You are on page 1of 2

PENGERTIAN PENCEMARAN LINGKUNGAN

Polusi atau pencemaran lingkungan adalah masuknya atau dimasukkannya makhluk hidup, zat
energi, dan atau komponen lain ke dalam lingkungan, atau berubahnya tatanan lingkungan oleh
kegiatan manusia atau oleh proses alam sehingga kualitas lingkungan turun sampai ke tingkat
tertentu yang menyebabkan lingkungan menjadi kurang atau tidak dapat berfungsi lagi sesuai
dengan peruntukannya (Undang-undang Pokok Pengelolaan Lingkungan Hidup No. 4 Tahun
1982).

Macam macam pencemaran;

PENCEMARAN UDARA
DEFINISI
Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-
logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran
yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di
udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.

Dampak PENCEMARAN UDARA

KESeHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-
paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak
tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di
jalan raya.

TUMBUHAN

Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan
mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru
haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat
daripada pencemaran udara.

BAHAN

Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain
itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON


Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya
matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL


Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada
kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh
dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini
akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku
secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jereb
u.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

You might also like