You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sebagai seorang guru pendidikan khas, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk
merekabentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kesihatan seksual dan reproduktif bagi murid
berkeperluan khas. Antara pendekatan yang sesuai yang boleh digunakan ialah pendekatan
integratif.

Pendekatan integratif ialah tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid. Di mana,
penggunaan pembelajaran aktif iaitu teknik koperatif diintegrasikan untuk memberikan murid-
murid peluang engaplikasikan maklumat yang dipelajari secarateori kepada situasi dalam
kehidupan seharian dan lebih menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan
penyampaian maklumat semata-mata. Di dalam pendekatan ini, guru adalah sebagai fasilitator,
keutamaan diberikan kepada kemahiran asasdan memberi peluang untuk murid bekerja secara
berpasukan.

Melalui pendekatan ini, membantu guu memberikan fokus kepadakandungan dan kemahiran
berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan langkah Hilda Taba
(1962), berikut merupakan langkah pengajaran:

Fasa 1: Menghuraikan

Murid dgalakkan untuk menghuraikan tentang ciri-ciri sesuatu yang dikaji.

Contohnya: Guru meminta murid menghuraikan ciri-ciri yang ada pada lelaki dan perempuan.

Fasa 2: Membandingkan

Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan,murid di minta untukmembuat perbandingan


antara lelaki dan perempuan.
Fasa 3: Menerangkan

Setelah murid mengenal pasti persamaan dan perbezaan antra lelaki dan perempuan, mereka
diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri lelaki dan perempuan.
Penernagan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam fasa ini.

Fasa 4: Hipotesis

Murid diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segipenaakulan
sesuatu.

Fasa 5: Membuat generalisasi

Murid diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membentuk
satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu pelajaran.

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk merekabentuk aktiviti yang sesuai
dengan murid berkeperluan khas dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesihatan
seksual dan reproduktif. Perkara yang paling penting bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan baik adalah peribadi guru itu sendiri. Di mana, guru tidak
ada rasa malu atau segan ketika mengajar subjek yang boleh diambil kira sebagai subjek yang
taboo untuk diajar.

Sekian Terima Kasih.

Rujukan:

https://www.slideshare.net/BynaNieMaiRa/pendekatan-strategi-kaedah-dan-teknik-pengajaran

You might also like