You are on page 1of 4

11/28/2018 REFLEKSI KULIAH 2 - Konsep Asas Hubungan Etnik - be yourself

REFLEKSI KULIAH 2 - Konsep Asas Hubungan Etnik


(http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-2-konsep-asas-
hubungan-etnik)
15/10/2015
0 Comments (http://kunanta.weebly.com/re eksi/re eksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-
etnik#comments)
 

            Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat resam yang
tersendiri kerana mempunyai penduduk yang pelbagai kaum.  Kepelbagaian pelbagai kaum ini
merupakan salah satu tanda- tanda kekuasaan Allah SWT. Dalam surah Al Hujurat ayat 13; Allah
telah ber rman bahawa:
“ wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan , kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bagsa dan bersuku- suku agar kamu saling
mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.
Sunggug Allah Maha Mengetahui, Maha teliti.”

            Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah mengamalkan suruhan tersebut iaitu saling
berkenalan antara satu sama lain. Apabila terjalinnya persahabatan, kita dapat mempelajari
budaya, adat resam, dan keistimewaan sesebuah bangsa tersebut. Langkah ini dapat menghakis
sifat prejudis dalam diri kita terhadap bangsa dan kaum lain di negara ini. Prejudis merupakan satu
kunci yang membawa kepada diskriminasi.  Diskriminasi tidak akan membawa kepada kejayaan
dan pembangunan dalam sesebuah negara kerana rakyatnya tidak bersatu padu.

            Apabila kita mempunyai hubungan yang baik antara kaum, kita dapat mencapai perpaduan
dan pembangunan sesebuah negara. Rakyat akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling
menghormati budaya dan adat resam satu sama lain. Sebagai warganegara Malaysia, kita mestilah
saling kenal- mengenali dan meghormati antara satu sama lain agar perbezaan budaya tersebut
dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang istimewa di seantero dunia .
                                                                                                                   - NABILAH AZMI-

        Dalam negara malaysia ini, terdapat pelbagai etnik yang ada, termasuklah Melayu,

http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-etnik 1/4
11/28/2018 REFLEKSI KULIAH 2 - Konsep Asas Hubungan Etnik - be yourself

India, Cina, Iban, Melanau, Kadazandusun, dan sebagainya. Maka semua etnik ini
hendaklah bersatu padu untuk membina negara yang aman damai dan harmoni.
Semua etnik ini mempunyai agamanya tersendiri. Setiap agama pasti menekankan
nilai bersatu antara satu sama lain. Oleh itu, agama adalah jalan penyelesaian untuk
kita semua bersatu. Sekiranya seseorang menolak agama, maka mereka akan
terjerumus untuk mengikut pemikiran sendiri, iaitu dengan membezakan ras, bangsa
dan kelas. Hal demikian akan mendorong pergaduhan antara satu etnik dengan etnik
yang lain.

                      Selain itu, perpaduan kaum/etnik akan tercapai sekiranya tiada berlakunya


prejudis antara satu sama lain. Bahawa amalan prejudis itu, menunjukan roh
seseorang itu tidak sihat. Bermulanya satu prejudis terhadap satu kaum akan
bermulalah stereotaip iaitu amalan umpat-umpatan (perkara negatif tersebut
diluahkan) dan seterusnya akan berlakunya diskriminasi. Di mana berlakulah sesuatu
tindakan oleh seseorang seperti menyisihkan diri dari orang yang diumpat. Akhir
sekali, apabila berlakunya diskriminasi maka akan mendorong seseorang itu untuk
berperang.

            Secara konklusinya, janganlah kita membuat prejudis terhadap sesorang atau
satu kaum kerana dengan hanya prejudis akan menyebabkan pertelenggahan antara
satu sama lain. Untuk mengelakkan diri dari syaitan memasukkan prejudis dalam diri
kita adalah dengan (1) bagi salam antara satu sama lain (2) saling berkongsi dan akhir
sekali (3) memberi makanan kepada orang lain.
                                                                                                         -LINA MOHD GHAZALI-

          Berdasarkan kuliah Konsep Asas Hubungan Etnik, saya tertarik dengan kupasan mengenai
Surah Al-Hujurat: ayat 13 dimana Allah S.W.T. telah ber rman yang bermaksud; 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan
amalan kamu).

            Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai
budaya dan adat resam hasil daripada percampuran etnik dan kaum. Hal ini jelas membuktikan
kekuasaan dan kasih sayang Allah S.W.T. berdasarkan rmanNya diatas. Oleh yang demikian,
kepelbagaian etnik di Malaysia ini harus disyukuri dan semua masyarakat mestilah bersatu padu
agar negara Malaysia sentiasa aman dan harmoni.

            Identiti etnik dipupuk dengan wujudnya perbezaan budaya, bahasa dan tingkah laku antara
kelompok-kelompok yang ada di Malaysia. Selain itu, kepelbagaian etnik sekaligus membawa
maksud terdapat perbezaan di antara agama yang menjadi pegangan setiap bangsa atau kaum.
Namun demikian, terdapat persamaan di antara semua agama tersebut dimana setiap agama itu
http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-etnik 2/4
11/28/2018 REFLEKSI KULIAH 2 - Konsep Asas Hubungan Etnik - be yourself

sendiri telah mengajar penganutnya untuk melakukan kebaikan dan menolak kejahatan serta
mengutamakan kesepaduan masyarakat. Justeru itu, sebagai anggota masyarakat kita perlulah
memahami perbezaan yang wujud dan menerima persamaan yang ada agar tidak timbul
pergaduhan dan   ketidaksefahaman antara kaum. Ringkasnya, sifat prejudis, stereotaip dan
diskriminasi tidak boleh wujud dalam setiap diri anggota masyarakat kerana ‘perbezaan
dihormati, persamaan dirai’.  

                                                                                                -NUR SUZIELA IDAYU AZIAN-

Like 0 Tweet

0 Comments (http://kunanta.weebly.com/re eksi/re eksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-


etnik#comments)

Leave a Reply.
Name (required)

Email (not published)

Website

Comments (required)

Notify me of new comments to this post by email


Submit

http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-etnik 3/4
11/28/2018 REFLEKSI KULIAH 2 - Konsep Asas Hubungan Etnik - be yourself

Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever - Mahatma Gandhi

Archives
December 2015 (/re eksi/archives/12-2015)
November 2015 (/re eksi/archives/11-2015)
October 2015 (/re eksi/archives/10-2015)

Categories
All (/re eksi/category/all)
Perbincangan (/re eksi/category/perbincangan)
Re eksi (/re eksi/category/re eksi)

RSS Feed (/2/feed)

POWERED BY

http://kunanta.weebly.com/refleksi/refleksi-kuliah-2-konsep-asas-hubungan-etnik 4/4

You might also like