You are on page 1of 2

9 april 2019 berita harian

Gred hakiki guru besar wajar dinilai


semula
KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada


kewajaran untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru
besar di sekolah kebangsaan yang disifatkan berada pada
takuk yang lama.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata


menjadi hasrat beliau untuk melihat gred jawatan berkenaan
dapat dinaikkan dari gred DG34 ke gred DG48.

“Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred


hakiki jawatan guru besar itu dan ia perlu kita angkat selaras
dengan usaha terdahulu menjadikan jawatan-jawatan guru di
sekolah rendah ialah guru lepasan ijazah.

“Jadi pada ketika ini ‘logical move’ yang betul untuk


mengangkat gred hakiki guru besar. Walaupun pada ketika ini
ada guru besar yang sudah menduduki gred DG48 berdasarkan
‘time based - personal to holder’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian


Konvensyen Pendidikan kebangsaan Kali Ke-25 dan
Persidangan Perwakilan Kebangsaan kali Ke-37 Gabungan
Majlis Guru Besar Malaysia (GMBGM) 2019.

Difahamkan, ketika ini guru biasa yang dilantik sebagai guru


besar sekolah rendah akan kekal dengan gred hakiki DG34
yang disandang dan hanya diberi elaun jawatan sebanyak
RM200, manakala penolong kanan kekal dengan gred DG32
dan diberi elaun RM60 sebulan.

Ia berbeza dengan guru di sekolah menengah apabila mereka


dilantik sebagai pengetua, dinaikkan daripada gred DG48
kepada DG52, dan diberi elaun jawatan RM300 sebulan,
manakala penolong kanan akan dinaikkan daripada gred DG44
kepada DG48.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis


perasmian, Amin berkata, perkara berkenaan sedang dalam
perbincangan dan sudahpun mempunyai kertas kerja serta
pernah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Kabinet sebelum
ini.

“Usaha itu bukan setakat gred guru besar sahaja tetapi


merangkumi jawatan-jawatan lain dalam penstrukturan kita,”
katanya.

Isu jawatan gred guru besar itu timbul apabila Yang di-Pertua
GMGBM, Rustam Affandi Abdul Aziz mengutarakan isu terbabit
dalam ucapan aluannya yang mewakili suara guru besar. -
BERNAMA

You might also like