You are on page 1of 2

TEMU BUAL BERSAMA MURID DAN GURU SMK SLIM

RIVER

KPK3012 PENDIDIKAN INKLUSIF

KUMPULAN O

KUMPULAN 5

SEMESTER 1 2019/2020

NAMA PENSYARAH : DR KAMA BIN SHAFFEEI

Bil. Nama No. Matrik

1. Fahaisha Aznariah binti Baharudin D20171078207

2. Pavittra A/P Yoganthan D20171078042

3. Salsabila Khoerunnisa D20191089978

4. Siti Fatimah Nazlia binti Ruslan D20171078199

5. Teoh Kai Yong D20171078206


ABSTRAK KAJIAN

Kanak – kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak – kanak yang
mengalami kesukaran belajar. Kanak – kanak Pintar Cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan
yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak – kanak yang
berkeperluan khas. Kedua – dua kumpulan pelajar memerlukan pengubahsuaikan kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,
2003). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah
keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing – masing termasuklah untuk golongan kurang
upaya. Ini kerana semua kanak – kanak mempunyai hak yang sama untuk belajar dan dididik di
persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat bagaimana persekitaran belajar bagi murid
berkeperluan khas di sekolah mereka. Selain itu, kajian ini dilaksanakan supaya dapat merungkai
dan mempelajari teknik – teknik Pembelajaran dan Pengajaran yang digunakan oleh guru semasa
mengajar murid berkeperluan khas di dalam kelas. Pendekatan kualitatif iaitu kaedah temu bual
telah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Seorang pelajar
berkeperluan khas serta seorang guru telah dipilih sebagai responden. Dapatan kajian menemukan
bagaimana murid berkeperluan khas beradaptasi dengan cara pembelajaran di dalam kelas bersama
dengan murid normal serta pengalaman proses pembelajaran responden. Kajian ini juga dapat
meningkatkan pemahaman terhadap sistem pendidikan inklusif di Malaysia. Seterusnya
disarankan beberapa cadangan penambahbaikan sebagai bakal guru terhadap proses PdPc kepada
responden di peringkat sekolah menengah.

You might also like