You are on page 1of 5

Dalam PIPP (2006-2010) menyatakan bahawa melonjakkan kecemerlangan Institusi

Pendidikan merupakan has art KPM untuk membangunkan sistem Pendidikan berrtaraf dunia
dengan tujuan melahirkan modakl insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat
mencabar. Dalam melonjakkan kecemerlangan institusi Pendidikan pemimpin sekolah
memainkan peranan yang sangat penting. Dalam PIPP pengenal pastian pengetua , guru besar
dan penolong kanan dubuat lebih awal untuk memastikan kepimpinan teguh dan berkesan.
Selain itu, dalam PIPP juga menekankan pemilihan pengetua , guru besar dan penolong kanan
berdasarkan kualiti profesional dan peribadi. Tambahan pula, KPM Bersama-sama pengetua,
guru besar dan penolong kanan akan menentukan KPI yang peril di capai di dalam organisasi
masing-masing.

PPPM ( 2016-2020)

Dalam pengetua dan guru besar PGB berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang
berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk
memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP. Tambahan pula, penstrukturan semula
kementerian ialah 10,000 pengetua dan guru besar dibawa ke pakej kerjaya baharu. Pemimpin
sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai ejen
perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih padu dan perkhidmatan yang lebih
baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah. Mereka akan mendapat
akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik
daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia. Dalam PPPM juga memperkukuh kriteria
pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua dan guru besar mulai 2013 serta
melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua dan Guru Besar yang baharu secara berperingkat,
dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan
keberhasilan murid. Pengetua/guru besar mempunyai keluwesan untuk berkhidmat di sekolah
rendah atau menengah melalui suatu laluan perkhidmatan awam guna sama yang baharu.
Mereka akan dinilai setiap tahun menggunakan satu instrumen penilaian baharu yang memberi
penekanan kepada keupayaan kepimpinan dan peningkatan keberhasilan murid. Sebagaimana
guru, pengetua/guru besar berprestasi tinggi akan menikmati peluang kemajuan kerjaya yang
lebih pantas. Pemberian insentif akan disemak semula bagi menggalakkan pengetua/guru besar
berprestasi tinggi bertugas di kawasan luar bandar dan/atau di sekolah berprestasi rendah.
Pengetua/guru besar yang mengalami kesukaran dalam mencapai standard minimum akan
diberikan bimbingan tambahan, manakala pengetua/guru besar yang masih gagal mencapai
tahap kualiti minimum walaupun telah diberikan bimbingan tambahan akan ditugaskan semula
ke jawatan guru di sekolah lain. Semua pemimpin sekolah (pengetua/guru besar, penolong
kanan, ketua jabatan, ketua panitia) akan dipersiapkan supaya mereka dapat menggunakan
sepenuhnya keluwesan membuat keputusan yang diperuntukkan kepada mereka. Keluwesan
ini termasuklah perkara yang melibatkan kepimpinan instruksional seperti perancangan
peningkatan sekolah, perancangan kurikulum dan kokurikulum, dan juga hal berkaitan
kepimpinan pentadbiran seperti agihan peruntukan sekolah. Seperti mana guru, aspirasi bagi
pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya kecemerlangan profesional pimpinan teladan
rakan setugas. Pemimpin sekolah membimbing satu sama lain, membangunkan dan
menyebarluaskan amalan terbaik, dan samasama bertanggungjawab bagi mencapai standard
profesional.

41 pengetua prestasi cemerlang


ditempatkan di sekolah 'harapan'
Kenyataan Media | Oktober 17, 2018 17:12 MYT
Dr Maszlee Malik berkata, penempatan ini merupakan amanah yang diberikan oleh Kementerian
Pendidikan kepada pemimpin sekolah untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah. -
Foto KPM

KUALA LUMPUR: Seramai 41 orang Pengetua Berprestasi Cemerlang akan


ditempatkan di sekolah-sekolah ‘harapan’ di seluruh negara – kumpulan
pertama di bawah projek Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
meningkatkan prestasi sekolah.

Kumpulan sulung ini akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang memerlukan


perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah
selama tiga tahun.
Sepanjang tempoh itu mereka akan dibantu oleh Pensyarah Pembimbing
daripada Institut Aminuddin Baki (IAB). Program rintis yang melibatkan
sembilan Pengetua Berprestasi Cemerlang telah memulakan khidmat mereka
sejak tahun lalu.

Kesemua Pengetua Berprestasi Cemerlang terbabit menerima Watikah


Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018 daripada
Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik pada satu majlis yang diadakan di
Genting Highlands, hari ini.
Dengan menyifatkan Pengetua Cemerlang itu sebagai “hero anak bangsa”, Dr
Maszlee Malik berkata, “penempatan ini merupakan amanah yang diberikan
oleh Kementerian Pendidikan kepada pemimpin sekolah untuk membawa
perubahan kepada sekolah berprestasi rendah.”

“Anda adalah hero-hero yang bakal melonjakkan sekolah-sekolah berprestasi


rendah, dan melahirkan hero-hero yang cemerlang untuk negara,” kata beliau.

“Tahniah kepada para Pengetua dan Pensyarah Pembimbing yang diberi


mandat bagi menjayakan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara,” tambah beliau.

Dr Maszlee Malik berkata, penempatan pengetua-pengetua berprestasi


cemerlang di sekolah berprestasi rendah atau sekolah-sekolah mencabar di
bawah program ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada
kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah terdahulu.

Katanya, penempatan ini juga merupakan suatu kepercayaan iaitu amanah


yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada pemimpin sekolah yang
cemerlang dengan harapan yang tinggi agar membawa perubahan yang lebih
baik ke sekolah berprestasi rendah.

“Percayalah bahawa anda merupakan individu yang terbaik yang dikenal pasti
mampu melakukan tugas yang mencabar ini,” kata beliau lagi.

Kata beliau, jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya
bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malahan yang lebih penting
ialah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.

“Dalam konteks sistem pendidikan kita, kepimpinan strategik pada peringkat


Kementerian Pendidikan yang mantap perlu disokong oleh kumpulan
kepimpinan yang dinamik pada peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Dr Maszlee Malik juga memberitahu, bagi merealisasikan dasar dan aspirasi


pendidikan negara secara langsung dan memastikan kemenjadian murid pada
peringkat pelaksanaan, kepemimpinan sekolah yang utuh profesionalismenya
dan bersikap transformasional adalah amat penting.

ProPeKS yang mendokong aspirasi Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan setiap sekolah
dipimpin oleh pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi adalah suatu usaha
yang kritikal dalam memastikan setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Turut hadir pada majlis penyampaian watikah Ketua Setiausaha Kementerian


Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk
Sulaiman Wak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian
Pendidikan Malaysia, Datuk Jamil Rakon, dan YBrs Mistirine Radin yang kini
menjalankan tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki.

You might also like