You are on page 1of 2

Globalisasi

 Merupakan sebuah proses peningkatan perkaitan/keberkaitan/perhubungan


(interconnectedness) antara masyarakat yang mana sebuah
kejadian/insiden/konflik/pertemuan di sebuah bahagian dunia menimbulkan kesan
yang mendalam terhadap masyarakat di sebuah bahagian dunia yang lain.
 Daripada sebuah dunia yang negara bangsanya saling bergantung secara tertutup
kepada dunia yang muncul sebagai sebuah ruang sosial yang dikongsi bersama.
 Merupakan sebuah proses pelbagai dimensi yang kompleks.
 Sebuah proses bersejarah yang melibatkan transformasi atau perubahan signifikan
dalam ruang organisasi sosial manusia yang menghubungkan komuniti yang
berjauhan dan memperluas pengaruh atau hubungan kuasa merentasi sempadan
negara dan benua.
 Perubahan ini melibatkan semua aspek dalam kehidupan sosial masyarakat dunia
iaitu meliputi perubahan dalam dunia politik, perkembangan ekonomi dan isu-isu
sosial.
 Contohnya, politik isu-isu politik sesebua negara tidak lagi menjadi rahsia atau isu
nasional sahaja tetapi turut dapat diketahui oleh masyarakat di seluruh dunia dengan
pengaruh globalisasi.
 Dunia yang diglobalisasikan (a globalized world) – Perkara atau isu yang melibatkan
politik, ekonomi, budaya dan sosial masyarakat menjadi semakin berkait yang mana
menimbulkan kesan ke atas masyarakat lain.
 Contoh bagi globalisasi dan dunia yang diglobalkan:
- World Wide Web (WWW)
- Electronic Mail (E-Mail)
- Komunikasi televisyen seluruh dunia (penggunaan satelit yang menyalurkan
maklumat merentasi sempadan)
- Risiko-risiko global (AIDS, pencemaran seperti jerebu yang melibatkan dan
mengakibatkan kesan ke atas negara serantau, pemanasan global)
- Surat khabar global (surat khabar online melalui penggunaan Internet dan
kemudahan jalur lebar)
- Gerakan sosial antarabangsa (Amnesty International dan Greenpeace – gerakan
keamanan, alam sekitar, hak asasi)
 Kesemua ini merupakan contoh yang melambangkan pengaruh dan gerakan
globalisasi.
 Tidak hanya dunia sahaja yang berkembang dan mengalami perubahan dan
perkembangan globalisasi tetapi perubahan dan perkembangan yang dialami adalah
bersifat kualitatif dan kuantitatif. Contohnya, tidak hanya sekadar komunikasi sahaja
yang berkembang tetapi sebuah sistem politik baharu juga telah muncul kesan
daripada perkembangan globalisasi.
 Globalisasi bukannya sebuah perkara yang melibatkan satu proses sahaja tetapi
globalisasi ini beroperasi/berlaku dalam semua aspek kehidupan daripada politik
kepada pengeluaran, budaya kepada jenayah dan ekonomi kepada pendidikan.
 Globalisasi berlaku dengan pelbagai intensiti di pelbagai peringkat dan fasa dalam
semua aktiviti sosial utama.
 Globalisasi mempunyai persamaan dengan beberapa ciri-ciri politik dunia iaitu :
1. Teori pemodenan
2. Kebergantungan dan perkembangan ekonomi
3. Perkembangan komunikasi elektronik
4. Interaksi signifikan antara aktor bukan negara
5. Kewujudan masyarakat global/antarabangsa
6. Kejayaan ekonomi negara-negara bukan Barat

Corak Globalisasi Kontemporari

Globalisasi ke pelbagai tahap yang berbeza, merupakan bukti dalam segenap aktiviti sosial
manusia :

Ekonomi : Dalam dunia ekonomi, corak perdagangan dunia, kewangan dan pengeluaran
(industri) menghasilkan pasaran global dan dalam proses tersebut juga telah mewujudkan
sistem ekonomi utama iaitu sistem ekonomi kapitalis. Syarikat multinasional menguruskan
pengeluaran dan pemasaran di peringkat global manakala operasi pemasaran kewangan
global yang akan menentukan negara mana yang akan mendapatkan credit melalui cara
apa.

Ketenteraan : Dalam aspek ketenteraan pula, aktiviti perdagangan senjata peperangan


global, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran, perkembangan keganasan
transnasional, syarikat/organisasi ketenteraan transnasional (Jemaah Islamiah, Al-Qaeda)
dan ancaman keselamatan global merupakan bukti kepada kewujudan orde ketenteraan
global.

Undang-undang : pengembangan undang-undang antarabangsa dan transnasional daripada


undang-undang perdagangan, hak asasi kepada kewujudan insitusi kehakiman baru dunia
seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuktikan kemunculan orde kehakiman dan
undang-undang global.

Ekologikal : Ekologi yang dikongsi melibatkan masalah persekitaran, daripada pemanasan


global kepada perlindungan spesies, begitu juga dengan kewujudan insititusi yang
memelihara alam sekitar, flora dan fauna dan keseimbangan ekologi.

Enjin Globalisasi

Teknik – Tanpa infrastruktur komunikasi moden, sebuah sistem global atau ekonomi rentas
sempadan tidak akan wujud.

Ekonomi – Keinginan ekonomi kapitalisme untuk memiliki pasaran-pasaran baru telah


mempercepatkan lagi aktiviti pengglobalisasian ekonomi.

Politik – Jika teknologi menyediakan infrastruktur fizikal globalisasi, politik menyediakan


infrastruktur normatifnya. Contohnya, USA dan UK menjadi aktor penting dalam
menyerapkan ideologi globalisasi ini kepada masyarkat dunia di atas kepentingan politik
masing-masing.

You might also like