You are on page 1of 7

Isi kandungan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Perkembangan normatif yang paling dominan dalam diri 2

3.0 Perkembangan non-normatif yang paling dominan dalam diri 3

4.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua perkembangan itu 4-5

5.0 Kesimpulan 5

6.0 Rujukan 6

i
1.0 Pengenalan

Perubahan yang berlaku didalam seumur hidup seiring dengan fungsi tubuh dan pertambahan
struktur tubuh badan sempurna merupakan perkembangan normtif dan non normatif yang
dominan didalam diri kita. Kemampuan berdikari, percakapan, pergerakan merupakan contoh
yang boleh dikenalpasti. Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, definisi normatif ialah
menentukan atau berasaskan peraturan yang baku atau standard. Manakala, non-normatif pula
bermaksud sebaliknya. Ini adalah kerana manusia berkembang setiap hari didalam hidupnya.
Konsep mengenai perkembangan ialah, menurut pendapat (Agoes Dariyo, 2007) “Untuk
dapat memahami tahap perkembangan manusia secara menyeluruh perlulah diperhatikan
istilah-istilah penting yang lazim digunakan dalam disiplin ilmu psikologi perkembangan.
Terdapat dua perkara terpenting didalam kehidupan seseorang manusia iaitu pertumbuhan dan
juga perkembangan. Perkembangan merupakan sebuah proses perubahan yang berlaku
didalam diri seseorang disepanjang hayatnya. Perkembangan ini terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan normatif dan non normatif. Kedua-dua perkembangan ini berlaku disebabkan
oleh beberapa pengaruh. Pengalaman normatif merupakan pengalaman yang dihadapi oleh
semua inividu seiring dengan perkembangan fizikalnya. Pengalaman berkahwin, pendidikan,
kehidupan social, kematangan merupakan contoh perkembangan normatif manakala
perkembangan non normatif merupakan perkembangan yang tidak semua dialami oleh semua
manusia. Tragedi kematian ahli keluarga akibat kecelakaan jalan raya, menghidap penyakit
yang aneh / kronik, pernikahan di usia yang muda merupakan contoh perkembangan non
normatif.

1
2.0 Perkembangan Normatif Yang Paling Dominan Didalam Diri

Perkembangan normatif yang dominan didalam diri saya adalah sikap berusaha. Pada
peringkat awal kanak-kanak (3 – 6 tahun ), sikap usaha seseorang kanak-kanak jelas kelihatan
apa bila mereka akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan meminta, dan akan
menangis sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Perkembangan kognitif ini sejajar
dengan perkembangan akal dan tubuh badan kanak-kanak pada peringkat itu. Kebergantungan
kepada ibubapa merupakan faktor utama mengapa permintaan kanak-kanak diusia itu sukar
dipenuhi. Oleh itu, sememangnya saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu daripada
ibubapa saya sepertimana anak-anak kecil lain yang seusia. Seterusnya pada usia kanak-kanak
pertengahan (6–11 tahun), perkembangan kognitif didalam diri bermula selepas dapat
membezakan baik dan buruk sesuat perkara yang saya usahakan. Perkembangan kognitif
seperti kemampuan berfikir secara matang, dan berkembangnya corak permikiran dapat saya
rasai semasa disekolah menengah. Banyak perkara yang perlu diusahakan selain daripada
belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kecemerlangan kepada ibubapa dan masyarat
perlu difokuskan bagi persediaakan untuk ke universiti kelak. Pada peringkat dewasa awal,
peluang untuk melanjutakan pelajaran ke universiti terbantut akibat masalah kewangan. Masa
ini dikenali sebagai “masa muda” (Baitul alam & Kenniston, 2009). Pada peringkat ini saya
berupaya membuat keputusan yang tepat dan juga mempunyai sosial kehidupan seperti
memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu saya sentiasa berusaha untuk melanjutakan pelajaran,
alhamudlillah pada hujung 2016, dengan berbekalkan sedikit wang simpanan, saya berjaya.
Maka saya perlu berusaha untuk membuktikan kepada anak-anak bahawa saya mampu belajar
walaupun tidak sejajar social clock masyarakat.

2
3.0 Perkembangan non-normatif yang paling dominan didalam diri.

Pada peringkat dewasa awal, perkembangan normatif kebiasaannya berada didalam keadaan
sangat ideal. Kekuatan fizikal, ketahanan antibodi tubuh badan adalah pada kadar maksima.
Pada peringkat ini, keboleh upayaan penghadaman yang baik adalah normal bagi setiap
manusia tetapi ada sesetengah manusia mengalami keadaan yang sebaliknya. Namun begitu,
ada segelintir manusia akan melalui keadaan sebaliknya. Ini yang dinamakan perkembangan
non normatif. Kesukaran usus untuk menghadam makanan, pembentukan asid reflux (GERD)
menyebabkan rasa mencengkam dileher akibat merupakan perkembangan non normatif yang
doniman didalam diri saya. Menurut (Dr Latif Saad, 2018) Penyakit GERD
(Gastroesophageal Reflux Disease) juga dikenali sebagai asid refluks adalah keadaan dimana
asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.
Sebagaimana yang kita tahu saluran makanan bermula di mulut, kemudian masuk ke dalam
saluran esofagus seterusnya masuk ke dalam perut. Di dalam perut, jus gastrik akan
dirembeskan untuk mencerna makanan di dalam perut. Jus gastrik mengandungi asid
hidroklorik yang berfungsi untuk membunuh kuman di dalam perut. Di dalam penyakit asid
refluks ini, asid yang terhasil mengalami refluks iaitu asid tersebut naik semula ke dalam
saluran esofagus. Ini menyebabkan beberapa simptom seperti pedih ulu hati dan juga sakit
dada. Asid refluks yang teruk akan menyebabkan asid naik hingga ke bahagian tekak dan
menyebabkan rasa masam terutamanya ketika bangun daripada tidur. Ia juga boleh
menyebabkan komplikasi seperti masalah untuk menelan makanan dan juga serangan asma.
Perkembangan non normatif ini yang berlaku dalam diri saya. Ianya bermula pada awal 30 an,
terasa pening dibahagian belakang kepala, pandangan menjadi kabur, rasa yang tidak selesa
dibahagian dada adalah tanda-tanda yang jelas dirasai. Kesan daripada masalah ini, saya
menghadapi kesukaran untuk focus didalam kerja dan pembelajaran. Ianya sangat
memberikan impak yang negative kepada diri saya didalam pekerjaan dan pembelajaran
sehingga pada tahun lepas saya telah dimasukkan ke ward hospital sebanyak 2 kali.

3
4.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua perkembangan ini.

Setelah mempelajari sedikit ilmu perkembangan manusia dari Dr. Siti Rokiah, boleh
diklasifikasikan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan normatif
didalam diri. Diantaranya ialah :

4.1 Persekitaran sosial

(Azhar, 2006 ) permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan merupakan


faktor-faktor yang menjadi sumber pembelajaran bagi proses pembentukkan
tingah laku masusia. Oleh itu persekitaran sosial adalah faktor dominan
pembentukan perkembangan normatif didalam diri. Pengaruh ibubapa, guru,
rakan-rakan merupakan dorongan kepada saya untuk menjadi seorang yang
lebih berusaha. Peranan mereka untuk mendorong saya untuk berkembang dan
berjaya, telah menbentuk siapa diri saya sekarang sehingga kini.

4.2 Persaingan

Persaingan untuk menjadi yang terbaik didalam keluarga dan masyarakat


secara amnya memberikan impak yang terbesar didalam perkembangan
normatif didalam diri. Budaya kerja yang memerlukan pekerja yang cemerlang
dari segi akedemik, berdaya saing secara sihat, menjadi pendorong utaman
saya melanjutkan pelajaran bagi memenuhi perkerluan kontrak sosial didalam
masyarakat Malaysia.

4.3 Tekanan

Ketika seseorang mengalami stres atau rasa cemas, mereka juga sering
merasakan efeknya pada perut mereka. Mendengar berita buruk, khawatir
dengan kewangan atau orang yang dicintai, atau masalah pikiran lainnya dapat
menyebabkan produksi asam lambung atau GERD meningkat karena stres
berdampak pada beberapa aspek sistem pencernaan (Heru Hendarin, 2018).
Persekitaran kerja yang negatif, kesiap siagaan mental dan fikizal merupakan
faktor-faktor yang mendorong tekanan didalam diri yang mempengaruhi
perkembangan non normatif. Akibat tekanan yang tidak dapat dikawal,
penghasilan asid berlebihan didalam perut akan menyebabkan pening, sesak

4
dada, rasa mencengkam di leher, menjadikan saya seorang kurang fokus dan
dipenuhi rasa yang amarah pada ketika itu.

4.4 Gaya hidup yang tidak sihat

Salah satu punya GERD atau asam lambung adalah pola pemakanan yang tidak
sihat ( Dr.Tania Savitri, 2019). Pengambilan sarapan yang berat merupakan
punca utama kitaran makanan saya berubah dikalangan orang lain.
Pengambilan sarapan yang berat telah membuatkan saya kekenyangan dan
tidak mengambil makanan disebelah tengahari dan petang. Pada waktu malam,
rasa yang sangat lapar ini menyebabkan penghasilan asid yang tinggi didalam
perut, telah menjadikan penyebab saya sebagai seorang pesakit ini. Tambahan
dengan tabiat merokok kuat, lewat tidur, tidak bersenam adalah perkara yang
menjadi pemangkin kepada penyakit ini didalam diri.

5.0 Kesimpulan

Perkembangan normatif dan non normatif adalah sosial clock masyarakat. Perlu
diingatkan perkembangan manusia ada berbeza, tidak dapat menuruti phasa kehidupan
masyarat bukan merupakan satu kesalahan. Terdapat beberapa faktor yang telah
dinyatakan iaitu persaingan dan persekitaran sosial. Faktor tersebut merupakan faktor
doninan perkembang normatif didalam diri. Manakala tekanan dan gaya hidup yang
tidak sihat adalah sebaliknya. Kesimpulannya setiap individu melalui tahap
perkembangan berbeza. Bagaimana cara individu melalui, menyerap dan mengatasi
perkembangan normatif dan normatif dominan, akan membentuk jatidiri dan sahsiah
seseorang individu yang akan bersama didalam lautan yang mencabar yang dikenali
sebangai masyarakat Malaysia khususnya.

5
6.0 Rujukan

1. Dr. Latif Saad, 2018. Asid Refluks ( GERD ) : Punca, Simptom dan Rawatan.

2. Heru Hendarin, 2018. Alasan Kenapa Stress Bisa Sebabkan Asam Lambung.
Tribunnews.Com

3. Dr. Tania Savitri, 2019 . 5 Cara Terbaik Mengatasi Asam Lambung Naik, Plus
Panduan Menu Makannya Agar Tidak Sering Kambuh

4. Dariyo, Agoes. 2007. Psikologi Perkembangan Anak Tiga Tahun Pertama. Bandung;
PT Refika Aditama

5. Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Baitul Alim & kenniston, 2009, Fase Fase Perkembangan Manusia. Diperolehi pada 2
Ogos 2019 daripada https://vdokumen.net/52047920-fase-fase-perkembangan-
manusia-562bacf6e8ee3.html

7. Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan
Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah.
Bangi: UKM.

You might also like