You are on page 1of 13

LOGO PENGAKAP MALAYSIA

• LOGO PENGAKAP DUNIA


• SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Sejarah pengakap dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau


Brownsea, England. Pergerkan pengakap bermula apabila
satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau
berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oeleh Robert
Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang
bekas Mejar Tentera British yang pengalaman dari medan
pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah
pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan
perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan
pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melaui
penerbitan buku “Scounting for Boys” yang dikarang oleh
beliau sendiri. Pergerakan pengakap telah tersebar luas
melaui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga,
pegerakan pengakap telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan
Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan.
Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk
menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh duina.
Pada tahun 1920 Jambori Pengakap Dunia yang pertama
telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah
dilantik sebagai ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan
British menganugerahkan “Lord Baden of Gilwel” kepada
beiau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau
perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan
pengakap. Pada 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia
di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke
84.
• SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada


tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah
F.C Sands seorang peneroka British. Sebeum itu,
beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinag
(1908) dan Selang (1909) tetapi gagal. Bermula
disini, pengerakan pengakap telah berkembang pesat
dimana keseua negeri di Tanah Melayu dan Borneo
telah memiliki sekkurang-kurangnya satu pasukan
pengakap pada ketika itu. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas
Perang Dunia ke-2. Persekutuan Budak Pengakap
Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan
Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah
bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964.
Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar
daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan
Malaysia.

Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )


2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor
( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C.
Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (
1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah (
1913)
12. Sarawak ( 1915 )
• PERSETIAAN PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA, SAYA


BERJANJI DAN BERSETIA, YANG SAYA, DENGAN
SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA, AKAN,
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

• UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. DIPERCAYAI
2. TAAT
3. BERGUNA
4. BERSAUDARA
5. BERBUDI
6. KASIHKAN BINATANG
7. MENURUT PERINTAH
8. TABAH HATI
9. BERJIMAT
10. SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN, SUCI
PERBUATAN

• OBJEKTIF PENGAKAP KELANA

Persetiaan dan Undang-Undang pengakap


adalah tersa dalam pergerakan pengakap

Memahami kaedah mengajar persetiaan dan


undang-undang pengakap kepada ahli
masing-masing

Menjelaskan peranan pemimpin bagaimana


mempraktikkan pengalaman dalam persetiaan
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi
kesan yang mendalam.
• JENIS-JENIS SIMPULAN DAN IKATAN

1. BUKU SILA ( Square / Reef Knot )

• Untuk menyambung dua hujung tali yang sama


jenis dan saiz
• Biasanya untuk menyambung tali
khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. Mudah
dibuka
• Dikenali juga sebagai 'left over right and right
over left'.

2. SIMPULAN PENCURI (Thief Knot)

• Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat


bungkusan dan bimbang ada orang lain akan
membuka bungkusan tersebut.
• Apabila orang tersebut mengikat kembali ia
lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan
buka sila/square knot
3. BUNGA GETI
( Sheet / Flag / Common Bend )

• Kegunaannya adalah untuk menyambungkan


hujung dua tali yang berlainan jenis/berlainan
saiz
4. TINDIH KASIH (Bowline)

• Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh


menjerut benda/binatang dan sebagainya
• Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher
binatang dan sebagainya

5. SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

• Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat


benda yang licin seperti kayu, hujung pancang
khemah, botol dan sebagainya.
• Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah
ditanggalkan/dibuka
6. SIMPUL BELIT LUCUT Highwayman's hitch

1. Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang


(contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas
2. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan
menggunakan tali

7. SHEEP SHANK

• Sheepshank digunakan untuk memendekkan tali


tanpa perlu memotong tali tersebut
• Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali
(contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya
dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di
bahagian tengah tali tersebut
8. SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT
(Fisherman's Knot)

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat


hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan
sebagainya

9. LILIT BALAK (The Timber Hitch)

• Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk


menurunkan atau menarik beban seperti tongkol
kayu dan sebagainya
10. SLIP (RUNNING) KNOT

• Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan


• Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain
pada kayu/pancang
• Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat
simpulan tersebut

IKATAN SILANG GUNTING (Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gejet dan


menyambung kayu
Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu,
kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan
ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa
kali supaya lebih ketat.
IKATAN SERAYA (Square lashing)

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang


kayu/dua batang buluh yang bersilang

IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)

Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan


sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu
bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan manok.

IKATAN SILANG TUNKU (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan menyambung kayu,


khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh yang sama
besar dan panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau
Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat Silang Tungku,
Simpul Manuk digunakan.
• 2 JENIS PIONEERING PROJECT

NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta
NEGERI PERLIS

Amin amin ya Rabaljalil


Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

LAGU UNIMAP

Universiti Malaysia Perlis


Alam Kejuruteraan
Ilmu, keikhlasan, kecemerlangan
Wawasan jiwa kita

Berdikari, rohaniah, berteknologi


Pemimpin berbistari
Untuk bangsa, insan dan
Umat dunia
Negara yang tercinta

Universiti Malaysia Perlis


Alam Kejuruteraan
Ilmu, keikhlasan, kecemerlangan
Wawasan jiwa kita

LAGU PENGAKAP

Kami Pengakap Malaysia


Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda


Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa


Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita


Pengakap, Pengakap Malaysia

You might also like