,
kumpulan umur, tahap pendidikan dan keupayaan.
Berdasarkan bukti Mengemukakan bukti-bukti saintifik yang relevan dan telah
melalui pelbagai analisis bagi mengemukakan panduan,
cadangan, kriteria dan amalan.
Kesampaian Kandungan maklumat yang hendak disampaikan berupaya
untuk sampai dan diterima oleh seramai pendengar yang
mungkin.
Kebolehpercayaan Sumber-sumber maklumat yang disampaikan adalah daripada
sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa dikemaskini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Pengulangan Penyampaian dan pemerolehan maklumat dilakukan berulang-


ulang kali bagi memperkukuhkan impak atau kesan komunikasi.
Tepat pada Maklumat disampaikan tepat pada masanya, terutama sekali
masanya pada ketika amat diperlukan.
Mudah difahami Tahap bahasa penyampaian maklumat mudah difahami dan
sesuai.

9.3.2 Matlamat Komunikasi Kesihatan


Banyak teori-teori, model, program-program kesihatan menggunakan
komunikasi kesihatan bagi mencapai matlamat kesihatan. Antara matlamat
komunikasi kesihatan adalah untuk;
(a) Mempromosikan tingkah laku kesihatan dengan menyampaikan maklumat
dan mendidik individu melalui penggunaan bahan-bahan dan aktiviti-
aktiviti berstruktur.
(b) Mempromosikan polisi-polisi, peraturan-peraturan dan program
meningkatkan tahap kesihatan melalui media massa.
(c) Menggalakkan diskusi umum berkaitan dengan isu-isu kesihatan,
persekitaran dan kaedah-kaedah menanganinya.

9.3.3 Saluran Komunikasi Kesihatan


Untuk mencapai keberkesanan komunikasi, penyampai maklumat perlu
mengetahui dan memahami apakah cara dan kaedah terbaik untuk
berkomunikasi dengan kelompok sasaran. Beliau juga perlu mengetahui
bagaimana individu dan komuniti memperoleh maklumat berkaitan dengan
kesihatan dan apakah saluran komunikasi yang dapat digunakan bagi
menyampaikan maklumat tersebut. Antara saluran-saluran komunikasi yang
dapat digunakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan dengan
kesihatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  233

Jadual 9.2: Saluran Komunikasi Kesihatan

Saluran Komunikasi Aktiviti Kelebihan


Interpersonal  Kaunseling  Menggalakkan perbincangan
 Pengajaran dua hala
 Perbincangan  Motivasi dan sokongan
 Paling efektif untuk mengajar
dan penjagaan
Komuniti dan  Perbincangan  Dipercayai
Organisasi umum  Dapat mencapai kelompok
 Mesyuarat dan sasaran yang ramai
ceramah  Menawarkan perkongsian
 Kempen-kempen pendapat dan idea
Media Massa  Iklan  Dapat capai kelompok sasaran
 Akhbar  Berita dan rencana yang ramai
 Ruangan pendapat  Maklumat dapat disampaikan
pembaca dengan cepat

 Radio  Iklan  Dapat capai kelompok sasaran


 Berita dan yang ramai
perbincangan  Peluang berinteraksi dua hala
umum  (soal jawab)
 Drama/Hiburan  Pendidikan melalui hiburan
 Televisyen  Iklan  Dapat capai kelompok sasaran
 Berita dan yang ramai
perbincangan  Peluang berinteraksi dua hala
umum (soal jawab)
 Drama/Hiburan  Pendidikan melalui hiburan
 Gabungan audio dan visual
dapat beri gambaran yang
lebih jelas kepada penonton.
 Internet  Laman web  Dapat capai kelompok sasaran
 E- mail  yang ramai
 ÂChatÊ  Peluang berinteraksi dua hala
 Berita  Maklumat sentiasa dikemas
 Iklan kini
 Interaktif
 Dapat menggabungkan
media-media

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

9.3.4 Media dan Komunikasi Kesihatan


Media boleh memainkan peranan yang penting untuk berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat berkaitan dengan kesihatan kepada masyarakat
umum kerana keupayaannya rangkaiannya yang luas. Media boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu:
(a) Media cetak (surat khabar, majalah, risalah); dan
(b) Media penyiaran (radio, televisyen).

Lazimnya pihak media akan memilih berita-berita yang menarik perhatian


umum sebagai bahan berita atau maklumat yang bakal disiarkan. Berita-berita
dan maklumat-maklumat ini termasuklah berita dan maklumat yang berkaitan
dengan kesihatan umum, gaya hidup, rekreasi, pendapat umum, polisi dan
peraturan yang berkaitan dengan kesihatan. Segala sumber berita dan maklumat
ini akan dikarang dan digarap dengan begitu menarik dan kreatif untuk
disampaikan kepada para pendengar, penonton dan pembaca.

Penglibatan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat umum


adalah dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, apabila sesuatu krisis atau wabak
berlaku dan mengancam kesihatan umum, media akan mula melaporkan berita
atau maklumat berkenaan krisis atau wabak tersebut dengan segera. Lazimnya,
liputan dan rangkuman maklumat yang dilaporkan ketika ini tidak lengkap. Ini
ialah kerana keutamaan media pada ketika itu adalah untuk memberi amaran
awal tentang krisis dan wabak tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi ruang
kepada masyarakat umum bersedia dan melakukan tindakan awal untuk
melindungi dan mencegah daripada krisis dan wabak tersebut.

Satu lagi cara media menyampaikan maklumat kepada umum adalah dengan
memfokuskan kepada isu-isu kesihatan yang khusus. Penyampaian maklumat
mengikut cara ini akan memberi ruang kepada media untuk menyampaikan
maklumat kesihatan secara lebih mendalam dan menyelitkan kajian-kajian,
penyelidikan serta pendapat pakar-pakar yang berkaitan dengan isu-isu tersebut.

SEMAK KENDIRI 9.1

Nyatakan matlamat komunikasi kesihatan.

AKTIVITI 9.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  235

9.4 PROGRAM KOMUNIKASI KESIHATAN


Subtopik ini akan membincangkan program komunikasi kesihatan dengan lebih
lanjut.

9.4.1 Peringkat Proses Komunikasi Kesihatan


Proses komunikasi kesihatan melibatkan empat peringkat iaitu, sila rujuk
Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Kitaran peringkat proses komunikasi kesihatan

(a) Merancang dan Merangka Strategi


Perancangan dan perangkaan strategi merupakan tapak atau asas kepada
program komunikasi kesihatan. Ianya akan membantu kita untuk:
(i) Memahami isu dan topik-topik kesihatan yang hendak diutarakan;
(ii) Menentukan peranan dan fungsi komunikasi kesihatan yang betul
dan sesuai;
(iii) Mengenal pasti pendekatan yang sesuai bagi menyokong tingkah laku
yang dikehendaki;
(iv) Mengukuhkan proses pembentukan program;
(v) Mencipta program komunikasi kesihatan yang menyokong objektif
dan matlamat program komunikasi kesihatan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

(vi) Menentukan keutamaan program;


(vii) Menentukan tanggungjawab yang bakal dipikul;
(viii) Menilai kemajuan program; dan
(ix) Menghindarkan bencana.

Proses merancang dan merangka strategi program komunikasi kesihatan


melibatkan enam langkah dan ditunjukkan dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3: Langkah merancang dan merangka strategi program komunikasi kesihatan

Pada peringkat perancangan dan perangkaan strategi ini, pengubal


program komunikasi kesihatan berupaya untuk mengenal pasti bagaimana
komunikasi boleh digunakan secara efektif untuk menangani isu-su serta
masalah kesihatan. Pada peringkat ini juga, beliau akan merancang,
merangka dan menentukan objektif serta strategi komunikasi yang bakal
digunakan untuk disampaikan kepada kelompok sasaran. Selain daripada
itu, beliau juga dapat merangka aktiviti dan pelan perkongsian serta
memilih saluran komunikasi yang sesuai yang boleh dimasukkan dalam
program komunikasi kesihatan bagi mengukuhkan lagi program yang telah
dirancang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  237

(b) Pembentukan dan Prapenilaian Konsep, Maklumat dan Bahan


Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan akan dapat
mengenal pasti apakah konsep, maklumat dan bahan yang paling sesuai
untuk digunakan dan untuk disampaikan kepada kelompok sasaran.
Peringkat pembentukan dan prapenilaian konsep, maklumat dan bahan ini
melibatkan lima langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Langkah pembentukan dan prapenilaian konsep, maklumat dan bahan

Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan berupaya


untuk membentuk dan membina konsep dan maklumat-maklumat
kesihatan yang berguna dan sesuai kepada kelompok sasaran. Beliau juga
dapat merangka dan merancang aktiviti-aktiviti serta memilih bahan-bahan
yang sesuai untuk disampaikan kepada kelompok sasaran. Di samping itu
juga, pada peringkat ini beliau dapat membuat prapenilaian terhadap
konsep, maklumat, aktiviti dan bahan-bahan yang dipilih sebelum
melaksanakan program komunikasi kesihatan.

(c) Perlaksanakan Program


Pada peringkat ini, penggubal program komunikasi kesihatan seharusnya
telah menyiapkan maklumat serta bahan-bahan yang mencukupi dan
tenaga kerja yang terlatih bagi melaksanakan program ini. Peringkat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

perlaksanaan program melibatkan beberapa langkah seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 9.5.

Rajah 9.5: Peringkat perlaksanaan program

Semasa perlancaran program, penggubal program perlu memikirkan


apakah acara dan agenda yang terbaik bagi menarik minat kelompok
sasaran (individu, keluarga dan komuniti) bagi menyertai program yang
bakal dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang boleh diberi perhatian
bagi menarik minat kelompok ini adalah:
(i) Acara/agenda pelancaran (contoh: Hari Aids);
(ii) Sidang akhbar;
(iii) Liputan media;
(iv) Jemputan;
(v) Penceramah; dan
(vi) Logistik.

Semasa proses penyebaran maklumat, beberapa perkara perlu diambil kira.


Antaranya ialah:
(i) Jumlah masa dan ruang yang diperuntukkan kepada saluran-saluran
komunikasi yang dipilih seperti akhbar, radio, televisyen dan internet
untuk menyebarkan maklumat kepada umum.
(ii) Jumlah risalah yang perlu dicetak dan diedarkan kepada umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  239

(iii) Jumlah ceramah dan sesi perbincangan.


(iv) Maklum balas daripada umum berkenaan program.
(v) Jumlah bahan atau aktiviti.

Proses promosi merupakan aspek penting dalam perlaksanaan sesuatu


program. Promosi yang berkesan akan menarik minat umum untuk mengikuti
sesuatu program. Oleh yang demikian, penggubal program komunikasi
kesihatan perlu mempelbagaikan program mempromosikan program yang
hendak dilaksanakan bagi menarik perhatian umum.

Akhir sekali penggubal program komunikasi kesihatan perlulah membuat


pemantauan dan penilaian terhadap program komunikasi kesihatan yang telah
beliau laksanakan. Dapatan daripada pemantauan dan penilaian ini adalah amat
penting bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesan prgoram yang telah
dilaksanakan. Beliau juga boleh membuat beberapa pengubahsuaian bagi
memastikan program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan
memberi kesan yang positif serta mencapai objektif yang diharapkan.

(d) Penilaian Program


Penilaian adalah penting kerana ianya dapat menunjukkan kepada kita
tentang sejauh mana program yang telah dilaksanakan mencapai objektif
komunikasinya. Ianya juga dapat membantu kita untuk membuat
perubahan atau pengubahsuaian terhadap program. Selain dari itu juga,
dapatan daripada penilaian program dapat membantu penganjur program
komunikasi kesihatan untuk:
(i) Mengesahkan keberkesanan atau penambahbaikan program,
(ii) Menambah keyakinan pihak-pihak lain untuk membantu dan
menyokong program, dan
(iii) Menarik minat pihak atau organisasi lain untuk menaja dan membuat
perkongsian.

Penilaian program merupakan suatu proses yang berulang-ulang. Ianya


dilakukan di setiap peringkat. Secara ringkas, penilaian yang dilakukan di
setiap peringkat proses program komunikasi kesihatan ditunjukkan dalam
Jadual 9.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Jadual 9.3: Jenis Penilaian Komunikasi Kesihatan

Peringkat Jenis Penilaian Faedah


Merancang dan  Penyelidikan  Menjawab pelbagai
merangka strategi Kepenggunaan persoalan seperti;
 Penyelidikan Pemasaran (a) Apakah dimensi
Menyediakan maklumat permasalahan kesihatan
terhadap; yang perlu ditangani?
(a) Permasalahan (b) Apakah kelompok
program sasaran?
(b) Kelompok sasaran (c) Apakah cara yang terbaik
(c) Halangan dan bagi mendekati
peluang kelompok ini?
(d) Apakah halangan yang
perlu ditangani?
(e) Apakah peluang yang
boleh diterokai?
Pembentukan dan  Prapenilaian Menilai  Menguji dan menjelaskan
prapenilaian konsep, reaksi maklumat, bahan atau
maklumat dan bahan terhadap cadangan aktiviti program
maklumat, bahan atau
aktiviti program
Pelaksanaan program  Penilaian Proses  Mengenal pasti ruang dan
Menilai dan perkara yang boleh
menentukan; dipertingkatkan semasa
(a) Apa yang telah program dijalankan.
dilaksanakan?  Mendokumentasi kemajuan
(b) Bila, di mana dan dan perjalanan program
bagaimana ianya (pemantauan).
dijalankan?
Penilaian program  Penilaian Hasilan  Menentukan sejauh mana
Mengukur sejauh mana kejayaan dan keberkesanan
keberkesanan atau program.
kejayaan program.
 Penilaian Impak
Mengukur sejauh mana
kesan program
terhadap objektif jangka
panjang program.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  241

Semasa membuat penilaian, penggubal program komunikasi kesihatan perlu


menimbangkan beberapa elemen penilaian. Antara elemen-elemen penting
penilaian yang perlu diberi perhatian adalah, sila rujuk Jadual 9.4.

Jadual 9.4: Elemen-elemen Penting Penilaian

Elemen-elemen Penerangan
Pernyataan objektif Pernyataan objektif komunikasi perlulah jelas untuk
komunikasi memudahkan penilai menilai keberkesanan program.
Definisi Untuk menentukan apakah aspek yang perlu diukur.
pengumpulan data
Methodologi Rekabentuk kajian perlulah menunjukkan kesahannya.
Instrumentasi Instrumentasi pengumpulan data perlulah dibentuk dan
disahkan kebolehpercayaannya.
Pengumpulan data Melibatkan proses pengumpulan maklumat berkenaan
program.
Pemerosesan data Menukarkan data yang dikumpul ke dalam format yang boleh
digunakan untuk dianalisis.
Analisis data Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan
melalui aplikasi statistik.
Pelaporan Laporan penuh hasil penilaian. Ini termasuklah rumusan dan
cadangan bagi penambahbaikan untuk kajian atau program
akan datang.

9.4.2 Cabaran, Kelainan dan Peluang dalam


Komunikasi Kesihatan
Berikut dinyatakan cabaran, kelainan dan peluang dalam komunikasi kesihatan:

(a) Cabaran
Persekitaran komunikasi kesihatan telah mengalami perubahan yang amat
ketara. Komunikasi wujud dalam pelbagai konteks (sekolah, rumah dan
tempat kerja), melalui pelbagai saluran (interpersonal, komuniti, media
massa) dan dengan pelbagai maklumat serta pelbagai alasan. Salah satu
cabaran utama dalam membentuk program komunikasi kesihatan yang
efektif adalah untuk mengenal pasti konteks, saluran, kandungan
maklumat dan alasan yang boleh memotivasikan orang ramai untuk
memberi perhatian dan menggunakan maklumat-maklumat berkaitan
dengan kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Kebergantungan terhadap media massa atau satu komponen aktiviti


komunikasi sahaja tidak cukup untuk mencapai matlamat komunikasi
kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa komunikasi kesihatan yang
disokong oleh pelbagai saluran komunikasi dapat mencapai matlamat
untuk menarik perhatian masyarakat umum untuk menggunakan
maklumat yang disampaikan kepada mereka (Maibach dan Parrott, 1995).

Satu lagi cabaran utama komunikasi kesihatan adalah berkaitan dengan


kerahsiaan maklumat kesihatan peribadi individu. Polisi dan prosedur
perlu dibentuk bagi mengimbangi hak kerahsiaan dan keperluan untuk
mendapatkan maklumat kesihatan yang bersesuaian. Maklumat-maklumat
kesihatan seharusnya bukan sahaja mudah didapati malah ianya perlulah
berkualiti dan releven dengan keperluan individu.

(b) Kelainan
Kajian menunjukkan bahawa masih terdapat jurang pengetahuan yang
memisahkan golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah
dan berpendapatan rendah dengan golongan yang berpendidikan tinggi
dan berpendapatan tinggi. Jurang yang dimaksudkan itu adalah jurang
digital. Jurang ini menjadi lebih kritikal apabila jumlah dan kepelbagaian
sumber daripada ÂInternetÊ meningkat dan memerlukan kemahiran yang
lebih canggih.

Perbezaan keupayaan individu untuk membaca dan memahami bahan dan


maklumat berkaitan dengan kesihatan merupakan satu lagi faktor yang
menyumbang ke arah kelainan terhadap kesihatan. Individu yang
mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah mendapati dirinya sukar
untuk memahami isu-isu serta maklumat berkaitan kesihatan (Baker,
Parker dan Williams, 1997).

Individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti asma,


hipertensi, diabetes dan tahap kemahiran membaca yang rendah didapati
menunjukkan kekurangan pengetahuan tentang keadaan tahap kesihatan
mereka berbanding dengan individu yang mempunyai tahap kemahiran
membaca yang tinggi (Williams, Baker dan Parker, 1998).

(c) Peluang
Bagi memastikan komunikasi kesihatan dapat menyumbang ke arah
meningkatkan tahap kesihatan individu dan komuniti maka kerjasama
daripada semua pihak dalam mempelbagaikan aktiviti dan program
berkaitan dengan kesihatan adalah sangat-sangat diperlukan. Antara
kerjasama dan kolaborasi aktiviti yang dapat disumbangkan adalah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  243

(i) Inisiatif untuk membina sistem maklumat yang dapat diperoleh dan
diterokai oleh semua golongan masyarakat.
(ii) Memberi latihan kepada kakitangan kesihatan berkenaan komunikasi
serta penggunaan teknologi komunikasi.
(iii) Penilaian program-program intervensi, dan
(iv) Mempromosikan pemahaman serta pengamalan komunikasi kesihatan
yang efektif.

Usaha-usaha juga sedang giat dilakukan di seluruh dunia bagi


membangunkan infrastruktur maklumat global untuk menyokong
peningkatan tahap kesihatan warga dunia. Infrastruktur-infrastruktur yang
bakal dibina itu nanti bukan hanya akan memudahkan orang ramai untuk
menggunakan maklumat-maklumat kesihatan malah memungkinkan
mereka untuk mencipta sumber-sumber bagi menguruskan kesihatan diri
serta membantu untuk mempengaruhi kesihatan komuniti.

AKTIVITI 9.2

Mengapa perlu dilakukan penilaian terhadap program komunikasi


kesihatan? Bincangkan.

• Topik ini telah membincangkan tentang komunikasi dalam kesihatan.

• Ianya juga menjelaskan tentang definisi dan kepentingannya terhadap


kesihatan individu.

• Di samping itu juga topik ini mengutarakan pelbagai saluran komunikasi


yang boleh digunakan bagi mendidik masyarakat umum tentang
kepentingan kesihatan.

• Bagi mencapai matlamat tersebut, program komunikasi kesihatan perlu


dirancang dengan baik dan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN

Komunikasi dalam kesihatan Teori pembelajaran sosial


Model kepercayaan terhadap kesihatan Teori penyebaran

1. Jelaskan apakah definisi komunikasi dalam kesihatan?

2. Apakah model dan teori yang boleh membantu kita untuk merancang dan
merangka bentuk komunikasi dalam kesihatan?

3. Senaraikan dua proses yang terlibat mengawal pembelajaran melalui


pemerhatian.

4. Apakah dua komponen utama dalam Teori Penyebaran?

1. Berikan dua fungsi maklumat-maklumat dalam komunikasi kesihatan.

2. Senaraikan dua ciri-ciri komunikasi kesihatan yang berkesan.

3. Nyatakan kelebihan saluran komunikasi ÂInternetÊ dalam komunikasi


kesihatan.

4. Apakah cabaran-cabaran utama komunikasi kesihatan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KOMUNIKASI DALAM KESIHATAN  245

Baker, D. W., Parker, R. M., & Williams, M. V. (1997). The relationship of patient
reading ability to self-reported health and use of health services. American
Journal of Public Health 87:1027-1030.
Elayne, C., & Vicki, F. (1995). Journal of health education, vol. 26, no. 2.
Jackson, L. D., & Duffy, B. K. (1998). (eds). Health communication research.
Westport, CT: Greenwood.
Maibach, E., & Parrott, R. L. (1995). Designing health messages. Thousand Oaks,
CA: Sage Publications.
Rosenstock, L., & Cullen, M. R. (1994). Textbook of clinical occupational and
environmental medicine, Philadelphia: Saunders; 68.
U.S. Department Of Health And Human Services. (2005). Making health
communication programs work. NIH Pub.
U.S. Department Of Health And Human Services. (2005). Theory at a glance: A
guide for health promotion practice. NIH Pub.
Williams, M. V., Baker, D. W., & Parker, R. M. (1998). Relationship of functional
health literacy to patientsÊ knowledge of their chronic disease. A study of
patients with hypertension and diabetes. Archives of Internal Medicine
158:166-172.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Profesional
10 Pendidikan
Kesihatan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud profesional kesihatan;
2. Menghuraikan sikap, penampilan, budaya, kepercayaan dan
kemahiran profesional kesihatan;
3. Mengenal pasti agensi serta organisasi kesihatan di sekolah, dalam
dan luar negara; dan
4. Menjelaskan peranan, penggunaan dan perkhidmatan profesional
kesihatan.

 PENGENALAN
Sejajar dengan kemajuan teknologi dan era globalisasi, kerjaya dalam bidang
pendidikan kesihatan kini mengalami pelbagai perubahan dan menawarkan
pelbagai peluang pekerjaan yang menarik lagi mencabar. Topik terakhir modul
ini akan membincangkan tentang profesional pendidikan kesihatan dengan
menyeluruh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  247

10.1 MAKSUD PROFESIONAL KESIHATAN


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan profesional kesihatan? Apakah
pendekatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh para ahli professional
kesihatan? Sebelum kita meneroka dengan lebih jauh lagi berkenaan profesional
kesihatan, kita perlu mengetahui apakah tujuan profesion kesihatan itu sendiri.

Profesional kesihatan membawa maksud seseorang yang mengamalkan


kemahiran atau pertimbangan atau menyediakan perkhidmatan yang berkaitan
dengan:
(a) Pengekalan atau peningkatan tahap kesihatan individu atau
(b) Perawatan atau penjagaan terhadap individu yang mengalami kecederaan,
mengidap penyakit, kurang upaya atau keuzuran.

Antara peranan utama yang perlu dimainkan oleh para profesional kesihatan
adalah;
(a) Merawat;
(b) Menyelia;
(c) Menasihat;
(d) Membimbing; dan
(e) Membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.

Sebagai contoh seorang doktor akan mengenal pasti masalah kesihatan pesakit
dan mencadangkan kaedah rawatan manakala para jururawat pula akan menjaga
serta merawat pesakit. Inspektor kesihatan memainkan peranannya menyelia
dan mengawasi sesuatu kawasan di perbandaran, majlis tempatan atau daerah
bagi memastikan kesihatan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih dan
tidak diancam oleh pencemaran dan penyakit. Pakar psikologi dan pakar
pemakanan pula membimbing dan memberi nasihat kepada pesakit manakala
para penyelidik akan membuat kajian di makmal-makmal bagi mengenal pasti
punca dan menangani masalah kesihatan atau penyakit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

10.1.1 Sikap dan Penampilan


Sikap dan penampilan yang baik akan membantu seseorang untuk melaksanakan
tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik dan berkesan. Selain daripada
itu, seseorang individu akan merasa seronok dan selesa apabila melaksanakan
tugas sekiranya beliau mempunyai sikap dan penampilan yang baik.

Antara sikap dan penampilan yang baik yang boleh diamalkan oleh seseorang
individu semasa menjalankan tugas adalah:
(a) Bertanggungjawab;
(b) Sentiasa bersikap positif;
(c) Mesra;
(d) Sentiasa bertenaga;
(e) Sedia membantu (Âringan tulangÊ);
(f) Berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi; dan
(g) Sedia untuk belajar dan memperbaiki diri dan kemahiran.

10.1.2 Budaya dan Kepercayaan


Bagi mempastikan segala tugas, amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan setiap ahli profesional kesihatan perlu mempunyai
budaya dan kepercayaan yang teguh terhadap profesion mereka. Seseorang
pengamal profesion kesihatan perlu mempunyai budaya kerja yang baik dan
berkesan. Beliau juga perlu mempunyai kepercayaan terhadap profesion yang
diceburinya itu mampu memberi khidmat dan faedah kepada pelanggan dan
orang ramai. Ini boleh dicapai melalui kod dan etika tugas profesional kesihatan.
Kod dan etika tugas professional kesihatan bertujuan untuk menjaga dan
mengawal tingkah laku pengamal profesional kesihatan semasa mereka
melaksanakan tugas. Secara umumnya, antara perkara yang terkandung dalam
kod dan etika profesional kesihatan adalah, sila rujuk Jadual 10.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  249

Jadual 10.1: Kod dan Etika Profesional Kesihatan

Kod dan Etika Penerangan


Tanggungjawab Pengamal profesion kesihatan mempunyai tanggungjawab
terhadap masyarakat yang besar untuk mendidik orang ramai bagi tujuan
mempromosi, pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan
individu, keluarga dan masyarakat. Mereka perlu melayan dan
memberi pertimbangan sepenuhnya kepada setiap isu-isu atau
masalah-masalah kesihatan yang timbul.
Tanggungjawab Pengamal profesion kesihatan adalah bertanggungjawab
terhadap profesion terhadap tingkah laku profesion mereka. Mereka juga
bertanggungjawab terhadap reputasi profesion dan sentiasa
menjaga dan meningkatkan kod etika kerja dalam kalangan
rakan sekerja.
Tanggungjawab Pengamal profesion kesihatan perlu mengetahui dan
terhadap majikan memperakui sempadan dan had kompetensi profesion mereka.
Mereka perlu bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti dan
tindakan yang mereka lakukan berkaitan dengan profesion
mereka.
Tanggungjawab Pengamal profesion kesihatan perlu ikhlas, tulus dan jujur
dalam dalam menyampai dan melaksanakan perkhidmatan mereka.
menyampaikan dan Mereka perlu menghormati, hak, kerahsiaan, maruah dan
melaksanakan martabat semua pihak dengan mengadaptasikan kaedah serta
perkhidmatan strategi yang baik dan berkesan.

10.1.3 Kemahiran
Kemahiran kerja amat diperlukan bagi membolehkan pengamal profesion
kesihatan melaksanakan peranan dan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Antara kemahiran yang perlu ada pada setiap pengamal profesion kesihatan
adalah;
(a) Kebolehan berfikir dan bertindak dengan cepat dan betul,
(b) Mengamalkan mutu kerja yang cekap,
(c) Berkomunikasi dengan baik,
(d) Boleh berinteraksi dengan orang ramai dengan baik,
(e) Mampu menjangka dengan tepat, menganalisis dan merekod, dan
(f) Boleh mengawal emosi dalam pelbagai situasi.

Bidang profesion kesihatan memerlukan latihan dan kemahiran yang khusus.


Oleh yang demikian kelayakan ikhtisas amat diperlukan di samping kelayakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

akademik. Sebagai contoh, seorang ahli farmasi perlu mempunyai kelayakan


akademik di peringkat diploma atau ijazah asas dalam bidang farmasi. Beliau
juga perlu menjalani latihan ikhtisas yang khusus dalam ubat-ubatan dan
menjalani latihan amali dalam jangka masa tertentu sebelum melaksanakan
tugasnya sebagai ahli farmasi.

MENGAPA SAYA PERLU MENJADI SEORANG PENDIDIK KESIHATAN?

Anda seharusnya menjadi pendidik kesihatan sekiranya anda mempunyai


perasaan dan sikap ingin membantu orang ramai untuk hidup sihat, cergas
dan sempurna. Pendidik kesihatan sering memberi tumpuan terhadap isu-isu
serta masalah-masalah kesihatan yang menyeluruh yang bakal memberi
impak terhadap kualiti hidup.

Pendidik kesihatan membantu individu dan orang ramai membina strategi


yang sistematik dan berkesan bagi meningkatkan pengetahuan, sikap,
kemahiran dan tingkahlaku berkaitan kesihatan. Tujuan utama profesion ini
adalah secara positif mempengaruhi tingkah laku kesihatan, gaya hidup dan
cara bekerja individu serta orang ramai ke arah gaya hidup dan tahap
kesihatan yang berkualiti.

Sebagai pendidik kesihatan, anda akan bekerja untuk meningkatkan status


kesihatan individu, keluarga, negeri dan negara. Dengan memberi tumpuan
terhadap pencegahan, anda akan membantu mengurangkan kos kewangan
dan sumber manusia yang bakal dibelanjakan oleh individu, keluarga,
masyarakat dan negara untuk mendapatkan rawatan perubatan.

AKTIVITI 10.1

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, apakah peranan dan


sumbangan yang boleh anda lakukan sebagai guru pendidikan
kesihatan bagi meningkatkan status kesihatan para pelajar anda di
sekolah? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  251

10.2 AGENSI / ORGANISASI KESIHATAN


Subtopik ini akan membincangkan agensi dan organisasi kesihatan dengan lebih
lanjut.

10.2.1 Agensi / Organisasi Kesihatan Luar Negara


Berikut adalah dinyatakan antara agensi dan organisasi kesihatan luar negara:

(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah organisasi Bangsa-bangsa
Bersatu yang khusus untuk kesihatan. Ianya ditubuhkan pada 7 April 1948.
WHO dianggotai oleh 192 ahli yang ditadbir melalui persidangan kesihatan
Bangsa-bangsa Bersatu. Tujuan utama persidangan kesihatan ini adalah
untuk memperakui program dan anggaran perbelanjaan badan tersebut
untuk era biennium yang akan datang serta memutuskan beberapa
persoalan polisi utama dunia yang berkaitan dengan kesihatan. Objektif
utama WHO adalah supaya semua warga dunia memperoleh tahap
kesihatan yang tertinggi. Berpdanukan Matlamat Pembangunan
Millennium (MDGs), WHO telah menggariskan beberapa deklarasi iaitu
antara beberapa hasilan yang sepatutnya dicapai oleh pembangunan
adalah;
(i) Kurangnya kadar kematian di kalangan wanita semasa melahirkan
anak;
(ii) Ramai bayi dapat hidup dalam usia awal hidup;
(iii) Menangani HIV/AIDS;
(iv) Memastikan orang ramai mempunyai kemudahan untuk
mendapatkan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan; dan
(v) Tahap kesihatan yang lebih baik sambil mengurangkan tahap
kemiskinan.

(b) Pertubuhan Kanak-Kanak Sedunia (UNICEF)


Melalui keanggotaan 155 negara, UNICEF merupakan pertubuhan yang
membela kebajikan kanak-kanak yang terunggul di dunia dewasa ini.
UNICEF mempunyai pejabat operasinya di kebanyakan negara di dunia ini.
Ibu pejabat UNICEF adalah di New York, Amerika Syarikat yang mana
polisi global berkaitan kanak-kanak dibentuk. Setiap pejabat operasi di
negara-negara dunia menjalankan misi UNICEF melalui kerjasama unik
yang dibentuk dengan kerajaan-kerajaan tempatan. Program jangka masa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

lima tahun UNICEF menumpukan kepada cara atau langkah-langkah


praktikal bagi merealisasikan hak-hak wanita dan kanak-kanak.

UNICEF juga mempunyai pejabat-pejabat wilayah yang memantau


kegiatan dan aktiviti pejabat-pejabat operasinya di seluruh dunia. Di
samping itu juga, UNICEF mempunyai pejabat yang khusus beroperasi dan
menjalankan kegiatan serta program yang khusus seperti:
(i) Pejabat UNICEF di Copenhagen, Denmark yang khusus menyediakan
vaksinvaksin penyelamat kepada kanak-kanak di negara-negara
membangun.
(ii) Pejabat UNICEF di Itali, Jepun dan Brussels yang khusus untuk
menyelaras kutipan dana dan hubungan dengan penggubal-
penggubal polisi.

Terdapat 37 jawatan kuasa yang membantu UNICEF menjalankan program


dan aktivitinya di seluruh dunia. Pertubuhan bukan kerajaan ini membantu
UNICEF mempromosikan hak-hak kanak-kanak, mengumpul dana,
mencipta perkongsian pintar dan menyediakan sokongan-sokongan lain.

Dana UNICEF dibantu sepenuhnya melalui sumbangan dana sukarela.


Kerajaan-kerajaan dunia merupakan penyumbang utama dana UNICEF
(dua pertiga) manakala sebahagian lagi disumbangkan oleh sektor-sektor
swasta dan perseorangan (satu pertiga).

Memantau kegiatan UNICEF adalah 36 ahli jawatan kuasa eksekutif yang


dilantik daripada wakil-wakil kerajaan di Bangsa-bangsa Bersatu. Jawatan
kuasa ini menggubal dan membentuk polisi, meluluskan program-program
dan membuat keputusan berkenaan perancangan pentadbiran serta
pengurusan kewangan UNICEF. Ahli-ahli jawatan kuasa ini lazimnya
dipilih dan dilantik untuk menjalankan tugas selama tiga tahun bagi satu
penggal.

(c) Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)


Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia ataupun singkatannya MERCY
ditubuhkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood pada Jun 1999. Sebagai
pertubuhan bukan kerajaan, MERCY Malaysia ditubuhkan dengan
matlamat untuk;
(i) Ceningkatkan kesedaran dan semangat mengambil berat,
kesukarelaan dan kemanusian di kalangan ahli tanpa mengambil kira
kaum, agama dan budaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  253

(ii) Menyediakan bantuan kemanusiaan terutama sekali dalam bentuk


bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing apabila
diperlukan.
(iii) Mendidik masyarakat, termasuk para profesional perubatan tentang
bantuan kecemasan dan kerja-kerja bantuan yang berkaitan dengan
perubatan.
(iv) Mendapatkan bantuan kewangan daripada badan korporat, kerajaan
dan pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan serta orang ramai.

Visi MERCY
ÂKecemerlangan dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan dan perubatan
kepada semua.Ê

Misi MERCY
ÂMERCY Malaysia adalah organisasi bantuan perubatan yang berdedikasi untuk
menyediakan bantuan kemanusiaan pada situasi krisis dan bukan krisis tanpa
mengambil kira kaum, agama, budaya dan sempadan.

AKTIVITI 10.2

Nyatakan kesamaan dan perbezaan yang wujud di antara WHO,


UNICEF dan MERCY.

10.2.2 Agensi / Organisasi Kesihatan dalam Negara


Berikut adalah dinyatakan antara agensi dan organisasi kesihatan dalam negara:

(a) Kementerian Kesihatan Malaysia


Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang
bertanggungjawab menjaga dan menangani hal ehwal yang berkaitan
dengan kesihatan di negara kita. Antara misi dan objektif kementerian ini
adalah;

Misi
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi
merangsang dan memudahkan rakyat untuk:
(i) Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(ii) Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai; dan


(iii) Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan
status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Objektif
Untuk membantu seseorang individu itu supaya mencapai dan
mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan
kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan
menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakkan, pencegahan, rawatan
dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi
penekanan kepada golongan- golongan yang kurang bernasib baik.

(b) Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Bahagian Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu daripada bahagian-
bahagian yang wujud di Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Bahagian ini mulai beroperasi sebagai Unit Pendidikan Kesihatan
di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1968. Pada
masa itu fungsi utama Unit Pendidikan Kesihatan adalah untuk
menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti filem-filem
kesihatan dan bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan untuk
digunakan oleh anggota Kesihatan dalam menjalankan aktiviti pendidikan
kesihatan di seluruh negara.

Pada tahun 1993, Unit Pendidikan Kesihatan dinaikkan taraf ke Bahagian


Pendidikan Kesihatan di bawah Sistem Saraan Baru. Kini skop
perkhidmatan yang diberi oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan telah
diperluaskan daripada peringkat kebangsaan sehingga peringkat negeri,
hospital-hospital negeri, beberapa hospital daerah dan beberapa daerah
kesihatan.

Visi
Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang promosi
kesihatan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan Cara Hidup
Sihat dan seterusnya menikmati kesihatan yang optima.

Misi
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan
kesihatan rakyat Malaysia melalui;
(i) Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang
inovatif, saksama dan tepat pada waktu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  255

(ii) Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat


bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan
mereka.
(iii) Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang berkaitan dan dengan sektor swasta.

Objektif
Fungsi Utama Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk merancang,
mengurus pelaksanaan, menyelaras dan menilai program pendidikan dan
promosi kesihatan di seluruh negara.

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan,


Kementerian Kesihatan Malaysia adalah;
(i) Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program
pendidikan dan promosi kesihatan;
(ii) Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat,
sambutan hari-hari kesihatan dan program-program khas;
(iii) Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan;
(iv) Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa;
(v) Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan/promosi
kesihatan; dan
(vi) Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.

(c) Persatuan Pencegahan Tuberculosis Malaysia (MAPTB)


Persatuan Pencegahan Tuberculosis Malaysia (MAPTB), adalah persatuan
yang memainkan peranan dalam program-program pencegahan penyakit
Tuberculosis di Malaysia. Antara visi dan matlamat persatuan ini adalah;

Visi
(i) Pencegahan, pengawalan dan perawatan Tuberculosis di Malaysia
serta menyediakan kebajikan yang diperlukan oleh pesakit-pesakit
TB.
(ii) Visi/misi ini dapat dicapai melalui kerjasama yang erat dengan
Kementerian Kesihatan, dan dengan lain-lain pertubuhan bukan
kerajaan dan juga dengan organisasi-organisasi komuniti dalam
semangat kesukarelaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

Matlamat dan objektif


(i) Untuk mendidik orang ramai berkenaan Tuberculosis;
(ii) Untuk menggalakkan individu yang mempunyai tanda-tanda TB
mendapatkan nasihat perubatan awal;
(iii) Untuk memastikan individu yang menghidap TB menjalani rawatan
sepenuhnya;
(iv) Untuk memberi bantu kewangan yang diperlukan oleh pesakit TB;
dan
(v) Untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkhidmatan
percuma yang disediakan oleh kerajaan bagi tujuan rawatan dan
diagnosis TB.

(d) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)


Majlis Kanser Nasional (MAKNA), ditubuhkan pada March 1995 dengan
objektifnya untuk mengumpul dan mengembeling segala usaha, kepakaran
dan kewangan semua sector di dalam masyarakat bagi melawan kanser dan
mengurangkan kesakitan, keresahan fikiran dan kesengsaraan yang
ditanggung oleh pesakit-pesakit kanser.

Antara tumpuan utama MAKNA adalah:


(i) Sentiasa mengekalkan kesejajaran berkenaan penemuan terkini,
maklumat, teknologi dan perkembangan rawatan kanser;
(ii) Menggalak, menyokong dan melaksanakan penyelidikan yang
berkaitan dengan rawatan serta terapi kanser;
(iii) Secara berterusan menyediakan program-program kesedaran
berkenaan kanser bagi mendidik dan menggalakkan pemahaman
gaya hidup sihat; dan
(iv) Meningkatkan dana yang mencukupi bagi menyediakan
perkhidmatan berkaitan kanser kepada masyarakat.

Matlamat MAKNA
MAKNA secara seimbang berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan
jagaan dan rawatan kanser yang terulung kepada masyarakat. Matlamat
MAKNA adalah:
(i) Mendidik orang ramai tentang punca kanser dan menggalakkan gaya
hidup yang sihat;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  257

(ii) Mengumpulkan kakitangan yang terlatih dan lengkap bagi


memberikan khidmat penjagaan dan perawatan yang terbaik kepada
pesakit kanser;
(iii) Menyediakan kemudahan penyaringan dan diagnostik awal untuk
mengesan tanda awal kanser;
(iv) Sebagai sumber, pengumpulan dan penyebaran maklumat yang
berkesan kepada semua lapisan masyarakat;
(v) Menggalak, menyokong dan melaksanakan penyelidikan klinikal dan
asas sains berkaitan kanser yang bakal membawa kepada pendekatan
rawatan yang inovatif; dan
(vi) Mampu menguruskan program bursa bagi menyediakan bantuan
kewangan kepada pesakit kanser yang kurang mampu menanggung
kos rawatan kanser.

(e) Institut Jantung Negara (IJN)


Ditubuhkan pada tahun 1992, Institut Jantung Negara atau IJN berazam
untuk memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit jantung dengan
menyediakan khidmat kardiologi dan pembedahan kardiothorasik untuk
orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebagai satu-satunya pusat bagi mendapatkan kepakaran berkenaan


pengurusan dan rawatan penyakit jantung, IJN menawarkan pelbagai
perkhidmatan yang komprehensif untuk ubatan penyakit kardiovaskular,
terapi dan pembedahan-pembedahan terbuka, tertutup, thoraksik dan
pemindahan jantung. Antara visi dan misi IJN adalah;

Visi
Sebagai pusat kecemerlangan global dalam penjagaan thoraksik dan
kardiovaskular.

Misi
(i) Bertanggungjawab untuk menyediakan rawatan thoraksik dan
kardivaskular yang terbaik dan berkualiti;
(ii) Mampu menguruskan kewangan sendiri;
(iii) Berperanan sebagai entiti korporat yang komited untuk menyediakan
perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan cemerlang; dan
(iv) Menerajui penyelidikan, pembangunan dan latihan bagi
memperkembangkan keupayaan rawatan thorasik dan
kardiovaskular.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

Sebagai pusat yang unggul di rantau ini, Institut Jantung Negara telah
mencatat beberapa kejayaan. Antaranya adalah:
(i) Pertama di Asia dan rantau Australasia menjalankan pembedahan
endoskopik bagi merawat fibrillasi atrial.
(ii) Pertama di negara ini menjalankan pemindahan paru-paru.
(iii) Pertama di Asia dan rantau Australasia menjalankan implan alat
bantuan jantung mekanikal IVAD.
(iv) Satu-satunya pusat jantung di Asia yang dipilih sebagai tempat untuk
menjalankan prosedur transmisi intervensi kardiologi kepada
Persidangan EURO PCRO5 yang berlangsung di Paris.
(v) Pertama di rantau dan negara ini menjalankan pembedahan pintasan
jantung terhadap pesakit yang sedar.
(vi) Pertama di negara ini menjalankan pemindahan sel stem kepada
pesakit yang mengalami penyakit jantung peringkat akhir.

AKTIVITI 10.3

Nyatakan bagaimana Bahagian Pendidikan Kesihatan mempromosikan


Kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

10.2.3 Agensi/Organisasi Kesihatan Peringkat Sekolah


Berikut dinyatakan antara agensi dan organisasi kesihatan peringkat sekolah:

(a) Program Doktor Muda


Program Doktor muda merupakan program perkongsian pintar antara
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan sokongan beberapa agensi-agensi lain bagi mempromosikan
kesihatan pelajar sekolah rendah melalui konsep ÂempowermentÊ. Program
ini adalah program yang berpusatkan sekolah (school based programed)
yang bermatlamatkan untuk melahirkan sekumpulan pelajar yang
mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai
agen mempromosikan kesihatan yang baik dalam kalangan rakan sebaya,
masyarakat sekolah serta ahli keluarga.

Doktor muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah
berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Para pelajar ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  259

kemudiannya dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa


aspek kesihatan yang releven. Para pelajar ini seterusnya akan bertindak
sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan,
sikap dan amalan kesihatan.

Program Doktor Muda merupakan pendekatan proaktif yang berkonsepkan


ÂDari Pelajar Untuk PelajarÊ. Ianya perlu dilaksanakan di sekolah rendah
yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat untuk
melahirkan para pelajar yang sihat, cergas serta cerdas.

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah


rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka
dapat mempertingkatkan lagi taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka
serta untuk:
(i) Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota
keluarga ke arah mengamalkan gaya hidup sihat;
(ii) Membolehkan pelajar menjadi pembimbing dan contoh (role model)
ke arah amalan hidup sihat;
(iii) Membolehkan pelajar membantu kakitangan kesihatan dan pihak
sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah;
(iv) Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah yang lain
dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar;
(v) Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian yang
sewajarnya kepada kesihatan pelajar; dan
(vi) Mempertingkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan
Jabatan Pelajaran dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik
dalam kalangan pelajar.

Aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda ini adalah sejajar dengan
peranan penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan
kesihatan di sekolah. Antaranya adalah;
(i) Membimbing pelajar ke arah cara hidup yang sihat;
(ii) Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat;
(iii) Membantu kakitangan kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti
perkhidmatan yang dijalankan di sekolah;
(iv) Pemberitahuan masalah kesihatan;
(v) Merawat kecederaan ringan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(vi) Menyertai atau membantu kempen-kempen serta sambutan hari-hari


khas kesihatan di sekolah;
(vii) Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan;
(viii) Menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis,
mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan di kalangan pelajar; dan
(ix) Menganjurkan kempen-kempen kesihatan.

10.3 PENDIDIK KESIHATAN


Apakah sebenarnya pendidik kesihatan? Apakah tugas pendidik kesihatan ini
dan di manakah pendidik kesihatan melaksanakan tugasnya?

10.3.1 Apakah Dia Pendidik Kesihatan?


Pendidik kesihatan merupakan bidang profesion yang menarik dan semakin
berkembang di negara kita dewasa ini. Ianya merupakan bidang kerja yang
wujud dalam:
(a) Agensi kesihatan awam;
(b) Badan-badan sukarela;
(c) Pertubuhan bukan kerajaan;
(d) Institusi pendidikan (sekolah, kolej, universiti);
(e) Organisasi pengurusan penjagaan kesihatan;
(f) Klinik dan hospital; dan
(g) Sektor perniagaan dan industri.

Pendidik kesihatan secara umumnya bertindak untuk mempengaruhi tingkah


laku kesihatan dan gaya hidup individu dan masyarakat. Profesion ini
memerlukan latihan yang khusus dan intensif dalam bidang:
(a) Promosi kesihatan;
(b) Pengurusan penyakit;
(c) Kepenggunaan kesihatan;
(d) Literatur kesihatan; dan
(e) Pendidikan pesakit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  261

10.3.2 Tugas Umum Pendidik Kesihatan


Antara tugas dan peranan umum yang dimainkan oleh Pendidik Kesihatan
adalah;
(a) Melaksanakan penilaian kesihatan komuniti;
(b) Mengenal pasti keperluan kesihatan komuniti;
(c) Mencetus dan merancang program-program kesihatan yang berkesan;
(d) Merangka dan melaksanakan kurikulum kesihatan;
(e) Membina bahan-bahan program kesihatan;
(f) Menguruskan perkongsian pintar antara komuniti dengan agensi-agensi
berkaitan dengan kesihatan;
(g) Menjalankan penyelidikan;
(h) Menjalankan pemasaran sosial dan komunikasi kesihatan; dan
(i) Merancang dan melaksanakan kempen media berkaitan dengan kesihatan.

10.3.3 Tugas Khusus Pendidik Kesihatan


Berikut dinyatakan tugas khusus pendidik kesihatan:

(a) Tugas Pendidik Kesihatan di Sekolah


Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di sekolah adalah:
(i) Mengajar pendidikan kesihatan;
(ii) Menggalak dan melaksanakan program kesihatan yang komprehensif
kepada seluruh warga sekolah termasuk guru-guru, kakitangan
sekolah dan paranan ibu bapa;
(iii) Menggalakkan persekitaran sekolah yang sihat dan selamat;
(iv) Menggalakkan perkongsian pintar antara sekolah dan pihak luar
berkaitan dengan kesihatan;
(v) Membina kaedah dan bahan pengajaran yang inovatif; dan
(vi) Menggalak, menyelaras dan menilai program-program kesihatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(b) Tugas Pendidik Kesihatan di Kolej dan Universiti


Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di kolej dan universiti
adalah:
(i) Memberi kuliah pendidikan kesihatan;
(ii) Membina persekitaran yang sihat dan selamat;
(iii) Membina inisiatif pilihan yang sihat kepada pelajar;
(iv) Menganjurkan sesi-sesi bimbingan kepada pelajar;
(v) Menganjurkan program-program kecergasan dan kesihatan;
(vi) Menganjurkan seminar, bengkel dan forum berkenaan kesihatan;
(vii) Menganjurkan kempen-kempen; dan
(viii) Menganjurkan projek-projek yang berkaitan dengan kesihatan seperti:
• Kepenggunaan kesihatan;
• Kesihatan emosi;
• Pencegahan penyakit;
• Kesihatan persekitaran;
• Bantu mula;
• Keselamatan;
• Penyalahgunaan bahan (dadah, ubatan, alkohol, rokok);
• Pemakanan; dan
• Kekeluargaan.

(c) Tugas Pendidik Kesihatan di Tempat Kerja (Untuk pekerja dan keluarga
mereka)
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di tempat kerja adalah:
(i) Menjalankan atau menyelaras program kaunseling untuk pekerja;
(ii) Menjalankan atau menyelaras program pendidikan kesihatan;
(iii) Menjalankan atau menyelaras program aprisiasi risiko kesihatan dan
penyaringan kesihatan kepada pekerja;
(iv) Membina pelan perniagaan bagi menyokong program-program
kesihatan di tempat kerja; dan
(v) Membentuk, membina, mengetuai dan menilai program-
programkesihatan pekerja seperti;
• Kawalan berat badan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  263

• Obesiti;
• Pemakanan;
• Kecergasan; dan
• Pengurusan stres.
(vi) Memastikan pihak syarikat atau majikan mematuhi syarat dan
prosedur keselamatan pekerjaan, dan
(vii) Mengenal pasti sumber-sumber kesihatan komuniti kepada para
pekerja.

(d) Tugas Pendidik Kesihatan di Pusat-pusat Komuniti dan Kemudahan


Kesihatan (Pusat Kesihatan, Klinik, Hospital)
Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di Pusat-Pusat Komuniti
dan Kemudahan Kesihatan adalah:
(i) Mendidik pesakit tentang prosedur-prosedur perubatan;
(ii) Mendidik pesakit tentang operasi, perkhidmatan dan aturan-aturan
terapi;
(iii) Mendidik individu untuk melindungi, mengekalkan dan
meningkatkan tahap kesihatan;
(iv) Merangka dan membina aktiviti untuk menggalakkan mereka
menggunakan serta mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang
disediakan;
(v) Menyelaras dan menjalankan latihan pembangunan staf;
(vi) Menyediakan bahan rujukan yang sesuai;
(vii) Merangka program bagi mendapatkan dana untuk menjalankan
aktiviti; dan
(viii) Membina dan mempromosikan program pendidikan kesihatan
kepada masyarakat.

(e) Tugas Pendidik Kesihatan di Agensi dan Organisasi Kesihatan


Antara tugas-tugas khusus pendidik kesihatan di agensi dan organisasi
kesihatan adalah:
(i) Mengenal pasti keperluan, tingkah laku dan persekitaran kesihatan
komuniti melalui penilaian kesihatan;
(ii) Menganjurkan kempen atau program bagi meningkatkan kesedaran
komuniti terhadap kesihatan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

(iii) Menggunakan dan mengembeling sumber-sumber bagi membentuk,


mempromosi, melaksana dan menilai strategi pendidikan kesihatan
komuniti; dan
(iv) Membentuk, menghasil dan menilai kempen media massa.

AKTIVITI 10.4

Terangkan bagaimana seorang pendidik pesihatan dapat


meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

• Topik ini telah membincangkan tentang maksud profesional kesihatan.

• Topik ini juga menjelaskan tentang peranan, sikap dan tanggungjawab


profesional kesihatan.

• Di samping itu juga, topik ini telah menjelaskan peranan yang dimainkan
oleh agensi dan organisasi kesihatan bagi meningkatkan taraf kesihatan.

• Tugas pendidik kesihatan juga disentuh dalam topik ini.

Budaya Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia


(MERCY)
Institut Jantung Negara (IJN)
Persatuan Pencegahan Tuberculosis
Kemahiran Malaysia (MAPTB)
Kementerian Kesihatan Malaysia Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia
Kepercayaan (UNICEF)

Majlis Kanser Malaysia (MAKNA) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

Penampilan Program Doktor Muda


Sikap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN  265

1. Jelaskan apakah maksud profesional kesihatan?.

2. Antara peranan utama yang perlu dimainkan oleh para profesional


kesihatan ?

3. Senaraikan dua sikap dan penampilan yang baik yang boleh diamalkan
oleh seseorang profesional kesihatan semasa menjalankan tugas?

4. Senaraikan dua kemahiran kerja yang diperlukan bagi membolehkan


pengamal profesion kesihatan melaksanakan peranan dan tugasnya dengan
baik dan berkesan.

1. Berikan dua misi utama Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Senaraikan dua perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Pendidikan


Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Nyatakan tumpuan utama Majlis Kanser Nasional.

4. Apakah tugas Umum Pendidik Kesihatan?

Institut Jantung Negara. Dicapai pada November 21, 2011, daripada


http://www.ijn.com.my.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada November 21, 2011, daripada
http://www.moh.gov.my.
Majlis Kanser Nasional. Dicapai pada November 21, 2011, daripada
http://www.makna.org.my/makna.aspx.
Malaysia Assosiation For The Prevention Of Tuberculosis. Dicapai pada
November 21, 2011, daripada http://www.maptb.org.my.
Malaysian Medical Association. Dicapai pada November 21, 2011, daripada
http://www.mma.org.my.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 10 PROFESIONAL PENDIDIKAN KESIHATAN

Pertubuhan Kanak-kanak Sedunia. Dicapai pada November 21, 2011, daripada


http://www.unicef.org/about/structure/index.html.
Responsibilities dan Competencies for Health Educators. (2000). Dicapai pada
November 21, 2011, daripada http://www.nchec.org/competencies.htm.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like