You are on page 1of 3

1.

Analisis Keperluan Latihan boleh menyumbang kepada penilaian

latihan yang berkesan. Bincangkan.

Analisa Keperluan Latihan memainkan peranan dalam memberikan gambaran


sebenar mengenai sesuatu isu dan permasalahan dalam sesebuah organisasi. Analisa
Keperluan Latihan membolehkan keperluan program latihan setiap bahagian di
organisasi bagi pekerja dapat dikenalpasti secara sistematik bagi memudahkan pekerja
untuk menjalankan tugas. Ia mengurangkan keperluan latihan secara mendadak dan
tidak dijangka. Ini merupakan cara yang cekap untuk menguruskan
kos program latihan. Ketua Jabatan dan pekerja dapat merancang tempoh latihan
mereka dengan sewajarnya.

Ketua Jabatan dan pekerja perlu mengenal pasti Keperluan Latihan yang
diperlukan. Bahagian Sumber Manusia akan mengukuhkan keperluan dan kos latihan
untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan. Bahagian Sumber Manusia akan
memantau sama ada pelaksanaan mengikut seperti yang dirancang, belanjawan serta
permohonan kelulusan untuk apa-apa perubahan atau permohonan latihan yang baru.

Perlaksanaan Analisa Keperluan Latihan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu


Analisis Peringkat Individu, Analisis Peringkat Jawatan dan Analisis Peringkat
Organisasi. Setiap kriteria mempunyai penilaian yang berbeza, kaedah penilaian yang
berbeza tetapi akan memberi hasil laporan yang sama, iaitu sebarang kelemahan pada
pengetahuan, kemahiran dan sikap penilaian yang dikaji.

Perlaksanaan Analisa Keperluan Latihan berasaskan kompetensi kerana dapat


menilai tahap penguasaan kemahiran, pengetahuan dan sikap kerja seseorang dalam
menjalankan tugas seharian. Selain itu, ia lebih jelas dan amat praktikal untuk
dilaksanakan dan banyak membantu dalam membangunkan modul latihan yang
bersesuaian (jika masalah yang berlaku adalah merupakan isu latihan, dan latihan
benar-benar diperlukan).

Semua kompetensi dalam Analisa Keperluan Latihan perlu disusun secara teratur
dalam satu penilaian. Sebelum analisis dijalankan, perlu mewujudkan standard
minimum yang mesti dicapai bagi setiap kompetensi dengan menggunakan suatu
skala. Hal ini jelas menunjukkan Analisa Keperluan Latihan boleh menyumbang
kepada penilaian yang berkesan berdasarkan latihan yang diperlukan serta
menjimatkan kos. Keperluan latihan yang sistematik dan tepat boleh menghapuskan
jurang di antara tahap prestasi dengan apa yang diharapkan oleh majikan.

1. Senaraikan kekuatan dan kelemahan penilaian formatif.

Kekuatan Penilaian Formatif Kelemahan Penilaian Formatif

Boleh dilaksanakan secara formal Sukar penilai untuk membuat


dan tidak formal dalam sesuatu penilaian dan refleksi penilaian
masa setiap individu semasa
perlaksanaan dijalankan

Menyediakan maklum balas dan Tidak mewujudkan persaingan


refleksi kendiri semasa proses untuk dinilai dengan pencapaian
penilaian yang lebih baik

Dapat mengenalpasti masalah atau Mengambil masa yang lama untuk


kelemahan semasa proses membetulkan kelemahan serta
penilaian merta

Penilaian yang dijalankan dapat Sukar untuk memberi perhatian


meningkatkan pencapaian kepada kelemahan individu yang
individu pada akhir program berbeza

Dilaksanakan semasa proses


program dapat membetulkan
kelemahan dengan segera

Penilaian berasaskan matlamat


serta tujuan utama program
Dapat membuat penambahbaikan
untuk penilaian seterusnya

Tidak memberikan tekanan


kepada individu yang terlibat

You might also like