Analisis Keperluan Latihan boleh menyumbang kepada
penilaian latihan yang berkesan. Bincangkan.
Analisa Keperluan Latihan memainkan peranan dalam memberikan gambaran
sebenar mengenai sesuatu isu dan permasalahan dalam sesebuah organisasi. Analisa Keperluan Latihan membolehkan keperluan program latihan setiap bahagian di organisasi bagi pekerja dapat dikenalpasti secara sistematik bagi memudahkan pekerja untuk menjalankan tugas. Ia mengurangkan keperluan latihan secara mendadak dan tidak dijangka. Ini merupakan cara yang cekap untuk menguruskan kos program latihan. Ketua Jabatan dan pekerja dapat merancang tempoh latihan mereka dengan sewajarnya. Ketua Jabatan dan pekerja perlu mengenal pasti Keperluan Latihan yang diperlukan. Bahagian Sumber Manusia akan mengukuhkan keperluan dan kos latihan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan. Bahagian Sumber Manusia akan memantau sama ada pelaksanaan mengikut seperti yang dirancang, belanjawan serta permohonan kelulusan untuk apa-apa perubahan atau permohonan latihan yang baru. Perlaksanaan Analisa Keperluan Latihan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Analisis Peringkat Individu, Analisis Peringkat Jawatan dan Analisis Peringkat Organisasi. Setiap kriteria mempunyai penilaian yang berbeza, kaedah penilaian yang berbeza tetapi akan memberi hasil laporan yang sama, iaitu sebarang kelemahan pada pengetahuan, kemahiran dan sikap penilaian yang dikaji. Perlaksanaan Analisa Keperluan Latihan berasaskan kompetensi kerana dapat menilai tahap penguasaan kemahiran, pengetahuan dan sikap kerja seseorang dalam menjalankan tugas seharian. Selain itu, ia lebih jelas dan amat praktikal untuk dilaksanakan dan banyak membantu dalam membangunkan modul latihan yang bersesuaian (jika masalah yang berlaku adalah merupakan isu latihan, dan latihan benar-benar diperlukan). Semua kompetensi dalam Analisa Keperluan Latihan perlu disusun secara teratur dalam satu penilaian. Sebelum analisis dijalankan, perlu mewujudkan standard minimum yang mesti dicapai bagi setiap kompetensi dengan menggunakan suatu skala. Hal ini jelas menunjukkan Analisa Keperluan Latihan boleh menyumbang kepada penilaian yang berkesan berdasarkan latihan yang diperlukan serta menjimatkan kos. Keperluan latihan yang sistematik dan tepat boleh menghapuskan jurang di antara tahap prestasi dengan apa yang diharapkan oleh majikan.
1. Senaraikan kekuatan dan kelemahan penilaian formatif.
Kekuatan Penilaian Formatif Kelemahan Penilaian Formatif Boleh dilaksanakan secara formal Sukar penilai untuk membuat dan tidak formal dalam sesuatu penilaian dan refleksi penilaian masa setiap individu semasa perlaksanaan dijalankan
Menyediakan maklum balas dan Tidak mewujudkan persaingan
refleksi kendiri semasa proses untuk dinilai dengan pencapaian penilaian yang lebih baik
Dapat mengenalpasti masalah atau Mengambil masa yang lama untuk
kelemahan semasa proses membetulkan kelemahan serta penilaian merta
Penilaian yang dijalankan dapat Sukar untuk memberi perhatian
meningkatkan pencapaian kepada kelemahan individu yang individu pada akhir program berbeza
Dilaksanakan semasa proses
program dapat membetulkan kelemahan dengan segera
Penilaian berasaskan matlamat
serta tujuan utama program Dapat membuat penambahbaikan untuk penilaian seterusnya Tidak memberikan tekanan kepada individu yang terlibat