You are on page 1of 34

RANCANGAN TEMPATAN

Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4.0 PETA CADANGAN GUNA TANAH 2020

Peta cadangan guna tanah 2020 digunakan sebagai panduan dalam


merancang dan mengawal pembangunan kawasan rancangan tempatan oleh
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, agensi-agensi kerajaan, pemaju dan
pemilik tanah.

Peta guna tanah ini memperincikan zon kawalan pemajuan dari segi intensiti dan
jenis pembangunan yang boleh dilaksanakan, cadangan jaringan jalan raya, rizab
utiliti dan kemudahan masyarakat. Peta Guna Tanah 2020 ini perlu dirujuk bersama
pelan-pelan subjek, pelan sisipan, gambar rajah-gambar rajah, penyataan bertulis
dan jadual kelas kegunaan tanah.

4.1 Cadangan Guna Tanah 2020

Cadangan guna tanah bagi kawasan rancangan tempatan sehingga 2020


adalah seperti Jadual 4.1. Guna tanah utama didominasi oleh aktiviti
perumahan dan diikuti dengan guna tanah lain-lain.

Jadual 4.1 : Pecahan Guna Tanah RT MBSA (Pengubahan 2) 2020


Guna Tanah Luas Peratus
(Hektar) (%)

Kediaman 9 816.80 33.81


Industri 3 679.12 12.67
Perniagaan dan Perkhidmatan 1 172.40 4.04
Pembangunan Bercampur 337.64 1.16
Institusi dan Kemudahan Masyarakat 2 557.52 8.80
Tanah Lapang dan Rekreasi 2 193.89 7.55
Pengangkutan 4 839.12 16.66
Infrastruktur dan Utiliti 1 449.49 4.99
Pertanian 94.14 0.32
Hutan 2 105.80 7.25
Badan Air 784.08 2.70
JUMLAH 29 030.00 100.00

4-1
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4-2
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4-3
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4.2 Kelas Kegunaan Tanah dan Pemakaiannya Dalam Rancangan Tempatan


Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Kelas kegunaan tanah merupakan jadual kegunaan tanah yang perlu


dibaca bersama RT MBSA (Pengubahan 2) 2020. Kelas kegunaan tanah
memperincikan aktiviti dan guna tanah / bangunan yang dibenarkan dan
yang tidak dibenarkan secara lebih jelas bagi setiap Blok Perancangan
Kecil.

Selain itu juga, kelas kegunaan tanah menjadi rujukan kepada MBSA dalam
mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. Jadual Kelas
Kegunaan Tanah memberi penerangan seperti berikut :

Kolum 1 : Blok Perancangan Kecil


Kolum 2 : Guna Tanah Utama
Kolum 3 : Guna Tanah Sokongan Utama Yang Dibenarkan
Kolum 4 : Catatan

KOLUM 1 KOLUM 2 KOLUM 3 KOLUM 4


Blok Guna Kelas Guna Tanah Kelas Catatan
Perancangan Tanah Kegunaan Sokongan Kegunaan
Kecil Utama Yang Lain Yang Tanah
Dibenarkan Dibenarkan Sokongan
Yang
Dibenarkan

 Kelas guna
Kolum yang tanah yang
Kolum yang menunjukkan menyatakan guna
zon guna tanah utama tidak
tanah sokongan lain dibenarkan.
seperti mana yang yang dibenarkan
ditunjukkan dalam peta  Syarat kelas
selain dalam Kolum 2 guna tanah
guna tanah 2020
lain yang
dibenarkan
 Syarat bagi
kelas
Kolum yang menunjukkan kegunaan
kelas kegunaan tanah yang yang
dibenarkan bagi guna tanah Kolum ini dibenarkan.
utama memperincikan • Perkara-
kelas perkara yang
kegunaan perlu diambil
yang perhatian
dibenarkan oleh MBSA
bagi jenis guna sama ada di
tanah dalam
sokongan lain membuat
keputusan
atau di
dalam
menyatakan
syarat-syarat
yang perlu
dipatuhi oleh
pemohon
kelulusan

4-4
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Jadual 4.2 : Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan RT MBSA (Pengubahan 2) 2020
KELAS AKTIVITI
A - Kediaman
A1 - Kediaman  Teres
 Sesebuah
 Berkembar /Kluster
 Rumah Bandar
 Rumah Berbilang Tingkat

B – Perniagaan
B1 – Perniagaan Runcit  Perniagaan Runcit Makanan Dan Minuman
 Perniagaan Runcit Peralatan Rumah
 Perniagaan Runcit Barangan Peribadi
 Perniagaan Runcit Keperluan Pembelajaran Dan
Pendidikan
 Perniagaan Runcit Pertanian
 Perniagaan Runcit Barangan ICT
 Perniagaan Haiwan Peliharaan

B2 - Perniagaan Borong  Jualan Borong Makanan Dan Minuman


 Jualan Borong Peralatan Rumah Dan Barangan
Peribadi
 Jualan Borong Peralatan Kenderaan
 Jualan Borong Peralatan Pertanian Dan Peralatan
Perniagaan
 Jualan Borong Berskala Besar/Gudang

B3 - Perkhidmatan Peribadi  Perkhidmatan Baik Pulih


Dan Isirumah  Dobi
 Kedai Gunting Rambut
 Pusat Rawatan Kecantikan Dan Kesihatan
 Pusat Latihan Kecergasan
 Kedai / Studio Gambar
 Kedai Jahit

B4 - Pusat Makanan  Restoran


 Medan Selera / Penjaja
 Gerai
 Kiosk

B5 - Perniagaan Dan Ruang  Perniagaan Dan Pameran


Pameran

B6 - Perkhidmatan Perniagaan  Perkhidmatan Kewangan


Dan Profesional  Perkhidmatan Insurans
 Syarikat Hartanah
 Syarikat Pembinaan
 Perkhidmatan Profesional, Seperti Perkhidmatan
Perundangan, Perundingan, Perkhidmatan ICT Dan
Pusat Data IT.
 Agensi Seperti Agensi Pemasaran, Pelancongan Dan
Sewaan
 Perkhidmatan Pencetakan
 Sekolah Memandu

4-5
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
B – Perniagaan
B7 - Pusat Beli Belah  ‘Hypermarket’ / Pasaraya

B8 - Pendidikan Swasta  Universiti


 Kolej
 Sekolah
 Pusat Latihan
 Tadika / Taska / Pusat Jagaan / Pusat Tuisyen

B9 - Rumah Kebajikan Swasta  Rumah Orang Tua / ‘Retirement Community ‘


 Rumah Anak Yatim
 Pusat Perlindungan

B10 - Pusat Kesihatan Swasta  Hospital


 Klinik

B11 - Tanah Perkuburan Swasta  Tanah Perkuburan


 Bangunan Peringatan
 Bangunan Krematorium
 Dewan Pengurusan Mayat

B12 - Pusat Persidangan Dan  Pusat Persidangan Dan Konvensyen


Konvensyen

B13 - Stesen Minyak Dan Gas  Stesen Minyak/Gas


 Pusat Cuci Kereta/Bengkel Alat Ganti Kecil
 Restoran Makanan Segera
 Pasar Mini
 Pusat Makanan

B14 - Bangunan Kediaman  Hotel /Hotel Bajet


Dan Penginapan  Pusat Peranginan
Komersial  Pangsapuri Perkhidmatan Komersial
 SOHO

B15 - Hiburan Dan Rekreasi  Kelab Golf


Komersial  ‘Driving Range’
 Kelab Persendirian
 Taman Hiburan (Amusement Park)
 Arked Hiburan Keluarga
 Pusat Boling/Snuker
 ‘Internet Café’
 Memancing
 Taman Tema
 Gelanggang Permainan (Badminton, Futsal dan lain-
lain)
 Litar Lumba
 Pusat Sukan Lasak

4-6
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
B – Perniagaan
B17 - Asrama Pekerja  Asrama Pekerja

B18 - Asrama Pelajar  Asrama Pelajar

B19 - Enterprise  Penyelidikan Dan Pembangunan (Teknologi


Aeronautikal)
 Perkhidmatan Aviation
 Teknologi Maklumat Dan Multimedia
 Perkhidmatan
 R&D (Teknologi Aeronautikal)

B20 – Terminal Pengangkutan  Terminal


 Hentian bas / teksi
C – Perindustrian
C1 - Gudang (Warehouse)  Gudang Penyimpanan Barangan Dan Kargo Gudang
Transit Barangan. Pusat Penyimpanan Kenderaan
Baru Dan Terpakai.
 Pusat Tahanan Kenderaan Institusi Kewangan.
 Pusat Penyimpanan Kenderaan Terbiar Dan
Kenderaan Lupus Hayat.
 Percetakan (Pengeluaran)

C2 - Industri Ringan  Aktiviti Industri Mengikut Garis Panduan Perletakan Dan


Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.

C3 - Industri Sederhana  Aktiviti Industri* Mengikut Garis Panduan Perletakan


Dan Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.

(*Aktiviti Industri Seperti Bengkel Membaiki Kenderaan


Bermotor Berjentera dan Aktiviti Baik Pulih Kapal Terbang
Adalah Termasuk di Bawah Kategori Ini )
C4 – Industri Berat  Aktiviti Industri* Mengikut Garis Panduan Perletakan
Dan Penzonan Industri Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor.

C5- Industri Khas  Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi


 Makmal Kajian
 Penyelidikan Dan Pembangunan
 Rekabentuk Bahan (Product Design)
 Pemerosesan Maklumat / Pusat Komputer
 Pembangunan Perisian
 Pusat Latihan Perindustrian
 Pusat Pengagihan (Central Distribution)
 Industri Penerbangan

C6 - Pusat Barangan Lusuh  Pusat Pengasingan Komponen Kenderaan Dan


Dan Terpakai ‘Crusher’
 Bengkel Kereta Potong Dan Jualan Borong
 Kemudahan / Pusat Pemprosesan Dan Kitar Semula
Peralatan Elektrik Dan Elektronik.
 Tapak Logam Skrap Dan Logam Lusuh

4-7
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
C – Perindustrian
C7 - Industri Perkhidmatan  Membaiki Kereta Dan Motosikal
 Memasang Alat Ganti Dan Aksesori
 Bengkel Servis Kenderaan
 Jual Servis & Baiki Mesin
 Pencetakan

C8 - Industri Desa / Industri  Kraftangan


Kecil Dan Sederhana  Perusahaan Makanan Ringan
 Industri Kecil Sederhana

D - INSTITUSI AWAM DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT AWAM


D1 - Institusi Awam  Pejabat / Agensi Kerajaan
 Kuarters Kerajaan
 Badan Berkanun
 Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan
 Tapak Tahanan Kenderaan Polis Dan Jabatan
Pengangkutan Jalan.
 Pusat Tapak Pelupusan Aset Jabatan Kerajaan
 Institusi Kebajikan
 Kegunaan Kerajaan

D2 - Institusi Pendidikan Awam  Institut Pengajian Tinggi


 Kolej/ Maktab
 Pusat Latihan
 Sekolah Menengah
 Sekolah Rendah
 Taska / Tadika / Tabika / Pra-Sekolah

D3 - Institusi Keselamatan  Polis


Awam  Tentera
 Balai Bomba Dan Penyelamat
 Jabatan Pertahanan Awam

D4 - Institusi Keagamaan  Masjid


 Surau / Madrasah / Musolla
 Tokong
 Kuil
 Gereja
 Gudwara
 Lain-lain Tempat Keagamaan

D5 - Tanah Perkuburan Awam  Tanah Perkuburan Islam


 Tanah Perkuburan Cina
 Tanah Perkuburan Hindu
 Tanah Perkuburan Kristian
 Bangunan Peringatan/ Krematorium Dan Dewan
Pengurusan Mayat
 Tapak Perkuburan Bersepadu

D6 - Institusi Kesihatan Awam  Hospital


 Poliklinik
 Klinik Kesihatan
 Klinik Desa

4-8
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
D - INSTITUSI AWAM DAN KEMUDAHAN MASYARAKAT AWAM
D7 - Dewan / Balai Raya  Dewan / Balai Raya

D8 - Perpustakaan  Perpustakaan

D9 - Lain-lain Kemudahan  Lain-lain Kemudahan

E - TANAH LAPANG AWAM DAN REKREASI AWAM


E1 - Tanah Lapang Dan  Kompleks Sukan
Rekreasi  Stadium
 Taman Bandar
 Padang Bola / Futsal
 Tanah Lapang
 Taman Permainan / Gelanggang Permainan
 Zon Penampan / Kawasan Hijau

E2 - Taman Tasik  Kegunaan Rekreasi Khusus Taman Tasik

E3 - Taman Hutan Bandar  Kegunaan Rekreasi Khusus Taman Hutan Bandar

F - PENGANGKUTAN
F1 - Landasan Lapangan  Runway / Taxiway
Terbang

F2 - Terminal Lapangan  Bangunan Terminal


Terbang  ‘Contact Pier’
 Bangunan Satelit

F3 - Kemudahan Operasi  ‘Apron Control Tower ‘


Penerbangan  ‘Engine Test Facility ‘
 ‘Ground Service Equipment (GSE)’
 ‘Forwarders’
 Alat Bantuan Penerbangan

F4 - Kemudahan Sokongan  ‘Air Disaster’ Unit


Operasi  ‘Aircraft Hanger’
Lapangan Terbang Dan Lain-  Bangunan Pentadbiran Dan Pengurusan
Lain  ‘Maintainance Repair Overhaul (MRO)’
 Bangunan Katering
 ‘Quarantine Facilities ‘
 Kemudahan Sosial Untuk Kakitangan dan lain-lain

F5 - Kemudahan Kargo Dan  ‘Container Storage’


Perdagangan  ‘Cargo Complex’
 ‘Transit Facilities’
 ‘Airmail And Courier Complex’
 ‘Centralised Warehouse’

4-9
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
F - PENGANGKUTAN
F6 - Heliport  ‘Heliport ‘

F7 - Landasan Rel  Landasan ERL


 Landasan Keretapi
 Landasan MRT

F8 - Lebuh Raya / Jalan Raya  Lebuh Raya / Jalan Raya (Jaringan Jalan Raya)
(Jaringan
Jalan Raya)
F9 - Terminal Pengangkutan  Terminal Pengangkutan
Awam  Hentian Bas / Teksi
 ‘Park & Ride’
 Kawasan Tempat Letak Kenderaan Awam

F10 – Depoh  Depoh


G - INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
G1 - Bekalan Elektrik  ‘Co Generation Plant’
 Talian Rentis
 Pencawang Masuk Utama (PMU)
 Pencawang Pengagih Utama (PPU)
 Stesen Suis Utama (SSU)
 Pencawang Elektrik (PE)

G2 - Bekalan Air  Laluan Paip Air


 Rumah Pam
 Tangki Air
 Kolam Bekalan Air
 Kolam Tadahan Air
 Takat Pengambilan Air
 Loji Pembersihan Air
 Lain-Lain

G3 - Telekomunikasi  Pemancar Utama (Main Transmission Tower)


 ‘Exchange Station’
 Menara Pemancar Telekomunikasi
 Rangkaian Telekomunikasi
 IT Hab
 Stesen Radio/Televisyen
 Menara Radar / Antena
 Lain-Lain Berkaitan

G4 - Bekalan Gas  ‘Fuel Farm’


 ‘Forward Fuel Base’
 Stesen Agihan Gas
 Stesen Daerah
 Laluan Gas
 Lain-Lain

G5 - Pengairan Dan Perparitan  Rangkaian Sistem Perparitan Dan Sungai


 Kolam Tadahan Banjir

4-10
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

KELAS AKTIVITI
G - INFRASTRUKTUR DAN UTILITI
G6 - Pembetungan  Loji Rawatan Kumbahan
 Stesen Pam
 Kolam Pengoksidaan
 Tangki Najis
 Lain-Lain

G7 - Pelupusan Sisa Pepejal  Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal


 ‘Incinerator’
 Tapak Pelupusan
 Pusat Kitar Semula
 Stesen Pemindahan
 Lain-Lain

H - PERTANIAN
H1 - Pertanian  Kelapa Sawit
 Getah
 Buah-Buahan
 Tanaman Kontan
 Lain-Lain

H2 - Bangunan Bagi Tujuan  Bangunan untuk tujuan pertanian


Pertanian  Stor

H3 - Penternakan  Lembu
 Kambing
 Biri-Biri
 Ayam
 Itik
 Angsa
 Campuran
 Lain-Lain

H6 - Akuakultur  Penternakan Dalam Sangkar

I - PERHUTANAN
J - BADAN AIR
J1 – Sungai  Sungai dan Rizabnya
J2 – Kolam tadahan  Kolam Tadahan

K – PADANG GOLF
K1 – Padang Golf  Padang golf

L – PEMBANGUNAN BERCAMPUR
L1 – Pembangunan Bercampur  Pembangunan Bercampur

4-11
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Jadual 4.3 : Matriks Panduan Am Kelas Kegunaan Tanah Dalam Zon Guna Tanah

&

Tanah Lapang Awam dan

Pembangunan Bercampur
Kemudahan Masyarakat
Zon Guna

Awam
Tanah

Infrastruktur & Utiliti


Rekreasi Awam
Pengangkutan

Padang Golf
Perindustrian

Perhutanan
Perniagaan
Kediaman

Badan Air
Pertanian
Kelas

Institusi
A – Kediaman
A1 – Kediaman √ x x o x x x o x x o o
B – Perniagaan
B1 – Perniagaan Runcit o √ o o x o x x o x x o
B2 - Perniagaan Borong x √ o x x x x x x x x o
B3 - Perkhidmatan Peribadi o o
Dan Isirumah
o √ x x x x x x x x

B4 - Pusat Makanan o √ o o o o x x o x x o
B5 - Perniagaan Dan Pusat x √ o x x o x x x x x o
Pameran
B6 - Perkhidmatan o √ o o x o x x x x o
x
Perniagaan & Profesional
B7 - Pusat Beli Belah o √ x x x o x x x x x o
B8 - Pendidikan Swasta o √ o x x x x x x x x o
B9 - Rumah Kebajikan Swasta o √ o x x x x x x x o o
B10 - Pusat Kesihatan Swasta o √ x x x x x x x x x o
B11 - Tanah Perkuburan x √ x x x x x x x x x
x
Swasta
B12 - Pusat Persidangan Dan x √ x o x x x x x x o
x
Konvensyen
B13 - Stesen Minyak Dan Gas o √ o o x o x x x x x o
B14 - Bangunan Kediaman o √ x o x o x x x x x o
Dan Penginapan
Komersial
B15 - Hiburan Dan Rekreasi x √ x x o o x x x x o o
Komersial
B17 - Asrama Pekerja x √ o o x x x x x x x o
B18 - Asrama Pelajar x √ o o x x x x x x x o
B19 - Enterprise x √ x x x x x x x x x x
B20 – Terminal Pengangkutan o √ o o x √ x x x x x x
C – Perindustrian
C1 - Gudang (Warehouse) x x √ x x x x x x x x x
C2 - Industri Ringan x x √ x x x x x x x x x
C3 - Industri Sederhana x x √ x x x x x x x x x
C4 - Industri Khas x x √ x x x x x x x x x
C5 - Pusat Barangan Lusuh x
Dan Terpakai
x x √ x x x x x x x x

C6 - Industri Perkhidmatan x x √ x x x x x x x x x
C7 – Industri Desa / Industri x
Kecil dan Sederhana
x o √ x x x x x x x x

4-12
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

&

Tanah Lapang Awam dan

Pembangunan Bercampur
Kemudahan Masyarakat
Zon Guna

Awam
Tanah

Infrastruktur & Utiliti


Rekreasi Awam
Pengangkutan

Padang Golf
Perindustrian

Perhutanan
Perniagaan
Kediaman

Badan Air
Pertanian
Kelas

Institusi
D - Institusi Awam Dan Kemudahan Masyarakat Awam
D1 - Institusi Awam o o o o x o x o o x x o
D2 - Institusi Pendidikan Awam o o o o x x x x o x x o
D3 - Institusi Keselamatan Awam o o o o x o x x o x x o
D4 - Institusi Keagamaan o o o o x x x x x x x o
D5 - Tanah Perkuburan Awam o x o o x x x x x x x o
D6 - Institusi Kesihatan Awam o o x o x o x x x x x o
D7 - Dewan / Balai Raya o o o o x x x x x x x o
D8 - Perpustakaan o o x o x x x x x x x o
D9 - Lain-lain Kemudahan o o o o x o x x x x x o
E - Tanah Lapang Awam Dan Rekreasi Awam
E1 - Tanah Lapang Dan Rekreasi o o o o √ o x o x o o o
E2 - Taman Tasik x x x o √ x x x x x o o
E3 - Taman Hutan Bandar x x x o √ x x x x x x x
F - Pengangkutan
F1 - Landasan Lapangan x
Terbang
x x x x x √ x x x x x

F2 - Terminal Lapangan Terbang x x x x x √ x x x x x x


F3 - Kemudahan Operasi x
Penerbangan
x x x x x √ x x x x x
F4 - Kemudahan Sokongan x
Operasi Lapangan Terbang Dan x x x x x √ x x x x x
Lain-Lain
F5 - Kemudahan Kargo Dan
Perdagangan
x x x x x √ x x x x x x

F6 - Heliport x x x x x √ x x x x x x
F7 - Landasan Rel o o o o x √ x x x x o o
F8 - Lebuh Raya / Jalan Raya o o o o x √ o o x x o o
F9 - Terminal Pengangkutan o
Awam
o o o o x √ x x x x x

F10 – Depoh x x o x x √ x x x x x x
G - Infrastruktur Dan Utiliti
G1 - Bekalan Elektrik o o o o o o √ o o x o o
G2 - Bekalan Air o o o o o o √ o o x o o
G3 - Telekomunikasi o o o o o o √ o x x o o
G4 - Bekalan Gas o o o o o o √ o x x o o
G5 - Pengairan Dan Perparitan o o o o o o √ o x x o o
G6 - Pembetungan o o o o o o √ o x x o o
G7 - Pelupusan Sisa Pepejal x x o x x x √ x x x x x
G8 – Lain-lain o o o o o o √ x x x x o

4-13
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

&

Tanah Lapang Awam dan

Pembangunan bercampur
Kemudahan Masyarakat
Zon Guna

Awam
Tanah

Infrastruktur & Utiliti


Rekreasi Awam
Pengangkutan

Padang Golf
Perindustrian

Perhutanan
Perniagaan
Kediaman

Badan Air
Pertanian
Kelas

Institusi
H - Pertanian
H1 - Pertanian x x x x x x x √ x x x x
H2 - Bangunan Bagi Tujuan x x
Pertanian
x x x x x x x √ x x
H3 - Penternakan x x x x x x x √ x x x x
H6 - Akuakultur x x x x x x x √ x x x x
I - Perhutanan
I1 – Perhutanan x x x x x x x x √ x x x
J - Badan Air
J1 – Sungai o o o o o o x o o √ o o
J3 – Kolam Tadahan o o o o o o x o o √ o o
K – Padang Golf
K1 – Padang Golf o o o x x x x x x x √ x
L – Pembangunan Bercampur
L1 – Pembangunan
bercampur
x x x x x x x x x x x √

PETUNJUK SYARAT KEGUNAAN TANAH

Dibenarkan Dibenarkan Dengan Syarat Tidak Dibenarkan


(Sokongan)

√ o x

4-14
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4.3 Pembangunan Perumahan

Keperluan perumahan rancangan tempatan sehingga tahun 2020 adalah


seperti pada Jadual 4.4. Penyediaan perumahan ini memberi penekanan
untuk meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik dan selesa serta
pembangunan kediaman yang mampan.

Jadual 4.4 : Keperluan Perumahan Sehingga 2020


Tahun 2010 2015 2020

Bilangan Unit Rumah 137 632 152 383 167 134


Sumber : RT MBSA 2020

Anggaran keperluan perumahan ini adalah berdasarkan sasaran


pertumbuhan penduduk dengan mengambilkira faktor-faktor tanah
persekitaran, kedapatan tanah dan dasar perumahan semasa.

Kategori kediaman terbahagi


kepada :
i. Rumah sesebuah
ii. Rumah berkembar
iii. Rumah Teres
iv. Rumah Kluster
v. Rumah bandar
vi. Rumah berbilang tingkat

Tumpuan pembangunan perumahan di kawasan rancangan tempatan


ialah di Setia Alam, Denai Alam, Seksyen U10 dan Subang di bahagian
utara. Walaubagaimanapun kawasan pembangunan Kwasa Land,
Seksyen U4 akan dibangunkan dan dijangka akan menjana pertumbuhan
perumahan yang pesat. Manakala Alam Impian dan Kota Kemuning di
selatan juga menjadi tumpuan kediaman untuk Shah Alam. Seksyen 7 pula
menjadi tumpuan pembangunan perumahan di bahagian tengah
kawasan rancangan tempatan.

Kampung-kampung tradisional dan Tanah Rezab Melayu (TRM) yang


mempunyai nilai tradisi perlu dikekalkan sebagai salah satu aset tarikan
pelancong. Selaras dengan itu, pembangunan di kawasan ini perlu
dirancang dengan sebaiknya melalui penekanan terhadap garis panduan
perancangan. Kampung-kampung tradisional dan Tanah Rezab Melayu di
kawasan rancangan tempatan adalah seperti Kampung Sg. Plong,
Kampung Merbau Sempak, Kampung Paya Jaras, Kampung Paya Jaras, Kg.
Padang Jawa, Kampung Bukit Kemuning dan Kampung Jalan Kebun.

4-15
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Bagi sebahagian kawasan ini dicadangkan kajian Rancangan Kawasan


Khas bagi mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk memajukan dan
memandu pembangunan ini.

Pembangunan perumahan di kawasan rancangan tempatan menekankan


konsep kejiranan dengan menekankan aspek-aspek berikut :

 Kemudahsampaian (accessibility)
 Kesampaian (reachability)
 Penggunaan (usability)
 Keselamatan melalui rekabentuk (crime prevention through
environmental design)

4-16
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4.4 Pembangunan Perniagaan

Aktiviti perniagaan akan terus bertumpu


dan memperkukuhkan pusat-pusat
perdagangan dan pusat perkhidmatan
sedia ada di daerah ini. Galakan akan
terus diberikan terhadap penggunaan
ruang-ruang perniagaan kosong semasa
terutamanya di kawasan pembangunan
baru. Keluasan kawasan perniagaan
dianggarkan akan meningkat sehingga
lebih kurang 1172.40 hektar bagi
keseluruhan kawasan RT MBSA pada 2020.

SACC Convention Centre, Shah Alam

Selaras dengan strategi penyerakan pembangunan dari pembangunan di


kawasan sedia ada, pembangunan perniagaan dicadang diserakkan ke
kawasan pinggiran daerah ini di mana langkah ini dijangkakan mampu
memajukan kawasan Tanah Rizab Melayu di samping meningkatkan
penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan.

4.5 Pembangunan Perindustrian

Pembangunan industri di kawasan RT dijangka akan mengalami


transformasi dan menjadi lebih maju yang menjurus ke arah industri
berteknologi tinggi dan industri modal bernilai tambah tinggi serta bidang
penyelidikan dan pembangunan. Industri berintensif buruh dijangka akan
terus berkurangan dan kurang memainkan peranan dalam pembangunan
wilayah.

Berdasarkan senario ini, pengukuhan kawasan-kawasan perindustrian sedia


ada dicadangkan di samping pembentukan zon-zon pembangunan
perindustrian baru yang berteraskan ke arah berteknologi tinggi, industri
modal bernilai tambah tinggi serta bidang-bidang penyelidikan dan
pembangunan sumber-sumber yang terdapat di daerah ini. Kawasan
Perindustrian Shah Alam didapati mempunyai potensi tinggi untuk
dibangunkan ke arah tersebut.

Pengukuhan pembangunan industri kawasan MBSA adalah bagi


mengambil peluang sepenuhnya penggalakan pertumbuhan ekonomi
kawasan Koridoraya Multimedia (KRM). Pengukuhan kawasan-kawasan
industri ini juga mampu untuk menyerakkan pembangunan keluar dari
kawasan sesak dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas
kawasan tersebut.

4-17
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Kawasan-kawasan industri ini akan mempunyai pengkhususan masing-


masing agar mampu bersaing selaras dengan perkembangan perindustrian
di peringkat global.

Bagi aktiviti perindustrian berat dan berintensif buruh di Shah Alam, adalah
digalakkan untuk mengubah struktur industri sedia ada kepada industri
berasaskan intensif modal dan berteknologi tinggi. Langkah pemindahan
dan perubahan struktur industri ini dijangka dapat mengurangkan
kesesakan di kawasan-kawasan tersebut serta dapat mengubah arah aliran
pergerakan trafik dan pengangkutan di daerah ini.

Aktiviti perindustrian tanpa kebenaran di Kampung Baru Subang dan


Kampung Baru Sungai Buloh akan ditangani dengan pelaksanaan program
pemutihan kilang tanpa kebenaran. Cadangan ini perlu, memandangkan
jenis-jenis industri di kawasan ini lebih bercorak ‘value added’ yang mana
merupakan salah satu sumber tarikan pelabur asing ke kawasan RT.

Cadangan pembangunan perindustrian akan melibatkan langkah-langkah


seperti berikut:-

i. Pengekalan industri sedia ada


ii. Penempatan semula industri yang bercanggah dengan guna tanah ke
kawasan terancang dan langkah-langkah pemutihan
iii. Peningkatan taraf kemudahan kawasan industri
iv. Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dengan merujuk kepada
Garis Panduan Syarat Teknikal Minima Kilang Tanpa Kebenaran Negeri
Selangor (GPSTMKTK Selangor)
v. Pembangunan industri baru di atas lot industri kosong
vi. Pembangunan industri baru komited
vii. Zon industri baru.

Terdapat beberapa industri yang beroperasi di luar kawasan perindustrian


terutamanya di Kampung Merbau Sempak, Seksyen U17 dan Subang.
Industri-industri ini memerlukan pemantauan dari segi aktiviti / operasi bagi
mengelakkan gangguan ke kawasan persekitaran. Industri-industri ini
dicadangkan untuk dipindahkan ke dalam kawasan perindustrian
berhampiran.

4-18
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4.6 CADANGAN REKABENTUK BANDAR, PEMBANGUNAN LANSKAP DAN REKREASI

Corak pembangunan yang telah terbentuk di kawasan RT ini secara


umumnya telah memperlihatkan kepada pertumbuhan hutan konkrit
khususnya di kawasan pusat-pusat bandar dan kawasan petempatan sedia
ada. Penyerakan pembangunan dilihat berkembang sejajar mengikut
koridor lebuh raya dan jalan-jalan utama yang seterusnya menyukarkan
penentuan sebenar persempadanan, imej dan karakter kawasan RT.
Kesan daripada ini juga memperlihatkan kawasan hijau, kawasan hutan
termasuk Kawasan Sensitif Alam Sekitar terus diterokai untuk pembangunan
dengan tidak menitikberatkan kesannya terhadap kualiti alam sekitar
dalam jangka masa panjang.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan perbandaran


mampan langkah-langkah am berikut dicadangkan akan dilaksanakan di
kawasan RT ini yang mana perincian cadangan -cadangan ini akan
dijelaskan di bahagian ll laporan ini :-

Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Pembangunan Baru dan


Pembaharuan Bandar Selaras Dengan Sasaran Negeri Maju

Cadangan imej dan reka bentuk bandar keseluruhan kawasan RT adalah


berdasarkan sasaran memastikan suasana perbandaran yang seiring
dengan pencapaian bandar bertaraf dunia dan bandar di negeri maju.
Kawasan-kawasan pembaharuan bandar dan kawasan pembangunan
baru dari kawasan usang dan sesak telah dikenal pasti secara jelas untuk
dibangunkan sebagai komponen ekonomi dan kebudayaan bandar yang
lebih efisien, di samping mengenal pasti mana-mana kawasan
pembaharuan bandar serta pembangunan semula yang berpotensi untuk
membantu mempertingkatkan imej MBSA.

Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Elemen Reka Bentuk Bandar


Berdasar Fungsi dan Peranan Bandar

Bagi menjadikan daerah ini sebagai


kawasan bandar metropolitan yang
responsif (mesra pengunjung) dan
bagi meningkatkan legibiliti
pengunjung, berdasarkan fungsi dan
peranan bandar, beberapa usaha
dicadangkan termasuk :

Pembentukan imej bandar yang ideal


memainkan peranan penting dalam
penentuan fungsi sesuatu bandar.

4-19
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
i. Cadangan peningkatan imej pintu-pintu masuk utama dan titik-titik
ketibaan dengan mengaplikasikan imej moden di pintu-pintu masuk
utama ke kawasan MBSA di dalam bentuk pintu gerbang masuk, papan
billboard, arca atau papan alu-aluan ketibaan iaitu di pintu-pintu masuk
utama dan persekitaran laluan ke Pusat-Pusat Bandar.

ii. Cadangan peningkatan imej bandar melalui peningkatan tahap


kefahaman peta minda oleh penyediaan elemen reka bentuk bandar
dengan langkah mengukuhkan elemen sedia ada atau mencadangkan
elemen reka bentuk bandar yang baru. Antara lain ialah mengukuhkan
elemen mercu tanda di kawasan tumpuan pusat bandar seperti :

 Memperindah persekitaran mercu tanda sedia ada dan mengenal


pasti mercu tanda baru bagi kawasan-kawasan utama perbandaran
 Mengawal pembangunan di persekitaran mercu tanda sedia ada
untuk memastikan koridor visual ke arah mercu tanda terpelihara
berdasarkan pengalaman bersiri pengguna laluan utama dan
pejalan kaki
 Mewujudkan titik-titik nodus bandar yang baru dan meningkatkan
ruang-ruang awam sedia ada supaya dapat berfungsi sebagai
nodus bandar yang aktif.
 Memastikan rangkaian hubungan fizikal dan visual antara daerah-
daerah bandar serta elemen-elemen bandar supaya dapat
mengujudkan persekitaran bandar yang harmoni dan mesra
pengguna.
 Mengenal pasti titik-titik vista dan aksis bandar untuk meningkatkan
tahap ‘legibility’ bandar.

iii. Cadangan peningkatan imej bandar melalui kesesuaian pandangan


dan fungsi kawasan (‘Visual appropriateness’). Bagi cadangan ini,
bahagian ll akan akan menunjukkan cadangan penataan imej yang
bersesuaian MBSA dan juga berdasarkan kepada kesesuaian
pemakaian imej berkenaan di daerah-daerah bandar. Penataan imej
ini boleh direka bentuk di dalam bentuk lampu jalan, papan tanda
jalan/ tanda arah dan papan maklumat, struktur kerangka banner dan
’billboard’ majlis, hentian bas, bentuk papan iklan perniagaan dan
tandas awam.

4-20
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Pengukuhan Imej Perbandaran Melalui Penataan Koridor Visual dan


Koridor Alam Semula Jadi

Penataan imej bandar sepanjang koridor pengalaman visual bersiri adalah


penting di dalam membentuk imej dan pemahaman pengunjung tentang
karakter bandar secara keseluruhannya. Pengalaman visual bersiri ini boleh
mempengaruhi persepsi pengunjung tentang imej sesuatu kawasan dan
ianya perlu diintegrasikan dengan koridor alam semula jadi sebagai
sebahagian aset reka bentuk bandar. Untuk itu, dua aspek pengawalan
reka bentuk terlibat seperti berikut :

 Memastikan semua kawasan yang membentuk koridor visual utama


bandar terutama di sepanjang jalan-jalan protokol dan jalan utama
rentas perbandaran di rancang dengan kawalan imej visual yang
sepadan termasuk kawasan koridor visual yang perlu dikawal.
 Memastikan pengekalan latar belakang bandar di dalam bentuk
kawasan hijau, kawasan berbukit, pemeliharaan kawasan mempunyai
pokok-pokok matang dan semua kawasan ciri semula jadi untuk diadun
di dalam perancangan visual terutama sepanjang koridor visual utama
lebuh raya dan pengangkutan rel.
 Mencadangkan penambahbaikan visual melalui usaha ‘screening’
kawasan - kawasan berkualiti visual rendah dari koridor laluan utama
bandar.

Penentuan Zon-zon Berkarakter Khusus / Beridentiti Distingtif

Penentuan zon-zon berkarakter khusus yang boleh diketengahkan sebagai


nodus aktiviti bandar / ‘meeting points’ untuk meningkatkan tahap
kepelbagaian (‘variety’ dan ‘’richness’ ) daerah ini. Kemampuan zon-zon
berkarektor khusus ini untuk menarik kedatangan pengunjung dan
kemampuannya berfungsi secara aktif dan efisien akan meningkatkan rasa
kecintaan dan kepunyaan kepada penduduk kepada bandar mereka.

Dari sudut pembangunan lanskap, secara umumnya, Pusat Bandaraya


Shah Alam mempunyai pembangunan lanskap yang baik dan terancang
dengan ruang pembangunan yang fleksibel.

Bagi memastikan pembangunan ladskap agar lebih kondusif dan selamat


bagi pengguna, cadangan pendekatan pembangunan lanskap bagi
daerah ini akan menitikberatkan aspek-aspek berikut:

 Dicadangkan “Urban redevelopment” seperti pembangunan semula


kawasan usang, program menaik taraf fasiliti sedia ada,
mempelbagaikan guna tanah dalam satu-satu kawasan,
mengoptimumkan kawasan sedia ada dengan sebaiknya dengan
pendekatan lanskap;

4-21
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
 Penyelarasan penggunaan tanah dengan lebih efektif bagi mengenal
pasti kawasan untuk penyediaan jaringan ruang luaran berlanskap;
 Mengintegrasikan pembangunan lanskap di dalam semua aspek
kawasan pembangunan sedia ada dan akan datang seperti
penggunaan “vertical landscaping”, “linear park” dan peningkatan
semula kualiti rupa bentuk bandar.
 Mengintegrasikan semua pembangunan lanskap persisiran sungai
dengan kawasan lapang sedia ada bagi mewujudkan rangkaian
kawasan rekreasi yang berfungsi dan berkesan. Ini termasuk
penggabungan dan penjalinan antara kawasan rekreasi berlanskap
dengan pusat-pusat perniagaan dan perkhidmatan bagi
mengoptiomakan fungsi dan penggunaan kemudahan yang
disediakan. Cadangan ini perlu dilaksanakan melalui perancangan
elemen-elemen lanskap seperti ‘stopping point’, tempat/ruang makan
dan ‘convenience kiosk’ yang mampu meningkatkan kualiti keselesaan
dan keselamatan.
 Membangunkan kawasan-kawasan tasik dan badan air sebagai
kawasan sebagai kawasan rekreasi berlanskap yang digandingkan
dengan corak pembangunan berhadapan air.

4.7 CADANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PENGURUSAN LALU LINTAS

i. Sistem Rangkaian Jalan Raya


Sistem pengkelasan jalan raya yang lebih jelas mengikut hirarki adalah
penting dalam perlaksanaan program pembaikan jalan, pembinaan
jalan baru dan menaiktaraf jalan-jalan sedia ada.

Lebuh raya berfungsi sebagai laluan kepada lalu lintas wilayah dan
mempunyai reka bentuk yang tinggi. Laluan masuk adalah terhad
dengan jarak minimum antara dua persimpangan ialah 3 kilometer.
Jenis persimpangan yang dibenarkan adalah persimpangan bertingkat.

Pengagih utama berfungsi sebagai laluan jarak jauh menghubungkan


lalu lintas antara bandar. Pengawalan masuk ke pengagih utama
mestilah dibuat. Jarak minimum antara persimpangan dicadangkan 1
kilometer dan jenis persimpangan yang dicadangkan adalah
persimpangan berlampu isyarat atau jenis persimpangan bertingkat jika
didapati isipadu lalulintas terlalu tinggi.

Pengagih sekunder berfungsi sebagai jalan pengumpul yang


menghubungkan lalu lintas ke pengagih utama. Jenis persimpangan
yang dicadangkan bagi jalan sekunder adalah jenis persimpangan
berlampu isyarat atau persimpangan keutamaan. Beberapa jalan
negeri juga telah dinaiktarafkan menjadi jalan pengagih sekunder.
Antaranya ialah cadangan jalan baru yang menghubungkan Bandar
Baru Sungai Buloh ke cadangan Lebuh Raya Meru Link.

4-22
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
Pengagih tempatan merupakan jalan-jalan dalam bandar, taman
perumahan dan kampung-kampung. Pengagih tempatan digunakan
oleh lalu lintas jarak dekat. Rajah 6.7 menunjukkan jaringan jalan
keseluruhan kawasan MBSA yang melibatkan pengekalan jalan sedia
ada, cadangan naik taraf dan cadangan jalan baru.

a. Cadangan Jaringan Jalan Raya dan Pembinaan Jalan Baru

Di kawasan MBSA , terdapat 9 cadangan jalan baru termasuk juga


pembangunan jalan baru yang komited. Cadangan jalan ini
dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping
menampung keperluan lalu lintas. Antaranya ialah :

 Cadangan Lebuh Raya Lembah Klang Utara Baru, 6 lorong 2


hala, dengan rizab 66 meter.
 Cadangan Lebuh Raya Meru Link, 4 lorong 2 hala, dengan rizab
66 meter.
 Cadangan Lebuh Raya Ekspress Pantai Barat, 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 66 meter.
 Lebuh Raya LKSA (Shah Alam – Kemuning), 4 lorong 2 hala,
dengan rizab 66 meter.
 Cadangan jalan baru, 4 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter,
yang menghubungkan Bandar Baru Sungai Buloh dengan
cadangan Lebuh Raya Meru Link.
 Cadangan jalan baru, 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
yang menghubungkan Seksyen 31 dengan Bukit Lanchong.
 Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 20 meter
yang menghubungkan Seksyen 28 dengan Seksyen 31.
 Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
yang menghubungkan Lebuh raya Persekutuan 2 (E2) dengan
Jalan Negeri B3 (Jalan Kebun) melalui Kampung Padang Jawa
dan Kampung Sungai Kandis.
 Cadangan jalan baru, 2 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter
sebagai sebahagian daripada Persiaran Aman.

b. Cadangan Menaiktaraf Jalan dan Persimpangan

Beberapa jalan telah dikenalpasti untuk tujuan dinaiktaraf supaya


dapat menampung kapasiti lalu lintas yang semakin bertambah.
Jalan-jalan tersebut ialah:

 Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga - Sungai Buloh), yang


dinaiktaraf kepada laluan 6 lorong 2 hala dengan rizab 40 meter.
 Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga –Sungai Buloh) yang
dinaiktaraf menjadi sebahagian Lebuh Raya Koridor Guthrie,
kepada 6 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter.
 Laluan Persekutuan 190 (Jalan Bukit Kemuning), yang dinaiktaraf
kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 40 meter.

4-23
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
 Laluan Persekutuan 54 (Jalan Sungai Buloh), yang dinaiktaraf
kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter.
 Laluan Persekutuan 15 (Jalan Lapangan Terbang Subang), yang
dinaiktaraf kepada laluan 4 lorong 2 hala, dengan rizab 30 meter.
 Persiaran Hishamudin, yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 40 meter.
 Persiaran Sukan dari Bulatan Stadium ke persimpangan Laluan
Persekutuan 3214, yang dinaiktaraf kepada 6 lorong 2 hala,
dengan rizab 40 meter
 Persiaran Raja Muda sehingga Lebuh raya Shah Alam [E5], yang
dinaiktaraf kepada laluan 4 lorong 2 hala dengan rizab jalan 40
meter

Bagi mengatasi masalah kesesakan di persimpangan pula,


beberapa persimpangan akan dinaiktaraf seperti berikut:

 Bulatan Jubli Perak.


 Bulatan Sejahtera.
 Bulatan Kayangan.
 Bulatan Megawati.
 Bulatan Stadium.
 Persimpangan bertingkat di Lebuh raya Persekutuan 2 / Laluan
Persekutuan 3214 (Jalan Batu Tiga – Sungai Buloh) / Laluan
Persekutuan 3214 (Persiaran Jubli Perak).
 Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu
Tiga – Sungai Buloh) / Persiaran Kerjaya / Persiaran Sukan .
 Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 (Jalan Batu
Tiga – Sungai Buloh) / jalan sedia ada menuju ke TTDI Jaya.
 Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 3214 / Persiaran
Selangor.
 Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 54 / Persiaran Jati.
 Persimpangan bertingkat di Laluan Persekutuan 54 / Laluan
Persekutuan 3214.
 Persimpangan bertingkat di Persiaran Sukan / Persiaran Akuatik /
Jalan Lontar Peluru 13/39.
 Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Persiaran Sukan /
Jalan Lontar Lembing 13/38.
 Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Jalan Lompat
Pagar 13/37 / Jalan Lontar Lembing 13/38.
 Simpang tiga berlampu isyarat di persimpangan Persiaran Sukan /
Jalan Tukul Besi 13/41.

4-24
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

PETUNJUK
Lebuh Raya
Jalan Persekutuan
Jalan Negeri
Jalan Tempatan
Cadangan Lebuh Raya
Cadangan Jalan
SKALA 1 : 2500M Menaiktaraf Jalan

Cadangan Persimpangan
Cadangan Naik Taraf Persimpangan
Nombor Jalan RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
(PENGUBAHAN 2) 2020

4-25
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

ii. Cadangan Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam

Sistem pengangkutan awam di Kawasan RT terdiri daripada


perkhidmatan bas, kereta api dan teksi.

a. Cadangan Terminal Pengangkutan Awam

Terminal pengangkutan awam dicadangkan akan disediakan di


Setia Alam, Seksyen U13 dan di Seksyen U4 (pembangunan Kwasa
Land Sdn. Bhd.). Terminal di Seksyen U4 akan berfungsi sebagai pusat
transit peralihan mod pengangkutan yang melibatkan perkhidmatan
rel, transit, bas dan teksi. Ia akan berperanan sebagai pusat
pengangkutan utama dan menjadi pusat transit utama kepada
pengguna untuk ke Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kuala
Lumpur.

Dua terminal pengangkutan awam sedia ada yang akan dinaiktaraf


iaitu di Seksyen 17 dan di Bukit Jelutong (U8) manakala terminal di
Seksyen 27 dikekalkan.

b. Cadangan Mempertingkatkan Perkhidmatan Bas

Terdapat 5 cadangan laluan baru perkhidmatan bas iaitu :-

 Puncak Alam melalui Bukit Jelutong.


 Seksyen 17 melalui Seksyen 7.
 Seksyen 25 melalui Seksyen 17.
 Seksyen 32 (Bukit Kemuning) melalui Seksyen 17.
 Seksyen 30 melalui Kota Kemuning dan Bukit Rimau.

Terdapat juga 3 pertambahan laluan iaitu :-

 Seksyen 8 – Lebuh raya Persekutuan 2.


 Seksyen 19 – Seksyen 30 (Bukit Kemuning).
 Seksyen 13 – Pusat Bandar Shah Alam.

Setiap laluan bas inter Blok Perancangan adalah dengan kekerapan


perjalanan setiap 20-30 minit. Bagi laluan di antara kawasan MBSA
dengan kawasan berjiran pula adalah dengan kekerapan 15 minit
bagi setiap perjalanan.

4-26
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

c. Cadangan Perkhidmatan Rel dan Transit

Cadangan untuk menyediakan stesen dan laluan perkhidmatan rel


serta transit di kawasan RT adalah di Seksyen U4 (pembangunan
Kwasa Land Sdn. Bhd.) laluan transit (MRT) Sg. Buloh – Kajang.

Juga sedang dibangunkan Stesen LRT di Glenmarie, Seksyen U1 dan


di Putra Heights, Subang Jaya yang terletak bersempadan kawasan
Rancangan Tempatan.

4-27
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

PETUNJUK

Lebuh Raya
Jalan Persekutuan
Cadangan Laluan Rel
Cadangan Laluan Transit
Cadangan Stesen Rel
Cadangan Stesen Transit
SKALA 1 : 2500M Landasan Keretapi / Komuter
Stesen Komuter

RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
(PENGUBAHAN 2) 2020

4-28
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4.8 CADANGAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Pembangunan pelancongan di kawasan RT menumpukan kepada Konsep


Pelancongan Bandar “(urban tourism)” seperti berikut :

Rajah 4.5 : Lokasi Pelancongan di Shah Alam


Tema Kawasan Pelancongan

Pelancongan Alam Semulajadi  Taman Botani Negara Shah Alam,


Seksyen U11
 Bukit Cherakah, Seksyen U11

Pelancongan MSC  i-City, Seksyen 7

Pelancongan Sukan  Stadium Melawati dan Stadium Tertutup,


Seksyen 13
 Extreme Park, Seksyen 13

Pelancongan Persidangan dan  Pusat Bandar, Seksyen 14


Pameran

Pelancongan Membeli Belah  SACC Shah Alam


 Bazarena, Seksyen 13
 Space U8, Seksyen U8
 Setia City Mall, Seksyen U13

Pelancongan Taman Tema  Wet World, Seksyen 3


 i-City, Seksyen 7

i-City, Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam

Bagi meyokong pembangunan pelancongan, kemudahan sokongan


seperti sistem pengangkutan, penginapan dan ICT akan disediakan
secukupnya.

4-29
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4.9 Alam Sekitar dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah perkara yang


dititikberatkan dalam RT MBSA (Pengubahan 2) 2020. Kawasan yang telah
dikenalpasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam kawasan RT
adalah seperti berikut :

 Hutan Simpan Bukit Cherakah


 Tanah tinggi
 Kawasan tadahan Subang

Kawasan sekitar Hutan Simpan Bukit Cherakah dan kawasan tadahan


Subang, lingkungan 300 meter radius dikekalkan sebagai kawasan
pertanian bagi memastikan kawasan sensitif alam sekitar tersebut tidak
terganggu dan tercemar.

Pembangunan kawasan tanah tinggi di Seksyen U10 perlu dikawal dan


perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Tanah Tinggi Negeri Selangor. Selain itu,
kehendak-kehendak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) seperti tidak
membenarkan sebarang bentuk pembangunan di kawasan yang
mempunyai kecerunan lebih dari 35 darjah perlu dipatuhi.

4-30
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
4.10 Perancangan Infrastruktur dan Utiliti

4.10.1 Saliran dan Perparitan

Sistem saliran semula jadi di kawasan MBSA, khususnya Sg. Kandis di


BPK 2 dan Sg. Damansara di BPK 5 perlu dinaiktaraf, diselenggarakan
dan dibaik pulih bagi mengekalkan muatan aliran semula jadi. Kerja-
kerja penyaluran anak sungai Sg. Klang yang cetek hendaklah
disegerakan di BPK 2 iaitu di kawasan Sg. Kandis. Perangkap sampah
perlu disediakan dititik keluar longkang dalaman ke longkang
monsun serta sebelum masuk ke Sg. Klang. Bagi kawasan Kg. Melayu
Subang, sistem perparitan bandar sedia ada hendaklah dinaikkan
taraf untuk menampung aliran sedia ada serta pembangunan baru
di BPK 5 iaitu di sekitar Kg. Paya Jaras.

Kolam tadahan banjir perlu dibina bagi takungan air larian


permukaan di dalam pembangunan Pusat Wilayah serta bandar-
bandar baru dan dapat berfungsi sebagai kolam rekreasi. Reka
bentuk sistem saliran dan pengairan hendaklah mematuhi Garis
Panduan Manual Saliran Mesra Alam oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS).

Kolam tadahan sedia ada di kawasan RT dilihat mampu


menampung janaan aliran permukaan sedia ada.
Walaubagaimanapun bagi perancangan pembangunan baru
kolam tadahan baru perlu diwujudkan bagi menampung
penambahan aliran permukaan sebelum di saliran kepada saliran
sedia ada dengan mematuhi Garis Panduan MSMA serta kehendak
JPS.

Bagi pembangunan sedia ada dan baru di kawasan komersial air


buangan dari dapur basuhan restoran makanan hendaklah dirawat
terlebih dahulu menggunakan Perangkap Minyak “(Grease Trap)”
sebelum dialirkan ke dalam sistem perparitan sedia ada.

4.10.2 Pembentungan

Sistem pembetungan dan rawatan kumbahan berpusat


dicadangkan pembinaannya di kawasan Bukit Lanchong dan
kawasan-kawasan pembangunan baru khasnya di BPK 2 iaitu di
kawasan Sg. Kandis dan BPK 5 iaitu di kawasan Kg. Paya Jaras.
Setiap kumbahan mestilah menjalani rawatan yang terperinci
sebagaimana garis panduan pihak JPP sebelum dilepaskan ke
dalam saliran semula jadi khasnya Sg. Klang.

4-31
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020
Loji rawatan sedia ada di Bukit Lanchong, di Bukit Jelutong dan di
Bukit Rahman Putra perlu dinaiktarafkan kepada sistem mekanikal
bagi menampung penyambungan baru akibat dari penambahan
bebanan P.E daripada rancangan perumahan baru.

Untuk pembangunan baru bagi kawasan perancangan sistem


pembetungan baru perlu diadakan bagi menampung bebanan
kumbahan mengikut saiz pembangunan baru. Kelulusan reka bentuk
sistem kumbahan berpusat mengikut saiz Penduduk Setara (P.E)
hendaklah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Satu tapak loji rawatan kumbahan berpusat baru dicadangkan bagi


menampung kawasan Kota Kemuning, Jalan Kebun dan Seksyen 27,
Shah Alam.

4.10.3 Pelupusan Sisa Pepejal

Sebuah pusat pungutan sampah (‘transfer station’) dicadangkan di


BPK 1 iaitu di Seksyen 21 bagi menyediakan tempat pusat pungutan
sampah (‘transfer station’) yang mencukupi sebelum dihantar ke
Bukit Tagar di Hulu Selangor.

Pusat pungutan sampah (‘transfer station’) di Seksyen 21 juga


dicadangkan sebagai Pusat Pungutan.

4.10.4 Bekalan Air

Dua jenis paip utama dicadangkan


dinaiktarafkan merentasi BPK.1 di sekitar
Pusat Bandar iaitu 1200mm, dan 1000mm
garis pusat. Pada tahun 2020 kadar
penggunaan air per kapita adalah pada
paras 220 liter/orang/sehari. Kadar
permintaan air bagi penduduk di dalam
BP1 pada tahun 2020 ialah sebanyak
386.23 juta liter sehari. Bekalan air dari loji
sedia ada dari Skim Bekalan Air Sungai
Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dijangka dapat
menampung unjuran permintaan sehingga tahun 2020. Walau
bagaimanapun bagi skim baru dalam kawasan perancangan baru
perlulah menyediakan tangki-tangki simpanan baru dan paip-paip
agihan baru.

Paip-paip lama yang bersaiz kecil perlulah diganti dengan paip yang
lebih berkualiti untuk mengurangkan kejadian kebocoran. Bekalan
air di Daerah Petaling akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS).

4-32
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

4.10.5 Bekalan Elektrik

Bekalan elektrik dijangka dapat menampung keperluan keseluruhan


daerah ini sehingga tahun 2020. Namun demikian satu Pencawang
Pembahagi Utama (PPU) dicadangkan di Perindustrian Bukit
Kemuning.

4.10.6 Sistem Telekomunikasi

Sistem telekomunikasi bagi daerah ini juga dijangka tidak


menghadapi masalah sehingga tahun 2020. Cadangan adalah lebih
kepada peningkatan taraf kemudahan dengan menggunakan
sistem ‘Coded Digital Multiple Access’ (CDMA).

Mutu perkhidmatan juga boleh dinaik taraf kepada penggunaan


sistem berasaskan “fibre optic” berbanding “copper” yang diguna
sekarang yang berkapasiti tinggi untuk menghantar data. Ini selaras
dengan perkembangan teknologi audio dan grafik semasa.

4.10.7 Sistem Bekalan Gas

Memandangkan penggunaan sistem berpusat masih tidak begitu


menggalakkan di daerah ini, maka dicadangkan setiap kawasan
perumahan baru disediakan infrastruktur paip gas sewaktu kelulusan
awal pembangunan. Namun begitu, digalakkan supaya penukaran
kelengkapan perlu dibuat di setiap unit rumah baru, di mana
kelengkapan dapur perlu sesuai dengan sistem talian gas berpusat
berbanding sekarang yang hanya menggunakan tong gas individu.

4-33
Peta Cadangan Guna Tanah 2020
RANCANGAN TEMPATAN
Cadangan tapak rawatan
kumbahan (cstp) Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

Cadangan menaiktaraf rawatan


kumbahan berpusat kumbahan
berpusat yang sedia ada

Cadangan Tangki Air Lam Bee Estate


Twl 76.0m
Bwl 70.0m
Muatan 23ml

Cadangan tapak rawatan kumbahan (cstp)


Tangki Air Kg. Baru
Subang
Twl 29.25m
Bwl 23.15m Cadangan menaiktaraf sistem perparitan
Muatan 4.6ml Langkah : Penyelenggaraan, mendalam, melebarkan serta
disediakan perangkap sampah dititik masuk ke sungai

Cadangan menaiktaraf rawatan kumbahan


berpusat kumbahan berpusat yang sedia
ada

Tangki Air Seksyen 7


Twl 54.9m
Bwl 47.6m Cadangan pusat kitar semula
Muatan 45.3ml

Cadangan tapak pemindahan sampah (transfer


Tangki Air Seksyen 16 (A) station)
Twl 61m
Bwl 54.9m
Muatan 9.09ml Cadangan menaiktaraf sistem perparitan
Langkah : Penyelenggaraan, mendalam, melebarkan serta
Tangki Air Seksyen 16 (B) disediakan perangkap sampah dititik masuk ke sungai
Twl 61m
Bwl 54.9m
Muatan 9.09ml

Cadangan tapak rawatan kumbahan berpusat


(cstp) bagi kawasan Kota Kemuning, Bukit
Rimau, Jalan Kebun dan HICOM.

Cadangan menaiktaraf rawatan kumbahan


berpusat kumbahan berpusat yang sedia ada

Cadangan Pusat Kitar Semula

Cadangan Tapak Pemindahan Sampah


Cadangan Tapak Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP)
Cadangan Menaik Taraf Rawatan Kumbahan Berpusat Sedia Ada
Cadangan Perangkap Sampah
Jajaran Paip Air (Cadangan)
Jajaran Paip Air (Sediada)

Sistem Perparitan
RANCANGAN TEMPATAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
(PENGUBAHAN 2) 2020

4-34
Peta Cadangan Guna Tanah 2020

You might also like